........... Bancian PRU14 - Sokong Najib = Undi BN..... Jom Undi ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bancian PRU14 - Sokong Najib = Undi BN..... Jom Undi !

Sunday, February 28, 201612comments


Rasa masanya sesuai untuk saya buat satu lagi Bancian bagi menguji tahap sokongan pengunjung blog ini kepada BN sekiranya Najib masih lagi memimpin BN pada PRU14. Maknanya Najib masih bercita2 nak jadi PM untuk penggal seterusnya ......

Sebab tidak ada sesiapa pun yang mahu jawab persoalan bagaimana rakyat mahu menukar PM tanpa menukar kerajaan, gambaran yang kita dapat adalah ........ jika anda sokong Najib terus jadi PM selepas PRU14, maka Undilah BN.

Rakyat tidak diberi pilihan untuk memilih siapa PM yang mereka mahu. Dari dulu lagi itu menjadi hak ahli Umno.  Rakyat hanya berhak untuk pilih parti mana jadi kerajaan.

Selama ini perkara sebegini tidak pernah timbul. Zaman Paklah, mujur Paklah punya kesedaran diri bahawa rakyat menolak dirinya sebagai PM dan atas dasar mengutamakan parti, maka Paklah dengan rela mengundur diri.

Tapi Najib tidak punya kesedaran diri yang sama. Najib masih perasan dia adalah PM kesayangan rakyat Malaysia. Najib masih merasakan rakyat akan tetap mahukan dirinya terus memerintah selepas PRU14.

Makanya saya terpanggil untuk buat bancian ini sebagai satu mesej kepada  ..... sesiapa yang mahu menerima mesej.

Sebab blog ini tidak dapat diakses, dan bagi mengelak IP yang sama mengundi lebih dari sekali, maka Bancian PRU14 @ Sokong Najib Undi BN ini saya adakan di blog klon http://dinturtleoriginal.blogspot.my/

Ada di penjuru atas sebelah kanan laman tersebut - 



Bancian bermula setengah jam lalu dan akan berakhir pada 3/3/2016 jam 1 pm. Mohon sebarkan ya !




PS - Saya cabar pro Najib untuk mengadakan Bancian yang serupa ...... kalau berani. 



Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 4:41 PM

Sokong najib sokong 2.6 billiyun sokong rosmah = undi bn
baik tak yah keluar mengundi undi bn lagi lingkup negara adalah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 5:07 PM

ok aku dh vote...agak2 leh dpt derma 2.6bil x

....................
Reply To This Comment ...................
February 28, 2016 at 5:53 PM

Bro

Aku sokong bancian ini...setidaknya kita dapat denyut rakyat masakini. Namun....

Najib dan ternakannya akan tetap membutakan mata dan hati terhadap denyut rakyat yang telah diharamjadah dan dibangsatkan selama ini...
UMNO(Untuk Mohd Najib Only)....pastinya akan jahanam...

Kepada pemimpin UMNO(United Malay National Organisation) yang masih bermaruah dan dilandasan asal parti...Bangkitlah dan selamatkanlah parti kamu...kerana jika anda semua tidur...kedua-dua UMNO akan terkubur....ketika itu sememangnya haramjadah dan bangsatlah kamu semua...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 6:38 PM

Saya dah Vote!

Tahniah En Din kerana berani membuka blog baru.

Lepas nih, nak focus kepada kedua2 blog ke?

hmm...nak visit yg mana satu ya ;)

....................
Reply To This Comment ...................
February 28, 2016 at 7:49 PM

@Anonymousdua2 sama pengisian. DTOri adalah klon kepada yang ini :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 9:21 PM

Syabas,bro din....
Anda pun mcm TM jugak....perjuangan yg belum selesai.
Saya sentiasa menyokong tindakan anda,demi nusa tercinta.

#waristunkuitam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 9:49 PM

Bro Din...saya dah gi blog dinturleoriginal....ngape Xboleh nak vote?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 10:58 PM

pru 14 nanti ada abang afrika abang bangla abang pakistn. abang npal abang indon abang pilipina abang burma abang kemboja utunk mengudi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 11:04 PM

Pak Din, banding dgn Badawi, Ah Jib Gor muka kulit tebal seumpama kulit gajah. Tak reti malu. Maka maruah Malaysia ke mana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 11:52 PM

Kalau jibgore boleh buat keputusan sendiri awal2 lagi dah dia letak jawatan cuba tengok raut muka dia berserabut tak kesudahan tengok pula body language dia cam zombie ni semua penangan bini duk sekeh kepala dia jangan duk gatai mau berenti haaa mana berani dia sanggah cakap bini siapa sebenarnya yang berkuasa laki ker bini teruk dah jibgore hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 29, 2016 at 12:34 AM

Baru-baru ini pilihanraya Uganda diadakan. Presiden yang memegang kuasa selama 30 tahun sudah pasti ditumbangkan jika dilihat berdasarkan kempen yang diadakan. Tetapi presiden akhirnya menang juga. Tektik yang digunakan;
1. Pada hari mengundi kertas undi lewat tiba hingga menyebabkan ramai yang datang penat menunggu dari pagi sampai petang pulang ke rumah. Keadaan ini ketara di tempat kawasan pembangkang.
2. Pada hari mengundi semua internet mati, whats up, twitter, emel dan semua media dimatikan. Tujuan untuk elak orang ramai berhubung sesama sendiri dan maklumkan apa yg sedang berlaku.
3. Sudah pasti pembangkang menang berdasarkan kiraan undian awal tetapi pembangkang termasuk ketua pembangkang ditahan polis. Mereka ada 2 minggu untuk file petition pilihanraya tidak sah. tetapi mereka dikenakan house arrest (dijangkakan akan dibebaskan selepas tamat 2 minggu)
4. Petugas-petugas menjaga peti undi dari pembangkang dipaksa mengubah keputusan di hujung pistol/senjata.

Adakah sejarah akan berulang di sini?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 29, 2016 at 8:54 AM

InsyaAllah, saya dan 4 ahli keluarga yang lain TIDAK akan turun mengundi pada pru14 untuk tunai kewajipan kami sebagai rakyat malaysia kecuali ada perkara yang berlaku yang boleh mengubah ketetapan kami sekeluarga ini.

Harapan kami adalah seperti berikut:

1. Jika umno/bn menang kami terus akan menjadi rakyat pasif....bayar cukai berjadual dan kalau ikut perancangan ikut ahli keluarga ke luar nagara sehingga pemilihan pru ke 15.

2. Jika umno/kalah, kami sekeluarga akan berbuat berikut:

i) melupakan perancangan hendak ke luar negara seketika

ii) membuat kunjungan kehormat pada najib dan rosmah, zahid, hishamuddin, nazri, kj, saleh rahman, azalina, tajuddin, tok pa, mat 3.85, annuar musa UNTUK MENGUCAPKAN TAHNIAH PADA MEREKA INI KERANA KEBIJAKSANAAN mereka dalam pru14 tersebut

iii) membuat kunjungan kehormat ke atas TDM, TSMY, DSSA, Gani Patail, Zaid, khairuddin untuk ucapkan "takziah".

iv) mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran keatas KEKALAHAN UMNO DAN BN.

Post a Comment