........... Azalina Tuduh Muhyiddin Berkonspirasi - Dari Mana Datangnya 'Bulan Mei ' ? Jangan Fitnah ok . | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Azalina Tuduh Muhyiddin Berkonspirasi - Dari Mana Datangnya 'Bulan Mei ' ? Jangan Fitnah ok .

Monday, February 29, 201617comments

Dua hari lepas Azalina ada mengeluarkan satu kenyataan menuduh Muhyiddin sebagai bersubahat dalam konspirasi bermotifkan politik untuk memanipulasi dan penyalahgunaan sistem undang-undang di negara ini dalam usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

Paper banyak yang menyiarkan kenyataan penuh Azalina itu yang diedarkan dalam omputih..... saya siarkan semula di bawah -

Astroawani

Pendek kata - Azalina merujuk kepada kenyataan Muhyiddin tentang pertemuan dengan bekas AG Gani Patail di mana Muhyiddin telah ditunjukkan bukti kesalahan jenayah Najib berkaitan isu RM42 juta SRC.

Azalina mendakwa adalah menjadi satu kesalahan jika AG berbincang dengan Muhyiddin apa2 rahsia siasatan dan Azalina juga mempertikaikan bukti itu kerana katanya, waktu itu Task Force yang diwujudkan untuk menyiasat kes berkenaan belum ditubuhkan lagi.

Saya nak tumpukan pada 'bukti' Azalina itu -

7. But, in this case, a charge sheet was said to be drawn up in May 2015 - before the so-called Special Task Force was formed, before the investigation was started in June 2015, and certainly before the Prime Minister was interviewed in December 2015 by the Malaysian Anti-Corruption Commission. This proves that there was a conspiracy.


Kata Azalina, satu kertas pertuduhan telah dirangka pada bulan Mei 2015 sedangkan Task Force hanya memulakan siasatan pada bulan Jun ......

Halo saudara Azalina ! Dari mana saudara dapat maklumat berkaitan kertas pertuduhan ditulis pada bulan Mei ? 

Setahu saya, Muhyiddin TIDAK ADA sebut pun yang beliau berjumpa bekas AG pada bulan Mei. Dalam status FB beliau pun, Muhyiddin hanya sebut -


dari FB Muhyiddin -

Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!


Ada Muhyiddin kata pertemuaan itu berlaku pada bulan Mei ?

Sewaktu majlis di Teluk Kemang minggu lepas pun, Muhyiddin ada sebut -



KLiK untuk ke Youtube.

.... ketika saya masih menjawat jawatan, diberitahu oleh mereka2 yang penting - ( contohnya ) Gabenor Bank Negara, oleh MACC, Chairman atau CEO, oleh bekas Peguam Negara, memberitahu tentang perkembangan2 siasatan. 

Bukan kerana apa, kerana mereka tahu sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya harus tahu apa yang berlaku hal2 sebegini, lebih2 lagi kalau ia menyentuh tentang peribadi dan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno. 

Takkan sesuatu berlaku dan saya tidak tahu ? Nanti apa akan dipersoalkan rakyat - apalah Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden tak tahu apa yang berlaku ! 

Sebab itu saya minta diberi maklumat. Dia tak beri semua. Tapi saya diberi banyak juga maklumat, Saya fikir lebih banyak dari apa yang tuan2 tahu.


Bagi saya, OK lah tu. Sebagai no 2, sewajarnya beliau diberikan maklumat dan perkembangan apa2 yang penting berkaitan negara apatahlagi jika ianya berkaitan dengan no 1. Jika berlaku apa2 kepada no 1 contohnya no 1 ditangkap untuk didakwa, no 2 yang akan ganti.  Bukankah itu tergolong dalam apa yang disebut sebagai membantu PM dalam mengurus negara ?

Begitu juga di pihak AG atau Gabenor BNM atau Bos SPRM atau mana2 agensi kerajaan lain,  sewajarnya mereka melapor kepada Timbalan PM perkara2 yang berkait kepentingan negara apatahlagi yang melibatkan PM. Takkan tindakan mereka melapor kepada TPM itu dianggap sebagai satu konspirasi untuk menjatuhkan PM ? Atau menyalahi Akta Rahsia OSA ? Mereka hanya membuat laporan kepada bos mereka. TPM juga bos mereka kan ?

Satu lagi - mana ada Muhyiddin sebut tentang bulan Mei ? ? 

So Azalina, dari mana saudara dapat 'Bulan Mei' itu ?

Berkenaan Kertas Pertuduhan ( Charge Sheet ) itu, berita itu hanya tersebar pada penghujung bulan Julai tahun lepas, sebelum Gani Patail diberhentikan tugas AG. Bukan bulan Mei !

So, Azalina, dari mana saudara dapat "Bulan Mei' itu ?

Saya tidak menolak kemungkinan Azalina selaku orang dalam, berkemungkinan ada maklumat rahsia yang diberikan oleh mereka yang lebih tahu ( samada melanggar OSA wallahualam ), tapi bila kenyataan seperti itu dibuat secara official dan dipetik oleh paper2, ia bakal menjadi satu rekod resmi. 

Maka diharap Azalina dapat berikan penjelasan dari mana datangnya 'Bulan Mei' itu kerana ia menjadi asas utama kepada tuduhan yang beliau lemparkan kepada Muhyiddin sebagaimana disebut dalam kenyataannya, sebagai bukti wujudnya satu konspirasi.

Rakyat ingin tahu perkara sebenar. Jangan sebarang fitnah !  


PS - Sudahkah anda mengundi dalam Bancian PRU14 - Sokong Najib Undi BN ? Jika belum sila KLiK.

Kenyataan Azalina -


1. Former Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin said today that he was briefed by the former Attorney General, when both were in office, about alleged criminal "proof" against the Prime Minister. ‎

2. This is an admission that there was a high-level conspiracy to topple the Prime Minister, in what would have been a coup against democratic process and the decision of the people at the last General Election.

3. Firstly, the fact that a sitting Attorney General was privately briefing and sharing classified legal information with Tan Sri Muhyiddin, a member of Cabinet and UMNO member who clearly had vested interests, is not only unethical but also a breach of the Official Secrets Act.

4. Secondly, how could the Attorney General have had sufficient "proof" to charge the Prime Minister then, when an investigation had not even been launched.

5. Thirdly, is this the same "proof" that the Wall Street Journal referenced when it claimed to have seen confidential documents and used these as the basis to make all sorts of sensational allegations against the Prime Minister.

6. In any judicial system, anywhere in the world, there is a standard process that is followed. If there are allegations against someone, the lawful authorities conduct an investigation, and then - if they still have reason to believe a crime was committed - a charge sheet is drawn up.

7. But, in this case, a charge sheet was said to be drawn up in May 2015 - before the so-called Special Task Force was formed, before the investigation was started in June 2015, and certainly before the Prime Minister was interviewed in December 2015 by the Malaysian Anti-Corruption Commission. This proves that there was a conspiracy.

8. Based on his statement, Tan Sri Muhyiddin is also indirectly questioning the credibility of the current Attorney General and the Malaysian Anti-Corruption Commission.

9. For the record, the sitting A-G, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, on 26th January 2016 cleared the Prime Minister of any wrongdoing regarding the donations. Under Article 145 (3) of the Federal Constitution, it is the AG’s prerogative to start, undertake or stop any proceedings involving offences. The discretionary power given to the Attorney-General under Article 145(3) is absolute and cannot be challenged or replaced by any powers, including the judiciary. So if any quarters are not in agreement with the AG's action in handling a prosecution, they do not have any basis to challenge it. It is important to note that the AG’s decision was made after a detailed investigation from all angles on the report submitted by MACC.
10. So it seems that Tan Sri Muhyiddin was not only in breach of the Official Secrets Act, but was also complicit in a politically-motivated conspiracy to manipulate and abuse our legal system in order to overthrow a democratically elected Prime Minister.

11. Why only now is Tan Sri Muhyiddin making such a confession, just after he was suspended as the Deputy President? What is his hidden motive and agenda? Can his act be seen as abetting since he claims to have information on an alleged criminal act, but did not report to the authorities until today?

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 29, 2016 at 10:52 AM

Azalina if she doesn't have anything else yo proclaim should just shut her yawning gap. We've been mistreated by all that type of crap reasoning before your turn this time.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 29, 2016 at 11:35 AM

Azalina perlu diheret ke Lembaga Disiplin Parti kerana telah memfitnah Timbalan Presiden Parti yang dipilih oleh ahli.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 29, 2016 at 11:36 AM

Maaf bro din turtle soalan pertama aku azalina ni lelaki ker pompuan?

Orang masih tak lupa skandal cek 300K atas nama dia sumbangan untuk beli kereta sport tahun 2011 orang juga tak lupa laporan audit berkenaan kementerian dia hingga disiasat sprm dan permintaan pac untuk menyiasat dia semua di ketepikan oleh pak lah tapi orang tak lupa pemakan rasuah akan sedaya upaya mempertahankan regu pemakan rasuah itu sudah resam lah

Dengan membawa rekod buruk azalina dikutip masuk dalam rombakan kabinet baru pada 29 Julai 2015 yang mana Muhyiddin digugurkan sebagai TPM Safie Afdal juga digugurkan dari kabinet dua hari sebelum tu 27 Julai 2015 Ghani Patail dipecat special task force dibubarkan pac malfunction pegawai sprm disiasat dan ditukar termasuk lah bnm disiasat bangunan simpanan fail siasatan polis terbakar semua episod hitam bulan Julai orang tak lupa lah azalina tak payah lah azalina nak rekacipta perkara yang tak tercatit pada bulan may toksahkan Muhyiddin malah takda orang pun cerita pasal bulan mei ni azalina ni mabuk ketum ker haper harap bro din turtle tak marah dengan soalan aku kat atas tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 29, 2016 at 11:38 AM

Bro din,
Terlalu ingin membodek dan pertahan kan boss maka yg terserlah adalah kebodohan saudara azalina. Pun begitu bukan beliau sahaja yg bersikap terlalu tahu pasal hal najib ni,malah ramai lagi...tak payah sebut dah, pasal semua org tau siapa mereka2 ini....apa2 hal boss mesti di jilat. Sampai najib tak payah lagi bercakap...pakai wakil je!
Yg terpalit dgn isu ini adalah najib,jadi selayaknya dan sewajibnya beliau lah yg menjawab. Tetapi bila duit berkuasa,beruk atau kambing pun boleh bercakap....betul tak betul jawabannya nasiblah....kan? Yg penting UPAH.
Kelayakan najib utk memimpin negara mmg TIADA langsung...cuma nasib atas sikap mengenang budi je....
Jelas dan nyata FAKTA cuba di alihkan....rakyat jadi mangsa.

#waristunkuitam

....................
Reply To This Comment ...................
February 29, 2016 at 11:42 AM

@AnonymousLelaki lah ! ....... eeer... ker perempuan ?

Takperlah, sebab dia lantang dan berani mengalahkan kebanyakan lelaki, kita anggap dia lebih dari lelaki. Satu penghormatan ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
February 29, 2016 at 11:46 AM

Azalina?...Dia orang Johor kan?....aku juga Bangsa Johor tapi dah lama diperantauan....Aku malu/marah/jijik dengan orang ternakan sebegini...ko tu bersih dan suci ke?...apa yang ku dengar ko pun banyak sejarah hitam..sebab tu ko tenggelam untuk sekian lamanya...Ko timbul semula bila Najib ambil dan ternak ko untuk jadi juru jilat yang unggul...tak gitu?..

FAKTA yang tidak dapat disangkal. Masakini RAKYAT DAH TAK PERCAYA NAJIB DAN MENTERI-MENTERI TERNAKNYA...Ko cakap apa sajalah....ianya menambah kebencian rakyat...tak percaya?...cuba ko turun padang dan tanya mereka...jangan ko tanya kekawan...kekawan ko munkin sama spesis dan citarasa...tanyalah dipasar ikan, pasar sayur, tempat-tempat awam dimana rakyat yang telah dibangsatkan selalu berkunjung.

Saya syorkan begitu bukan apa...sebab korang semua tak pernah percaya bancian online oleh NGO ataupun bloggers...pernahkah ko terpikir apatah lagi menyelami derita rakyat masakini...Pernahkan ko terpikir tentang MARUAH BANGSA dan NEGARA....Adakah ko telinga untuk mendengar?..Adakah ko mata untuk melihat dan membaca berita tentang Najib?... bukan saja di tanahair...malahan seluruh dunia.

CAKAP BIAR DENGAN BUKTI DAN MASUK AKAL!!!!!...CERMIN DIRI SENDIRI SEBELUM MENGATA ORAN LAIN....

LEBIH BAIK KO DIAM ....Jangan ko nak bertanding dengan Nazri siapa lebih lantang menyalak.

....................
Reply To This Comment ...................
February 29, 2016 at 12:03 PM

Pertama, kita kena rasa kasihan pada dia. Sbb ramai yang keliru, nak guna saudara atau saudari pada dia ni. Konfius tul.
Kedua, Kita pun kena kasihan pada Najib. Sbb orang2 alim ada kata, klu kita nak tau karekter seseorang itu, kita lihat kawan2 di sekelilingnya.
Ketiga, dia ni dah lupa sejarah diri dia. Dia pun konfius sekarang.
keempat, elok dia ni, nikah jea dgn Nazri. Berwalikan Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 29, 2016 at 12:33 PM

Mungkin dia diperasugut sbb citer lampau

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 29, 2016 at 12:53 PM

Kesian pula melihat ternakan jibby...punya la lantang untuk menjilat sampai lupa fakta dan kebenaran...BRO AZAL aka azalina jgn kerana dedak sekilo maka keburukan mahupun kesalahan ditutup....kita masih ada allah yg maha mengetahui...jgn kita leka dengan istidraj yg diberi....bertaubatlah sebelum ajal menjelma

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 29, 2016 at 2:05 PM

Kesian sungguh kat dia...selalu confius..nk pakai sarung ke kebarung..

....................
Reply To This Comment ...................
February 29, 2016 at 5:14 PM

Nak tau saudara ke saudari,suh dia kangkang...atau pun suh dia kencing dlm botol...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 29, 2016 at 8:06 PM

'Nymph' ini adalah lebih hemsem dari KJ ok. And it's got 'balls' to be saying what it is saying now. Tapi timeline hancus... hahahah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 2:23 PM

"Under Article 145 (3) of the Federal Constitution, it is the AG’s prerogative to start, undertake or stop any proceedings involving offences. The discretionary power given to the Attorney-General under Article 145(3) is absolute and cannot be challenged or replaced by any powers, including the judiciary. So if any quarters are not in agreement with the AG's action in handling a prosecution, they do not have any basis to challenge it."

1) Makna kata, KALAU ditakdirkan ada anak-beranak AG teribat dengan jenayah, semua bukti dah dikumpul oleh PDRM tetapi AG kata 'tiada bukti'..... maka kita semua kena terima dan redho ajer lah ya?

2) Makna kata, KALAU tetiba AG Apandi dapat hidayah dan dia tetiba cakap yg dia ubah fikiran dan akan dakwa PM, maka PM hanya perlu pecat dia serta-merta (macam yg dah pun berlaku) dan lantik AG baharu. Dan hal ini akan terus berulang-ulang selagi si PM terus bergelar PM, gitu laa ya?

Hmmm.... saya ni sedang tinggal di Malaysia ker... atau Korea Utara ekk...? hmmm....konpius laa....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 2:28 PM

...."Tan Sri Muhyiddin was not only in breach of the Official Secrets Act, but was also complicit in a politically-motivated conspiracy to manipulate and abuse our legal system ...."

Bila masa pulak TSMY "manipulate dan abuse" system undang-undang Malaysia?

Ada tak TSMY gunakan mahkamah utk cabar keputusan MT utk gantung/gugurkan dia? Ada tak TSMY guna pengaruh/cuba rasuah/'pulas tangan' ke atas mana-mana pegawai tinggi K'jaan utk memihak kepada dia?

hmmm.... nak berucap kena sekat pun TSMY tak ambil tindakan pun kepada pihak yg menyekat tu.... ya idok?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 2:33 PM

"...Can his act be seen as abetting since he claims to have information on an alleged criminal act, but did not report to the authorities until today? "

hahahaaa..... kelakar betoi!
TSMY nak report kat authorities yg mana satu Azalina ooii..!
nak report pada IGP? supaya jadi seperti Khairuddin dan Mathias?
Mathias yg menemani Khairuddin pun kno cekup.

nak report kpd MACC? bukan ker MACC yg bagitau info tu kpd TSMY? Kenapa pulak TSMY nak report benda yg MACC sendiri dah tau? Tak masuk akal!

nak report kepada Tuan Azalina sendiri? Bukan ker awak tu cuma Junior Minister jerr berbanding TSMY?
Tak masuk akal!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 4:08 PM

kalu setakat kata melanggar OSA tapi tak buat report apa ke benda nya..
sembang je ke bro Aza..
kasi angkat satu report la..

....................
Reply To This Comment ...................
March 2, 2016 at 5:56 AM

Dictator alaf baru.. Kim Jong Jib, saudara tiri Kim Jong Ill.

Post a Comment