........... Apakah Kita Masih Kenal Apa Itu MARUAH ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apakah Kita Masih Kenal Apa Itu MARUAH ?

Monday, February 1, 201613comments

MARUAH DAH HILANG 

Sanggupkah manusia hidup dengan tiada maruah? 

Tetapi dipenghujung zaman ni, apa yang dapat kita saksikan kebanyakkan manusia tidak lagi memperdulikan soal maruah.

Apa yang berlaku penggadaian maruah bukan saja terjadi dikalangan orang orang yang telah berumur malahan seawal remaja juga ada yang menggadaikan maruah. 

Perkara ini bukan saja terjadi dikalangan orang bukan Islam tetapi umat Islam juga terjebak sama.Apakah sebabnya? Adakah kerana kurangnya dididekan agama ataupun terikut ikut budaya asing? 

Kalau seawal umur 7 tahun kita telah dididek secara terus dari ibubapa dan berterusan sehingga dewasa, kenapa perkara ini berlaku juga. 

Adakah kerana pegangan dan kepercayaan agama yang disemai oleh ibubapa dan juga disekolah ataupun dipusat pengajian tinggi yang kita pelajari tidak tertanam dijiwa masing masing secara kukuh ? Atau adakah ini telah membuatkan ramai manusia terkulai dalam buaian syaitan.? Anda saja yang tahu jawapannya. 

Kini masaalah "tiada maruah" menjadi perkara pokok dalam pentadbiran negara. Bukan saja Parti Pemerintah dilihat tiada maruah malahan pembangkang juga melakukan perkara yang serupa. 

Tetapi yang paling sedih penyokong dan pendukong parti mereka juga menggadaikan perkara yang serupa, semuanya gara gara mahukan parti mereka kekal berkuasa walaupun mereka menyedari pemimpin mereka melakukan kerosakkan terhadap agama dan juga negara. Perlukah mereka ini menggadaikan maruah demi penghidupan yang singkat didunia ini? 

Kini bukan saja maruah negara kita dipijak pijak malahan maruah umat Islam juga terpalit sama , semuanya kerana perlakuan buruk Ketua negara yang terpalit dengan skandal penyelewengan dana milik negara. 

Wall Street Journal, Sarawak Raport dan bermacam macam lagi surat khabar mahupun dalam media sosial, semua berita tertumpu terhadap Ketua Negara yang didakwa terlibat sama dalam penyelewengan dana negara, namun tiada satu pun tujahan ini berani dibentis melalui perundangan apa yang dilakukan hanyalah penafian saja. 

Mengolah cerita dengan alasan alasan yang berubah ubah telah memburukkan lagi keadaan. Kadangkala alasan yang diberi juga tak masuk akal malahan dijadikan lawak pula oleh rakyat.Itulah yang berlaku. 

Disinilah dapat kita amati bahawa maruah pemimpin sudah tergadai bukan saja kepada rakyat malahan negara luar juga telah merendahkan maruah negara kita gara gara kecurangan Pemimpin. 

Adakah kita perlu lagi mempertahankan pemimpin jenis ini untuk mengepalai negara, bangsa dan agama? 

Keresahan meresapi seluruh masyarakat, bukan saja umat Melayu yang terkesan akibat salah laku ini malahan umat Islam dan bangsa asing luar negara juga mula mempertikai tentang ajaran Islam yang dikata umat Muhammad ini terbendung dan terangkum dengan Al Quran serta sunnah ? 

Bagaimana pula nak menyakinkan mereka tentang keindahan Islam sedangkan pemimpin Islam juga mencuri sifatnya. Oleh itu jangan salahkan bangsa lain kerana merendahkan umat Islam , salahkan lah umat Islam sendiri kerana gagal memileh pemimpin. 

Kalau pileh pemimpin bersandarkan arahan pemimpin atasan dan bukan kerana kehendak rakyat maka dapatlah kita pemimpin setaraf burung kakak tua. Pandai berkata kata tetapi tak tahu apa yang dicakap. 

Copypaste dari Cahaya Al Majid.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2016 at 2:11 PM

Benarlah Din, ini lah jenis2 manusia2 yang khianat Dan zalim, merosakkan bangsa, agama Dan tanahair. Apabila kebenaran itu jelas Dan Nyata jangan biar kan binatang2 ini terlepas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2016 at 3:19 PM

kau kutuk bapak kau ke din? maruah bapak kau?
semacam je nada kau.. baru tau ke bab maruah ni?
jadi penderhaka pada pemimpin dan taksub jadi balaci yang xde maruah.. apakah itu bermaruah?
jiwa sakit.. mcm tu lah jadinya.. kejap2 cakap macam org waras..kejap2 cakap macam pemberontak.. kejap2 tukar sosialis.. kasihan kau din.. terperangkap dalam dunia kau yang tak bermaruah..!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2016 at 3:28 PM

Bila hilang MALU..hilanglah MARUAH. Sebab takde iman. Sifat malu itu sebahagian dari iman.

skandal tak habis2..tapi jenis tak tahu malu...memang terbuktilah takde maruah.

Kena lagi penyokong yg makan dedak..lagi lah takde maruah. Kena bayar seciput terus tutup semua deria..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2016 at 3:33 PM


Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Setelah aku wafat, dan lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat? "

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al - Wahan."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahan?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Ah Jib Gor & Macai sila perhatikan.

....................
Reply To This Comment ...................
February 1, 2016 at 3:41 PM

Mungkin kita terlalu banyak diajar Agama, terutamanya di sekolah rendah. Kita diajar dari kecil, cara-cara atau 'ibadat' yang boleh menghapuskan dosa. Juga bahawa sesuatu ritual itu, akan diberi ganjaran beribu atau beratus kali pahala dan balasan-syurga di akhirat. Jadinya, kita terlebih diajar 'beribadat' demi menagih 'balasan di akhirat' dan penghapusan dosa-dunia.

Mungkin sebab itu, anak-anak kecil berani mencuri, misalnya.
Anak saya, darjah 5 ditangkap abangnya mencuri basikal di rumah jiran, dua lorong dari rumah saya. Saya marah dan suruh dia pulangkan. Pada malamnya, saya nasihatkan bahawa mencuri itu amat berdosa. Cuba bayangkan, orang curi harta-benda kita & apa kita akan rasa?
Dia jawab:
"Ek..elh Abah, Esok besar Arith pergi Haji, habis la dosa Arith, Abah..."

Terkejut beruk saya. Saya tak pernah ajarnya begitu. Kalau bukan dari Sekolah, dimana lagi, dia belajar ilmu penghapus-dosa itu.
Zamkata juga ada menulis mengenai masaalah 'mencuri' ini, tapi seperti biasa, 'dadah' adalah puncanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2016 at 4:36 PM

ya,'cinta dunia Dan takut mati"inilah puncanya,maka trgadailh Maruah diri, ,maruah Islam,maruah Bangsa maruah negara,, kembalilh kpd TUHAN...

....................
Reply To This Comment ...................
February 1, 2016 at 4:42 PM

Ada orang terpaksa menjual Maruah kerana hidup yg susah..
Ada orang terpaksa menjual Maruah kerana diugut..
Ada orang yang sanggup menjual Maruah kerana ingin hidup kaya raya..
Ada orang yang sudah tak peduli tentang Maruah sebab tembelang dah pecah..

Didalam kategori2 tentang Maruah diatas, akan timbul pula persoalan tentang fungsi AKAL..

Adakah semua kategori2 tentang Maruah diatas,pelakunya tidak mempunyai AKAL??

Kita boleh terima lagi bila orang mengatakan Yang kita tidak ada Maruah tetapi semua orang tidak boleh terima walaupun sebesar zarah kalau ada orang yang mengatakan yang kita tiada AKAL..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2016 at 6:28 PM

Ini satu contoh komen yg dlm proses kemerosotan maruah yg tenat!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2016 at 10:51 PM

yang wahan itu adalah kerana terlalu cintakan duniawi lebih2 lagi si bini yang montok gebu.. Muka penuh dengan resah dan gelisah tanpa tenang, jauh beza banding ngan muka2 isteri pemimpin yang lain...Alangkah hidup kita tanpa para politician yang berhati kudu, sadis dengan nafsu serakah duniawi.

....................
Reply To This Comment ...................
February 3, 2016 at 12:50 AM

Ini kes seorang yg diibaratkan kereta yg telah rosak teruk tidak ekonomik dibaikki (BER).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 8:32 PM

Btul la apa yg ank abg blajr tu.. Cma thp pemikiran ank abg jer yg xbrapa nk betul. Abg kna lebih tegas dgn ank abg tu lg.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2016 at 3:05 PM

Pemimpin sekarang saling mengkhianati sesama sendiri. Melonjak naik atas kejatuhan insan lain. Yang baik dikeji dan pinggirkan, manakala yang bangang dipuji. Mungkin ada kebenarannya kata2 orang2 tua dahulu...Malaysia akan hanya aman dan makmur mengikut nama:-

R - Tunku Abdul Rahman
A - Abdul Razak
H - Hussein Onn
M - Mahadir
A - Abdullah Badawi
N - Najib

Jika benar firasat dan telahan org2 tua dahulu... Malaysia menuju kehancuran...Wallahhualam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 12:25 AM

Abg cakap kat dia dosa dgn Allah mungkin selesai selepas haji. Tapi dosa sesama manusia tak selesai juga.

Post a Comment