........... Antara Taat Kepada Individu Dan Kepada Parti dan Negara - Apa Yang Susah Sangat Nak Faham ? ( FB Rafidah Aziz ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Antara Taat Kepada Individu Dan Kepada Parti dan Negara - Apa Yang Susah Sangat Nak Faham ? ( FB Rafidah Aziz )

Monday, February 8, 201615comments

INILAH TERJEMAHAN POSTING FB SAYA TEMPOH HARI...YANG DIKATAKAN "meracuni fikiran rakyat" itu...

BACALAH DENGAN HATI TERBUKA..




WOW...MACAM 2 DAH BERLAKU..

Kotak Pandora sekarang terbuka luas...
Siapa yang akan tahu apa yang akan keluar..
...perkara2 baru yang menakutkan ?
...apa cerita2 baru pula?


EPISOD BARU DAH MULA..

BETUL APA SAYA DAH KATAKAN...Ianya bukan kes mudah "buka dan tutup"..
 

Alaahai...
Drama sekarang mempunyai peserta2 antarabangsa..
Dari Malaysia..ke Amerika..ke Switzerland..dan sekarang Timur Tengah pula..
Mungkin ada penulis yang sedang memikirkan skrip yang sesuai untuk filem...terutama kalau ada lagi pendedahan dan kemajuan..


Alahaai...
Dan saya seorang warga negara yang merasa RISAU...saperti ramai yang lain..telah di sarankan untuk seolah2 berhenti bercakap..olih seorang penggeleng kepala..yang mendesak kita semua mesti "taat setia kapada pemimpin"...

Silalah terus menggeleng kepala...kerana saya akan terus bercakap..

UNTUK PENJELASAN...
SAYA ADALAH AHLI UMNO YANG SETIA...AHLI SELAMA 50 TAHUN..DAN AKAN MATI SEBAGAI AHLI UMNO..

SAYA WARGA MALAYSIA...JANGAN SESIAPA PERTIKAIKAN !


SAYA DAPAT BEZAKAN ANTARA TAAT SETIA KEPADA PARTI DAN NEGARA ...
DENGAN " Taat setia ( cara membuta tuli ?) ..KEPADA INDIVIDU2....TIDAK KIRA SIAPA....


INDIVIDU2 TIDAK PENTING..
LAGIPUN INDIVIDU2 AKAN MATI..
....SAPERTI SAYA JUGA AKAN MATI..
...INDIVIDU2 DATANG DAN PERGI..

TETAPI PARTI..DAN NEGARA ..TIDAK BOLIH DIKOMPROMI..

PARTI PERNAH DI BATALKAN PENDAFTARANNYA..DAN DI HARAMKAN ..DALAM TAHUN 1987...AKIBAT DARIPADA PEREBUTAN KUASA DAN JAWATAN..

Orang2 yang menggeleng kepala itu mungkin TELAH LUPA TITIK HITAM SEJARAH PARTI.


JANGANLAH SESIAPA MEMINTA untuk "diberi sokongan "kapada INDIVIDU2..MINTALAH SUPAYA DISOKONG PARTI...DAN NEGARA..

PARTI DAN NEGARA TIDAK WAJAR menjadi sasaran apa2 tindakan dan lakuan sesiapa jua di kedudukan kepimpinan...tidak kira DI PERINGKAT MANA...

Sudah terdapat retak2 dalam Parti.
...Dan keresahan berterusan di kalangan rakyat Malaysia...


....TOLONGLAH LIHAT REALITINYA...
...TOLONGLAH HENTIKAN MENGELAK DARI MENERIMA KEADAAN SEBENAR...
....TOLONGLAH JANGAN BERMAIN POLITIK BERPUAK2

DUNIA MELIHAT KEPADA PEMIMPIN2 KITA DAN MEMBUAT KESIMPULAN MASING2...

USAHLAH saperti burung unta yang menyembunyi kepala mereka dalam pasir..tetapi seluruh badan dapat lihat semua orang...

...TOLONGLAH DENGAR APA YANG BERLAKU DIAKAR UMBI...
.....TOLONGLAH BERHENTI MENDENGAR CERITA2 HALWA TELINGA...TERUTAMA DARI MEREKA YANG BERKEPENTINGAN...
...TOLONG SENTIASA INGAT BAHAWA...DUA ( ATAU TIGA , ATAU EMPAT, ATAU LIMA ) KESILAPAN ..TIDAK AKAN MENJADIKAN SATU YANG BETUL...


Tolonglah tidak mengelirukan lagi..

Kita SEMUA BERSAMA2 MERASAKAN KESAN2 DARI ISU2 YANG TELAH UJUD..
ITULAH SEBABNYA SAYA MENYATAKAN APA YANG SAYA FIKIRKAN...
PERKARA SAPERTI SEKARANG BELUM PERNAH BERLAKU...


SAYA SAYANG PADA UMNO..
SAYA SAYANG PADA MALAYSIA..

SAYA SENTIADA BERDOA SEMOGA YANG MAHA ESA MENYELAMATKAN NEGARA INI...DAN SUPAYA DAPAT DIWARISI SECARA TIDAK JEJAS....OLIH GENERASI2 AKAN DATANG..

( Fikirkanlah....adakah semua yang datang dari hati yang risau ini..adalah "meracuni fikiran rakyat?"
Atau sebenarnya luahan sentimen yang sangat ingin melihat perpaduan dalam parti...dan kepimpinan yang tidak terus dibelenggu masaalah?)

Allah swt Maha Mengtahui..
YANG BENAR TETAP BENAR...


Copypasted dari FB Rafidah Aziz


PS - Komen DT - Semuanya sebab Najib, 1MDB dan Jho Low ..... hancur dibuatnya !

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 9, 2016 at 12:08 AM

Dulu umno parti keramat sekarang umno parti laknat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 12:23 AM

She was the best Minister MITI Malaysia ever had. Mat Salleh pun segan dgn dia. Sama spt TS Zeti. Powerful woman kerana kebijaksaan mereka. Salute menteri2 dulu yg menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 12:31 AM

memang tepat sekali Tan Sri.

dan ketua2 umno bahagian juga risau....risau tak dapat dedak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 1:03 AM

Tuesday, November 17, 1998 - The Malaysian Trade Minister, Rafidah Aziz, has reacted angrily to a speech by the American Vice-President Al Gore on the eve of Asia-Pacific summit in Kuala Lumpur. Al Gore had expressed support for the reform movement in Malaysia. Mr Gore also used the word 'reformasi' - the rallying cry of anti-government protestors who support the sacked Deputy Prime Minister of Malaysia, Anwar Ibrahim. Ingatkah lagi insiden ini...Begitu beraninya Menteri yang bernama Rafidah Aziz. Menteri hari ni....emmhhh kebanyakannya hampehh....telor masuk kedalam. Yang depa tau Bodek dan Jilat Najib.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 1:06 AM

Syabas Tan Sri..saya sokong sepenuhnya. Peduli dengan Shahrizat menteri yang kalah pilihan raya dan diangkat oleh pemimpin besar yang bernama Najib.Rakyat tahu Shahrizat adalah salah seorang menteri pembodek seperti lembu dicucuk hidung. Begitu juga Azalina dan lain-lainnya yang telah hilang kewarasan otak mereka kerana banyak makan dedak hingga tersedak-sedak.Pemimpin seperti mereka sanggup menggadai diri dan negara kerana dedak.

Tan Sri adalah salah seorang bekas anggota kabinet yang tersohor bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia kerana kebijaksanaan dan ketegasan. Jolokan "The Iron Lady" bukan sembarangan. Apalah sangat Shahrizat kalau dibandingkan dengan Tan Sri...

Teruskan bersuara..kerana kami rindu dengan suara suara yang memberi kami harapan dan keyakinan didalam suasana Malaysia yang amat kelam ketika ini..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 2:24 AM

Kalau lah lebih ramai veteran UMNO turut bangkit bersuara mempertahankan UMNO daripada pembodek2 yang tak tahu malu ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 6:55 AM

Sdra Din,

Boleh tak tulis a short artikel pasal "saranan" atau boleh dikatakan "hasutan" yang dibuat oleh ketua polis negara mengenai mana2 orang yang tak berpuashati pada Dr Mahathir untuk buat laporan polis untuk diambil tindakan kerana "menyerang" apandi atas kecuauan dan kegagalan beliau mengambil tindakan atas najib.

Apa tan sri khalid ini ingat rakyat malaysia ini semua bodoh dan takut tak seberani beliau?

My dream is to see najib, apandi and khalid in sg buluh prison...insyaAllah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 6:59 AM

Lelaki Veteran umno yg dulu masa berkhidmat takda teloq akan terus takda teloq. Senyap mcm tikus playsafe, tp bila dpt dedak dia akan berambat mencuri peluang ambik sikit dedak dan dah dpt baik kunci mulut. Tapi bagi yg ada saki baki jiwa pejuang akan bangkit berani menyatakan pendirian wlwpun pahit dan akan berdepan racun dan perangkap utk membunuhnya. DATO DAN DATUK KITA AKAN MATI JUA, LEBIH BAIK KITA MATI SEBAGAI PEJUANG DARI MATI SEBAGAI PENGECUT. Pada akhir hayat kita kan seronok kita mati dgn keris masih dlm gengaman?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 7:45 AM

Wanita Malaysia

Rafidah - ikon dihormati dunia - Minister of International Trade and Industry
Zeti - ikon dihormati dunia - Governor of Bank Negara Malaysia

Sharizat - kalah pada orang muda Nurul - skandal National Feedlot Centre
Rosmah - terkenal dengan 'birkin bags' & 'fancy diamonds' & nyanyi & joget terkinja2

Lelaki Malaysia harus bijak buat pilihan - jangan tertipu dengan muka plastik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 10:07 AM

Tulisan yg tepat! Dan ia bukan menghasut kecuali apa yg dikatakan talibarut2 Najib!

Dalam apa bidang, ilmu & agama sekalipun, kepentingan individu adalah titik tolak kpd korupsi & kerosakan bidang itu sendiri.
Najib & talibarut2 Najib - kamu sudah terlajak! Hukuman adalah dihadapan kamu samada disini atau selepas kamu mati atau kedua2nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 10:18 AM

We say a little prayer for you Tan Sri Rafidah!

https://m.youtube.com/watch?v=TVwtZYoqXHE

Kabul ya Allah segala kebaikan kepada salihah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 11:03 AM

Dalam mt sekarang dah jadi macam dolu2. Bukan lagi berbicara hal bangsa, negara dan agama. Tapi bincang nak bagi kat siapa derma dan duit nak guna beli undi agaknya. Yg jadi tumpuan adalah org yg boleh beri duit, itu yg jadi ketua. Sapa yg ada duit banyak dlm mt? Dah sah putera arab jhlow, yg menjadikan najib sebagai proksi. Mereka kata tak mahu jadi boneka kepada tdm, tapi mereka jadi boneka juga kepada orang yg tak pernah berjasa kepada kita, iaitu putera arab, jhlow, dan us

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
February 9, 2016 at 11:23 AM

Assalammualaikum Bro Din!
Maaf.... Anda tertinggal seorang lagi yg jadi dalang utama atas kehancuran yg sedang dan terus berlaku - RM....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 12:42 PM

Yg membawa kpd beberapa maksud!

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
February 10, 2016 at 11:43 PM

Rafidah adalah antara veteran UMNO yang berani bersuara. Syabas!

Walau bagaimanapun sokongan padu dan gerakan secara sistematik mesti ada.

Maka benteng terakhir diperlukan dalam kes sebesar dan serumit ini.

Kita dapat lihat bagaimana beteng terakhir dapat membantu dalam kes di Kedah baru2 ini walaupun pengakhirannya tidak seperti diharapkan.

Kita juga dapat lihat siapa sebenarnya mementingkan rakyat dalam kes di Kedah. Benteng terakhir memanggil pembangkang walaupun tahu peluang tipis. Yang berkecuali itulah jelas musuh kita. Namun, masih ada yang buta hati mahu menyokong.

Saya amat berharap kali ini benteng terakhir kita tidak dilanda ombak yang kuat dan berkecai.


Post a Comment