........... Amaran Dari Zeti / Bom Baru Dari WSJ ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Amaran Dari Zeti / Bom Baru Dari WSJ !

Thursday, February 18, 201615comments

Ada 4 berita yang saya ingin komen kali ini. Menariknya, jika dipadankan jadi dua set, ia mampu beri satu sudut pandangan baru kepada berita yang dilaporkan.

SET 1 

Zeti yang nak bersara pada 30 April ini, memberi jaminan tidak akan diterajui oleh mana-mana ahli politik selepas dirinya berundur. 


Mkini

"BNM telah menikmati (kebebasan) dan mempunyai rekod prestasi yang positif," 

"Malah institusi kewangan juga tidak mempunyai ahli politik sebagai ahli lembaga pengarah, (ini) lebih-lebih lagi bagi bank pusat,"


Nampaknya bagi Zeti, campurtangan orang politik harus dielakkan dalam urusan kewangan negara. Kenapa ek ? Jika kesannya negatif, bagaimana pula campurtangan orang politik dalam GLC yang melibatkan komitmen kerajaan dalam urusniaga kewangan yang besar ? Contohnya ..... 1MDB.


Apapun, kenyataan Zeti di atas bunyinya macam biasa jer  .......

Keesokannya, Najib pula keluarkan kenyataan yang kerajaan akan putuskan dalam waktu terdekat siapa pengganti Zeti sebagai Gabenor Bank Negara, bila ditanya mengenai kenyataan Zeti di atas.

So .... apa kaitannya kedua berita di atas ?

Well .... saya melihat kenyataan Zeti lebih kepada MENCEGAH perkara itu dari berlaku ! Sebagai satu peringatan kepada Najib supaya jangan masuk campur urusan Bank Negara dengan meletakkan balacinya di situ sebaliknya menyerahkan urusan Bank Negara kepada mereka yang pakar dalam bidang berkaitan.

Sekiranya diletakkan orang politik menerajui BNM, sudah pasti kewangan negara bakal hancur ! 

TerimaKasih Zeti di atas amaran awal itu. Sekarang berpandukan kenyataan Zeti, rakyat akan beri lebih perhatian kepada calon yang bakal menjadi Gabenor BNM yang baru.


SET 2

Peguam Negara ( AG ) telah membatalkan pertemuan dengan panel SPRM di saat akhir. Sepatutnya diadakan pada pukul 3 petang tadi. Pertemuan adalah berkaitan keputusan AG dalam kes RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC bulan lepas.

Teringat kita pada Nothing To Hide .......

Menurut seorang ahli panel, "Kita tidak tahu sama ada kita akan dapat menemui beliau (selepas ini), kerana penggal kami dijadualkan tamat sebelum akhir bulan ini," - Mkini.

Apakah AG sengaja mahu menunda pertemuan itu sehingga perlantikan baru ahli panel SPRM ?

Kita harap, janganlah ..... sebab trend menukar orang baru atau ahli panel baru ditengah jalan dah kerap berlaku akhir2 ini dan mungkin secara kebetulan, orang2 baru itu semuanya nampak macam berpihak kepada Najib jer .....

TAPI saya lebih suka kaitkan berita itu dengan berita terbaru dari Mkini yang memetik laporan WSJ ini -

Mkini

Editor kewangannya, Ken Brown berkata demikian ketika ditemu bual oleh rangkaian televisyen ABC News Australia pada 12 Februari lalu.

"Laporan kami telah berbulan-bulan menunjukkan bahawa wang itu bukannya dari Arab Saudi, tetapi melalui sekumpulan syarikat dan akaun-akaun bank yang berkaitan dengan 1MDB.

"Dan awak juga tahu, sehingga kini, laporan kami belum dipersoalkan lagi dan kami mempunyai banyak bukti untuk menyokongnya,"


Bukan nak kata yang AG takut kepada WSJ. Tapi ayat  " kami mempunyai banyak bukti ... " itu yang menarik !

Goyang beb ....... 

Rakyat tertanya2 kenapa AG atau Najib tidak mahu tampil berikan penjelasan kepada banyak persoalan yang masih tergantung berkaitan keputusan AG bulan lalu itu. 

Mereka lebih cepat menuntut rakyat supaya melupakan semuanya dan bila rakyat terus mempertikaikan keputusan AG, mereka memikirkan cara untuk menutup mulut rakyat pula.

Semua itu lebih kepada MENGELAK dari memberi penjelasan tuntas kepada isu RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC. 

WHY ? Anything To Hide ? 

Kalau Nothing To Hide, tampil dan jelaskan kepada rakyat !

Itu saja cara terbaik untuk mengembalikan kenyakinan rakyat kepada kerajaan di bawah Najib. Bukannya LARI, ELAK, SPIN, TUTUP MULUT dan GERTAK.

Era kerajaan lebih tahu sudah berlalu ..... begitulah kata Najib waktu mula mengambilalih jawatan PM dari Paklah dulu. Ternyata ...... hampeh !

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 18, 2016 at 9:50 PM

Nowhere to hide bro...sooner or later semua terburai bro...melainkan jika Najib saman WSJ this coming tuesday.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2016 at 10:51 PM

SAMAN tak NAK..
SUMPAH pun tak NAK..
Bagi PENJELASAN secara TERBUKA kpd RAKYAT pun macam Nak Tak Nak jer..
Kalau macam tu, UNDI drp RAKYAT Malaysia utk PRU14 pun TAK NAK jugak lahh ni....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2016 at 11:40 PM

Wow...! Kenyataan Editor WSJ tu berani gilerr..! Memang mencabar OKT supaya saman tapi.... I don't think Mr OKT will do that in the near future.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja juga hampeh....

Teringat video Bekas Hakim (see Putra Merdeka) yg cakap no AG will charge PM.
Katanya, kalau PM 'advised' Agong untuk pecat AG, maka Agong mesti pecat si AG.

Saya tak faham bab yg ni.

Kalau Agong kata, sorry encik PM, Beta takkan pecat AG nih. Dia jujur dan masih sihat... bla..bla.. , apa yg PM boleh buat pada Agong? Takkan PM nak pecat Agong? PM takde kuasa utk pecat Raja atau Sultan. Klau PM arahkan KSN untuk tarik balik elaun utk Agong atau Sultan, all the Seri Paduka ada income sendiri yg jauh lebih banyak dari elaun yg seciput tu (tengok ajer la Sultan Johor, mampu beli trak termahal di dunia).

So.... apa isunya?
Kenapa mesti takut kpd PM?

Bukankah Allah lebih berkuasa? Setiap hari, berpuluh kali mulut duk sebut Allahu Akhbar... takde makna ke ungkapan tu?

Ingat!
Utk membunuh Firaun yg kejam tu, Allah hanya hantar seekor nyamuk yg kecil.

Zika sedang mengganas sekarang.
Ingat...! Zika tu bawaan nyamuk!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2016 at 3:36 AM

Punya banyak isu sampai terpaksa bro din turtle buat 3 set.

Set 1.
Mereka yang diharapkan untuk menggantikan tempat zeti adalah antara 3 timbalan gabenor bnm top list muhammad ibrahim muhammad tapi najib duk cuba push 3 line up dia yang berlatar belakang politik iaitu duta malaysia ke usa awang adek menteri jpm wahid omar & ksu perbendaharaan mohd irwan serigar & top list najib adalah awang adek alasan nya pernah menjadi penolong gabenor bnm selam 16 tahun, kesilapan melantik gabenor bnm yang baru bakal menjejaskan kemasukan hasil pelaburan kedalam negara para pelabur dari luar sedang mengikuti perkara ini dalam konteks ekonomi dan politik negara yang sedang meruncing jika dilantik mereka yang berlatar belakangkan orang politik nescaya kedudukan ekonomi negara bergerak negatif.

Set 2.
Sudah dijangkakan peguam negara akan berusaha mengelak dari berhadapan dengan panel sprm yang tentu mempersoalkan kewajaran peguam negara menolak fakta kes siasatan sprm berhubung dengan skandal 1mdb dan src, adakah dengan penangguhan ini peguam negara bakal dianugerahkan satu lagi jawatan tambahan selepas diberi jawatan lembaga pengarah tabung haji dan ptptn?.

Set 3.
Wall street journal mempunyai pelanggan di seluruh dunia merupakan akbar yang banyak membicarakan skop perniagaan pelaburan dan kewangan negara2 di dunia serta menjadi bahan rujukan ahli2 perniagaan dan para pelabur ternama dunia kerana maklumat yang diterbitkan oleh wsj berpandu kepada fakta yang jelas nampaknya nama serta imej peguam negara sudah semakin busuk dan tercemar di mata dunia gara2 kerana ingin mempertahankan kesalahan najib sungguh memalukan diatas perbuatan yang bakal tercatit dalam satu lipatan sejarah tentu sekali akan membawa malu dan aib sehingga kepada keturunan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2016 at 4:43 AM

dalam situasi sekarang

EVERYTHING MUST HIDE AS SOON AS POSSIBLE.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2016 at 4:58 AM

@Anonymous

Ya betul... Agong boleh menolak.. Tapi mungkin juga Agong tidak begitu Berani. Agaknya Ada kepentingan2 yang harus dijaga..

Bayangkan kalau Najib guna kuasa palimen lagi untuk kurangkan kuasa Agong ? Macam Mana ?

Contoh dah ada RUU MKN. :)

sebab tu memang tak ada cara lain.. Tunggu PRU atau rakyat wajib lakukan sesuatu secepat mungkin

tapi walau macam mana pun.. tiada jaminan Najib dapat diturunkan.

Kecuali dengan izin-Nya

Jadi ingatlah... kita boleh berusaha hanya tuhan menentukan..

Apa yang boleh dibuat sekarang adalah dengan bersuara dan bersabar.

UNITE & FIGHT

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2016 at 7:46 AM

Kita selalu kata haram dan berdosa "menAIBkan" sesaorang. Dari sudut agama, saya sangatlah bersetuju.

1) Contoh yang berkhalwat beragama Islam......memberi malu pada pelaku dan pasangan, ibubapa dan keluarga mereka, komunitinya, bangsa dan agama yang dianuti.

2) Namun kalau kesalahan menyalahguna kuasa, rasuah, "merompak harta negara dan rakyat", pembunuhan dan lain2, ia melibat semua (1) di atas dan yang teruk sekali seluruh rakyat dan NEGARA!

APAKAH MANUSIA HANYA SERAH PADA TAKDIR DAN SALAHKAN ORANG LAIN???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2016 at 8:12 AM

I personally think Apandi cancelled the meeting on purpose,

1. Pending an announcement by the just concluded Rulers' Conference

2. The WSJ denouncing Apandi's clearance of Najib

3. Prior news of SR article coming out yesterday.

Damning information and alleged load of evidences have really impacted Apandi's credibility, worst still najib's fledging position.

ITS A MATTER OF TIME WHEN THE FIRST DOMINO BLOCK FALLS FOLLOWED BY THE REST....WE HAVE SEEN INTERESTING TRAILERS BUT THE SHOW IS JUST ABOUT TO PREMIER....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2016 at 8:53 AM

Rujukan utk isu ttg. org POLITIK:
1. Dengar apa kata Pembodek TEGAR.
2. Dengar pula apa kata pengkritik TEGAR.
3. Dengar pula apa kata org yg di Atas PAGAR...

Yg penting,setiap KATA mesti berlandaskan FAKTA dan bukannya AUTA...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2016 at 8:54 AM

Rakyat Malaysia ni baik sangat...
Kena tipu siang malam pun kita tunggu PRU...takut PRU nanti menang lg besar pulak ada can dapat timb menteri baru dr bangladesh kita yahoo ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2016 at 11:04 AM

PRU itu adalah masa untuk rakyat memilih wakil kerajaan kita daripada beberapa calon2 yang SAH.
Ah Jib Gor dan Macai sudah memBATALkan keSAHihan mereka sendiri ...

....................
Reply To This Comment ...................
February 19, 2016 at 11:20 AM

NOTHING TO HIDE part 2 with co-starring AG Apandi Ali...editing the script now and looking for actors/actress for supporting roles

....................
Reply To This Comment ...................
JJ
February 19, 2016 at 5:40 PM

Tahukah anda ramai CEO US Silicon Valley terlalu sibuk untuk berjumpa PM kita minggu ini?

PM Lee Singapura berjumpa CEO and Pengerusi Google, Facebook, Apple dan Tesla (CEO Elon Musk membawa PM Lee dalam Tesla terlaju)

http://www.straitstimes.com/singapore/pm-lee-hsien-loong-tests-out-google-tesla-cars-on-first-day-of-us-trip

http://www.straitstimes.com/singapore/pm-lee-hsien-loong-meets-apple-and-facebook-honchos-to-find-out-how-their-tech-can-help

Presiden Jokowi berjumpa CEO Twitter (lagu Indonesia Raya berkumandang), Facebook (main pingpong) dan Google (pengurusan atas Google semua pakai batik menjemput Jokowi)

http://inet.detik.com/read/2016/02/18/070855/3144921/398/jokowi-disambut-ceo-google-yang-berbatik

http://www.thejakartapost.com/news/2016/02/18/lets-spread-peace-jokowi-urges-facebook.html

http://www.cnnindonesia.com/teknologi/20160218092601-185-111719/lagu-indonesia-raya-sambut-jokowi-di-kantor-twitter/


Malaysia is welcomed by Tesla "Vice President" and Apple COO:

https://www.najibrazak.com/bm/blog/lawatan-ke-apple-dan-tesla/

Malaysia dipulaukan!

....................
Reply To This Comment ...................
February 19, 2016 at 7:37 PM

Aiii..kalau dana tsb adalah dari sumber yg berkaitan dari 1mdb, abeh kenapa selama ni sprm announce wang derma dri timur tengah? bro, rasanye ada drama kat sini...jalan cerita sume dah disusun...nampak spt jib dah control semua agensi siasatan di malaysia ni...pelik kenapa wsj x serahkan salinan bukti kpd sprm? Atau wsj sdri tdak percayakan agensi sisatan di malaysia? Kebodohan apekah yg sdg mereka lakukan kepada rakyat malaysia?

....................
Reply To This Comment ...................
February 20, 2016 at 4:35 AM

There is nothing to hide.
I rest my case.
Case closed!

Post a Comment