........... Video ( Ringkas dan Padat ) Ucapan Majlis Mencari Kebenaran GKCM Pasir Gudang 3 Januari 2016 | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Video ( Ringkas dan Padat ) Ucapan Majlis Mencari Kebenaran GKCM Pasir Gudang 3 Januari 2016

Sunday, January 3, 201615comments


Dibawah adalah intipati ucapan Cikgu Kamarul yang mewakili Gabungan Ketua Cawangan Malaysia GKCM dalam Majlis Mencari Kebenaran GKCM di Pasir Gudang petang tadi.

Ringkas dan padat.



KLiK untuk ke Youtube

- analogi Ketua2 Bahagian yang diibaratkan seperti burung2 camar yang banyak mengekor perahu nelayan kerana mengharapkan ikan2 buruk yang dibuang oleh para nelayan.

- Ketua2 Bahagian tidak boleh berfikir dan tidak boleh bersuara ... mereka gagal memainkan peranan. Kerana itu rakyat melihat Umno sudah tidak lagi relevan.

- Hidup kena bebas rasuah ! 

- GKCM wujud kerana tidak ada yang berani untuk tampil bersuara menegur demi memperbaiki Umno

- Yang perlu dihadapkan ke Tribunal Disiplin bukannya ahli2 yang berani bersuara tapi Ketua2 Bahagian yang senyap !

- Umno bukan Presiden punya. Ahli yang letak dia sebagai Presiden. 

- Rakyat sedang memperlekehkan Presiden Umno. Cakap tak serupa bikin. 

- Menjadikan contoh politik England di mana parti Buruh yang mempunyai sokongan lebih kuat tapi ditolak pengundi kerana pemimpinnya tidak dipercayai oleh pengundi. 

- Umno akan jadi seperti Parti Buruh bila pengundi sudah tidak lagi yakin kepada Presiden Umno bukan kerana parti.

- Mengulas kenyataan Najib - Isu 1MDB, Semuanya sudah selesai .... Kita tidak mahu isu Presiden yang selesai tapi kita mahu isu rakyat yang selesai ! 

- Orang Melayu kena ubah cara berpolitik. Tidak lagi hanya menurut saja ...  GKCM menuntut hak untuk bersuara

- Umno kena bersih dan tinggalkan amalan2 rasuah. 

- GKCM akan terus kekal dan akan sentiasa menyatakan Kebenaran.

- Mendewasakan Umno dan memastikan ahli2 Umno orang yang mampu berfikir 

- Berjuang berlandaskan Islam


GKCM mencabar sesiapa saja yang memegang jawatan dalam Umno yang tidak dapat menerima atau menyangkal pandangan GKCM, untuk berbahas secara terbuka di mana saja !



Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 9:43 PM

Ketua Bahagian bukan tidak boleh berfikir , tapi tak mau berfikir, buat apa nak pening pening kepala... Cash is King .. peduli apa dengan masaalah Presiden, janji Presiden penuhkan tembolok mereka, tak percaya? cuba Presiden tak cash tembolok mereka, besok mereka ramai , ajak JK ajak Ketua Cawangan untuk tukar presiden ..

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2016 at 10:58 PM

Teruskan.
Saya mengikuti anda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2016 at 4:56 AM

Gelombang mencari kebenaran harus dipertingkatkan. Jangan asyik nak harapkan Tun Dr Mahathir yang sudah bersara.

Beliau seharusnya berehat dan tidak pula dipaksa mendukung beban negara.

Najib sudah terang GAGAL mentadbir dengan amanah. Sudah lama harus dipecat.

....................
Reply To This Comment ...................
Abg mie
January 4, 2016 at 9:29 AM

Jap lg presiden dtg bagi sorang 2 jota, senyaplah.tanpa gst pulak lg..

....................
Reply To This Comment ...................
January 4, 2016 at 9:48 AM

Teruskan perjuangan untk kepentingan anak2 kita, hapuskan pembodek, rasuah dan penyalah guna kuasa, kami sentiasa di belakang sdr2 kalian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2016 at 10:45 AM

Kebelakang kini ahli-ahli umno yang berada dalam kabinet terlalu banyak menyalahkan pemimpin yang terdahulu.Hanya mahu menerima kesenangan saja untuk joli tampa berusaha?.Sudah-sudahlah sekiranya tak dapat memikul tanggung jawab lebeh baik lepaskan jawatan beri pada mereka yang boleh memikulnya,Jangan nak menyalahkan pemimpin yang terdahulu.Sekiranya anda gentlman sebagaimana yang dikatakan lepaskan jawatan dalam kabinet biar mereka yang lain untuk mentabhir Negara,walaupun nak mencabar TDM silakan.Itu pun sekiranya ada >>>>>?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2016 at 10:46 AM

Kepada Ketua-Ketua Cawangan UMNO di seluruh negara, hanya kepada kamu saja lah yang kami berharap untuk melakukan transformasi didalam parti. Singkirkan ketua-ketua bahagian yang korup, tidak amanah dan tidak berintegriti. Berani kerana Benar, Selamat berjuang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2016 at 11:25 AM

Satu tindakan baik ke arah yg positif! Syabas.

Budaya & fi'il UMNO sebenarnya menjangkau sehingga ke dlm GLC. Ia, pada pendapat saya masih lg bertolak dari sikap org Melayu secara spesifik spt yg disebut Tun M & buku beliau.

Rasuah org Melayu ini adalah tenat & ia termasuk kesedaran & tanggungjawab etika yg rata2 hanya dibibir sahaja yg pd byk keadaan dilindungi dgn 'imej' Islam pd org melayu.

Diharap ini merupakan titik tolak kpd kebaikan akan dtg.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2016 at 12:36 PM

Kebanyakkan ketua ketua bahagian berkhiblatkan peniaga2 cina , kalau dengan melayu mereka tak mendapat apa apa. Oleh itu cina tidak hairan dengan orang melayu kerana mereka boleh membeli. Jadi GST tidak akan menurunkan harga barang. Mangsanya adalah orang melayu. Pemimpin boleh bergoyangkaki sambil ketawa masaalah rakyat dan bermain dengan kenyataan bodoh budak2 darjah 5

....................
Reply To This Comment ...................
January 4, 2016 at 3:10 PM

Langkah terbaik yg boleh dilakukan oleh GKCM ialah mencadangkan supaya ajk cawangan cawangan meletak jawatan. Jika semua atau majoriti ajk cawangan cawangan meletak jawatan pastinya pemilihan tahun ini terpaksa diadakan seperti yang dijadualkan ikut perlembagaan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2016 at 7:32 PM

Terbaik..teruskan.
Saya sokong 100% rakanx2 disana.

....................
Reply To This Comment ...................
January 5, 2016 at 9:43 AM

Gkcm kami sokong anda yg sokong najib ialah menteri2 n ketua bahagian 2.5 juta ahli umno benci tengok perangai mereka mungkin ada kebenaran isu menteri bangang ni nak alih pandangan rayat supaya tak tertumpu kat najib kot he he he

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 5, 2016 at 3:05 PM

Terima kasih & Tahniah GKCM!

Andalah penyebab orang seperti saya masih mempercayai bahawa ada lagi pemimpin dalam UMNO yang masih berjuang kerana A Ba Ta.

Harap ditingkatkan momentum sehingga Najib berundur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2016 at 8:49 PM

Teruskan perjuangan!!! Demi alif ba ta dan masa depan anak cucu kita! Ambil contoh jepun dan korea, maruah diutamakan!

....................
Reply To This Comment ...................
January 6, 2016 at 5:17 PM

Tahniah GKCM! Demi masa depan anak cucu kita! Saya sokong 100% rakanx2 disana.Rasuah org Melayu ini adalah tenat yg pd byk keadaan dilindungi dgn 'imej' Islam pd org melayu. Tindakan pemulihan diperlukan SEGERA sebelum bangsa kita semua dilaknati ALLAH......

Post a Comment