........... Umno Kedah VS Mukhriz - Semuanya GAME Najib Yang Terdesak ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Umno Kedah VS Mukhriz - Semuanya GAME Najib Yang Terdesak !

Thursday, January 21, 201637comments


Semalam riuh kisah Ketua2 Bahagian Umno Kedah mengadakan sidang akhbar menuntut supaya MB Kedah dilucutkan jawatan dan digantikan dengan orang lain. ( Mkini )

Respon spontan saya adalah - Apa game Najib ni ?

Saya tidak percaya tindakan Ketua2 Bahagian Umno Kedah itu dilakukan tanpa restu dari Najib ! Bukan benda kecil ni ... Kesannya besar kepada lanskap politik terutamanya kepada survival politik Najib sendiri.

Jadi amat mustahil mereka bertindak sendirian tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Najib dan amat mustahil perkara sebesar ini tidak dibincangkan terlebih dahulu oleh Najib bersama para penasihatnya.

Tapi diteruskan juga tindakan itu ...... Why ? Kenapa ?

Kerana itu saya lebih suka menilai apa yang ada disebalik tindakan mereka itu.  Semuanya adalah POLITIK dan ini termasuk tindakan Umno Kedah itu. 

Saya ingin kongsi status FB seorang rakan Tanjak Pusaka untuk kita sama2 renungkan -

Ada beberapa perkara berkaitan isu desakan pengguguran Dato Seri Mukhriz yang dilihat boleh beri political mileage kepada Najib dan juga bermaksud sebaliknya;

1) Nak tutup isu lain (TPPP dan 1MDB) - Kita tahu AG baru je reject IP daripada SPRM dan kini hangat dibincangkan begitu juga TPPA. (Kemungkinan himpunan Bantah TPPA akan diadakan pada 23 Jan ini)

2) Konon nak jadi hero dan prihatin dgn umum beliau akan kekalkan Mukhriz - Najib akan umum Mukhriz dikekalkan dan nasihati Ketua-Ketua Bahagian yang desak Mukhriz agar beri sokongan padu kepadanya. Salah satu cara juga untuk ambil hati Tun M.

3) Najib tidak akan terburu-buru bertindak sama sepertimana dilakukannya ke atas Muhyiddin Yassin. Masih tidak memecat Muhyiddin sebaliknya memencilkan kuasa bekas TPM itu dalam parti. Maka jadila Muhyiddin "King of Nothing".

4) PRN Sarawak semakin hampir - Pagi ini Adenan Satem berjumpa dgn Najib dan hal PRN Sarawak adalah fokus utama BN. Agak sukar untuk Najib beri tumpuan dan ambil keputusan tentang kedudukan Mukhriz. Silap haribulan boleh bagi impak kepada prestasi BN nanti.

5) Mendapatkan respons pembangkang khasnya PAS dalam isu ini. Apa tindakan dan langkah susulan PAS serta lain-lain parti terhadap perkembangan terbaru ini.

6) Menguji sejauhmana kekuatan politik dan pengaruh Mukhriz. Ini membolehkan langkah tertentu diambil bagi memastikan karier politik anak Tun Dr. Mahathir itu tidak mengatasi pemimpin atasannya menjelang pemilihan parti akan datang.

7) Pelan ke arah Kerajaan Perpaduan. Kemungkinan PAS bakal mentadbir semula Kedah sebagai salah satu formula ke arah agenda tersebut.

Namun, walau apa pun langkah yang Najib ambil waima benda tu positif, graf kebencian dan penolakan rakyat terhadapnya tetap tidak akan berubah malah akan meningkat. Rakyat mahu Najib berundur sebagai PM. Noktah.


Dalam keadaan terdesak, saya percaya Najib tidak mampu beri tumpuan kepada isu2 lain kecuali satu saja, iaitu SURVIVAL POLITIK PERIBADINYA. Najib tidak ada masa maupun semangat untuk fikirkan perkara lain. Tekanan ke atas masalah2 peribadinya terutama dalam kes RM2.6 bilion dan 1MDB semakin kuat dan tumpuan rakyat sepenuhnya diberikan kepada isu2 itu.

Kalau sebelum ini masa masih memihak kepada Najib. Beliau masih boleh beli masa untuk bernafas tapi ruang pernafasan itu semakin sempit. 

Pelbagai dateline yang diberikan kepada pelbagai isu semakin ke penghujung. Najib semakin terdesak.

Makanya isu Mukhriz ini ditimbulkan !

Point utama saya adalah - Semuanya Game Najib. MUSTAHIL perkara sebesar ini berlaku tanpa pengetahuan dan restu dari Najib terlebih dahulu.

Share this article :

+ comments + 37 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 3:30 AM

Ya setuju 100% bro din turtle semua ini hanyalah game najib yang mau rakyat mengalih tumpuan kepada skandal peribadinya.

Tengkuk najib pada masa sekarang berada diatas kepingan kertas laporan siasatan sprm yang di pulangkan semula oleh ag kepada sprm tujuan buy time kerana tempoh perkhidmatan ketua pesuruhjaya sprm hampir ke penghujung samada akan di drag masa sampai beliau bersara tak lama lagi atau di tamatkan tempoh atas sebab2 kesihatan, ini semua game najib dalam rakyat menumpu pergolakan di kedah najib & konco2nya akan melakukan sesuatu keatas sprm kerana target najib bukan keatas mukhriz tapi SPRM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 3:33 AM

dia sebenarnya tak kisah apa game najib. Nak tukar menteri besar kedah ke, johor ke, nak tukar Agong sekalipun. Tidak akan selesai apa-apa masalah dalam UMNO. Sebab punca masalah dia adalah Presiden UMNO..

Najib dah tak ada nilai alngsung untuk dipertahankan sebagai PM.. pegi lah najib dengan 2.6 bilion tu.. rehatlah.

Rakyat terseksa jiwa raga, otak, kederat... Hari hari duk maki ko, Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 3:35 AM

Setuju benar... game !
Di Kedai-kedai kopi,lepak2 selepas solat jemaah dimasjid dan surau, ditempat-tempat kerja... isu ini dibahaskan. Pelbagai pendapat diluahkan dan pelbagai tafsiran dibuat sepeti untuk alih perhatian, gila kuasa,dendam kesumat, kaki bodek,pelingkup UMNO Kedah,Pru 14 kembali kepada PAS, game dan macam-macam lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 3:50 AM

tali hayat najib nearly 2n.cuba alih isu peribadi beliau.hanya masa menentukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 6:21 AM

Sdra Din,

1. This is an instructed move
2. To deflect on macc vs ag viz src n rm 2.6 bil
3. To tell tdm group you are going to lose your son as mb

Seriously look at the timing.

Pertinent questions:

1. All 14 heads has the support of their voters (not supporters)?

2. If about 1000 supporters came to tell they still want mukhriz, can the heads command the same albeit short notice?

3. Would this the beginning of the Real Revolt against najib instead of mukhriz?

4. Do you think other states just keep quiet?

5. A fresh poll? BN wants it?

The truth shall prevail. Interesting development...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 6:30 AM

Umno memang dah teruk sangat dah. 2tahun je lagi

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2016 at 6:45 AM

Biarlah rakyat kedah sendiri yg buat keputusan siapa mb mereka nak???...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 7:40 AM

Inilah antara bukti bagi kata2 "apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan"..... lebih kurang alang2 menyeluk pekakasam biar satu badan jd masam... bkn sampai ke pangkal lengan lg dah.... hahaha... walau nakhoda dah gilapun anak2 kapal ikut membuta tuli saja... akhirnya semua lingkup... cash is king la sangat....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 7:58 AM

Salam Saudara DIN..

Menurut saya...DSN akan gunakan segala isu...isu kini..dia gunakan darah...(rujuk pada keturunan)...akhirnya cuba nak jadi hero...akan guna segala "turning point"...akan mengatakan bla..bla..bla.. walhal...majoriti rakyat tahu permainan kotor ini..

Bagi saya DSMM...terus jumpa pemangku sultan...jika perlu berundur...atau kekalkan...sebab..permainanan kotor yang dimainkan oleh...pihak atasan..harus dilawan dengan tertib..rakyat kedah majoriti menyokong kepimpinan DSMM...

Saya suka kalu DSMM ikut arus... LAWAN TETAP LAWAN..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 8:57 AM

Point utama saya adalah najib pemimpin yg sgt2 lemah... sekarang semua pihak ambil kesempatan dari kedunguan beliau.
Dari tukang kipas, pemimpin sarawak, pemimpin kedah ,pengusaha bauksit malah pemimpin luar negara gunakan najib utk kepentingan mereka semua. Dan sebangsat2 perkara yg blh bawak untung,mereka akan guna untung peribadi. Mukhriz beruntung samada dibuang atau tidak ,dia tak terpalit dgn dungunya najib ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 9:00 AM

Kita sekarang berada dlm era politik yg amat menjijikkan, paling murah dan amat memalukan. Memang benar tanda akhir zaman dunia akan tinggal sibodoh saja dan dipenuhi dgn manusia munafiq. Yg batil ditegakkan dan yg benar dinafikan. Kerakusan kuasa, pangkat dan wang ringgit lebih diutamakan dari memperjuangkan hak rakyat. Keselesaan dan kehendak rakyat ditolak tepi demi mendahulukan kehendak peribadi. Rakyat tersepit dan tertekan dgn perencanaan yg pincang.

Saya bukan rakyat Kedah tapi saya selalu mengikuti perkembangan pembangunan Kedah. Pendapat saya, rata-rata orang Kedah menyenangi Mukhriz. Jika benar Mukhriz dicantas dari menerajui Kedah maka saya rasa akan berlaku Tsunami Rakyat Kedah pada PRU 14 akan datang, yg mana mereka akan memangkah pembangkang demi menunjuk perasaan tidak puas hati atas tindakan menukar MB Kedah yg saya nampak mempunyai sokongan rakyat yg kuat. Akan terjadi satu "backfire" di situ. Tindakan menukar MB ini spt bermain dgn api, menaikkan kemarahan rakyat Kedah dan menambah kebencian mereka kpd kerakusan politik masa kini yg lebih mengutamakan agenda peribadi dan kuasa daripada perjuangan utk rakyat.

Mesti kita ingat suara rakyat ialah satu gelombang Tsunami yg amat besar. Memang rakyat tidak dapat bersuara secara langsung di Parlimen tapi harus kita ingat mereka mempunyai kuasa yg besar atas kertas undi. Mereka boleh menaikkan dan menjatuhkan satu-satu kerajaan dan Kedah telah pun membuktikan Tsunami Rakyat pada PRU 12 yg lalu. Tidak mustahil sejarah boleh berulang lagi, tapi Melayu yg mudah lupa.

Mencantas Mukhriz bukanlah satu langkah yg bijak malah umpama menjolok sarang tebuan.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 9:09 AM

Najib x perlu ambil hati Tun Dr Mahathir...he's already a loser in attempt to oust Najib...

Just give a signal to Mukhriz that you don't have support..berhati hati nanti you akan senasib dengan TSMY dan Shafie Afdal..

Kedah jatuh ke pembangkang?..so waht?..sebelum ni pun pernah jatuh apa..dan mungkin ini sebaghagian dari cara UMNO nak bagi satu lagi kerajaan negeri kepada PAS sebagai tanda kerjasama...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 9:19 AM

hahaha... gelak besa laa khairy j... najib tembak mukhris...game dia menjadi...ape2 pon sy sokong mukhris dgn tun m

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 9:28 AM

2 tahun je lg.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 9:36 AM

Klau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Boleh juga bergoyang tapi ada beruk diatas pokok itu. Beruk yg duduk di KL kata pokok ni ada masalah dan balik cuba buat onar. Yg penting rakyat hilang kepercayaan pd Mukhriz bukan wakil rakyat atau KB yg ntah apa nasib dlm Pemilihan Umno nanti.Tunggulah. Serah pd rakyat utk nilai bukan beruk dri KL. Lepas ni PM boleh arahkan Fuad Zarkashi, Ahmad Maslan, Sharir Samad, Azalina Othman Said dan Aziz Kaprawi utk buat usul Umno Johor hilang kepercayaan pd MB Johor. Ada berani.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 9:48 AM

Setuju dengan 9.00am

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 9:50 AM

Mungkin jugak ni cuma wayang kulit. Mana tau kemudian ada malaikat yg muncul kata kita takkan pecat DSMM. Kita nak bagi DSMM peluang bia dia habis tempoh khidmatnya hingga PRU akan datang. Bia rakyat Kedah sendiri yg tentukan pilihan. Dgn demikian dapatlah tunjukkan kononnya dia baik hati, adil, tak berat sebelah, nutral tak pilih bulu, tak pilih kasih............


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 9:52 AM

Eloknya DSMM ikut stail DSAI buat himpunan roadshow buat pidato terbuka dan bongkar sikap buruk kepimpinan UMNO yang tenat dengan pelbagai skandal supaya pemikiran UMNO baru diberi kekuatan dan semangat segar mahu perbetulkan parti kearah penyingkiran presiden yang dikatakan atau diketahui umum adalah punca masalah besar kepada sistem sosio politik serta ekonomi negara yang sekarang ini dilanda krisis keyakinan pada tahap terburuk.
Banyak skandal nasionalis yang dah jadi isu globalis. Apakah benda ni dilihat hanya boleh ditentukan secara adil dipintu PRU 14 nanti. Perkara yang sama juga telah dilontarkan oleh mantan PM sebagai cara untuk menyelamatkan UMNO.
Jadi bodoh sungguh tindakan Ahmad Bashah & sekutunya UMNO Kedah.Sepatutnya mereka menyatakan pendirian sebenar UMNO masakini berlandaskan maklumbalas sebenar orangramai tentang situasi ketidakpuasan hati dan rasa ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan yang diterajui UMNO pusat.
Ini... orangramai dok usha presiden bila nak bersara awal depa pulak pi suruh DSN tukar MB Kedah ..... apa cite????

....................
Reply To This Comment ...................
Najibodonomics PhD
January 21, 2016 at 10:31 AM

Harga dedak makin melambong. Menteri akan suruh rakyat makan pasir. Maka itu cepat-cepatlah usap misai boss supaya dapat terus makan dedak.

....................
Reply To This Comment ...................
KJ
January 21, 2016 at 11:04 AM

Alahai Jibby...kau ingat rakyat bodoh, macam kau dan penasihat penasihat kau tu ? Semua tahu yang ini semua sandiwara, dilakonkan oleh lembu dan pelawak ketua bahagian. Sekarang bukan zaman dulu, percaya bulat bulat apa Berita Harian, Utusan, TV3 kata. Orand beli suratkhabar untuk bungkus sampah, sebab murah.

Do yourself a favour, berambus sebelum kau terus memperbodohkan diri.

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2016 at 11:06 AM

ada hikmah atas tindakan gelojoh ini.lebih mudah utk ahli umno yg berjiwa melayu utk menerima sebarang perubahan drastik yg bole merombak kepimpinan tertinggi umno.Tun M tidak perlu lagi menyakinkan ahli umno bahwa umno akan terasing dpd rakyat pengundi dan susah utk bangkit semula jika kecundang dlm PRU 14.amat penting perubahan harus berlaku dlm masa sebulan dua ini.bukan soal tun m..bukan soal nyawa politik najib tetapi parti politik UMNO.apalah ertinya UMNO tanpa ahli atau yg lebih parah apalah ertinya UMNO jika yg tinggal cuma ahli
ZOMBIES

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 11:19 AM

Padah jolok sarang tebuan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 11:31 AM

banyak pihak dan rakyat jelata minta PM letak jawatan, tetapi kenapa Ahmad Bashah dan ketua2 bahagian UMNO kedah tidak turut serta dengan beraninya menyuarkan agar PM yang meletakkan jawatan, sedangkan kelemahan dan pembihongan oleh PM lebih terserlah? Nampak sangat ini satu perminan yang paling jijik dikalangan pemimpin2 UMNO yang sudah tidak bermaruah. Mereka inilah orang2 UMNO yang bakal menghancurkan UMNO dalam PRU akan datang

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2016 at 12:51 PM

Din,
Pada pandangan aku kalau seseorang tu tak boleh bekerja sebagai satu pasukan lebih baik dia keluar dari pasukan tu. Kalau akulah jadi Najib dah lama aku tendang Mukriz tu.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 21, 2016 at 1:18 PM

1) Tindakan paling bodoh oleh Najib dan kuncu2nya ialah apabila buat kacau di negeri yang aman yang mempunyai MB tanpa sebarang skandal seperti curi wang dan harta negeri untuk diri sendiri.

2) Tindakan baghal Najib dan kuncu2nya akan lebih membuatkan rakyat khususnya rakyat Kedah lebih meluat dan tidak mungkin lupa akan skandal berbillion ringgit yang melibatkan Najib.

3) Saya rasa kagum dengan tindakan rakyat Kedah semalam dan mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada rakyat Kedah kerana berani mempertahankan hak.

4) Kini, walau ditukar dan diganti dengan "orang Najib" di mana2 jawatan pun tidak akan merubah pendirian rakyat terhadap skandal berbillion yang melibatkan Najib.

5) Satu dunia memerhati mereka2 ini yang bertanggungjawab dalam menyempurnakan amanah rakyat terutamanya Ketua Hakim Negara.

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2016 at 1:32 PM

UMNO - Untuk Mu Najib Omaigod

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 1:34 PM

Najib2..yg hang sibuk kat kedah tu buat pa? Selangor pun Bn dah nak padam tggu Pru 14 nak dtg ni.Perak pun nyawa2 ikan.Tgganu pun sama.Dok terhegeh hegeh nak kerajaan perpaduan dgn Pas buat pa?? Pas pun kena buli2 dgn Pakatan.Umno dah jd pondan ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 1:40 PM

Lepa lupa kedah di tadbir balik oleh umno dr pas adalah sbb mukhriz. Kalu umno letak calon lain masa pru dulu, kedah hari ni bukn di tadbir oleh umno. Tu kena ingat. Ni rakyat yg pilih dn perkenan dr sultan kedah. Puak2 umno yg nk menjatuhkan mukhriz kalau tgok masing2 ada agenda kepentingan peribadi masing2. Kalau mukhriz lepa kata x buat kerja....habih tu yg ketua2 bahagian yg dok kalut sgt tu apa usaha keringat yg lepa buat nk kukuhkan umno kedah? Ka jenis x buat keja? Apa sumbngan yg lepa buat pd ekonomi kedah? Ka jenis canang salah org demi nk tutup salah aib keburukan diri sendiri? Lg satu apa jasa besaq timb pengerusi umno kedah yg jadi kepala pd sidang media usul tidak percaya pd mukhriz? Ketua2 bhgian umno yg lain apa sumbngan lepa setakat ni pada cawangn masing2? Yg ni jawapan dia ada pd rakyat kedah. Rakyat x pekak x bisu ok. Rakyat blh nilai yg mna smpah yg mna aset berhrga yg dok longgok dlm pentadbiran negeri kedah atau yg nama ja ketua bhgian umno yg lebih mulut dr usaha tgn empat kerat buat keja. Selain tu mukhriz blh dianggap tidak terjejas dgn tekanan smlm sbb taktik kotoq ni guna pakai modus operandi kolot dan zalim. Lawan dia kna guna akai cerdik..sbb mukhriz bukn bongok mcm yg di sangka. Tu yg ketua2 bhgian kena tau...kita tgok nnti. Doakan semuanya berkesudahan dgn sebaik2 nya. Aminnn

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 1:51 PM

Mat Bashah, Jamil Khir dan konco2 nya buat lawak ke apa ni, mereka sedar tak peluru utk tembak Muhkriz akan u turn dan betul2 terkena muka Najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 2:14 PM

Kerjasama? berangan lah najib & konco2nya kerana hanya pas saja yang boleh selamatkan batang leher rejim najib, apa ingat pas terlalu bodoh keep dreaming lah hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 3:54 PM

Sdra Din,

Kesimpulan saya sebagai an outsider, mana2 ahli Umno yang kuat mempertahankan najib sebagai presiden umno dan pm malaysia adalah U.M.N.O.......maaf tapi terpaksa Untuk Melayu No Otak. Yang tak sokong najib tidak......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 5:19 PM

Pas (Hadi) will cooperate with those from Kedah who support you-know-who. As for those with Amanah and the rest of Pakatan Harapan shall be on the side of Mukhriz and Co. All this when a snap poll is declared. Want to bet?

Anyway, the loser shall be... your guess is as good as mine. As for the rakyat Kedah and the rest of Malaysians, their economic conditions continue to deteriorate.

All to take place so that the ones in Putrajaya continue to stay in power?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 7:39 PM

Aku ni dah lama duk luar menakbur bakti kat negeri luar Kedah, aku pun macam perantauan bila raya balik la kampung AS dan SP. Orang rumah sekapai. Aku pernah tinggal dan kerja di Negeri seberang sampai sekarang lebih teruk dari Kedah, Aku tak nampak apa yang Bacha cakap/alasan tu betoi. Sebab aku balik sekali sekali sebab tu perbezaan Kedah semasa MB Mukhriz sangat ketara dan aku perasan. Bacha hang ni selalu tidur sangat. Len kali tidoq lebih kuat sampai ayaq liyoq meleleh baru trending.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 7:42 PM

Najib ni memang blur tahap mega. Dia ingat kita ni pun blur macam dia. Macam la kita tak tau dia boleh buat perkara jijik ni. Dengan menggunakan Umno Kedah.

....................
Reply To This Comment ...................
NajibNazak
January 21, 2016 at 9:35 PM

Najib have no value... no dignity

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 12:16 AM

Pak Din, Najib dah menjelma jadi Tai Gor guna taktik samseng untuk ancam dan usir rakyat. Apa polis mahu buat?

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2016 at 10:41 PM

btoi apa hang habaq tu. ni peluang org xdak otak nk masuk pulun abis jgk mcm presiden depa. tgk muka bashah, muka mcm apa hangpa tgk? muka pun dh nmpak bodoh sgt, blh agak sama bangang dgn akal dia. mukhriz, trus redah suma. jgn takut, aku tau sapa diri hang. masa study ukm dulu, hang rajin masuk kolej ibu zain. aku xlupa sikap rendah diri hang. hang terbaik

Post a Comment