........... Tun Razak Sememangnya Berpandangan Jauh ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Razak Sememangnya Berpandangan Jauh !

Saturday, January 16, 201621comments

Ni siapa punya idea ni yang nak buat seminar memperingati Tun Razak ? Walaupun perkaranya baik namun semua orang boleh nampak bagaimana ia tidak lebih sebagai usaha terdesak Najib untuk bergayut kepada nama dan sumbangan arwah bapanya. Hanya mereka yang mesra Najib saja dijemput untuk beri ucapan !

Menariknya, antara yang mengkantoikan usaha itu bukan orang lain tapi Najib sendiri !

Dalam menggambarkan arwah Tun Razak sebagai seorang yang berpandangan jauh melalui pelbagai usahanya membangunkan negara sehingga layak diberi gelaran Bapa Pembangunan Negara, Najib sendiri yang menimbulkan tandatanya akan kelayakannya menjadi seorang pemimpin politik @ seorang Perdana Menteri kerana menurutnya, arwah merasakan Najib lebih layak kalau jadi seorang akauntan daripada menjadi seorang ahli politik !

Siapa lagi yang lebih mengenali peel dan perwatakan seseorang itu kalau bukan ibubapanya sendiri ? 

Anak2 kita juga, semakin mereka membesar semakin kita kenal sikap dan peel tersendiri mereka yang mana akan dibawa sehingga mereka dewasa. Dari situ kita dah boleh buat sedikit agakan halatuju mana anak2 kita nanti.

Apatah lagi seorang bapa seperti Tun Razak yang diiktiraf sebagai seorang negarawan yang berpandangan jauh, jika beliau yang lebih mengenali hati budi anaknya Najib, berpandangan bahawa Najib tidak sesuai menjadi seorang pemimpin politik .... pasti pandangan itu berlandaskan asas yang kuat.

Bukan orang lain yang cakap tapi Najib sendiri yang cakap !

Mkini

Apakah hanya kerana Najib dikatakan sebagai pendiam maka arwah bapanya merasakan Najib lebih layak sebagai seorang akauntan berbanding ahli politik ? Akauntan seorang pendiam dan ahli politik seorang yang peramah ?

Takkanlah begitu cetek sekali pemikiran Tun Razak ! ? Pastinya ada lagi sifat2 yang dimiliki oleh Najib yang hanya seorang ayah mampu kesan sedari kecil, sehingga berpendirian sebegitu.

Ingat, kita berbicara tentang Tun Razak di sini.

So ..... sekarang kita sendiri boeh nilaikan, apakah benar Tun Razak seorang yang berpandangan jauh atau tidak.

Bagi saya - SEMEMANGNYA TIDAK BOLEH DINAFIKAN !

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 10:11 AM

jadi akauntan tak perlu jawab soalan dan lari daripada majlis soalan. sesiapa yang menafikan pandangan tun razak bahawa anaknya jibgomana tak sesuai jadi ahli politik memang menafikan pandangan jauh tun razak sendiri. jibgo naik jadi ahli parlimen kerana orang sayang kat bapanya. patutnya dah lama jibgo turun jadi akauntan macam adik dia tu, baru la benar pandangan tun razak. tapi jibgo telah membelakangkan nasihat bapanya untuk jadi ahli politik. memang anak yang tak dengar nasihat orang tua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 10:14 AM

Memetik kata Mantan Menteri Penerangan

"Tanpa wasiat  yang ditinggalkannya,Tun  Mahathir  tidak akan menjadi  Perdana Menteri. Mahathir adalah legasi Tun yang terakhir tetapi Mahathir telah mewariskan negara ini kepada satu demi satu  tangan yang salah."

Tun Razak memilih Tun Dr. Mahathir untuk mewarisi kepimpinan negara dan Tun Dr. Mahathir TIDAK MENGKHIANATI AMANAH, malah melaksanakan tugas dengan luar biasa.
Tetapi Tun Dr. Mahathir mewariskan kepimpinan tersebut oleh Pemimpin MENGKHIANATI AMANAH.

Jelas mereka yang mengkhianati,bukan salah Tun Dr Mahathir.

Seperti kata Rafidah Aziz jika Tun Razak masih hidup, Allahyarham juga akan kecewa.Pandangan ini dikongsi oleh hampir seluruh rakyat dari berbagai lapisan kecuali mereka yang percaya kepada politik denial syndrom dan  hipokrasi sebagai kebenaran.

Memetik kata-kata Penyair Sabda S. didalam syair PERJALANAN ROH

Di Makam Pahlawan kau terbaring sepi
berceritalah tentang perjuangan dan pembangunan
Ssesungguhnya Allah maha mengetahui

Al Fatihah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 11:00 AM

Matlamat nak bergayut pada bayang-bayang bapak, tidak tercapai.
Otai yang dipanggil semua bercerita, betapa kedekutnya arwah Tun
Razak sampai suruh bininya beli sendiri tikit kapal terbang kalau
nak ikut dia dan hanya mampo beli fake berlian untuk bininya. Anggap
seorang PM tidak sesuai pegang jawatan MENTERI KEWANGAN!!!!
Hahaha........amik ko NAJIB.
Seminar jadi gelangang menibai engkau secara halus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 11:25 AM

spot on!


spot on!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 12:06 PM

The day a person has to USE the name and the legacy of a DEAD person to reach out to the RAKYAT to soften their hearts so that person can stay in POWER is a sign HE that is no longer RESPECTED nor does he has the support of the masses on his own MERITS!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
January 16, 2016 at 12:08 PM

Semakin Najib mendedahkan sifat-sifat keunggulan ayahandanya, semakin kita menyesal mengangkat Najib menjadi PM kita.

....................
Reply To This Comment ...................
January 16, 2016 at 12:15 PM

saya pernah diminta buat survey kenapa najib menang tipis di pekan dahulu ..jawapan orang kampung ..Najib tidak seperti bapanya ...

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 16, 2016 at 12:22 PM

Dalam masa 6 tahun pemerintahan, Tun Razak membawa berbilion kepada kantong negara sehingga sekarang.

Anaknya?....hrmmm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 1:02 PM

Kita rakyat marhein sedang mengunggu pembesar pembesar UMNO untuk mencadangkan hari keputeraan dan kemangkatan ayahanda Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaneng Sanrabone di istihar sebagai 'Public Holiday' agar kami pun tak payah kerja dan dapat makan minum HiTea macam pembesar pembesar pada hari ini.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 1:16 PM

Salam Tuan, Allah SWT Maha Kaya & Maha Mengetahui, setiap butir tuturkata nya, pergerakan nya ada lah dari Allah utk menunjukkan kelemahan Najib. Banyak lagi yg akan terburai tanpa.di sedarinya.
Alhamdullilah. Hanya masa saja yg akan menentukan nasib Najib dan mereka2 yg bersengkokol dgn nya. In sha Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 16, 2016 at 2:11 PM

Najib menghancurkan legasi bapanya.

Pengkhianat negara seharusnya dihukum.

Al-fatihah.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
January 16, 2016 at 7:00 PM

Assalammualaikum Bro Din!
Bapa yg hebat dan berjasa belum tentu dapat diwarisi kepimpinannya oleh anak yg mewarisi takhta. Dlm kontek PM Najib dgn bapanya bagaikan langit dgn bumi.
Kejayaan kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak adalah kerana tidak dipengaruhi kuasanya oleh Toh Puan Raha sebagai isteri yg solehah.

Allah swt telah memberikan contoh bagaimana anak Nabi Noh a.s. (Kanaan) yg engkar dan tidak meyakini kenabian bapanya.
Fikir-fikirkanlah.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 7:07 PM

Di Afrika, Polis mendapati mereka yang membuat kerja menyamun kebanyakan mempunyai Diploma dalam Akaun atau Jurusan Ekonomi.

Banyak kes yang melibatkan CBT di institusi kewangan juga adalah dalam bidang yang sama.

Ilmu di Kolej telah gigunakan dengan baik tapi salah tempat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 7:50 PM

Taubat adalah dasar utama untuk membersihkan diri dari dosa zahir mahu pun batin. Taubat sama dengan asas untuk suatu bangunan dan sama dengan akar bagi suatu pohon. Kerana itu taubat harus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya iaitu taubatan nasuha, bermakna seseorang bertaubat zahir batin dan berazam (bertekad bulat) untuk tidak melakukan dosa lagi.

Orang yang tidak bertaubat dengan taubat nasuha, adalah sukar baginya untuk meningkatkan kualiti iman dan taqwa atau untuk meningkatkan kebersihan rohaniahnya pada tingkat-tingkat atau makam-makam dalam peramalan seterusnya. Kerana itu dikatakan bahawa orang yang tidak bertaubat, maka tidak ada makam baginya, sebagaimana halnya orang yang tidak mempunyai tanah, tentunya tidak dapat membuat asas bangunan dan tidak boleh membangunkannya.

Hakikat taubat ialah kembali dari sifat-sifat tercela kepada sifat-sifat terpuji. Ianya terhasil kerana takut ancaman azab Allah SWT atau malu dilihat Allah atau menghormati kebesaran Allah SWT, supaya tidak terjerumus kedalam murka Allah SWT, disamping mengharapkan keselamatan dengan dekat kepada Allah, sehingga mendapatkan rahmat dan redha-Nya.

Seorang sufi terkenal iaitu Ibrahim bin Adham mengatakan hati seseorang mukmin itu laksana cermin. Kalau cermin itu bersih, maka dia akan melihat dan menerima cahaya ketuhanan yang memancarkan iman dan taqwa. Hati yang bersih itu juga melihat bahaya-bahaya perbuatan mungkar, termasuk juga mengetahui bahaya-bahaya yang dibisikkan oleh syaitan. Kalau seseorang berbuat dosa, maka pada cermin hati itu tertutup oleh suatu bintik hitam, dan bintik hitam itu akan hilang dengan sendirinya apabila seseorang itu bertaubat. Sekiranya seseorang itu tidak bertaubat, dan mengulangi perbuatan maksiat terus menerus, maka tertutuplah seluruh hati itu dengan bintik-bintik hitam, dan pada saat itu hati tersebut tidak sanggup lagi menerima nasihat kebaikan, bahkan menjadi butalah hatinya untuk mendapatkan kebenaran dan kebaikan agama, dan menganggap mudah seluruh urusan akhirat. Orang tersebut sentiasa bergelumang dengan kebesaran dan kemegahan dunia. Apabila dibicarakan kepadanya masalah agama dan akhirat dengan segala akibatnya, semuanya itu masuk dari telinga kanan dan keluar ketelinga kiri, serta tidak sedikit pun tergerak dalam hatinya untuk bertaubat. Keadaan yang demikian ini sama dengan seorang yang sakit parah, tidak bermanfaat lagi makanan baginya, sebagaimana halnya hati yang telah berkecimpung dengan cinta dalam kemegahan dunia dan tidak bermanfaat lagi baginya semua nasihat dan peringatan.

....................
Reply To This Comment ...................
January 16, 2016 at 7:58 PM

Kalau benar Najib layak jadi akauntant mana mungkin 1MDB berhutang 45biliom hanya dengan modal berbayar 1 juta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 8:53 PM

Yup.... hanya jauhari mengenal manikam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 8:38 AM

Kah kah kah kah, popularity PM Hj Najib itu hari tinggal 23 peratus, mungkin dia pikir percent akan naik dgn menjaja nama arwah Tun Razak, minta maaf lah wahai penasihat2 di sekeliling Najib, lagi nampak bapanya lebeh jauh kebaikan berbanding dgn si anaknya .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 1:40 PM

Team pimpinan ajib akan tersungkur pada PRU nanti....ramai kat bawah ni yang tak sabar nak menghukum ajib dan kuncu2nya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 1:47 PM

Layak....tapi dgn cara menipu

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2016 at 7:45 PM

Mengenang Allahyarham Tun Abd Razak....alfatihah.

Rasanya kalau allahyarham masih hidup sekarang ni, dia pun akan buat apa yg TDM duk buat sekarang....suruh Najib letak jawatan!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2016 at 7:23 PM

Tun Razak mengubah kesengsaraan rakyat.
Najib menambah kesengsaraan rakyat.


Joe

Post a Comment