........... Tindakan Disiplin - Untuk KB Kedah, Tidak Ada Keperluan. Untuk KC Teluk Kemang, Gantung 6 Tahun ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tindakan Disiplin - Untuk KB Kedah, Tidak Ada Keperluan. Untuk KC Teluk Kemang, Gantung 6 Tahun !

Friday, January 22, 201622comments


Sebagai sambungan kepada isu memo yang diserahkan oleh GKCM kepada pejabat Umno semalam, Ku Nan segera beri reaksinya - Tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua Umno Bahagian di Kedah. - Sinar.

"Mereka berharap agar Presiden Umno dapat segera membuat perubahan demi kelangsungan parti dan kepentingan rakyat negeri itu,"  

Justeru itu, tidak timbul isu di mana Setiausaha Agung Umno perlu mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua Umno Bahagian Negeri Kedah tersebut, katanya.

Huh ? Sebenarnya kita memang dah jangka tidak akan ada sebarang tindakan disiplin bakal dikenakan cuma kita nak dengar alasan yang diberikan jer ....

Saya ada bertanya kepada Presiden GKCM, Cikgu Kamarul selepas PC semalam - Apakah yang GKCM jadikan sebagai rujukan untuk tuntutan mereka itu ?

Cikgu Kamarul jawab, ia berdasarkan apa yang disebut oleh pihak Tribunal Disiplin kepada setiap dari 9 orang yang dibawa mengadap bulan lepas bahawa ia merupakan satu kesalahan untuk mengadakan PC atau bercakap melalui media menuntut seorang PEMIMPIN meletakan jawatan bla bla bla ......

Sebab saya sudah jangkakan akan timbul alasan yang Najib itu berjawatan Presiden sementara Mukhriz itu pula dilantik oleh Najib ( dengan persetujuan dewan dan perkenan Sultan ). Saya tanya lagi sebagai kepastian dan jawapan yang sama diberikan iaitu arahan itu hanya sebut PEMIMPIN secara umum. Tidak ada disebut pemimpin itu berjawatan apa.

Entahlah ...... Ku Nan dah jawab - TIDAK ADA KEPERLUAN ! .... Atas dasar kelangsungan parti dan kepentingan rakyat ....

Apapun ini jawapan balas dari GKCM -

ULASAN MAKLUM BALAS EKORAN KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG UMNO BAHAWA TIADA KEPERLUAN TINDAKAN DISPLIN TERHADAP KETUA UMNO BAHAGIAN KEDAH.

1. Amat jelas bahawa kini UMNO telah di Sdn Bhd kan dan mengamalkan prinsip Double Standard.

2. Jelas demokrasi telah mati dalam UMNO selagi Najib Razak menjadi Presidennya.

3. Kenyataan SUA terlalu dangkal bebal bodoh dan angkuh kelihatan seperti dia berada di atas mengatasi undang2 perlembagaan UMNO.

4. Jika tidak ada keperluan untuk ambil tindakan kepada 14 org KB di Kedah, dan kenapa pula ada keperluan mengambil tindakan kepada 9 orang KC Bhg Telok Kemang? 

5. Adakah isi kandungan buku perlembagaan UMNO berubah2 mengikut tafsiran peribadi SUA?

6. Yang pasti membuat sidang akhbar untuk mendesak dan meminta kepimpinan parti berundur adalah satu kesalahan mengikut perlembagaan parti, seperti pertuduhan yang dikenakan terhadap 9 orang KC Bhg Telok Kemang.

7. Apakah sidang akhbar yang di lakukan oleh KB2 di Kedah merupakan satu sandiwara dan tidak ada keperluan untuk diambil tindakan seperti yang termaktub dalam buku perlembagaan parti.

8. Permainan dan sandiwara pemimpin pemimpin tertinggi UMNO amat melucukan dan mewujudkan banyak kesangsian di kalangan ahli parti.

9. Apa saja yg dilakukan tetap tiada keperluan untuk diambil tindakan. Akibatnya kapal UMNO telah hampir tenggelam sebab nakhodanya dikendalikan oleh manusia yang tidak jujur dan tidak tahu menuju haluan sebenar.

10. Rupanya di dalam UMNO sudah ada sistem kasta di mana ahli di kategorikan mengikut kedudukan dan kepentingan mereka. UMNO melayan ahli dengan cara yang amat berbeza. Begitu hina sesetengah ahli di mata pemimpin.

Sekian
KENYATAAN AKHBAR GKCM
Khamis 21hb Januari 2016



                                             ******************************

Artikel selepas ini berkaitan Najib dan RM42 jutanya ......

Share this article :

+ comments + 22 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 5:05 AM

GKCM, tak ada hina nya siapa siapa....jalankan referendum sendiri dikalagan ahli ahli UMNO dan kalau dapat 10% respondent from each states dah memadai untuk dijadikan sample yang sahih sama ada all the stooges in UMNO's hierarchy are really the supported bunch or hated instead although its already clear even without any ballot or open polling on this!

Whatever it is, GKCM needed to be more aggressive to make this change sooner rather than later in pressing hard for the pirate-bugis to 'jump-ship'!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 7:03 AM

nampak sangat....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 7:12 AM

Biasalah Pak Din,bagitulah yang dikatakan kezaliman iaitu fitrah hidup manusia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 8:09 AM

Saya hanya dapat melihat bahawa para pemimpin umno, terutama yang berjawatan dan dilantik atas kepentingan menjaga presiden (dgn kata lain menumbuk rusuk a.k.a menutup mulut a.k.a cash is king) adalah manusia2 sudah hilang kewarasan, dan pertimbangan akal kemanusiaan.... mereka umpama cyborg yg hanya menurut kata pemberi rasuah ..... bercakap dan berpendirian diluar kotak telah menjadi luar tabii dan norma2 kehidupan. Mungkin mereka merancang dan berharap semuanya akan menjadi baik dan normal selepas ini dan mereka juga akan jadi baik semula,rakyat akan lupa dan mereka juga sempat bertaubat....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 8:33 AM

Hei TURTLE... Mukhriz dh aku janji...masa terima jawatan ni dl.... pegang selama dua tahun je.... So janganlah mungkir janji

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 9:33 AM

Fuhhh! Pedas artikel ni... TAPI Teuku Nan takkan peduli nya!

Tengok muka dia pun dah boleh tau dia ni manusia jenis muka tebal kulit b**i... yg dia tahu "Datum Jelatek Masyukkkk!" (projek kondo mewah @Taman Keramat tuu... masih kah kau ingat???)

All d best Bro DT! Terus bongkar kebebalan rejim bijaN ni...

Now or Never!

Down with the Dictator! Down down down!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 10:57 AM

Tiada keperluan untuk diambil tindakan kerana pc oleh ketua2 bahagian tersebut dibuat atas arahan najib semuanya adalah sandiwara najib untuk mengalihkan isu skandal peribadinya seperti isu 42 juta yang di bahaskan dalam bicara najib vs ling liong sik di mahkamah semalam yang sepatutnya di highlightkan didada akhbar tapi tenggelam kerana polimik di kedah.

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2016 at 11:26 AM

"Kalau anakanda marah, anakanda akan dijual dan seluruh harta anakanda akan dirampas dan dilelong".
"Bagaimana pula jika ayahanda yang marah?"
"He he he... Ayahanda marah tak ada apa-apa".
(Filem: Tiga Abdul)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 11:30 AM

Gerakan besar-besaran bagi menggerakan perhimpunan besar-besaran ahli UMNO perlu segera dilakukan, harapnya GKCM di seluruh negara akan membuat pendedahan kepada ahli akar umbi UMNO mengenai perangai Najib dan kuncu-kuncu yang dah bersikap seperti Malayan Union, Najib kini dah jadi seperti kepimpinan British dan Tengku Adnan bersikap seperti Harold McMichel yang mahu menguasai sepenuhnya Tanah Melayu sebelum ini, kini Najib dan Tengku Adnan nak menguasai sepenuhnya UMNO dan menjadikan UMNO hakmilik Najib dan kuncu-kuncu semata-mata manakala hak ahli dihapudkan supaya Najib dan kuncu-kuncu boleh berbuat sesuka hati mereka di dalam UMNO.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2016 at 2:00 PM

Kalau dah begini caranya UMNO 'mentafsirkan' perlembagaan Party, lebih baik Dato Mukhriz kowtim dengan 5 @ lebih ADUN yang sehati-sejiwa dengannya, kemudian istihar BEBAS dan berunding dengan PAS untuk tubuh 'Kerajaan Bebas' di Kedah. PAS sekarang ini, tidak terikat dengan mana-mana pihak. 'Ada'kan jawatan MB2 dan jika PAS izinkan, Mukhriz boleh terus menjadi MB sehingga PRU14.* Harap-harap, tak lama lagi.

*(Itu pun jika Najib aka MKN tidak istihar darurat atas alasan 'ancaman IS' dan PRU tertangguh, sampai tak-tahu-bila. Kalau ikut kelaziman: PAU, laporan AG & PAC, nak saman SR/WSJ...juga boleh tangguh-tangguh)

Mukhriz & geng tak perlu istihat keluar UMNO pun. Katakan bahawa mereka masih sayang pada Party, tapi tiada pilihan dan terpaksa 'BEBAS' demi Bangsa, Agama & Negara dan mereka masih mahu berbaik-baik dengan UMNO dan juga PAS. Biarkan saja SUA UMNO pecah-kepala fikir & buat keputusan dan keluarkan kenyataan bangang seperti biasa.
Lagi pun, kroni-kroni 'Cash is King' yang mulakan tindakan gelojoh & tamak-haloba, mahu merampas jawatan MB Kedah. Lebih-kurang sama dengan langkah Kajang yang dilakukan peliwat dengan niat merampas jawatan MB Selangor dari Khalid Ibrahim. Mungkin kerana Mukhriz 'kedekut' dan kroni Ahmad Bashah tak boleh 'cari-makan' di Kedah. Kalau Bashah jadi MB, sudah tentu kroni-kroninya 'kenyang'. Maka gemuklah 'perut' mereka seperti di PWTC, yang kebanyakannya gemuk-gemuk belaka.

Berbalik kepada 'Kerajaan BEBAS(KB)' Kedah, antara Geng Mukhriz dan PAS:-
Ia adalah cara dan kaedah terbaik, demi menjimatkan WANG & tidak buang-masa Rakyat. Jika DUN dibubar dalam keadaan ekonomi yang meleset sekarang, sudah tentu banyak WANG dan masa dibazirkan untuk berkempen-politik yang sudah tentu memecah-belahkan lagi perhubungan-kaum yand sudah teruk. Daripada membuang-masa dan WANG, lebih baik KB terus berbakti kepada Rakyat Kedah. Secepat mungkin, hentikan berpolitik sepanjang-masa demi 'tempolok' ahli-politik semata-mata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 3:52 PM

Ini undang2 berat sebelah, bang din...haha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 4:36 PM

Anon 8:33 am.
Ingatkan geng al juburi yg pandai fitnah. Rupanya pemakan dedak lagi kuat fitnah.
Dia janji dua thn dgn atok ko ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 4:49 PM

-luv tun m.

orang penyokong najib tidak mahu komenkah? . komenlah beri pandangan mengapa boleh ada double stan*** .

Sinis...

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2016 at 5:04 PM

Pada saya lebih baik dibubarkan DUN Kedah.
Tak anggap pilihanraya DUN Kedah suatu pembaziran wang rakayat.
Rakyat juga nak tahu, adakah geng pemakan dedak jadi pilihan
rakayat. Kalau melalui pilihanraya ini UMNO menang,
terimalah denan hati terbuka.
Nak b uat macam mana, itu pilihan rakyat.
Tetapi sekurang-kurangnya kita sudah berusaha.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 6:18 PM

agaknya kc teluk kemang boleh ke bawa hal ni ke mahkamah sebab nampak sgt berat sebelah dalam cara ku nan handle kes ni. tapi nanti jadi cam anina pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 7:55 PM

Dalam situasi ekonomi rakyat dan negara yang terumbang ambing dan dalam keadaan umno yang tenat masih juga nak cipta permasalahan baru, bingai betul lah rejim najib ni selesaikan dulu masalah 1mdb sepertimana saranan gabenor bank negara itu yang utama yang perlu di beri perhatian jangan lah sampai jadi bodoh sombong tak boleh di ajar

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2016 at 11:01 PM

btul tu. perhatikan jenis2 org ni. teuku nan, raof, bashah.. sama kan? tang mana sama tu? sendiri tau. hipotesis ni disahkan jd kesimpulan akhir

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 23, 2016 at 1:05 AM

1) Saya setuju dengan komen Tuan Abu Bakar supaya diadakan gerakan besar2an perhimpunan menggesa PM banyak skandal meletak jawatan.

2) Di samping itu, pemimpin2 UMNO (diketuai oleh Muhyiddin?) perlu usulkan kepada YDP Agong bahawasanya PM telah hilang keyakinan dan sokongan majoriti anggota parlimen dan rakyat. Ditambah dengan skandal lagi saya percaya usul ini sangat kuat.

3) PM banyak skandal perlu melepaskan jawatan beliau bagi memberi laluan kepada siasatan terhadap kes2 skandal beliau secara telus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 7:26 AM

Sinopsis cerita TUKAR:

1. Orang yg tak ada skandal apa-apa disuruh tukar tp orang yg betimbun skandal songlap duit tak pulak ditukar.

2. Orang yg senyap-senyap jalankan tugas dgn baik nak ditukar tapi orang yg kerjanya bercakap je lebih, meletup macam petir canang keturunan, tumpang dua kaki nama bagai tak pulak ditukar.

3. Orang yg menolong dan berbakti pada rakyat nak ditukar tapi orang yg membeban dan menghimpit kehidupan rakyat tak pulak ditukar.

4. Orang yg ikhlas berkhidmat utk rakyat dan yg rakyat suka nak ditukar tapi orang yg berkhidmat demi utk kuasa, duit dan yg dibenci hari-hari disumpah-seranah oleh rakyat tak pulak ditukar.

5. Orang yg duk diam-diam buat kerja nak ditukar tapi orang yg kerjanya duk mencari salah orang tak pulak ditukar.

6. Orang yg tak ada apa-apa alasan nak ditukar tapi orang yg ada 1001 macam alasan nafi sana nafi sini, tepis sana tepis sini tak pulak ditukar.

7. Orang yg jujur nak ditukar tapi orang yg pembelit, terang-terang menipu tutup lubang kambus lubang tak pulak ditukar.

Ish ish ish, orang Kedah awat hangpa tak pelik ka?? Pakat bangun orang Kedah jangan biaq orang pedajai kita. Awat depa ingat orang Kedah ni lembu kaaaa?? Nak pi tukaq intan dgn kaca.

Kalau nak tau orang Kedah sokong sapa, rombak buat pilihanraya semula. Lepaih tu baru buleh cakap tak dak sokongan ka, ada sokongan ka. Sapa disokong sapa tidak. Ada berani??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 8:29 AM

Double standard la kunan..cakap xserupa bikin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 9:43 AM

Knp pula Mukhriz yg kena bubarkan DUN dan keluar.... yg patut keluar adalah penyangak2 dlm UMNO yg merosak kan UMNO dgn isu dan skandal yg luar biasa tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 1:52 PM

Orang Umno jangan ingat dengan hanya memerhatikan Najib menghancurkan Umno mereka tidak akan terjejas sekali. Minta maaf, jika Umno tenggelam disebabkan Najib, maka mereka akan ikut sekali tenggelam. Tidak pernah kah terfikir di benak fikiran mereka? Tidak akan terjadi benda positif dengan segala tindak tanduk selfish aka menyelamatkan diri sendiri Najib ni.

Post a Comment