........... RM42 Juta - Tolonglah Najib, Sekali Ni jer ... Tolonglah Jangan Lari dan Tampil Perjelaskan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

RM42 Juta - Tolonglah Najib, Sekali Ni jer ... Tolonglah Jangan Lari dan Tampil Perjelaskan !

Friday, January 22, 201646comments

Kebetulan petang tadi saya berada di PWTC, tengok ramai wartawan duk menunggu di luar salah satu dewan. Rupanya Najib sedang mengadakan satu pertemuan tertutup dengan KB dan wakil2 rakyat Kedah berkaitan isu Mukhriz. 

Yes ! Fikir saya bolehlah jumpa dan sergah Najib bertanyakan hal RM42 juta yang beliau akui terima itu. Tunggu punya tunggu, tetiba ada yang kata Najib nak balik dah tapi ikut pintu lain sebab nak mengelak wartawan yang ramai menunggu. Ramailah wartawan yang bergegas menunggu di pintu lain pula. 

Tak muncul juga .....

Ternyata bab LARI mengelak wartawan ni memang Najib pakar ! Rupanya ada pintu ketiga la pulak ..... hahahahaha .... Tabiklah Najib !

Ni apa punya PM la suka lari mengelak dari wartawan .... Takut apa nya ? 

Bab LARI dari wartawan memang Najib terbaik ..... takde siapa boleh tandingi !

                                         *********************************

TMI

Semalam disamping isu Mukhriz, satu lagi berita gempak adalah artikel dari TMI yang mendakwa Najib akui RM42 juta daripada SRC masuk akaun peribadinya, katanya didapati dari jawapan kepada pembelaan kes Najib Vs Ling Liong Sik.

Kemudian peguam Najib, Hafarizam keluarkan penafian akan dakwaan yang mengatakan RM42 juta dari SRC masuk akaun Najib, 

"Jika anda lihat kenyataan balas kami, anak guam saya hanya mengaku wang RM42 juta itu masuk ke akaunnya tetapi tidak mengetahui ia melalui dua pengantara seperti didakwa Dr Ling,"

Hafarizam juga menyatakan Najib tidak pernah - dalam kenyataan balas itu - menyebut dana berkenaan datang dari syarikat milik Kementerian Kewangan, iaitu SRC International.

Kenyataan penuh Najib adalah: "Perenggan 33(ii) diakui dana RM42 juta dimasukkan ke akaun plaintif (Najib) melalui AmPrivate Banking. Bagaimanapun plaintif (Najib) pada setiap masa tidak tahu ia disalurkan melalui dia pengantara seperti didakwa defendan."

Perdana menteri, kata Hafarizam, mahu Dr Ling - sebagai defendan - membuktikan bahawa dana berkenaan datang dari SRC International atau dua anak syarikatnya itu. - Mkini.

Maka gegak gempitalah cai2 Najib melalak bahawa TMI menipu ! Dakwaan itu adalah Fitnah ! Bla bla bla .... 

OK, apa yang dapat kita rumuskan setakat ini -

1 - Najib akui RM42 juta masuk akaun peribadinya !

2 - DARI MANA DUIT ITU DATANG ?

Perlu di ingat ya, Najib tidak kata yang duit itu tidak datang dari SRC. Najib cuma kata ( melalui peguamnya ) dalam kenyataan pembelaannya tidak ada sebut pun SRC ! Begitu juga dengan dakwaan yang duit itu melalui dua pengantara sebelum akaunnya.

Apa yang Najib akui adalah, tetiba ada RM42 juta masuk akaunnya ......

Mungkinkah Najib tidak tahu dari mana datangnya duit itu ? Najib tak cakap ......

Apakah Najib tidak cek siapa yang masukkan duit itu ? Najib tak cakap .....

Laaaa..... habis tu Najib cakap apa ? Najib hanya cakap yang, tetiba ada RM42 juta dalam akaunnya !

Satu lagi perkara yang perlu diingat, Najib bukannya buat pengakuan kepada media, ok. Tapi sebab nak bela diri dalam mahkamah, makanya Najib terpaksa mengaku melalui kenyataan pembelaannya. Kita pun tidak akan tahu mengenai pengakuan itu kalau tidak didedahkan oleh media. 

Apakah Najib akan buat pengakuan sebegitu kalau tidak disebabkan tuduhan dalam mahkamah oleh Ling Liong Sik ? Wallahualam .... tapi yang kita tahu, Najib sedari awal lagi tidak pernah mahu mengaku apa2 kecuali bila sudah terdesak.

Rakyat pun hairan dengan perangai Najib ni. Kenapa yang payah sangat nak buat pengakuan ?

Soal samada pengakuan itu akan menganggu siasatan ke apa ke, itu soal lain. Jika anda di pihak yang benar, anda akan segera tampil buat pengakuan dan penjelasan sebagaimana yang anda tahu.

Hampir semua kes pertuduhan sebegini, tertuduh yang merasakan dirinya tidak bersalah akan tampil dengan ceritanya. Tidak pernah dengar lagi seseorang yang dituduh akan berkata, siasatan tengah berjalan, maka saya tidak boleh komen apa2 sehingga siasatan selesaai.

Dalam kes Najib ini, siasatan diarahkan mula oleh Najib sendiri ! Sebelum arahan siasatan dimulakan, kenapa tidak buat pengakuan ?

Apakah arahan supaya kes disiasat dijadikan alasan untuk mendiamkan diri ? Buying time omputeh kata ...

Pelik .... segalanya mengenai Najib adalah pelik. Baik RM2.6 bilion, RM42 juta ataupun 1MDB, semuanya tidak mengikut amalan seperti mana orang biasa buat.

Sekarang rakyat tertanya2, DARI MANA DATANGNYA RM42 JUTA itu ?

MUSTAHIL NAJIB TAK TAHU. Bukan RM4.20 beb ..... RM42 juta ! 

Kenapa Najib tidak tampil dan beritahu saja darimana datangnya duit itu ? Siapa yang bagi ? Kenapa di berikan kepada Najib ?  Ke mana dan kepada siapa dibelanjakan ? 

Dan mengikut dakwaan WSJ ( yang tidak dinafikan oleh Najib ) RM32 juta dari amaun itu dimasukkan ketika pasangan Najib Rosmah dikantoikan oleh paper US, sedang senyap2 berada di Hawaii iaitu pada 26 Disember 2014, ketika mana negara sedang berdepan dengan musibah banjir terhebat dalam sejarah.

Apakah Najib ada gunakan duit itu untuk membantu mangsa banjir sebaik saja pulang selepas dikantoikan sedang bermain golf dengan Obama ? Oya, ketika itu Rosmah tak ikut balik, dia ada perkara lain yang penting untuk diuruskan di Amerika.

Kalau duit itu tidak digunakan buat bantu mangsa banjir, apakah keperluan lain yang lebih penting untuk dana itu ?

Kenapa dibiarkan persoalan itu tergantung ? 

Rakyat mahu dengar dari Najib sendiri jawapannya. Siasatan bakal mengesahkan jawapan itu. Takkan perkara sebesar itu yang mempertaruhkan kredibiliti PM di mata rakyat pun, harus tunggu siasatan ? Apakah Najib akan berikan jawapan yang lain dari apa yang diberikan kepada pasukan penyiasat ? Tidak kan .....

So apa masalahnya ?

Tolonglah Najib ..... sekali jer rakyat minta, janganlah lari dan berdepanlah dengan rakyat untuk menjawab pelbagai soalan yang meresahkan rakyat ini ! 

PS - Rakyat punyalah dahagakan penjelasan dari Najib sehingga ada ahli Umno, si Anina tu, yang bawa kes ke mahkamah ! Bukannya dia nak saman Najib juta2 atau bilion2 pun. Anina cuma minta penjelasan jer ! Sampai ke mahkamah sebab nak dengar penjelasan dari Najib, peeergh !

Tapi punyalah kuat nak mengelak dari menjawab, saman si anina pun di lawannya dari segi teknikal.

Padahal jika Najib tampil jelaskan isu RM2.6 bilion itu, si anina pun takkan ke mahkamah. So ...sekali lagi, APA YANG PAYAH SANGAT NAK JELASKAN TU, NAJIB OOOOiiiiii .......

Share this article :

+ comments + 46 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 10:43 PM

sejibik style Anwar.. bab mengelak, bab sembunyi, bab pusing pusing.. mmg pakar. tapi bila dah kantoi. nampak sangat bodonya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 11:06 PM

Bapa saya memberi saya sejumlah wang yg agak besar hasil jual kebun. Bank boleh tanya dri mana saya dapat duit tu. Ni kalau 42 juta, takkan bank buat bodoh ajer. Ker memang bodoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 11:24 PM

Dari semalam lagi duk tunggu artikel ni dari bro din turtle sebab semua duk tumpu pada isu rampasan kuasa mb di kedah yang tidak direstui sama sekali oleh ydp agong dan ahli jemaah sultan kedah usaha rejim najib yang bingai lagi sia sia.

Berkenaan kes dalam mahkamah semalam najib vs ling lion sik najib melalui peguam nya mengaku tahu dengan transaksi wang 42 juta masuk ke dalam akaun nya, namun tidak mau mengakui yang duit tersebut datang dari src international melalui pengantara2 gandingan mentari dan ihsan perdana, najib tau siapa yang masuk kan duit dan bagaimana transaksi dibuat sebaliknya najib melalui peguamnya meminta ling liong sik membuktikan bagaimana transaksi wang 42 juta tersebut dibuat.

Tidak ker lucu mengaku duit 42 juta masuk dan pihak mana yang masukkan kedalam akaun nya tapi meminta ling liong sik pula membuktikan cara bentuk transaksi dibuat kedalam akaun peribadinya hahaha.

Kalau sudah mengaku tahu dan ada terima duit 42 juta itu apa barang nak kata duit derma pak arab juga ker kalau sudah mengaku terima duit itu sudah satu kesalahan jenayah dan salah guna kuasa mengikut undang2 negara ditafsir sebagai menerima sogokan, apa lagi tuan hakim jalankan tanggung jawab anda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 11:57 PM

Ewah..ada ke Anwar Ibrahim balun dan sebat duit rakyat sampai billion2. Kenapa nak samakan Anwar dengan Najib?. Najib dalam kes 1MDB terbukti dan terpaksa mengaku duit memang masuk ke dalam akaunnya. Dia tak ada pilihan. Tapi Anwar tidak mengaku dan tetap dengan pendirian tuduhan itu konspirasi. Paling jelas kalau benar perbuatan Anwar itu salah, ia tidak sama sekali menganiayai hak rakyat berbanding perlakuan Najib yang melibatkan duit rakyat serta tanah negara. Apa rasionalnya nak kaitkan kes ini dengan Anwar. Jangan terlalu membangangkan diri laa. Ulas lah secara rasional. Ada Anwar mengelak ke mahkamah dan bertembung dengan Mahathir dan Najib?. Siapa yang mengelak???. Selidik betul2 laa! Kalau pun tak suka seseorang berpada padalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 12:07 AM

laaa anon 1043pm..
anwar tue kn cekgu dia... x kn xtau lg kott

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 12:26 AM

sebelum ni najib pernah ke letak kat muka depan surat khabar besar2 nombor akaun dia, tak pun kat laman web umno dan mana2 tempat lain lg (pondok telefon awam, bus stop dll). tak kan. jadi kalau ada org derma ke atau duit src ke mesti la najib sendiri yg bagi nombor akaun dia tu. tapi sekarang dia kata dia tak tahu mana dtg duit tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 12:32 AM

Benar tidak dapat dibuktikan dimana2 mahkamah anwar balun duit berbillion tapi tak dinafikan telah dibuktikan di mahkamah anwar balun jantan kes liwat II dan salah guna kuasa dalam kes liwat I yang salah tetap salah begitu juga dengan najib yang salah tetap salah sekarang terang2 najib melakukan kesalahan yang merosakkan imej negara maka wajar najib dihukum.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 12:50 AM

@Anonymous hahaha.. sori. tapi daripada komen ko makin jelas pulak nampak macam sama, tapi tak serupa (sama la tu):)

Kah kah kah ....

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 23, 2016 at 12:51 AM

1) Anwar sekarang adalah penjenayah liwat. Hampir2 negara nak tergadai dek kerana dia suka akan wang rakan2 yahudi IMF beliau. Nasib baik PM pada masa itu cekap dan berani. Terselamat negara kita. Alhamdulillah.

2) Sekarang ada satu lagi masalah besar. PM sekarang hendak menjadikan negara kita "barua ekonomi" Amerika dengan menandatangani perjanjian kerjasama trans-pasifik. Walaupun ramai yang membantah mereka masih mahu teruskan. Kita dalam bahaya.

3) Malang kita bukan setakat perjanjian ekonomi berat sebelah tersebut sahaja tetapi masalah ringgit yang menjunam disebabkan masalah persepsi bahawa negara kita banyak rasuah dan ketidakpercayaan pelabur luar terhadap kepimpinan yang tidak cekap dan tidak telus.

4) PM sekarang dilihat tidak berupaya memimpin lagi disebabkan skandal berbillion2 ringgit yang mengelilingi beliau. Ini adalah skandal wang terbesar dalam sejarah negara kita malah mungkin juga di dunia.

5) Amat malang apabila seorang pemimpin Islam di negara kita tidak mahu menunjukkan teladan yang baik. Sebaik terpalit dengan skandal yang beliau sendiri tak dapat nafikan, sepatutnya beliau telah meletak jawatan.

6) RM42juta bukanlah jumlah yang kecil untuk seseorang tidak sedar atau tidak mahu ambil tahu dari mana puncanya wang tersebut yang tiba2 berada di dalam akaunnya.

7) Sekarang kita mahu tahu adakah wang RM42juta tersebut sudah dipulangkan kepada pemilik sebenarnya memandangkan pemilik akaun di mana wang tersebut berada tidak tahu apa2 mengenai wang tersebut ?

8) Saya kira ini kes mudah kerana yang dituduh telah mengaku bahawa wang tersebut memang ada dalam akaunnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 1:05 AM

Yg hak akan mengatasi yg batil...tunggu dan lihat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 1:07 AM

42J...xkan derma lagi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 2:27 AM

Nak bukti dua pengantara pulak? Susah jugak soalan teka-teki ni.

....................
Reply To This Comment ...................
aku
January 23, 2016 at 2:57 AM

susahnya nk cek transaksi bank kalau kena dgn duit yg masuk ke akaun Jibby...aduyai....

....................
Reply To This Comment ...................
1MDB
January 23, 2016 at 5:29 AM

UMNO bukan lagi untuk orang Melayu dan Rakyat Malaysia...fulus..fulus..fulus,,,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 5:59 AM

Najib skrg ni lagak dia bukan lagi setakat lagak seorang PM saja, presiden US si obama yg merangkap presiden dunia tu pun kalah. Najib skrg dah lagi advance dah masuk level ketua-ketua kartel. Dengan akses kepada duit yang bilion2 jumlahnya ditambah dengan akses kepada kuasa eksekutif dan legislatif yang terpengaruh di PWTC, di putrajaya dan juga di parlimen maka setiap ketua2 jabatan, setiap pengarah2 perkhidmatan dan setiap 'pencari2 makan' adalah duduk bersimpuh dihujung jari, dicelah ketiak dan juga dibawah buntot dia.

Projek 1MDB oleh najib walaupun banyak hutang tapi sebenarnya telah berjaya dalam ertikata 1 Malaysia Di Bodohkan dari kalangan rakyat biasa, dikalangan ahli & MT umno, di kalangan pegawai2 khidmat awam, di kalangan menteri kabinet dapurnya dan termasuklah di kalangan ahli parlimen pembangkang yang juga telah berjaya diperbodohkan dengan sesi 3 minit oleh tpm zahid yg kononnya mewakili najib untuk menjawap segala soalan mereka pada hari terakhir sidang parlimen bulan disember yg lepas.

Nampaknya di Malaysia skrg menjadi bijak dan cerdik adalah perkara yang sangat tidak menguntungkan. 3 minggu dari skrg apabila umur AG apandi ali mencecah 65 iaitu umur persaraan wajib kakitangan kerajaan andaikata benar seperti ramalan bahawa loyar tersohor dan termahal di Malaysia, shafee abdullah, atas rekod cemerlangnya yg telah membebaskan ramai penjenayah kelas VVIP, ramai pencemar berkolar putih berkot hitam dan juga atas kejayaannya memenjarakan ketua reformasi bakal dilantik menjadi AG yg baru pada 11hb februari nanti. Jika benar, mungkin kita semua patut mencuba menelan sebijik 2 pil bodoh kerana dari apa yang kita semua dapat saksikan skrg, mereka2 yg bodoh mendapat berbagai faedah, imbuhan dan juga pangkat. Jika benar seperti ramalan maka tak guna lagi kita habiskan masa, tenaga dan fikiran kita dengan mengharapkan proses pengadilan undang2 dapat dijalankan kepada ketua kartel Malaya. Mungkin nanti selepas makan pil bodoh dan kita pun turut menjadi bodoh seperti mereka kita pulak yang bakal mendapat faedah dan juga sedikit keuntungan dalam menjalani kehidupan yg semakin memeritkan taktala dunia dengan sistem kapitalisnya semakin meretak menunggu rebah. Apabila tiba 2018 nanti barulah kita berhenti menelan pil bodoh dan kembali menjadi cerdik dan bijak semula dengan menguburkan kesemua mereka daripada parti dacing lebih2 lagi daripada parti cap keris. Kemudian barulah kita fikirkan semula proses pengadilan undang2 sehingga ke dalam lubang cacing pun kita cari mereka satu persatu tanpa belas kasihan lagi....

Pilihan aku.... Rafizi untuk PM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 6:05 AM

Saya setuju bro din isu rm42juta ni jgn nk di divert isu dgn isu kedah dll....mcm bom asap..
Tp kenala juga tanya isu sebenar dgn rakyat..apa plan sebenar najib nk pulih kn ringgit? Pulihkn ekonomi?setakat ini xde lgsung...
Bajet pon dah salah kena buat semula..
Tp sde lgsung langkah drastik selamatkn negara cth tambatan ringgit, larangan sgpore car isi minyak kuat kuasa dgn cr tertentu, kuat kuasa x blh beli brg subsidi masuk sgpore blk, larangan kpd pegawai kjaan naik flight jika x perlu, cth shj laaa....langkah drastik

....................
Reply To This Comment ...................
January 23, 2016 at 7:04 AM

Kes2 RM2.6b, RM42j dan 1MDB adalah berhubung dengan Najib. Mengapa Anwar pula yang dikaitkan di forum ini? Bangsat betul....!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 7:07 AM

Sebelum org bankkan duit dlm akaun kita tentu dia tanya no akaun kita dulu kan. Pastu bila duit dah masuk, kita tak nak ambik tahu ke sape yg bankkan dlm akun kita tu? Nak pulak kalau berjuta-juta. Tak nak tahu ke sape yg masukkan duit tu, dari mana duit tu?? Dari langit ke?? Kalau aku, aku nak tahu semua tu. Bangangla aku kalau aku tak nak tahu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 7:51 AM

Ke nak alihkan goalpost supaya perhatian beralih Dari wang 42 juta & kad kredit src kepada isu kedah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 7:52 AM

Orang yang hidupnya mengejar duit maka duit jugalah yang akan menjatuhkan dia dan dia akan jatuh dengan penuh hina.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 7:57 AM

kita ni org biasa setiap duit masuk dan keluar akaun bank kita semak dan telitikan setiap kali terima bank statement atau online banking...tetapi rupanya org2 kaya tak peduli pun duit masuk dan keluar dari bank akaun mereka !!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 11:09 AM

Najib tau duit masuk dalam akaun peribadinya tapi tak mau bagitau siapa pengirimnya yang gilanya dia cabar ling liong sik pula jika ling lion sik tau siapa pengirim dan bagaimana transaksinya ling liong sik dicabar supaya terangkan dan buktikan di mahkamah, ini yang dikatakan gila belit punya manusia nak main teka teki teknikal dalam mahkamah macam belit 1mdb & 2.6 billiyun juga, sebijik anwar punya style belit dalam kes bicaranya dulu last kantoi juga.

....................
Reply To This Comment ...................
January 23, 2016 at 11:48 AM

Duit masuk akaun Ku Chin Wah ketua JSJ KL tak sampai 1 juta cepat pula puhak berkuasa kesan. Atau Ku Chin Wah simpan duit tu bawah tilam jer

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 12:56 PM

Jenayahnya berbeza,tetapi sifat belitnya sama....faham konteks?Yang itu jenayah meliwat,kali ke 2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 1:54 PM

Dlm kes ku chin wah ni patut cakap itu duit derma. Atau syatikat tukar perkataan komission jadi derma. Salah ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 1:55 PM

Sumbangan RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah yang tidak dikenali ialah derma peribadi dan tidak boleh digunakan Tun Dr Ling Liong Sik sebagai pembelaan, kata Datuk Seri Najib Razak dalam plidingnya berhubung saman fitnah terhadap bekas presiden MCA itu.
Dalam dokumen dilihat The Malaysian Insider, perdana menteri berkata memandangkan wang itu derma peribadi, tidak wujud isu beliau melanggar perlembagaan Umno dan peraturan penyata kewangan parti bagi 2013 dan 2014.

Itulah jawapan yang sesuai untuk semua perkara berkaitan dengan najib ....

Ikut dia la dia nak wat apa pun ... kan ker dia pemimipin anugerah tuhan ... kata ulama umno ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 1:56 PM

Anwar balun jantan dah selamat bersemayam di Istana Sungai Buloh.

Insya Allah. Anwar keluar giliran Najib pulak bersemayam di Istana Sungai Buloh.

Bapak nya Najib Arwah Tun Razak cukup hebat melancarkan buku hijau. Membasmi kemiskinan dengan melancarkan Felcra dan Felda.

Najib juga hebat melancarjan BUKU HUTANG dengan menjadikan rakyat felt like KERA dan felt like KELDAI.

Ada bini pertama bagus, diceraikan dan sekarang nampak2nya Najib dan bini baru Insya Allah dua2 bungkus.

Janji Allah pasti benar. Yang haq akan mengalahkan yang bathil.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 2:23 PM

Tolonglah Najib..
Step down sekarang..!!
Aameen..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 2:58 PM

Kes ku chin wah komission dgn derma lain ke ?
Selamat hari thaipusam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 3:32 PM

@mustapa m said

Anwar lemah kerana wang dan lelaki jambu.

Najib lemah kerana wang dan bini.

Ada persamaan di situ...iaitu faktor wang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 5:28 PM

Kalau hidup sekedar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekedar bekerja, kera juga bekerja.

- Prof. Hamka

Kalau bertabung sekadar tabung Najib pun bertabung ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 5:38 PM

Din ... Apsal tak siar komen saya. Tak ada caci makin Anwar pun. Cuma nak bagi tau Anwar dan najib adalah adalah sama tak ada moral, tak ada intergriti, style, cara berpolitik sangat kotor

mmg nampak Najib lagi teruk dari Anwar tak kira moral atau kepimpinan. Tapi tak ada beza.

Kalau anwar banyak wajah. Najib ada muka tak ada wajah :)

dalam masa yang sama banyak blogger umno kuat provok pasal kes anwar dulu patut hantok je kepala kat dinding tak pun terjun bangunan. sebab bos korang skang mmg sebijik sama macam anwar.

Memalukan


Kah kah kah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 6:01 PM

Otak sengal. Tak pasal2 Anwar disumpah seranah walhal topik yang dibangkitkan tentang Najib dan 1MDB. Makhluk tu satu sen pun tak pernah dibuktikan dimahkamah melenyapkan duit negara dan rakyat tapi hinaan pada dia melampau2 nonstop seolah2 dia yang melenyapkan duit PERWAJA, MBF, NFC, Klang Gate Scandal dan perbagai lagi. Aku ahli UMNO Pendang tapi aku tak naklah bengap dan emosi tak tentu pasal mengaitkan Anwar dengan isu yang dibahaskan sekarang. Kalau beginilah mentaliti ahli UMNO macam yang emosi tak tentu pasal, hangpa hanya memburukkan sikap ahli UMNO dimata pihak lain. Nampak sangat less educated sikap tu.

....................
Reply To This Comment ...................
January 23, 2016 at 8:55 PM

@AnonymousCukuplah komen yang mengaitkan Anwar. Saya taknak lari topik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 9:33 PM

Camne nak perjelaskan? Dah semuanya dari sumber yang.....korang tahu jugak kan? Hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 9:45 PM

BNM atau mahkamah atau PDRM atau LHDN boleh mintak transaksi akaun dia berdasarkan bidang kuasa mereka. Mereka ada kuasa. Tapi tak berani atau tak nak buat sebab ini kes bapak jerung. Kalau rakyat biasa, belum apa2 lagi dah kena ugut dengan surat ke mahkamah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 10:01 PM

Beberapa tahun lalu, akaun simpanan saya pernah dikreditkan wang sebanyak rm141.90. Saya perasan sebab saya check akaun via online 1 atau 2 kali seminggu.

Tak tahu dari mana sumber duit itu...terus saya ke bank berkenaan utk selesaikan kemusykilan saya.

Kejap je dah settle... itu cuma rm141.90. Takkan lah rm42 juta ajib tak tahu? Memang tipu lah.

Saya pernah juga transfer wang rm25k ke akaun keluarga saya...itu pun pihak bank query. Takkan juta2 bank in pihak bank buat tak tahu je? Sebab apa? Sebab dia PM ke?

Lagi satu...zaman skrg ni...jika wang masuk akaun kita...kita akan dinotify melalui SMS kan? Lagi mau tipu ka cakap tak tahu? Memang penipu besar la ajib nih!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 10:03 PM

Aku harap lepas ni ku chin wah akan cakap itu hanya DERMA. Sure dia akan dibebaskan...hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2016 at 10:10 PM

@Anonymous Alah din lari sikit je ... saja nak provok. Lain pulak yang kena.. hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2016 at 9:57 AM

Najib kata pemimpin2 dulu nak merdeka boleh mintak derma nak pegi London.. Dia cuma hidup kan tradisi ni cuma dia pergi lebih dari London..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2016 at 4:09 PM

@Anonymous Penggunaan derma tu jelas.. ambik derma untuk ke london nak tuntut merdeka. derma dari rakyat. dari ahli umno. jelas sangat jelas.

Derma najib dapat dari sapa ? guna untuk apa ? tujuan ? duit tu mana ? entah tak tahu

kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 3:37 PM

Jangan makan dedak, ia boleh menyebabkan kebolehan berhujah hilang begitu daje.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 3:58 PM

Senang saje. Ko kate yg sebenarnya ko yg tersilap termasuk duit RM42 juta ke akaun najib. Sekarang bila dah tahu ko nak mintak balek lah duit tu. Mintak loyar najib buktikan yg duit tu bukan datangnya dari ko. Kalu loyar najib boleh buktikan ia datang dari SRC betul lah bukan duit ko yg masuk akaun najib. He he teror tak aku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 12:32 PM

Salam Bro,Peguam Negara dah umum tiada kes 1MDB dan SRC ? Macam mana Din ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 12:34 PM

@Anonymoussabar.... tengah menunggu feedback dari rakan2 lain

Post a Comment