........... RM42 Juta - MUSTAHIL Advisor Emeritus SRC Tidak Tahu Apa-apa ! ? ? Huh .... Advisor Emeritus ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

RM42 Juta - MUSTAHIL Advisor Emeritus SRC Tidak Tahu Apa-apa ! ? ? Huh .... Advisor Emeritus ?

Wednesday, January 27, 201630comments


Mkini

Menarik artikel dari Mkini ini, saya copy sepenuhnya -

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan mencadangkan tiga pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah Seksyen 403, Kanun Keseksaan, menurut sumber yang mengetahui siasatan itu.

Difahamkan pendakwaan itu melibatkan pemindahan dana dari anak syarikat SRC International ke akaun-akaun bank dalam tiga bahagian – RM5 juta, RM10 juta dan RM27 juta.

Seksyen 403 adalah berkaitan “menyalah guna harta dengan curang”.

Cadangan itu, dakwa sumber-sumber, dibuat kepada Pejabat Peguam Negara tetapi Malaysiakini masih belum mendapat pengesahan rasmi.

Enggan dikenali, sumber-sumber mendakwa Najib dicadangkan didakwa menyalah guna kuasa susulan kemasukan wang ke akaun peribadinya.

Bagi menghindarkan perkara itu, kata sumber-sumber, perdana menteri harus menafikan bahawa beliau tahu mengenai perkara itu.

Menurut undang-undang, untuk membuktikan salah guna kuasa, pihak berkuasa perlu menunjukkan seseorang itu tahu berkaitan dana dimaksudkan itu.

Malaysiakini sudah beberapa kali menghubungi Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan masih menunggu jawapannya.

 
Menarik sebab dakwaan di atas adalah berkaitan dengan RM42 juta dari SRC yang hampir tidak disentuh atau tidak dijelaskan oleh AG semalam.

Itu antara persoalan utama yang menjadikan kenyataan Tutup Kes oleh AG semalam dipertikaikan oleh rakyat ( selain beberapa alasan dangkal lain )

Apa ceritanya RM42 juta SRC ?

Bukankah itu kes yang menjadi perhatian utama SPRM ? Bukankah 2 orang mamat yang LARI ke luar negara, Nik Faisal dan Suboh itu mempunyai kaitan langsung dengan kes SRC ....  tapi masih dipertahankan jawatan mereka oleh Najib sebagai pengarah SRC ?

Apakah SPRM sudah bertemu dan menyoalsiasat mereka berdua ?

Yang sebenarnyalah .... ada atau tidak duit dari SRC sebanyak RM42 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib ?

Ia hanya perlukan jawapan YA atau TIDAK saja tapi kedua pilihan itu ternyata amat sukar untuk kita temui jawapannya !

Dalam kes mahkamah Ling Liong Sik, Najib hanya mengaku RM42 juta masuk akaunnya tapi tidak pernah kata ia datang dari SRC. Najib bukan menafikan ia dari SRC tapi Najib hanya kata yang dalam kenyataan mahkamahnya, dia tidak ada kata pun ia datang dari SRC.

Sebaliknya Najib pula yang minta Ling buktikan duit itu datang dari SRC ! 

Jadi persoalan utama di sini adalah - Benarkah RM42 juta itu datang dari SRC ?

Sebab itu saya katakan artikel di atas menarik sebab disebut -

Bagi menghindarkan perkara itu, kata sumber-sumber, perdana menteri harus menafikan bahawa beliau tahu mengenai perkara itu.

Menurut undang-undang, untuk membuktikan salah guna kuasa, pihak berkuasa perlu menunjukkan seseorang itu tahu berkaitan dana dimaksudkan itu.

Juga yang menjadikan perkara ini tambah menarik lagi adalah - MUSTAHIL seorang yang diberikan penghormatan jawatan sebagai ADVISOR EMERITUS syarikat SRC tidak tahu mengenai transaksi sebesar itu !

Huh ? Apakebendanya Advisor Emeritus ? Kalau Professor Emiritus tu biasalah kita dengar kan, yang bermaksud -
Retired but retaining an honorary title corresponding to that held immediately before retirement: a professor emeritus. ( KLiK )

 ..... atau seorang professor yang dah bersara tapi masih memakai gelaran yang diberikan sebelum beliau bersara.

Tapi .... ADVISOR EMERITUS... kepada SRC ? Tak pernah dengar pun ada jawatan seumpama itu di mana2..

Di bawah adalah salinan Notis Resolusi SRC International pada 23 April 2012, di mana Perdana Menteri ( iaitu Najib ) dilantik menjadi Advisor Emeritus kepada syarikat itu.

The Advisor Emeritus shall advise the Board on material matters and matters of strategic interest to Malaysia and the Board shall give due consideration to and implement any advice of the Advisor Emeritus in the best of the company.


Nah, saya besarkan lagi -


Advisor Emeritus pun Emeritus lah .... tak kisahlah nama apapun. Tapi yang pasti sebagai Advisor Emeritus, segala keputusan besar harus melaluinya. Dan memandangkan SRC pun bukannya banyak aktiviti perniagaan selepas diserahkan kepada Kementerian Kewangan, makanya mustahil Najib tidak tahu apa2 berkenaan 3 transaksi wang berkenaan.

Apatah lagi jika benar ketiga2 transaksi berjumlah RM42 juta itu masuk ke dalam akaunnya sendiri !

Tambah lagi, dua dari transaksi itu yang berjumlah RM32 juta dimasukkan ketika Najib dan Rosmah sedang berada di Hawaii ketika rakyat negara ini mengharungi musibah banjir terbesar dalam sejarah !

TAKKANLAH Najib sendiri yang arahkan/usulkan supaya wang dari SRC dimasukkan ke dalam akaunnya sendiri !

Sebab saya katakan, persoalan utama yang amat mudah dijawab tapi payah nak jawab adalah - Benarkah RM42 juta yang masuk akaun Najib itu datangnya dari SRC ?

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 7:56 PM

The truth is apandi is going to leave office in february and he does not want to be in the mess.

2. Apandi anyone not satisfied with his decision can refer ti federal court...ada beranikah rakyat seek FC's views?

3. Apandi passing the ball at the new AG and higher.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 8:06 PM

blog syed kena blocked ke din? x dpt akses..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 8:38 PM

Najib dalam kenyataan bertulis melalui peguamnya sudah mengaku dia tau duit 42 juta masuk ke dalam akaun peribadinya perakuan di hadapan hakim di mahkamah dalam kes bicara najib vs ling liong sik, jika najib dihadapkan kemahkamah dengan pertuduhan salah guna kuasa maka gabenor bnm akan dipanggil bagi menjelaskan 42 juta yang di masukkan ke akaun najib datang dari sumber mana dan siapa pengirimnya, habislah najib kali ini tak ada siapa lagi boleh tolong.

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2016 at 9:21 PM

Saya tidak dapat melayari blog Tuan Syed @ OutSyedTheBox. Jika Encik Din dapat menghubungi atau mengkhabarkan kepada Tuan Syed, minta beliau usahakan sesuatu supaya pembaca-pembaca blog beliau (termasuklah pembaca-pembaca blog Encik Din ini kerana ramai yang mengikuti blog Encik Din juga mengikuti blog Tuan Syed) dapat membaca hasil tulisan beliau yang terbaru. Sekian, terima kasih Encik Din. Harap-harap blog Encik Din tidak akan diapa-apakan oleh kem cai-cai Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 9:34 PM

Ostb dh kena block..lepas ni dt dengan apanama pulak ??...dia dah kecut teloq dahhhh...hahaha..lawak la lu najib razak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 9:49 PM

Yang aku nak gelak guling2 tu bila AG perasan tu kata Najib dapat derma tu daripada Raja Arab yang baru mangkat hari tu , bukan Raja yang ada la ni....apa tak gelak nye deme tu dak mati,jadi tak perlu tanya banyak2 le....cerdek.....cerdek....kalau ada 3 orang dah la AG macam ni boleh lingkup Malaysia ni.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 10:32 PM

SPRM dah kena block dengan peguam negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 10:38 PM

Advisor emeritus tu nama england dia.
Kalau versi persekutuan tanah melayu jadi tuan sadiq sigaraga

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 11:24 PM

Ye ke habis.. takkan semudah itu kot.. Too good to be true! Walaupun memang sentiasa mengharapkan kebenaran akhirnya ditegakkan. Mudah2an.. Aaminn insya Allah

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
January 28, 2016 at 12:12 AM

Advisor Emeritus = Jho Low

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2016 at 1:20 AM

Blog saya juga telah di blok semalam. Ramai kekawan yang msg tidak dapat masuk. Namun ada juga yang masih boleh akses.

Buat masa ini kepada yang tidak boleh akses, sila tukarkan (.my) kepada (.in ) atau (.kr) atau mana2 akronim negara lain, insyaallah masih boleh masuk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 2:48 AM

Blog bloggers, suratkhabar memang boleh kena block....tapi pandangan dan ingatan rakyat pada semua skandal RM ni tetap ada dlm kepala....macam mana nak block??

Tunggu PRU 14 tak lama lagi dah, 2 tahun je lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 2:57 AM

Tabik Pak Din !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 3:32 AM

Pegi bagitau cerita duit derma juta2 ni pada kambing dan lembu kat kandang, atau monyet dan siamang kat zoo, sebab kalau manusia waras memang dia tak boleh terima cerita kartun ni. Macam cerita budak tadika jer, pulangkan balik pulak dah. Kalau dulu WSJ dgn SR tak bongkar, agak2 kita tahu tak yg duit tu wujud??

Go head, gostan, kona, u turn pastu stop, habis citer. Mudah je kan cam kacang. Apa ingat org bodoh ker?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 7:08 AM

Salam Din

Blog Tuan dh saya x boleh buka..tapi nasib baik laa ada ilmu ckit bab2 IT..still boleh buka..

Saya rasa Tun Ling Liong Sik boleh guna isu ini untuk hujah seterusnya..harapan kita sekarang dekat Tun Ling Liong Sik..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 7:19 AM

Link sini alif nun mim wau = sarkas https://m.youtube.com/watch?v=hFxO7DWqghM

Sarkas rupanya....patutlah go head gostan tipu kiri tipu kanan bla bla bla

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 7:52 AM

Sdra Din,

Apa kata kalau rakyat dalam kelompok 100 orang satu tempat solat hajat, baca surah yasiin dan berdoa pada Allah swt menunjukan najib salahguna kuasa dan rasuah dan apandi telah mengkhianati rakyat malaysia.

Ada yang ceritaka jika orang2 tertentu BERSALAH, mereka aksn merasa panas sepanjang masa sehingga mengaku salah.

Rakyat tiada harapan dan putus asa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 7:55 AM

Salam Saudara Din..

Boleh saya lanjutkan kepada teman2 perjuangan yang lain? Kena minta izin dulu...

....................
Reply To This Comment ...................
Dari jauh.
January 28, 2016 at 8:19 AM

Iya Din.Saya masih boleh akses dari Jakarta.saya juga masih boleh baca asia sentinel.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 9:16 AM

Muka Najib kat atas tu tampil dengan wajah serius dan menakutkan kami... boleh DT ganti gambar lain atau amend supaya dia tak dilihat merenung kami begitu.... sedangkan AG, TPM, Shafie, Bos SPRM, Gabenor BNM, Mukhriz, Ling Liong Sik, Tun M pun tak boleh apa2kan dia, dia pula tenyeh mereka tu macam belacan, inikan kami..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 9:27 AM

kerajaan pengecut dan skmm...

blog2 seperti ini kamu block tapi laman tak senonoh bersepah kamu buat tak tahu.

kamu fikir kamu akan menang pru akan datang? itu hanya mimpi kamu!

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2016 at 11:20 AM

Saya pun frust bila tak dpt access blog En Din dan En Syed. Tapi saya try mcm x2 kecuali yg kena bayar. Saya try yg paling simple through Google Chrome. Alhamdulillah. Keep on blogging En Din, at least we, the people that cares don't feel so alone and defeated.

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2016 at 11:43 AM

Bro Din , your blog has been blocked by SKMM. Had to use VPN to access your blog.

....................
Reply To This Comment ...................
KJ
January 28, 2016 at 11:44 AM

Kepada sahabat-sahabat di SKM (MCMC) yang sedang "memantau" laman web untuk diberi cadangan supaya disekat, sudah sudah lah tu. Korang tak rasa bersalah ke terima gaji kerajaan untuk buat kerja tak berfaedah ni? Bukankah lebih elok korang buat kerja untuk rakyat, iaitu mencegah penipuan atas talian, scam, sekat nombor talipon iklan haram, ancaman siber, untuk pembangunan ekonomi kita semua? Buat kerja sekat menyekat ini apahal?

Ooo..Syed Ketiak suruh ? Cakap lah kat dia supaya tumpu kepada pembaikan ekonomi menggunakan teknologi. Apa dia? Dia kata susah dan tak mampu ? Kalau tak mampu buat, letak jawatan aja lah. Apa? Dia kata nanti miss syoru? Takda siapa nak bayar rumah, kereta, driver, handphone, letrik ? Dah tu, kita orang rakyat biasa ni tak bayar?

Cukup lah tu, writing's on the wall. In two years, things will get worse, you probably won't even have a job. Don't say we didn't warn you.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 12:31 PM

bloglistdinturtle.blogspot.my pun masih boleh..boleh access dari situ

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2016 at 1:26 PM

Kahkahkah..terbaik..pecah perut bro..

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2016 at 1:31 PM

Selagi kebenaran ingin ditegakkan..inshaallah.jalan lain pasti dibukakan.

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2016 at 1:59 PM

Saya salin artikal En Din agar orang lain bole baca... TQ

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 2:47 PM

Google Chrome pun masih boleh access

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2016 at 8:00 PM

Satu cara mudah utk dptkan akses sites yg di block :

1) Tukar DNS 1 kepada : 8.8.8.8 dan DNS 2 kepada 8.8.4.4

2) Gunakan VPN = virtual private network seperti tunnel bear dsb utk android.

kaedah2 di atas boleh mengatasi masalah2 sites yg di block.

Selamat mencuba....

Post a Comment