........... RM2.6 bilion dan RM42 Juta - GKCM Desak Najib Tampil Perjelaskan Depan Rakyat. No More Subjudis ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

RM2.6 bilion dan RM42 Juta - GKCM Desak Najib Tampil Perjelaskan Depan Rakyat. No More Subjudis !

Tuesday, January 26, 201636comments



Hari ini GKCM telah mengadakan majlis perlantikan AJK GKCM Selangor. Dan dalam ucapan pembukaannya, Presiden GKCM Cikgu Kamarul ada menyentuh tentang kenyataan AG yang menyucikan Najib dari segala masalah RM2.6 bilion dan RM42 juta.

Menarik usul atau tuntutan yang dibuat oleh Cikgu Kamarul iaitu meminta Najib supaya tampil sendiri menjelaskan mengenai isu2 RM2.6 bilion dan RM42 juta. Kini setelah AG mengarahkan kes ditutup, tidak ada alasan lagi buat Najib untuk mengelak !

No more subjudice ..... tidak ada lagi alasan menganggu siasatan sebab siasatan dah selesai. Najib hanya perlu bercerita secara santai, menghubungkan mana2 point yang belum bersambung supaya ceritanya boleh ditutup terus.

Kalau boleh, biarlah berdepan dengan wartawan2 biasa ( bukan yang dipilih saja ) supaya tidak ada isu atau persoalan yang tertinggal.




KLiK untuk ke Youtube.

- Selama ini Najib mendiamkan diri... kerana alasannya kes berada dalam siasatan, kononnya subjudis.

- Najib sendiri mengakui ada menerima RM42 juta itu

- Tapi kenyataan AG tidak menjelaskan mengenai RM42 juta itu

- Dari mana duit itu datang ? Siapa yang masukkan ? Untuk apa wang itu ? Kepada siapa dibelanjakan ? Dan apa rumusan AG ? Semua ini tidak berjawab.

- Kenyataan AG langsung tidak sebut apa yang rakyat ingin tahu. Rakyat perlukan jawapan.

- Bagaimana AG boleh arahkan SPRM supaya tutupkan kes sedangkan persoalan2 ini tidak berjawab ?

- Sebab AG sudah arahkan supaya kes ditutupkan, maka ... Najib, Jom tampil depan rakyat. Jelaskan dan cerita secara peribadi kepada rakyat kerana sudah lama polemik ini berlegar.

- Barulah Najib mendakwa dirinya sebagai pemimpin yang berjiwa besar dan seorang gentleman.

- Belum pernah berlaku dalam sejarah, kita pulangkan wang derma ! Mungkin Najib orang yang pertama di Malaysia yang berjiwa besar memulangkan wang derma.

- Kita minta Najib tampil bagi menjelaskan persoalan2 ini.

Share this article :

+ comments + 36 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 10:20 PM

Kita harapkan kes saman terhadap Ling Liong Sik dibawa kemahkamah kerana jika kes ini kemahkamah ada byk perkara yg mungkin disembuyikan akan terbongkar dan ini juga salah satu peluang utk membuka balik kes ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 10:22 PM

Najib org kedua .. yg pertama rosmah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 11:23 PM

AG sudah terima dedak di lembaga tabung haji majlis raja2 perlu segera bersidang serta mengarahkan sprm menyiasat kedudukan ag

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 11:25 PM

Semua dah dijawap oleh AG. Hanya org politik jer tak mau trima

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 11:33 PM

Saya dah lama agak dah. Cuma yang saya terkejut; AG boleh kata Najib dah pulangkan balik sebahagian besar WANG 'derma' dan sebahagian kecil lagi, tidak pula diberitahu, kemana dibelanjakan. Saya ingatkan, sebahagian besar sudah dibekukan oleh Kerajaan Singapura. Tak tahu lah jika Najib sudah kawtim dengan kerajaan Singapura untuk memulangkan balik WANG 'derma' yang dibekukan itu.

Oh ya. RM2 Juta dalam akaun peribadi isterinya belum diperjelaskan lagi.

Sekarang ni tengah sibuk pasal 'ancaman Daesh' pula. Saya khuatir 'ancaman' ini sengaja diwar-warkan untuk menakut-nakutkan Rakyat sebagai persediaan. Manalah tahu, bila dekat PRU14, Polis terjumpa bom bersama bendera Daesh di KL, terus diistihar darurat, langsung putih biji-mata Rakyat yang tak sabar menunggu PRU14.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 11:40 PM

Breapa kali nak jelas da... dah jelas berkali kali pun bukannya nak paham pun. Kalau fakta dah terbentang pun bukannya nak percaya pun. Pokoknya bukan penjelasan yang nak. Yang nak tengok Najib salah. Kalau Najib keluar kata aku bersalah, ha semua settle. Jadi jangan buang masa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 11:44 PM

2.6B dan 42 juta ni ialah CERITA KARTUN yang paling KELAKAR yang pernah aku baca. Seluruh rakyat Malaysia mesti percaya cerita ni. Maklumlah kita ni semua bodoh, bangang, sekolah pun tak tinggi. Dahlah sekolah atap, sekolah pun sampai darjah 6 je,

Kalau dah BERSIH lagi SUCI......bolehlah SAMAN WALL STREET JOURNAL dan SARAWAK REPORT utk BERSIHKAN NAMA. Janganlah ditangguh2 lagi.

Kalau saman tentu menang kes sebab tak ada apa2 kesalahan. Bila menang tentu dapat duit banyak, lebih2 lagi WSJ bayar dalam USD. Convert duit kita yg tak laku ni, dapat penuh berkantung-kantung. 7 keturunan makan pun tak habes.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 12:03 AM

Apa pun keputusan tidak dapat memadam pandangan rakyat M'sia dlm hal ni malah pandangan yg sedia ada menjadi lebih serong lagi. Meluat bertukar menjadi benci.

Rakyat M'sia sila buka mata anda. Jangan sia-siakan kertas undi anda di PRU14 nanti. Apa saja alasan yg dicanangkan masa berkempen akan datang, itu cuma untuk membina "benteng" mempertahankan kuasa mereka saja sedangkan kita di bawah ni tetap terhimpit dalam arus kehidupan.

Bertindak bijak sebelum kita semua lingkup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 12:31 AM

Jawab mcm budak tadika je.... Majoriti rakyat mahu terperinci...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 12:32 AM

Jangan letak otak kat lutut

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 12:44 AM

muka apandi macam orang sakit lebih teruk dari gani patail

macam sedang mengalami penyakit dashyat

air muka tak seri langsung

hmmm tanggung stress (membohong) kot

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 12:48 AM

Saudara RD 11.33PM,

Nasib baik saudara sebut pasal RM2 juta tu....kita hampir2 lupa pasal tu.

Bimbang jugak pasal PRU14......tapi kalau PRU 14 ditangguh nampak benar JAHATNYA.

Walaupun rakyat diperbodoh-bodohkan tapi rakyat bukannya bodoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 12:53 AM

@Anonymous

Bila Najib pulangkan duit tu ya ? dalam perhimpunan agong haritu tak dak pulak dia cakap dah pulang balik.. Was-was aku dengan Najib ni.

biasanya.. kita kalau dah was2 ni baik tinggalkan terus.

Bye2 Najib & UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 12:56 AM

Dialog najib n rosmah dalam kelambu...
najib...terima kasih darling mah sbb bg idea ni...I dah selamat tau..
rosmah...kecik je hal ni jibby...i love u...
najib...senang je rupanya jadi pm ni...takda siapa berani tuduh kita lagi lepas ni...i ingat nak cabar tun m supaya serang i lagilah...sbb nnt dorang smua sibuk bercerita...kita sibuk pula ambik duit tabung haji...kwsp...felda...felcra...kwap...dll lagi...
rosmah...boleh je...think tank i kan ada...jibby jgn risaulah...kb..ag...kp..smua kita dah pegang...dorang semua lapor duit...
Najib...tq ya darling....dgn singapore mcm mana...
rosmah...ishhh...jgn risau...runner i tengah deal dgn org singapore tu...dorang minta masa sikit....nnt setel lah smua tu...
najib...TPPA mcm mana yang...
rosmah...jgn risaulah...sign je...yg datang demo pun ciput je....cina pun x ramai datang....sign je..ikut kata i...kita ada backup dari pas..mca...mic...sarawak...sabah...jangan takut....arahkan je menteri tu sign...
najib...ok darling..i ikut kata2 u...

dah jom tido yang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 1:34 AM

Skandal billion2 ni jadi tajuk hangat masakini. Dlm facebook, dlm blog sume duk becakap pasal skandal duit ni. Org ramai dah tak sabar nak tunggu PRU.

Dalam facebook ada org komen harap PAS berjalan secara solo sebab kemungkinan Kedah jatuh balik ke tangan PAS, begitu gak dgn negeri2 lain. Sebabnya PAS je yg boleh jadi alternatif menggantikan kepimpinan yg ada sekarang ni. Yg lain dia org takut nak pangkah sebab tak nak ada yg menumpang 2 kaki kalau menang. Takut nanti org Melayu kena tindas.

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2016 at 4:39 AM

Sedih bila mengenangkan apa yang berlaku kes najib ni.. seolah olah membohong, mencuri, membunuh, menganiaya tu bukanlah perkara yang salah malah tidak takut sekali akan dosa yang dilakukan. Adakah kerana najib telah dihijabkan? Alangkah hina hidupnya didunia ini. Adakah najib tahu bahawa diakhirat nanti, dia merupakan salah seorang yang awal dipanggil utk perhitungan. Adakah najib tidak percaya pada dosa dan pahala.. adakah najib tidak tahu adanya syurga dan neraka? Saya sendiri malu utk mengangkat muka pada anak2 bila terpaksa bohong sunat. Bayangkan betapa TIADA KEMALUAN manusia ini yang sanggup berbohong dan mencuri disiang hari.. malah perbuatan ini disokong dan diarak oleh pengikut saham akhiratnya. Apakah tiada lg INSAN dalam hati mereka lg?

Semoga Allah SWT mempercepatkan hukumanNya para najib dan sekutunya.

Bismillah hirrahmannirrohim

Ya ALLAH, mereka ini membuat zalim/menipu/aniaya pada kami rakyat Malaysia. Kami mohon balasan yang setimpal ke atas mereka serta bantulah kami keluar dari kesusahan ini

Ya Allah, gantikan segala penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah.

Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha.

Aamiin

Rohani A. Ghani

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
January 27, 2016 at 6:58 AM

Assalammualaikum Bro Din!
Menurut 'soksek' yg saya dengar dari orang Umno, apa yg dilakukan AG itu adalah TINDAKAN PEMBERSIHAN keatas diri PM Najib. Maksudnya, Najib dah bersih dan tidak akan didakwa kerana rasuah atau salahguna kuasa.

Kononnya, setelah 'pembersihan' ini PM Najib akan letak jawatan atau undurdiri dari kepimpinan parti dan negara.

Semoga apa yg saya dengar ini akan jadi kenyataan, bukan sekadar bual kosong untuk menyedapkan telinga rakyat.

Selamat berundur PM Najib.
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 7:01 AM

Saya amat berharap Majlis Raja2 bertindak dengan mengarahkan Suhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan demi kepentingan rakyat.

Jika dividen ASB pun boleh difatwakan harus demi kemaslahatan ummah...apatah lagi mengenai skandal penglibatan pemimpin dan jumlah wang yang amat besar. Sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 7:14 AM

Derma dipulangkan...rakyat diGSTkan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 8:27 AM

Orang bodo bolehlah nak percaya cerita dongeng dari Apanda Ali ni, banyak sangat isu yang tak terungkai dalam kes SRC International dan RM 2.6 bilion dalam akaun Najib ni, tapi tak pasal-pasal Apanda Ali kata kes ditutup Najib tak ada buat jenayah apa pun, memang tepat telahan dari Tun Dr. Mahathir, Apanda bukan setakat meneliti hasil siasatan SPRM sebagai Peguam Negara, malahan Apanda telah melantik dirinya menjadi hakim dan buang segala kes yang melibatkan Najib.

Sebagai balasan Apanda telah dilantik menjadi ahli lembaga pengarah Tabung Hajib, sebagai habuan melindungi segala kes jenayah Najib, dah tua pun tak sedar diri, bersubahatlah dengan kejahatan, umur pun dah tua bangka, tapi masih tak sedar diri.

Lingkup negara ini jika pemimpin keparat mendapat kuasa, Najib hanya memalukan keturunan Tun Razak sahajalah, malahan Najib turut memalukan keturunan Orang Kaya Indera Shahbandar, Orang Besar Berempat Pahang sahajalah.

Kesian Barisan Nasional, tak pasal-pasal disebabkan Najib majoriti rakyat Malaysia kini dah benci dengan Barisan Nasional, ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional terutama UMNO, teruskan syok sendiri ditipu oleh Najib, bila Barisan Nasional dah tersungkur dalam PRU 14 kelak, maka masing-masing buatlah kenduri tujuh hari tujuh malam meraikan lingkupnya Barisan Nasional disebab ahli masing-masing bodo membiarkan pemimpin gila kuasa dan pelingkup parti terus melingkupkan parti tanpa ahli nak pertahankan parti pun.

Lepas ni Barisan Nasional jadi sejarahlah, UMNO boleh letak di muzium, tersungkur rebah kerana pengkhianatan pemimpin dan kebodohan ahli akar umbi yang membiarkan pemimpin parti melingkupkan parti kerana nafsu serakah peribadi.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 9:11 AM

Harap ada pendedahan siasatan SPRM atas dua2 kes tu.

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2016 at 9:18 AM

Setuju saya ahli UMNO, kita semua tolong undi PAS.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 9:57 AM

Kami orang berfikir gunakan akal. Setiap jalan cerita mesti ada permulaan dan pengakhiranya. Orang tak pandai berfikir sahaja yang boleh terima cerita bulat-bulat tanpa berfikir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 9:59 AM

Sdr Din..I AM ASHAMED TO BE A MALAYSIAN...and to HELL with umno...I am a malay and used to look up to UMNO under Tun Dr Mahathir.Those were the days when I can say I AM PROUD TO BE MALAYSIAN.I could debate with my American colleagues about our government wisdom in dealing the economic crisis and also the thorny middle east issues.I WAS REALLY PROUD THEN...But now..I am really ashamed...I have become an ostrich..to bury my head in the sand to avoid being ridiculed.

Saya hormati Sdr Din punya ruling...kalau tidak pasti SUMPAH SERANAH saya akan berbillion billion memenuhi ruangan ini.Namun disebalik itu saya merasakan kesedihan yang teramat menyayat hati kerana harapkan pagar..tapi pagar makan padi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 10:27 AM

Toksoh harap la pada pas....parti yg mengaku isle....tapi presidenng senyak tupahh dok ketik lasung bab2 isu semasa hok kronik nih.....
Skrg boleh sakit jntung baca bab2 politik....Xsangka keadaan negara jadi begini terok skali... dah jadi negara 'pasir bedengung'....

....................
Reply To This Comment ...................
sabila
January 27, 2016 at 11:01 AM

Najib satu satu pm yg terima derma bilion bilion magic.najib satu satu org pulangkan balik derma.nampak tak cerita yg semakin jd tak masuk akal itu.nampaknya malaysia masih perlukan amarika dgn agen cia cis @si..nya utk menyiasat dr mana duit dtg n kemana duit pergi.dr firasat aku ia pasti berkaitan 1mdb.kerja jahat tak akan bertahan lama.begitu kenapa tabung haji yg kena dulu.patutnya 1mdb itu akan jatuh melutut dikaki rakyat yg disusahkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 11:01 AM

Apandi suruh rakyat percaya duit tu duit derma....

Kalau rakyat percaya duit tu duit derma maka senanglah nak mengadun dan mengolah jalan cerita 1mdb ini.

Hakikatnya....

Satu hari nanti Najib tetap akan letak jawatan, maka akan terungkailah segala rahsia yang tersimpan.

Satu hari nanti najib tiada lagi berkuasa, dan tiada siapa yang akan melindungi beliau.

Ingatlah...

Wang tu bukannya derma, malahan telah disonglap.

P.s

Berita terbaru juga mengatakan tiada kerabat diraja arab saudi yang boleh mengesahkan secara rasmi bahawasanya ianya sumbangan derma dari mereka mahupun kerajaan arab saudi!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 11:15 AM

Come pru 14 sahih Umno akan lingkup. Apa kata kita buka parti Melayu baru diketuai oleh TM dan sertai oleh semua veteran veteran saperti TR, DZ, AS, MY, SA,SJ,MM dan sapa lagi yang sertai. Mungkin Perkasa boleh initiate sebab perkasa mempunyai network yang cukup sempurna. Kalau dulu kita takut orang Melayu akan berpecah lagi tetapi sekarang tak ada pilihan . Bagaimana pun UMNO dah nak karam, jadi kita biak dia karamlah dengan labu labu nya. Saya pasti akan mendapat sambutan hangat oleh orang Melayu. APA KATA?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 11:42 AM

mana ada pemimpun dunia yg sehebat ajib. ajib sangat kuat. manusia mana pun tak boleh tumbangkan ajib. jadilah macam ajib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 12:30 PM

Siasatan 6 bulan SPRM dengan dokumen setinggi AG ditutup AG Mi segera dengan 4 muka surat sahaja. Kejap derma nak lawan IS, kejap derma untuk PRU13, kejap derma untuk UMNO last sekali pulang balik derma tu.. adoii aii

Kalau akhirnya pulangkan derma tu, yang gatai tangan amik derma tu pasai pa?

PM terima "derma" dari negara lain boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara. Apakah jaminan PM tersebut boleh mentadbir secara bebas dariapada pengaruh pihak asing?

Sistem negara pelu direform untuk elakkan perksra serupa berulang pada masa hadapan. Pendek kata kuasa Perdana Menteri perlu dihadkan.

1. Jabatan Peguam Negara perlu menjadi bebas seperti SPRM
2. SPRM perlu diberi kuasa pendakwaan

Negara Israel walaupun kita benci dengan kewujudan negara haram ini, integriti mereka amat tinggi. Presiden, PM pun boleh masuk jail kalau langgar undang-undang.

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2016 at 12:36 PM

Org yg menghiris boleh lupa kerana senjata boleh dihumban.Orang yg kena hiris parutnya bawak ke mati..

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2016 at 1:15 PM

Raja2 melayu relax je,tak blh ke nak tlg buat sesuatu utk bantu rakyat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 1:55 PM

Hanya cacai bajib je terima penjelasan AG

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 1:57 PM

Fakta apa cai?
Dlm PAU najib kate 2.6b dh abes blanje.
AG kata blanje 61juta je lebih dh pulang.
Dua2 ayat diats bkn fakta dan ianya bertentangan sama sendiri.
Cacai kena tau bezakan fakta dan penafian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 2:54 PM

Aku yg dulu sokong najib pun dah hilang kepercayaan kepada dia,Anggota SPRM yang siasat dlm kes najib ditukarkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 2:55 PM

Terbaru..saya ada baca satu statement..kerabat diraja arab saudi tak mengaku ada sebarang urusan berkait dgn isu derma najib.
sah najib PENIPU??

Post a Comment