........... RM2.6 Bil dan RM42 Juta - Selesai Pada AG Dan Najib Tapi Masih DiBicarakan DI Mahkamah Rakyat ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

RM2.6 Bil dan RM42 Juta - Selesai Pada AG Dan Najib Tapi Masih DiBicarakan DI Mahkamah Rakyat !

Wednesday, January 27, 201621comments


Nampaknya isu RM2.6 bil masih belum tamat di mahkamah rakyat. Tak perlulah nak dihairankan kerana sekarang rakyat Malaysia sudah semakin cerdik dan tidak lagi menerima sebarang penjelasan buta begitu saja. Apajua alasan haruslah diberikan sama bukti2 bagi menyokong terutama dalam alasan2 yang dangkal, susah hendak diterima akal yang waras.

Sebenarnya apa yang ada dalam fikiran AG semasa mengumumkan Najib tidak bersalah dan kes ditutup ? Apakah AG merasakan keputusan itu akan diterima dengan hati terbuka dan senang hati tanpa banyak soal oleh rakyat ?

Kelakar pula bila ada pro Najib yang menganggap kes sudah selesai, Najib terbukti tidak bersalah ! Wooit, mana ada Najib terbukti tidak bersalah ?

Apa yang berlaku cuma AG yang kata tidak ada kes. AG bukannya hakim dalam mahkamah ! Keputusan Hakim sendiri boleh dibuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi dan seterusnya rayuan kepada Yang diPertuan Agong sebagai pemutus. Apalah sangat keputusan AG !

Mana ada bukti2 dikemukakan ? Bila tak dikemukakan, macamana bukti2 itu mahu dicabar kesahihannya ? Jadi ayat Najib Terbukti tidak bersalah itu adalah SALAH. Belum ada apa2 yang TERBUKTI pun.

Kes masih boleh dikaji semula. Tidak ada undang2 yang kata kes yang ditolak oleh AG adalah muktamad dan tidak boleh dibuka semula oleh sesiapapun.

                                        ********************************

Hari ini tersebar pula artikel2 yang mendakwa jurucakap yang tidak mahu dikenali mengesahkan memang keluarga diraja Arab Saudi ada menderma duit itu. TAPI waktu sama ada juga artikel yang menafikan perkara sama berlaku.

Dah tak pasal2 melibatkan hubungan antarabangsa antara Malaysia - Arab Saudi ! Nanti Wisma Putra pula akan masuk campur.

Bukan saja hubungan dengan Arab Saudi tapi juga hubungan kita dengan Singapura akan terkesan dek sebab RM2.6 bilion ni !

Sebelum ini kita dengar baki dana dalam akaun Najib yang ditutup itu telah dipindahkan ke Singapura dan kemudian pihak berkuasa Singapura telah membekukan akaun berkenaan. Apakah pihak berkuasa Singapura tak mahu komen ?

Oya, akaun itu ditutup pada 2013 tapi berita tentang pembekuan itu kita baru dengar tahun lepas. Jadi BILA MASANYA wang itu dikembalikan ? Adakah pada tahun 2013 atau baru semenjak dua menjak ini ?

Persoalan2 tentang RM42 juta dari SRC juga masih belum terjawab.

Makanya saya ulang, apakah AG berfikiran rakyat Malaysia boleh terima begitu saja keputusan Kes DiTutup tanpa penjelasan yang tuntas ?

Dilaporkan Thestar - “We even took the trouble to draw up the money trail to fully understand what transpired,”


Nah, kenapa tidak disiarkan kepada umum Money Trail itu sebagai bukti ? Pasti tercatat nombor akaun, amaun dan nama penerima serta pengirim dan juga tarikh2nya ....

Dan tunjukkan bukti surat yang kononnya disertakan bersama deposit sebagai membuktikan ia adalah derma.

Semua benda itu pasti dapat membantu menyakinkan kita dengan kenyataan AG.  Masalahnya sekarang, rakyat diminta terima satu kenyataan longgar yang tak masuk akal. Ingat rakyat Malaysia ni semua bodoh ke ?

Tak perlu nak libatkan pihak2 dari negara luar. Semua bukti dah ada di tangan AG sehingga beliau yakin Najib tidak bersalah.

Menariknya ..... SPRM pula dilihat tidak sepandangan dengan AG !




Dilaporkan SPRM mungkin rayu keputusan AG. Bermakna, SPRM, berdasarkan siasatan yang berbulan lamanya dan bukti2 yang terkumpul selama itu setelah bertemu beratus orang saksi, berpendapat bahawa ADA KES. 

Selepas kertas siasatan diserahkan untuk kali kedua, SPRM masih tegas mengatakan ADA KES tapi AG hanya mengambil masa tidak sampai satu hari selepas menerima semula kertas siasatan itu untuk umumkan Tidak Ada Kes !

MACC special operations director Datuk Bahri Mohd Zin (pic) said late Tuesday that it was "most likely" that the Commission would consider appealing the A-G to reconsider its decision in the "straightforward case." - TheStar.

Straight Forward Case ? Kes yang JELAS, Tidak ada Keraguan, Tidak ada Komplikasi, Budak2 Pun Kata Ada Kes ..... tapi AG kata Tidak Ada Kes ?

Apakah hanya AG saja yang punya kuasa mutlak dalam soal ini ? Apakah tidak ada sebarang ruang lain kepada rakyat yang mahu melihat Kebenaran dipertahankan ?

Jika begitu yakin dengan bukti bahawa Najib tidak bersalah, kenapa tidak diteruskan saja dengan perbicaraan di mahkamah supaya rakyat benar2 yakin. Ini bukan kes biasa. Ini kes yang melibatkan integriti dan sifat amanah pemimpin tertinggi negara.

Jika tidak ada jalan lain lagi, saya mohon Majlis Raja2 campurtangan ! Bukan untuk menentukan samada Najib bersalah atau tidak, tapi bagi memastikan Najib TERBUKTI Tidak Bersalah.

Kita juga kalau boleh tidak mahu panjangkan kes ini. Kalau benar dah selesai dan Najib tidak bersalah - JELASKAN SEBAIK MUNGKIN. YAKINKAN RAKYAT. Bukannya dengan hanya satu kenyataan dan penjelasan longgar kemudian memaksa rakyat menelan begitu saja !

Lebih ramai rakyat yang tahu menggunakan akal daripada mereka yang hanya ikut buta. 

PS - Kes RM42 juta masih TERBUKA LUAS ! 

Dari blog APANAMA

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

ISU SRC INTERNATIONAL DAN DANA RM2.6 BILION: SPRM RUJUK KEPUTUSAN PEGUAM NEGARA KEPADA PPO

PENGURUSAN Tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 Januari 2016 telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengarahkan SPRM agar menutup kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Pengurusan Tertinggi SPRM memutuskan untuk membentangkan keputusan Peguam Negara kepada Panel Penilaian Operasi (PPO), salah satu badan bebas yang dibentuk oleh kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009, untuk penilaian dan pertimbangan PPO dan sebuah panel khas yang akan dilantik.

Salah satu terma rujukan PPO ialah memberi pendapat berhubung tindakan kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya.

PPO dianggotai oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai Pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Dato’ Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr. Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Tuan Lim Chee Wee.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

27 JANUARI 2016

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 4:05 PM

Memang kelakar citer ni... Ada ke patut, org bagi derma pas tu dipulangkan? Kenapa tak salurkan kepada badan kebajikan ke, bina sekolah ke, bina masjid ke atau kasi repair jalan pun tak pe. Setiap org yang gunakan kemudahan tersebut akan memberi pahala kepada pak arab penderma tu. Yang gi pulangkan tu pasal apa? Hairan bin Ajaib la...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 4:18 PM

Ooh... rupa-rupanya memang ada statement/respons daripada Datuk Bahri semalam. Saya hanya tengok TV, semua channel takde sebut langsung pasal reaksi Datuk Bahri ni. Saya memang tertanya-tanya juga, nak tahu juga apa reaksi SPRM sebagai pihak yang bertungkus-lumus berbulan-bulan siasat (hingga mereka sendiri kena siasat).

Terima kasih En Din kerana kongsikan hal ini.

Saya juga ingin tahu reaksi badan berkecuali yang SPRM tubuhkan untuk memantau kes ini. Apa reaksi mereka?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 4:43 PM

Bro Din,

Baca kat Sarawak Report, AG tak sengaja menunjukkan bukti memang berlaku pengaliran wang haram. Bukti yang sebelum ni tak pernah didedahkan..hahaha

Mesti makin tensen mamat tu..

"ak lantik hang nak cover ak.. si gani tu xboleh kawtim.. yang hang makin londehkan aku pahal???"hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 4:48 PM

Saudi gift to Malaysia PM Najib Razak 'for election campaign' - http://www.bbc.com/news/world-asia-35409424

Jika betul duit 2.6B tu diderma oleh keluarga arab, tapi bagi aku cara najib handle isu ini tidak telus. Ditambah pula cara urus 1MDB yang banyak kemusykilan serta cara urus negara yang menyebabkan semakin ramai rakyat tertekan serta pelbagai isu seperti pemansuhan ISA, perjanjian TPPA & lain2. Dengan kata lain, najib terlalu lemah dan kabinet2 'kayunya' gagal memerintah negara dengan baik dan Malaysia menjadi semakin mundur. Jika orang2 sebegini masih meneraju BN untuk PRU14 nanti, aku istiharkan tidak akan pergi keluar mengundi. Nak sokong pakatan 'haram' pun umpama terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 4:48 PM

".....“A Saudi government official, while declining to comment specifically on the prosecutor’s statement, said the Saudi ministries of foreign affairs and finance had no information about such a gift and that a royal donation to the personal bank account of a foreign leader would be unprecedented.

“Representatives of the royal family couldn’t be reached for comment,” the WSJ report says.

A spokesperson for the Saudi government told the Sydney Morning Herald that the government is investigating the matter.

Separately, the BBC quoted an unnamed source claiming that the money came from Abdullah, to help Najib win the 2013 general election.

It said the source, who is reportedly well-placed and has requested anonymity, claimed that the money was drawn from Abdullah's personal finances, as well as state coffers.

“The purpose of the donation was simple, said the Saudi source - it was to help Mr Najib and his coalition win the election, employing a strategic communications team with international experience, focusing on the province of Sarawak, and funding social programmes through party campaigning."

https://m.malaysiakini.com/news/328370

Komen saya:

Adusss.... sakit perut aku ketawa....hahahahaaa.... lebih drp Maharaja Lawak.. hahahahaaa...

So sekarang, dah tambah satu lagi Negara yang siasat sesuatu yg berkait dengan His Excellency Prime Minister Najib..

Can he REALLY sleep well these days?

Aduhhh.... hihihihiii.... hahahaaa.... I wonder... Nazir Razak and his other brothers fikir apa laa sekarang ni ya... hahahaa..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 5:00 PM

Saya mencadangkan Peguam Negara disiasat SPRM berhubung keputusan "case closed" SRC International.

Cadangan lain Majlis Raja-Raja Melayu membentuk Suruhanjaya Diraja Menyiasat Skandal Najib (1MDB, TH, SRC, TPPA, Edra Energy, Bandar Malaysia, derma pulang balik dll)

Majlis Raja-Raja Melayu boleh memanggil saksi seperti untuk penjelsan:
1. Bekas Peguam Negara TS Gani Patail
2. Gabenor BNM TS Zeti
3. KP SPRM, Pengarah Operasi Khas SPRM
4. Bekas TPM TSMY
5. Bekas Pengarah Cawangan Khas, Dato Akhil Bulat
6. Bekas Timb. Pengarah Cawangan Khas

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2016 at 5:03 PM

Saya hanya ingin mengucapkan SYABAS pada Apandi Ali yang telah menyahut seruan Mat Maslan unruk melakukan dua kerja bagi menampong kos sara hidup yang melambong.
1.seabagai Peguam Negara(gaji tak cukup untuk sara hidup yang tinggi)
2. sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji(baru laa cukup)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 6:21 PM

Nak tanya mcm mana hantar balek duit RM2.03 biliyon tu. Hantar ngan postal order atau money order ke? Hantar cheque ke? Hantar melalui money changer ke? Atau hantar pakai courier service ke? Kalau hantar cheque current a/c sape chq tu dikeluarkan? Kalau ikut standard antarabangsa money transfer dihantar melalui SWIFT. Kalau melalui SWIFT, format MT100 atau MT 101? Yg paling penting pengaliran wang keluar sebanyak RM2.03 biliyon mesti nendapat kelulusan BNM. Ada ke BNM beri kelulusan tu pd tahun 2013? Atau mungkin hantar cash melalui Mat Despatch dengan motor?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 6:48 PM

Dah baca JMD?

Dia persoalkan...jika 2.03bil telah dipulangkan pada Ogos 2013..MENGAPA masih ada wang dimasukkan selepas itu...? pada 2014 pun ada? Wang apakah itu?

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2016 at 7:15 PM

AG tertekan dgn ugutan. Dia sengaja tunjuk Dan membuat kenyataannya mengelirukan, supaya kita ramai ramai tahu sebenarnya ada kesalahan dilakukan oleh Najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 7:20 PM

Meanwhile at OSTB,

"Hi everyone.

My blog is blocked.

I have to shut down for a while.

Have to reassess the situation.

This is really not fair at all.

The entire power and machinery of the state can come down on just everyday people.

Cheers."

It wont be long until your turn bro DT.

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2016 at 9:06 PM

Satu2nya perkara positif disebalik keputusan AG, kita tidak bersendirian dlam mencari kebenaran...setidaknya, kita masih pya harapan tok meneruskan perjuangan...setidaknya, SPRM dilihat sebagai pihak yg berani menongkah arus, pihak yg masih punya keberanian tok menjalankan tugas yg diamanahkan...sejujurnya, sya benar2 lega bila masih ada di kalangan rakyat malaysia yg sygkan ank bangsanya, yg sedar betapa korupsi umpama bom jangka yg bisa menghancurkan negara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 10:00 PM

Jangan hanya lakonan sudahla...

Maklumlah...permainan persepsi. Skrg kita mungkin kata mereka berani...sanggup menongkah arus bagai...

Tapi kita tak tahu apa yang tersirat..harap2 bukan begitulah.

Semoga ketegasan dan keberanian mereka bersifat tulen...bukan lakonan semata2...sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 10:48 PM

Haiyah..like that one ah. Spin King finished oredi, Malaysia Chronicle oso. Oni read Malaysia-Today lah. Like it or not, no choice one. RPK won by a walkover.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 10:57 PM

Sebab tu..lah SPRM mahu pendakwaan dibuat di Mahkamah? Dan dalam mahkamah dah tak boleh nak beri keterangan sekerat2 atau tergantung atau pusing2 cerita kerana segalanya adalah bukti bukan alasan.
Setakat AG guna power nglahkan hakim itu bukan kebenaran namanya melainkan adanya hakim ketuk tukul TUk..tuk..tuk lalu berkata Ini tak adil!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 10:59 PM

Nampak sangat menipu pada rakyat. Hari tu kata lain, waktu persidangan UMNO kata lain. Last-last wang derma dah dipulangkan. Kalau setakat cakap-cakap kosong tu boleh lah, tapi kalau cakap tanpa bukti. Nampak sangat pembohonganya Najib and geng.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 11:11 PM

Malangnya Nagera ku Malaysia. Semoga Rakyat Malaysia dilindungi daripada peminpin-peminpin yang gila kuasa dan rakus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 11:12 PM

kalu kita kutuk dan kritik ag tak jatuh salahkan. tak hina ag kan. yang ada hanya hina mahkamah atau hakim. kalu bab ag, rasanya macam penjawat awam yang lain. kalu kita kata yang paling atas dah terima sesuatu, maka kat bawah bebas la nak terima.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 12:30 AM

New juicy twist heh? Involve Pak Lah in the sinking whirlpool of narcissistic scandals!

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2016 at 4:43 AM

Barulah kita sedar kenapa Najib kerap ke Saudi. Rupa2nya nak mohon supaya Pak Arab dapat bantu dia dengan komplot memperbodohkan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2016 at 2:58 PM

Perdana Menteri yang paling tak tahu malu di zaman moden ini. Muka terpalit ngan taik dan najis korupsi namun masih mampu tersenyum bagai tak de buat salah, lupa yang malaikat maut dok mengintai dia sebanyak 40 kali sehari.... Ikut ranking dia hampir dekat kerana mula Kapal Sink, Nik Ajis dan mungkin anytime dia pulak.... BArulah Malaysia akan aman kembali dan kemakmuran kembali bersinar..

Post a Comment