........... Rezab Tabung Haji Negatif ! ? - Ni Apa Citer Lagi TH .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rezab Tabung Haji Negatif ! ? - Ni Apa Citer Lagi TH ....

Monday, January 25, 201640comments


Woooo ... ni apa citer ngan Tabung Haji lagi ni ? Sebelum ini dah keluar satu artikel dari sebuah blog baru (tabunginsider.blogspot.my ) yang kononnya pendedahan dari orang dalam TH sendiri ( KLiK ) Secara ringkasnya, penulis itu mendakwa ada kemungkinan TH tidak mampu nak bayar satu sen pun dividen tahun ini. 

Semuanya gara2 campurtangan ahli politik dalam pentadbiran. Kemudian pembangkang telah mainkan isu ini dan dijawab oleh TH. 

Hari ini blog sama telah menyiarkan surat yang kepalanya tertera nama Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor BNM Zeti Akhtar bertarikh 23 Disember 2015 kepada Jamil Khir selaku Menteri yang bertanggungjawab, yang mana berupa satu teguran atau peringatan keras terhadap pengurusan kewangan TH !

Adakah peringatan seperti ini merupakan satu perkara biasa oleh BNM ? Baca perenggan pertama surat itu -


BNM mendakwa nilai rizab LTH kini telah menjadi negatif dan aset LTH tidak mencukupi untuk memenuhi kesemua obligasinya ( termasuk deposit )

Di bawah saya copy surat berkenaan, KLiK untuk besarkan imej -




Ini adalah jawapan dari Tabung Haji sebelum surat itu keluar -

KUALA LUMPUR - Tabung Haji (TH) meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tarikh pengumuman bonus bagi pendepositnya bagi tahun 2015
.
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat TH dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya berkata, pada kelazimannya TH akan mengumumkan bonus pendepositnya pada suku pertama (Jan-Mac) tahun semasa.

Kenyataan itu menyebut TH pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung Februari dan awal Mac sebelum ini.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa meminta TH memberi penjelasan sama ada mendapat keuntungan mencukupi pada 2015 untuk membayar dividen kepada kira-kira sembilan juta penabung tahun ini.

Mujahid dilapor berkata dividen TH sepatutnya diisytiharkan pada 22 Januari seperti tahun lepas namun sehingga kini TH tidak melakukannya.    

Kenyataan itu menambah, TH perlu memastikan semua proses audit awal dilaksanakan terlebih dahulu serta mendapat kelulusan dalaman sebelum mengumumkan dividen atau bonus kepada pendepositnya.

"TH percaya hasil strategi alokasi asetnya akan dapat membantu pulangan pendapatan, walaupun 2015 dilihat sebagai tahun yang mencabar.

"Konsep simpanan di TH adalah AlWadiah Yad Dhamanah di mana apa-apa pulangan adalah dalam bentuk Hibah tertakluk kepada prestasi kewangan tahun semasa dan budi bicara pengurusan," katanya.

Konsep itu katanya, tiada beza dengan konsep AlWadiah oleh institusi perbankan Islam yang lain. - Bernama

Adakah ini hanya berkaitan bonus atau dividen semata2 ?  Itu boleh dikorek dari mana2 dan cover tapi bagaimana dengan keadaan kewangan dan keadaan rizab LTH yang negatif ! ? 

BNM juga ada menghantar surat kepada Azeez Rahim selaku Pengerusi LTH pada tarikh yang sama sebagai peringatan supaya LTH merumuskan satu dasar rizab kerana paras rizab LTH amat rendah .... sehingga tidak mencukupi untuk menangani prestasi portfolio yang lemah pada tahun 2015. Ini seterusnya menyebabkan nilai rezab LTH menjadi negatif.

Nota kaki surat itu menyebut - pada akhir September 2015, nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti.


Apakah jika LTH umumkan dividen yang tinggi maka dengan sendirinya isu ini akan dianggap selesai ?





Ini bukan soal dividen semata2 ! 

Diharap TH dapat beri pengesahan apakah surat2 di atas itu BENAR ATAU PALSU.  Dan jika benar, jelaskan kenapa sehingga begini teruk keadaan kewangan LTH sehingga pihak BNM terpaksa masuk campur sebelum keadaan bertambah parah.

Jangan pula dialihkan isu kepada Siapa yang membocorkan surat2 itu tapi tumpukan pada pengisian surat2 itu melainkan surat2 itu adalah palsu.

Sewajarnya kita terutama para pendeposit LTH harus berterimakasih kepada mereka yang berani tampil menyiarkan surat2 itu kerana saya percaya, niat mereka supaya isu ini mendapat perhatian sewajarnya dan disiasat kebenarannya.

PS - Baca komen ringkas seorang penganalisis ekonomi mengenai isu ini di artikel seterusnya - KLiK

Share this article :

+ comments + 40 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 7:49 PM

Mana duit jualan tanah TRX?
Kelemahan ketara Najib sbbkan semua org cuba ambil kesempatan kaut untung?
Pengerusi TH cuba kejar untung politik, sygnya untung TH yg keciciran...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 8:09 PM

Abang Din, kenapa Mujahid yang buat kerja menyoal TH? Bukan ke Hadi Awang yang mengkafirkan seluruh UMNO? Kenapa dia senyap macam macai Najib?

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2016 at 8:24 PM

@Anonymoustak kisahlah siapapun yang menyoal, bukan hak sesiapapun. Mencari kebenaran adalah tanggungjawab kita semua

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 8:28 PM

sejak bila pulak tabung haji ni dibawah seliaan bnm?...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 8:29 PM

Jamil Baharom and Azeez

EXPLAINING AWAY THE TRUTH

It is no good at all (for you) to conjure all sorts of reasons to explain away truth:

One (you) could subscribe to truth only when one (you have) has self-respect in the first place;

When a man (you) tells untruths, he (you have) has no respect for himself (yourself) and little would he (you) do better for others except for his (your) own gain;

And when a man (you) tells lies, he (you have) has a tendency to forget:

With one lie after the other,
eventually he (you) would be caught in his (your) own tangled web:

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 8:42 PM

Kenapa sekarang ni banyak sangat skandal duit? Apa yg jadi mesti ada kaitan dgn duit. Nila bahananya kalau salah pilih pemimpin. PRU akan datang nanti tolong jangan buat silap lagi. Kalau tersalah pilih, 5 tahun lagi pun kita akan duduk dlm keadaan yg sama. Sampai bila nak duduk macam ni? Dah muak nak muntah tengok keadaan sekarang ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 8:44 PM

Last2 yahudi Dan cina dap yang jadi kambing hitam...

yang mentekedarah senyum je ingat boleh hidup 1000 tahun lagi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 8:46 PM

@Anonymous TH bukan dibwh selian BNM seperti bank2 komersil lain tetapi akta CBA 2009 telah memberi kuasa BNM utk menyelia mana2 institusi kewangan yg secara tidak langsung jika institusi tersebut menunjukkan ancaman kepada financial stability negara.

Akta ini digunapakai apabila bnm melihat ketidakpastian dlm sistem kewangan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 9:09 PM

Hidup kejar duit, kejar kuasa. Umur dah banyak, tak sedar kubur kata mari. Esok duit yg berbillion2 tula yg menjadi soal dlm kubur nanti. Heran sungguh sikit tak takut, tak pernah ke tebayang cam mana dlm barzakh nanti? Apa nak jawap bila disoal pasal duit tu? Boleh ke nak lantik lawyer utk lawan mungkar nangkir? Cam mana nak berdepan dgn "Hakim yg maha besar" di sana nanti? Memang betul ini satu tanda akhir zaman manusia bodoh pikir dia boleh menongkat langit dan boleh lepaskan diri.

Ya Allah selamatkan kami dari orang-orang yg zalim dan munafiq.
Amin.

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2016 at 9:15 PM

Betul. Pandai pandailah kita memilih kerajaan. Yang mana tidak baik kita tukar sehingga dapat yang baik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 9:26 PM

Ponzi scam - any business declaring dividend EXCEEDING its profit by digging into its capital - provided by NEW (ignorant & greedy) "investors".

Skim Ponzi - perniagaan yg mengistiharkan pulangan yg berlebihan drp keuntungan dgn menggunakan modal yg disumbang oleh pelabur2 (bodoh & tamak) yg BARU.

~ Pak Man Telor..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 9:29 PM

Salam Din..

Ntahlaa...rasanya yg pihak LTH cari adalah SIAPA YANG BOCORKAN jika cerita ini BENAR...

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
January 25, 2016 at 9:35 PM

Assalammualaikum Bro Din!
Hanya dizaman Najib jadi PM jer, orang macam Azeez dilantik jadi Pengerusi TH.
Kenapa dan mengapa rakyat jawab ler sendiri.....

Cai Najib dan Pak Menteri minta rakyat jangan 'nerpersepsi negatif', tapi tindakan pucuk pimpinan negara sendiri yg membuatkan timbulnya pelbagai persepsi negatif.

Lepas TH, tak tahulah agensi mana pulak yg timbul cerita dan laporan mengenai 'kekering kantongnya'.

Bagaimanapun pemimpin UMNO masih setia dan akur dgn kepimpinan Najib. Setia yg membawa rebah dan penderitaan rakyat. Apapun rakyat marhaen hanya mampu lihat dan mengeluhhhhhhh....
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 9:42 PM

Ala skrip cerita nanti sama jer:
Pemberita: Betul ke dato laporan blog TH mungkin tidak dapat bayar dividen tahun ini dan surat dari BNM itu?
Dato TH: kita sudah buat laporan polis utk menangkap mereka yg dedahkan surat ini yang kita katakan tidak benar...duhhh!??
Pemberita: tapi Dato,kita nak tau berita ini benar atau tidak dan jika benar kenapa jadi macam ni...
Dato TH: errrr...kita tunggu siasatan selesai...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 9:59 PM

Jamil Khir dan Aziz Rahim ni bukan ke mereka ni bersama2 dengan Ahmad Bashah di Kedah nun sedang berusaha menjatuhkan MB Kedah, Mokhriz Mahathir atas alasan kononnya Muhkriz tak mampu melaksanakan tugasnya sebagai seorang MB. Nah apa sebenarnya terjadi sekarang kepada Tabung Haji yang dipertanggungjawabkan kepada mereka berdua. siapa boleh jawap???

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2016 at 10:06 PM

Daim kata menjelang September, Malaysia bakal bankrap.

Bunga dah bertukar jadi buah, dan buah2 banyak berguguran, busuk disengat lalat buah.

Najib n the mangkuks ayun ,bila nak berambus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 10:15 PM

... kena kelepet lagi... semata kerana 1MDB.. tahik apakah ini. Kita saksikan sama2 jawapan menetri kerajaan badut jawab nanti.

KAH KAH KAH

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2016 at 10:17 PM

Nasib baik PRIMA bukan bawah seliaan BNM. Kalau tak tentu terdedah ratusan juta peruntukkan hilang entah kemana

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 10:18 PM

@Anonymous

ok pak man ada telor .. Pengerusi ponzi skim tarak telor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 10:22 PM

Kalau betul hal Tabung Haji ni, dah sampai masanya panggil utk PRU, tak payah tunggu sampai 2018. Lagi lama tunggu lagi macam2 hal jadi. Apa nak risau, kan UMNO kata meka masih relevan. Jadi apa yg nak dibimbangkan? 2016 ke, 2017, 2018 tu tempoh je. Yg penting sokongan. Jadi utk membuktikan UMNO masih relevan kpd rakyat malaysia, bubar dan buat PRU. Kita tengok relevan ke tak. Kalau relevan, sejauh mana relevannya. Kita tengok siapa menang, siapa kalah. Amacam??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 10:22 PM

Selama ini kita selalu mendengar begitu ramainya pemakan dedak. Rupa2nya ada juga sipemakan fitnah. Dua2 golongan adalah makanan kafir, lebih mudah malaysia ini dijahanamkan. Elok juga usulkan landasan ketiga, opsyen kpd mereka yg tak makan dedak dan tak makan fitnah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 10:44 PM

Buat SD bro ..suruh top level executive TH sign buang Azeeeeeeeeeeeeez ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 10:46 PM

Sabarlah ..TH mana ada rugi ..duit tanah yg azeez cakap lima company berebut nak beli tu belum tulis lagi dalam akaun profit n loss

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 11:05 PM

Menunggu ulasan 'Menteri' Tabong Haji. Lebih bagus kalau PM 'Tabong Haji' jawap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 11:22 PM

When you've lost your self-respect there's no more shame to hold you back from doing evil. Keep on repeating those deeds and the shaitans will become your constant companions.

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2016 at 11:49 PM

Kalau kita tahu siapakah geragan 5% pendeposit terbesar yang merangkumi ~75% jumlah keseluruhan deposit, mungkin kita dapat teka, mengapa 'mereka' sanggup membayar 107% melebihi keuntungan bagi tempoh 2012-2014.

1. Mungkin strategi untuk menarik lebih ramai pelabur, jika dividen tinggi setiap tahun.
2. Mungkin juga sahabat-handai atau kaum keluarga pengarah/ahli-politik dalam TH, ramai yang termasuk dalam 5% dari pendeposit terbesar. Maklumlah, mereka duit banyak dan tujuan mereka jadi pendeposit bukan menabung untuk pergi Haji macam kita Rakyat marhean.
Bayangkan kalau seorang deposit RM10 Juta. Dividen dan Bonus 14% = RM1.4 Juta.

Patut pun Syarikat Kereta Mewah (Merc & BMW) capai keuntungan tertinggi pada 2015. Ketika Rakyat marhean dibelenggu kesempitan, mereka yang kaya-raya, bertambah kaya. Kalau ada cable atau 'insider-trading', lagi kayalah.

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2016 at 11:53 PM

Inilah akibatnya mempunyai PM yang bengap dan memilih penjilat yang nampak lebih bengap darinya, tapi sebenar penyamun, untuk menjaga WANG Rakyat. Yapiem dah. Sekarang TH pula.
Najib terbukti, bukan saja memalukan orang Melayu, tetapi imej Islam juga tercemar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2016 at 11:59 PM

persoalan akan dijawab dengan laporan polis kerana bocor maklumat osa. pemberi maklumat telah pecah amanah. orang yang bocorkan maklumat ini tidak bertanggungjawab. ini semua bertujuan memburukkan th. jangan terpedaya dengan helah pembangkang. tabung haji masih kukuh. tabung haji menjadi ikutan dan pujian daripada negara luar. tabung haji dah kena tipu. tabung haji mempunyai aset melebihi hutang tapi dah tergadai bulu. itu ajer yang mampu dijawab.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 2:51 AM

Tu yang terbocor orang ramai boleh tahu, yang tak terbocor tak tau lah jadi macam mana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 5:23 AM

Jadi....pemimpin yg berskandal itu amanah sangat ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 7:03 AM

Pemegang akaun dalam Tabung Haji berhak tahu hal ni. Rugi ke tidak ke apa saja yg berkait dgn wang penyimpan di TH. Wang dlm TH ialah amanah pemegang akaun terutama yg menyimpan utk tunaikan haji dan umrah. Benda macam ni kenala telus, tak bolehla sorok dari pemegang akaun. Telus dan amanah itu maknanya lurus tak berbelit-belit dan ikhlas dlm menjalankan tugas dgn betul mengikut lunas Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 7:10 AM

Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
Kamu bukakan dan tunjukkanlah kepada kami setiap kepincangan dan pembohongan yg berlaku dlm negara ini. Sesungguhnya Kamu maha melihat dan maha mengetahui, sedang kami tidak mengetahui melainkan Kamu tunjukkan. Ameen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 8:21 AM

Sebab itu lah kita kena banyak membaca, bukan sekadar baca utusan, bh, kosmo, urtv dan mastika. Kita dan anak2 jadi lembab. Sy rasa kalu TH umum dividen saje awak tentu rasa lega. Baca banyak2 bahan ilmiah awak akan tahu kenapa sekalipun TH bayar dividen tahun ini awak dan keluarga patut rasa susah hati. Selamat maju jaya.

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 9:38 AM

Salam DT
Apa yg kita takutkan dana TH ini berada diluar negeri utk pelaburan dari cash menjadi unit dan tidak mustahil ianya dibuat pelaburan mungkin di Caymen atau Bermuda Island oleh itu kita harapkan akan ada pihak2 utk mendesak TH utk memberi penerangan yg jujur kerana ini duit haji duit pencarum bukan duit menteri haji atau PM.

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 11:26 AM

Salah Pilih Pengerusi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 11:47 AM

Canteekkk....lepas ni ntah duit apa lagi lesap..buat gst igt boleh cover utang mdb rupa nya lg byk wang lesap.
Apalah malang nye rakyat malaysia kali ni.. Nk tgu pru nt menang???soryla pru nt bn jugak menang besar. Undi hantu lg ramai drp org yg mengundi... Apalagi yg rakyat malaysia boleh lakukan...sama2 kita menghadapi kebangkrapan malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 12:42 PM

tk patut surat tu menjadi kesalahan jika terdedah

kerana pencarum berhak tau

jika nk sorok juga, sama mcm tppa lah... apa jadah?

tp era 1 malaysia.. tk lama adala ofis boy kena tangkap sebb sebar surat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 2:12 PM

Bro, dah lambat...PR 10 tahun dulu dah patut tukar kerajaan. Skrg awak nak tunggu PR ke14 baru nak tukar? Kalu takde PR 14 mcm mane? Awak lembab sangat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 3:45 PM

Amiiin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 9:09 PM

Pengerusi sekolah menengah,tu lah standard dia,jaga koperasi sekolah pun blh lingkup

Post a Comment