........... Perjuangan Kita Belum Selesai | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perjuangan Kita Belum Selesai

Saturday, January 30, 201612comments



PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan



Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal

Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian.
Di manakah silapnya?sehingga bangsa ku berasa kecil dan rendah diri.Apakah angkara penjajah lalu bangsaku mulai melupakan kegemilanagn silam membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita

Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)



KLiK untuk ke Youtube

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 30, 2016 at 5:19 PM

Kipidap...
Hanya tinggal 'kita kita' beberapa kerat yang masih berjuang demi Alif Ba Ta. Andaikata 'kita kita' pun dah berhenti maka jangan menyesal jika satu hari nanti kita juga akan menerima nasib yang sama seperti bangsa kurdis atau palestin yang hilang kehormatan, hilang kedaulatan & hilang tanah tumpah darah akibat terjajah terpecah belah oleh gerangan mereka2 yang rakus, tamak dan memperhambakan diri kepada kuasa wang...

Tuhan tidak akan mengubah nasib satu bangsa itu kecuali bangsa itu sendiri yang mengubahnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2016 at 6:22 PM

Sdra Din

Sdra punya blog kena block lagi..hanya kerana sdra publish "Perjuangan Yang Belum Selesai"..Teruskan perjuangan sdra kerana memang perjuangan menuntut kebenaran tidak akan selesai....Tun Mahathir adalah pejuang Malaysia sejati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2016 at 6:26 PM

Salam Din..

Terus terang saya cakap...bila dengar 'Perjuangan Yang Belum Selesai' betul2 tersentuh hati...membangkitkan rasa ingin berjaya..merubah nasib...

Moga ALLAH panjangkan usia Tun...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2016 at 6:31 PM

Teruskan perjuangan Bro Din. Jangan mudah mengalah kerana perjuangan kita masih belum selesai. Aku percaya blog Bro Din akan "dihalalkan" semula selepas PRU14 nanti kerana masa tu kita akan dapat PM baru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2016 at 8:09 PM

Saya tak faham mengapa pro najib dan mereka seangkatan cuba menyalahkan TDM viz najib's leadership! Kononnya no press freedom, judiciary "corrupted" by him and that aps yang najib buat sekarang adalah CONTINUITY of TDM's leadership.

Ramai pertikaikan kerugian MAS,Perwaja, Proton dsbnya untuk buruk kan TDM. Namun tiada isu sensasi setara 1MDB dan atau terima political donation dalam akaun bank persendirian.

Barry Wain pernah keluarkan buku kutuk TDM namun semua itu blatant slanders. I would like to see a malaysian who can walk and lodge police report on TDM's alleged corruption or abuse of power. Do it since TDM masih hidup sekarang.

As a malay and a malaysian, who was born 60 yeard ago, I am very proud of TDM. Everytime I went overseas, foreigners talk highly of TDM. Yes, he is a human being like us and not perfect. But there again, he has brought malaysia to where it is now. Unfortunately, greed has overwhelmed najib...we, the rakyat suffer

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2016 at 8:17 PM

Blok saudara masih kena blok .... masuk melalui google crome tak dapat ... melalui pintu belakabg dapat .... Teruskan perjuangan ... perjuangan belum selesai ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2016 at 9:24 PM

Rakyat dah bosan dengan apa yang telah dilakukan oleh Najib serta memperbodohkan rakyat serta memperkudakan pegawai kanan kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2016 at 9:30 PM

Umno bn hampir pasti akan tumbang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2016 at 9:35 PM

Selalu teliti kisah perjalanan hidup juga kata2 Tun Dr Mahathir, sememangnya beliau merupakan anugerah Allah buat semesta alam, beliau terus istiqamah berjuang walau dituduh dengan berbagai fitnah jahat, beliau terus tenang dalam memberi impak positif kepada rakyat Malaysia juga manusia sejagat. Tadi tonton kisah upin ipin kutip derma basah kuyub di luar pagar rumahorang kaya, patutlah rumah di Putrajaya diilhamkan macam rumah kampung2 supaya tidak berpagar agar jika hujan turun orang yang datang bertamu dapat juga menumpang teduh di anjung atap rumah. Kalau bolehlah dikirakan iman dan keislaman Tun Mahathir dan PM hari ini maka bagi saya jauh sungguh bezanya.. antara langit dan bumi, iman si Ajib KO... tu sekadar setanding dengan Nuar Jubury jee.

....................
Reply To This Comment ...................
January 31, 2016 at 12:22 AM

Tahun 96 dulu tun mahadir dah dpt merasai benda ni,najib masih dok bertolak dalik lg....najib bedegol

....................
Reply To This Comment ...................
January 31, 2016 at 1:09 AM

saudara Rais, mohon jangan gunakan HURUF BESAR semuanya ketika komen.

....................
Reply To This Comment ...................
January 31, 2016 at 2:00 AM

Noted with thanks saudara Din..

Post a Comment