........... Penjualan Bandar Malaysia - Kos RM218 juta, DiJual RM7.41 bilion .. Tidakkah Itu BUKTI Kerugian 1MDB ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Penjualan Bandar Malaysia - Kos RM218 juta, DiJual RM7.41 bilion .. Tidakkah Itu BUKTI Kerugian 1MDB ! ?

Saturday, January 2, 201654comments

Mkini

Pada 31 Disember 2015, 1MDB menjual kepentingan 60 peratus miliknya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.

"IWH yang juga pemaju utama bagi bahagian Flagship A Koridor Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Iskandar adalah perkongsian awam-swasta antara Credence Resource Sdn Bhd (60 peratus) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (40 peratus), yang dimiliki oleh kerajaan negeri Johor.

"Konsortium terbabit menilai penuh 100 peratus tanah Bandar Malaysia pada harga RM12.35 bilion. Nilai bersamaan 60 peratus tanah adalah RM7.41 bilion dan 1MDB dan menerima deposit 10 peratus atau RM741 juta selepas pelaksanaan perjanjian.

"Urus niaga transaksi ini dijangka lengkap menjelang hujung Jun tahun depan,"


TMI ada tambahan info - Konsortium yang menang bersama dengan para pemegang saham sedia ada akan meneruskan baki komitmen di Bandar Malaysia, yang merangkumi penempatan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur, projek yang menelan belanja RM2.7 bilion keseluruhannya.

"Sukuk RM2.4 bilion juga akan diambil alih syarikat pembangunan projek"

- "Dan kita juga agresif kerana melihat Bandar Malaysia dihubungkan dengan Iskandar Malaysia dengan kereta api laju" kata Tan Sri Lim Kang Hoo, pengarah dan naib pengerusi IWH.


Mengikut Arul, sasaran Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB akhirnya tercapai di mana 

- dengan IPIC akan kurangkan hutang RM16 bilion
- dengan CGN akan kurangkan hutang RM16-RM18 bilion
- dengan IWH-CREC akan kurangkan hutang RM7.4 bilion

Jadi semuanya dekat RM40 bilion hutang 1MDB dapat dilangsaikan.......

Dan Najib pun sukalah hatinya ........

"Oleh itu, adalah jelas bahawa cabaran utama 1MDB kini di belakang seperti yang saya anji pada musim panas lalu,"

"[...] Dan apa yang tinggal adalah bagi perjanjian yang telah dimeterai diselesaikan dan langkah-langkah terakhir program rasionalisasi 1MDB disiapkan," kata Najib.- Mkini.


( Musim panas ? Ni siapa pulak yang tulis skrip Najib ni ? Orang Malaysia tidak akan terfikir pasal Musim2 ni, kecuali musim buah durian ke, musim hujan ke, tapi .... musim panas ? )

Seperti juga penjualan Edra kepada CGN, saya tidak akan mengulas detail2 perjanjian kerana seperti biasa, kita tidak akan diberitahu sepenuhnya apakah yang termasuk dalam perjanjian jual beli itu. 

Banyak yang nak ditanya tapi saya percaya tidak akan dilayan ..... contohnya, apakah ada kaitan pembelian 60% Bandar Malaysia oleh sebuah syarikat keretapi dari China dengan cadangan pembinaan keretapi laju antara Iskandar Malaysia - Bandar Malaysia ? 

Apa yang penting untuk disebut adalah 60% tanah Bandar Malaysia telah diJUAL kepada syarikat luar dan hasil jualannya satu sen pun tidak akan dinikmati oleh kerajaan atau rakyat kerana semuanya akan digunakan buat bayar hutang. SAMA seperti kes 1MDB jual Edra kepada syarikat dari negara China.

Hasilnya sudah terlebih dahulu dinikmati oleh beberapa pihak berkepentingan dalam 1MDB sebelum ini. Apa yang berlaku sekarang adalah bab membayar balik tanggungan yang ditinggalkan.

Kalau dalam kes Edra hari tu, mungkin boleh didebatkan apakah ada untung atau rugi disebalik penjualan aset negara itu kepada pihak luar. Beli 12 bil, jual 10 bil ..... 2 bil lagi susutnilai la, dividen pun sama nilai la  bla bla bla ........

Tapi dalam kes Bandar Malaysia ini, 1MDB cuma bayar RM363 juta untuk keseluruhan tanah, maknanya kos 60% Bandar Malaysia yang dijual semalam cuma RM218 juta.

Beli RM218 juta dan dijual pada RM7.41 bil ..... hampir 100% hasil jualan merupakan untung bersih !!! 34 kali ganda !

Peeeergh ! Memang hebat Arul Kanda ! 

Tapi ...... bila 1MDB terpaksa gunakan kesemua untung itu untuk bayar hutang, tidakkah itu bermakna kesemua amaun itu merupakan satu keRUGIan kepada 1MDB ?

Saya ulang balik ya, beli Edra secara hutang..... jual Edra dan hasil jualan buat bayar hutang. So settle bab IPP .......

Dapat tanah hampir FREE ........  jual tanah dan hasil jualan buat bayar hutang juga ..... hutang beli apa ? RM7.41 bilion tuh !

Tanah milik negara, milik rakyat Malaysia ..... dijual dan hasil jualannya untuk bayar hutang apa ?

Rakyat Malaysia berhak tahu. Tidakkah itu BUKTI bahawa 1MDB sememangnya telah RUGI BESAR ? RM7.41 bilion.

Rancangan pertukaran aset dengan IPIC sebanyak RM16 bilion pula ....... apakah aset yang mahu digadaikan kepada IPIC yang bernilai RM16 bilion itu ?

Apakah tanah TRX pula yang bakal menjadi mangsa ? 

Jadi disebalik kegembiraan Najib, Arul Kanda dan cai2 Najib di atas kejayaan Plan Rasionalisasi Hutang 1MDB, perlu diingatkan bahawa apa yang berlaku sebenarnya adalah -

Negara ketika ini sedang bayar hutang apa yang SUDAH dinikmati oleh sesetengah pihak melalui 1MDB !

Umpama bini dan anak tiri yang telah berjoli sakan menggunakan kad kredit sisuami. Kini bank sudah bekukan kad kredit kerana terlebih belanja dengan banyak dan sedang kejar sisuami untuk bayar hutang2. Sisuami pula pecah kepala menjual segala harta benda yang dimilikinya untuk bayar hutang kad2 kredit itu ......

Apakah sisuami harus bersorak gembira dengan penuh kebanggaan bila berjaya jual hartanya demi bayar sebahagian besar hutang2 bank itu ?

Samalah dengan kerajaan dan rakyat Malaysia ..... apakah perlu kita bangga dengan Plan Rasionalisasi Hutang 1MDB itu ? Ia seharusnya menjadi satu perkara yang menyedihkan kita  ...... 1MDB ini langsung tidak menguntungkan kita sebagai rakyat Malaysia ! 

Malah membebankan rakyat bila terpaksa dijual harta negara demi menanggung hutang 1MDB ...... hutang yang diterjemahkan sebagai keuntungan oleh pihak yang telah mengaut keuntungan melalui 1MDB sebelum ini.

Seharusnya selepas ini, kita kaji kenapa yang 1MDB boleh rugi berbilion ringgit. Apakah mereka yang bertanggungjawab dalam 1MDB sudah melakukan segalanya yang patut mengikut SOP yang sedia termaktub sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan kewangan ?

Siapakah mereka yang bertanggungjawab itu ?

Itulah yang kita duk bising selama ini ...... itulah masalah 1MDB yang harus diselesaikan.

Selagi tidak terjawab semuanya, selagi itu masalah 1MDB belum selesai ....... harap Najib faham perkara ini.

Share this article :

+ comments + 54 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 2, 2016 at 2:28 AM

Salah tu Din - ...Sisuami pula pecah kepala menjual segala harta benda yang dimilikinya untuk bayar hutang kad2 kredit itu ......

Apa yg jadi ...Sisuami pula pecah kepala menjual segala harta benda yang dimiliki oleh keluarganya (sebab sisuami cuma tiggal 2 biji yg dlm seluar ja - itu pun tak berapa pasti samada masih ada atau dah kena potong) untuk bayar hutang kad2 kredit itu ......

....................
Reply To This Comment ...................
January 2, 2016 at 2:34 AM

Salam DT
Tahun 2016 akan menjadi more interesting bro berkenaan isu2 yg menyelubungi Najib dan saya yakin tahun ini juga segala tindak tanduk yg dilakukan oleh Najib dan pengikutnya akan terjawab dan segala pembohongan yg dilakukan oleh beliau selama ini akan berakhir kerana saya yakin akan terbongkar segala rahsia rationalisasi yg Najib banggakan akan dibongkar oleh pihak luar dan kita nantikan episod2 yg baru utk tahun ini kerana banyak episod yg akan ditayangkan selepas ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 3:11 AM

Tanah projek bandar malaysia negara cuma dapat 218 juta dari 1mdb dan 1mdb pula sebagai broker tanah jual tanah tu dapat 7.41 biliyun untuk bayar hutang apa punya bangang kerajaan najib, kalau dari awal tanah tu serah kat khazanah nasional & jika khazanah nasional jual tanah tu duit 7.41 biliyun fresh dapat kat negara itu jika jual macam 1mdb jual tapi jika khazanah nasional develop sendiri tanah tu lagilah besar negara dapat raih keuntungan.

Ini yang dikata najib bangang mengheret negara dan rakyat untuk menanggung biawak hidup 1mdb, sekarang negara sudah kehilangan 60% tanah bandar malaysia juga kehilangan 7.41 biliyun kerana 7.41 biliyun buat bayar hutang 1mdb, bangang!.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 5:24 AM

Inilah agenda perkasakan ekonomi bumiputera

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 7:21 AM

inilah bangang nya orang melayu dulu bila dia orang kata aset 1mdb lebih dari pinjaman nya hangpa bising kata bodoh lah, tak reti meniaga, ekonomi malaysia runtuh lah, hangpa maki najib, bini dia, keluarga dia, sekarang bila jual hangpa kata bodoh gak itulah macam macam. berniaga ni dua je untung atau rugi kalau untung dia jual pun modal tak dapat balik, kalau rugi nak tutup lubang pun tak boleh, dia tak de opsyen lain, itu sal aku kata melayu bangang bodoh macam hangpa tak boleh diajar. aku kalu jadi najib pun sama aku jual sume padan muka melayu, sudah sudah lah bangang dari dua tiga tahun lepas lagi, ni dah tahun baru otak tu ubah lah skit. kalau ikut otak pak din semua kerajaan buat tak betul, otak tun m je yang betul tu sal perjanjian lebuhraya tun m kata menteri bangang masa dia yang sain. bila kerajaan la ni tak buat ape boleh lah kata tak kisah lah dulu buat silap tapi kerajaan sekarang kena tanggung kenyataan bodoh dari bekas menteri bangang masa tun m, sekarang padan muka melayu aku tak pe aku bukan melayu aku ade campur bugis skit.

....................
Reply To This Comment ...................
January 2, 2016 at 7:41 AM

Jual punya jual, akhir sekali cuma tinggal pejabat je. Itupun kalau pejabat sendiri, kalau sewa mau buat pondoj bawah pokok je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 7:48 AM

Umpama abang jual harta milik keluarga arwah ayah semata mata nak melangsaikan hutang peribadi beliau.

Yang jadi mangsa? Adik beradik abang tu...tak dapat faedah, keuntungan hasil penjualan harta keluarga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anti Fitnah
January 2, 2016 at 8:08 AM

Bangang atau tidak ...
Jelas kelihatan di mata kita ialah Melayu sedang menjual TANAH MELAYU kepada orang asing ... orang asing yang membawa maksud bukan RAKYAT MALAYSIA.
Orang Cina bukan orang asing Malaysia.
Orang India bukan orang asing Malaysia.
Orang Iban bukan orang asing Malaysia.
Orang Kadazan Dusun bukan orang asing Malaysia.
Orang Melanau bukan orang asing Malaysia.
Sehebat Melayu pada hari ini umpama peribahasa Melayu ...
Menang Sorak Kampung Tergadai.
Inilah keHEBATan keTUANan Melayu.
Hidup Melayu. Hidup Melayu. Hidup Melayu.
Cuba lihat mmana satu perjanjian konsesi di Malaysia yang menguntungkan RAKYAT Malaysia terutama "Melayu".
Tak usah salahkan Dr Mahathir seperti mana yang disebut oleh Zahid Hamidi. Zahidi memang manusia haprak. Kenapa? Waktu Mahathir jadi PM, dia adalah salah seorang menteri di bawah Che Det. Kini barua ni kata jangan salahkan kerajaan sekarang. Kalau Khairy Jamaluddin yang berhujah, oklah juga. Ini memang manusia HARAMJADAH yang disebut bossnya.
HIDUP MELAYU. HIDUP MELAYU. HIDUP MELAYU.
Buka MATA luas-luas, siapa yang KHIANAT kepada Melayu? DAP? AMANAH? PKR? PAS? MCA? MIC? UMNO? ... SSiapa pulak yang BODOH dan BANGANG, ... DAP? AMANAH? PKR? PAS? MCA? MIC? UMNO? Bukan semua di atas. Yang BODOH ialah KITA, kita yang memilih mangkuk-mangkuk ni. Tepuk DADA ... jangan tanya tapi biar sampai lebam dan batuk2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 8:19 AM

Penulis merasakan dirinya terlalu pandai dan serba tahu. Pada penilaian saya tulisan ini hanya berjaya untuk mendapat markah14% sahaja(gagal).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 8:51 AM

Bangsa Bugis ke Bangsat Bugis.
Keliru aku Bangsa atau Bangsat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 9:29 AM

Dikelilingi kon-sultannya si pee em dalam kondisi shiok sendiri menggadai negara kepada pihak asing!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 9:31 AM

Yg pro kjaan dah bersorak ria ... kehebatan 1MDB menyelesaikah masalah.
Adakah ini titik sorak ... menang sorak negara tergadai ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 9:43 AM

Berbillion-billion orang Malaysia rugi. Harta negara tergadai, orang Malaysia pulak kena bayar kos sara hidup yang semakin tinggi. Yang enjoy Najib dan crony perompak dia. Selagi BN memerintah, selagi tu lah Najib dan crony perompak dia akan terlepas dari hukuman.

I think for a significant majority of voters now, PR is the lesser of 2 evils. Can cash ensure BN wins PRU14? I don't think so.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 9:52 AM

@Anonymousini mamat tak belajar matematik. Taarif baru bagi untung ialah jual semua harta untuk bayar hutang kaki joli.

....................
Reply To This Comment ...................
January 2, 2016 at 9:54 AM

Yang Bangang Najib dan hang. Tujuan 1MDB ditubuhkan nak untung berlipatganda dengan cara tidak jujur maka jadilah begini. Bila kita buat sesuatu untuk tipu raayat, ALLAH balas dan tunjuk berbagai cara tipuan d buat. Tapi hang tak nampak nampak, sebab terlalu pandai. Sepatutnya hak raayat jangan d jual, rampas harta Najib, Rosmah dan Pengarah pengarah 1MDB untuk tampung hutang 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 10:39 AM

Anon Jan 2, 2016 at 8:19 AM

Kepandaian kamu pula taraf apa yer??? Ikut 2 baris ayat ciput kamu aku bagi 10% dari 14% yang kamu beri - jumlah 1.4% (terlajak GAGAL)!

Untuk pengetahuan kamu aku punya sarjana dan bertugas bersama Scientists hebat di America dan aku anak melayu-muslim cuma aku tak perlu heboh siapa aku! Ini baru sikit aku beri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 10:48 AM

Kita bercakap soal hutang 1mdb. Bukan apanyg kerajaan buat.
Siapa yg untung dlm hal ini? Rm42b kita rugi. Kerajaan najib buat rationalisasi nak bayar hutang. Sekarang dah settle sebab jual aset negara.

Soalnya..siapa yg benefit rm42b itu?
Sedangkan rm2.6b pun tak terjawab lagi kau nak kata padan muka melayu?

Sebenarnya padan muka kita. Sebab
1. Duit entah kemana.
2. Isu ini boleh sebabkan BN kalah

Sekarang siapa yg padan muka?

....................
Reply To This Comment ...................
January 2, 2016 at 10:49 AM

Anda perlu baca dari awal kisah 1MDB d tulis baru boleh faham. Anda yang gagal sebab penilaian anda tertumpu pada 1 tulisan saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 11:17 AM

Ni aku ada satu crite...

Si bapak ni dia bukak kedai makan. Perniagaannya maju dan menguntungkan. Bila Si Bapak ni apply loan kat bank untuk membesarkan perniagaan, bank terus setuju bila tengok profile Si Bapak ni yang ada potensi boleh bayar balik dalam tempoh yang ditetapkan.

Bila loan dah approve, Si Bapak ni mengotakan janjinya untuk bayar ke bank tiap-tiap bulan. Si Bapak ni memang pandai meniaga. Apakan tidak, selepas ditolak loan, Si Bapak masih mampu wat saving lagi.

Lama-kelamaan, perniagaan Si Bapak semakin maju dan aset serta saving semakin bertambah. Bank pulak tanpa ragu-ragu menambahkan lagi jumlah loan. Walaupun amaun loan makin bertambah, Si Bapak masih mampu tersenyum sebab dia masih mampu membayarnya tanpa sebarang masalah.

Pada suatu hari, Si Bapak ni rasa dah tiba masanya untuk dia bersara. Oleh itu, dia menyerahkan bulat-bulat pengurusan perniagaan kepada Si Anak. Si Anak buat keputusan melantik pihak pengurusan baru. Dia cuma jadi penaung dan pemantau sahaja. Segala urusan perniagaan diserahkan bulat-bulat kepada pengurusan yang beliau lantik sendiri.

Si Anak ni mulalah lepas tangan dan hidup nak enjoy jer. Si Anak suka berjoli dan makan angin. Suatu hari perniagaan semakin merosot kerana pengurusan yang dilantik tu tak pandai berniaga. Pada masa yang sama, bank menuntut loan dibayar pada masa yang ditetapkan. Si Anak mulalah merungut dan menyalahkan ayahnya kerana buat hutang besar dan menyusahkannya.

Satu demi satu aset dijual demi memenuhi tuntutan pihak bank. Simpanan pun turut habis digunakan. Akhirnya, Si Anak membuat keputusan untuk menjual kepentingan perniagaan yang diwarisinya kepada syarikat asing. Si Anak pun tersenyum gembira kerana segala hutang perniagaan akhirnya telah habis dilunaskan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 11:23 AM

Rakyat tertanya tanya apa keuntungan dan hasilnya dari perniagaan 1mdb ini?

Jika kita berbudi pada tanah sudah tentu dapat hasilnya.

Atau,

Adakah hanya kroni2 yang mendapat hasil keuntungan manakala rakyat yang terpaksa menanggung bebannya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 11:28 AM

Seronok mcm ni dpt murah jual mahal2,sapu tanah kerajaan,sapu murah2.Saya pun nak buka sykt mcm ni.Untung atas angin.Mcm Jh.low.Bila rugi jual je.Long term bisnes konon.Huh..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 11:37 AM

"Si Anak pun tersenyum gembira kerana segala hutang perniagaan akhirnya telah habis dilunaskan."

Kalau hutang perniagaan habis dilunaskan kira ok lah....

Masalahnya, habis harta milik keluarga kena jual dan kena lelong, ahli keluarga pula yang terpaksa menanggung beban saki baki hutang yang dikatakan "telah dilunaskan" tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 11:41 AM

@Anonymous Agak-agak la nk jadi bodoh. Kalau tahap kebodohan tu dh melampau menyusahkan org lain, baik mati je. Untung kat mana 1mdb, kalau semua duit tu guna bayar hutang? Untung tang mana? Duit x dpt kt 1mdb dapat ke bank.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 11:43 AM

@Anonymous komentar 8.19am ini gagal memahami permasalahan 1mdb. Komentar ini gagal menajdi rakyat malaysia yang bijak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 11:51 AM

Setuju... bro din gagal... hanya najib yg berjaya... kat malaysia, golongan perompak dan pencuri memang bernasib baik dlm hirarki undang2 malaysia.. malah jika perompak tu ada pegang kuasa politik,lagi menjamin keselamatan mereka. Rakyat biasa tiada sebab utk membantah dan yg dpt sisa angkuh adalh penjilat tegar..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 12:08 PM

yg pasti 2018 sy xkn undi bn lg... sy sekeluarga akn undi pas...jgn slhkn sy sekeluarga... salahkn najib rosmah dn ahli kabinet pinggan mangkuk nyer

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 12:17 PM

Hutang 1MDB masih bertimbun tak selesai. Harta negara telah dijual dan terlepas ke tangan orang asing. Keuntungan kpd 1MDB dan Malaysia: TIADA. Apa nak jadah tubuhkan 1MDB kalau bisnesnya hanya merugikan negara dan rakyat?

....................
Reply To This Comment ...................
January 2, 2016 at 12:44 PM

Tak guna kita merintih tentang perkara yang berlalu dan terus menerus membuat diri kita marah dengan kerenah pemimpin pemimpin yang bersikap seperti lanun dan penyamun.Apa yang kita perlu adalah satu cara untuk memilih pemimpin yang tidak mempunyai ciri ciri buruk ini dimasa hadapan.Semua pemimpin pemimpin patuk diberi ujian mental untk memastikan mereka tidak mempunyai personaliti buruk yang membuat mereka senang melakukan kerja kerja buruk seperti mencuri,mengambil rasuah,tak bertanggung jawab dan sebagainya.Kaedah sekarang dimana pemimpin dipilih kerana hanya pandai bercakap dan pandai berpura pura sahaja mesti dihentikan kerana ia jelas sekali tidak membawa hasil kepada rakyat dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
January 2, 2016 at 1:24 PM

Hutang RM42bil adalah angka sehingga 30/3/2014, sudah hampir 2 tahun lalu .... berapa pula baki hutang terkini 1MDB ? Ambilkira nilai RM yang jatuh teruk ....

Bagaimana 1MDB nak jelaskan hutang2 itu kalau sudah tidak ada perniagaan yang menjana pendapatan ( ie IPP ) ?

Gantung jer 1MDB supaya tidak ada lagi pertambahan hutang dan settle hutang2 yang ada ! Jangan lupa heret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan kerana telah menghanguskan wang rakyat !

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 2, 2016 at 1:33 PM

Najib adalah PENGKHIANAT bangsa dan negara! Noktah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 2:12 PM

abis tu nak bayar hutang kena la jual...tak kan nak tunggu hutang bertimbun-timbun lagi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 2:53 PM

Aku suka tulisan din ni..nampak geliganya otak beliau..jd disini aku mohon pd din tolong lostkan 2-3 langkah yg rasanya blh selesaikan masslah negara ni..apa yg najib buat semua xkena..najib pynya penasihat semua xleh pakai..rasanya din ni hebat sbb dr segi tulisan dia nampak sgt yg dia punya otak genius...harapnya din tolong kasi idea camana nak selesaikan isu yg membelenggu negara ni..plss din..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 3:10 PM

Apa punya cap otak anon 7.21.
1mdb siapa yg buat??
Najib yg buat bangang oii.
najib tu siapa???
Perdana menteri bangang oii.
perdana menteri mana???
Malaysia bangang oii.
Kerajaan bukan disuruh berniaga!
Kerajaan seharusnya mentadbir.
bila dah berniaga mst ada untung rugi mcm kau tulis tu.
kerajaan tak seharusnya ambik risiko tu bangang. Kan skarang tak pasal2 rakyat tanggung kebebalan pm bangang. Kau pun sama otak mat maslan. Belajar tinggi2 bodoh bertingkat tingkat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 3:12 PM

Pandangan org bodoh sape nk tau. Ko pandang sorg2 jela

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 3:18 PM

Alasan paling dangkal cai najib ialah meniaga ada untung rugi, 1mdb syarikat milik kerajaan dibawah kementerian kewangan najib sendiri big bossnya, sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan 1mdb diberi pelbagai keistimewaan & fasiliti serta jaminan kewangan kerajaan jangan ada yang terlebih bangang nak samakan dengan syarikat2 perniagaan milik individu.

Tujuan penubuhan 1mdb pada peringkat awal sudah di pertikaikan atas apa tujuan memandangkan kerajaan sudah ada khazanah nasional yang lebih berpengalaman dalam bidang hartanah serta tnb & petronas dalam bidang kuasa tenaga melibatkan ipp, oleh kerana kerajaan najib gagal menjawab secara rasionalnya tujuan penubuhan 1mdb maka rakyat telah menjawab bahawa tujuan penubuhan 1mdb adalah kerana najib mahu songlap duit rakyat dan harta negara, fullstop.

....................
Reply To This Comment ...................
January 2, 2016 at 3:31 PM

@Anonymoushahaha .... sekarang guna taktik Kalau Tak Boleh Bagi Idea, Jangan Komen! ? Boleh...... minta PMO call saya :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 4:21 PM

Apa yang bro din turtle tulis kebanyakan nya sudah ada dalam minda sebahagian besar rakyat malaysia cuma mereka tidak pandai menzahirkan pengetahuan mereka melalui penulisan sebagaimana bro din turtle dan yang seangkatan dengan nya lakukan, apa pun tahniah bro din turtle teruskan usaha bro demi agama bangsa dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 4:50 PM

PAU tahun depan boleh nyanyi lagi lagu anak kecil main api sambil nangis2.. apa ada hal..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 5:16 PM

Boleh.. tp najib kena turun dulu lah.. Mula2 buang dulu kekotoran, br yg bersih boleh masuk..
Macam dedakman, pada dia semua bagus dan baik.
najib bersama denyut nadi rakyat. Kos sara hidup meningkat. Kerajaan kena tingkatkan revenue, kenakan pelbagai cukai..
Tp dia sendr xpenah miss bercuti luar negara guna jet kerajaan..
Harta negara hilang begitu shj tanpa alasan munasabah..
Cuba audit total perbelanjaan najib dan family hanya utk bercuti sahaja..
Dedakman masih kata bagus..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 7:14 PM

1.Banyak pemimpin bangsa lain di dunia tidak akan mempersoalkan lagi sekiranya masalah yg menimpa ber magnitud sebegini. Begitu juga penyokong beliau. Walaupun pada byk keadaan mereka ini bukan Islam ttp tanggungjwab pd bangsa & negara melangkaui kepentingan peribadi. Tapi disini pembuat salah memperli pula konon seolah2 dia difitnah & dianiaya...manusia apa ini..

....................
Reply To This Comment ...................
labi
January 2, 2016 at 8:57 PM

1mdb berhutang utk beli aset, dia bayar hutang gunakan aset, apa payah sngt ngok nk fikir.
1mdb bukan bayar hutang kad kredit budus,dia bayar hutang beli aset.
ada ke 1mdb hutang wat beli handbag? takde kan? semua hutang dia sebab dia beli aset.so bayar balik pakai aset salah ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2016 at 10:00 PM

Dlm PRU 14, tolak Umno dan BN. Biar mereka merengkuk dalam bangku pembangkang utk tempoh 15 tahun atau 3 kali PRU hingga 2033. Kerajaan baru wajar arah siasatan CBT dilakukan yg membabitkan 1MDB, SRC Int dan rm2.6bn transfer into Najib's account. Hanya itu cara nya utk rakyat dapat keadilan dari tindakan pemimpin2 dan kuncu2 dan delegasi Umno yg telah menganiayai agama, bangsa dan negara. Hanya kerajaan bukan BN yg boleh selongkar semua salahlaku dan CBT yg dikaitkan dgn 1MDB, rm2.6bn dan Src Int.

....................
Reply To This Comment ...................
Hang Jebat
January 2, 2016 at 11:28 PM

Bukan perkasakan agenda bumiputra..memberi kekayaan secara korup kepada politicians dan kroni mereka at the expense of the rakyat jelata@Anonymous

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 12:21 AM

Bangang punya kerja nak mufliskan negara kerana nafsu serakah peribadi, ipp elok2 syarikat milik rakyat malaysia dibeli 1mdb bukan apa tujuan nak jual pada syarikat negara asing tektik pindah tangan lepas tu tuduh tnb tak minat padahal tnb tungkus lumus sampai part akhir cuba selamatkan ipp dari jatuh ke tangan syarikat asing luar negara kalau 1mdb tak kacau pada peringkat awal soal ipp ni ianya tentu jadi urusan antara tnb dan syarikat ipp yang akan tamat tempoh kontrak.

Kemudian 1mdb kacau pula part hartanah negara yang sepatutnya di urus dan dibangunkan oleh syarikat2 glc termasuk khazanah nasional tujuan 1mdb juga sama kerana mau hartanah negara berpindah milik kepada syarikat asing luar negara, semua dilakukan sebelum tppa.

Audit 1mdb yang mencatit hutang sebanyak 42 billion terdapat pada audit terakhir untuk januari hingga disember tahun 2013 dan dilaporkan hanya pada mac 2014, bagaimana pula dengan audit januari - disember 2014 belum siap sampai minta tangguh lagi kalau macam ini audit untuk tahun 2015 pula lagi lah double kena tangguh ini dah masuk tahun 2016, rasionalisasi jadah apa 2 tahun audit tak keluar macam ni tak rasional langsung.

Masalahnya semua yang 1mdb buat bukan saja telah merugikan sejumlah besar duit malah turut merugikan harta negara, manusia bangang yang tubuh dan urus selia 1mdb ni memang spesis paling bangang lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 1:29 AM

Patut la Najib dapat sokongan padu macai2, rupanya tahap pemikiran penyokong dia tu tahap macai serupa Labi 8:57..

Apa pendapat Din Penyu tentang tahap IQ macai ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 5:23 AM

Din...nampaknya propagandis najib galak mencanangkan bhw pelan rasionalisasi 1MDB telah berjaya dan najib telah menunaikan janjinya menyelesaikannya seblm tahun baru.
Kita mungkin terlepas pandang Din...seblm ni ada juga ura2 utk menaikkan modal berbayar 1MDB dr 1 juta kpd entah brp billion. Adakah perkara ini telah berlaku..makanya najib begitu lega kununnya masalah hutang telah selesai.Jika benar ini berlaku..maka entah brp billion lg lar duit rakyat digunakan utk tutup duit yg telah dirompal dr 1MDB..boleh tlg check.perkara ni Din..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 8:15 AM

apabila baca tang komen penyokong kuat jibgomana, tahulah kita, kenapa mereka terima ajer penjelasan dan jawapan 1mdb tu. bagi yang dok tanya dan menganalisa, jawapan 1mdb dan penjelasan kerajaan, markahnya tak sampaipun 5%. mungkin 0%. setakat artikel kat atas 18%, dah ada isi untuk bertanya berbanding jawapan 0%.

kalu jual aset sebab buat hutang aset, kita tak kisah pun. tapi yang pi jual tu asetnya dulu milik malaysia 100%, sekarang milik asing. dulu kerajaan kasi bandar malaysia dengan harga terlampau murah sebab nak dimajukan, milik malaysia 100%, sekarang, aset tu milik china 60% sebab nak bayar hutang. bolehkah dibanggakan perniagaan itu? kenapa tak jual tanah kat penang tu? sebab tanah tu beli mahal dan tak ada yang nak beli sebab merugikan. tapi terang la macam mana pun, penyokong jibgomana tak mampu untuk berfikir secara menganalisa. kita nak terima jawapan 1mdb, tapi jawapan tu tak sampai 5% markahnya. markah kesian ajer.
apa yang dipertikaikan bab 1mdb ni, hutangnya 42b, dengan modalnya hanya 1juta. hutangnya pulak melibatkan kehilangan wang yang banyak dan audit yang lambat serta diragukan. kalu syarikat ini syarikat yang berjaya, tak mungkin audit lambat, perbelanjaan hutangnya pulak meragukan dan menimbulkan banyak persoalan. kait 1mdb dengan presiden umno kerana jawatan menteri kewangannya sebagai orang nombor 1 dalam membuat hutang. menteri kewangan telah mengaibkan perdana menteri dengan 1mdb dan juga isu src. so penyokong jibgomana, sila fokus kepada pertanyaan bila menjawab. ada ka pulak 1mdb jual aset kerana kepentingan politik negara.

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2016 at 8:36 AM

Adanya 1MDB nampaknya langsung tidak menguntungkan negara walau satu sen pun. Bahkan, harta dan kewangan negara yang banyak tergadai.

Siapakah sebenarnya yang telah mengaut keuntungan dpd pengwujudan 1MDB?

"Itu pun engkau suka Sabariah..." (Sedutan dailog dpd filem Ibu Mertuaku - P. Ramlee)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 9:11 AM

Apa tujuan penubuhan 1MDB ni?

Kan dah ada Khazanah, PNB, TH, KWAP, MRCB, EPF, KWAP, dan banyak lagi yang 'go by the book' Sebab tu tak jadi masalah. Kerugian pun manageable.

Ni yang dapat tanah murah dari kerajaan, harga belum conversion lagi, deal direct nego lagi, pun boleh rugi jugak. Rugi banyak pulak tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 10:09 AM

Tan Sri Lim Kang Hoo in the picture must be the one given the 'chance' by 1MDB.
wak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 2:02 PM

Beli aset negara pada harga murah, kemudian jual kpd kuasa asing dgn harga tinggi.
Dimanakah keuntungan yg sepatutnya diperolehi?
Apakah sumbangan 1mdb yg mampu membantu negara dan rakyat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 2:08 PM

Hoi labi bongok..
Aset tu milik negara. Kemuadian dijual kepada asing..
Haramjadah bisnes ape duk pegi jual aset negara kepada org asing yg jual beli lngsng xde buat keuntungan. jual buat byr hutang shj. Baik dari awl jgn berhutang jgn beli dan jgn wujudkan lngsng 1mdb..
Xdelah semua ni terjadi. Aku harap manusia spt labi ni pupus dari muka bumi malaysia. Kebodohan sehingga paras menyusahkan semua org..
Lbh baik org gila dihospital bahagia dari org bodoh diberi kuasa

....................
Reply To This Comment ...................
January 5, 2016 at 10:32 PM

@Anonymous
Bodoh tol ko ni...kerajaan x patut berniaga...aset2 kerajaan mana boleh dijual kepada pihak luar...dari awal lagi 1mdb x ptut diwujudkan.fungsi kerajaan tok kutip segala jenis cukai, hasil bumi, n dirikan prasarana tok rakyat...tok uruskan negara, bukan berniaga dgn aset negara..lainlah kalau kerajaan bagi duit sdri tok 1mdb berniaga...ni buat loan pastu berniaga rugi rakyat tanggung....dah tu kerajaan jual tanah murah giler kat 1mdb..ape pya bangang ler....nampak sgt 1mdb tu cuma proksi tok pemimpin dptkan keuntungan jln belakang...1mdb n kerajaan ptut disiasat kerana urusan jual beli tanah kerajaan tllu murah dari nilai semasa...sama je kes khir toyo yg membeli tanah dari bdak suruhannya di bawah harga pasaran...salah guna kuasa yg terang camni pn macai2 umno xnk ngaku...ko mmg x layak jadi melayu...org melayu tak sebodoh yg ko sangka..diam2 kami memerhati, bila kesabaran lebih dri had, masa tulah sifat melayu kami akan terlihat...moyang2 kita berkorban harta n nyawa tok besarkan kami, korg org2 umno sng2 je jual maruah bangsa melayu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2016 at 9:28 AM

Assalam Bro Din,malang bagi rakyat Malaysia berperdamenterikan si Najib yang sengal ni.........

Post a Comment