........... Makin Lama AG Kaji Laporan SPRM @ SRC, Makin Kuat Persepsi Rakyat Bahawa ADA KES ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Makin Lama AG Kaji Laporan SPRM @ SRC, Makin Kuat Persepsi Rakyat Bahawa ADA KES !

Friday, January 15, 201621comments


Sudah dua minggu berlalu sejak SPRM menyerahkan hasil siasatan mereka dalam kes SRC @ RM2.6 bilion kepada Peguam Negara ( KLiK ). 

Pada 7 Januari AG menyatakan yang beliau perlu masa untuk untuk kaji laporan SPRM itu  ( KLiK )

Dua hari lepas mantan AG mengingatkan AG supaya menyegerakan siasatan itu kerana ia menyentuh integriti PM dan kerajaan.  

..... the world is watching Malaysia, kata Tan Sri Abu Talib ( KLiK )

Bagi saya, semakin lama AG mengambil masa untuk kaji laporan SPRM itu, semakin kuat persepsi yang mengatakan bahawa ADA kes.

Logik kan ...... kalau SPRM kata tidak ada kes, saya percaya AG dengan segera akan umumkan bahawa ( contohnya ) - Tidak ada kes, sebab SPRM kata tidak ada kes !

Maksud saya, nak kaji apakebendanya lagi kalau SPRM kata tidak ada kes ? Umumkan saja dan serahkan kepada SPRM untuk menjawab kenapa mereka kata tidak ada kes ..... itu pada pemikiran saya la......

                              *************************

4 hari tidak update, pelbagai perkembangan berlaku dalam drama 1MDB. Rafizi ngan Tony Pua tak cukup tangan bertanya mengenai isu penjualan Bandar Malaysia. Kita perhatikan saja ...... terutamanya cara 1MDB jawab.


Yang paling menarik adalah dakwaan Rafizi bahawa kerajaan ada memberi geran berjumlah RM1.085 bilion kepada 1MDB bagi tujuan pembangunan semula pengkalan tentera udara di Sungai Besi ( KLiK )

Ia berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2014 bagi aktiviti kementerian terhadap perkara penyaluran geran kepada syarikat dimiliki Menteri Kewangan Diperbadankan


Woooo ..... ni satu pendedahan baru ! Kalau laporan itu tahun 2014, bermakna  geran itu diberikan pada tahun 2013.

Saya tak pasti apakah geran RM1.085 bilion ini tercatat dalam akaun 1MDB ... mohon  sesiapa dapat sahkan. Tidak pernah disebut oleh sesiapa pun sebelum ini tentang geran ni. Untuk pengetahuan, geran adalah satu bentuk bantuan PERCUMA yang tidak perlu dibayar balik.

Hairan bila pihak 1MDB tidak cepat pula menjawab atau memberi penjelasan sebagaimana biasa. Betul ke dakwaan Rafizi ni ?

Arul baru ni semasa mengaku 1MDB membeli tanah murah giler dari kerajaan ada berkata bahawa 1MDB juga terpaksa membangunkan semula pengkalan tentera sebagai syarat bla bla bla .... tapi Arul tidak pula sebut kerajaan ada beri bantuan kewangan tambahan untuk projek itu !

Dan Najib juga baru ni mendakwa bahawa 1MBD tidak guna dana rakyat ( KLiK )

( apakah ada beza antara kenyataan 1MDB tidak guna wang rakyat untuk menyelesaikan masalah dengan 1MDB tidak guna wang rakyat ? )

Arul dan Najib juga berbangga menyatakan masalah 1MDB sudah selesai dan ini turut dilaungkan oleh cai2 mereka. Konon hasil Rasionalisasi Hutang, hutang 1MDB berjaya dikurangkan hampir 40 bilion dan masih berbaki aset lagi ..... peeeergh !

Kita pun sebenarnya mahu masalah hutang 1MDB diselesaikan dengan segera dan dengan cara yang terbaik. Siapapun yang ganti tempat Najib nanti juga terpaksa memikul tanggungjawab menyelesaikan hutang 1MDB sebab yang berhutang adalah negara bukannya Najib atau Arul !

Sebab itu rakyat ingin tahu. Sebab itu jika ada berita yang tidak konsisten dengan apa yang 1MDB umumkan, rakyat akan bertanya. Tidak ada apa yang peliknya dengan soalan dari rakyat dalam kes penjualan Bandar Malaysia baru ini.

Contohnya, hari ini 1MDB umumkan hasil perjanjian dengan syarikat China, esoknya syarikat China itu pula umumkan sesuatu yang lain hasil perjanjian yang sama ..... siapapun akan bertanya kenapa ada dua versi yang berbeza !

1MDB hanya perlu beri penjelasan ... tak perlu nak kaitkan dengan politik.

Bagaimana pula dengan perjanjian dengan IPIC yang katanya mampu menyelesaikan hutang sehingga RM16 bilion ? Kenapa tidak ada penjelasan tentang aset apa yang terpaksa dikorbankan oleh 1MDB untuk dapatkan nilai RM16 bilion itu ?

Kenapa 1MDB banyak sangat berahsia ? Rakyat berhak tahu.

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 15, 2016 at 6:46 PM

aku harap din jangan bosan membongkar kebejatan Najib , sebab sebenarnya dah muak dengan cerita najib ni ... selagi dia tak berundur aku akan terus berasa muak dan mual ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2016 at 7:00 PM

Nak tahu? Terpaksa tunggu 2tahun lagi....sewaktu tersungkurnya mereka2 yang perasan masih disokong oleh rakyat...tunggu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2016 at 7:57 PM

Sdra Din,

Sekali ini saya tak setuju dengan anda. Apandi perlu masa untuk kaji agar boleh keluar sijil NFA

....................
Reply To This Comment ...................
January 15, 2016 at 9:05 PM

Ag ambil masa bukan nak tgk ada kes atau tak.....Dia nak cari sbb supaya PM ni tak didakwa...Mgkin dia akan salahkan penderma sbb masukkn ke akaun Najib so Najib x buat salah.....Kes SRC plak SRC yg bagi duit..Najib x minta pun...So kedua2 kes Najib x bleh dipersalahkan......Mcm Kes 1mdb...AG salahkan bank Negara sbb x check betul2...

....................
Reply To This Comment ...................
January 15, 2016 at 9:06 PM

Salam Jumaat brother Din...

Lama tak mencelah. Dalam topik 'DERMA' kini, berlaku pertembungan dari segala dimensi. Tepis kiri kena kanan, tepis kanan kena kiri, toleh belakang kena depan, toleh depan kena belakang.

Andai berlaku 'NFA' atas alasan 'demi kepentingan itu ini' then kes ini akan jadi sandaran/hujah pada kes hadapan. Sesiapa pun boleh terima derma yang terus masuk akaun peribadinya, tiada pihak mana pun boleh tanya/siasat siapa & butiran DERMA...

....................
Reply To This Comment ...................
January 15, 2016 at 10:26 PM

Tunggu tuesday. Mcm najib ckp mau saman wsj.hahaha betul betul malu.

....................
Reply To This Comment ...................
January 15, 2016 at 10:47 PM

Bukan senang nak cari alasan menolak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2016 at 11:08 PM

Apa yang pasti AG akan bersilat seribu langkah dan berusaha menyelamatkan Najib. Pas nie kompom Najib akan selamat sekali lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2016 at 11:24 PM

Ag tak sangka sebab dia duk ingat segala laporan berkenaan siasatan yang menjadi rahsia rasmi terutama siasatan berprofail tinggi ag menyangka laporan akan terus diserahkan padanya sebalik nya laporan tersebut telah lebih dulu di bentangkan kepada panel khas yang terdiri dari pakar2 perundangan bebas dari campurtangan politik ini yang buat ag pening hahahaha

Berkenaan dengan dana kepada 1mdb yang dikatakan bukan wang/harta rakyat dengan geran 1 biliyun dengan sukuk 2.4 biliyun dengan dapat tanah rega murah giler tu harta/wang siapa harta/wang milik bapak 1mdb ker? hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 16, 2016 at 12:47 AM

Tindakan bijak SPRM ialah apabila laporan dibentang kepada panel bebas sebelum diserahkan kepada hakim negara.

Jika dulu saya masih ada simpati tetapi sekarang, terus terang saya benar2 berharap bapak penyamun dihukum seberat2nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 2:14 AM

Justice will take its course, Anwar Ibrahim & Khir Toyo are living examples. Only difference is Najib's case will be some painful hard landing hence Najib is really contemplating his so fast closing windows of survival!

Even an attempt to invoke 'feel-good' Tun Razak's past made him looked even stupid when all comparisons between No. 2 and No. 6 clearly showed his shortcomings by his father's achievement!

Rest assured he will be drowned by his own shits!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 5:55 AM

Masuk akaun peribadi tak salah? Jika tersalah masuk pun...pd hari yg sama dah debit balik wang yg dikreditkan tu...ini tunggu sampai berbulan...so isu tersalah masuk atau tersalah derma oleh penderma tak logik....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 7:39 AM

Alasan bg Najib et Al immaterial sbb dia berkuasa. Itu sbb lazimnya alasan dia 'bodoh' tp lepas tu buat tak peduli...keep It simple oh oh 'selesai'..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 7:58 AM

Tuan mustapa. Kena amek masa lama sikit. Cari alasan sampai dapat. Mesti jumpa. Apa guna segala kepakaran ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 16, 2016 at 8:18 AM

AG pada mulanya dah bercadang nak 'bungkus nasi lemak' kan kertas sisasatan SPRM ni dengan alasan kes berprofil tinggi begini tak boleh didedahkan kepada umum kerana terikat dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Pegawai Awam ( Kelakuan & Tatatertib ) 1993. Kononnya pejabat AG juga terikat dengan kepatuhan kepada arahan dalaman. Maknanya walau apa pun alasan AG jika dia NFA kan siasatan SPRM ini tiada siapa pun termasuk SPRM sendiri boleh dedahkan butirannya kepada umum.

Tetapi niat AG ini jadi terbantut apabila SPRM bertindak melaporkan hasil siasatannya kepada 5 ahli panel bebas yang terdiri dari kalangan profesional dan tidak terlibat dalam parti politik seperti cadangan Yang Dipertua Dewan Negara terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada AG. Mau tak mau terpaksalah AG mengaku bahawa dia perlu masa untuk teliti laporan ini kerana bukan sekadar fail biasa didalamnya terdapat bukti dari hasil siasatan dan temuramah dengan lebih dari 100 orang saksi termasuklah si 'penderma' 2.6 bilion yang tinggal 'di dunia lain' menurut kata najib.

Secara tak sedar AG dah pun mengaku kepada wartawan sekaligus kepada rakyat Malaysia bahawa 'SPRM ADA KES' kerana terdapat bukti dalam kertas siasatan tersebut.

Makanya AG dah terkantoi, nak bungkus nasi lemakkan ada pulak saksi lain 5 orang ahli panel bebas yang menjadi saksi bagi pihak SPRM.

Sama-samalah kita tunggu tindakan AG yang seterusnya samada dia seperti apa yang dia beritahu kepada Tun M, 'bebas dan tidak takut pada sesiapa' atau dia juga seperti pengerusi PAC 'nak cari makan jugak'

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 9:25 AM

Aku tak sabar2 nak dengar keputusan AG hasil dari siasatan SPRM..agaknya seram sejuk lah si Jibby ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 11:20 AM

terima kasih atas usaha2 tuan..semuga dilindungi Allah selalu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 5:24 PM

PakKaduk, kalau lah rakyat sekalian tak jadi mcm pak kaduk, rakyat 1mesia tak perlu menderita spt skrg. Kebanyakanya sedar lepas pencen. Malangnya ramai lg yg belum pencen, terpaksa lah tanggung lg.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2016 at 7:09 PM

Menarik bab grand yg diberikan kpd 1mdb. 1ndb nc speechless. Some how sy yakin dgn pendedahan tersebut. 1mdb pusing mana pun kantoi jgk

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 9:01 AM

Mereka semua tak peduli,baik AG,baik KSU,baik menteri2 mrk semua kerja utk najib bukan kerja utk rakyat,bagi mereka peduli apa hal rakyat...lps ni PRU akan dtg kita semua rakyat pedulikan mereka semua pula.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 1:16 AM

Najib Negotiates His Exit BUT He Wants Safe Passage AND All The Money! EXCLUSIVE DISCLOSURE - The new Attorney General Mohamed Apandi may by now be wishing he had not taken the job.
His predecessor was unconstitutionally booted out by the Prime Minister in July for bringing forward charges based on the purloining of millions from the pension fund KWAP into Najib’s own private accounts.
Now the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has completed its investigation into the matter and placed a dossier on Apandi’s desk, which according to several sources, contains no less than 37 separate charges against Najib, based on the same evidence.
Moreover, Apandi is aware that this evidence has now been widely distributed and is known to all the top brass in UMNO, making a protracted cover-up extremely hard to achieve...terus membaca berita terkini oleh Sarawak Report https://medium.com/@sarawakreport/najib-negotiates-his-exit-but-he-wants-safe-passage-and-all-the-money-exclusive-disclosure-8d7d44343b50#.oe4k8hhtc

Post a Comment