........... Kemaskini - Kes Najib RM2.6 Bil dan RM42 Juta DI TUTUP - UNBELIEVABLE ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kemaskini - Kes Najib RM2.6 Bil dan RM42 Juta DI TUTUP - UNBELIEVABLE !

Tuesday, January 26, 201659comments

Mkini

Sukar mahu dipercayai ! Takkan semudah itu saja AG katakan tiada kesalahan jenayah yang dilakukan Najib dalam kes RM2.6 bilion dan SRC ! ?

Baru lewat petang semalam Datuk Bahri dari SPRM berkata sudah menyerahkan semula kertas siasatan kepada AG ( KLiK ) dan pagi ini AG tampil umumkan NO CASE !

Dan kertas2 siasatan itu akan dikembalikan semula kepada SPRM dengan arahan supaya kes ditutup. 

Satu lagi, AG kata -

Menurut Apandi, pada Ogos 2013, sejumlah wang RM2.03 bilion (AS$620) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai. - Mkini.

Apakah itu rumusan hasil siasatan SPRM atau ia adalah pendirian AG sendiri ?

Apakah penjelasan mengenai RM42 juta ? Dari mana datangnya, apakah alasannya dan kemana perginya ? Adakah ia juga satu bentuk derma ?

Benarkah selepas akaun Najib ditutup dana yang berbaki telah dikeluarkan ke Singapura dan telah dibekukan ? Apa bukti yang menunjukkan dana itu sudah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi ?

Tunjukkan bukti surat sokongan yang mengatakan dana RM2.6 bilion itu merupakan derma peribadi kepada Najib.

Rakyat perlukan penjelasan yang lebih menyeluruh. Tidak semudah itu untuk tutup kes sebesar ini.

Apa komen SPRM ? 

PS - Memandangkan kredibiliti AG di mata rakyat adalah pada tahap yang amat rendah, dimohon AG kemukakan alasan2 tuntas bagi menjawap segala persoalan yang ditimbulkan supaya rakyat tidak membuat sebarang spekulasi negatif. Tidak cukup dengan hanya mengatakan - Tidak ada kesalahan jenayah dan kes di tutup.

Rakyat sekarang bijak dan pandai menilai, tidak lagi menerima buta apasaja keputusan yang dibuat.  

Dan ini kali pertama saya dengar seseorang kembalikan derma yang diterima !!! 

                            *********************

Kemaskini 1:50 pm
 
Di bawah adalah kenyataan dari AG -

Saya mengkaji dengan teliti keseluruhan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen serta maklum balas diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan klarifikasi yang dipohon sebelum ini berhubung satu kertas siasatan berkaitan kes yang dikatakan melibatkan dana RM2.6 bilion dan 2 kertas siasatan berkaitan kes SRC International yang  dikemukakan kembali kepada saya oleh SPRM.

RM2.6 bilion


Berhubung kertas siasatan berkaitan dana yang dikatakan berjumlah “RM2.6 bilion” yang dimasukkan ke dalam akaun YAB PM, saya berpuas hati  keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pihak SPRM kepada saya menunjukkan dana dimasukkan ke dalam akaun YAB PM berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion) di antara tarikh 22 Mac 2013 dan 10 Aprul 2013 adalah merupakan sumbangan peribadi kepada YAB PM daripada keluarga diraja Arab Saudi dan diberikan kepada beliau tanpa apa-apa balasan.


Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan  menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada YAB PM secara peribadi.


Saya berpuas hati  tiada keterangan yang menunjukkan dana tersebut adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah.
Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti beliau sebagai seorang perdana menteri.


Tambahan pula, dalam bulan Ogos tahun 2013, wang sejumlah AS$620 juta (RM2.03 bilion) dikembalikan semula YAB PM kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.


Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.


Berhubung perkara ini juga, saya juga berpuas hati tiada keperluan bagi Malaysia untuk membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah (mutual legal assistance) kepada mana-mana negara asing bagi tujuan melengkapkan siasatan jenayah yang dijalankan pihak SPRM memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.


SRC International


Berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International, saya berpuas hati  tiada terzahir apa-apa kesalahan di atas alasan-alasan berikut:


Di bawah Akta SPRM 2009


a. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan YAB PM menyalahgunakan kedudukan beliau semasa mesyuarat jemaah menteri yang memberi kelulusan jaminan kepada wang pinjaman RM4 bilion oleh syarikat SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP);


b. Keterangan juga menunjukkan  proses kelulusan pinjaman oleh Lembaga KWAP dan proses kelulusan jaminan pinjaman mesyuarat jemaah menteri adalah dibuat secara teratur;


c. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM meminta atau dijanjikan apa-apa suapan daripada mana-mana pihak sebelum, semasa atau selepas keputusan jemaah menteri tersebut dibuat;


d. Dari keseluruhan keterangan yang melibatkan apa jua keputusan-keputusan atau tindakan, tidak menggambarkan apa-apa konflik kepentingan YAB PM; dan


e. Pihak SPRM sendiri  mengakui berdasarkan hasil siasatan mereka, tiada keterangan daripada saksi-saksi yang boleh menunjukkan YAB PM  melakukan sebarang perbuatan rasuah (corrupt practice).


Di bawah Kanun Keseksaan


a. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM mengetahui dan/atau dimaklumkan terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau;


b. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM memberikan apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau; dan


c. Keterangan menunjukkan pada masa-masa yang material, YAB PM mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang dipindahkan ke dalam akaun-akaun beliau sebelum itu.


Berdasarkan kepada keseluruhan fakta dan keterangan, saya sebagai pendakwa raya berpuas hati tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan YAB PM berkait ketiga-tiga kertas siasatan.


Pada hari ini, kertas-kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ketiga-tiga kertas siasatan tersebut ditutup. – 26 Januari, 2016.


Share this article :

+ comments + 59 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 1:36 PM

Din Turtle....salam kenalan...Saya Din Penyu. hahahhahaa...
Kalau ada orang yang nak derma....tak nak pakai habaq mai kat aku....nak pakai buat beli motor besau....rumah pun besau...kereta pon nak besau.....bini tak nak yang besau...sedang sedang ajaaa heheheheh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 1:37 PM

sebelum ni xpernah lak dengar cte sal pemulangan dana
gila ke bodoh ag ni
kenapa najib xpenah menyalak lak sebelum ni kata dana da dipulangkan
ingat sume orang bodoh ke mcm macai dia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 1:39 PM

It is NOT OKAY for A government servant to receive 'anything' that MIGHT be misconstrued as a 'push' for something that MAY benefit the giver.

BUT...

It is OKAY for that ONE MAN to receive anything... for any purpose... for whatever reasons that he so said...

baguih punya prinsip...!

lepas ni... sapa-sapa terima apa-apa dari mana-mana... guna je THE NAJIB WAY. THE NAJIB WAY akan jadi bahan kajian kes dan akan dibincangkan di university suatu hari nanti.

Dah banyak tahun dah kita duk belajar kaedah THE PRINCE ciptaan Machiavelli, sekarang boleh la anak-anak kita belajar THE NAJIB WAY pulak...

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 1:47 PM

As expected bukan. Kena tunggu pru 14 dan biar kerajaan pakatan buka balik siasatan dengan telus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 1:47 PM

Cash is King.....hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 1:49 PM

Ingat tak baru baru nii Najib pi Mekah. Tujuan Utama nak minta tolong dgn Raja Arab. Mungkin semalam Raja Arab whatapp AG kata Najib OK. So AG pun buat kenyataan Akbar.
Peliknya kertas siasatan SPRM bertimbun timbun, AG kata kena ambil masa. Tiba tiba tak salah.

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 1:50 PM

Ya Allah, lindungilah kami dari kemurkaan Mu atas semua kedurjanaan ini. Kami tidak mampu selain berserah kepada Mu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 1:55 PM

Salam Din..

Isu terkini....memang hangat...entahlaa...#apekejadah sistem pendakwaan kita...jelas #pilihbulu...

Kini...mereka mencabar rakyat...rakyat akan sahut cabaran dengan PRU14...

#apanakjadi dengan #malaysia...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 2:05 PM

The flood gate of corruption is now everybody's game.....for as long as it does not exceed 2.6 billion its fair game because its a benchmark set by no. 1 corruptor in the country!

Just say its DONATION given without any soliciting!

Malaysia is after all given to the dogs!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 2:08 PM

Apakata SPRM buka kes untuk si apandi ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 2:09 PM

depa bagi ramai kat Kedah, pastu tutup kes najib utk alih perhatian. perangai busuk polician tak habis2. rakyat kedah jd kambing hitam. bangsat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 2:12 PM

kamu orang yg jenis tak leh terima kenyataanya...ptuiiiiii

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 2:19 PM

dan terus dilantik jadi lembaga pengarah TH ...


wow

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 2:20 PM

Conclusion : Dia manusia kebal.

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 2:24 PM

baikhati

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 2:25 PM

Mulai hari ini Si Najib dah suci bersih dan tiada unsur jenayah terutamanya kes rasuah, itu yang AG kata. Tetapi mulai hari ini pulak ada isu yang paling menarik dalam sejarah negara bahawa Si Najib dah Pulangkan duit sebanyak RM2.03B...kepada penderma pada Ogos 2013
Foooyooo.........cerita hangat... sebenarnya AG ini di pihak mana. Bahagian PENDAKWA RAYA NEGARA ATAU PEGUAM NAJIB ATAUPUN MACAI-MACAI YANG SANGGUP MEMPERBODOHKAN DIRI??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 2:29 PM

Bawa lah dulu kes tu ke Mahkamah. Kat Mahkamah barulah kemukakan hujah-hujah yang boleh menyokong Najib. Bukan nya menlindungi dan tukang menpertahankan Najib. Apa punya guna AG. Buat memalukan Negara sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 2:29 PM

Mohon jaga adab dan bahasa anda kalau nak komen ya, baik pro atau con. Banyak komen2 maki AG dan Najib yang saya padamkan sebab guna bahasa kesat

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 2:38 PM

drama yg kliche dan tahu kesudahannya perkara luar biasa takkan berlaku..harap2 ada sesiapa yg mampu mempersoalkan prkara ni di khlayak awam semoga pencuci ni tercekik dengan kenyataannya sendiri..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 2:40 PM

Sebab semua orang rasa marah tuan din..mereka ingat pemikiran rakyat ni boleh ditipu..kecian...nak marah pun xboleh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 2:42 PM

sudah dijangka akan tutup kes.

yang tak sesekali dijangka pulangkan derma...

kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 2:56 PM

Desak AG bentangkan kertas putih secara terbuka untuk rakyat pula menilai. Kerana adalah untuk keadilan kerana tiada sapa pula check n balance utk AG.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 2:58 PM

OMG!! Lawak jenaka AG & Najib berterusan lagi. Pulang derma? Dulu kata, hadiah sebab lawan ISIS. ISIS masih ada lagi Najib ooi.. polis kita perlu duit utk lawan ISIS !!

Malaysia is going to the gutter. AG office is an embarrasment to Malaysia..

....................
Reply To This Comment ...................
KJ
January 26, 2016 at 3:09 PM

Malaysia terus ditertawakan khalayak antarabangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 3:11 PM

S expected la kan.Untouchable. Gate for corruption is opend. Thank you BN voters

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 3:15 PM

penderma & penerima sama2 mulia. perlu dimasukkan dalam cerita orang2 yang zuhud. ada jugak kebanggaan utk umat melayu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 3:20 PM

Berdasarkan kenyataan oleh Peguam Negara Apanda Ali, wang derma sebanyak USD 620 juta dah dipulangkan kepada Arab Saudi pulak dah, UMNO tahu ke wang itu diserahkan semula kepada Arab Saudi? Itu bukankah wang derma untuk UMNO? Perkara ini dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO ke? Siapa yang buat keputusan untuk serahkan kembali wang ini kepada Arab Saudi sedangkan ramai ahli Majlis Tertinggi UMNO tak tahu menahu pun pasal hal ini? Apa kejadahnya wang derma untuk UMNO tapi Najib sorang diri pandai-pandai serah balik kepada Arab Saudi?

Banyak sangat auta Najib ni, tapi nak buat macam mana dah Peguam Negara Apanda Ali pun tali barut dan kuncuk Najib, dah tua bangka pun masih nak terlibat dengan kerja kotor macam ni, semoga puaslah hati kau Apanda, puaslah hati membantu kerja jenayah seorang penjenayah seperti Najib ini.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 3:20 PM

Kita tak payah stress lebih sgt dgn AG punya keputusan sebb dia pun takut juga. Saya cdgkan kita pakat kalau najib enggan undur sebelum PRU, kali ni kita ajak pemimpin melayu bersatu membantu PAS, PAS mungkin boleh menimbang utk bekerjasama dgn pemimpin umno yg menentang Najib. PAS masih parti melayu dan tidak rugi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 3:22 PM

Penyata 1MDB oleh AG.
Terima Derma 2600.000.000.
Guna 570.000.000.
Baki Derma 2030.000.000.
Baki derma dah dikembalikan kat sipenderma. Jangan marah.

Saudara sekelian alam,selama mana kita tunggu alkisah 2.6B rupa-rupanya ianya berakhir dengan penghayatan yang mudah dijangka jalan penghujungnya.

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 3:22 PM

@AnonymousKatana derma peribadi kepada Najib bukannya kepada Umno

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 3:35 PM

Dont believe it?

Orang yang tak ingat halal haram dan kehidupan akhirat memang camtu...terima saja lah.

Pandai2 korang semua lah bertindak pada PRU nanti

....................
Reply To This Comment ...................
KJ
January 26, 2016 at 3:37 PM

Sandiwara Najib
(dinyanyikan mengikut lagu Sandiwara Cinta, kumpulan Republik)

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali di dengar
Alasannya seringkali kau cakap
Kau buat seakan kami tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau laku pada negaraku

Jujurlah Najib kami tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Bila nanti kau yang harus pergi
Kami terima degan rela hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dan Jho Lo seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah Najib kami mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Bila nanti kau yang harus pergi
Kami terima dengan rela hati

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 3:43 PM

Kenyataannya Najib boleh terima berbilliyun... Rakyat biasa tak boleh... dan benchmarknya, org2 najib boleh terima kurang dari billiyun. Kenyataannya pahit utk rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 3:43 PM

Salam Bro,aku dah tak terkata apa lagi dah.Terlalu sedih dengan keadaan negara kita sekarang.Aku teringat akan petanda akhir zaman.Malang bagi Malaysia.Ada PM yang menggunakan segala kuasa untuk menghalalkan cara......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 3:45 PM

Bro din..pederma arab tersebut ada menghubungi saya untk mencipta lagu Cash Is The King untk ditujukan pada rakyat mlysia dan Umno.Dan saya mungkin memilih dyg Norfaizah untk menyanyikan nya.

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 3:54 PM

Dah agak.. Mesti begini akhirnya.. Bila AG pulangkan kertas siasatan, mmg dpt rasa kes akan ditutup.

Lingkup...lingkup...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 3:59 PM

6 bulan untuk siasat kes ni? Tutup je la MACC.

Anak saudara saya berumur9 tahun tak percaya PM Bugis bagi balik RM2bil.

Dah lah cakap derma.

Berbohong tu berpada-padalah.

Tunggu Allah laknatkan mereka yang bersubahat dengan pembohong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 4:10 PM

Kononnya dah kembalikan sebab tak digunapakai...jadi kes tutup dan tiada kesalahan jenayah?

Ya Allah...depa ni tak takut ke dosa jadi saksi palsu?

Jika dah kembalikan pun..ia sekaligus TELAH MEMBUKTIKAN si polan itu TELAH MENERIMA WANG TERSEBUT.. maksudnya apa? Bukan rasuah ke tu?

Atas alasan apa penerimaan wang itu tidak dapat dikatakan sbg rasuah? Si polan ialah penjawat awam...yang terikat dengan undang2...jadi selepas ini penjawat awam ada sumber rujukan yang kuat untuk mengaplikasikan segala bentuk penerimaan 'derma' yang masuk dlm akaun peribadi mereka. Masuk akaun isteri juta2 pun takde masalah.

Harap2 ku cin wah cepat2 cari seorang penderma dan katakan wang yg diperolehinya adalah komisyen aka derma peribadi...for sure macc tak dapat buat apa2 dah....

....................
Reply To This Comment ...................
lalia sabila
January 26, 2016 at 4:16 PM

Derma kpd najib supaya rosmah dpt beli beg biskin atau reza dpt buat cerita lucah ada akai ke.derma politikpun mcm dah tak masuk akai.lg la derma kpd najib.woi bilion bilion magic dr mana hang dtg kemana hang pergi.cuba habaq mai sikit.cerita src tu lg katon.is this saudi crazy generous really real or it just a pop up genie.what a crazy ununderstandeble story that we have here.just to clean najib but the shit seem to split enywhere.

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 4:19 PM

Awal-awal lagi dulu saya dah pun pernah menulis bahawa akhirnya AG akan kata 'No Case' dan semua fail siasatan SPRM diarah tutup.

Maaf, saya bukan suka tetapi amat dukacita.

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 4:32 PM

Selepas ini penerima rasuah akan beri alasa yg sama: "Tuan Hakim, duit yang saya terima itu sebenarnya adalah derma dpd kawan saya di USA. Mula-mula saya tak tahu siapa dia yang menderma itu. Kemudian saya teringat yang saya pernah main golf di Hawai dengan dia. Saya telah kembalikan sebahagian besar duit derma itu kpd kawan saya itu kerana isteri saya marah pada saya".

Tuan Hakim: "Ok, as such, there is no case for you to answer. You are free to go". This case is hereby closed".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 4:46 PM

Ok..may i ask you. Who is the donor?

Oh...sorry tuan hakim. Saya terpaksa rahsiakan identiti kawan saya atas permintaan beliau. Itu amanah terhadap saya. Tapi saya boleh tampilkan saksi lain yakni kawan saya juga yang pernah berjumpa dan minum2 dengan kawan saya di USA itu...
nah..pegilah upah mana2 mamat untuk mengaku jadi saksi palsu..

At last...case is closed :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 5:10 PM

dalam kubur nanti jibby akan beritau munkar dan nakir yang conscience dia clear. settle la kot..

kan dia cakap dia pahlawan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 5:55 PM

Oleh kerana Najib dah kembalikan wang derma kepada Pak Arab dan adalah diramalkan akan berlakunya fenomena yang luar biasa iaitu penerimaan wang derma secara besar-besaran dikalangan orang-orang yang tertentu dan insan-insan yang terpilih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 6:34 PM

Betul. Setuju sangat2 lepas PRU 14. SELEPAS BN TUMBANG KITA MONTA KES INI DIBUKA SEMULA SIASAT HINGGA KEAKAR UMBI

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 6:43 PM

Sepatutnya bawa kemakhamah dulu,biar makhamah bicara dan pastikan dokumen2 ITU tulin atau palsu,baru Rakyat dpt gambaran yg jelas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 7:24 PM

NOT A SURPRISE AT ALL
AS EXPECTED....!!
Memang tak sia2 tukar sana tukar sini.

Cakapla apa saja tapi jangan ingat rakyat nak terima bulat2 dan percaya apa yg dikata. Ini bukan rakyat tahun 60an, kami rakyat 2016, kita ada logik akal utk bepikir. Ramai dah masuk universiti. Tengok tiap tahun berapa ramai yg graduate U. Malang sungguh kalau mereka ingat kita ni bodoh.

Tunggu dan lihat nanti di PRU ke 14.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 9:29 PM

salam bro din, disebabkan kita semua dah tahu penderma dr keluarga Arab Saudi, tak boleh ke kalau kita buat satu memorandum atau surat tunjuk perasaan kat duta Arab Saudi di KL ni. Kita, rakyat Malaysia nak dptkan kepastian, adakah benar ahli keluarga Arab Saudi ni yg bagi derma kat PM Najib, kita boleh tanya sebab musabab kenapa depa bagi kat PM Najib.

Kalau kita buat bising kat depa, sudah tentu Arab Saudi juga akan rasa kepanasan. Insyaallah, masa tu kebenaran mungkin akan terbukti. Kalau ahli keluarga di raja Arab Saudi ni keluarkan official statement yg ahli keluarga mereka tak pernah menderma sebanyak itu kat PM Najib, maknanya yg AG dah menipu, PM Najib dah menipu dan melakukan jenayah yg amat dahsyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 11:02 PM

Suka idea saudara, moga idea ini dpt di panjangkan kepada Ahli GKCM. Please bro din make this happen

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 11:19 PM

sistem perundangan negara telah di rogol

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 11:33 PM

@Anonymous

Ada akai jugak idea hang tu... setuju sngt hangpa semua pi demo kat kedutaan arab saudi tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 11:48 PM

Lepas ni jenuh la mamat 3.85 dan si jawa bagan datok dok cari akai macamana nak menyakinkan rakyaat dgn statement terbaru apandidobi ni. Sebab depa dua ekoq pun tak tau yang najib dah bagi balik duit derma tok arab tu pada 2013 lagi.
Apa yang menghairankan tu apa pasai najib gila ni pi pecat mahyuddin dgn sapie kalau duit tu dah bagi balik tahun 2013 lagi.
Kepada apandidobi pulak kita kena ucapkan tahniah kerana melacurkan undang-undang hanya untuk menegakan benang basah. Sia-sia saja malaysia melahirkan pengamal undang-undang yang beretika tetapi akhirnya tewas dgn nafsu dan kuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2016 at 12:08 AM

Sejak dari mula di angkat jadi AG , satu sen , satu sen , satu sen pun saya tak percayakan Mamat ni ....!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 12:14 AM

Tu sebablah kena GST..sebab dia dah pulangkan duit tu.. skrg baru aku paham

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2016 at 6:17 AM

Kakitangan awam tak di benarkan menerima pemberian dlm apa bentuk sekalipun kecuali PM & MENTERI..sekian terima kasih...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 10:43 AM

Anon 3.35pm..... bertepek2 puak yg kunun2nya faham agama dlm umno.....dlm kabinet tuu melambak2....tapi semuanya dah jadi ayam mkn dedak jenama internasional... semua pakat senyap buat derkk jea....tutup mata & buat pekak badak.... kepala semunyi dlm telor.... sbb dlm hati mrk.....'kang bersuara kena pecat..lantaklahhh korang....' dan terus senyum dlm hati sambil berkata 'APA Aku Kesahhhh.... Haaahaaahaaaa......'

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2016 at 2:06 PM

AG takut dakwa Najib tetapi kenyataannya ada keraguan sengaja dia lakukan. Dia buat begitu supaya kita berfikir bahawa Najib sebenarnya bersalah. Mungkin ada tekanan kuat keatasnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 2:47 PM

Pandi memang love PM. Yang lain tu ramai yang menunjuk-nunjuk kibar poster I Love PM.

Caya lah Pandi. Besar hadiah yang akan dapat bila maduk kubur nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 9:00 AM

@AnonymousManusia ka malaikat?... bagi balik wang tanpa beritahu orang, walaupun satu dunia sedang menunding jari??? lawak tahap dewa...

Post a Comment