........... Kalaulah 1MDB Ini Tak Wujud ........... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalaulah 1MDB Ini Tak Wujud ...........

Sunday, January 3, 201626comments

Masih dalam mood santai atau free flow ....menarik membaca usaha cai2 Najib yang bersungguh2 cuba mempertahankan 1MDB. Sesetengah komen itu pastinya buat Arul Kanda tersenyum .... Jho Low apatah lagi, kalau ada di depan, mahu dipeluk2 dicium2nya cai2 Najib sebagai tanda terhutang budi.

Rasanya 1MDB kena buat satu pertemuan khas antara cai2 Najib dengan Jho Low, kan ?

Sebenarnya apa yang bagus sangat 1MDB ni ? Besar sangatkah sumbangan 1MDB kepada ekonomi bangsa dan negara ? Yalah, acap kali kita baca betapa 1MDB tolong bangsa Melayu, kononnya  ..... tolong menjana pendapatan kepada negara kononnya .... sebagaimana lagaknya sebuah syarikat pelaburan strategik negara, gitu ...

Ada dua cara kalau kita mahu lihat sumbangan besar sesebuah entiti maupun seseorang itu. Samada kita senaraikan satu persatu sumbangan besar yang dimaksudkan atau dengan cara mengkaji impak entiti itu .... maksud saya, kita kaji - Bagaimana kalau entiti itu tidak wujud, apakah kesannya ?

Jika anda tidak berapa faham, tidak apa. Selepas contoh pertama ini, anda bukan saja akan cepat faham, malah lebih banyak pula idea akan anda sumbangkan !



1 - Jika 1MDB tidak wujud dan kerajaan tidak jual lelong tanah TRX dan Bandar Malaysia kepada 1MDB, apakah situasinya akan lebih baik berbanding sekarang ?

Asalnya mahu dimajukan oleh PHB Pelaburan Hartanah Bumiputera ( KLiK ) tapi diserahkan kepada 1MDB. Lebur hak Melayu ....... Bukan saja tanah dijual, harga jualan pun tak dirasai oleh kerajaan sebab habis buat bayar hutang !

Masih berbaki tanah tu .... tapi apakah Najib berani beri jaminan yang baki tanah itu tidak akan dijual semata2 nak bayar hutang 1MDB ?

So .... apakah keadaan menjadi lebih baik dengan wujudnya 1MDB atau sebaliknya ?


2 - Berbilion ringgit telah hangus kerana bayar bunga/inerest pinjaman dan komisen pinjaman 1MDB. Ini adalah fakta ! Kos kewangan 1MDB adalah RM2.4 bilion setahun pada tahun berakhir Mac 2014.

Berapakah jumlah kos kewangan yang perlu dibayar 1MDB sebenarnya ? Apakah projek yang menggunakan dana pinjaman itu mampu bayar balik interest ?  Projek apa lagi yang masih berjalan ? Mana ada !

IPP merupakan satu2nya projek 1MDB yang boleh menjana pendapatan dan itu sudahpun dijual. 'Projek' yang tinggal adalah baki hartanah TRX dan Bandar Malaysia yang kos kewangannya adalah ciput berbanding projek2 mega 1MDB lain. Bermakna, kesemua projek2 1MDB yang membawa kos kewangan ( kerana dibiayai melalui hutang ) yang besar, semuanya kantoi.

Jika 1MDB tidak wujud, tidak adalah kesemua pinjaman dan bon2 1MDB, maknanya tidak adalah kos kewangan berbilion ringgit itu.

So ..... jika 1MDB tidak wujud .... berapa bilionkah wang kerajaan  dapat diselamatkan ?


3 -Disebabkan 1MDB, Umno dan BN berpecah ! Antara mereka yang menyokong buta Najib @ 1MDB atas dasar Najib sebagai Presiden Umno yang wajib dipertahankan walau apapun yang beliau lakukan dengan mereka yang tidak sanggup bersekongkol dengan sebarang kemungkaran dan merasakan isu 1MDB ini perlu penjelasan tuntas.

Pertelingkahan ini sepatutnya mampu dielakkan dari awal sekiranya kepimpinan Umno sanggup memisahkan isu 1MDB dengan isu parti. Sebagai syarikat yang diterajui oleh mereka yang berpengalaman, 1MDB seharusnya mampu tampil menjawab sendiri apajua masalah berkaitan urusniaga mereka, bukannya menyorok dibelakang kerajaan.

Imej Umno tercalar teruk dek isu 1MDB. Mempertahankan sesuatu tanpa sendiri mengetahui hujung pangkal hanya mengundang masalah lain. Isu tak terjawab, diri pula ditertawakan orang.

Dek sebab 1MDB jugalah, Timbalan PM dan Menteri dilucutkan jawatan kerana mereka tidak mahu menjadi pak turut.

So ....  berbaloikah 1MDB ?


4 - Kredibiliti dan integriti pihak kerajaan yang terbabit dalam siasatan 1MDB turut dipertikaikan oleh rakyat. Kerana 1MDB juga, buat pertamakalinya Menteri Kewangan menipu di Parlimen ! Kerajaan dan negara menjadi bahan lawak antarabangsa. Apakah suara Malaysia yang sebelum ini begitu lantang dalam memerangi gejala rasuah akan diberikan perhatian serius lagi oleh masyarakat antarabangsa gara2 1MDB ?

Anda dipersilakan untuk menambah mana2 yang kurang .......


Bagaimana dengan sumbangan 1MDB pula ? Errr ... yang ini pun anda dipersilakan untuk senaraikan supaya dapat kita buat perbandingan mana yang lebih berat ......antara sumbangan dan bala akibat 1MBD.

PS - Dah alang2 cerita hal 1MDB, eerrr...... bagaimana dengan PM Najib, ek ? Apa sumbangannya Najib sebagai PM ? Kalau Najib tak jadi PM, apakah kita akan lebih baik atau lebih teruk ?


Tak jadi !! Tak terlayan komen2 nanti ...


PS - Pihak GKCM ada menganjurkan satu majlis pada petang ini di Johor Baru. KLiK FB GKM untuk keterangan lanjut.


Pelancaran Jelajah GKCM : MENCARI KEBENARAN

Tarikh : 3 Januari 2016
Masa : 3 petang
Tempat : TS HOTEL
JALAN RUSA 1
TAMAN SCIENTEX
81700 PASIR GUDANG JOHOR.

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2016 at 9:25 AM

tumpang tanya,hutang billion2 tu 1MDB buat ape erk?berbelit2-payah nak faham. :D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 10:06 AM

din...nak aku laung hidup melayu ke hidup umno??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 10:49 AM

Biasalah andai mana2 bisnes pun rugi. Dengan syarat, rakyat tidak terkesan atau terjejas sedikit pun kerana kerugian tersebut. Tun M pernah berbelanja besar buat projek mega seperti KLCC, KLIA, Cyberjaya, Putrajaya, SIC dan lain2. Tapi, rakyat tak terkesan langsung dengan perbelanjaan besar kerajaan ketika itu.

Biarlah 1MDB rugi sekalipun, asalkan jangan kacau poket rakyat. Ini tidak, ketika rakyat mengalami kenaikan kos sara hidup, rakyat dipaksa membayar gst. Rakyat semakin tertekan dan terbeban.

Zaman Tun dulu, mana ada BR1M. Subsidi pun tak terjejas. Poket rakyat masih selamat walaupun bergaji kecik. Rakyat masih mampu berbelanja dan masih mampu membuat simpanan.

Sekarang ? Usahkan nak berjimat. Tabung yang ada pun habis dikorek semata-mata nak meneruskan hidup. Nak beli rumah mampu milik, jauh sekali.

Cuba jengok di kampung pulak. Apa nasib penoreh getah yang masih merintih akibat kejatuhan harga getah. Mereka tidak mampu nak menyerap kenaikan harga barang kerana mereka tiada pilihan.

Nilai duit kita pulak masih susut. Ini menambahkan lagi beban rakyat. Lebih-lebih lagi kepada syarikat bumiputera. Itu belum lagi melihat peluang pekerjaan yang semakin meruncing. Ditambah pulak dengan pemberhentian pekerja secara beramai-ramai.

Sekarang, kita nak tanya, apa faedahnya 1MDB kepada rakyat ? Apakah dengan wujudnya 1MDB, beban rakyat dapat dikurangkan ? Jawapannya, tunggu sehingga wujudnya Tsunami Melayu dalam PRU14 nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 11:03 AM

Jika 1mdb tidak wujud tak ada lah hutang 42 biliyun tak hilanglah aset negara tak ada lah jho low tak buatlah filem holywood separa porno tak adalah duit 2.6 biliyun masuk akaun peribadi tak ada sampai tsmy & shafie afdal kena pecat dari kabinet tak adalah ahli umno pecah belah dan yang last tak adalah sampai bro din turtle tulis artikel balun pentadbiran najib tentu din turtle duk sibuk balun pembangkang inilah bahana wujudnya 1mdb habis satu negara huru hara, bangang punya manusiayang mewujudkan 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 12:41 PM

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang (Sudah di lelong ke Negara China)

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta Benda (Kerana nak bayar hutang 1MDBugis)

....................
Reply To This Comment ...................
Anak Bukit Jelutung
January 3, 2016 at 12:44 PM

"Kalaulah Hang Tuah masih ada............."

"Tak kan begini jadinya Melaka"

(Menyesal)

HIDUP MELAYU.

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2016 at 12:47 PM

1MDB debts RM42billion

1) Najib Rationalize 1MDB debts with Debts to Asset swap total of RM16billion from International Petroleum Investment Company (IPIC)

2) Najib sold the power plants for RM17billion which deal will be complete on February 2016

3) Najib sold Bandar Malaysia for RM12.35billion

Conclusion:
-RM42billion
+RM17billion
+RM12.35billion
= (-RM12.65)

Which the deals with IPIC not valid anymore because 1MDB no more assets to swap.

1MDB is now empty shell with total debts of RM12.65billion.

Who going to pay these debts if not tax payers money???

Najib try to fools Malaysia with simple maths. Wake up Malaysia !!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 1:39 PM

Arul Kanda dinobatkan sebagai saviour 1mdb. Dia petah berbicara dan mengeluarkan hujah mempertahankan operasi 1mdb dihadapan ORANG UMNO. Tapi utk berdepan dengan media bertanyakan soalan 1mdb, arul kanda mengecil dan mengecut. Nyata arul kanda cuma berani dgn org umno yg tidak tahu hujung pangkal permasalahan 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 3:13 PM

1mdb adalah masalah INTEGRITI dan KECUAIAN yg mungkin disengajakan. Ditambah dgn penggunaan wang beribu2 juta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 3:24 PM

Din... aku buat analogi si najib ni macam kereta lamboghini... masa baru semua org impress... makin lama maintainance makin tinggi dan depreciation pun ikut tinggi... biasa nya org simpan kereta macam ni 5 tahun jer... lepas tu jual 2nd hand sebelun terlambat...nanti jual besi buruk jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 3:25 PM

Kalau lah Najib ni tak wujud..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 4:10 PM

Tu laa..Gatai nak 1mdb pasai apa?.kan dah mkn tuan.Parti rosak berpecah,rakyat marah.Pembangkang pun happy keje senang.Malu la jd Men kwgn yg gagal.Nak sapu2 la berpada pada..Ni smpai menyusahkan org dan rakyat.Najib2 u never learn lah,degil.

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2016 at 5:30 PM

Kalaulah begitu tak ada ke org umno atau melayu yg layak utk mengepalai 1Mdb kenapa nak birikan kpd bukan bangasa melayu heading 1Mdb Sungguh malu Melayu dan org Umno diketepikan Najib dimana maruah Melayu kenapa org bukan melayu yg gadai tanah Tudm dahulu bodoh sungguh ahli umno he he he

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2016 at 7:03 PM

dari mula sehingga skrg pelbagai belitan dan ayat2 bombastik mengenai rasionalisasi dan tidak pernah mengenai punca kenapa 1MDB diliwat sehingga sedemikian rupa.umpama perogol terlepas tapi yg dihebohkan tentang kandungan mangsa rogol dan mcmana nak selamatkan kandungan dan menjaga aib yg dirogol.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 7:13 PM

Skrg baru saya tak faham.... 1mdb byr hutang ni utk apa... bisnes apa ni.. kejayaan diukur dgn gadaian utk byr hutang

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2016 at 7:41 PM

Buat memang buat tapi bunyi macam berniaga tapi sebenarnya bukan. Cuma cara cara silap mata. Sekejap sini sekejap sana. Lepas tu hilang semua cash.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2016 at 9:23 PM

Najib cipta syarikat 1mdb dengan gebang projek2 mega najib ingat rakyat bodoh boleh di gula gulakan sorrylah jib rakyat tak sebodoh tu, tak yah sembang ini semua persepsi tak perlu tuding ini adalah fitnah, 1mdb adalah punca segala kerosakan hubungan dalam dan luar negara 1mdb perosak kesejahteraan negara yang lama terbina, bermuhasabah serta letak jawatan saja lah jib terimalah hakikat nko sudah gagal lebih lama nko duk kat atas lebih rosak negara jangan terperanjat jika akhirnya rakyat menganggap nko adalah musoh no 1 negara dalam episod pru14.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2016 at 3:29 AM

Apakah keuntungan yang 1MDB berikan kepada Negara dan Rakyar?: KOSONG
Dahlah kosong, harta negara pulak yang lesap dan tergadai. Rakyat secara tak langsung terhutang berbilion RM.

Siapakah yang untung hasil dpd bisnes dinamik 1MDB? Bangang dan bangsatlah orang-orang yang tidak tahu jawapan kpd persoalan ini. Jawablah di Akhirat kelak wahai penyokong-penyokong setia yang sama-sama bersyubahat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2016 at 11:00 AM

Dari awal lagi kitorang semua dah kata...1mdibi tu bangsat perosak hak bumiputera dan menyusahkan rakyat keseluruhannya. Tapi pengkhianat2 yg kenyang semua dok backing macam si@llll....!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2016 at 11:02 AM

Sebab hutang kerajaan dari 1mbodo itulah yang menyebabkan gst dilaksanakan.

....................
Reply To This Comment ...................
January 4, 2016 at 9:21 PM

Salam din. Aku dah mals nak membaca dan mengikuti perkembangan 1mdb ni. Aku cuma nak tunggu najib turun atau diturunkan saja. Berbuih dan penat jari2 engkau, tun M, zam, kadir jasin, dan para netizen yang memperjelas tentang hal ni semua. Aku yang membaca pun naik letih mata.

Semoga cepat la diadakan pilihan raya. Apa pun yang telah berlaku. Biarla berlaku. Semoga kerajaan yg terbentuk akan datang dapat mengatasi segala permsalahan rakyat. Aku tak kisah kerajaan itu datangnya daripada parti mana. Yang penting dia boleh menguruskan negara dan menjaga kepentingan rakyat keseluruhan.

Apa yang kita lihat kerajaan yang ada sekarang langsung tidak menjaga kepentingan rakyat. Malah terus terusan memperbodohkan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
January 5, 2016 at 10:40 AM

@Anonymous

Di Saudi tak da pun 1MDB, tapi kenapa pulak Saudi nak laksanakan VAT (mcm GST). Pelik juga ya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 1:12 PM

Ayah saya berikan wang RM5,000, nah ambiklah nak, buat modal berniaga.

Saya pi pinjam duit merata, beli genset ayah dengan harga RM12,000. Sewakan genset pada orang, dapatlah pendapatan tetap RM300 sebulan.
Kemudian, saya pi pinjam lagi duit dengan ah long, beli tanah pusaka dengan harga RM400. Nak jadi pemaju hartanah kononnya.

Datang pulak kawan seorang ini, ajak JV buka stesen minyak. Katanya pelan dah lulus. Pinjam lagi duit, laburkan RM6,000.

Orang datang tuntut hutang, duit saya dah habis. Ayah inject RM1,000 sebagai bantuan sementara.

JV stesen minyak tak jadi. Rupanya tiada geran tanah. Syarikat JV tutup dan JV partner kata duit ada di Singapura sebagai unit. Tak boleh tukar jadi wang tunai.

Jual genset dengan harga RM11,000. Pendapatan bulanan putus.
Jual tanah pecah lot dengan harga RM1,000.
Buat lagi JV dengan tanah yang bakinya dengan menerima bayaran RM7,400. Tapi pegangan saham 40% saja. Asalnya tanah pusaka, hari ini saya kena jawab dengan Managing Director kalau nak tebas rumput sekalipun.

Tapi saya masih berhutang dengan ah long RM12,000.
Sekarang saya tiada gaji atau pendapatan.
Esok saya nak makan nasi kat mana?
Nak balik minta duit dari ayah lagi?
Ini masalah saya.

Nama saya Wan Emdibi. Masalah kewangan saya sebenarnya 1,000,000 kali lebih ganda angka-angka di atas.

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2016 at 10:08 PM

najib bugis tak mengaku melayu sebab tu tak peduli melayu apa nak jadi kat melayu....tapi cai cai sokong dia melayu....kah kah kah...heran noo

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2016 at 10:24 PM

kiasan yang senang orang faham apa tu 1mdb.....awat najib jadi tak ketahuan ni....isk isk isk...cian orang umno kena maki hamun dengan orang melayu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2016 at 10:45 PM

Kalau 1mdb tak wujud, maka tak dpt org tu berjoli..lubuk emas segera tuh,dia joli kerajaan yg byr..

Post a Comment