........... Isu Rezab Negatif TH - Komen Bernas Seorang Penganalisis Ekonomi | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Rezab Negatif TH - Komen Bernas Seorang Penganalisis Ekonomi

Tuesday, January 26, 201617comments


Di bawah adalah komen bernas yang saya copy dari rakan yang merupakan seorang pakar ekonomi, biasa diundang untuk beri ceramah atau bersoal jawab mengenai isu2 ekonomi negara.

                                  **************

Saya dapat info berkenaan kebocoran surat ini yesterday. Ramai dah rakan rakan yang menulis tentang ini.

I do not see the need to write about it then, kerana pada saya BNM memang tugas mereka memastikan perkara sebegini dibuat oleh organisasi yang menerima deposit.

Pertamanya harus diingat surat ini BUKAN melarang TH membayar Dividen/Bonus tahun ini.

Surat ini spesifik mengarahkan TH utk menyediakan polisi Rizab (Reserve) yang mampu sustain kelangsungan TH sebagai satu organisasi simpanan wang sekiranya berlaku krisis ekonomi dgn skala besar, atau pengeluaran simpanan secara besar besaran.

BNM menegur TH mengenai polisi bayaran dividen dan bonus kepada penyimpan yang melebihi keuntungan semasa sejak 3 tahun lalu. Ini bukan lah tindakan yang prudent. Ini bermakna TH telah mengambil wang dari Reserve untuk membayar dividen. 

Kerana itu Reserve TH sekarang hanya ada 96 sen untuk setiap Ringgit untuk backing Simpanan penabung. Maksudnya kalau esok pagi semua orang rush untuk keluarkan simpanan .. tidak cukop lah utk bayar semua orang..itu pun setelah dijual semua harta harta TH yg ada.

SO PLEASE JANGAN KELUARKAN WANG ANDA DARI TH..IT WILL ONLY MAKE MATTER WORSE. 

Apa yang perlu di lakukan adalah polisi Rizab dan dividen yg lebih prudent.. serta ganti lah CEO tu lama sangat dah suruh dia jaga 1MDB. If you need to use Reserve for the past 3 years to pay dividends..you fail as CEO !

Pada saya membayar dividen melebihi keuntungan semasa adalah tindakan yg reckless dan tindakan tidak bertanggungjawab malah lebih kepada populis decision.

Bagi yang kurang mahir dgn term Reserves (Rizab) ianya bermaksud "simpanan keuntungan" yang tidak boleh digunakan untuk kegunaan seharian syarikat atau untuk membayar dividen. Ianya adalah untuk menjadi cushion kepada syarikat apabila keadaan ekonomi tidak menentu atau untuk future expansion.

Jadi bottom line nya apa? Adakah TH tidak akan bayar dividen tahun ini? Jangan risau mereka tetap akan bayar..mungkin dengan kadar yg rendah antara 3% ke 4% sahaja..sekiranya TH dengar cakap BNM lah.

Copy dari FB Yaakob Osman

                             **********************

Secara ringkasnya -

- tindakan TH beri dividen melebihi keuntungan selama 3 tahun kebelakangan ini bukanlah satu tindakan bijak yang lebih bersifat POPULIS

- TH kena ada polisis Rezab yang lebih berkesan seperti cadangan BNM


- Jika guna Rezab selama 3 tahun berturut2 untuk bayar divivden, bermakna CEO telah GAGAL ! Tukar je kepada yang lebih profesional


- Jangan panik dan bertindak keluarkan deposit anda bersama TH kerana itu akan lebih memburukkan keadaan
 
 

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 12:55 PM

Pak Din,
Kalau tak keluarkan, selamatkah duit pencarum dari diselewengkan oleh lembaga hitam dan kuncu2nya pada masa akan datang selagi Biawak dan Badak masih berkuasa? Mungkin selamat, tapi sesetengah pencarum berfikir sebaliknya. Banyak pencarum masih dihantui pasal skandal tanah TRX. Dari disonglap penyamun baik keluarkan buat makan keluarga dimasa segala barang keperluan mahal gila. Tak keluarkan nanti lesap keluarga kebulur pulak. Sapa nak jawab???????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 12:57 PM

In another word of saying CEO tu bodoh le. Pengerusi pun bodoh. Habis di perbodohkan penabung. Yg pandai ialah songlap.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
January 26, 2016 at 1:02 PM

Assalammualaikum Bro Din!
Tak sangka pulak TH pun amalkan polisi 'Cash is King'. Cari populariti dgn duit rakyat. Bukan dgn duit sendiri pun.

Terbukti polisi itu 'melingkupkan' saja. Tak ada manfaatnya kpd penabung dan juga kpd kepimpinan TH dan negara. Malah, ianya menampakkan ketidakcekapan pihak pengurusan (CEO) yg ada.
Kepimpinan PM Najib pun turut tercemar sama kerana melantik
mereka yg tak berkemampuan untuk ruruskan TH.

Kesimpulannya, hanya Melayu yg mampu melingkupkan Melayu.
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 1:03 PM

Takpayah keluar duit penabung.. as it is lebih baik simpan.

Yang perlu diperbaiki ialah polisi rizab dan dividen yg tidak berhemah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 1:15 PM

Simpanan TH dijamin kerajaan so kalau lingkup pun rakyat Malaysia lainlah yg kena tanggung. So tak payah risau nak keluarkan.. Jangan lebih memburukkan keadaan. Yang patut dibuang CEO n Chairman and BOD.. Useless bunch of people. Hanya tahu boros belanja duit TH.. Bayar gaji tinggi pun tak guna!

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
January 26, 2016 at 1:28 PM

Salam Sdr. Din,

Memang betul sekiranya semua penyimpan berpusu-pusu mengeluarkan simpanan maka ianya akan membuatkan keadaan lebih buruk. Tetapi secara logik akal, cuba kita bayangkan senario ini:
1) Kemampuan TH membayar penyimpan sebanyak 96 sen bagi setiap ringgit.
2) Ini bermakna untuk setiap RM100, TH cuma mampu bayar RM96.00 sahaja.
3) Jadi jika ada 2 org penyimpan dan kedua-dua mereka menyimpan sebanyak 100 ringgit. Secara tiba-tiba penyimpan pertama mengeluarkan simpanan beliau, apa yang tinggal untuk penyimpan ke-2 tadi?
4) Persoalan sekarang (berpandukan nasihat rakan sdr Din) siapa yg sanggup jadi antara org terakhir untuk mengeluarkan simpanan mereka?

Dalam keadaan ekonomi yg semakin tidak menentu sekarang ini, rasanya lebih baik wang yg ada disimpan sendiri utk tujuan yg lebih bermanafaat dari dibiarkan lesap di curi oleh Pakar Songlap Negara.

Ini cuma pandangan saya.

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 1:34 PM

@Malaysian CybertrooperKecuali kita nampak krajaan dan TH bertindak secara positif kepada isu ini ...... :)

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 1:37 PM

Kalau ada hudud ni,apa la agak nak potong org yg tak amanah ni..?potong kepala bwh tu bagus juga supaya lembaga hitam tu hilang semangat utk hidup..

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 2:29 PM

th kukuh jgn takuuut

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 3:36 PM

Br1m start 28 januari ni.. agak2 kat mana nak cekau duit.. sampai TH, KWAP sama KWSP dah kena... ASB mcmn pulak ye..

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 4:04 PM

Kapal terbang lesap, dana 1MDB lesap, wang di LTH pun lesap juga. Tak tahulah kita berapa banyak lagi yang telah dan akan lesap.

Semoga negara kita tidak ditimpa pelbagai bencana dan musibah lagi yang mengancam kehidupan rakyat jelata. Semoga para pemimpin utama kita sedar akan amanah dan tanggungjawab mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 7:06 PM

Sekarang ni apa saja yg jadi mesti pasal duit. 2.6B, 42M la, dulu duit KWSP org konon nak ditangguh pengeluaran hingga cukup umur 60 tahun, tapi sebab dah dicarut tak berenti dek orang maka tak jadi. Sekarang dah duit Tabung Haji pulak. Kan betul apa yg dicurigakan kita selama ni bila jadinya skandal tanah TRX.

Inila akibat kalau pemimpin mata RM, abes semua dikaut. Kalau dia berenti pun dia tetap kaya raya mewah. 14 keturunan dia pun masih kaya raya. Yg susahnya rakyat yg kena hadap kos kehidupan yg tinggi, GST kena bayar, cukai tu cukai ni. Bukan duit kantung dia yg bayar hutang negara yg berbillion2 tu, Belum masuk lagi duit bunga atas hutang tu. Sebenarnya kita rakyat ni la yg kena bayarkan hutang tu secara tak langsung. Kita yg susah tapi yg di atas tu sikit pun tak luak wang ringgit hartanya. Kita yg bodoh, dia yg cerdik.

Nila berhantunya wang ringgit. Ada satu manusia yg sanggup dimaki-hamun, disumpah-seranah, dicarut-marut, diejek-ejek, dicaci-hina orang, hingga hilang malu kerana wang ringgit. Mana letaknya maruah diri kalau hari-hari disumpah org?? Kerana duit dan kuasa sanggup hilang hormat org.

Hidup ni biarla sederhana, tak kaya pun tak apa, kalau mati biarla kita ni disebut baik, dpd hidup kaya raya mewah tapi bila dah mati, 7 keturunan pun masih di caci hina org. Buat apa hidup kalau tak bermaruah, tak dihormati org. Kalau dah memang tak malu dgn Allah, sekurang-kurangnya malu la dgn masyarakat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 7:29 PM

Kerajaan yg mengamalkan 'cash is king' telah memkn diri sdri...yg jadi mangsa ialah rakyat tpksa menanggung segala kos yg melampau...bagi brim dgn niat nk beli sokongan rakyat...kat manalah nk cekau duit...gali lobang tutup lobang....apa aku kesah dlm hati yg selamanya bakal graduan ekonomi....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 9:56 PM

Saya belum pernah dengar ada mana mana syarikat bayar dividen tahunan lebih daripada keuntunan tahunan. Seluruh ahli lembaga pengarah dan Pengurusi TH ni patut diberhentikan dan disiasat.

Setiap penerima deposit seharusnya mengamalkan prudence dalam setiap urusan perniagaan. Dan setiap ringgit deposit penabung secara prinsipnya mestilah sentiasa boleh dibayar sepenuhnya oleh penerima deposit termasuk apa apa faedah atas deposit.

Soalan yang harus jugak kita tanya kenapa 3 tahun kebelakangan ini keuntungan TH merosot sedangkan tahun tahun sebelumnya tidak ? Tiba tiba kesemua pengurus pelaburan TH jadi biol ke ? Ke perbelanjaan melampaui bajet ke ? Ke belanja main hentam aje ?

Satu persatu institusi yang terbina hasil usaha kerajaan terdahulu mengalami masalah. Lama lama tak ada apa yang tinggal.

Kerajaan apa ni ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 11:51 PM

Itulah masaalahnya bila orang politik menjadi kepala . TH dilantiknya penjilat tegar lulusan " business degree in 30% commission " .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 10:39 PM

Guna duit simpanan bayar kelangsungan dividen selama 3 tahun. Lepas tu CEO berat mulut nak buat penjelasan bila BNM 'sekolahkan' dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 8:50 AM

@hasnul rahmanPunah segala institusi melayu dan GLC dengan ceo2 barua ni... dah tu jadi lembaga pengarah/penasihat 1MDB pulak tu... padan la!!

Post a Comment