........... Isu CREC Bandar Malaysia - Sekali Lagi 1MDB Bermain Politik. Sebarang Pertanyaan Dianggap Sebagai Serangan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu CREC Bandar Malaysia - Sekali Lagi 1MDB Bermain Politik. Sebarang Pertanyaan Dianggap Sebagai Serangan !

Tuesday, January 5, 201633comments



Panas juga rupanya pendedahan semalam ( KLiK ) mengenai kenyataan yang dibuat oleh China Railway CREC kepada Bursa Saham Hong Kong kerana nilai yang disebut untuk pembelian 60% syarikat Bandar Malaysia Sdn Bhd  ( BMSB ) cuma RM5.279 bil dan bukannya RM7.41 bil sebagaimana yang dihebahkan oleh 1MDB.

Ini memaksa 1MDB mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan apa yang berlaku. 

1MDB
Sekali lagi kita dapat lihat 1MDB cuba bermain politik melalui perenggan pertama jawapan mereka ! Sebelum ini kita dah nampak permainan politik 1MDB ketika menjawab persoalan USD850 juta yang didakwa WSJ telah dimasukkan ke dalam akaun pihak ketiga yang namanya mirip syarikat miik IPIC. ( KLiK )


Penjelasan tentang Bandar Malaysia

1MDB mengambil maklum bahawa terdapat sesetengah pihak yang menyerang penilaian jualan tanah bernilai RM7.41 bilion yang terkandung di dalam pengumuman Perjanjian Jual Beli Saham yang berjaya dilaksanakan baru-baru ini dengan Konsortium IWH-CREC bagi jualan 60% ekuiti dalam projek Bandar Malaysia oleh 1MDB. Serangan ini dilihat sebagai percubaan terakhir oleh pihak pembangkang bagi menjejaskan proses rasionalisasi syarikat.


Serangan ? Siapa yang serang2 ni ? Orang BERTANYA la ! Bukan nak backing Tony Pua, tapi beliau pun cuma BERTANYA dan meminta penjelasan kenapa terdapat perbezaan antara kenyataan 1MDB dengan kenyataan CREC tentang satu perkara yang sama.( Mkini )

Kenyataan CREC itu merupakan satu kenyataan resmi syarikat yang diberikan kepada pihak berwajib Hong Kong ( Bursa Saham ) bagi memaklumkan sebarang perkembangan besar syarikat kepada pelabur2 saham. Kenyataan itu juga berupa satu resolusi lembaga pengarah CREC.

Jadi, bila kita baca satu kenyataan yang BERBEZA dari apa yang disebarkan oleh 1MDB, sewajarnya kita BERTANYA. Tujuannya untuk mendapatkan penjelasan dan pengesahan mana satu yang betul, kenapa boleh ada dua versi yang berbeza ?

Adakah dengan BERTANYA itu 1MDB anggap sebagai satu serangan ? Kenapa meroyan tak tentu hala ni ? Apa yang sensitif sangat ni ?

1MDB adalah sebuah syarikat milik penuh kerajaan dan rakyat adalah stakeholdersnya, bukan Umno yang punya dan juga bukan Najib yang punya. Rakyat berhak untuk bertanya dan menjadi tanggungjawab 1MDB untuk menjawab.

So, sekali lagi pesanan kepada 1MDB - Jangan bermain politik ! 

Seterusnya penjelasan dari 1MDB -

Penilaian yang terkandung dalam pengumuman yang dibuat oleh CREC pada HKEx bukanlah merujuk kepada penilaian jualan tanah, tetapi kepada anggaran saham mereka dalam nilai ekuiti bersih projek bandar Malaysia, berdasarkan andaian-andaian tertentu, yang tertakluk kepada perbincangan lanjut ketika tempoh penyelesaian (Completion period) di antara Januari dan Jun 2016. Titik permulaan sebarang perkiraan nilai ekuiti bersih ialah penilaian jualan tanah iaitu RM12.35 bilion, di mana 60% pegangan Konsortium tersebut bersamaan dengan RM7.41 bilion. Inilah asas di mana perkiraan deposit 10% bernilai RM741 juta dibuat dan dipersetujui oleh kesemua pihak.

Ketika tempoh penyelesaian (Completion period), pelarasan mungkin akan dibuat ke atas penilaian jualan tanah RM7.41 bilion tersebut, bergantung kepada sama ada liabiliti-liabiliti tertentu berkenaan Bandar Malaysia boleh dipindahkan kepada Konsortium tersebut, sebagai contoh, baki kos kontrak untuk proses penempatan semula kemudahan sedia ada serta hutang sukuk Bandar Malaysia. Perjanjian yang ditandatangani di antara pihak-pihak yang terbabit pada 31 Disember 2015 mempunyai mekanisme teguh dan objektif untuk menentukan, antaranya, hal-hal seperti ini, yang telah mendapat komitmen semua pihak.


Korang faham apakebendanya yang 1MDB cuba perjelaskan di atas ?


Dari apa yang saya faham, Arul merujuk kepada penilaian harga tanah sementara CREC merujuk kepada nilai ekuiti. Makanya Arul sebut RM7.41 bili dan bayaran deposit adalah RM7.41 juta sementara CREC sebut RM5.279 bil

Tak perlulah kita nak pecah kepala dengan apa yang dikatakan sebagai dua versi berbeza yang digunapakai oleh dua pihak yang menandatangani satu perjanjian yang sama.  

Yang menghairankan dan menjadi tandatanya adalah - apakah salinan perjanjian yang ada pada CREC itu berbeza dengan salinan perjanjian yang ada pada 1MDB ?

Kalau Arul kata pihak konsortium CREC-IWH akan bayar RM7.41 juta ( 10% ) tapi bayaran yang bakal diterima adalah RM527 juta, apakah bakinya akan dianggap sebagai hutang ?

Pelik kan ? Apapun versinya, bila kita sebut pasal duit, ia mesti SAMA. 

Jadi soalan yang kita harap 1MDB dapat jelaskan adalah - Berapa konsortium CREC-IWH kena bayar kepada 1MDB untuk 60% ekuiti BMSB ?

Mudah je kan ....


Satu lagi, 1MDB kata , pelarasan mungkin akan dibuat ke atas penilaian jualan tanah RM7.41 bilion tersebut, bergantung kepada sama ada liabiliti-liabiliti tertentu berkenaan Bandar Malaysia boleh dipindahkan kepada Konsortium tersebut ....

adakah ini bermakna angka RM7.41 bil itu belum muktamad ? 

Bukankah bila seseorang itu beli ekuiti dalam sebuah syarikat, sebarang liabiliti sudah dikira dalam penilaian/valuation ? Contohnya, kalau kita beli 50% ekuiti syarikat A, kita akan ambilkira sebarang liabiliti dan aset syarikat A sebelum kita tetapkan berapakah harga ekuitinya. Kita tidak akan asingkan liabiliti dengan berkata, 50% yang kita beli itu tidak termasuk hutang lama syarikat A. 

Bila kita dah beli 50% syarikat A, kita turut menanggung 50% hutang2 lamanya.


Kenapa apasaja berkaitan dengan 1MDB ini, kenyataan2 yang dikeluarkan selalu berbelit2 ?


Oya, perjanjian2 1MDB dengan CGN dalam penjualan Edra dan dengan CREC-IWH dalam penjualan 60% Bandar Malaysia buat saya teringat perjanjian 1MDB-Petrosaudi .... kenapa syarikat2 itu tidak buat perjanjian SEMUDAH macam 1MDB-Petrosaudi ek ? 

Tak sampai 10 hari boleh settle semua, siap boleh bayar penuh lagi USD1 bilion ! Apakah pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB sudah melakukan segala apa yang patut ( due diligence ) sebelum menandatangani perjanjian dengan Petrosaudi sebagaimana yang dilakukan oleh CGN dan CREC-IWH ? 

PS - Bagi saya, semua 'kekeliruan' ini berlaku kerana Najib terdesak mahu tunjukkan kejayaan Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB ..... maka sebarang nilai harus diperbesarkan semaksimum mungkin. Kemudian nilai2 jualan itu akan dicampurkan bagi menunjukkan betapa tinggi 1MDB mampu dapat hasil jualan aset bagi menjelaskan hutang2nya.

Padahal angka2 yang disebut itu semua belum muktamad lagi ! Begitu juga dengan nilai jumlah hutang terkini 1MDB, kenapa masih duk sebut RM42 bilion padahal angka itu adalah angka Mac 2014, iaitu hampir dua tahun lalu. Rasanya jumlah hutang terkini 1MDB sebelum jualan Edra sudah hampir RM50 bilion !

Terdesaknya Najib nak 'bersihkan' namanya @ 1MDB. Tapi janganlah sampai menipu ......


PS - Penjelasan 1MDB mengenai penjualan 60% Bandar Malaysia masih belum lengkap.

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2016 at 10:03 PM

bab cubaan menipu ni mmg dah jadi permainan 1mdb dan najib.. dia hanya keluarkan kenyataan half truth.

pastu bila orang tanya dia kata kita yang main persepsi. bila orang panggil bangang tau pulak terasa..

kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
January 5, 2016 at 10:10 PM

Nampaknya rakyat kena kantoi lagi!!..tak habis2 lah msaalah emdb ni!...klu tk pndai niaga, dah rakyat suruh turunlah....turunlah!. Ganti ngan orang lain. Bukn sikit2 duit tu billion2....klu negara maju x pa, ini negata dah nk muflis mcm greece. Rakyat pun nk hidup tapi mcm dah nk mati!!......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2016 at 10:44 PM

Din,

Pusing kebelakang sikit . Depa jual tanah sekangkang kera kat TH , depa suruh bayar la la tu jugak (bullet payment) masa sign S&P . Dekat konsortium apek tanah yg bernilai 12b depa mintak 10% saja.

Tu pun dok kata depa tak pekena TH

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2016 at 11:23 PM

Actually they have not yet settled so many things - and yet they want to show to the world that they have got it settled in most parts including the very important item on price to be paid by the buyer. As for the Chinese from China, they certainly have a very good reason for playing along - up to a point, of course. All because they are looking at the big picture... - if you know what I mean. Hint: Chinese from China telling the Americans, you have your TPPA, but we also have this and that on our way of dominating Malaysia and the rest of SEA (not to say the world!).

And here we are the pitiful Malaysians caught in the middle due to no fault of ours but certainly due to the fault of you-know-who and close associates.

Are you now shedding a tear or two for Malaysia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2016 at 11:48 PM

Berdasarkan kenyataan oleh pihak CREC, Konsortium IWH-CREC membeli 60% tanah Bandar Malaysia pada harga RM 5.279 bilion, pihak CREC akan membayar sebanyak RM 2.639 bilion, kalau dikira RM 2.639 bilion daripada RM 5.279 bilion adalah 50% sedangkan berdasarkan kenyataan daripada 1MDB, Konsortium IWH-CREC, IWH memiliki 60%, manakala CREC memiliki 40%.

1MDB perlu memberi penjelasan mengenai banyak sangat percanggah maklumat dalam isu ini.

....................
Reply To This Comment ...................
January 6, 2016 at 12:13 AM

agaknya semasa pengurusan 1MDB berbincang dan menghasilkan draf kenyataan akhbar ni..mereka tgelak terguling2 kerana mereka pun xfaham apa yg mereka belit2kan.bila draf sampai ke CEO tuan arul ketawa sampai keluar airmata..terharu atas hasil penulisan dan penjelasan kreatif untuk membangangkan dan bengangkan rakyat malaysia yg membayar gaji mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 12:24 AM

S&p ni Conditional or unconditional . Usually take over/ mgo yg have conditional and unconditional

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 3:06 AM

Lagi memeningkan kepala...1MDB keluarkan 2.4 billion ringgit ($728.49 million) Islamic Bonds utk biayai pemindahan unit pertahanan di lokasi Bandar Malaysia.

Bandar Malaysia Sdn Bhd, a unit of 1MDB Real Estate Sdn Bhd, said in a statement to the central bank on Tuesday that it will issue one- to 10-year sukuk by private placement to unnamed buyers.

JUAL SUKUK KPD UNNAMED BUYER????

AmInvestment Bank Bhd is advising on the sale of the sukuk, which will not be rated by credit-rating firms.

NON-RATED SUKUK????

http://www.theedgemarkets.com/my/article/1mdb-china-railway-valuation-bandar-malaysia-deal-based-net-equity-value-project
The Bandar Malaysia deal would come with strings attached, such as a RM2.4 billion sukuk and the RM2.7 billion cost to relocate the Kuala Lumpur Air Force Base (PUKL) to a new site, which includes the land acquisition and construction costs, the report stated.

However, the report stated that an estimated RM1.6 billion of the Bandar Malaysia sukuk has been drawn down, leaving the outstanding liability on 1MDB’s accounts to be less than the RM2.4 billion nominal value.

The report also stated that a chunk of the sum for the relocation of PUKL has been spent, and outstanding work is estimated to be about RM1.9 billion.

This raises the question about how much cash 1MDB will be able to raise from the sale of the Bandar Malaysia land, in view of how much of the liability and encumbrances, the consortium is able to assume.

Adooooi..............

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 3:40 AM

Selain duit gst, duit tu kot yg digunakan utk bayar 'pemberian khas' baru2 ni...hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 7:20 AM

Berfaktakan perbezaan angka yang berbeza, saya minta mana2 pro najib commentators to respond to the following:

Dalam Islam

1. Apa hukum orang yang berbohong?
2. Apa hukum pemimpin menzalimi yang dipimpin?
3. Apa hukum orang percaya membabi buta?
4. Apa hukum pemimpin rasuah?

Soalan simple tapi perlu jawapan daripada cai2 najib especially bloggers dalam mykmu, semut hitam dsbnya. Failure to respond to these simpke straight questions confirm that they are paid bloggers without grey matter

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 7:41 AM

penat dh dgn melayu elit ni. mana pakar ekonomi. mana pakar sejarahwan, mana pakar daulat melayu, ngo2..perkasa la perkida la baju merah la tinju la gabungan ahli itu la ini la kipidap la. nnt semua bandar dah jual ke orang luar baru melalak lalak.wahai ketua bahagian ke jkkk ke apa ke benda jawatan korang umno yg luar kuala lumpur tu...jgn dtg kl melalak. korang punya bos umno yg jual tanah kasi niaga pd org luar. korg dtg kl melopong bayar tol mkn mahal duk hotel mahal la nnt akan dtg. xmampu ..tdo la bwh jambatan. anak2 korang berhijrah kl belajar kerja mengadu mahal itu ini...kasilah duit ke diorg. jgn duk maki. korang punya xbuat apa masa sekarang ltk pemimpin jahanamkn masa depan anak cucu korang sendiri. jgn dtg kl melalak!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 7:57 AM

Bursa saham Hong Kong boleh siasat kes ni kerana ada asas manipulasi berita awal S&P tanpa due diligence dan tanpa subscribe kpd std yg tinggi premature announcement to investors yg boleh memberi persepsi yg salah kpd investors.

Pihak SC diMalaysia sepatutnya menyiasat jugak motif 1MDB mengelirukan pasaran modal dengan premature announcement dan maklumat urusniaga yang deceiving kpd awam bag I tujuan self-interests.

Inilah bala musibah yg terbit dari niat nak menipu berterusan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 8:21 AM

pak din minyak turun tak sorang pun nak puji kerajaan, pak din orang melayu kat penang nak kena halau, tanah dah dijual kepada cina singapore tak seorang pun nak komen, israel bantu dap dia orang buat penkalan tentera di sini tak seorang nak komen, mari pak din kita turun ramai ramai kat penang angkat sepanduk bantah kemon pak din. jgn cari salah orang je kita bertindak bantu orang melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
January 6, 2016 at 8:42 AM

aku orang kampung , tak reti nak ulas bab niaga bilion bilion, tapi kalau orang niaga menipu bilion bilon ni aku mudah faham , isu 1 MDB ni bukan susah nak faham pun, 1MDB adalah perniagaan orang politik yang ada kuasa, 1 cara bagaimana orang politik nak buat duit penuhkan tembolok sementara masih ada kuasa, menipu, rasuah, berbohong, cakap putar putar , bukan sesuatu yang asing bagi orang politik, malangnya tidak cukup dengan derma yang berbilion bilion, tanah negara pun dilangsaikan ... bila pemimpijn rasa Cash is King , dua cara mereka nak kekal berkuasa, pertama beri sedikit gula gula, kedua nyanyi lagu anak kecil main api .. maka takutlah orang melayu nak undi orang lain, ... maka pemimpin akan teruskan agenda mengisi tembolok mereka lagi .. begitulah sampai mamposss..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 9:13 AM

Rakyat malaysia dah dibodohkan. Bukan dua kali, tapi dah banyak kali. Tuan Din, kalau ada masa cuba senaraikan kronologi Najib dan kuncu2 penyamunnya membodohkan rakyat Malaysia. God bless you and all the readers as well.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 10:58 AM

inilah bangang nya puak puak tak puas hati, kalau betul pun nilai nya secara purata, puak puak ni akan kira perbezaan nya sampai ke angka sen. dan kemudian melalak lagi 1mdb tak tau kira beza 5 sen. tak abih abih, itu sal bila guan eng jual tanah di penang tak de melalak sal guan eng jual kira angka genap. 300 juta, 12 juta, israel bagi 1.2 billion. dan tidak ade angka peratus. itu sal semua setuju ape guan eng buat. betul tak pak din, aku pun sokong cara guan eng mudah dan tepat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 11:16 AM

Salah tu.....

"Korang faham apakebendanya yang 1MDB cuba perjelaskan di atas ?"

Sepatutnya ayat yang lebih sesuai adalah...


Najib faham apakebendanya yang 1MDB cuba perjelaskan di atas ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 11:21 AM

Cer Najib, kuncu, serta pengikut membuta tuli Najib citer, pasal apa 1MDB kata harga 60% ekuiti Bandar Malaysia RM 7.41 bilion, tetapi berdasarkan pengumuman oleh CREC dalam Bursa Hongkong pula nyatakan 60% ekuiti Bandar Malaysia hanyalah RM 5.279 bilion sahaja. 1MDB kata Konsortium IWH-CREC dikuasai 60% oleh IWH dan 40% oleh CREC, tetapi dalam pengumuan oleh CREC dalam Bursa Hongkong bertarikh 01 Januari 2016, CREC kata dia akan bayar untuk sebahagian dari 60% ekuiti Bandar Malaysia yang berharga RM 5.279 bilion itu pada harga RM 2.639 bilion, ini bermakna 50% dari nilai 60% ekuiti Bandar Malaysia itu, pasal apa 1MDB kata CREC hanya kuasai 40% sahaja dari 60% ekuiti Bandar Malaysia itu sedangkan CREC nyatakan dia bayar kos yang bersamaan 50% dalam 60% ekuiti Bandar Malaysia tu? Sekarang ni apakah 1MDB nak tuduh CREC membuat pengumuman palsu di dalam Bursa Hongkong itu ke? Atau apakah pihak 1MDB nak saman CREC berdasarkan percanggahan maklumat ini dengan menuduh CREC menipu dalam pengumumannya itu? Bila nak saman, hari Selasa lagi ke? Tak tahulah Selasa bila, macam isu saman WSJ, dah berbelas Selasa sejak bulan Julai yang lalu, sampai sekarang tak saman-saman lagi, semalam pun Selasa juga, tapi tak dengar atau nampak apa-apa berita mengenai saman Najib terhadap WSJ itu pun. Sebenarnya Najib, kuncu-kuncu, serta pengikut membuta tulinya itu hanya merapu sahajalah yang lebih, auta sana, auta sini, tipu sana, tipu sini, bohong sana, bohong sini, sampai bila nak jadi pembohong ni, tak malu ke?

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 11:21 AM

12.24 AM

"S&p ni Conditional or unconditional."

Cer tanya najib, dia kan ker pee empt, kalau dah pee empt sepatutnya lebih bijak, mesti pandai dari rakyat, tu pasal dia pee empt.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 12:44 PM

Bagaimana pemimpin melayu Yg ada kuasa? Ada dia org bersuara... Takan rakyat biasa saja Yg dikerah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 1:07 PM

Btl tu.. Mmg niat dan keje dap menjahanamkan org melayu..
Tp umno?
Niat mempertahankan org melayu dan institusi agong..
Tp keje dia sebaliknya pulak..
Kekuasaan dap di penang shj..
Umno bagaimana plk?
Yg menjadi keutamaan skrg yg mana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 1:10 PM

Apa benda syaiton ni merapu..
Dia nk meperjelaskan sesuatu yg bermakna ke atau nak mengalihkan pandangan keatas salah org lain supaya pemimpin pujaan dia nmpk mulia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 2:11 PM

1. Kenapa lak nak puji minyak turun? Patut, lama dah turun. Turun pun mcm tak serupa turun, tak beri kesan. Pasal tol naik, GST naik. Harga brg atau servis yg dah naik tu bole turun ke??? Kes org kg kena halau tak tentu pasal, kes Israel dgn DAP tu ko ada bukti ke? Cuba explain mcm En Din Turtle siag ngan references lagi. Yg terang ngan bukti tak nak lak angkut sepanduk! Tu rumah they all, org Penang tak suka, next time vote ler opposition out! Bandar Malaysia ni stakeholders kita semua, last I checked our PM is still DSN! Still BN kan? Pasal apa tak bising? Yg hak org/negeri org nak buat asal nak campur? Nasib engkaulah Labu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 2:49 PM

Knp tak puji bila minyak turun?
Kalau rega minyak pasaran rm1.85 tp govt turunkan harga ke rm1.60 baru boleh puji.
Yg govt jual Tanah negara kpd negara china apa cer?
Penasihat pm bkn?
Sudah2 la gunakan propaganda yahudi.
Kalau umno mmg utk bela melayu knp tanah sg besi yg digezatkan utk bumiputera di jual pd org lain? Dlm beratus ekar berapa je yg tinggal utk org melayu?ke xde langsung? Sudah2 la nak alih soalan. Jwb dulu knp apa yg 1mdb disclose xsama dgn cgm? Soalan yg sng je

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 2:52 PM

Si Pee Empt tu bijak ke...?
Patut eja mcm ni Pee Empty..lebih sesuai utk dia sbb otak dia 'kosong', da tak bole nak fikir.
Tak abis2 nak menipu cik wan ni...uhmm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 3:01 PM

Pengumuman crec nilai belian equity 60% bandar malaysia oleh konsortium joint venture iwh & crec sejumlah myr 5.279 billion dan bayaran bagi pihak crec myr 2.639 billion sebagai sebuah syarikat yang di senaraikan di papan bursa saham crec terikat untuk mendedahkan nilai pelaburan yang mereka buat kerana ianya melibatkan kepentingan kewangan pihak pelabur & pemegang saham majority & minority crec dalam bahasa mudah duit bayaran myr 2.639 billion adalah duit para pelabur & pemegang saham crec yang dilindungi dibawah akta bursa syarikat tang ni arul jangan cuba nak kencing.

Berkenaan laporan crec nilai belian 60% bandar malaysia oleh konsortium joint venture iwh & crec kesemuanya berjumlah myr 5.279 billion yang mana pihak crec membayar myr 2.639 billion apabila dikira secara unit peratus pegangan crec adalah sebanyak 49.9% dan lebihan myr 2.640 billion bahagian iwh adalah sebanyak 50.1% perbezaan myr 1 juta yang membezakan peratus unit pegangan saham diantara iwh & crec, peratusan kecil ini yang dilaungkan oleh 1mdb seolah2 peratusan besar milik iwh, rakyat malaysia pun tahu crec bukan bodoh hanya arul @ 1mdb yang ingat rakyat boleh dikencing.

Baik, setelah 1mdb menjual 60% equity bandar malaysia kepada konsortium joint venture iwh & crec berjumlah myr 5.279 billion bermakna 1mdb masih memiliki baki 40% equity bandar malaysia berjumlah myr 3.519 billion yang mana keseluruhan 100% nilai bandar malaysia adalah myr 8.798 billion, apa yang dinyatakan oleh arul dan seperti terdapat dalam audit 1mdb bagi tahun 2013 nilai bandar malaysia sebanyak myr 12.35 billion adalah estimation evaluation round figure bagi tujuan memudahkan 1mdb membuat gadaian keatas asset bandar malaysia dengan instituasi kewangan yakni bank dan ianya bukanlah the actual market price value arul kanda juga tak boleh kencing tang ini dan jumlah myr 8.798 billion adalah nilai sebenar mengikut pasaran semasa faktanya nilai jumlah 60% yang dipersetujui oleh konsortium iwh & crec dan buktinya terkandung sebagaimana pengumuman crec kepada bursa saham hong kong dan pengumuman tersebut turut dimuat naik oleh crec di dalam laman rasmi milik china railway group limited.

Kepada cai najib silalah bekerja lebih keras lagi kerana usaha belit pihak najib @ 1mdb nampaknya semakin menjurus ke dalam gaung yang lebih dalam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 3:50 PM

MOF tolong komen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2016 at 9:01 PM

Kuat belit lah arul cakap accountastic lebih kurang bombastic aku rasa dia sendiri tak paham apa yang dia cakap sebab nak menipu punya pasal nak putar tentang equity arul ingat dia sorang sajja faham apa itu equity hahaha

Equity milik 1mdb berapa % keatas bandar malaysia adakah 100%? atau hanya 70% & 30% dimiliki oleh pihak bank sebagai pemberi pinjaman kepada 1mdb keatas eset bandar malaysia, jika begitu halnya pihak konsortium iwh + crec tidak terlibat dengan equity milik bank kerana konsortium hanya membeli 60% dari equity milik 1mdb, segala masalah equity yang di miliki oleh bank adalah liabilti 1mdb tak boleh dipindahkan kepada konsortium kerana perjanjian adalah diantara pihak bank dengan 1mdb dan konsortium hanya membeli % equity milik 1mdb bukan membeli keseluruhan syarikat 1mdb dengan semua eset & liabiliti.

Lagi teruk lah 1mdb jawabnya 60% tanah sudah tergadai dengan harga yang jauh lebih rendah dari anggaran pendapatan 1mdb yang dikatakan ada nilai aset lebih 50 billion skang nak kena tebus balik peratusan eqiuty yang berada dengan bank hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2016 at 8:24 AM

Bro din turrle pihak 1mdb sudah jawab ada cam perakuan berkenaan equity 60% 5.279 billion dan jumlah 100% equity bandar malaysia 8.8 billion tapi tetap belit pasal 7.41 billion dan 12.35 billion hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2016 at 3:38 PM

Minyak turun apekendanya? Klu ikut harga semasa...sepatutnya ia jauh lebih rendah drpd skrg. Tapi itupun kerajaan masih nak ambil untung lg...bukan menganiaya rakyat ke namanya tuh?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2016 at 2:06 PM

Jika benar gst adalah untuk menampung kekurangan dari hasil minyak. Maka, terbuktilah bahawa kerajaan tidak efisien dalam menguruskan kewangan negara terlalu bergantung kepada hasil minyak. Kenapa tidak dipelbagaikan sumber pendapatan negara ?

Lepas ni kita nak wat kempen apa lagi untuk mengurangkan kos sara hidup. Buat 2 pekerjaan ? Bawak bekal dari rumah ? Rakyat tak perlu untuk buat semua tu. Yang rakyat mahukan ialah gantikan pemimpin negara kerana itulah cara terbaik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2016 at 2:56 PM

Cuba la terangkan perbezaaan tu dlm bentuk ayat matematik yg mudah..
CTH..7 - 5= 2..2 itu adalah hutang lapuk yg akan di tanggung oleh CREC...
Kan senang...
Kalau salah ..bagi tau je la...

Memang jenis buta matematik..1MDB ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2016 at 10:17 PM

Crec dan iwh beli equity bukan beli sluruh syarikat nak tanggung hutang 1mdb jadah apa yang berhutang syarikat 1mdb, jual equity pun tak boleh langsai hutang sebab interest sudah mengunung tu yang meraban macam orang hilang akal dan salahkan orang lain.

Post a Comment