........... HOT ! GKCM Melebarkan Sayap Ke Utara ! - Usul Umno Adakan Referendum/Pungutan Suara Membuktikan 3 Juta AHi Sokong Presiden | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HOT ! GKCM Melebarkan Sayap Ke Utara ! - Usul Umno Adakan Referendum/Pungutan Suara Membuktikan 3 Juta AHi Sokong Presiden

Monday, January 11, 201629comments



Wakil jurucakap adalah salah seorang Ketua Cawangan dari Pulau Pinang, Saudara Mohd Halim Saad.

- Kemorosotan sokongan ahli Umno dan rakyat kepada pemerintahan Presiden yang juga Perdana Menteri jika tidak ditangani segera akan membawa kemusnahan

- Presiden telah gagal menepis serangan2 ke atas nya dan tindakan2nya terhadap para pengkritik amat memalukan parti

- Presiden suka bertindak sewenang2nya. Tindakannya menyingkirkan Timbalannya sendiri menunjukkan kesombongan yang tidak dapat dibendung lagi

- Populariti Presiden terus menjunam

- Kehidupan rakyat semakin mencengkam dengan kenaikan harga barang ekoran GST dan kejatuhan nilai ringgit

- Masa makin suntuk untuk memperbaiki segala kerosakan angkara Presiden

- Ahli Umno perlu merubah cara berpolitik dengan tidak lagi turut membuta tuli pemimpin

- Presiden telah gagal membawa imej seorang pemimpin yang disanjungi oleh rakyat jelata

- Sikap Presiden yang tidak mahu membaiki kesilapan dirinya sendiri amat menjengkelkan

- 3 Resolusi asas GKCM turut dilaungkan iaitu, Pertama, Presiden perlu melepaskan jawatannya kerana beliau sudah menjadi satu liabiliti kepada Umno. Kedua, Pemilihan parti pada tahun ini hendaklah diadakan. Ketiga, tidak ada tindakan diambil terhadap ahli2 Umno yang berani bersuara mengkritik parti.

- Usul Baru - Menuntut kepimpinan Umno mengadakan satu Referendum atau satu Pungutan Suara dikalangan ahli2 Umno bagi membuktikan dakwaan Presiden yang beliau mendapat sokongan penuh lebih 3 juta ahli Umno.




KLiK untuk ke Youtube

PS - err .... lain kali minta GKCM latih dulu wakil jurucakap media supaya lancar sebutan

Di bawah pula luahan Pengerusi GKCM Wilayah Utara, Saudara Shaharudin Saad 43, yang lebih senang dipanggil dengan nama Pak Su.



KLiK untuk ke Youtube.

- sebagai ketua cawangan yang bercampur dengan rakyat diperingkat akarumbi, kami mendengar rintihan rakyat bawahan. Apa yang kami nampak, kepercayaan orang ramai terutamanya ahli2 Umno, kepada parti Umno adalah pada tahap yang paling rendah.

- Kami risau kerana Umno sebagai tunggak kepada kekuatan Melayu bakal berdepan masalah ketika PRU14 nanti. Ramai ahli2 Umno sendiri tidak yakin untuk mengundi BN Pru nanti.

Memang beratlah keadaannya kalau ditakdirkan PRU14 ini, Najib masih memegang tampuk kuasa. Memang tipislah peluang. Sebab itu, kalau boleh kami minta dia turun sebagai Presiden Umno untuk meneutralkan balik situasi yang tidak stabil di dalam Umno di bawah ini.

- Penyebab kepada penurunan sokongan ahli Umno dan rakyat adalah Najib.

- Desakan ini bukan kerana sebab peribadi tapi kerana kami sayangkan Umno. Kami mahu Umno terus menjadi teras kepada pemerintahan negara.

- Tradisi Umno yang membela rakyat sudah tidak nampak lagi ketika ini.

Share this article :

+ comments + 29 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2016 at 8:40 PM

Tradisi membela kroni.rakyat no 2.No retreat no surender!!.Aku Pm,peduli apa aku.Tpm pun back up aku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2016 at 10:11 PM

-luv tun m.

moga segalanya dipermudahkan . andai najib tidak turun, mungkin orang umno sendiri yang akan baikot undi di pilihan raya akan datang nanti .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2016 at 11:12 PM

sikap denial sindrom akan terus menyelubungi pemimpin yang dapat habuan dan blogger prepaid. mereka ini akan dikatakan golongan kecewa. memang mereka ini terdiri daripada golongan yang kecewa dengan pemimpin atasan masa kini. kecewa dengan masalah yang melemahkan umno, masalah yang masih lagi tak dapat diselesaikan dengan mudah. memang ramai yang kecewa kerana ramai pemimpin telah dirasuah dengan habuan kalu dah dapat, sokong la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2016 at 11:35 PM

Najib adalah liability kepada UMNO dan Negara rakyat yang marahkan najib namun UMNO yang terpaksa menerima musibahnya, UMNO ibarat sedang memikul se ekor biawak hidup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2016 at 12:27 AM

saya ahli UMNO yg cuma akan mengundi utk DUN dan rosakan undi parlimen

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2016 at 12:43 AM



Sangat setuju dengan 12.27.

Selagi Najib tidak turun, saya sekeluarga tidak akan memberi undi kepada UMNO/BN di peringkat Parlimen.

Kami akan hanya memberi undi kepada UMNO/BN di peringkat DUN sahaja.

Itu pun dengan syarat UMNO mengambil tindakan yang positif dan proaktif yang boleh diterima oleh semua pihak dalam UMNO itu sendiri, termasuk para pengkritik.

Jika tidak, bye-bye UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 12, 2016 at 1:47 AM

Tahniah & terima kasih.

Perlu digerakkan secara besar-besaran.

Tak boleh tunggu lagi. Nanti banyak kerosakan akan berlaku pada negara ini.

Najib perlu diundurkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2016 at 2:13 AM

Aku mahu perlembagaan umno dipinda bagi membenarkan semua ahli umno diberi kuasa mengundi dalam pemilihan parti sebab sudah hilang kepercayaan terhadap ketua2 bahagian yang mudah dibeli.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2016 at 8:45 AM

Kita akui bahawa sebahagian besar KBU, ketua cawangan dan ahli umno termakan "budi" najib yang merupakan wang, pangkat dan lain2. Tak payah komen menteri2 najib yang ada sekarang yang telah dibutakan mata, dipekakkan telinga dan dibisukan mulut mereka dengan bermacam2 imbuhan.

Apa yang saya persoalkan di sini bahawa adakah ketua2 cawangan yang lain juga dikenyangkan oleh najib sehingga tak ramai yang berani dan mengikuti GKCM yang ada sekarang? Mengapa terlalu lembab gerakan ini dan nampak tak bermaya walaupun cakap berdegar2? Jangan jadi hangat2 tahi ayam!

I give GKCM ANOTHER 5 MONTHS to make wave and impact failing which ahli umno biasa dan rakyat yang dulu sokong umno akan lupakan umno buat selama2nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2016 at 8:59 AM

yang hang sedap kutuk Presiden tu..kena ambil tindakan ke?
Kamon la..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2016 at 8:59 AM

dun dan parlimen tempat aku dua2 adalah penjilat tegar najib pada pru14 selagi najib masih pm 9 undi dari kerabat kaum keluarga aku takan pergi pada umno walau pun memecah tradisi kami peduli apa lagipun najib dan penjilat bukan peduli pun pada nasib kami kali ni apa nak jadi jadilah siapa mau prentah prentah lah asal bukan najib sudah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2016 at 9:44 AM

GKCM tetap ada kelemahan. Tunggu apa akan berlaku sewaktu pemilihan ketua cawangan dan bahagian nanti. Duit boleh mengubah ketetapan pendirian!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2016 at 11:26 AM

Malaysia rating sudah turun dari positive kpd stable mungkin kerana current account yg sarat dgn hutang deficit makin melebar tambah pula dgn hutang wan emdibi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2016 at 11:37 AM

UMNO sah sedang diperintah dan ditawan oleh musuh Islam,bangsa Melayu dan negara.Pahlawan Bugis ini telah pun bermain kasar,.....jadi apa yang bangsa Melayu perlukan sekarang adalah pendekar handalan seperti Mat Kilau,Datuk Maharaja Lela,Rosli Dhobi dan Jebat Derhaka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2016 at 11:54 AM

sekarang kecoh pasal lge ambil duit berjuta. tapi tang ahjibgo mana, tak bising pun. kenapa bising tang dap tapi membisu tang ahjibgo mana dapat duit derma masuk akaun sendiri. patutnya buat la laporan polis sebagaimana laporan polis yang dibuat terhadap ahjib go mana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2016 at 2:07 PM

Walaupun Najib turun..pengganti dia tu fham2 sahajalah..dri kpala smpila ke bwah.. ke peringkat bahagian pemakan dedaknya (tegar pulak tu)..jadi slagi mngundi BN xkirala DUN atau parlimen..jika mereka menang keadaan tetap sama. sekali skala bgila pengajaran sikit pada mereka. Tiap2 tahun menang sampai pijak kepala rakyat. Sy hargai usaha yg dilakukan GKCM, tapi maafla penyakit dlm UMNO dh peringkat ke4..tahap kronik dh xboleh nk dirawat lgi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2016 at 4:15 PM

Anon 8.59,

1. Kutuk presiden salah, curi duit rakyat betul pulak!

2. Pemberi maklumat salah, pesalah pula jadi malaikat!

3. Kritik presiden kena ambil tindakan, presiden menipu dan merasuah ahli puja2!

Hang ni, elok buat check up dari hujung rambut ke hujung jari......WAKE UP FRON YOUR DEEP SLUMBER...huh

....................
Reply To This Comment ...................
January 12, 2016 at 7:29 PM

Selagi Najib ada Negara tak akan aman , ringgit akan jatuh , barang yang sepatut turun bila harga minyak turun pulak naik. Bini dia pernah cakap kat kawan dia pondan, bila pondan itu tanya masalah 1 MDB dan negara, ini jawapan "Aku apa peduli dia PM' so macam mana kita nak ajar pompuan yang bongkak dan kuat mandram,saperti mana yang di sebut olih penjual karpet Deepak tang boila nak bongkar kisah harta dan cara mandram Rosmah, dia mendapat habuan pinjaman sebanyak kat lebih RM200 juta. Dan baru baru ini DEEPAK sdiberi 10 tahun tangguh dari membayar interest, memandangkan bank Rakyat Bank dia orang punya.Ramai ramai lah orang malaysia minta pinjaman kat banak rakyat , nanti cepat bankrap kalau pinjaman saperti itu diberi.

....................
Reply To This Comment ...................
January 13, 2016 at 12:24 AM

100% sokong

....................
Reply To This Comment ...................
January 13, 2016 at 12:26 AM

Kenapa nak tunggu hari mengundi?

Tak lama lagi dah mesyuarat Agung cawangan2.
Buat usul/ketetapan minta Najib letak jawatan dlm Umno dan kerajaan.

Kalau nak tunggu sampai PRU14, aku yakin, Umno dan BN akan melingkup selagi Najib pegang General Perang.

....................
Reply To This Comment ...................
January 13, 2016 at 2:50 AM

Selamat tinggal UMNO,
Terima kasih ds najib kerana membongkar segala kepincangan dan kerakusan yg selama ini berjaya diselindungi ....sekarang aku faham apa itu kronisme.....bye bye.sorry

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2016 at 12:26 PM

Percayalah Umno memang sedang nazak skrg ni....dah siap tempah keranda pun....dan pasti berkubur pru akan datang jika najib masih kekal di tampuk kuasa. Rakyat majoriti memang dah muak dgn pemerintahan skrg. Ko buatlah pembaharuan dan segala mak nenek utk memenangi semula hati rakyat.... semuanya tidak akan kemana2 bak pepatah 'ngabihkan borehhh aje'. Hati rakyat dah hancur lebur dan tak boleh terpujuk lagi. Sayonara umno....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2016 at 1:35 PM

Agak2 PM ni boleh tahan dgn belanjawan defisit yg semakin membengkak , hutang negara dan 1MDB yg semakin perit utk di langsai akibat dari Rinngit yg semakin lemah dan Crude oil menjunam ke paras USD30/31 setong berbanding dgn budget USD48/setong. Mungkin rakyat terpaksa menanggung lagi masalah Najib ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2016 at 1:41 PM

Abang Din, apabila Ah Jib Gor tendang keluar Datuk Muhyiddin dan Datuk Shafii, UMNO telah lupus! Sekarang tertinggal JIB-NO.

....................
Reply To This Comment ...................
January 14, 2016 at 1:43 AM

Janganlah ikut perasaan yg merugikan Melayu kerana inilah tujuan jahat musuh2 yang bertekad untuk menghapuskan kuasa politik Melayu, Islam & Raja2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2016 at 9:19 AM

Salam Bro Din,aku harap dengan kedatangan Tahun 2016,gelombang untuk menyingkirkan Najib makin kuat.Aku sokong 200%.Selagi dia memerintah Malaysia semakin jadi tak selamat.Nak bayar hutang 1MDB rakyat Malaysia yang kena tanggung.Perdana Menteri sengal.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2016 at 2:49 PM

Ingat melayu ni berani. Meleset pandangan saya...rupa2nya penakut, suka rasuah, suka mulut ditutup, mata dibuta dan telinga dipekak sebab duit punya pasal.

Jangan mimpi GKCM akan berjaya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2016 at 5:15 PM

-luv tun m.

perkara ini melibatkan maruah parti . parti tidak bersalah, yang bersalah adalah pemimpin. jika tidak boleh pimpin, turun ! .

-isunya disini adalah tahap kesabaran orang-orang melayu umumnya yang sentiasa sokong UMNO. tetapi disebabkan sikap pemimpin yang lemah telah membuatkan melayu menjadi malu pada kaum lain . tak malukah? .

tidak mustahil sedikit sebanyak akan ada sebahagian rakyat yang rosakkan undi atau baikot kerana amat bencikan pemimpin tetapi bukan parti .

- hamba penyokong UMNO bn kerana parti UMNO itu adalah parti keramat orang melayu yang terbesar di negara ini .

- jangan kerana sikap pemimpin yang penakut, gilakan harta benda dan tidak boleh memimpin, rakyat menjadi meluat terutama sekali pengundi atas pagar ! .

- Parti tidak bersalah, yang bersalah adalah pemimpin !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2016 at 11:58 AM

Anon 2:49

Apabila kita ambil rasuah..automatik kita akan jadi penakut...mata pun but a..telinga pekak...
Melayu tak byk yg berubah..kebanyakan penakut...hormat sangat kan pemimpin..biarpun pemimpin bersalah..jahat..seleweng...
Kesian melayu...
Tak paham perjuangan Jebat...
Kita nama je Islam...tapi tak mengikut ajaran Islam...
Sedar lah wahai MELAYU...

Post a Comment