........... GKCM Tuntut Ketua2 Bahagian Kedah Turut DiGantung Seperti Teluk Kemang Atas Tindakan Yang Sama | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

GKCM Tuntut Ketua2 Bahagian Kedah Turut DiGantung Seperti Teluk Kemang Atas Tindakan Yang Sama

Thursday, January 21, 201615comments


Petang tadi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia ( GKCM ) telah menyerahkan satu Memorandum kepada Umno yang diwakili oleh Datok Raof. Memo berkaitan sidang media yang dibuat oleh Ketua2 Bahagian Umno Kedah semalam yang disifatkan sebagai melanggar disiplin parti sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Tribunal Disiplin kepada 9 orang Ketua Cawangan Teluk Kemang bulan lepas.



KLiK untuk ke Youtube.


9 orang dari Umno Teluk Kemang telah pun dihadapkan ke Tribunal Disiplin atas alasan seseorang ahli Umno itu tidak boleh membuat sebarang Press Conference untuk menyuruh mana2 pemimpin untuk meletakkan jawatan ataupun menunjukkan sikap bahawa tidak ada kenyakinan terhadap kepimpinan seorang pemimpin yang telah dilantik itu.

Jadi apa yang berlaku di Alor Setar malam tadi adalah perkara yang sama.

Kalau 9 orang dihadapkan ke Tribunal Disiplin daripada  Umno Teluk Kemang dan akhirnya mereka telah dijatuhi hukuman gantung hak untuk memilih dan dipilih selama 6 tahun,  GKCM menuntut perkara yang sama supaya Tribunal Umno dan juga Umno mengambil tindakan terhadap mereka ini. Tidak boleh berlaku Double Standard dalam membuat sebarang keputusan tentang Umno.

Apa yang kami mahu di sini adalah KEADILAN DAN KESAKSAMAAN.


Kami mahu 6 tahun juga dijatuhkan kepada semua yang berada di PC di Alor Setar semalam.


Di bawah adalah kandungan memo yang telah diserahkan tadi -

MEMORANDUM

GABUNGAN KETUA CAWANGAN MALAYSIA

21 JANUARI 2016

Kami memandang serius kenyataan akhbar yang telah di buat oleh beberapa pemimpin UMNO Kedah di Hotel Grand Alora pada 20 Januari 2016.

Semua Ketua Bahagian kecuali Jerlun , Kulim Bandar Baru dan Padang Terap telah hadir menyatakan pendirian mereka yang telah hilang kepercayaan terhadap YAB Datuk Seri Muhkriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Antara petikan kenyataan mereka ialah :

1.       Muhkriz yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah gagal menjalankan tanggungjawabnya di negeri tersebut.

2.       Beliau gagal dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan parti di negeri Kedah.

3.       Sebagai Menteri Besar , beliau juga gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan.

4.       Dalam pada itu, Muhkriz turut gagal menyatukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat negeri.

5.       Beliau juga gagal membuat perancangan strategik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 14 nanti.

Kenyataan terancang di hadapan media ini jelas melanggar perlembagaan parti.

Sembilan orang UMNO dari Telok Kemang telah dihadapkan ke Tribunal Displin UMNO pada 2 Disember 2015 kerana menyarankan agar Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan mereka dijatuhi hukuman gantung hak ahli selama 6 tahun.

Sehubungan dengan itu, GKCM mendesak agar kesemua Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan Ahli yang hadir untuk membuat kenyataan dan memberi sokongan terhadap sidang media di Hotel Grand Alora pada 20 Januari 2016 dihadapkan ke Tribunal Lembaga Displin UMNO dan seterusnya digantung keahlian mereka selama 6 tahun sama seperti yang berlaku kepada kumpulan Telok Kemang tempohari.

Keadilan dan kesaksamaan dalam UMNO hendaklah dipelihara pada setiap masa. Kami menanti keputusan yang setimpal dari UMNO.

Sekian terima kasih


KAMARULAZMAN HABIBUR RAHMAN

PENGERUSI GKCM

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 6:04 PM

Ku Nan, the gun is now poibting back at you....... cold feet?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 6:26 PM

rasanya hak persamaan tak ada. penjilat a*****e jibgo dapat layanan AAA+++. yang suruh pm undur langgar perlembagaan. yang suruh mb undur, hak orang yang tak puas hati. mereka yang buat gitu tak tahu macam orang lain juga tindakan yang telah diambil ke atas ketua cawangan. kalu mereka tahu, mana mungkin mereka akan bahayakan kemudahan bermain golf percuma kat luar negara, makan angin, dan pelbagai kemudahan lain menggunakan agensi di bawah naungan. yang selamat mahatir kalid juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 6:38 PM

Tak payahlah nak buat scene baru. Perkara lama pon banyak yg belum selesai lagi. Sebenarnya kita ni masih ada banyak perkara 'pending' yg tergantung perlukan jawapan:-

1. Duit RM2.6B tu sekarang ada lagi ke tak?
Kalau ada bakinya berapa yg tinggal?
Mana pergi bakinya tu?

2. Bila nak saman Wall Street Journal?

3. Mana penerangan secara detail tentang 1MDB?
Masih banyak tanda soal dlm kepala rakyat yg masih menunggu jawapan.

Rakyat masih tunggu dan terus menunggu.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 6:40 PM

Sokong! Sokong! Sokong!

Ini semua kerja gila Najib!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 7:11 PM

Bro din turtle dalam court hari ini najib ada mengaku tahu tentang 42 juta di masukkan kedalam akaun nya isu masih lagi berkaitan 1mdb & 2.6B maaf bro din ada baik focus pada isu lagi besar berkaitan hal tersebut najib cuba pancing kita untuk sama2 ikut rentak menari di kedah supaya kita marah & alpa akan isu skandal peribadinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 7:47 PM

Cuba test satu pilihanraya kat semenanjung,kita tgk Umno dan Bn blh menang tak? X pyh tggu Prn srwak.Pm Najib ada berani!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 8:24 PM

Ahli-ahli umno yang berusia 50 kebawah bukalah mata sikit,jangan biarkan orang yang bersifat cari makan dok mengandali umno.Takut bertempatlah.Tak kenyang-kenyang lagikah?,biarlah orang lain rasa pula.Yang dok tatang sangat apa dapat-tak nampakah kemusnahan Bangsa Melayu dok ada depan mata?.Jangan biarkan segelintir kecil saja menentang keonakan/kerosakan dalam umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 8:32 PM

Ini baru adil, saya sokong agar penjilat-penjilat Najib ini di ambil tindakan yang sama.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 21, 2016 at 9:17 PM

1) Semua Ketua Bahagian UMNO Kedah (sama ada hadir ataupun tidak) yang menyokong supaya DS Mukhriz di pecat menggunakan saluran yang salah perlu dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO.

2) Jika mereka ini tidak dikenakan tindakan maka kita tahu bahawa Presiden UMNO merestui tindakan biadap mereka.

3) Jika tiada tindakan disiplin dikenakan terhadap mereka maka kita tahu bahawa mereka sebenarnya melakukan kerja2 jahat untuk merampas jawatan Menteri Besar Kedah (dan menukar kepimpinan kerajaan negeri Kedah) secara haram dan tindakan mereka ini mendapat restu daripada Perdana Menteri.

4) Kes di Kedah ini mengingatkan kita pada kisah Hang Nadim iaitu anak kepada Hang Jebat. Jika bapanya sudah dibunuh, anaknya perlu dibunuh sekali. Biar tiada satu legasi pun yang tinggal.

5) Dalam keadaan sekarang kita dapat lihat apa saja legasi Tun Dr Mahathir hendak dimusnahkan. Contoh mudah ialah Proton. Kata mereka Proton tidak perlu dibantu kerana sudah mampu bersaing. Tetapi mereka lupa semua negara yang mempunyai industri kenderaan akan membantu industri kenderaan mereka sehingga mempunyai teknologi tercanggih dan menjadi terbaik di dunia. Bagaimana hendak jadi negara maju jika perkara kecil sebegini pun kita tidak faham ?

6) Jika mereka mahu hapuskan semua legasi Tun Dr Mahathir, elok benar jika mereka runtuhkan Putrajaya, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan, KLCC, Monorail, LRT, dll.

7) Saya benar2 berharap agar semua yang terlibat mengendalikan skandal berbillion Najib dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah.

8) Perjanjian Trans-Pasifik tidak perlu ditandatangani walau apa pun alasan. Ia umpama kita menyerah tengkuk untuk disembelih. Ini semua permainan yahudi. Kita semua sedar bahawa Amerika sedang menghadapi zaman kejatuhan ekonomi dan kita dijadikan salah satu negara "barua" untuk menyelamat ekonomi mereka.

9) Pemimpin2 UMNO tunggu apa lagi? Buat usul kepada YDP Agong. Najib sudah tidak boleh memimpin negara ini lagi dalam keadaan ekonomi global yang suram.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 10:35 PM

Bangang Ketuax Cwg ni tak tahu bezakan Jawatan yang dilantik olih ahli parti dan jawatan yang dilantik olih Presiden Parti.Memang layak pun mereka digantung ahli,malukan parti aja.....kau Din nak ikut terjun macam Luncai....malu la,nasihat sikit mereka ini,baca undangx bukan belajar undangx

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2016 at 10:38 PM

UMNO makin teruk.

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2016 at 12:42 AM

@Anonymouskomen saudara itu bersandarkan perlembagaan Umno atau ada tercatat dimana2 tak ? Atau main sebut je ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 3:48 AM

Din terjun macam luncai?
Najib dan cacai tidak buat perkara yg sama?

Kaki typo ni biasa komen dlm blog keluang. Tp lately ni membisu je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 4:10 AM

Cuba tanya..kb semua tu dapat juta2 tak?

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2016 at 10:46 PM

yg no 2 tu, dia jwb xyah saman sbb dia hnya si bengong kt us, org hnya kenai dia kt sini sbgai si bangang

Post a Comment