........... GKCM @ TPPA - Apakah Pemimpin Kita Tidak Mahu Belajar Dari Sejarah ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

GKCM @ TPPA - Apakah Pemimpin Kita Tidak Mahu Belajar Dari Sejarah ?

Saturday, January 9, 201624comments


Apakah pemimpin kita tidak belajar dari sejarah ? 

Demikian peringatan yang diberikan oleh Cikgu Kamarul dalam ucapan ringkas beliau di Sidang Kemuncak TPPA di Shah Alam tengahari tadi.



KLiK untuk ke Youtube.

- Sistem Tanaman Paksa ( di Indonesia ) , Perjanjian Pangkor, Perjanjian Bangkok dan pelbagai lagi Perjanjian yang disogok oleh kuasa2 Barat dulu, semuanya hanya menjaga kepentingan dan menguntungkan bangsa Barat itu sendiri. 

- Perjanjian Pangkor 1824 diminta oleh Raja Abdullah supaya pihak British campurtangan bagi memastikan beliau dapat berkuasa. Selepas ditandatangani, Raja Abdullah sedar bahawa beliau sudah melakukan satu kesilapan yang besar.

- Kerana menentang British selepas menyedari kesilapannya, beliau dibuang negeri.

- Apakah pemimpin kita mahu mengulangi kesilapan yang sama yakni menaruh sepenuh kepercayaan kepada keikhlasan pihak Barat dengan menandatangani TPPA ? 

- Apakah rakyat Malaysia pula yang akan buang negeri Najib kerana melakukan kesilapan yang sama ?

- Pihak Barat sedar cara terbaik untuk men'jajah' kita adalah melalui pembesar2 kita. Menjadi budaya kita untuk akur dan menerima apasaja keputusan yang dibuat oleh pembesar  (pemimpin)

- GKCM menentang TPPA !


Komen DT - Apa gunanya kita kaji sejarah jika bukan untuk dijadikan panduan supaya kesilapan tidak berulang ?


In Life There Are No Mistakes, Only Lessons .... But If We Do Not Learn From The Lessons, Then It Is A Mistake !

Tidak ada Kesilapan dalam Kehidupan, yang ada hanyalah Pengajaran ..... Tapi jika kita tidak belajar dari Pengajaran itu, maka ia adalah satu Kesilapan !


                                  **********************
Pemberitahuan - GKCM Wilayah Utara akan mengadakan perjumpaan pertama mereka malam esok di Bagan, Pulau Pinang.  Sama2 kita berikan sokongan kepada usaha mereka dalam memperjuangkan Kebenaran !



Lokasi Restoran D'Pak Mid - di Butterworth, 4164, Jalan Heng Choon Thian

8 Malam esok ( Ahad )



PS - Ralat - Perjanjian Pangkor adalah pada tahun 1874, bukannya 1824. Diberitahu cikgu Kamarul keliru dengan Perjanjian Inggeris-Belanda tahun 1824

Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2016 at 10:27 PM

Najib apa peduli semua mak nenek dia jual harta negara pun dia jual sampai masa giliran rakyat pula akan jual najib Insyaallah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2016 at 11:09 PM

Menteri2 yg ada sekarang semua level ameba je....takde otak. Sebab tu masih terhegeh2 nak menipu rakyat pasal tppa tu...

Mari pakat ramai sumpah mereka2 semua tu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2016 at 2:39 AM

Tppa bkn acuan asia atau asean.Mengapa kita perlu ikut telunjuk bangsa asing.Kita ada ber bilion2 penduduk dlm asian dan asia.Biar kita dgn modul dan acuan ekonomi kita sendiri.Tok Pa..apa dh jd dgn kamu.Perkuatkan kaum bumiputra dan kaji kelemahan dan ketirisan dlm kerajaan dulu.Setakat jln dan kota penuh dgn pendatang asing yg bersepah,harga brg2 pun mahal,Penganas pun dok masuk perairan negara dgn mudah.Jgn dok mimpi la dgn Tppa.Negara tergadai,rakyat merempat nnt.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2016 at 10:56 AM

Teruskan tandatangan dan sertailah TPPA itu jika nak lihat sokongan rakyat kepada Barisan Nasional menjunam bukan setakat sampai ke lantai, tapi terbenam ke dalam tanah.

Apa punya pemimpin macam Najib dan kuncu-kuncunya seperti Mustapha Mohamed ni, sudah terang lagi bersuluh bahawa TPPA itu hanya di atas kertas sahaja kononnya Malaysia akan dapat pasaran yang lebih luas, konon sahajalah, sebab dari segi realiti, pasaran keluaran Malaysia akan lingkup, bukan setakat untuk eksport, malahan untuk pasaran tempatan juga, bila kos pengeluaran dalam negara makin meningkat, tetapi barang-barang import makin murah, rakyat terpaksa untuk beli barangan yang makin murah, akibatnya lingkup ekonomi Malaysia.

Lepas tu tak tandatangan TPPA lagi pun, kenderaan import iaitu Mercedes Benz dah meningkatkan jualan di negara ini hampir 100% bagi tahun 2015 berbanding tahun 2014, apa akan jadi bila kenderaan dari Amerika dan Kanada dikecualikan cukai selama 12 tahun? Sudah tentu akan berlambak di negara ini, lepas itu sektor automotif tempatan seperti Perodua dan Proton yang tidak mempunyai kekuatan teknologi kenderaan Amerika dan Kanada yang dah lebih 200 tahun beroperasi berbanding Proton yang baru 30 tahun, malahan Perodua baru 20 tahun beroperasi, maka lingkuplah industri automotif tempatan, 12 tahun bukan jangka masa yang singkat, Amerika boleh beri insentif kepada pengeluaran kereta mereka supaya makin murah berkali ganda, sudahlah dikecualikan cukai, lepas tu Amerika beri lagi insentif, maka makin murah hingga Proton dan Perodua lingkup dalam pasaran ekonomi negara.

Tak cukup dengan itu, pendatang asing pun mengikut TPPA boleh sertai kesatuan sekerja, bukan itu sahaja, pendatang asing yang dah 3 tahun bekerja di negara ini boleh bertanding dalam pemilihan kesatuan sekerja, kesannya tuntan demi tuntutan yang dibuat oleh mereka dengan disokong oleh konglomerat dari negara-negara maju seperti Amerika, Kanada dan sebagainya itu, maka apa lagi kuasa kerajaan yang masih ada untuk pertahankan kedaulatan negara?

Atas kertas bolehlah Mustapha Mohamed dan Najib auta rakyat kata TPPA tu bagus, tapi bila dilaksanakan, tengoklah, jadi macam GST, kononnya boleh turun harga, tapi lepas GST harga melambung bukan ke siling, tapi dah tembus bumbung, rakyat makin menggelepar nak meneruskan hidup dengan pendapatan yang ada. Ahmad Maslan lainlah, dia ada tiga kerja, Ahli Parlimen Pontian, Ketua Penerangan UMNO, dan Timbalan Menteri MITI, tapi kalau macam pekerja kilang yang syif 12 jam, jaga yang syif 12 jam, pekerja pasaraya yang syif 12 jam tu, nak kerja sampai 3 kerja macam mana? Ahmad Maslan lainlah, walaupun 3 kerja tapi boleh pilih mana yang nak dibuat dan tinggalkan mana yang tak mau buat, tapi kalau macam pekerja kilang, pekerja pasaraya, jaga, boleh ke buat macam tu?

Semoga menteri gunakan otak untuk berfikir dengan waras, jangan merapu tak tentu hala sangat, kerana jangan kerana korang yang beberapa orang ni buat dasar, buat kerja bodoh, maka akhirnya 30 juta rakyat Malaysia ni yang menerima kesan buruk akibat kebodohan korang tu.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2016 at 10:57 AM

Tanpa menyertai TPPA pun Malaysia dah menjadi negara perdagangan ke 17 terbesar dunia, TPPA hanyalah melibatkan 12 buah negara sahaja, sedangkan di seluruh dunia ada lebih kurang 205 buah negara. Malahan China dan India pun tak sertai TPPA, pasaran di China dan India sahaja pun masing-masing melebihi 1 bilion pengguna.

Dalam isu TPPA ini, isu utama adalah kedaulatan negara, serta isu persaingan yang tidak sama, negara maju akan jadikan negara-negara kecil sebagai tempat untuk melonggokkan keluaran mereka.

Obama sendiri dalam ucapan mingguannya pernah menyatakan bahawa Amerika memerlukan TPPA untuk memulihkan ekonominya, kata Obama, Amerika memerlukan 5% pasaran ekonomi dunia untuk memulihkan kemelesetan ekonomi di Amerika, tetapi kesan kepada negara kecil seperti Malaysia tidak dipedulikan.

Seperti yang saya terangkan sebelum ini, dalam TPPA, kenderaan dari Amerika dan Kanada akan diberikan pengecualian cukai selama 12 tahun, bukannya 12 hari, 12 tahun tu boleh membunuh sektor industri automotif Malaysia, sedarlah bahawa sektor automotif Amerika dan Kanada sudah berkembang sejak 200 tahun yang lalu, tetapi di Malaysia, Proton pun baru 30 tahun, Perodua baru 20 tahun, teknologi Amerika yang jauh lebih tinggi dari Malaysia dari segi pengeluaran kenderaan akan menyebabkan lambakkan kenderaan mereka di negara ini, kesannya Proton dan Perodua tidak dapat menyaingi kenderaan import dari Amerika dan Kanada itu dari segi kos, kerana dengan teknologi yang tinggi, maka kos pengeluaran kenderaan Amerika dan Kanada itu akan jauh lebih murah berbanding kenderaan tempatan, kesannya pasaran untuk kenderaan tempatan akan merosot teruk dan bila sudah kerugian yang sangat teruk, maka terpaksalah gulung tikar.

Pekerja-pekerja yang melibatkan industri automotif Malaysia melibatkan ratusan ribu orang, dari kilang proton, hinggalah ke vendor-vendor, pengedar kenderaan, dan sebagainya. Jika Proton dan Perodua tutup operasi, ratusan ribu pekerja akan kehilangan pekerjaan, itu yang perlu diberi perhatian.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2016 at 10:57 AM

Dalam isu kenaikan kos pengeluaran, pihak kerajaan telah menjalankan dasar ekonomi populis yang mengejar undi pilihanraya tetapi tidak peduli ekonomi yang sedang dirosakkan oleh mereka.

Dalam hal ini, isu gaji minimum yang telah naik hingga 100% malahan ada yang lebih dari itu telah menyebabkan kos operasi meningkat, kesannya harga keluaran industri perlu dinaikkan untuk mengimbangi kos operasi.

Misalnya sebelum ini, gaji minimum pekerja operator kilang dalam lingkungan RM 450 hingga RM 500 sebulan, tetapi selepas gaji diminimum dinaikkan sehingga RM 900, dan pada tahun ini dinaikkan kepada RM 1000, maka kos gaji pekerja telah naik 100%, itu baru gaji pokok, tak termasuk elaun kerja lebih masa lagi, itu pun naik 100% juga, maka kos akan meningkat, dan harga keluaran perlu dinaikkan.

Bagi pelabur asing pula, perkara ini adalah tidak ekonomik bagi perniagaan mereka, dengan kenaikan kos operasi, maka harga perlu dinaikkan, maka menyebabkan permintaan akan berkurangan, malahan keuntungan mereka juga akan terjejas. Maka untuk mengelakkan perkara ini berterusan, maka mereka akan menutup operasi kilang mereka di Malaysia dan pindahkan operasi dan pelaburan mereka ke negara lain yang kos operasinya rendah terutama Thailand dan Vietnam.

Kesannya adalah pekerja-pekerja kilang yang ditutup itu akan kehilangan kerja, maka akan meningkatkan pengangguran, kuasa beli rakyat akan makin kurang, sudahlah harga barangan makin naik disebabkan kos operasi meningkat, rakyat pula makin ramai yang menganggur dan tiada wang untuk berbelanja, kesannya permintaan untuk keluaran barang-barang dan perkhidmatan akan berkurangan dan menyebabkan banyak lagi perniagaan akan tutup, dan menambahkan bilangan pengangguran dan begitulah seterusnya.

Kesannya kepada kerajaan adalah kutipan cukai korporat akan merudum dengan teruk, sudahlah banyak pelabuaran dibawa keluar ke luar negara, penutupan banyak syarikat akan menyebabkan kutipan cukai korporat menyusut dengan mendadak. Maka kerajaan akan kekurangan wang untuk membuat pembangunan.

Keadaan ini akan menyebabkan kerajaan perlu berhutang, bila banyak sangat berhutang akan jadi macam Greece, sudah tak mampu nak bayar hutang, maka penjawat awam akan diberhentikan kerja kerana kerajaan dah tak mampu nak bayar gaji mereka, maka pengangguran di perkhidmatan awam juga akan meningkat, pembangungan terpaksa dihentikan kerana nak selaraskan hutang, kemudian pemiutang dari kalangan negara luar akan mengenakan berbagai tekanan hingga mencampuri kedaulatan negara.

Lihatlah kesan buruk akibat polisi bodoh kerajaan Najib ini, akibat daripada perbuatan bodoh dan pemikiran tak tentu hala beberapa orang termasuk Najib yang membuat dasar ekonomi yang bengong macam ini, akhirnya 30 juta rakyat Malaysia yang menjadi mangsa.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
January 10, 2016 at 12:53 PM

Kerajaan pimpinan Najib juga mungkin terlupa sebuah gagasan perdagangang yang dicetuskan ide oleh Tun Mahathir ketika itu turut gagal kerana terma-termaa yang dicadang bicang tidak memihak kepada kehendak barat. Adakah anda semua juga lupa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2016 at 1:08 PM

Kita sedang dipimpin ke arah menjahanamkan negara dan ke arah menghapuskan peradaban nenek moyang kita oleh manusia manusia yang tidak ada kelyakan kita panggil pemimpin.

Masalahnya kita hanya dihidangkan dengan calon calon pemimpin dah buta hati. Calon calon yang lantang menyoal tindakan kerajaan yang tidak mempedulikan kesejahteraan rakyat dan yang lantang menyoal tindakan kerajaan yang merugikan negara disenyapkan dengan segala jentera kerajaan yang ada tanpa mengambil kira hak hak rakyat untuk bersuara dan hak hak rakyat untuk mendapat kehidupan yang lebih menjamim masa depan anak anak bangsa (bukan Melayu saja tetapi juga lain lain bangsa) yang bergantung harapan keatas kempimpinan yang bermaruah yang sepatutnya membawa kemajuan, kesejahteraan, kesederhanaan yang kita rakyat Malaysia boleh banggakan seperti yang kita telah bangga di tahun tahun bila mana Malaysia dilihat sebagai contoh negara membangun.

Apa guna Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi sekiranya kesejahteraan majoriti rakyat tidak diambil sebagai ukuran asas sesebuah negara maju.

Ini yang telah dijanjikan kepada kita oleh pemimpin pemimpin terdahulu dan dibuktikan kita berupaya mencapai kejayaan sebagai negara perdagangan ke-17 terbesar dunia. Apakah ini belum mencukupi lagi ? Negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia. Mestikah kita mencapai kedudukan ke-7 ? Di antara negara negara seperti USA, UK, Germany, Japan, Australia, Canada, China, Italy ? PERLU kah ? Banyak lagi ekonomi ekonomi besar seperti Russia, Korea, Taiwan yang telah lebih maju yang memang Malaysia sukar tandingi.
Kenapa kita tidak boleh mencontohi negara yang perihatin rakyat seperti Denmark, Sweeden, Ireland yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat mereka ?
Tak payah lah laungan laungan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Kita tak nampak mana polisi kerajaan hari yang mendagulukan rakyat. Kita tak nampak apa dia pencapaian yang telah diutamakan kerajaan hari ini. Yang kita nampak, kita kerja kerja mmenghancurkan.

TPPA ini penjajahan bentuk baru.
Adalah lebih berkesan jika kita memantapkan domestic ekonomi dengan menganjurkan pertumbuhan domestic supply and demand tanpa perlu mengagungkan perdagangan tanpa sempadan seperti TPPA yang kita tahu lebih menguntungkan negara negara yang lebih maju. Ukur la baju kita ikut badan sendiri. Kalau yang mahu dimajukan ini hanya menguntungkan segelintir peniaga yang memang dah kaya raya tapi tidak pernah puas dan seglintir pembesar politik yang gila harta yang tak pernah mahu bersyukur, kita perlu pencen kan sekelian mereka daripada terus merosakkan apa yang kita dah ada.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2016 at 1:27 PM

Baru faham TPPA tu apa kebendanya.Ingatkan kita ngap ekonomi 12 negara.Rupanya kita yg kena ngap sampai tak tinggal sisa utk diri sendiri.Kalau jd berjodoh dgn org Mexico lah kita.Org Mexico pun dh tahan tinggal di negaranya sendiri.Dasar gajipun dh bercelaru.Kalau sain TPPA ada plk klausa persaingan. Soal gaji tak boleh campur tangan utk meraih banyak keuntungan. Jadi pekerja luar, byk berhijrah ke sini terutamanya org bujang tak ada tanggungan bersaing dgn rakyat ngra sendiri yg banyak tanggungan keluarga dgn gaji yg lebih kecil.

....................
Reply To This Comment ...................
January 10, 2016 at 2:50 PM

Komen yg bernas bro..

....................
Reply To This Comment ...................
January 10, 2016 at 9:02 PM

sebenarnya semua tahu TPPA adalah utk USA.mereka akan gunakan apa saja peluang yg ada utk memasti negara kita akur dan turut serta.
dulu kita agak liat dan amat berhati2 tentang TPPA.cuba flash back 2 thn yg lepas.tiba2 2015 berlaku pulak promosi dan propaganda tentang kelebihan kita menyertai TPPA.nada menteri menteri turut berubah.mcm telinga dan tangan dipulas.mcm tiada pilihan tetapi diugut menyertainya.apa cerita di sebalik cerita TPPA ye?



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2016 at 9:38 PM

-luv tun m.

- perkara utama yang paling berbahaya ada ekonomi bumiputra . kerana mereka perlu bersaing dengan pelbagai pihak secara terbuka . perkara ini tentunya tiada masalah bagi masyarakat cina sebabnya mereka tiada halal haram dalam urusan berniaga dan mereka pasti dibantu oleh syarikat-syarikat perniagaan cina di negara ini pastinya .

-tetapi, bagi masyarakat melayu dan india pastinya mengalami kesukaran bagi mereka yang berniaga atau iks. hal ini disebabkan lambakkan saingan harga dari pelbagai barangan import . jika import lebih rendah harganya, tentu sekali boleh memudaratkan golongan niaga kecil khususnya .

-bagi syarikat swasta, pasti mereka turut akan mengalami tempias ekonomi dengan ringgitnya lagi sedang jatuh pasti akan mendatangkan masalah pada syarikat swasta. pastinya pekerja swasta yang akan dibuang kerja atau penurunan gaji akibat kos persaingan yang tinggi untuk bersaing dengan syarikat-syarikat luar yang akan bertapak di negara ini .

-kereta nasional, umumnya yang akan menerima tempias akibat lambakkan kenderaan luar negara yang tentu akan menjual jauh lebih rendah sedikit harganya dari kenderaan nasional. andai ini berlaku, ia boleh menjadikan sebagai pembunuh industri automotif secara senyap . namun, kesannya tentu pada rakyat yang mencari rezeki di dalam industri automotif nasional negara . tidak kesiankah pada rakyat yang sudah berkeluarga yang sudah lama bekerja di bidang kenderaan nasional? .

-kejutan ekonomi, ia pastinya berlaku andaikata ekonomi persaingan antara melayu, cina dan india akan menjadikan jurang yang akan ketara dari segi pendapatan isi rumah . tidak mustahil ekonomi rakyat akan mengalami inflasi yang perlu mereka hadapi untuk meneruskan hidup dalam mencari nafkah .

-andaikata berlakunya jurang ekonomi rakyat, kadar jenayah pasti akan semakin meningkat kerana kesempitan hidup akibat kos sara hidup yang semakin tinggi ! .

-turunlah Najib... merayu sangat.. :'-(

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2016 at 10:24 PM

Baginilah natijahnya jika ketua negara seorang yang lemah penakut lagi pengecut serta mempunyai skandal & ada melakukan kesalahan jenayah akan mudah di ugut oleh pihak luar terutama pihak musoh akhirnya terjual lah negara.

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2016 at 1:48 AM

TPPA adalah setara dengan ajenda penjualan Negara secara beransur ansur yg sedang giat dijalankan olih kerajaan Malaysia pimpinan Najib ... PM Kang Kong . Silap haribulan bolih jadi ter kangkang dan ter cangkong !!!

Bermula dengan 1MDB ; di belinya IPP dgn harga mahal dan di jual kepada kepentingan asing dgn harga borong .

Di serahkan Tanah milik kerajaan ( bermakna milik rakyat ) ke 1MDB dgn harga "KangKong" , kemudian di lelong kepada kepentingan asing dgn harga tinggi . Itu pun 1MDB masih lagi rugi !!!!... kemana dan dimana wang ini "di larikan" . Masih releven ke Bandar itu di panggil Bandar Malaysia ??
Saya cadangkan di bina rumah2 urut dan kelab malam di Bandar itu . Kemudian arahkan Nazri bagi 'free passage' kepada tukang urut tukang urut dari Cina ... baru ada ump !!!!!

Bagi Najib , dia punya wang berbillion .Dia bolih berhijrah ke Kazakhtan atau setidak tidaknya 'golfing buddy' dia , Barrack Obama bolih bagi Green Card kat dia .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2016 at 10:10 AM

I met a west malaysian malay friend in kuching recently and we talked about TPPA and its implication. He asked me for a comment:

1. PAS was condemned for its stand on "mengkafir sesama Islam". Melayu dalam PAS bangga, mmelayu dalam umno kata mereka ini BODOH. Kita semua angguk

2. PKR had Anwar's sodomy case and malay supporters said a conspiracy. Melayu umno ketawa kata melayu PKR bodoh. Kita angguk2, geleng2 tak percaya mengapa mereka ini sangat bodoh

3. Apabila najib and umno had these problems 1MDB and RM2.6 bil, KBUs dan macai2 umno semua angguk mengiyakan tindakan najib, geleng menidakkan kritikan semua rakyat dan tunduk mengangkat najib sebagai hero. Malangnya semua rakyat tak percaya mengapa bangsa melayu sangat bebal dan bodoh, tidak menggunakan otak.

Tak tahulah....sememangnya melayu mudah lupa dan bodoh. Oh sungguh malang bangsa melayu

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2016 at 1:16 PM

Din,

Sejarah perjanjian dahulu masa kita belum Merdeka. Orang Melayu masa tu tak pandai pun cakap orang putih. Sekarang kita dah ramai orang melayu yg bijak pandai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2016 at 3:59 PM

Saudara sesejuk mata memandang, boleh x explain idea gagasan perdagangan yg dari idea dr mahathir. First time dgr. Bro din wat la article psl ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2016 at 4:12 PM

Rupanya Tok Pa yang disangka bijak dalam era Dr. Mahathir dulu tidaklah sebijak mana.Kononnya Mahathir tidak lah bijak,......dia dibantu oleh menteri-menteri dan pegawai-pegawai yang bijak.Kebodohan Mahathir menyelamatkan negara,kebijaksanaan Najib menggadaikan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2016 at 6:34 PM

Tppa ibarat konsep meniaga MLM alaf kuasa besar zaman moden kita negara kecik joint jadi ahli mereka diatas dapat upriding termasuklah pak2 menteri yang bersungguh sungguh menjaja produk tppa ke setiap negeri di seluruh negara mereka bersungguh kerana dijanjikan komisen upriding selagi adanya tppa selagi itu upriding komisen dapat, kerana itulah kebanyakan pemimpin2 negara beriya iya maukan tppa sedangkan rakyat negara mereka termasuk rakyat malaysia membantah keras tapi pemimpin tetap bersungguh semuanya kerana buta dek komisen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2016 at 8:38 PM

Pada pandangan saya,apa jua perjanjian yang telah termeterai antara kerajaan dengan syarikat kuasa besar selalunya mendatangkan masalah kepada rakyat di kemudian hari. Ambil contoh perjanjian konsesi tol. Bila pihak syarikat kuasa besar nak naik harga,kerajaan xleh buat apa,rakyat terpksa akur semuanya atas alasan ada dalam sub terma perjanjian. Lihatlah nanti kes bauksit kuantan entah-entah tak leh diambil tindakan sebab dah ada dalam sub terma perjanjian antara syarikat besar luar negara dgn kerajaan kot. Tengok aja kes 1MDB dah boleh nak buat apa dah perjanjian dengan bank dunia hutang kena bayar lantak pi la 1mdb ada niaga ke tidak. Jadinya nak suruh saya yakin dengan TPPA? Saya yakin mudarat di masa depan sebab alasan dah dalam sub terma perjanjian yang kita tak tahu terperinci. Tengok.Que putih tu je la..dia ada duit,apa jua syarat dia nak eh ok je Kelantan. pink pink la. Tu baru orang kita demand. Org luar lagi licik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2016 at 9:38 PM

Ingat tak GST? Ingat tak apa janji2 manis kerajaan jika gst dilaksanakan? Skrg dah jadi apa?

Percayalah...tppa pun akan jadi begitu. Hanya akan menyusahkan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2016 at 10:26 PM

Top Malaysian Economist Jomo questions TPPA for Malaysia

by Adrian Wong Gah Junn http://www.malaysiakini.com

“We are now suspending bauxite mining operations because of public health and environmental hazards. Imagine with ISDS, if a foreign company was involved in mining and we stopped them, we could get sued.”

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 12, 2016 at 1:08 AM

Dulu Malaysia pandai berniaga sendiri. Sekarang kita perlu Amerika untuk beritahu kita bagaimana hendak berniaga.

Najib perlu diundurkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2016 at 7:58 PM

Saya masih ingat arwah bapa berkata dlm 30 thn lepas negara kita akan terjual. Nampaknya arwah bapa betul. 30 tahun lepas siapa kah pemimpin kita?...

Post a Comment