........... GKCM Bersama Bantah TPPA ..... Dari Dalam Umno ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

GKCM Bersama Bantah TPPA ..... Dari Dalam Umno !

Saturday, January 23, 20168comments



Gabungan Ketua Cawangan Malaysia telah turut sama turun padang bersama2 ratusan NGO lain bagi menyuarakan bantahan terhadap TPPA petang tadi.

Berjalan bersama dari Sogo hingga ke Padang Merbok, wakil GKCM turut berkongsi pentas ceramah sebagai mewakili suara ahli2 Umno yang tidak setuju pelaksanaan TPPA oleh kerajaan.



KLiK untuk ke Youtube

-  GKCM satu2nya wakil Umno yang berani naik atas pentas Bantah TPPA atas dasar Berani Kerana Benar. GKCM menentang kemungkaran dari dalam.

- TPPA dibuat oleh Najib untuk Najib sendiri !Tidak mungkin dibuat melalui sepakat kabinet lain kerana Menteri dan KB2 Umno diumpamakan seperti burung camar yang hanya tahu mengekori bot nelayan dan menunggu diberikan makan ikan2 buangan oleh para nelayan.

- Mereka sudah tidak boleh berfikir kerana hanya mengharap sesuatu dari Presiden

- Perjanjian Bangkok dijadikan contoh bagaimana pihak barat beranggapan untuk membuat perjanjian dengan pembesar2 Melayu adalah satu perkara yang mudah ( will be done without much difficulty ) sebab mereka tahu pembesar2 ini senang sangat dipengaruhi.

- Tidak pernah berlaku dalam mana2 perjanjian perdagangan antara kita dengan pihak barat yang memberi keuntungan kepada kita. Hanya menguntungkan pihak barat.

- Hari ini hari yang bersejarah kerana kita ( rakyat ) berjaya mengenepikan fahaman politik dan perbezaan kaum untuk bersama2 menyatakan pendapat kita yang sama iaitu menolak TPPA
.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 23, 2016 at 9:31 PM

Kita org Melayu dan beragama ISLAM, Haram dan Halal kita kena bezakan. Bangsa lain tidak kesah, jadi mereka boleh berurusan apa saja tanpa fikir haram dan halal. Melayu d negara sendiri masa sekarang pun tidak dapat control sepenuhnya. Bila ada TPPA mereka boleh minum arak d mana mana saja. Kalau tak ada TPPA pun kita boleh beli barang barang mereka. Ooo ya barang org Melayu tidak dapat d jual d tempat mereka tapi kalau ada TPPA boleh jual d negara mereka.
Jangan harap laa barang org Melayu boleh jual d Negara mereka, d negara sendiri pun susah nak jual. Orang Melayu sendiri pun beli dgn bangsa lain.
Fikir fikir lah masa depan anak anak Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2016 at 1:29 AM

Antara kehendak rakyat dan pemimpin mana yg lebih utama?
Malaysia ni hak rakyat Malaysia atau hak pemimpin parti?
Gadaikan apa saja janji kantung penuh duit.
Hidup bertuhankan Allah atau bertuhankan duit?
Allah maha adil dan Allah jua yg menyelamatkan rakyat Malaysia dari satu kerakusan kuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2016 at 10:16 AM

High Risks Takers biasanya melalui halangan/rintangan sebelum beroleh kejayaan.Mereka bukan penghuni bawah tempurung.Mereka juga bukan burung ostrich yg membunyi kepala dlm tanah tatkala berdepan masalah/dugaan.

Kerajaan Malaysia perlu bersama perkembangan global.TPPA adalah salah satu bbp tool/modus operandi kearah itu.Kita perlu ikut trend semasa.Syabas kpd Tok Pa.Berfikran sempit tak akan membawa negara ini jauh.Lihat saja Mymmar.Kolot dan tertutup sempadan.Korea Utara pun sama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2016 at 12:25 PM

Ini baru lah tindakan yang betul,memang patut pun join Pembangkang
Habih dah kena gantung dan dah terjamin masa depan dlm parti ....hancus
Jangan jadi macam setengah Pembesar dan berjawatan tinggi dlm parti,nak dapat sokongan akar umbi habuk pun tak ada,main wayang,kutuk dan cakap belapikx tapi telor tak ada untuk menentang terangx.....betul tak Din??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2016 at 1:21 PM

Lagi lama Najib membidohkan rakyat Malaysia lebih baik buat jiran2nya.
contohnya Singapura berduyun2 rakyatnya berbelanja di jb kerana kejatuhan nilai ringgit.
lihatlah berpusu2 kenderaan ke jb. Jem yang melampau. Kesian rakyat johor kerana kenaikan harga barang yang melampau2 di jb.

Teruskanlah usaha untuk membangangkan rakyatmu Naji .

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2016 at 1:40 PM

Sian veteran 52..
Walau pun sudah veteran tp masih naif.
Cuba pak cik veteran baca psl TTIP.
Buat analisa dan compare dgn TPPA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2016 at 1:45 PM

Menggadaikan hak yang tinggal tak seberapa menuju era globalisasi...tindakan bijak? Atau kita buta sejarah bagaimana kita dijajah dahulu...adakah kita akan menjadi pak kaduk seperti dlm kes 1mdb..gah dengan transaksi berbilion...tp habis semua tergadai...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2016 at 5:29 PM

Betul tu. Tgk mcm sgor..
Bkn nk dptkn sokongan akar umbi.
Dh xdpt sokongan umbi, xde inisiatif pun ketua bahagian utk menukar ketua perhubungan yg idop segan mati xmau

Post a Comment