........... DiSebalik TUTUP KES, Isu RM42 Juta Masih Tidak Berjawab | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

DiSebalik TUTUP KES, Isu RM42 Juta Masih Tidak Berjawab

Tuesday, January 26, 201639comments

Saya baca balik kenyataan AG mengenai NO CASE atau KES TUTUP isu Najib @ RM2.6 Bilion dan RM42juta. Selain dari ayat yang Najib telah memulangkan semula baki derma yang diterima dari keluarga diraja Arab, yang mana merupakan satu lawak yang sukar untuk diterima rakyat ...... Apa yang memusyhkilkan saya, kenapa tidak ada penjelasan lanjut tentang RM42 juta dan satu lagi, kenapa terdapat percanggahan dalam kenyataan itu mengenai sumber dana Najib.

Saya terangkan lebih lanjut .... dari kenyataan AG sendiri -

Pertama -  Tambahan pula, dalam bulan Ogos tahun 2013, wang sejumlah AS$620 juta (RM2.03 bilion) dikembalikan semula YAB PM kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
.
Kemudian AG berkata lagi -


a. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM mengetahui dan/atau dimaklumkan terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau;

b. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM memberikan apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau; dan

 
c. Keterangan menunjukkan pada masa-masa yang material, YAB PM mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang dipindahkan ke dalam akaun-akaun beliau sebelum itu.



Pemahaman saya adalah setakat yang Najib tahu, apa jua pembayaran yang dibuat oleh Najib adalah menggunakan duit derma Pak Arab. Najib tak tahu pun ada duit masuk dari SRC atau dari mana2 sumber lain.

TAPI ...... keseluruhan duit derma pak Arab itu sudah dipulangkan pada Ogos 2013, sedangkan duit RM42 juta dimasukkan ke dalam akaun LAIN Najib pada Disember 2014 dan Feb 2015 !

Maknanya, Najib sendiri tahu bahawa apajua perbelanjaan selepas Ogos 2013 tidak lagi menggunakan hasil derma tapi dari sumber lain.


Jadi, apa penjelasan AG tentang sumber perbelanjaan Najib selepas Ogos 2013, atau selepas keseluruhan derma itu dipulangkan ? AG dah tak boleh kata Najib sangka duit itu adalah duit derma sebab Najib sendiri dah pulangkan baki duit derma kepada Pak Arab ( menurut kata AG la )

Jadi persoalan RM42 juta masih belum berjawab. Dari mana sumbernya ? Kerana apa diberikan kepada Najib ? Ke mana dibelanjakan Najib ?

Begitu juga perbelanjaan wang derma tidak dijelaskan oleh AG, ke mana dan kepada siapa dibelanjakan ? Untuk apa ? Apakah semua itu tidak dikenakan cukai dan tidak perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa ?


Saya copy semula kenyataan AG -

Saya mengkaji dengan teliti keseluruhan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen serta maklum balas diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan klarifikasi yang dipohon sebelum ini berhubung satu kertas siasatan berkaitan kes yang dikatakan melibatkan dana RM2.6 bilion dan 2 kertas siasatan berkaitan kes SRC International yang  dikemukakan kembali kepada saya oleh SPRM.

RM2.6 bilion



Berhubung kertas siasatan berkaitan dana yang dikatakan berjumlah “RM2.6 bilion” yang dimasukkan ke dalam akaun YAB PM, saya berpuas hati  keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pihak SPRM kepada saya menunjukkan dana dimasukkan ke dalam akaun YAB PM berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion) di antara tarikh 22 Mac 2013 dan 10 Aprul 2013 adalah merupakan sumbangan peribadi kepada YAB PM daripada keluarga diraja Arab Saudi dan diberikan kepada beliau tanpa apa-apa balasan.



Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan  menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada YAB PM secara peribadi.



Saya berpuas hati  tiada keterangan yang menunjukkan dana tersebut adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah.
Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti beliau sebagai seorang perdana menteri.



Tambahan pula, dalam bulan Ogos tahun 2013, wang sejumlah AS$620 juta (RM2.03 bilion) dikembalikan semula YAB PM kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.



Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.



Berhubung perkara ini juga, saya juga berpuas hati tiada keperluan bagi Malaysia untuk membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah (mutual legal assistance) kepada mana-mana negara asing bagi tujuan melengkapkan siasatan jenayah yang dijalankan pihak SPRM memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.



SRC International



Berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International, saya berpuas hati  tiada terzahir apa-apa kesalahan di atas alasan-alasan berikut:



Di bawah Akta SPRM 2009



a. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan YAB PM menyalahgunakan kedudukan beliau semasa mesyuarat jemaah menteri yang memberi kelulusan jaminan kepada wang pinjaman RM4 bilion oleh syarikat SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP);



b. Keterangan juga menunjukkan  proses kelulusan pinjaman oleh Lembaga KWAP dan proses kelulusan jaminan pinjaman mesyuarat jemaah menteri adalah dibuat secara teratur;



c. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM meminta atau dijanjikan apa-apa suapan daripada mana-mana pihak sebelum, semasa atau selepas keputusan jemaah menteri tersebut dibuat;



d. Dari keseluruhan keterangan yang melibatkan apa jua keputusan-keputusan atau tindakan, tidak menggambarkan apa-apa konflik kepentingan YAB PM; dan



e. Pihak SPRM sendiri  mengakui berdasarkan hasil siasatan mereka, tiada keterangan daripada saksi-saksi yang boleh menunjukkan YAB PM  melakukan sebarang perbuatan rasuah (corrupt practice).



Di bawah Kanun Keseksaan



a. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM mengetahui dan/atau dimaklumkan terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau;

  
b. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM memberikan apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau; dan



c. Keterangan menunjukkan pada masa-masa yang material, YAB PM mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang dipindahkan ke dalam akaun-akaun beliau sebelum itu.



Berdasarkan kepada keseluruhan fakta dan keterangan, saya sebagai pendakwa raya berpuas hati tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan YAB PM berkait ketiga-tiga kertas siasatan.



Pada hari ini, kertas-kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ketiga-tiga kertas siasatan tersebut ditutup. – 26 Januari, 2016.

Share this article :

+ comments + 39 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 4:13 PM

Sebelum ini Najib dan kuncu-kuncu menyatakan wang derma dari keluarga diraja Arab Saudi itu adalah untuk UMNO dan telah habis digunakan untuk UMNO, apahal pula hari kita dimaklumkan oleh Apanda Ali bahawa sebahagian wang itu iaitu RM 2.03 bilion daripada RM 2.08 bilion wang itu telah dikembalikan semula kepada keluarga diraja Arab Saudi?

Persoalan di sini adalah wang itu adalah wang derma kepada UMNO sepertimana kenyataan oleh Najib dan kunc-kuncu sebelum ini, maka yang Najib pandai-pandai bagi balik wang derma oleh keluarga diraja Arab Sadui kepada UMNO tu semula kepada Arab Saudi apahal? Dari mana Najib dapat keputusan untuk beri semula wang derma tersebut? Ada bincang dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO ke? Ada dibincang dalam mesyuarat agung di perhimpunan agung UMNO ke?

Lagi satu, apa yang kita tahu bahawa wang sebanyak RM 2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib, tetapi Apanda Ali Peguam Negara kata wang derma dari keluarga diraja Arab Saudi adalah RM 2.08 bilion sahaja, maka RM 520 juta wang lagi tu derma dari siapa pula? Derma dari tok arab mana pula? Apakah kali ni derma dai tok yahudi pula kot? Apa dah jadi dengan wang berkenaan? Bukan sikit wang, RM 520 juta, di manakah wang itu, jika dah habis, untuk apakah wang itu dibelanjakan dan mana dia resit dan senarai perbelanjaan wang itu?

Sudah jelas bahawa terdapat unsur-unsur jenayah di dalam isu RM 2.6 bilion wang dalam akaun peribadi Najib ini, tetapi saya tak peliklah Apanda ni nak tutup kes, dia dah dapat habuan jadi Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

Kini apa yang pelik adalah negara kita dah dikuasai oleh golongan penjenayah pula.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 4:18 PM

BNM dan Zeti....

Kononnya depa dah pulangkan 2billion pada 2013...takkan BNM tak tahu kot? Banyak tu...

Jika tak masuk Malaysia...mana bukti dari bank yang pulangkan balik duit tu? Is it Singapore? Yang froze the accounts? Hmmmmm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 4:19 PM

NAJIB - P.M yang hebat!


P.M = PEMBOHONG BESAR!


#negaraku.dah.jahanam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 4:23 PM

Syukran din utk penjelasan nampaknya ag terjerat cerita sendiri.lalu akan memakailah dia topeng spt najib juga.walaupun cerita ini spt ini ditamatkan tak masuk akal begitu.kebenaran sudah lama dimata rakyat.they can creat whatever story .kebenaran tetap akan muncul juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 4:31 PM

Lepas ni harapnya Najib saman The Wall Street Journal, hari ni hari Selasa, Apanda dah melepaskan Najib dari pertuduhan jenayah RM 2.6 bilion dan isu SRC, maka sempat lagi ni Hafarizam Peguam Najib nak failkan saman terhadap The Wall Street Journal ni.

Kalau betul tak ada isu dalam perkara RM 2.6 bilion dan isu SRC ini, pasal apa Najib takut nak saman The Wall Street Journal?

Kini terbukti CASH IS KING, Apanda Ali, seorang bekas hakim pun boleh tersungkur jati diri dan maruah diri pun boleh tergadai kerana CASH, dengar berita juga Apanda ni pun dah dihabuankan dengan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, lepas ni Tabung Haji pula akan diisthiarkan bebas dari salah laku walaupun kewangan Tabung Haji kini dan tenat akibat pengurusan menyelewengan Jamil Khir Golf Yapiem dan Azeez Tabung Haji Tanah 1MDB.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 4:43 PM

Fitnah semata-mata !!! Najib soheh pemimpin yang suci ..siap pulang balik duit kat pak arab. Rugi betul buang masa melawan arus. Patutnya sokong sajalah ..hidup terjamin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 4:56 PM

Dapat US$681j, pulang balik US$620j. US$61j siapa yang belanja? Belanja ke mana? Election bribery? Fighting ISIS? Shopping at Dubai?

Sudahlah Apandi. The world is laughing at you. Buat malu Malaysia aje ada AG macam ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 4:57 PM

salam pak din dah jelas najib tidak melakukan ape ape kesalahan, tiada unsur rasuah, aku tak tau lah pakdin macam mana kau nak minta maaf dengan najib dan keluarga kerana memfitnah, dalam islam memfitnah hukuman nya amat berat pak din, pada pengomen yang juga menuduh najib baik mula mintak ampun dari allah swt aku takut nanti bila mati mata tak boleh tutup rapat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 5:44 PM

mungkin kita patut buka kertas siasatan terhadap ag dahulu periksa sama ada setiap keputusan yg ag buat tidak dipengaruhi mana2 pihak. tak kan tidak ada satu pun undang2 kat malaysia ni yg boleh mempertikaikan keputusan ag. sebab selagi ag kebal selagi tu la najib tak bersalah. kertas siasatan sprm, bnm dan lain-lain patut diumumkan pada org ramai bukan diam2 je tutup kes.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 6:00 PM

Bro Din..seorang produser filem Hollywood telah menghubungi saya untk mendapatkan hak dan kajian untk mengarahkan Filem Bekenaan 2.6b dan 42b.Mungkin tajuk nya Najib of Arabia atau Cash is the King,pelakun nya mungkin Leornado d caprio.AG jd pelakun undangan bersama Jh low.Blh jd box off.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 6:17 PM

buat keputusan tanpa bicara. TERBAIK.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 6:26 PM

Bukan setakat Najib saja perlu disiasat secara lebih telus malah AG sekarang juga wajib disiasat. Tidak hanya majoriti rakyat Malaysia yang meragui dan sukar percaya keputusan AG ini malah seluruh dunia ikut merasakan hal yang sama. Maka untuk siasatan dan pengadilan yg lebih telus selain lebih bebas, maka Suruhanjaya Siasatan Di Raja WAJIB segera dibentuk untuk menangani kes ini. Kali ini tidak hanya Najib perlu disiasat malah AG Apandi tidak terkecuali kerana keputusannya amat amat dimushkilkan dan akal waras sukar untuk menghadamkan "alasan dangkal lagi lawak" untuk membebaskan Najib dari didakwa. Inilah antara sebab kenapa Apandi disegerakan mengganti Gani Patail sebagai AG, skrip dan plot sudah digarap begitu dengan happy ending untuk watak Najib. Lebih menarik ialah, dipenghujung cerita Najib diberi pula kredit sebagai hero yg amat baik dan berjimat cermat sedangkan realitinya satu dunia tahu cara hidup dan perbelanjaan mewah pasangan Najib Rosmah ini. Dan kini Apandi diberi pula posisi penting dlm LUTH, satu institusi yang ikut terkait dgn karenah 1MDB. Selagi PM puaka ini menerajui negara, tunggulah masa jahanam negara Malaysia ini. Saat Malaysia tercekik utk bernafas kelak, puaka ini tdk mustahil akn bertukar warga negara. Pergi mampus rakyat Malaysia yg memang bijak memperbodohkan diri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 6:31 PM

Apandi suruh rakyat percaya duit tu duit derma....

Kalau rakyat percaya duit tu duit derma maka senanglah nak mengacu jalan cerita 1mdb ini.

Hakikatnya....

Satu hari nanti Najib tetap akan letak jawatan, maka akan terungkailah segala rahsia yang tersimpan.

Satu hari nanti najib tiada lagi berkuasa, dan tiada siapa yang akan melindungi beliau.

Ingatlah...

Wang tu bukannya derma, malahan telah disonglap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 6:32 PM

Anda yakin?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 6:33 PM

Rasanya suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan segera..

Kepada anon 4.57pm...tak sabar nak tunggu najib saman wsj...maklumlah..dah suci kan..boleh menang billion2 jugak kes ni...

Cepatlah saman...klu tak saman jugak...kau masih nak kata ini fitnah ke? Ada bran?

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 6:41 PM

Menjelang pru14 nanti penceramah umno kena pinjam kulit najib atau kulit mat maslan atau kulit apandi kerana terbukti kulit jenis mereka ni akan mampan dari rasa malu. Pastinya lebih berkualiti dari kulit bewak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 6:50 PM

Lebih teruk dari skrip cerita telenovela,pusing selagi blh pusing dgn plot2 cerita yg tak Mason.Wei!!Rakyat bukan bodoh mcm ko sangka,yg bodoh sebahgian org Umno yg dilahirkan mmg bodoh makan dedak!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 7:05 PM

Hari ini sidang khas parlimen debat TPPA. Hari ini AG buat statement ttg Najib suci. Hari ini dpt tahu AG dilantik lembaga TH. Ini semua sgt licik mempermainkn emosi rakyat agar fed up dan merelakan TPPA. AG dlm TH mungkin utk tahu sape yg bocor dokumen dan utk menakutkn semua pekerja TH.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 7:18 PM

Politik kanak-kanak Ribena."Minum ape tu?....Ribena.....Mintak sikit.....Boleh,...sikit saje tau."

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 8:05 PM

Najib fikir imej nya shj...
Apa dia ingat dia tuhan atau maharaja kah rakyat kena terima sj?
Apa umno fikir depa dah selamatkah?
Apa najib,umno puas hati imej umno bersih sebersihnya & tiada pertikaian dr rakyat?
Apa najib fikir dah blh menang pru?
Apa die fikir sokongan terhadap umno lebh bertambah?
Apa umno rs mampu tawan selangor,kedah,kelantan next pru?
What were they thinking???
Sebaliknya..tiada lg istilah pengundi atas pagar...pengundi dah hampir pasti tidak akn undi umno bn najib
Imej x berubah,malah dianggap lebih korup
Dendam...rakyat berdendam...
Rosmah pon x berani tunjuk muka sgt skrang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 8:09 PM

Punyalah bangang punya pi em.

Wang derma yang kononnya tidak salah dipulangkan. Sedangkan rakyat sendiri diGSTkan., subsidi ditarik bla bla bla.

Memang bang$@* mereka2 itu!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 8:26 PM

Lps ni boleh la tutup semua mahkamah kt malaysia ni sbb AG da bole tentukan siapa yg salah atau tidak dlm tempoh paling singkat. Buang masa je pegi mahkamah..hahahaha....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 8:28 PM

Yg ni baru betol plot konspirasi.
Nmpk sgt game najib boleh dibaca rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 8:54 PM

Boleh dakwa Peguam Negara tak ? Kalau boleh .. dakwa je peguam negara dulu. salah guna kuasa nu.. hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 9:31 PM

Sebelum ni krisis dalam PAS... Allah SWT asingkan satu golongan daripada golongan yang lain. Sekarang ni krisis dalam UMNO... Mungkin Allah SWT mahu rencanakan yang serupa. Manusia merencana dan Allah jua merencana. Pastinya rencana Allah yang maha sempurna. Dah tiba masanya golongan yang benar dan batil dipisahkan daripada duduk bercampur. Mudah mudahan selepas semua ini berakhir, Malaysia negara ku ini menjadi pencetus kebangkitan umat Islam di akhir zaman. InsyaAllah. Amiinnn.

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 9:33 PM

Bro DT
Najib berani buat sumpah laknat semasa kes Altantuya apakata kita suroh Najib bersumpah di kaca tv termasok Rosmah dan AG....kalau berani ataupun apakata rakyat ramai2 buat laporan polis atau petisyen dan berikan kpd Yang DiPertuan Agong dan raja2 melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2016 at 9:34 PM

Salam pak din saya rasa mereka ni ingat rakyat malaysia yg tak ampu najib ni kayu dan batu agaknya boleh terima bulat2 laporan tu nanti jawab kat akhirat lagi baik lah tak payah nak tegakan benang basah dahlah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 9:56 PM

Jiwanya singkat akhiratnya tergadai ... betui bangang mahupun jemuan. Walaupun segunung emas dipunyai hanya tanah liang lahad itu pasti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 10:24 PM

Kalaulah tuan Kevin Morais masih hidup, mungkin AG goyang dumang?
Kesian Dr. Ling dah nampak keputusan perbicaraan VS DSN. Apa kata rakyat bantu derma ikhlas Dr. Ling tolong bayar denda saman fitnah kalau hakim jatuh hukuman nanti? Rm 1 pun memadai utk lawan 42 juta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 10:53 PM

Salam En Din.

SPRM ada memaklumkan laporan hasil siasatan mereka dibentangkan kpd Panel Khas terlebih dulu sebelum dikemukakan kpd AG. Siapakah anggota Panel Khas tu dan apa agaknya pendapat mereka ? Boleh En Din komen sikit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 11:23 PM

Rasanya sekarang, satu dunia dah tahu cerita paling lawak tahun 2016 ni.

Pak Arab bagi 'derma'.... ambiklah Mr Najib, Ana bagi ikhlas. No string attached. Anta nak buat belanja anak bini ka... nak belanja rakyat ka... anta boleh buat apa saja... Ana takkan ambik tahu...

Maka Mr Najib pun terimalah dengan suka hati. Sikit dia bagi kat Shahrer.. sikit bagi kat Azalina... etc..etc... tetiba... Mr Najib terdetik sendiri. Banyak sangat laa duit ni. Aku tak tahu nak belanja kat mana lagi. Takkan aku nak bina jambatan, jalanraya, baiki sekolah agama rakyat.. bagi dermasisiwa pada budak miskin... etc.. kut. Baik aku bagi balik laa kat Pak Sheikh tu...

hmmm.... maka termenung lah Pak Sheikh. Anta bagi balik duit yg Ana bagi kpd Anta? Kenapa???? kalau Anta bagi sedekah, boleh dapat pahala ... Mr Najib hanya tersenyum sumbing... tak jawab apa-apa...

hmmm.... nothing is unbelievable anymore when it comes to Mr Najib...

Pak Arab tu pun satu hal. Kalau lah duit RM2.6 Bilion tu dia guna utk tolong bangunkan ekonomi muslims di Kampuchea, Nepal, Acheh dan banyak lagi tempat, kan lebih berfaedah.

Sekarang, saya nak tengok respons daripada badan khas berkecuali yg SPRM tubuhkan untuk memantau hasil kertas-kertas siasatan ni. Tan Sri Musa Hassan salah sorang ahli badan ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 11:25 PM

tun where r u?please speak up. Btw Org melayu kaw2 dibodohkan oleh org melayu.terima ksh undi BN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2016 at 11:40 PM

Tak baca ke apa points yg di tulis? Y Allah takde langsung critical thinking kamu ni. Buka minda anda tu. Hidup ni kena berfikir.
Senang nya orang mcm kamu ni di tipu.

Sebab itu banyak penyelewengn boleh berlaku. Because we look away. And thinking is too hard.

zz

....................
Reply To This Comment ...................
lalia detektif
January 26, 2016 at 11:43 PM

Najib boleh menyanyi lagu ni oh where oh where my money come.kalau tiada org yg bersalah kenapa dua org src itu hilang menyorokkan diri rela menjadi org wanted.agaknya sekarang dua org itu boleh muncul semula sbb kes dah selesai n tak perlukan saksi atau keterangan mereka lg.tahu tak dua org yg dicari bank negara berhubung kes ini

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2016 at 2:41 AM

Sangat bijak otak Pak Pandi tu, sangat membanggakan anak bini, saudara mara dan pengamal undang2. Harap dapat serahkan semua salinan dokumen berkaitan untuk dijadikan contoh dan teladan kepada pelajar undang2 di universiti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 10:13 AM

Keputusan yg sudah diduga, namun hati berkecai kecewa
Harapan kecil, punah musnah
Diperintah oleh penjenayah, Manusia rakus bermaharajalela
Aku tidak lagi mentertawakan Zimbabwe dan Korea Utara
Malaysia telah menjadi Maharaja Lawak Sedunia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 12:53 PM

Dah sama tahap macai Anwar dengan macai Najib.....awak tuh 4:57 takut banyak sangat dedak tak boleh berak....naya nanti! Angin taik naik kat kepala tuh yang hilang akal hujah fitnah memanjang.....andai salah pun mesti di buktikan tidak, maka jikalau benar apa nak ditakutkan?

Bodoh tahap lipas, tuh yang senang kena pijak!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2016 at 1:07 PM

I concurr.....you can imagine the huge amount of money to be saved!

-Judges
-Magistrates
-DPPs
-Court Registrars
-Court Clerks
-Courtrooms eliminated
-Sundry & Utilities for buildings & premises
-Secondary or indirect staff deployment cost eg. Police & Prison service escorts
-Drivers & Ushers

The list are damn long but who needs court when AG can do 1 Man Conjob!

Hanya di Malaysia, why not? There is always a first in everything, Malaysia boleh!

So saya setuju dengan cadangan anon 8:25 pm sebab bajet tengah tenat, ini idea yang baik!

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2016 at 4:29 AM

Kalau ada manusia yg sanggup kembalikan duit sebanyak 2b kerana terlalu banyak mestilah antara golongon yang sangat baik hati atau sangat bodoh dan bebal. Tak pernah dalam sejarah manusia duit sebanyak tu dikembalikan. Kalau nak beri alasan carilah yang masuk akal. Depa ingat kita semua ni bahlul ka?

Post a Comment