........... Dinturtle DiSekat Dan DiTuduh Melanggar Undang2 - Mohon Penjelasan Kerajaan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dinturtle DiSekat Dan DiTuduh Melanggar Undang2 - Mohon Penjelasan Kerajaan

Thursday, January 28, 201645comments


Mesej di atas akan keluar jika anda klik dinturtle.blogspot.my iaitu laman umum / home kepada blog ini dan mesej di bawah pula keluar jika anda klik pada mana2 artikel tertentu.

Dari semalam blog ini telah dihalang akses dan saya menunggu 24 jam sebelum komen bagi memastikan perkara ini bukan satu salah faham.


Begitu juga blog rakan jinggo-fotopages.blogspot.my dan blog syedsoutsidethebox.blogspot.my. Perkara ini telah diulas oleh JMD ( KLiK ) jadi saya cuma ingin bertanya kepada pihak yang berkuasa dalam hal ini ( SKMM ? Said Keruak ? PMO ? ) - 

Apa buktinya kandungan blog ini didakwa sebagai telah melanggar undang2 negara Malaysia ?

Sila kemukakan bukti2nya bukan macam cara macai2 Najib yang hanya tahu menuduh secara umum. Saya percaya pihak kerajaan tidak serendah moralnya seperti cai2 Najib. Saya masih percaya pihak kerajaan kalau buat sesuatu itu pasti punya alasan dan bukti2 yang kukuh untuk dikemukakan sekiranya tindakan mereka dipersoal.

Saya juga tidak percaya yang negara ini diperintah oleh secara diktator .... tidak dapat menrima kritikan dan hanya tahu menutup mulut pengkritik hanya kerana tidak mampu untuk menjawap persoalan2 yang ditimbulkan.

Ke ..... memang pihak kerajaan yang dipimpin oleh Najib TIDAK MAMPU untuk menjawab segala persoalan2 yang blog ini telah timbulkan ?

Bukankah Najib punya cybertrooper yang punyalah ramai bilangannya dan didanai jutaan ringgit ? Takkanlah mereka semua juga TIDAK MAMPU nak menjawab sehingga terpaksa menggunakan tindakan menghalang akses ?

MALU LAH WEI  kalau begitulah keadaannya ....

Sekali lagi saya meminta pihak yang bertanggungjawab supaya dapat menggariskan bukti2 ( artikel atau kenyataan ) dari blog ini yang dikatakan sebagai telah melanggar undang2 negara. Saya sebagai rakyat yang sentiasa patuh kepada undang2 tertanya2 tang mana yang saya buat salah.

Saya akan tetap menulis. Kalau bukan di sini pun, saya akan buka blog baru atau di FB. Jadi tindakan menghalang akses bukanlah satu tindakan bijak di pihak kerajaan.

Jika saya ada buat salah, tunjukkan di mana kesalahannya supaya perkara sama tidak saya ulangi.

Ini tidak .... angin takde ribut takde, tiba2 ... Erni, Hujan dah tuuuruuuun...  

PS - Pihak kerajaan ni tidak percayakah kepada method Engagement ? Bukan bertunang, ok cai Najib. 

Share this article :

+ comments + 45 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 9:23 PM

Kalau x salah saya pasal publish surat bnm kepada tabooong hajeee tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 9:33 PM

Biasa la din... orang tengah pegang kuasa mmg macam ni. Kadang kadang2 lupa diri. Ada orang tu dulu nak hapus akta hasutan kononya.. kena balun dalam pau. Tak jadi..

Takpa la din adat berjuang. Depa guna mesingun tembak rambang. Kena tak kena lain cerita. Tak pa kita balas pakai sniper. Tembak tepat kat genaral depa.

Kah kah kah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 9:36 PM

Hanya PESALAH dan PENGECUT sahaja akan block camtu.

Blog2 pemakan dedak pencacai najip pulak dok gebang byk negara dapat sumbangan dari arab saudi. Sebab dah bangang sangat (macam najip cakap)..sampai tak boleh bezakan sumbangan kepada negara2 lain tu bukan masuk akaun peribadi...malah ia dibentang...diisytihar dan ada perjanjian...

najip? Tak isytihar pun sampai timbalan dia pun xtahu. Jika bukan sebab pendedahan oleh SR dan WSJ...confirm sampai hari ni kita xtahu.

Eh...bila nak saman. Kononnya bersih suci...apsal senyap?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 9:49 PM

Aku masuk guna dinturtle.blogspot.de .... asalkan jangan guna .my atau .com ....mesti bole masuk punya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 10:07 PM

Ya betoi laman telah disekat hanya boleh di layari dengan vpn.

Pihak SKMM telah menyalah gunakan kuasa dengan melakukan sekatan tanpa apa apa makluman @ pemberitahuan @ kenyataan ianya bersalahan dengan akta komunikasi dan kebebasan bersuara, bro din turtle di minta ambil bukti tmasuk snapshoot dan buat laporan polis dengan segera.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 10:08 PM

kalau betul la blogers2 bersalah mcmc patut hantar bukti kat syarikat yg sediakan server utk blog2, pastukan dapatkan perintah mahkamah utk tutup blog ni. tapi mcmc cuma dpt block blog dgn suruh internet service provider (isp) kat malaysia (tmnet, unifi dll) block alamat dns blog ni. sebab tu org luar negara masih lg dpt akses blog ni. nak unblock tukar je setting dns gateway kat komputer/ modem. macam medium.com yg hoskan SR diorg lawan balik arahan mcmc suruh tutup SR.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 10:24 PM

Patutnya bawak la ke mahkamah, biar mahkamah putuskan di bawah seksyen apa dan akta mana kesalahan telah dibuat. Sekarang dah terbalik. Menteri dan macai2 dah jadi hakim dan putuskan seseorang / blogger tu bersalah atau tidak. Heranlah kat Malaysia ni... Kalau macam tu, bubar aje la mahkamah dan tak lama lagi peguam2 pakat bersaralah ramai2..

....................
Reply To This Comment ...................
arizmaya
January 28, 2016 at 10:35 PM

tak apa tuan.. teruskan menulis.. pasal kena block tu tak jadi hal... pengguna internet dah cerdik... mereka tahu macam mana nak buat block mcm mana pun semua site yang kena block tetap akan dapat di akses..
contoh ketara spt kes Sarawak Report... ramai surfers tetap dapat mengaksesnya laman sesawang SR walaupun kerajaan kita yang kununya demokratik telah memblok SR.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 11:26 PM

Alhamdulillah...boleh online blog DT ni...nak cite sikit...

Betapa istimewanya seorang perdana menteri bernama NAJIB TUN RAZAK...
dirinya dilindungi dan terlindung dari segala macam hukuman alam manusiawi...ramai yg mengecam dia setiap hari dan masa...ohhh...istimewanya najib ini...setiap hari ujian demi ujian melanda dirinya...tapi dia tetap ada planning n strategi untuk bersiap sedia..
istimewanya najib yang tidak sama dengan PM PM terdahulu...

Isterinya rosmah mansur seorang suri yang kuat menyokong dia....

istimewanya najib...seribu kecaman...tapi dia tetap tabah dan terus memimpin negara...tiada penyesalan dan kecewa di wajahnya...
saban hari...ujian semakin berat...

Ya Allah...apakah yang Kau mahu perlihatkan kepada kami bani Melayu Islam dengan pemimpin istimewa ini...apakah ada hikmah dan ibrah untuk kami....berilah kami petunjuk Ya Allah...kami tetap bersabar...walau di GST setiap hari...

ISTIMEWANYA ANDA WAHAI NAJIB@rosmah@j.h.o.l.o.w......senyap dah dia ni....$$$+_×÷ = ?????? rahman...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 11:42 PM

Din Turtle dah kembali...Dari tengahari lagi susah nak buka blog. Payah lah macam ini, tak kan lah sampai nak sekat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 11:56 PM

Che Din

TSMY, DSSA dipecat, mungkin MM juga.

Bermakna sesiapa yang BERANI kerana benar akan dihukum

Oleh demikian DT, Jinggo, SOTB adalah pendekar sejati tak macam sidia tu yang asyik sorok belakang kain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 12:21 AM

Teruskan perjuangan Din Turtle...
Berani kerana benar, takut kerana salah...

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
January 29, 2016 at 1:11 AM

Saje je ni nak kasi gertak sikit kat bloggers2 yang byk fakta yang mereka tak terjawab lagi. Nak bagi hilang semangat la konon. Gertakkan2 begini seperti nak gertak budak2, main acah2 dll. Dah memang tak nampak professionalisma bila pihak tertentu melakukan tindakan sebegini rupa. Malaysia yan pada suatu ketikanya amat dihormati dan disanjungi kini hanya menjadi bahan ketawa saja akibat perbuatan pihak2 tertentu ini.

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2016 at 1:30 AM

Eh, dah ok dah !! Alhamdulillah.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 3:39 AM

Betul apa yang bro 10.07pm sebut tu, buat laporan polis.

Najib seorang diktator!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 3:40 AM

Bro 9.49pm, support and TQ!

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
January 29, 2016 at 4:40 AM

Assalammualaikum Bro Din!
Alhamdulillah!
Selamat berjuang demi negara, bangsa dan agama.....
Hidup DT!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 8:04 AM

Mana ada ok bro din kalau masuk secara biasa seperti sebelumnya masih lagi ada sign warning skmm, ramai lagi yang tak dapat akses ke blog cubalah bro din check jumlah pelawat pasti banyak menurun.

Sudah melampau dia orang ni cuba menyekat kebebasan bersuara kita dalam pemerintahan rejim diktaktor Insyallah pemerintahan diktaktor akan jatuh dengan keadaan paling hina cuma masa akan menentukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 8:24 AM

@Anonymous

AG dah umumkan najib bersih lagi suci... hehehe
jadi bolehla najib mula proses saman menyaman ni... itu pun kalau dia berani la... klu stakat berani block/pecat org yang cuma bertanya tak de maknanya...

tapi persoalannya...(ish tanya lagi.. puak2 ni takde keje lain ke dari tanya... serabut perot najib..hahaha) ada berani kaa.... hehehe. ADA BRANI KE DATO NAJIB...??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 8:25 AM

padahnya kalau tutup bangkai gajah dengan nyiru - GAGAL

lebih lebih lagi bangkai badak air

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2016 at 8:26 AM

Biasanya kalau kena block cuma kat web version ie kalau guna pc. Kalau guna mobile masih boleh access.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 8:34 AM

@Anonymous

Nak buat mcm mana... dia org ingat dia org bijak sgat sbb tu sekat sana sini... dia tak tahu lagi disekat lagi org nak tahu. rakyat dahagakan maklumat tapi ibarat org dahaga diberi minum air laut... laut mati pulak tu... mana org tak marah... hehehe.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 8:43 AM

@Anonymous

errr... jgn dibubar... nanti lg menderita rakyat... mana taknya... buatnya dia monopoli kerja, kaut semua tender tak haru ke... skrg pun dah berlaku... kalau ikut saluran yg betul tak apalah juga...ini ikut jln belakang.... kalau tambah lagi malaun jenis ni. aduiii sakitnya tu di sini...hahaha.

simpan je la dia orang tu... biarla tak buat keje pon dr menambah lg derita rakyat... lg pon AG sekarang ni kan yg terbaik... semua kerja dia boleh buat dari pendakwa, peguam, hakim pun dia sapu... skrg dgr cite pengarah syarikat pon dia buleh buat... inilah contoh terbaik org yg boleh buat byk kerja dlm satu masa, serentak pulak tu. cayok cayok ag... ag boleh... mmg boleh... boleh blah... hahahaha.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 8:50 AM

@Anonymous

memang btui sgt... apa tak istimewanya en najib kesayangan negara ni... dah nak lemas pun ramai penyelamat datang membantu... cuma para penyelamat ni semua tak reti berenang.... jd pakat2 la tenggelam bersama2....

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2016 at 9:06 AM

Assalam Bro Din Turtle,

Takpe, inilah dugaan kita yang berjuang. Kita terima jelah, yang penting, kita terus berjuang. Bukan sebab duit, bukan sebab nama, bukan sebab manusia, tapi sebab kita takut pada Allah SWT dan kita mahu kebenaran dan keadilan ditegakkan.

Insya Allah kita berjaya. Amin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 9:12 AM

Salam Bro DT.. tolong war-war kan benda VPN ni yang dengan free je kita boleh download, install dan pergi mana2 site yang kena block kat internet ni. Ni alamat untuk download.

https://zenmate.com/

Perjuangan tetap diteruskan... INSYA ALLAH

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 9:20 AM

Masalah lain bro, bukan blok tu. Korang ni, main hentam keromo je. Boleh je aku bukak blog ni sejak dua tiga hari lepas. Skil kena la ada, rumah bnyk pintu, try la pintu2 lain kalau pintu depan kena kunci. Din, awakpun sama. Dah betul isu yg ko bawak, jangan campur aduk dengan tuduhan tak cerdik. Aku tak setuju untuk bab ni. Yg betul tetap betul, yg mengarut tetap je mengarut walaupun dari orang yang kita suka...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 9:59 AM

Ini adalah nama senarai kod internet untuk negara-negara selain Malaysia ----> http://www.osb.org/geog/countrycodes.html

Contoh :

Jepun
http://dinturtle.blogspot.jp

Perancis
http://dinturtle.blogspot.fr

#Jangan gunakan .my atau .com



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 10:36 AM

Najib mengumpul intelektual palsu dan juga agamawan palsu serta munafik di sekeliling dia.Negara ditadbir oleh orang-orang yang tidak beriman.Mereka meletakkan kebodohan itu di tempat paling mulia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 11:49 AM

Saya selalu masok baca artikel anda, tak dak hal ....mereka ini dayus..Tak ada teloq..dan juga cybertrooper dedak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 11:51 AM

Yay! din is back. Teruskan menulis. Kami hargai input anda in the national debate.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 11:58 AM

Din, apabila dia sudah hilang kemaluan dia akan tutup lobang kesalahannya dengan apa cara jua. Hilang akal dalam ertikata lain.

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2016 at 1:20 PM

Semalam OK sebab saya pakai line kedai mamak ! Sekarang bila saya pakai line biasa saya ( umobile ) tak boleh masuk. Maknanya ia bergantung pada line. sebab itu sesetengah orang tidak ada masalah masuk dari awal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 2:35 PM

diaorang pakai open DNS la tu din (JMD ada share tu).. kalau sematphone .. kena donload aplikasi rasanya.. tapi masalah open dns ni.. nak tengok porn anytime. :)

kah kah kah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 5:34 PM

Bro Din kejap boleh masuk kejap kena block. Tapi xpe banyak cara nak bypass.. haha

Mukhriz kena halau dengan ku nan masa meeting MT UMNO. ku nan ni ingat UMNO ni parti dia.. Dah macam samseng aku tengok depa ni..

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2016 at 5:44 PM

Saya tukarkan .my kpd .sg. Alhamdulillah boleh akses.
Teruk betul kerajaan skrg. Yg pelik tu, blog2 pro pakatan tak ada masalah nak akses.. Hmmmm.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 5:55 PM

sebenarnya kita ni sebarisan je...xnak dap pkr tu menang nnti, harap kita masalah ni selesai la...nnti kita juga yg rugi k...aku ni pun dulu nak juga najib tu letak jawatan tapi memandangkan dia kuat dgn sokongan sehingga tun m sndiri xleh lawan nak hak wat cam mna lagi...harap berbaik baik la suma ye demi agama bangsa negara kita...jgn bertelagah lama2...peace yo

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 6:05 PM

penjelasan kepada bro din kerana blog disekat ialah ketiadaan telur, anything to hide, dan lidah macam lidah apa tah, suka sangat menjilat. bukan bro din, tapi orang yang arah untuk sekat blog bro.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2016 at 4:22 AM

Blog din turtle masih lagi disekat jika guna jalan biasa ... terpaksa masuk kot pintu belakang nih ...

Teruskan perjuangan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2016 at 11:32 AM

Terlebih makan dedak ke bang... apa masalah dap pkr pas menang? sanggup kita menangkan parti (individu) yg sanggup menggadai negara sendiri untuk kepentingan diri sendiri. fikir2kan lah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2016 at 2:29 PM

Blog terhalang hari ini 30/1...bertindak secara samar2 adalah salah satu skil Najib & kuncu2nya...ini bukan mengarut...ini realiti skim Najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2016 at 3:18 PM

Nah...switzerland dah keluarkan kenyataan pasal us4billion diselewengkan dari 1mbodo.

si penipu dan si pencuri...jangan ingat kamu selamat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2016 at 6:56 PM

Demi negara maka org yg membuat jenayah, berckp bohong, bermuka2, dan berlagak suci dgn berihram kena dihukum lah..

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 30, 2016 at 9:47 PM

Kalau tak salah saya dulu ada laman2 web geng nuar al-juburi khas untuk kutuk Dr Mahathir seperti mahafiraun, mahazalim dsbnya. Rasanya laman2 web tu tak tak pernah disekat dan sudah bertukar nama dan masih beroperasi sehingga sekarang.

Laman2 web tersebut sudah tidak laku kerana semua tuduhan2 sudah dijawab sendiri oleh yang empunya diri.

Agak malang apabila blog Tuan Din yang hanya menyebarkan persoalan2 dan kemusykilan serta luahan rasa rakyat marhaen pula disekat.

Sepatutnya segala persoalan dijawab dengan pantas dan jelas oleh empunya diri. Jika perlu jawab dengan buat buku kisah sejarah hidup sendiri pun rasanya tiada hal. Tetapi ini orang lain pula tolong jawabkan dan jawapan adalah berbeza setiap kali!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 11:56 PM

guna opera mini pun boleh masuk maner2 lawan web yg di sekat.

Post a Comment