........... Bila Bekas AG Kata AG Tidak Berhak Tutup Kes | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Bekas AG Kata AG Tidak Berhak Tutup Kes

Thursday, January 28, 201619comments


Semalam AG mempertahankan kuasa seorang AG dalam memngarahkan SPRM untuk menutup kes. AG merujuk Artikel 145 yang memberikan AG budi bicara sepenuhnya untuk memulakan, meneruskan atau menghentikan mana2 prosiding jenayah terhadap individu tertuduh. - TMI.

Azalina menyokong AG dengan berkata kuasa AG adalah mutlak, tidak boleh dicabar atau digantikan mana2 kuasa termasuk mahkamah -  TMI.


Hari ini bekas AG Tan Sri Abu Talib pula berkata sebaliknya iaitu AG TIDAK ADA bidang kuasa untuk mengarah SPRM menutup kes !

Beliau turut merujuk kepada Artikel 145 yang sama..... pulak dah ...

Jadi ini merupakan kes TAFSIRAN apa yang disebut oleh Perlembagaan. Kita akan menafsir mengikut kesesuaian keadaan dan rakyat tertanya2 .... Mana satu yang betul ?

Jom kita baca apa yang sebenarnya tercatat dalam Artikel 145(3) itu -



Betul dah kata kedua2 AG dan bekas AG bila mereka merujuk Artikel di atas iaitu kuasa AG untuk MEMULAKAN, MENJALANKAN DAN MEMBERHENTIKAN apa2 prosiding.

Tafsiran berbeza di atas adalah pada perkataan MEMULAKAN. 

Pada saya, AG menerimanya sebagai Hak untuk memulakan atau tidak. Bekas AG pula menafsirnya sebagai tanggungjawab untuk memulakan kes tapi bukan untuk menutup kes kerana tidak disebut dalam artikel perkataan membatalkan kes atau menutup kes atau mengarah kes ditutup.

Yang ini kena biarkan mereka yang pakar dalam undang2 saja yang debatkan mengikut tafsiran dan precedent kalau ada.

Tapi satu point dari bekas AG adalah menarik iaitu jika AG berkata bukti tidak mencukupi, maka seharusnya AG membantu dalam melengkapkan siasatan SPRM ! 

AG mesti bantu SPRM kumpul bukti kerana sumber wang itu datang dari luar Malaysia, kata bekas AG.

Sama ada akan memulakan pendakwaan atau tidak sepatutnya diputuskan selepas siasatan itu.

Pada 31 Disember. Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata siasatan RM2.6 bilion itu tidak lengkap dan agensi penyiasatan itu perlu mendapatkan dokumen dan penyata membabitkan beberapa institusi kewangan luar negara.

"Dokumen dan penyata itu hanya boleh diambil menerusi MLA kerana mereka terikat kepada undang-undang perbankan negara yang terlibat.

Tapi AG berkata TIDAK ADA KEPERLUAN mendapatkan bantuan undang2 daripada negara lain bagi menyiasat sumbangan itu kerana beliau mendapati tiada kesalahan dilakukan.


Pulak dah .... keputusan tidak bersalah dibuat sebelum siasatan penuh dibuat ? Kena ada kesalahan terlebih dahulu baru nak siasat sepenuhnya ?

Dalam kes biasa mungkin alasan AG itu boleh diterima tapi bukan dalam kes yang melibatkan kepentingan negara atau melibatkan pemimpin tertinggi negara. Apalagi kes yang menjadi perhatian seluruh dunia !

No stone should be left unturned. Siasatan harus menyeluruh !

Jika tidak, inilah jadinya ...... semua orang berasa tidak puashati sebab banyak isu tidak diperjelaskan sepenuhnya.

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 1:22 PM

Salinan laman blogger Syed Outside the box
http://themalaysianreserve.com/new/aggregator/sources/19

"A Saudi government official, while declining to comment specifically on the prosecutor's statement, said the Saudi ministries of foreign affairs and finance had no information about such a gift and that a royal donation to the personal bank account of a foreign leader would be unprecedented. Representatives of the royal family couldn't be reached for comment. Critics of the Malaysian prime minister said it was implausible the money had come as a personal donation."

http://www.nasdaq.com/article/malaysia-prosecutor-says-saudis-made-legal-donation-to-leader-20160126-01212

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 2:09 PM

Uik... Blog ni dah kena block ke...? Dah tak leh masuk ikut cara biasa dah...

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2016 at 2:47 PM

Pihak AG biasanya bertungkus-lumus untuk menguatkan sesuatu kes untuk dihadapkan ke mahkamah, bukannya untuk mengelakkan dpd dibawa ke mahkamah.

Tidak menghairankan kerana dah terjadi di mana pemberi maklumat dan penyiasat yang akan disiasat dan dikenakan tindakan. Yang dilaporkan tidak dikenakan apa2 tindakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 2:55 PM

Dasyat ni blh bust filem bro..Ag pelakun undangan.Boleh box off ni.

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2016 at 3:42 PM

Tuan Din.. mohon semak juga Artikel 145(6) merujuk kepada pemecatan PN. PN tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

Dibacakan bersama dan rujuk Artikel 125(3) dan (4)memerlukan representasi dari PM ke YDP Agung. Maka YDP Agung hendaklah melantik suatu Tribunal mengikut Fasal (4)dan merujukkan representasi itu kepadanya (Tribunal); dan boleh atas syor Tribunal itu memecatnya dari jawatan.

Bukan senang2 je pecat PN ikut suka. Tapi untuk kepentingan sendiri, undang2 jelas mcm ni pun dia orang seleweng. hairannya mcm xde org minat kes ni. Bekas PN Ghani dikatakan tidak sihat yakni tidak upaya sebab kesihatan tetapi tetap dibenarkan meneruskan satu tugas.
Quote:
Chief Secretary to the government Ali Hamsa explained that Gani’s service had ended due to “health problems”.

The new A-G is former Federal Court judge Mohamed Apandi Ali.

“The Yang Di-Pertuan Agong, on advice from the prime minister, has consented to Apandi’s appointment as the attorney-general effective July 27,” said Ali.

“Gani will continue serving the country as a judicial and legal service officer until he undergoes mandatory retirement on Oct 6, 2015.”
Unquote.

Bekas AG sendiri pun tak melawan, mcm ada terpalit sesuatu je. Wallahua'lam. Malaysia boleh.

Joe.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 3:49 PM

duit derma 2.03billion yg dipulangkan itu ikut bank apa. agaknya kalau ada MLA utk cek bank arab tu ada tak duit masuk. ag boleh didakwa sebab sengaja mengganggu proses penyiasatan dan menyembuktikan bukti jenayah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 3:59 PM

Pandi ini memang tak betullah dia buat kerjanya. Sifat mahu cepat menolak tanggung jawab - demi putuskan suatu hukum tanpa integriti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 4:07 PM

Pasal apa masa sebelum ni tak bagi tau pun yang derma tu dari Raja Abdullah Sultan Arab Saudi, boleh je terus minta Anifah Aman Menteri Luar Negeri untuk dapatkan pengesahan dari pihak kerajaan Arab Saudi, tak payah nak pening-pening sampai tak pasal-pasal Tan Sri Muhyiddin dipecat, Datuk Seri Shafie Apdal dipecat, Pn. Anina Langkawi dipecat, Datuk Hamida Sungai Rapat dipecat, 9 orang kepimpinan akar umbi UMNO Bahagian Telok Kemang digantung hak keahlian, semuanya kerana nak tahu jawapan pasal RM 2.6 bilion itu, pasal apa tak terangkan awal-awal lagi, tak adalah sampai semua yang kena pecat itu dipecat.

Pelik la Najib ni, kalau kau bagi tau awal-awal, Anifah Aman boleh buat surat kepada Kerajaan Arab Saudi untuk buat pengesahan, tak ada UMNO nak bergolak macam sekarang ni.

Tapi pasal apa tak umum awal-awal lagi yang wang itu diderma oleh Arab Saudi? Takut Arab Saudi buat siasatan dan wang itu bukan dari mereka dan Arab Saudi ambil tindakan terhadap Najib ke?


Walau apa pun, sekarang ni pihak kerajaan Arab Saudi dilaporkan sedang menyiasat perkara mengenai kenyataan oleh Apandi Ali berhubung sebanyak RM 2.03 bilion bersamaan USD 620 juta telah dikembalikan oleh Najib kepada keluarga diraja Arab Saudi pada tahun 2013, sebab apa bagi balik pun tak tau, lepas ni bila dah disiasat oleh Arab Saudi, dan terbukti wang itu tak pernah diberikan pun oleh keluarga diraja Arab Saudi dan bukan sumber dari keluarga diraja Arab Saudi, dan tidak pernah dipulangkan pun kepada keluarga diraja Arab Saudi, ha masa inilah Apandi akan menggelupur tak tentu arah, Najib pula berguling-guling ke sana ke sini gelisah, sebab dah jadi fitnah kepada Arab Saudi pula, ini menyebabkan hubungan diplomatik beb, ingat Arab Saudi boleh terima macam tu saja ke jika orang fitnah keluarga diraja dan kerajaan mereka?

Kes ini dah jadi isu antarabangsa, isu diplomatik, selama ini hubungan Arab Saudi dengan Malaysia begitu baik, janganlah kerana nak melepaskan Najib dari pendakwaan jenayah, maka Arab Saudi dijadikan kambing hitam, lepas tu Arab Saudi tak puas, hati, lingkup hubungan baik Malaysia dan Arab Saudi selama ini.

Kalau betul wang itu diberikan kepada Najib oleh keluarga diraja Arab Saudi gunakan wang sendiri keluarga diraja dan tabung negara Arab Saudi itu dan Najib dah pulangkan USD 620 juta itu kepada keluarga diraja Arab Saudi itu, tak apalah, selamatlah.

Tapi kalau macam yang saya sebutkan sebelum ini, wang yang dikatakan derma dari Arab Saudi itu bukan wang keluarga diraja Arab Saudi dan tabungan negara Arab Saudi seperti yang dikatakan oleh Apandi Ali sebelum ini, maka siaplah Apandi dan Najib, mana korang nak menyorok lagi, Najib akan berhadapan dengan tindakan mahkamah atas kes pengubahan wang haram, malahan mungkin akan diheret ke muka pengadilan di Arab Saudi atas tuduhan memfitnah keluarga diraja dan kerajaan Arab Saudi.

Apandi Ali pula sudah tentu didapati bersubahat dengan penjenayah, sudah tentu dia akan dibuang kerja, kemudian dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa dan mungkin ada unsur rasuah yang dia sapu selama jadi kuncu Najib ini.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 4:11 PM

Perkara seperti di bawah ini apakah Apandi Ali buat pertimbangan sebelum mengarakan SPRM menutup kes ini? Lihat ini:

Adakah Najib buat permohonan kepada bank negara untuk pulangkan wang RM 2.03 bilion itu kepada keluarga diraja Arab Saudi itu melalui Bank Negara?

Adakah Bank Negara meluluskan permohonan Najib nak pulangkan balik wang RM 2.03 bilion itu kepada keluarga diraja Arab Saudi itu.

Sebabnya sebarang transaksi wang melibatkan RM 50 juta perlu mendapatkan kebenaran dari Bank Negara terlebih dahulu.

Malahan pasal apa Apandi Ali pandai-pandai nak tutup kes ini sedangkan kes RM 2.6 bilion itu tidak lagi dapat diselesaikan kerana saksi di luar negara tidak dapat ditemubual lagi, malahan dokumen di luar negara tidak dapat diperolehi untuk disiasat, sebab itulah SPRM minta Peguam Negara tolong aturkan Mutual Legal Assistance (MLA) untuk mendapatkan kebenaran negara-negara terlibat bagi menemubual saksi di luar negara dan mendapatkan dokumen di luar negara untuk tujuan siasatan, tapi pasal apa Apandi Ali tolak permohonan SPRM ini dan terus suruh SPRM tutup kes ini?

Kemudian dalam isu SRC International melibatkan wang RM 42 juta milik SRC International yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib, Peguam Negara mengabaikan proses kemasukan wang berkenaan dari SRC International ke dalam akaun peribadi Najib, apakah proses itu tidak melibatkan unsur-unsur jenayah?

Siapakah yang mengarahkan wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib?

Atas keputusan apakah wang itu diarahkan untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib?

Siapakah yang memasukkan wang itu ke dalam akaun peribadi Najib?

Untuk tujuan apakah wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib?

Apakah SRC International dan Kementerian Kewangan sebagai induk SRC International tidak pernah tahu pasal penyaluran RM 42 juta itu ke dalam akaun Najib? Apakah selama ini tak pernah ada audit terhadap pengurusan kewangan SRC International ke?

Ada ke Apandi pertimbangkan semua persoalan di atas sebelum mengarahkan SPRM menutup kes ini? Saya pasti Apandi tak peduli pun, kerana matlamat utama adalah untuk tutup kes mengenai Najib ini, sebab itulah sengaja Apandi tak tolong SPRM untuk mendapatkan Mutual Legal Assistance untuk SRPM dapat buat siasatan melibatkan saksi dan dan dokumen di luar negara itu.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 4:13 PM

Teruja kalau pengarah dan penerbit filem tamil bila lihat perjalanan kes SRC International dan RM 2.6 bilion ini, buat filem bukan setakat rekod pecah panggung tapi boleh jadi rekod hancur panggung jadinya, bukan setakat box office lagi dah, dah jadi box stadium, terlalu saspen dan penuh wayang.

sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 6:30 PM

ni nk tnya...sy nk xfhm sgt proses gi mana cara yg sebetulnya ikut peraturan..masa si sirul lari pung pang pung pang leh je interpol diminta tlg tangkap dan mohon ekstradiksi. yg pelik hal 2.6 billion ni...apa pasal tak leh dipantaskn guna interpol cari jho low,si 2 cina yg dikehendaki bnm dan 2org SRC ceo cm tangkap sirul itu ari? adakah sbb SPRM xde MLA jdnya xleh nk suh KPolis btindak cm tangkap sirul Australia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 6:32 PM

ni geng umnomafia. cover up ahli diorg walaucmne pn. masing2 ada tengkorak dlm almari masa berjawatan. la ni..dh xbjwtan duk diam la. itula dunia mafia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 6:38 PM

Apa nak kata Peguam Negara Malaysia ialah PAK PANDIR

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 7:22 PM

Found you. Take care.
dari peminat

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2016 at 7:49 PM

Sarawak Report’s credit card information confirmed correct!
It can immediately be seen that the new money trail embroils yet another Jho Low related company, again run by some of Najib’s closest cronies in the 1MDB affair.  Putrajaya Perdana Berhad, of which the Chairman is none other than the head of Tabung Haji, Abdul Azeez Rahim, who has already been caught up in a raft of separate 1MDB related scandals.

The MACC document, while unclear in certain details, plainly shows how a total of RM33 million was shifted from SRC (which had received an original loan from the KWAP pension fund) between PPB and its subsidiaries, before being sent into Najib’s AmBank account numbers 2112022011880 and 2112022011906 in July and August 2014.

These transfers are entirely separate to the payments of RM42 million into the same accounts later in December and then the following February, which came through separate companies named Ihsan Perdana and Gandigan Mentari and have already been admitted to by Najib.

The chart also confirms separate reports published by Sarawak Report in August last year and followed up last week, detailing how this SRC money had been used to pay two credit cards used by the Prime Minister on his European holidays in 2014.

Sarawak Report had detailed the numbers of the two credit cards and the amounts spent:

Visa Card no: 4585 8180 0000 5496, on which RM449,000 was spent and a Master Card no: 5289 4380 0003 8961, on which RM2.8 million was spent

And it can be seen that the MACC document waved by Apandi corroborates the very same card details and expenditures for those numbers in both cases.  Accusations from BN last week that Sarawak Report had “lied” on this matter can therefore be demonstrated to be unfounded by the very documents waved by Apandi at his own press conference.

-from SR-


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 9:17 PM

Dua kuasa utama yang diberikan kepada Peguam Negara oleh Perlembagaan Persekutuan adalah kuasa pendakwaan dan sebagai penjaga kepentingan awam iaitu hak yang diwarisi melalui undang-undang common. Di bawah Perkara 145(3).

Ternyata peguam negara telah melanggar amanah dan tanggung jawab yang diberikan kepadanya mengikut lunas-lunas Perlembagaan yakni selaku 'Pendakwa' yang menjaga kepentingan awam, sebaliknya peguam negara telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan tanggung jawab dengan menjadi seorang 'Peguambela' dan memihak kepada mereka yang sedang di siasat oleh sebuah badan pendakwa yang turut mewakili kepentingan awam iaitu SPRM.

Malah lebih memalukan dalam masa yang sama peguam negara turut bertindak menjadi 'Hakim' dengan membuat kenyataan berupa 'Penghakiman' 'Najib Tidak Bersalah', jelas peguam negara telah melakukan penghinaan serta pencabulan kuasa yang di peruntukan dibawah Perlembagaan Persekutuan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 9:39 PM

Gani patail skrg dah dilantik jadi chairman sarawak hydro..

Pulak? Kononnya dia dipecat sebab sakit. Apakejadahnya pulak orang sakit dilantik masuk BOD company lain pulak?

Apandir...rakyat nampak sangat dah sebab apa awak dilantik jadi loyar negara...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2016 at 9:41 PM

Bukan itu shj saudara..

Pasal apa waktu SR dan WSJ dedahkan semua awal2 dulu tak terus berkata benar?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2016 at 8:49 AM

UMNO hanya pada nama sahaja,hakikatnya perjuangan UMNO sudah mati.Najib kini mengepalai sebuah rejim perosak negara.

Post a Comment