........... Bila AG Pulangkan Kertas Siasatan Kepada SPRM .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila AG Pulangkan Kertas Siasatan Kepada SPRM ....

Tuesday, January 19, 201629comments


Ada dua perkembangan menarik berkaitan isu siasatan SPRM @ SRC @ RM2.6 bilion semalam. Pertamanya, pemulangan semula laporan iu oleh pihak AG kepada SPRM -

Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, Jabatan ini telah pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM. -  Mkini.


Standardlah tu .... saya percaya itu bukan kali pertama pejabat AG memulangkan report kepada pihak yang menyiasat atas dasar memerlukan maklumat lanjut. Tidak semestinya kerana sengaja mahu melambat2kan proses mengkaji laporan itu.

Cuma saya tertarik dengan jenis maklumat tambahan yang diperlukan oleh AG iaitu ... mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM ...  Ia tidak sebut yang AG perlu lebih maklumat tentang siasatan !

Beberapa persoalan spontan menerjah fikiran  -

Adakah siasatan oleh SPRM itu sudah cukup lengkap ? 

Apakah jenis cadangan tindakan yang telah dikemukakan oleh SPRM dalam laporan awalnya itu ?

Kenapa perlu SPRM berikan cadangan tindakan kepada AG kalau tidak ada kes ?
 
Apakah pihak AG merasakan ada kes dan kerana itu mahu menimbangkan dengan lebih mendalam cadangan tindakan oleh SPRM ? 

well .... itu adalah reaksi segera dari rakyat berpandukan apa yang dilaporkan.  Apapun diharap kedua pihak AG dan SPRM dapat bekerjasama dan menyegerakan proses berkaitan secepat mungkin kerana kes ini bukan saja menjadi perhatian seluruh rakyat negara ini tapi juga dipantau dekat oleh dunia.

Yang menjadi perhatian di sini adalah isu integriti Perdana Menteri kita. Undang2 tidak harus membezakan siapapun yang dituduh. Semua orang harus diadili mengikut satu sistem yang sama. Apapun keputusannya sudah pasti akan menjadi satu ikutan/precedent kepada kes2 seumpamanya di masa akan datang.

Apakah mungkin perbuatan Memberi dan Menerima Derma ke dalam akaun peribadi penjawat awam secara senyap akan menjadi trending di masa akan datang ? Sama2 kita nantikan .....

Keduanya adalah jawapan dari SPRM yang telah menerima kembali kertas siasatan itu dan disertakan satu penafian akan dakwaan dari Sarawak Report tentang wujudnya 37 syor dakwaan dalam report awal itu -

Sementara itu, SPRM ingin menjelaskan bahawa laporan portal berita Sarawak Report hari ini, yang mengatakan kononnya terdapat 37 syor dakwaan berasingan telah dikemukakan oleh SPRM terhadap YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan kes SRC International, adalah tidak benar. - SPRM.

Pelbagai tafsiran boleh dibuat jika hanya berpandukan jawapan bertulis di atas. SPRM tidak menafikan bahawa wujud dakwaan tapi SPRM hanya menafikan angka 37 dakwaan itu. Mungkin ada syor dakwaan cuma angkanya bukan 37 !

Satu lagi, apakah merupakan satu kebetulan aktiviti di atas berlaku ketika isu ini mula menjadi perhatian rakyat ? 

Yang pasti, kes ini panazzzzz   !

Share this article :

+ comments + 29 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 19, 2016 at 12:48 PM

Salam DT
Sebenarnya apa yg DT katakan adalah tepat memang ada pertudohan dan dakwaan dlm isu ini cuma bagi pihak AG mereka cuba meringankan atau menutop beberapa dakwaan yg mungkin dicadangkan oleh SPRM dan kita harus ingat segala tindakan yg akan diambil oleh AG terhadap kes ini ianya sdg diperhati dan ditunggu oleh pihak2 luar spt FBI,Swiss,HongKong dan juga Singapura dimana saya rasa mereka sudah cukup bukti hanya menunggu apakah keputusan yg akan diambil oleh AG kerana jika SPRM dan AG tidak telus atau tidak mengambil tindakan maka kemungkinan pihak2 luar ini akan melakukan sesuatu spt membuka segala cerita yg benar dan secara langsung mencemar integriti dan ketelusan pihak SPRM dan AG dan sudah tentu ia memalukan negara dimana apa yg kita harapkan pihak2 spt AG dan SPRM serta PDRM harus memikir akan risiko masa hadapan kerana isu integriti ini melibatkan maruah jabatan2 berkenaan serta ketua2 mereka dan juga negara kerana isu ini akan menjadi precedent dimasa hadapan dan apa yg diharapkan skrg jika SPRM mempunyai bukti dan tindakan haruslah diteruskan walaupun ianya ditolak oleh AG cuma mereka harus berani utk menunjukan tahap profesionalisma dan itegriti mereka dimata rakyat dan dunia sebelum ianya dimalukan oleh pihak luar.

....................
Reply To This Comment ...................
January 19, 2016 at 1:12 PM

perlawanan bola sepak liga bugis
sepak mula bermula..misbun sidek passing ke bawah diambil rashid sidek lalu pas ke bahagian pertahanan bola masih dikaki ahmad mazlan lalu dipass kebawah ke penjaga gol david arumugam....bila tahun laa nak buat goal ashik dlm padang sendiri..goal kepper pun dah mati bola tak juga goall...
liga bugis ni tak boleh pakaiiii sial!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 1:30 PM

Negara Malaysia kini menjadi tumpuan bukan sahaja oleh rakyat Malaysia, tetapi masyarakat seluruh dunia, kes melibatkan isu RM 2.63 bilon dalam akaun peribadi Datuk Seri Mohd Najib yang kononnya derma kepada UMNO, lepas tu bertukar pula menjadi derma kepada kerajaan, sedangkan tak ada walau satu sen pun wang itu diserahkan kepada UMNO dan kerajaan, kes ini menjadi kes yang sangat panas di medan perundangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.

Sekiranya Peguam Negara turut bersubahat untuk menggagalkan siasatan SPRM mengenai perkara itu, persepsi masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia akan menjadi makin buruk dan akan menyebabkan ekonomi Malaysia makin terumbang ambing.

Saya tidak pasti bagaimanakah Peguam Negara berfikir dalam isu ini, kerana tak tahulah apakah Peguam Negara lebih mengutamakan kepentingan peribadi seorang individu berbanding dengan kepentingan 30 juta rakyat Malaysia atau bagaimanakah Peguam Negara berfikir dalam isu ini.

Walau apa pun, sekiranya kes ini dibiarkan tanpa dibawa ke muka pengadilan di mahkamah, maka maruah Datuk Seri Mohd Najib akan tercemar dengan teruknya dan akan timbul pelbagai persepsi di kalangan masyarakat samada dalam atau di luar negara bahawa Datuk Seri Mohd Najib menyalahgunakan kedudukan, pangkat, jawatan serta kuasa politik untuk menghalang kes ini dari dibicarakan di mahkamah.

Malahan Peguam Negara juga akan mendapat imej yang buruk kerana akan timbul persepsi masyarakat samada di dalam atau di luar negara bahawa beliau menyalahgunakan kedudukan dan jawatan beliau untuk membelakangkan proses undang-undang kerana kepentingan peribadi beliau.

Bukan itu sahaja, sedarlah bahawa maruah keturunan Tun Abdul Razak, dan maruah keturunan datuk nenek moyang Datuk Seri Mohd Najib sendiri sebagai golongan bangsawan terhormat, akan tercemar teruk, sedarlah bahawa keturunan Datuk Seri Mohd Najib adalah Orang Kaya Syahbandar, keturunan bangsawan yang terhormat, akan tetapi maruah, harga diri, kehormatan keturunan Orang Kaya Syahbandar ini akan hancur berkecai disebabkan pada pemikiran orang ramai Datuk Seri Mohd Najib menyalahgunakan kedudukan dan pangkat serta jawatannya sebagai Perdana Menteri untuk melarikan diri dari pendakwaan undang-undang atas tuduhan jenayah.

Patutnya jika Datuk Seri Mohd Najib benar-benar tidak melakukan kesalahan, beliau perlu berani untuk menghadapi perbicaraan di mahkamah melibatkan kes ini, beliau mencanangkan di seluruh dunia bahawa beliau keturunan pahlawan, keturunan panglima, malahan dalam Perhimpunan Agung UMNO, Datuk Seri Mohd Najib mencanangkan dirinya adalah 'BERJIWA BESAR', tetapi jika tidak sanggup berhadapan dengan perbicaraan ke ini, orang akan kata Datuk Seri Mohd Najib memang bersalah, sebab tu salah gunakan kuasa, pangkat dan jawatan untuk elakkan perbicaraan di mahkamah, sedarlah bahawa nama baik dan kehormatan keturunan Orang Kaya Syahbandar yang merupakan lambang kehormatan datuk nenek moyang Datuk Seri Mohd Najib akan hancur, akan musnah begitu sahaja.

Pilihan ada, pilihlah, nak lari bak pengecut hingga mencemarkan maruah keturunan yang terhormat hingga jadi hina atau hendak pertahankan kehormatan keturunan yang terhormat itu atas sebab diri memang tidak bersalah, pilihlah mana yang hendak.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 1:31 PM

AG mati kutu nak pusing cam mana lagi....jangan sampai mati katak pulak pusing sendiri pening!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 1:42 PM

Salam Din..

Berdasarkan karangan Din :

"Cuma saya tertarik dengan jenis maklumat tambahan yang diperlukan oleh AG iaitu ... mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM ...  Ia tidak sebut yang AG perlu lebih maklumat tentang siasatan"

Dan karangan :

"SPRM tidak menafikan bahawa wujud dakwaan tapi SPRM hanya menafikan angka 37 dakwaan itu. Mungkin ada syor dakwaan cuma angkanya bukan 37 "

Saya nak tambahkan lagi huraian berdasarkan apa yang tersirat..

Memang berdasarkan laporan SPRM...jelas ada syor untuk mohon AG mendakwa...dan AG hantar balik...samada sengaja melewatkan atau tidak...itu biarlah persepsi berlegar di fikiran kita..TAPI JELAS ADA BUKTI SALAHGUNA KUASA...

Dan SPRM jawab bukan 37 pertuduhan..TAPI JELAS SEKURANG-KURANGNYA 1 pertuduhan TETAP ADA..

Tunggulah episod berikutnya...TAPI JELAS...PM DSN...ada bukti SALAHGUNA KUASA...hanyak tunggu untuk diadili...Di mahkamah...sekiranya AG keluarkan kertas MENDAKWA...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 2:19 PM

And it seems the investigators from overseas are waiting for the outcome of Malaysian investigations before they begin their next move? Can you believe what shall happen when the Malaysian side says everything is all kosher whereas the overseas' parties say otherwise? Let the show begin...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 3:02 PM

Ketidakpercayaan rakyat diambil mudah kerana nak elak masok lokap mesti kena buat apa saja...tapi apa nak risau pak menteri bila masuk lokap layanan pun istimewa juga...cuba tengok anwar sentiasa senyum saja ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 4:12 PM

Ini kes pecah amanah pemimpin tertinggi negara,bukannya lagi kes politik.Jadi kenapa pula Majlis Raja-Raja merasakan yang mereka tidak perlu campur tangan?Apa dan untuk apa peranan Raja-Raja Melayu itu, jika bukan menjadi payung kepada rakyat dan negara ini serta KEDAULATAN UNDANG-UNDANGnya.

....................
Reply To This Comment ...................
January 19, 2016 at 4:40 PM

Keh..keh...keh....yang pasti dan nyata SPRM sudah keluarkan kenyataan SR menipu....keh keh..keh....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 4:47 PM

AG ni lebih kurang Hadi Awng je aku tengok...tak blh percaya

....................
Reply To This Comment ...................
January 19, 2016 at 5:16 PM

Keris. Ada paham BI ke. SR cakap not less than 37. SPRM cakap bukan 37

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 5:56 PM

Kris berayon. Bila masa pulak sprm kata SR menipu ? Kamu dengar atau baca di mana ?
Jgn fitnah sprm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 6:00 PM

Dear unknown of 5.16 pm

You are absolutrly right...NOT LESS THAN 37...meaning it could be any figure above 37. And that is why Apandi asking MACC to explain why too many charges recommended. Surely, even one strikes....its definitely JAIL for both husband and wife robbers.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 6:16 PM

setakat keluar kenyataan sanggah je...apa barang...kahkahkahkah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 6:38 PM

Keris. Tak payah 37 tak payah tiga tak payah tujuh. Satu pun tak habis makan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 7:20 PM

Setuju.AG mungkin kata kertas tak boleh dipercayai,sama macam video yang merupakan besi yang tidak boleh dipercayai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 7:58 PM

@KERIS BERAYON

Eh? Laa... Ada lagi rupanya si "Keris 'Dedak' Berayon" ni... Ingatkan dah lari pegi Indon macam "si anak Nik Kamil SRC" tuu!

Eh Berayon... Bila masa plak SPRM kata pihak SR tuu MENIPU ??? SPRM cuma kata "bukan 37 pertuduhan"... itu sahaja!

Ntah2 jumlah pertuduhan MUNGKIN LEBIH dari 37....atau MUNGKIN KURANG dari 37.... Hanya pihak AGC, SPRM & Allah SWT sahaja yg tahu skrang ni...

Kita rakyat semua kan telah "disyorkan" untuk TUNGGUuuuuuuu SAHAJA...

So kita rakyat semua "tunggu aje lah".... Tunggu pentadbiran kerajaan ni tumbang!

Habis cerita, kan?

....................
Reply To This Comment ...................
January 19, 2016 at 9:11 PM

Yang lantik AG ialah PM Najib (Agung cuma berikan persetujuan saja). Takkan AG sampai hati nak heret Najib ke mahkamah?

Sanggupkah AG berkata kpd PM Najib "Not that I don't love you, Sir, but I do love our country and our people more".

Kalau naik mahkamah pun nanti ada mungkin banyak cara boleh dibuat agar mahkamah terpaksa jatuhkan hukuman 'No case to answer. OKT dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri'.

Tak percaya, tengoklah nanti.

Orang kita lebih sayang PM daripada isteri.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 19, 2016 at 9:40 PM

Nasib negara dan rakyat kini ditangan Ketua Hakim Negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 10:14 PM

Sprm cuma nafikan 37 jumlah dakwaan Sprm tidak nafikan adanya dakwaan dan tidak nyatakan berapa jumlah dakwaan sebenar, kenyataan sprm jelas mana mau lari lagi oleh kerana terlalu banyak lobang sudah tak boleh nak tutup lagi, times up no where to hide say bye bye to najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 10:50 PM

Bang Din ...maknanya takdelah kes keatas najib ..najib nikan anak tun razak ..dia pm lagi hebat dari arwah bapak dia ..tentunya dia pemimpin yang jujur dan bersih ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 11:54 PM

Adakah ini maknanya AG tak tau nak buat apa, sbb dia dah lupa apa yang dia pernah belajar? Mungkin selama ni AG tak pernah tau tugas AG tu apa? Mungkin AG adalah alat yang di pasang utuk runtuhkan UMNO sebab tindakannya agak pelik walaupun dia sudah wajar bertindak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2016 at 12:46 AM

Pemimpin bukan saja perlu jujur dan bersih tetapi dapat dilihat jujur dan bersih. Ertinya bukan jenis yg terpalit dgn sekendal. Penipuan atau salah guna kuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
January 20, 2016 at 7:42 AM

Pemulangan kertas siasatan atau memerlukan maklumat tambahan adalah perkara dan proses biasa yang sudah dijangkakan kerana selalunya ada beberapa perkara terlepas pandang dari pihak penyiasat.

Unsur unsur politik dan emosi melulu tidak akan mempengaruhi fakta yang perlu dikemukakan ke mahkamah dan fakta itu perlu kuat yang menjurus kepada keadilan.

Pemulangan dan maklumat tambahan bukan hanya sekali malah mungkin berlaku dan berbangkit berulangkali untuk mwngatasi keraguan yang manasabah.

Adalah normal jika tolak tarik ini memakan masa berbulan lagi dan kebetulan jika ada "kesepakatan" sudah tentu ia diambil peluang untuk meloloskan diri.

Kelemahan undang2 dan peratoran kadangkala disalahguna !!!

Rakyat berharap mereka yang tidak amanah kwpada awam akan dilaknat Allah serta merta dan disaksikan rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2016 at 7:45 AM

Itulah sikap orang Melayu yang terkeliru. Rasulullah s.a.w. dah ajar kita bahawa tidak ada kelebihan pangkat atau keturunan kecuali yang terbukti kesalihan dan kebijaksanaannya. Kalau buat salah mesti dihukum salah.

....................
Reply To This Comment ...................
January 20, 2016 at 8:07 AM

Salam brother Din...

"Apakah mungkin perbuatan memberi dan menerima derma dalam akaun peribadi penjawat awam secara senyap akan menjadi trending dimasa akan datang".

Sudah semestinya kes ini akan jadi trending or hujah rujukkan pada kes akan datang jika NFA berlaku dalam isu 'DERMA' ini. Pertembungan dari segala dimensi.

SPRM mengambil masa berbulan-bulan untuk lengkapkan kertas siasatan. But AG ambil masa 2 minggu sahaja untuk study then kembalikan semula kepada SPRM. Emmm, logik akal dah diletakkan kat lutut kot lately ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2016 at 8:19 AM

Kes 1MDB dan RM2.6 bil ini, hanya Najib/Rosmah, wok lodim, zeti, khalid, abu kassim, apandi pegang jawapannya bersaksikan ALLAH SWT.....abis cerita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2016 at 3:52 PM

Aku rasa pemikiran kau tertipu. SPRM kata bukan 37. Mungkin 36, mungkin 38. Kalau kau kata ' keris berayon ' aku kata bukan keris berayon tp telor berayon. Hakikatnya berayon tetap berayon cuma kau kata keris aku kata telor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 6:40 AM

Terima derma 2.6b tu terang terang ! kes rasuah .. tetapi undang undang juga disalah guna di guna secara berpilih pilih..aka pilih bulu..kerajaan Najib memang kerajaan haramjadah.. UMNO najib memang UMNO haramjadah .. UMNO lembu feedlot

Post a Comment