........... Ahli2 Umno Sedar Keadaan Sekeliling Tapi Mereka TAKUT Untuk Bersuara | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ahli2 Umno Sedar Keadaan Sekeliling Tapi Mereka TAKUT Untuk Bersuara

Monday, January 18, 201628comments

Artikel terbaru dari Sarawak Report memang gempak habis. Dakwaan terbaru SR berkaitan betapa banyaknya duit yang ada dalam akaun peribadi Najib ( katanya lebih dari RM4 bilion !! ) tidak harus dibiarkan begitu saja. Najib kena ambil tindakan terhadap SR !

Kemudian SR tuduh laporan SPRM yang baru ni diserahkan kepada AG punya 37 dakwaan salahlaku terhadap Najib dan laporan itu sudah diedarkan  kepada kepimpinan Umno menyebabkan AG dalam keadaan serba salah sekiranya beliau mahu menutup kes itu ....  yang ini pun Najib kena ambil tindakan. 

Kemudian dituduhnya Najib cuba nak dapatkan suaka politik dari Turki tapi direject ! 

Pendek kata - SR mendakwa Najib terdesak dan merancang nak lari ..... dengan duitnya sekali !


Anda boleh baca artikel SR itu di SINI

JANGAN PERCAYA OK !

                                                        **********************
Samada betul atau tidak segala dakwaan oleh Sarawak Report itu, wallahualam. Apapun, masa akan menentukan kebenarannya. Kita tunggu jer.....

Tapi satu perkara yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun adalah populariti Najib kini menjunam jatuh dengan begitu teruk sekali dan turut sama diheret jatuh adalah imej Umno. Tidak pernah imej seorang PM dihina begitu teruk oleh rakyat sebelum ini, dari budak sekolah hinggalah orang tua. 

Asal sebut jer nama Najib atau Rosmah, orang akan mencebik mulut. Asal ada jer orang mencebik mulut, adalah nama Najib atau Rosmah disebut.

Hampir tidak kedengaran langsung suara yang memuji Najib atau Rosmah .... kecuali anda menonton TV3 atau membaca media yang dikelola oleh cai2 Najib.

Malangnya kepimpinan Umno masih cuba menafikan hakikat ini. Samada mereka benar2 yakin yang Najib masih popular atau Umno masih kuat atau sekadar menyedapkan hati, hanya mereka saja yang tahu.

Kalau ada majlis2 yang diresmikan oleh mana2 pemimpin Umno, jarang akan disebut nama Najib ! Takut rosak program yang susah payah diatur.

Di bawah saya kongsikan satu analisis ringkas akan situasi politik Najib dari saudara Hasnul Rahman yang saya terima di artikel sebelum ini -


Pada zahirnya rakyat biasa masa kini tak mampu berbuat apa-apa lagi kerana semua punka (pangkal) telah diawasi dan dikawalselia dgn ketat oleh anggota kepimpinan Najib/Rosmah. Pengawalannya sama ada dgn cara menyogok duit ringgit atau ugutan.

Justeru, semua yang berautoriti jadi beku, bisu dan membatu. Takut, kecut dan buat tak dengar apa yg disuarakan rakyat, walaupun dihati kecil mereka mengakui 'kebenaran' apa yg dirungutkan.

Mahu tak mahu terpaksalah rakyat menunggu keputusan PRU akan datang yg mungkin bersifat 'marahkan pijat, kelambu dibakar'.

Maka akan hancur dan binasalah segala kejayaan dan kemajuan yg diwarisi. Di ketika inipun secara disedari segalanya beransur rosak sedikit demi sedikit gara-gara PM Najib.



Ahli dan kepimpinan Umno TAKUT untuk bersuara ?

Dari apa yang saya lihat dan dengar sendiri semasa membuat liputan majlis2 GKCM, saya terima sememangnya ahli2 Umno TAKUT untuk untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati mereka.

Bukan mereka tidak sedar, bukan mereka tidak nampak, telinga mereka tidak pekak dan mata mereka tidak buta ..... mereka tahu apa yang berlaku disekeliling tapi mereka TAKUT untuk menyuarakannya secara terbuka.

Asal digertak saja oleh ketua2 bahagian atau wakil2nya, hancurlah semangat untuk bersuara itu ....

Makanya saya lihat ada baiknya kepimpinan Umno menerima usul yang dikemukakan oleh GKCM di Bagan Pulau Pinang minggu lepas iaitu supaya diadakan satu Pungutan Suara atau Referendum di kalangan semua ahli Umno bagi mendapatkan suara sebenar akar umbi apakah benar Najib masih mendapat sokongan penuh dari akar umbi.

Dan lebih penting lagi, sekiranya terbukti melalui Referendum itu bahawa Najib tidak lagi mendapat sokongan penuh ahli Umno sendiri, kepimpinan Umno boleh menyorok dibelakang hasil Referendum itu untuk menggesa tindakan segera diambil bagi memulihkan semula Umno. Bukan kepimpinan yang mahu tapi suara akar umbi yang mahu !

Jika ternyata Najib masih menjadi pujaan hati akar umbi Umno, hasil Referendum itu bakal menjawab para pengkritik dan mematikan terus apa yang diusahakan oleh GKCM.

Bukan payah pun dan tidak kos pun tak tinggi mana kalau nak buat Referendum itu. Nak buat atau tak nak buat jer ...

Masa berjalan .... dan masa depan Umno menjadi percaturannya ... Kekalkan Najib atau Kekalkan Umno ?

Share this article :

+ comments + 28 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 6:10 PM

Ahli UMNO perlu buat pilihan, apakah mereka sayangkan Kelambu UMNO ataupun sayangkan 'nyamuk' yang membuat onar di dalam UMNO dan Barisan Nasional ketika ini.

Jika sayangkan nyamuk, maka bila nyamuk tu gigit maka boleh kena demam denggi, demam malaria, demam kapialu, demam chikgunya, dan macam-macam penyakit lain, tapi kelambu lingkup kena bakar, lepas tu macam-macam jenis nyamuk yang datang menyerang pula.

Tapi kalau sayangkan kelambu, maka nyamuk tu dihalau keluar atau ditampar hingga maut, maka selamatlah dari gangguan nyamuk-nyamuk lain yang sentiasa nak menganggu ahli-ahli UMNO semua.

Fikir-fikirkanlah.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 6:11 PM

ada ketua cawangan tua kata, memang dah sakit tenat dah. tapi mereka masih dok berfikiran bahawa tiada pilihan untuk orang melayu untuk terus undi umno dalam pilihanraya nanti. ertinya buat la apapun, orang melayu akan undi umno kerana bimbangkan dap. itu ajer yang ada dalam kapla mereka. tu pasal sekarang dok sibuk burukkan dap dan kepimpinan mereka. tapi kalu dah gitu perangai pemimpin umno, memang ada yang bakar kelambu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 6:16 PM

dalam utusan kata ag pulang balik kertas siasatan kepada sprm untuk memberi lebih keterangan untuk beberapa persoalan. lambat la lagi nak tahu hal derma dan src kalu sprm pun ambil masa nak jawab keterangan. kena tunggu lagi la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 6:28 PM

Dah berpuluh journal SR boleh terbit tanpa satu pun kerajaan mampu sanggah. Orang dah tak fikr pasal UMNO sekarang. Semua dok tunggu apa kata peguam besar diatas sana..... heheheheh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 7:01 PM

ada baiknya gkcm sendiri yg mengambil ikhtiar menghasilkan referendum tersebut. sekiranya ia ada dokumentasi yg lengkap (nama, no ic, no ahli dll + rakaman video) rasanya kepimpinan umno pun terpaksa menerima keputusan referendum itu walaupun tak rasmi.
sekiranya ada pakar undang2 di sini boleh terangkan sama ada keputusan/ integriti ag boleh dipersoalkan dan bagaimana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 8:03 PM

Burukkan dap? Mmg dap buruk pon takkan tak tau2 atau buat2 tak tau.

tlp.

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2016 at 8:07 PM

Org lain tak tahu le. Saya sendiri dh muak dgn seribu cerita dan alasan. Dok tunggu PRU je le.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 8:12 PM

If the BREAKING NEWS is true that AG is returning the SPRM's investigation files on 2.6 Billion & SRC's case, then not only UMNO, the country is doomed too to implode in a matter of time!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 8:37 PM

Saudara Din..

Info dari AgendaDaily:

Kertas siasatan dikembalikan kepada SPRM untuk penjelasan - Peguam Negara

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah mengarahkan kertas siasatan berhubung kes SRC International dan RM2.6 bilion dikemukakan semula kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.
Menurut Apandi, ia bertujuan untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan selanjutnya setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut.

“Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mengkaji dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International dan satu kertas siasatan berkaitan kes yang dikatakan melibatkan dana RM2.6 bilion yang telah dikemukakan oleh pada 31 Disember 2015.

“Ia untuk mendapat penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM,” kata Apandi menerusi satu kenyataan media kepada BNBBC.my pada Isnin.

Tambahnya jabatan peguam negara juga telah mengarahkan agar kertas-kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, kertas siasatan dua kes melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikemukakan oleh SPRM pada 31 Disember 2015 lalu.

Ia adalah siasatan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan RM42 juta yang disalurkan kepada Najib melalui bekas anak syarikat 1MDB SRC International.

SPRM sebelum ini berkata siasatan awal menunjukkan dana RM2.6 adalah dana sumbangan politik kepada Najib. 18/1/2016 - Oleh MOHD HILMI MOHD ALI

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 8:44 PM

Kali ini SR membuat laporan secara terang terangan menjurus kepada najib malah turut mengaitkan rosmah sesuatu yang sangat mengejutkan, apa tindakan najib?

Ketua2 bahagian sudah dijanjikan menjadi calon pada pru14 itu yang buat mereka bermati matian membela najib mereka terlalu mabuk dengan angan2 pada pru14 yang mereka akan menang dikerusi masing2, sedangkan pada hakikatnya dengan kemarahan pengundi pada najib mereka bakal terguling dog dalam kemaluan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 9:53 PM

Tunggu lah PRU. Dulu tunggu kenyataan 1MDB dari PM di parlimen, tiba2 subjudice pulak. Sekarang ko nak tunggu PRU, kalu x de PRU ko tunggu apa pulak? Bro, lu boleh tunggu sampai berak air lah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 10:32 PM

Ahli UMNO ramai yg bersuara melalui media sosial terutamanya melalui FB...bole check page2 STDM, kelab che det dll...memang ramai nk najib berundur, bole nmpk 90% pengguna media sosial nk dia berundur...semakin hari semakin bertambah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 10:36 PM

9;53 pm.
Kalau pru takda dah sampai edah bubar ar parliment secara aotomatik. Tak pernah baca perlembagaan ke ?
Aku pun tunggu pru jugak
Kasi ajar !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 10:57 PM

Brapa kali mau cakap kasi panel bebas check dulu baru hantar. Itu manyak stlait punya olang, jangan main-main ooo. Kasi cepat repair.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 12:12 AM

Mengapa asyik nak hentam dan salahkan kelambu DAP saja sedangkan dalam kelambu UMNO sendiri pun ada banyak nyamuk yg amat merbahaya?

Mengapa UMNO amat takut kpd DAP? Jika DAP menang semua kerusi yang mereka tandingi pun mereka tak dapat memerintah negara ini.

Mengapa UMNO sentiasa serang DAP atas alasan DAP anti Hudud dan Islam? Adakah parti-parti komponen BN sprt MCA, MIC dan Gerakan menyokong Hudud, memperjuangkan hak-hak Melayu dan tidak anti Islam.

Janganlah revolusi dan transformasikan rakyat jelata, khasnya Melayu, menjadi orang-orang yg hipokrit dan tidak rasional berfikir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 1:04 AM

Umno Selangor pondan.Jgn dok berangan.Pm dah tak fokus untk kamu menang dlm Pru 14.Silap2 Bn dan Umno bungkus lenyap dari bumi Sngor.Kau org gaduh la sesama sendiri.Maaf bro din lari tajuk sikit..bkn apa ..Geram..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 6:14 AM

Setelah mengkaji siapa orang melayu itu saya dapati:

1. Hang Tuah memang tidak ujud .... hayalan semata2

2. Melayu sememangnya lemah, malas dan korup .... dari raja2 hinggalah kerakyat termiskin

3. Walaupun 4 pm pertama cuba mengubah hala tuju orang melayu, pm ke 5 menidurkan melayu untuk memberi laluan pada pm ke 6 menyamun dan merompak negara.

4. Melayu yang ada sekarang telah balik pada zaman dahulu iaitu malas, rasuah dan lemah dan sekarang ditambah penyakit TAKUT DEMI WANG, PANGKAT DAN KEDUDUKAN.

5. Tidak mustahil melayu hilang kuasa dan menjadi bangsa hsnya tinggal nama.

6. Agamawan melayu terus hanyut dalam keselesaan pangkat, harta dan kedudukan....hilang asal tanggungjawab mereka.

7. Melayu islam akan ramai masuk ISIS dan meletupkan diri untuk jalan pintas ke "syurga". Sebab semua melayu cari jalan pintas untuk kemewahan...iaitu malas bekerja, terima rasuah, takut bertindak.......

ITULAH REALITINYA

Daripada: Suarahati yang sangat terkecewa dengan bangsa sendiri yang bernama MELAYU dan BERAGAMA ISLAM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 7:51 AM

wahai ahli UMNO sekalian...isu sekarang ini ialah ekonomi negara di bawah pengurusan kewangan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri yang lemah darI sejak dia jadi pm,semakin merundum,bukan meningkat ekonomi. Bagaimana nak selamatkan ekonomi negara? Ringgit makin turun sebab semua orang dah tak akan percaya DIA yang menguruskannya. Konsep mudah dalam ahli keluarga yang nak kumpul duit tabung keluarga. Macam-macam idea si ahli ni nak supaya kita keluarkan duit utk main kutu dgn dia. Yang paling utama orang yg jaga duit keluarga tu mesti paling amanah,bagus,jujur,baik.Betul kan? Kalo abg yg offer nak jadi bendahari tp dia jnis suka guna duit tabungan tu labur sini sana tanpa berbincang tak kisah halal haram kononnya nnt ada interest leh kongsi dgn semua...akhirnya gaduh adikberadik dan tak percaya dah. ini baru konsep ahli keluarga. konsep ekonomi dunia lg besar impaknya.Tolong turunkan PM cum Menteri Kewangan SEKARANG Juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 8:11 AM

TPPA
saya berpandangan kerajaan perlu duduk dan memberi peluang kepada NGO dan pakar-pakar yang sedang mengkaji 6000 muka surat TPPA untuk mengemukakan hujah mereka dan mencapai kata sepakat demi kepentingan rakyat dan negara, langsung menghilangkan keraguan mengapa kerajaan merahsiakan kandungan TPPA sebelum ini; seperti yang didakwa oleh pakar-pakar yang mengkaji. Menteri mengatakan di bawah TPPA akan terdapat pertambahan US$100 billion menjelang 2027 iaitu 11 tahun dari sekarang. Ini bermakna kalau dikira implementasi TPPA dari tahun ini sehingga 2027, pertambahan itu hanyalah USD9 billion setahun, sedangkan eksport kita ke Thailand tahun lepas lebih banyak iaitu USD12 billion dan ke Indonesia pun USD USD12 billion setahun. Saya mengandaikan kalau kita tingkatkan sedikit usaha mengeksport makanan halal ke dua-dua negara ini, kita boleh melangkaui pencapaian untuk menambah USD9 billion setahun itu. Dengan berbagai kemungkinan yang boleh berlaku seperti lebih banyak tanah yang tergadai, kita nak berbangga dengan pertambahan USD9 billion setahun selepas TPPA?.
Pedagang Malaysia mahu melebar sayap dagangan ke US, Canada dan Mexico dengan adanya TPPA? Ahli-ahli Parlimen diminta tolong belajar sejarah dan buat kajian sikit. Tahukah anda NAFTA yang ditandatangani pada tahun 1993 melibatkan ketiga-tiga negara ini telah menjadikan mereka satu ekonomi gergasi dalam pasaran bersepadu untuk 400 juta penduduk mereka? Antara mereka tidak ada sekatan. 3 negara NAFTA ini saling tolong menolong tanpa sempadan ekonomi. Dengan adanya TPPA pula, kerjasama ekonomi 3 negara ini melangkau batas SEMUA jenis bidang, seperti pelaburan dan perkhidmatan, pengaliran data dan e-commerce, dan semua jenis pergerakan pekerja dan berbagai-bagai lagi, menjangkau apa yang termeterai dalam NAFTA yang sedia ada. Bermakna pasaran ekonomi mereka semakin luas dan mewah, keupayaan mereka menguasai ekonomi dan pelaburan merentasi sempadan negara-negara TPPA. Apalah makna menjadi negara maju menjelang 2020 kalau rakyatnya mengemis di negara sendiri atau diberi peluang sekadar dipinggiran, berniaga di tepi-tepi bangunan tinggi menjual goreng pisang dan nasi lemak. Bukan semua rakyat Malaysia adalah pedagang. Dengan kenaikan gaji yang sedikit, bayangkan setiap rakyat menghambakan diri pada duit, bekerja tanpa henti, bukan lagi membuat 2 kerja, malah 4-5 kerja sehari semata-mata untuk hidup?
Sejak tahun 2008 hingga kini, ekonomi USA tidak dapat bangun dari kejatuhan yang menjunam akibat ‘the great recession’ yang lebih hebat dari apa yang berlaku pada tahun 30an. Golongan pertengahan Amerika terkapa-kapa tidak mempunyai pekerjaan dan terpaksa berhijrah keluar negara terutamanya bekerja di Timur Tengah. Negara USA menjadi tempat tinggal untuk orang yang berada dan kaya semata-mata. Dengan motto TPPA “Leveling the playing field for American workers & American businesses” dan maksud TPPA itu sendiri bermakna “The Trans-Pacific Partnership (TPP) writes the rules for global trade—rules that will help increase Made-in-America exports, grow the American economy, support well-paying American jobs, and strengthen the American middle class”, perlu ke kita berpolemik banyak lagi dan menutup mata atas kemungkinan eksploitasi terhadap khazanah negara yang kerdil ini?
Saya menyeru kerajaan, biarlah kita sama-sama meletakkan kepentingan rakyat di hadapan, dan mengkaji kertas lapuran TPPA dan cost-benefits analysis TPPA dengan teliti dan sewajarnya, melihat sejarah NAFTA dan WTO terhadap negara-negara berkenaan; serta membuat analisis jangka panjang sebelum kerajaan mengambil keputusan untuk menandatangani TPPA tersebut.

Apakah masa depan rakyat ‘The Golden Chersonese’ ini selepas TPPA? Mungkinlah kita akan menangis setiap hari dan bukan sekadar setiap tahun semasa PAU? dan terus-terusan menyanyi ……
“…..Indahnya bumi kita, Warisan berkurun lamanya, Hasil mengalir ke tangan yang lain, Kita kan merintih sendiri”

https://www.facebook.com/masturamohd.darby/posts/10154076124803296?fref=nf&pnref=story

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 8:11 AM

Anon 6.14,

You are not alone being frustrated.

Just wondering whether the muslim malays could persuade the following personalities to take up SUMPAH MUBAHALAH in the presence of Grand Imam

1. Najib on 1MDB fiasco + RM2.6 bil + murder of altantuya and kevin morais + scorpene + removal of gani

2. Apandi on removal of patail + refusal to charge wrongdoers on zeti's recommendation + kevin's death + delaying charging najib on macc's recommendation

3. TS khalid (IGP) on all issues involving personalities 1. and 2. above.

As a malay across south china sea, i have no longer in muslim malays from semenanjung.

Sad......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 8:20 AM

Assalam Bro,Aku berdoa agar Najib cepat meletak jawatan.Masa semakin suntuk.Lagi lama dia jadi PM,makin haru biru negara dibuatnya.Aku sayang UMNO TETAPI BUANG NAJIB.......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 9:19 AM

Umno sgor Hampeh.Ckp je lebih,x buat kerja semenjak Azmin ambil alih.Ingat Azmin nak masuk Umno kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 10:30 AM

Dua2 tu xpayahla..sudah expired date. Sudah terlalu lama masa diberi terhadap Najib & UMNO utk membetulkn situasi ni. Smpi skarang hasilnya adalah sama. Org UMNO pekakkan telinga, butakan mata tidak fikirkah masa depan bkn stakat kita saja tapi anak2 semua bangsa? UMNO sudah lari dari tujuan asal penubuhan, semua bertuhankan duit. Masa tuk buat perubahan. Dri atas smpila ke ketua bahagian & cawangan.. semuanya berpaksikan duit. Cukup2la kite bg 'derma' pada mereka2 ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2016 at 10:31 AM

Apakah situasi negara sekarang ?
Adakan cahaya di hujung terowong gelap ?
Is it now the darkest time before dawn ?
Rakyat Malaysia yg tidak bersalah, yg mencari rezeki halal, yg mampu berfikir secara rasional dan MENOLAK kemungkaran sepenuhnya masih berharap...

....................
Reply To This Comment ...................
January 19, 2016 at 6:46 PM

@Anonymous
Jangan putus asa kawan..bukankah kamu sdri masih lagi melayu yg pya harga diri?bukankah kita masih pya din turtle, ameno, jebatmustdie?malah kita masih ada mahatir, muhyiddin,,,,kita masih ada rafizi,.malah anwar ibrahim dgn wan azizah..juga pemimpin2 pas, harapan...kita masih lagi pya melayu yg x mudah dibeli dgn duit ringgit...kita masih lgi pya melayu yg tau membezakan benar dan salah...kita masih lagi pya melayu yg menyayangi negara tercinta ini....selagi kita masih ada, selagi itulah kita xkan putus asa..kita akan trus berjuang, walau hya dgn lidah dan kata2...meskipu ditakdirkan kita gagal, akam kita wariskan perjuangan ini kepada anak2 kita...percayalah...selagi masih ada nyawa yg tersisa, harapan dan perjuangan x kan pernah pudar..selagi sangkakala belum ditiupkan, selagi itulah perjuangan wajib kita teruskan...

....................
Reply To This Comment ...................
January 19, 2016 at 9:31 PM

Jangan terlalu berharap pada PRU14 pada 2018. Dengan kuasa yang ada pada Najib dalam MKN dia bolih umum dharurat dan terus berkuasa

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 19, 2016 at 9:35 PM

1. Najib nak bawa lari lebih RM4 bilion dan hidup dalam buangan di negara lain kata Sarawak Report. Kali ini jika Najib tak saman Sarawak Report memang sahih Najib penyamun terhebat abad ini.

2. Juga dinyatakan bahawa bukti2 berkaitan kenyataan mereka sudah dilihat pemimpin2 UMNO. Maka, jika Najib tidak saman juga maka memang benar sekali ada aktiviti jenayah menyamun wang negara/rakyat dilakukan.

3. Dalam ketika pemimpin2 UMNO semua jadi penakut untuk bertindak dan Muhyiddin pun senyap terus. Ada pula pihak2 yang mengambil kesempatan dengan mempromosi parti yang mahu rampas hak2 keistimewaan melayu/bumiputera dengan menjadikan semuanya sama rata iaitu DAP.

4. Setiap undi kepada DAP akan menyumbang kepada kemusnahan bangsa peribumi. Ini adalah fakta yang tidak boleh diubah.

5. Hanya kerana seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit. Walaupun ada beberapa kerat yang terpalit malah menjilat pula lumpur tersebut, tidak bermakna lumpur tak boleh dibersihkan. Apa yang penting kerbau yang seekor perlu dikurung supaya tidak lagi membawa lumpur ke merata tempat.

6. Nasib negara dan rakyat kini berada ditangan Ketua Hakim Negara. Jika beliau mahu lihat negara ini musnah bersama2 beliau sekali, silakan....teruskan usaha anda melengah2kan apa saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2016 at 4:30 AM

orang sudah tidak percaya lagi pada ucapan najib. apa yang diucapkan oleh beliau dianggap hanya sebagai membaca teks karangan dan bukan lagi fakta dari seorang perdana menteri malaysia.

apa yang orang masih percaya adalah beliau memang byk wang dalam akaun peribadinya dan sokongan yang ada hanyalah kerana wang semata mata..

Post a Comment