........... 1MDB @ Switzerland - TerimaKasih Datuk Khairuddin Sosma | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB @ Switzerland - TerimaKasih Datuk Khairuddin Sosma

Sunday, January 31, 201626comments

Tidak berkesempatan nak menulis dari semalam... baru tiba di Kedah. Dari borak2 dengan orang tempatan tadi, ternyata sentimen rakyat dalam isu Mukhriz agak panas. Itu kita cerita kemudian lah. 

Berita paling panas hari ini adalah mengenai 1MDB yang datangnya dari Switzerland !

Pejabat Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata ia telah secara rasmi meminta Malaysia membantu siasatannya terhadap kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang negara itu yang berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan dakwaan berlaku jenayah salah urus di firma itu. 

Baca seterusnya artikel di Mkini.


Paling menarik bila AG Switzerland menyebut secara jelas yang siasatan mereka  has revealed / telah menunjukkan dana sehingga USD4 bilion telah diselewengkan ! Dan nama2 yang disebut adalah 1MDB, SRC International, Petrosaudi, Genting/Tanjong dan ADMIC .... kesemuanya pernah kita timbulkan persoalan2 sebelum ini berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak 1MDB sendiri.

1MDB sudah jadi semakin terkenal diperingkat antarabangsa ! TAHNIAH !!

Tapi yang menghairankan ..... kenapa pihak AG Switzerland menghebahkan kepada dunia yang mereka meminta bantuan dari AG Malaysia dalam siasatan mereka ?

Rasanya permintaan seperti itu dilakukan dalam diam antara pihak2 yang terlibat. Siaran media seperti ini hanya mengundang spekulasi. Mereka pun tahu tapi mereka buat juga .... kenapa ek ?

Adakah AG Switzerland mahu mensabotaj ekonomi negara ? SOSMAkan AG Switzerland !! hehehe ...

Apapun kita tunggu perkembangan selanjutnya, kerana saya percaya akan timbul perkara lain lagi. So, cai Najib, jangan cepat melatah ok. Ini dah level international.

                             *******************

Di bawah adalah respon dari AG Malaysia -

1. Saya sedia maklum mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland, dan beberapa kenyataan lanjut yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar di Amerika Syarikat berhubung penyiasatan dua bekas pegawai 1MDB.

2. Saya dan pihak berkuasa Malaysia ingin menyiasat kesemua fakta mengenai 1MDB yang telah  membawa kepada dakwaan terbaru terhadap syarikat berkenaan. Oleh itu, beberapa siasatan dijalankan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Audit Negara.

3. Pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara komited untuk bekerjasama dengan semua badan penguatkuasaan undang-undang asing melalui konvensyen antarabangsa dan perjanjian yang disepakati. Turut mengikut langkah tersebut ialah syarikat 1MDB sendiri yang telah menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dengan badan-badan berkenaan.

4. Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland, pihak kami bercadang untuk mengambil semua langkah yang mungkin untuk mengikuti dan bekerjasama dengan pihak di Switzerland, dan kami berharap untuk memperolehi bukti-bukti dan hasil dari siasatan  yang dilakukan melalui saluran yang betul. Bukti-bukti ini akan dikaji semula disamping bukti dari pihak-pihak berkuasa yang lain termasuk pihak kami sendiri untuk menentukan tindakan yang tepat.

5. Berbeza dengan laporan media baru-baru ini, siasatan terhadap sumbangan yang diberikan kepada Perdana Menteri adalah berbeza sama sekali dengan sumbangan yang diterima oleh 1MDB. Jabatan Peguam Negara mengkaji semula laporan yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan, seperti yang telah diumumkan, tiada bukti sebarang jenayah yang berlaku dan atas sebab berkenaan, kes tersebut diarahkan untuk ditutup.

6. Sebarang percubaan oleh pihak media untuk menghubungkaitkan dua  set siasatan terkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan prejudis.


Kenapa AG sendiri yang cepat sangat nak menghukum mereka yang cuba kaitkan kenyataan dari Swizerland itu dengan kes Najib yang baru di arah tutup oleh beliau ?

Bukankah SPRM ada mengatakan yang mereka tidak mendapat sokongan untuk meneruskan siasatan mereka di luarnegara ?

Pada pandangan saya, sepatutnya kes Najib itu bukannya di arah TUTUP. Cukup sekadar buang kes tapi dibenarkan dibuka semula sekiranya terdapat bukti2 baru yang menyakinkan. Sebab semuanya ada kaitan baik secara langsung atau tidak langsung dengan 1MDB, Abu Dhabi dan SRC. 

Seperti yang sering saya katakan, kes Najib @ RM42 juta SRC pun langsung tidak disentuh oleh AG dalam kenyataan membebaskan Najib dari kesalahan baru ni.

Saya tidak kata ADA bukti yang mengaitkan dari Switzerland tapi bagaimana KALAU ADA ?


PS - Hmmm .... tidak sia2 Khairuddin Sosma buat laporan di sana tempohari.

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 3:02 AM

Kerja ag ialah meminta bukti jika dia merasakan tidak cukup bukti. Ini tidak, terus arahkan tutup kes.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 3:15 AM

Alhamdulillah... akhirnya dapat juga menatap semula blog ni.

Sejak dua hari lepas saya cuba semua yg dicadangkan di blog JMD, guna .id, .sg, tp tak boleh. Then, saya cuba macam yg youtube ajar tu iaitu tukar dns, pun tak jadi. Hampir give up satni. Then, just terpikir je utk buka dua windows separately. hah... br dapat buka! amazing!

Anyway...

Ya, the news from this Swiss AG is quite explosive indeed. Sy paling terkedu bila baca komen Swiss AG kepada WSJ yg dia rasa heran kerana Malaysian companies yg dah suffer huge losses ni tak buat sebarang complaints.

I wonder... syarikat-syarikat mana satu yg beliau maksudkan tu?

Dan sekarang, kita juga telah dapat tahu ttg 2 perkara baharu iaitu, SPRM tidak mendapat bantuan AG Apandi utk dapat MLA; dan Swiss AG juga tidak mendapat kerjasama AG Apandi untuk dapatkan MLA.

Apa makna tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 4:32 AM

Ah Jib Gor the NOT so clever modern 'Robin Hood'who steal the Nation wealth that belongs to us and pretends to be a HERO by giving it back to us in small amount through BR1M and 20kg of rice to the poor every month!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 4:36 AM

Ingatkan di luar negara pun dah tak minat dan turut mau tutup kes ni! Tak apa...jangan takut.. kan Malaysia negara yang telus dan berintegriti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 5:45 AM

Bro DT,

I only ask 2 things, (also to MYKMU via DT) :-

1- When a person needed the TOP MAN within the Justice Institution ie. Attorney General Chambers to CLEAR his shits,

2- And, the LOWLY or CONDEMN individual that is not only CONFIRMED but a CONVICTED FELONY (MURDER) to also clear his (bugis-pirate's) shits...

What does that tell the people and the international community a PM of a country was so desperately undertaking a process of cleansing deploying ANYTHING goes tactics???

And, I haven't even detailed all the hanky-panky purgings, transfer, forced-retired, changed, twisted, spins, lies and 'amend' and all that are available in 'How To' tricks in the Book of Deceptions that were acted upon and carried out!

MYKMU, you must have been too darn DESPERADO to wish for the people to at least see some 'white-washing' of bugis and hey presto! He's clean as a baby???

Bukan FITNAH ya, only questioning are these are CONJOBs??? The chief-pirate is too tainted beyond redemption man!

MLN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 6:43 AM

Aku tak sabar nak tunggu keputusan PRU14. Macam dah boleh agak jer jika berdasarkan kepada mood rakyat pada masa kini. Keluhan rakyat terhadap gst dan kenaikan kos sara hidup dah cukup menggambarkan apa yang ada dalam benak rakyat.

Nak menutup bangkai dinosour tak cukup sekadar tutup ngn nyiru jer. Sebab baunya dah membusuk sehingga ke serata dunia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 6:50 AM

1. Untuk najib, sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke bumi juga

2. Datuk sebelah bapa tidak menggalak kami adik beradik menjadi peguam. Buktinya nyata adalah perangai dan tindakan apandi membenarkan kemungkaran berlaku, menidakkan kejahatan yang nyata.

3. Apa sekalipun, jangan harap keadilan daripada sistem perundangan malaysia.

4. Kita rakyat biasa mengharapkan ada negara2 tertentu boleh merungkaikan kisah 1MDB DAN RM2.6 BIL.

Rabbiyassir, wallatu'assir


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 6:50 AM

Enter your comment...Cik Din,,moga APA yg najib buat,mendapat balasan cash Dari Tuhan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 7:02 AM

Din,UMNO dan BN dah hampir tamat tempoh.Dah pasti dah.Majoriti org biasa2 kat luar ni dah tak sabar tunggu PRU je.Jgn ingat semua org bodoh dan mkn dedak.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
January 31, 2016 at 7:04 AM

Assalammualaikum Bro Din!
Pada sangkaan kita semua, setelah AG TUTUP segala salahlaku PM Najib yg berkaitan dgn 1MDB, maka tamatlah apa yg jadi isu selama ini dgn cara yg sangat tidak disenangi rakyat. Tutup buku ler katakan.

Ketika itu kelihatan PM Najib sangat KEBAL. Tidak ada siapa pun boleh mendakwanya di mahkamah kerana dia BERSIH dari melakukan kesalahan. Undang-undang Negara tak mampu, KB Umno tak berdaya, ahli Umno pun terkulai, Raja-Raja Melayu terkedu dan rakyat ramai hanya terlopong. Semuanya tak mampu berbuat apa-apa. Kemenyan Tok Moh sangat mujarab.

Rupa-rupanya isu salahlaku PM Najib tidak terhenti dgn tindakan AG kita itu. Timbul pulak desakan dan pendedahan dari luar negara - Switzerland, yg mendapati ada kes salahlaku dlm 1MDB melibatkan Undang-undang negara berkenaan.

Sejauh mana isu baru ini mampu menekan AG dan PM Najib hanya Allah swt saja yg tahu. Kpd cai-cai Najib sudah tentu dgn mudah mereka mengatakan ini semua adalah campurtangan asing yg mahu memburukkan Malaysia dimata dunia.

Begitu takdir Ilahi.....
Sama-sama kita nantikan derama seterusnya dari pihak Najib dan para penasihatnya.
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 8:12 AM

Kita rakyat Malaysia memang patut berterima kasih pada Datuk Khairuddin. Majlis Raja-Raja pun tak dihiraukan dek Najib, inikan pula kita rakyat biasa.

Bila AG dah kena beli, nak harapkan undang-undang pun dah tak boleh. Hanya ahli UMNO je boleh pecat Najib. Malangnya ahli UMNO pun takdak teloq.

....................
Reply To This Comment ...................
January 31, 2016 at 8:49 AM

Xlama lg ade serpihan disyaki mh370 Ditemui. Mempermainkan harapan orang untuk alih tumpuan rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
January 31, 2016 at 9:46 AM

Confirm kalau sangkut pub kes ni Najib tak akan kena, yang kena nanti si kambing hitam belaan Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 9:59 AM

ada penjilat tulis, arab dah beri derma lebih 4oobillion untuk 90 negara. mungkin malaysia adalah yang terakhir. tapi bukan untuk negara tetapi untuk pemimpin dan dirahsiakan derma tu untuk sebarang perbelanjaaan dari pengeahuan umum. kalu pecah, derma kena pulang balik kepada pemberi. mungkin ada anak raja arab tu tuntut wang itu untuk faraidkan kepada anggota keluarganya. di sini dapatlah kita agak, tdm tak pandai memujuk, maka raja arab tak memberi wang untuk bina uia dan kerusi kat u di london tu yang berkait dengan memajukan umat islam. tapi raja arab nak beri sangat secara diam-diam kat najib masuk akaun peribadi lagi melalui syarikat asing. beri anugerah kehormat lagi. menunjukkan bahawa betapa hormatnya raja arab tu kat najib berbanding tdm. penjilat boleh tulis hal najib yang dapat penghormatan ini secara besar-besaran bagaimana raja arab malu nak beri secara terang, tapi beri melalui syarikat asing masuk akaun peribadi najib untuk sebarang tujuan yang tidak jelas tanpa diketahui oleh orang ramai kecuali penderma, penerima dan mungkin teller bank.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 10:28 AM

Sdra Din dan followers of DT,

1. When AG cleared najib of any criminal offence viz RM2.6 bil and SRC money, all najib's gurkhas in the like of ahmad shabery, rah,man dahlan, salleh keruak etc etc came out strongly condemning the critics.....mmmmmh

2. BUT when the swiss AG came out with their ongoing investigation and four at least 4 areas of wrongdoings, everyone kept quiet.....hahaha

3. Mykmu became dumb, semut hitam terkedu dan semua cai2 najib membisu seribu bahasa

4. Tambahan pula kes skandal pembelian scorpene submarines mula akan didengar dalam mahkamah perancis. This to have implication on the Altantuya's case ....hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
January 31, 2016 at 10:52 AM

TPPA sudah pun diluluskan oleh parlimen. Jadi jgn terkejut sekiranya siasatan Swiss AG ni juga menemui kebuntuan disebabkan Ah Jib Gor dah dpt support drp USA. Najib akan melengkapkan teori R.A.H.M.A.N. tapi pengakhirannya amatlah memalukan dan melemahkan bangsa Melayu di Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 11:36 AM

"I'm gonna make him an offer he can't refuse."


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 12:30 PM

betul tu saudara/i, kami sekeluarga memang takkan undi BN lagi. bukan keluarga kami sahaja. hampir semua yang kami kenal memang dah cuak dah. cukup2lah undi BN selama ini. ingat kami ini majoriti pengundi saluran 3, 4 dan 5.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 1:52 PM

Tak apa la Din.Tak lama jer lagi.Kita semua mmg sama2 kena bala,tak ada yg terkecuali.Bijak pandai ulamak kita pun diam jer.Kalau cerita pasal hukum ugama pung-pang pung-pang siang malam. Bila kes menipu sianghari camni,semua senyap.Pada siapa nak kita org biasa ni merujuk lagi,pada si kapir macam AG swiss tu la agaknya?.Apapun,tak de org nak tolong kita,kita sendiri la tentukan kalau tak puas hati ni dlm next pru. Bangkai dinasaur mmg susah nak coverup la bedul!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 1:57 PM

2 yrs from now. ANWAR IBRAHIM will be released from prison.

MOHD NAJIB BIN ABDUL RAZAK will replaced Anwar's cell in prison.

Insya Allah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 2:09 PM

Usul tppa sahaja yg diluluskan...seperti yg dijangkakan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 3:58 PM

@zakirNasib baik TPPA dah sign dan pembesar pembesar kita dah jadi tali barut Amerika.

Ia lah kes RASUAH yg begitu besar di mana PM berbohong,TPM berbohong,Arul berbohong,AG berbohong,semua pak2 menteri berbohong,kalau di negara Latin Amerika atau Mexico dah lama pihak Amerika ceroboh masuk negara dan tangkap ahli cabinet Ah Jib Gor!

Ia lah kes rasuah FIFA pun FBI ceroboh masuk Switzerland tangkap perasuah di sana. Bayangankan kes rasuah RM$42B ,mega RASUAH tu tapi nasib baik dah sign TPPA dan dengan menjadi tali barut USA terlepas lah nanti Ah Jib Gor dengan pembesar pembesar nya!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2016 at 9:10 PM

jgn la fikir bila malaysia dah sign tppa, obama akan cover najib dari segala masalah. sebab sekarang ni pun, kalau najib tetiba kena lucut jawatan, tppa tetap dah lulus. dan jgn lupa Switzerland adalah salah satu pusat ekonomi dunia jd amerika kalau boleh nak jaga hubungan dengan switzerland.
switzerland juga salah satu negara yg terbaik dlm undang2 menangani korupsi. jd tak la pelik kalau media kat sana dah lama perhatikan tindak tanduk ag diorg bila dpt tahu ada duit 1mdb dalam bank diorg.

....................
Reply To This Comment ...................
February 1, 2016 at 1:48 AM

AG akan mempetahankan kenyataan dia yg Najib is free from any wrong doing ...walau pun sesungguhnya dia sedar Najib telah berbohong , memutar belit dan tidak jujur .

Najib sudah bilang , pabila AG pencen saja , jadilah salah seorang pengarah di LTH . Ketika itu bolihlah pergi Haji dan Umrah tiap2 tahun utk tebus dosa >.... sama saperti dua muka dari Kedah yg tiap2 tahun musim haji muka pasti keluar TV !!!!!
Bagi mereka2 ni langsung tidak kisah walaupun TH sedang di landa demam kepialu ....


....................
Reply To This Comment ...................
February 2, 2016 at 1:44 PM

Tukar jadi peguambela negara a.k.a peguam bela 1mdb

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2016 at 9:33 AM

Najib 100% bersalah,sebab itu lah dia cuba lari dari masalah dengan menindas orang,sekat orang,tangkap orang,pecat orang,cuba merasuah Tun,hentikan siasatan,menaburkan duit dedak melalui Bantuan Dedak 1 Negara ataupun B'D1N,dan pelbagai lagi.Melalui TPPA negara kembali dijajah.

Post a Comment