........... 1MDB Perlu Jelaskan Apakah Aset Yang Bakal Diserahkan Kepada IPIC Sebanyak RM20 Bilion | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB Perlu Jelaskan Apakah Aset Yang Bakal Diserahkan Kepada IPIC Sebanyak RM20 Bilion

Wednesday, January 20, 201612comments




Sudah berulangkali kita mendengar kenyataan dari Arul Kanda bagaimana Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB telah berjaya mengurangkan hutang terkumpul syarikat sehingga RM40 bilion. 3 langkah disebut2 iaitu Perjanjian Pertukaran Aset dengan IPIC, Penjualan Edra dan Penjualan 60% Bandar Malaysia.

Dan seperti biasa, setelah pengumuman dari Arul barulah Najib pula akan mengulangi kenyataan yang sama. ( trend ini dapat kita saksikan sejak kes Najib kantoi menipu di Parlimen tahun lepas dalam isu wang tunai 1MDB di BSI Singapura )

Kes penjualan Edra kita dah tahu, begitu juga penjualan Bandar Malaysia. Tapi banyak mana yang kita tahu tentang Perjanjian IPICyang kononnya bakal melupuskan RM16 bilion dari jumlah hutang 1MDB ?

Paling banyak tuh ! Tapi transaksi yang paling tinggi nilainya itu juga merupakan transaksi yang paling sedikit rakyat tahu akan maklumatnya.

Bersandarkan rekod 1MDB yang secara konsisten tidak menjelaskan sepenuhnya apa yang berlaku pada setiap kali pengumuman dibuat, sewajarnya kita berhati2 dengan apa yang telah dijanjikan oleh Najib kepada IPIC sehingga IPIC sanggup tampil untuk membantu 1MDB dalam menyelesaikan hutangnya yang menggunung.

Kita tidak mahu satu hari nanti dikejutkan lagi dengan pengumuman penjualan aset negara kepada negara luar gara2 hutang 1MDB !

Hutang 1MDB dilupuskan sebanyak RM16 bilion dengan bantuan IPIC. Apa yang kita tahu tentang perjanjian dengan IPIC itu ?

Pengumuman pertama mengenai Perjanjian IPIC adalah pada 29 Mei 2015 oleh Datuk Husni ( KLiK ) yang menyatakan IPIC akan tolong selesaikan hutang hampir USD1 bilion yang dikejar oleh konsortium Deustch Bank.

"Perjanjian itu juga akan merangkumi langkah-langkah lanjut untuk menangani secara menyeluruh pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara pelbagai pihak, maklumat lanjut yang akan diumumkan dalam masa terdekat,"
.

Apakah maklumat lanjut yang dijanjikan itu ditunaikan oleh kerajaan atau 1MDB ?

Kita hanya mendapatkan maklumat lanjut tentang Perjanjian IPIC itu  melalui pengumuman IPIC di London Stock Exchange  ( KLiK ) pada 10 Jun 2015. Setelah rakyat bising minta penjelasan barulah 1MDB tampil dengan jawapan yang masih juga separuh masak yang antara lain menyebut  ( KLiK ) -

Kertas terma ikatan (binding term sheet) yang dilaksanakan dengan IPIC adalah merupakan komponen utama pelan rasionalisasi 1MDB seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 29 Mei 2015. Kejayaan pendekatan ini telah dibuktikan oleh pembayaran balik pinjaman RM3.6 bilion baru-baru ini oleh 1MDB. Rundingan komersial sedang berjalan secara berterusan di antara 1MDB dan IPIC untuk mencapai perjanjian muktamad, yang seterusnya akan menyaksikan pengurangan lebih kurang RM16 bilion hutang 1MDB. 1MDB berhasrat sepenuhnya untuk berkongsi maklumat lanjut sebaik sahaja kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
.

Apakah 1MDB dan IPIC sudah capai persetujuan ?  Nak kata belum lagi, tapi kenapa sentiasa diulang sebut kejayaan Perjanjian IPIC yang berjaya mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM16 bilion ? Tapi kalau sudah dicapai persetujuan, kenapa sehingga sekarang kita masih belum mendapat sebarang maklumat lanjut akan apakah aset 1MDB yang bernilai RM16 bilion yang terpaksa diserahkan kepada IPIC sebagai tukar ganti ?

Sebagai ulangan, dalam pengumuman IPIC di London Stock Exchange itu  ada disebut bahawa -

- IPIC akan bayar USD 1 bilion untuk langsaikan hutang 1MDB kepada konsortium Deustch Bank
- IPIC akan ambilalih hutang 1MDB kepada Goldman Sachs melalui pinjaman USD3.5 bilion
- IPIC akan lupuskan hutang 1MDB kepada IPIC

dan sebagai balasannya, IPIC akan menerima aset dari 1MDB pada jumlah yang sama selewatnya pada 30 Jun 2016.

Jumlahnya adalah USD 4.5 bilion campur hutang 1MDB kepada IPIC yang jumlahnya kita tidak tahu.

Kalau di darab dengan kadar tukaran 4.40 ( x 4.5 bilion ), hutang yang IPIC tolong lupuskan adalah RM19.8 bilion ! 

( errr.... bukan lagi RM16 bilion tapi sudah lebih RM20 bilion kalau dicampur dengan hutang 1MDB kepada IPIC yang amaunnya kita tidak tahu.  Hutang 1MDB kepada IPIC kemungkinan besar adalah pelupusan Option untuk beli 49% pegangan dalam Edra )

Apakah aset yang dimiliki oleh 1MDB untuk ditukarganti kepada IPIC yang punya nilai hampir RM20 bilion ? ? ? Apakah 1MDB masih punya aset sebanyak RM20 bilion ?

Apakah tanah TRX pula bakal menjadi mangsa kemelut hutang 1MDB ?

Apa yang kita tahu cuma ini -


yang mana kesahihannya amatlah diragui ! Kononnya itulah aset2 luarnegeri yang dimiliki oleh 1MDB yang bakal diserahkan kepada IPIC nanti.

Dan kalau diperhalusi pengumuman IPIC pada London Stock Exchange di atas, ada juga disebut bahawa Perjanjian IPIC adalah dengan 1MDB dan juga dengan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan !

On 28 May 2015, International Petroleum Investment Company (IPIC), Aabar Investments PJS (Aabar), Minister of Finance, Inc., Malaysia (MOF) and 1Malaysia Development Berhad (1MDB) entered into a binding term sheet that provides for the following principal matters

dan juga ayat ini -

1MDB and MOF have agreed to perform the obligations contemplated in the binding term sheet and to indemnify IPIC and Aabar for any non-performance, and vice versa. 


Bukankah itu menunjukkan bahawa kerajaan atau rakyat juga terikat dalam Perjanjian IPIC itu ?

Najib baru ini berkata bahawa 1MDB tidak menggunakan wang rakyat dalam Pelan Rasionalisasi Hutangnya. Jadi untuk membuktikan kata Najib itu, sewajarnya 1MDB tampil menjelaskan dengan lebih lanjut apakah aset yang bakal diserahkan sebagai bayaran ganti sebanyak RM20 bilion kepada IPIC. ( bukan lagi RM16 bilion )

Saya ulang, kita tidak mahu dikejutkan dengan satu lagi pengumuman yang menyakitkan hati gara2 1MDB kesayangan Najib ini !

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2016 at 9:33 AM

Hingga sekarang 1MDB tak dapat nak membuktikan apakah benar ada pelaburan sebanyak RM 15.4 bilion di dalam Brazen Sky (RM 6.1 bilion), GIL Fund (RM 5.1 bilion) dan Aabar Deposit (RM 4.2 bilion), hingga kini 1MDB tidak dapat menjelaskan apakah sebenarnya pelaburan itu. Malahan ada lagi ke wang berkenaan?

Tengoklah sahaja wang pinjaman murabahah oleh 1MDB kepada Petrosaudi sebanyak USD 1.83 bilion yang kononnya dah dibayar semula oleh Petrosaudi beserta keuntungan sebanyak USD 488 juta, jumlah keseluruhan USD 2.318 bilion, mana dia wang itu? Pasal apa bila Bank Negara arahkan wang berkenaan dibawa pulang ke Malaysia, tetapi 1MDB tidak boleh akur arahan Bank Negara itu? Persoalannya kini, betul ke wang USD 2.318 tu wujud atau hanya rekaan Arul Kanda dan rakan-rakan untuk menggambarkan 1MDB masih punya banyak wang tetapi hakikatnya 1MDB dah kering kontang sampai kena lelong banyak harta negara kepada pihak asing?

Sejujurnya saya tidak mempercayai penjelasan dari Arul Kanda dan menteri-menteri suruhan Najib yang sibuk memberi 'penjelasan' merapu pasal 1MDB ini kerana apa yang mereka cakapkan itu tak lebih dari membohong rakyat dengan cerita-cerita dongeng dengan harapan untuk menyejukkan hati rakyat yang marah akibat penyelengan yang sangat dahsyat dalam sejarah negara ini.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2016 at 9:39 AM

Hutang Ananda Krishnan berjumlah RM 2 bilion masa nak bayar faedah bank awal tahun lalu tu macam mana pula?

Apa lagi harta negara yang nak dipelingkupkan oleh 1MDB untuk bayar segala hutang piutang syarikat buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap macam 1MDB ni?

Lagi banyak Arul Kanda dan kuncu-kuncu, malahan Najib serta menteri-menteri suruhannya nak menipu, maka makin banyak persoalan yang baharu yang timbul yang mereka sendiri terkial-kial untuk mencari jawapannya kerana bak kata Tun Dr. Mahathir dalam nasihatnya kepada Najib, penipuan yang pertama tidak boleh diselindungkan dengan membuat penipuan-penipuan yang berikutnya, sebab akan bercanggah antara satu sama lain, tak ada jawapan yang konsisten sebab itu bukannya jawapan, tetapi penipuan.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2016 at 9:44 AM

So tang mana pelan rasionalisasi yg dah berjaya tu? macam hang dah berjaya dapatkan galah yang panjang utk kait buah atas pokok yang tinggi. cuma tinggai lagi nak kena tunggu pokok tu berbuah dulu.so ..tang mana yang dah berjaya tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2016 at 10:24 AM

Makin lama 1MDB ni dibiarkan, makin banyak harta negara yang akan lingkup. Sebelum ni tanah di TRX dan di Kem Tentera Sungai Besi dijual dengan harga kepada 1MDB untuk berniaga cara 'buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap', lepas tu jual kepada pihak asing.

Lepas ni mungkin aset negara yang lain termasuklah KLIA dan Putrajaya juga akan dijual kepada 1MDB kononnya sebagai 'pelaburan strategik' negara dengan harga yang begitu murah, bila wang 1MDB dah dipelingkupkan habis-habisan, maka segala aset negara yang ada seperti KLIA dan Putrajaya akan dilelong kepada pihak asing lagi sebagai cara 'rasionalisasi' 1MDB.

Bukan boleh diharap sangat dengan Datuk Seri Mohd Najib dan puak-puak 1MDB ni, sebab berdasarkan senario sekarang ini, Datuk Seri Mohd Najib dan puak-puak 1MDB ni sudah tak peduli dengan apa yang akan jadi dengan negara ini, malahan sudah tidak peduli apakah Barisan Nasional menang atau kalah dalam PRU 14, mereka ini kelihatan seperti mahu pulun habis-habisan apa yang mereka serakahkan itu sebelum PRU 14 kelak. Bila dah pulun habis-habisan tu, bolehlah lari ke luar negara, sedangkan negara, rakyat, dan parti dibiarkan hancur tanpa dipedulikan oleh mereka.

Sedarlah semua, ini adalah ancaman yang sangat berbahaya kepada negara ini, rakyat negara ini, serta Barisan Nasional.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2016 at 10:59 AM

Organisasi pengganas yang mengancam negara ini bukannya IS, Jemaah Islamiyah dan bagai lagi tu, tetapi 1MDB adalah organisasi pengganas yang berbahaya kepada negara ini, kerana mereka adalah organiasi pengganas ekonomi yang menjahanamkan ekonomi negara ini dengan alasan merapu tak tentu hala semata-mata untuk memuaskan nafsu serakah puak-puak mereka.

1MDB kini menjadi ancaman kepada ekonomi negara, malahan Najib dan menteri-menteri suruhannya adalah ancaman kepada kekuatan Barisan Nasional.

Kini musuh utama Barisan Nasional bukan lagi PAS, PKR, dan DAP, apatah lagi Amanah, kerana mereka itu telah lemah sekarang ini, tetapi ancaman utama kini adalah Najib dan puak-puak 1MDB yang merosakkan nama baik UMNO dan Barisan Nasional, mereka menggunakan kedudukan mereka dalam kerajaan untuk mempelahap harta negara kerana kepentingan peribadi mereka dengan menggunakan nama UMNO dan Barisan Nasional, hinggakan rakyat begitu marah dengan UMNO dan Barisan Nasional ketika ini.

Majoriti rakyat tidak suka kepada PKR, PAS, DAP, apatah lagi Amanah kerana parti-parti berkenaan tidak boleh diharap, tetapi pasa masa yang sama, rakyat juga marah kepada Barisan Nasional terutama UMNO kerana Najib dan kuncu-kuncu 1MDBnya itu menggunakan kedudukan dan pangkat mereka dalam kerajaan untuk mencuri dan merompak harta negara dengan alasan transformasi, rasionalisasi dan entah mangkauk apa entah lagi tu.

Kini pihak-pihak di dalam Barisan Nasional terutamanya UMNO perlu sedar ancaman sebenar, iaitu musuh dalam selimut yang menjadi Presiden kepada UMNO, yang menjadi Pengerusi kepada Gabungan Barisan Nasional itu sendiri serta orang-orangnya. Orang ini yang perlu diambil tindakan terlebih dahulu terhadap pengkhianatannya kepada parti.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2016 at 12:23 PM

Bro DT,

Teruskan asakan....kerana kelihatan case 1MDB nih semakin kurang bising dari rakyat hanya kerana,

-keadaan kehidupan semakin meruncing
-rakyat semakin muak dan terhakis semangat
-bugis semakin degil
-AG bertindak tanduk tidak akan mengambil tindakan

Maka rakyat hanya akan hukum di GE14.

By then, it will be way too late when all the crooks will be safely out! Not convince (buat pemakan dedak)????

2 ekor yang BNM cari (1MDB) & 2 ekor orang SRC dah lama terlepas!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2016 at 12:39 PM

Jadi macam orang kaya2 zaman dulu lah..
Dulu kaya raya banyak tanah kat kampung...tapi habis dijual oleh anak2 yang banyak berhutang (macam 1mbodo tu laa)..

Akhirnya apa yang tinggal? Tanah dah jadi milik orang. Hutang blm tentu habis dibayar. Anak2 yang berhutang tu mungkin

1. merempat. Hidup kais pagi makan pagi jika takde orang tolong

2. Cukup makan. Jika ada kerja atau bisnes utk hasilkan pendapatan

3. Senang lenang. Jika buat kerja kotor lagi haram macam mencuri ke...menyonglap ke...jual dadah ke...dll

Rasa2 korang...1mbodo pilih yang mana?

....................
Reply To This Comment ...................
January 20, 2016 at 12:49 PM

DT
Sepatutnya Najib melantik Jho Low ditempat Arul Kanda. Baru cepat masaalah terungkai. PAC pon senang nak temuduga dan dapat jawapan yang jelas

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2016 at 12:52 PM

Mana mungkin merasionalkan perkara-perkara yang memang tidak rasional.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2016 at 10:26 PM

Apa lagi aset yang tinggal ipp pun dah tadak penjualan bandar malaysia pun berbaki hutang yang ada cuma sekangkang kera tanah trx yang selebihnya sudah dipajak lepas ni gadai seluar dalam pulak, 1mdb untung meniaga? jangan tanya ni cerita rugi yang maha besar, universiti2 dalam dan luar negara patut buat bahan rujukan kepada pelajar akan sebuah syarikat yang cuba memonopulasi minda rakyat dan membuat kerugian wang serta harta sehingga hampir meranapkan sebuah negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2016 at 10:27 PM

Jun 2016 hutang 1MDB lunas bersama IPIC! Dicadangkan MOF terbit laporan kewangan dan pelan rasionalisasi 1MDB kepada umum daripada biar Arul Kanda bercakap. Bila WSJ atau SR atau pakar ekonomi perincikan isu 1MDB tidak rasional.... disuruh pulak rakyat supaya jangan percaya.
Besar sungguh pengertian ungkapan Gabenor BNM menegur 1MDB selagi tak slesai selagi tu pelan ekonomi negara tak lancar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 12:44 AM

Ugutan supaya mukhriz letak jawatan sengaja dibuat oleh tag team najib rosmah dalam keadaan isu 1mdb & 2.6B yang turut libatkan sprm vs ag yang sudah sampai kemuncaknya dan bakal menentukan kedudukan najib, usaha dibuat pada saat ini bagi mengalih pandangan rakyat pada isu tersebut termasuk terbaru isu tppa.

Diharap bro din turtle tetap konsistan mengulas isu 1mdb 2.6B dan sprm vs ag.

Post a Comment