........... 1MDB - Hampir Setahun Sudah Berlalu ...... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Hampir Setahun Sudah Berlalu ......

Sunday, January 17, 201624comments




Ramai yang bertanyakan soalan tentang siasatan ke atas 1MDB, apa dah jadi ? Masih ada pihak yang menyiasat ? Apa perkembangannya ? Ramai yang dah lupa bahawa siasatan ke atas 1MDB sebenarnya masih berjalan atau boleh dikatakan sebagai KIV berdasarkan kenyataan pihak penyiasat tidak berapa lama dulu.

Untuk rekod,  pihak yang menyiasat kes 1MDB adalah PDRM.

Dari wawacara Sinar dengan Ketua SPRM pada 25 Disember lalu -

Saya nak jelaskan, SPRM tidak siasat 1MDB. Saya minta supaya rakyat faham, kita tidak siasat pasal kerugian RM42 bilion. Kita tidak siasat bagaimana proses Petrol Saudi, pembelian-pembelian semua itu. Tidak! kerana apa? kerana semasa ‘task force’ ditubuhkan, kita telah pecah-pecahkan  kerja, bukan kita tidak mahu, tapi kita dipecah-pecahkan. Kerja siasatan berkaitan dengan 1MDB dan sebagainya disiasat oleh PDRM. SPRM menyiasat berkaitan dengan kes RM2.6 bilion dan SRC International.  Dan kita teruskan siasatan sehingga ke hari ini.

Bank Negara menyiasat berhubung peraturan kewangan dan sebagainya. Ikut kepada bidang kuasa masing-masing. Polis siasat 1MDB kerana ia  lebih kepada jenayah komersial.  Sebab itu masa perbincangan dalam task force, Tan Sri Ghani Patail kata SPRM hanya ambil dua kes ini dan yang lain pihak PDRM kerana di dalam bidang kuasa PDRM. Jadi kalau ada pihak yang nak tahu pasal perkembangan siasatan 1MDB, sila bertanya kepada PDRM.


Perkembangannya ? Pihak Polis sedang menunggu laporan dari Ketua Audit Negara siap -

"Kalau kita tidak tunggu siasatan Ketua Audit Negara ini, siasatan kita tidak lengkap. Kita perlu kenal pasti kesalahan untuk kita jalankan siasatan," katanya sambil menambah bahawa pihaknya perlukan laporan Ketua Audit negara sebelum ia boleh menyelesai siasatan. ( Mkini 13 Okt 2015 )


Bila pula laporan Ketua Audit boleh siap ? - Bulan Februari ( mStar 18 Dis 2015 )

Oya, kalau ada sesiapa yang masih ingat lagi, arahan supaya Ketua Audit siasat 1MDB adalah pada 4 Mac 2015 ( KLiK ), yakni hampir SATU TAHUN yang lalu !

Ketika itu rakyat diminta supaya TUNGGU AUDIT! dan jangan banyak tanya hal 1MDB. Sebarang pertanyaan akan di jawab dengan TUNGGU AUDIT! tanpa sesiapa pun dapat beritahu lama mana kena tunggu.

Pung pang pung pang .... dah dekat satu tahun berlalu. Bayangkan dalam masa satu tahun ini berapa banyak perkembangan yang telah berlaku kepada 1MDB.

Bermula dari tarikh arahan TUNGGU AUDIT!, barulah rakyat disajikan dengan masalah kewangan 1MDB. Baru rakyat nampak betapa terdesaknya 1MDB nak bayar hutang2 pinjamannya. Barulah mata rakyat terbuka melihat betapa BESARnya hutang 1MDB.

Bermula dengan bailout RM950 juta dari kerajaan, hutang baru untuk bayar hutang lama beli IPP Ananda, jualan terdesak sebahagian kecil TRX kepada Tabung Haji, dikejar Deustch Bank hingga terpaksa merayu bantuan IPIC, lelong aset2 ..... semuanya berkaitan HUTANG.

Dan dalam pada semua itu berlaku, rakyat diminta supaya jangan banyak tanya dan bersabar TUNGGU AUDIT! ? ?

Bila laporan interim audit siap, ia diberikan status rahsia, di mana rakyat tidak punya akses kepada apa yang dilaporkan. Apakah Najib boleh beri jaminan bahawa laporan akhir Ketua Audit Negara yang dijangka siap bulan depan itu boleh diakses oleh rakyat ? Atau perlu dirahsiakan juga ?

Oya, tidak lupa juga audit luar untuk penyata kewangan 1MDB yang berakhir 31 Mac 2015 juga diberi penangguhan 6 bulan yang akan berakhir hujung bulan Mac nanti, ketika akaun berakhir 31 Mac 2016 pula ditutup.

So .... Arul tak payah nak bising2 betapa hebatnya 1MDB dalam soal Menjual Harta Syarikat kalau akaun syarikat pun terhegeh2 nak disiapkan ! Hampir satu tahun lewat.

Banyak sangat ke aktiviti perniagaan 1MDB sehingga perlu penangguhan satu tahun  untuk disiapkan akaun syarikat ?

Diharap tidak akan ada lagi sebarang penangguhan dalam apa saja berkaitan 1MDB selepas ini. Cukup2lah berdalih dan beli masa.Untuk 2-3 bulan yang akan datang ini, rakyat mahu isu 1MDB diselesaikan !

'Diselesaikan' itu juga membawa maksud segala persoalan mengenai aktiviti2 dan transaksi2 lama  1MDB yang mencurigakan selama ini juga turut terjawab. Ini bukan isu politik tapi ini adalah isu rakyat. Kita cuma mahu tahu kebenaran.

Begitu juga dengan isu RM2.6 bilion .... kena dijawab dan diselesaikan segera ! Time to move forward .....

Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 10:41 AM

Para agamawan selalu menasihati orang awam khasnya orang islam agar takut kemurkaan Allah dalam semya hal tak terbatas ke atas isu rasuah dan lain2.

Namun realitinya para agamawan ini gagal menakutkan orang atasan malah lebih meyakinkan orang atasan tidak salah menyalahgunakan kuasa.

MACC, POLIS, AUD GEN, ATT GEN, BNM berketuakan orang muslim namun mereka do not possess political, religious, societal commitment to right the wrongs regardless whether punitive in nature.

Sebab itulah frustration sets in giving space for violence etc.

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 10:47 AM

Kena siasat punca kenapa proses siasatan berjalan atau berlari atau pegun terlama lama?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 11:33 AM

It will fade away like a wind

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 11:43 AM

agama1.... menterbalik kn " amal maaruf nahi mungkar.... yg benar di hukum yg salah di sanjung..." ini termasuk dlm tanda2 kiamat kian hampir...pk pk kn lahh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 12:05 PM

agamawan pun kena tengok kiri kanan atas bawah jg sebelum nak nasihat pemimpin2 besar ni... silap2 nasihat boley terbalik periok nasi... nanti sape lak nak kasi makan anak bini brader oii... sape lak nak bayar keta 3-pointed star tu... CASH IS KING BRO...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 12:25 PM

pdrm tak boleh dedah siasatan kerana siasatan masih lagi dijalankan. kena ikut jalan dan peraturan yang betul kerana nak elak daripada kesilapan teknikal yang mungkin akan mengganggu ketika proses pendakwaan jika ada kes. sekarang kemungkinan siasatan ke atas wanemdibi tu disiasat secara twiter. agensi lain dah selesai siasat dan dah diserahkan kepada ag kecuali pdrm. bnm punya siasatan, kes ada, tapi ag kata tak ada kes, masuk tong sampah. sprm dah selesai siasat pasal src dan derma. ada kes, dan telah diserahkan kepada ag. ag nak baca dulu dan tentukan. ambil masa kerana fail setinggi orang melibatkan 100 orang yang disoal siasat. ag lama kata, kena cepat dan ag sekarang kena buat kerja lebih masa kerana dunia nak lihat apakah dibolehkan derma masuk akaun peribadi dan src punya kes apa yer? dalam banyak kes, pdrm lambat dalam siasatan kerana audit lambat. kata nak buat pc bulan disember 2015, mungkin bulan disember tapi tahun akan datang tak ada nombor.

teruskan usaha bro, kerana mereka semakin lena kerana ramai dah penat nak cakap. pdrm diam ajer dalam siasatan mereka ni. tak secepat tindakan jenayah yang lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 12:29 PM

Betul to Anon 10:41 AM,

Kepada Agamawan2..

Don't forget the LAST verse of your Surah Al-Fatehah..

If your reality does not follow your principles, that is indeed a very CLEAR indication of those on the path of the LOST!

"Follow those who do not ask of you [any] payment, and they are [rightly] guided." (Q36:21)



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 12:44 PM

Mana Haji Hadi n Harun Din yg beria ia nak menjadi penasihat kpd Haji Najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 1:20 PM

Saya sokong amat penjelasan oleh anon semua, kebenaran apa lagi yang hendak di cari, argamawan patut faham, kerana ini kebenaran, jgn lah kerana takut pada kedudukan sanggup jadi macai dan penjilat!... anda semua akan di tanya di padang mahsyar nanti...Ingat berani kerana benar takut kerana salah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 1:37 PM

Bukan itu sahaja....kita semua ni juga nak sangat tahu dari mana sumber duit juta2 masuk ke akaun peribadi seorang surirumah yang mengeluh sebab gst bayar cuci rambut jadi mahal tu...

Kenapa senyap isu itu? PDRM dan LHDN tak nak siasat ke? Jika tak nak...atas alasan apa?

....................
Reply To This Comment ...................
January 17, 2016 at 2:32 PM

Di PDRM manusia biasa, di Jakim manusia biasa, Mufti-Mufti adalah manusia biasa. Sebagai manusia biasa, masing-masing nak mengecapi kesenangan dan kemewahan hidup. Siapa nak susah? Siapa nak jolok sarang tebuan?

PM Najib pernah berkata lebih kurang begini: You help me, I help you.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 3:17 PM

Lepas PRU 14 nanti,dah tukar semua mangkok2 ni,jawapan akan keluar la.

....................
Reply To This Comment ...................
Ridzuan
January 17, 2016 at 4:12 PM

Tuan Din.apakah pilihan yang kami ada pada masa hadapan..adakah parti yang betul betul menjaga kebajikan rakyat mahream..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 4:52 PM

cuba Tanya ustad azhar idrus siapa nk bg makan kalau lawan boss haha or hal 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
January 17, 2016 at 6:07 PM

@RidzuaninsyaAllah, percayalah kepada ketentuanNya. Asal kita tetap berpegang kepada Kebenaran .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 10:14 PM

Laporan audit 1mdb yang dikatakan akan siap bulan depan ni untuk tahun bila? setau aku yang dibentangkan pada mac 2014 audit bagi tahun berakhir 2013, audit bagi tahun berakhir 2014 & 2015 bayang pun takda lagi, syarikat 1mdb ni meniaga kacang putih ker meniaga baja tahi babi?

Pdrm? sebelum najib pm pdrm dianggap paling berinterigiti malah sebagai sebuah pasukan yg disegani dalam & luar negara tabik spring, sekarang? paling cikai paling memalukan seluruh pasukan di ejek herdik setaraf polis congo sungguh menyedihkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2016 at 11:23 PM

kalau ikut prosedur penyiasatan yg betul, penjawat awam yg disiasat tu patut disuruh bercuti sehingga siasatan selesai. kalau prosedur yg basic pun awal2 dah langgar, nampaknya lama lagi la kes2 ni nak selesai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 12:02 AM

Its a mammoth kabberup that will send them through the gates down to Jahannam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 5:03 AM

Hampir setahun sudah berlalu.......
BILA NAK SAMAN WALL STREET JOURNAL (WSJ)...??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 12:48 PM

Umno should be blame for this. Sekarang depa ja yg ada kemampuan utk bg desakan kt boss depa. Tp depa gagal. Pasai tu satu dunia dah x confident dgn negara ni. Wat goin to happen to polotical stability n economic stability. Sgt besar risiko yg ditanggung oleh negara skrg ni kalu ikut pandangan org luaq. Tp arul kata rakyat sbg punca kecelaruan la ni. Nilai aset depa dah susut.
Patut nya dia kena admit la, kerajaan mana boleh buat bisnes. Inilah kesannya. hanya kerajaan komunis ja yg boleh buat bisnes.

Depa yg buat pasai rakyat yg kena tanggung.

Cuci jalan pun kena guna duit rakyat! (tu citer bauksit... tp mentaliti sama ...sebab boss sama)

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
January 18, 2016 at 1:21 PM

Assalammualaikum Bro Din!
Pada zahirnya rakyat biasa masa kini tak mampu berbuat apa-apa lagi kerana semua punka (pangkal) telah diawasi dan dikawalselia dgn ketat oleh anggota kepimpinan Najib/Rosmah. Pengawalannya sama ada dgn cara menyogok duit ringgit atau ugutan.

Justeru, semua yang berautoriti jadi beku, bisu dan membatu. Takut, kecut dan buat tak dengar apa yg disuarakan rakyat, walaupun dihati kecil mereka mengakui 'kebenaran' apa yg dirungutkan.

Mahu tak mahu terpaksalah rakyat menunggu keputusan PRU akan datang yg mungkin bersifat 'marahkan pijat, kelambu dibakar'.

Maka akan hancur dan binasalah segala kejayaan dan kemajuan yg diwarisi. Di ketika inipun secara disedari segalanya beransur rosak sedikit demi sedikit gara-gara PM Najib.
Wallahhua'lam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 1:51 PM

What if a group of umno veterans and ex umno ministers including 2 ex premiers meet najib in person and ask agamawan terbilang harussaini, fathul bari, jamil baharom, dr asyraf to be present. TALK ABOUT GREED, CORRUPTION AND ABUSE OF POWER.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 5:54 PM

PUTRAJAYA 18 Jan. - Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mengkaji dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International dan satu kertas siasatan kes yang dikatakan melibatkan dana RM2.6 bilion yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 31 Disember lalu.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas siasatan tersebut, jabatan itu hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM serta beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM.
Jabatan itu juga mengarahkan agar kertas siasatan dikembalikan dalam masa terdekat. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/peguam-negara-kembalikan-semula-kertas-siasatan-kepada-sprm-1.180907#sthash.kZhGxSKI.dpuf

Apa cerita ni Din???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2016 at 8:16 PM

Kahkahkah, ingat pah lawan Melayu Bugis ni boleh jatuh ke dgn AG,PDRM,SPRM dan lain2, berjanggut putih lah semua.

Post a Comment