........... Umno Akan Berkubur Jika Terus Bodoh Sombong Dan Mengelak Berdepan Masalah | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Umno Akan Berkubur Jika Terus Bodoh Sombong Dan Mengelak Berdepan Masalah

Monday, December 28, 201545comments

Kali ni saya nak komen secara bebas .... mengenai SOP yang digunakan oleh cai2 Najib dalam mempertahankan bos mereka. Untuk pengetahuan, hampir setiap artikel saya akan terima beberapa komen lari topik dari cai2 Najib yang cuba mengalihkan tumpuan kita kepada isu konsesi ERL ke.... isu TOL ke ... isu Proton ke ..... dan bahasa yang digunakan pula adalah standard bahasa cai Najib iaitu biadab.

Seperti biasa, komen2 seperti itu saya dengan sukahatinya akan padam. Kekadang tu saya tak baca sampai habis pun. Nampak saja gelaran yang mereka berikan kepada Tun Mahathir, saya terus padamkan tanpa baca sebaris ayat pun. Jadi kepada cai2 Najib, janganlah buang masa tulis komen2 seumpama itu di sini.

Dah la tak boleh nak claim atas kerja yang anda buat, tambah sakit hati bila terpaksa klik berulangkali ke sini untuk pastikan komen anda disiarkan atau tidak.

Dah beberapa kali saya sebut, di sini jangan cuba alih isudan jaga bahasa anda !

Kalau saya menulis tentang RM2.6 bilion, komen2 yang cerita tentang konsesi ERL yang tidak ada kena mengena dengan RM2.6 bilion sememangnya tidak akan dilayan.

Contoh satu lagi spin favoret cai Najib adalah mengenai IPP, bila kita mempersoalkan kenapa 1MDB beli IPP dengan harga lebih mahal dari harga pasaran, mereka akan kaitkan dengan kontrek2 lama ketika zaman Tun Mahathir konon apa yang 1MDB buat adalah untuk menyatukan dan menyeragamkan IPP bla bla bla ..... apa kaitannya dengan beli IPP pada harga lebih mahal dari pasaran ? ? ?

Dan seperkara penting yang perlu cai2 Najib sedar adalah, apa kaitannya isu2 lama Tun Mahathir dengan persoalan2 yang Tun bangkitkan mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion ?

Apakah cai2 Najib fikir, dengan menjejaskan kredibiliti Tun Mahathir, maka dengan sendirinya Najib akan terselamat dari persoalan2 rakyat mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion ? Apa kaitannya ? ? ?

Apakah dengan menyerang Tun Mahathir melalui dakwaan isu2 lamanya akan mampu menyelamatkan Umno yang semakin hilang kredibilitinya di mata rakyat gara2 tindakan Najib Rosmah ?

Apakah sekiranya Tun Mahathir senyap dan tidak lagi mengkritik Najib maka Umno akan jadi kembali kuat ?

Bagaimana mungkin Umno kembali kuat jika faktor2 penyebab kelemahannya tidak ditangani terlebih dahulu ?

Jika ada cai2 Najib yang jawab bahawasanya faktor kelemahan Umno adalah kritikan dari Tun Mahathir dan Umno akan kembali kuat jika Tun senyap ....... sebenarnya anda berjuang untuk Umno atau untuk bodek Najib ? Sebabnya, anda lebih kepada mahu menyenangkan hati Najib dengan tiadanya kritikan peribadi terhadapnya.

Tapi anda sedar atau tidak, selagi kritikan itu ada, ia bermakna peluang untuk Umno memperbetulkan keadaan masih ada. Orang kritik kerana mahukan perubahan dilakukan sementara masa masih ada.

Tanpa adanya kritikan, itu tidak bermakna semuanya dah OK. Tindakan2 Najib setakat ini lebih bersifat menutup mulut pengkritik bukannya menangani kritikan. 

Rakyat bila sudah fed-up, bila dah merasakan semuanya kerja sia2 mahu membetulkan kesilapan, bila mengambil keputusan bahawa sememangnya Umno itu tidak boleh diselamatkan lagi ..... ya, ketika itu rakyat akan diam. Waktu itu, rakyat sudah nekad dengan keputusan untuk menolak Umno. ( atau menolak Umno selagi Najib masih berkuasa )

Tidak akan kedengaran lagi suara kritikan. Jika dengan keadaan itu cai2 Najib anggap sebagai kemenangan, well ..... memang Umno selayaknya menerima hukuman dari rakyat tika PRU14 kelak.

Kerana kritikan2 sama dan mungkin lebih hebat lagi akan datang dari kem pembangkang bila PRU14 semakin hampir. 

Makanya, lebih baik kritikan2 itu dijawab dan ditangani sekarang dari dibiarkan berkumpul dan kembali menyerang Umno ketika masanya sudah tamat untuk dilakukan sesuatu bagi menanganinya. Atau ketika itu, cai2 Najib akan gunakan SOP yang sama juga iaitu mengungkit kelemahan2 pembangkang ......

Tidak ada ubat untuk sikap bodoh sombong perasan nak mampus !

Share this article :

+ comments + 45 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 7:36 PM

Bro Din...

"Untuk pengetahuan, hampir setiap artikel saya akan terima beberapa komen lari topik dari cai2 Najib yang cuba mengalihkan tumpuan kita kepada isu konsesi ERL ke.... isu TOL ke ... isu Proton ke ..... dan bahasa yang digunakan pula adalah standard bahasa cai Najib iaitu biadab.

Seperti biasa, komen2 seperti itu saya dengan sukahatinya akan padam." 

Alahai, blog unspinner kami beri komen ikut tajuk, tidak ada maki hamun, komen mudah je di blog unspinner tu...macam ni,

"Kalau najib boleh terima derma billion2, pkr dapat 10 juta pun nak persoalkan?"

Komen macam tu pun tak keluar kat blog unspinners.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 7:41 PM

Bro din.
Peribahasa melayu ada mengatakan Tak Tahu Menari jangan kata tanah tinggi rendah atau pun tak tahu menari jangan kata papan jongkang jongkit.
Peribahasa itu mengingatkan kpd orang yg malu nak mengaku kelemahan diri sendiri lalu menyalahkan orang lain.
Jalan yg paling mudah dan kerana takda rasa malu adalah menuding jari kpd Tun M atas kelemahan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 8:00 PM

Good one en DT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 8:01 PM

Dah dengar apa Zahid cakap tadi?

Zahid: ‘Najis terpalit’ dari era dulu lagi

https://www.malaysiakini.com/news/324733

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata orang ramai tidak harus menyalahkan kerajaan sedia ada terhadap kontrak penswastaan yang dibuat di era kepimpinan sebelum ini.
“Najis yang terpalit itu dibuat dari dulu,” katanya tanpa menyebut secara langsung mana-mana pihak.
Beliau juga mengakui kontrak lebuh raya, pengeluar tenaga bebas (IPP) dan kereta api ERL ke lapangan terbang berat sebelah.

Zahid enggan menamakan secara khusus pihak bertanggungjawab.
Beliau bagaimanapun dipercayai merujuk kepada perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi pengkritik keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib dalam ucapan penggulungan perhimpunan agung Umno pada 12 Disember lalu berkata kenaikan tinggi tambang ERL dari RM35 kepada RM55 hasil perjanjian ditandatangani pada 1997.

Sementara itu, Zahid hari ini berkata orang ramai juga mempunyai tanggungjawab bersama dengan kerajaan.
Zahid berkata demikian dalam sebuah acara bersama 50 NGO hari ini.
Dalam acara itu, seorang pelajar pascasiswazah bertanya sama ada kerajaan akan mengeluarkan kad diskaun pengangkutan untuk pelajar.
Menjawab soalan itu, Zahid berkata jika kad diskaun diberikan untuk ERL, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM2.9 kepada pengendalinya Express Rail Link Sdn Bhd.

Oi Zahid! Kome ni bodoh ke??

Sapa yang ada dalam era kepimpinan dulu? Bukan Najib Tun Razak? Dia pun Najis jugak ke? Apa najis-najis ni buat masa dalam kabinet dulu?

Duduk goyang kaki, pintal misai aje?

Semua keputusan kabinet kan ke kolektif?

Kome semua takde rasa tanggungjawab langsung ke?

Ate, kalau semua yang BN buat sebelum ni dah najis sangat, apa benda yang bagus sangat pasal BN? Kalau PLUS dan macam macam lagi kontrak penswastaan yang BN buat dulu kome kata najis, kome pun kena cermin diri tengok kalau ada najis terpalit kat muka kome.

Apa lagi yang BN nak banggakan sekarang kalau kome sendiri kutuk kerajaan BN dulu?

Masa kempen pilihanraya suka bebenor cakap kerajaan BN bagus dah bangunkan Malaysia. Maksudnya pembohong la kome semua ni. Betul la apa orang kampung aku cakap… takde bagus pun BN ni sebenarnya.

Tak malu ke? Masa belum jadi Perdana Menteri/Timbalan Perdana Menteri dulu kome semua ni buat apa dalam kabinet?

Cakap kome ni lagi terer dari cara pembangkang cakap.

Dulu boleh la jugak dabik dada kata kerajaan prihatin sebab bagi pampasan pada syarikat swasta untuk elak kenaikan harga/tambang. Tapi dulu kerajaan yang kome anggap najis tu bagus la jugak sebab ada duit nak bagi pampasan dan subsidi. Ni kome dah perabih duit untuk najis najis zaman sekarang, apsal nak burukkan kerajaan BN dulu?

Apa nak banggakan zaman sekarang?

GST?

1MDB?

TRX (yang terbengkalai tu)?

Borneo Highway (yang belum tentu boleh siap tu)?

Kos sara hidup tinggi?

Rakyat kena galak buat dua kerja sebab kome semua tak mampu selesai masalah ekonomi?

Beli IPP pakai hutang, jual balik IPP sebab nak bayar hutang?

Bil letrik naik?

BR1M? Kalau nak BR1M, kena bayar GST?

Kalau orang kata kome ni bodoh, marah pulak.

Perangai macam ni nak bawak pi menang pilihanraya akan datang?

Kalau kome sendiri cakap kome ni najis, boleh menang ke? Otak pi letak kat lutut pasal apa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 8:14 PM

Cai Jibby semuanya salahkan Tun..beginilah kalau saya PM sekarang saya akan teruskan legasi Tun, bijak menguruskan ekonomi,kewangan, penjimatan. Tak perlu GST yg menyusahkan rakyat..tiada 1mdb yg merugikan. Tak perlu penasihat keliling pinggang yg bayar gaji mahal2.bla bla bla....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 8:21 PM

Abang Din!,bersabar sikit jangan terlalu mengambil sesatu itu terlalu berat mungkin ianya akan menjadi beban keatas kesihatan diri.Dalam banyak-banyak paparan anda ini yang saya dapati anda macam tertekan,jaga-jaga jangan biarkan tanah runtuh menjadi penghalang dalam perjalanan hidup.Hanya satu ingatan buat anda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 8:21 PM

As salam..bro Din,di kala Pru 13 yg lps,Umno dan Bn tidak blh mendabik dada.Menang di dlm tangisan.Selangor dan penang hanyut dan di malukan.Negeri2 lain cukup2 mkn.Sedangkan pembangkang bkn kuat mana pun.Skrg kelemahan pembangkang amat ketara,tp percayalah bahawa kali ini bkn Umno berdepan dgn pembangkang,tapi rakyat.Rakyat lah yg akan menumbangkan Bn dan Umno.Kerana dgn isu2 bodoh yg Umno sendiri hasilkan.Bila di tegur dikata melawan.Umno dan Bn blh la bersedia belajar menjadi pembangkang.Mendengar seluruh denyut nadi rakyat??!!.Rakyat dah menyampah , meluat dan x sbr untk menjatuhkan kerajaan skrg.Tunggu dan lihat shj.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 8:31 PM

Diharap chai2 najibun berani menampilkan diri anda. Berani macam bos anda yg berjiwa besar tu. Jgn pandai mengarut saje. Kiranya pada pada pru14 umno bn menang besar senang kami nak menghargai jasa chai2 sekalian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 8:54 PM

Pemakan dedak pulun duit secara bulanan samada secara direct dari dana pmo atau secara indirect melalui kerajaan negeri bn atau ketua2 bahagian semua ahli umno dari peringkat atasan maupun sebahagian bawahan tau akan hal ini, ianya sudah menjadi punca pendapatan utama mereka dalam kata lain sudah jadi periuk nasi mereka golongan pemakan dedak ini tidak reti nak buat kerja lain selain kerja jadi keldai kepada najib kerana itu mereka mudah ditunggang, najib hanya perlu tabur duit saja mereka tidak sedar kedudukan mereka akan terhapus sebaik umno/bn berkubur pada pru14 nanti waktu tu kalau najib menang kerusi parlimen pekan sekalipun najib akan berada dibarisan kerusi pembangkang.

Jeneral2 pemakan dedak ada yang pulun juta ada yang ratus ribu sebulan siap dengan harta tanah segala hanya turunkan arahan pada macai2 dan macai2 lah jadi keldai kasta rendah yang hanya dapat 4-5 ribu sbulan saja tapi jadi baghal back up kesalahan najib gila babi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 9:19 PM

Dinturtle mu diang...
Pas kan ada..
Boleh backup maaaaaaa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 9:26 PM

Salam...

Kalu boleh...Tuan Din cuba siarkan 1 ulasan dari cai Najib...agar kita boleh nilai...

Kadang2..bila baca blog lain...cai Najib mmg gunakan bahasa kasar dan lari dari topik...Ntah apa2 jawapan..

Mereka mengunakan emosi...yang menjulang tinggi..dan jika ini digunakan...tidak mustahil para2 pengundi PRU 14 akan guna emosi untuk menolak BN...

Mudahan2..mereka sedar...Tolak Najib bukan bermakna Tolak BN..

....................
Reply To This Comment ...................
Anak perak
December 28, 2015 at 9:28 PM

Setinggi penghargaan saya kpd saudara kerana tidak menyiarkan komen dari cai Najib yang Cuba menyerang TDM.

Bodoh + sombong + menyerang Tun
====gila/terencat akal

Bersaralah sajalah kalau pelbagai isu yang melanda negara tak boleh diselesaikan. Dari isu yang kecil seperti "top-up" pun tak boleh selesai dengan baik.

Tersangat lah bersetuju bahawasanya UMNO sedang nazak Dan akan berkubur tak lama lagi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 9:47 PM

My salute 2u bro. Memang benar apa yang anda nukilkan. Dengan mengalih isu tidak akan dapat menyelamatkan UMNO. Lari dari masaalah adalah tindakan yang tidak bijak kerana ianya akan menimbulkan lebih banyak persoalan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 9:50 PM

bro din cai najib hati sakit sebab takda jawapan najib sendiri tak mau jawab asyik spin saja cai lagi lah blur, cai takan berani masuk bahas berpandu pada topik sebab cai tak ada fakta yang menyokong mereka cai akan masuk tulis beberapa kerat ayat2 bodoh bukan saja kalih tapi yang sebenar cai lebih kepada nak memujuk hati yang sakit pedih tak tertahan tu yang cai masuk cara hit and run hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2015 at 10:09 PM

Contoh bukti satu komen yang saya terima petang tadi untuk artikel sebelum ini berkaitan SPRM dan RM2.6 bilion - Mahdey keluarkan memo mtk separuh cukai penumpang diberi kpd kroni ytl nya.... Mtk tuan penyu siasat atau ada double standard utk mamak kerala... Untung kenaikan dan untung separuh dpd cukai...bertuahnya waris menghisap darah rakyat.Tak halal kan kerja sial mcm tu... Bangsat kpd pukimak yg bersubahat

Saya rasa ramai pun setuju komen seperti di atas saya padamkan.. demi menjaga nama baik Umno sendiri !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 10:35 PM

Cai najib tak untung pun - dah teruk teruk bela najib rosmah pun digelar BANGANG.

Tuan Din sebenarnya ini adalah pengiktirafan blog anda.

Cai cai najib diarah serang tiap blog yang tinggi kredibiliti. Syabas!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 10:50 PM

Otak mereka memang kosong. Hari-hari Najib, Zahid dan chai-chainya merungut pasal legasi yang diwarisinya daripada Tun Dr.Mahadir, kononya beban atau NAJIS yang terpaksa dipikul. Dia tak sedar kebodohan diri - kalau dia pandai, dia tentu dapat mengubah NAJIS menjadi emas atau bauksit yang tak ternilai harganya. Kerana takd otak, legasi yang bernilai tak tahu digunakan , terus menjadi NAJIS. Kalau Singapura, Viatnam, Cina, agtau pun Myanmar tentu bersyukur mempunyai kegasi bertaraf WORLD CLASS yang boleh membangkitkan ekonomi negara. Chai bodoh hanya bergantung pada DERMA PAK ARAB masuk ke dalam akaun pribadi dan sangat berbangga kerana ada orang bermurah hati menderma! Tak langsung ada maruah jadi bangsa peminta derma.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
December 28, 2015 at 10:54 PM

Tuan Din,

Saya harap bermula daripada artikel selepas ini tidak perlu lagi disiarkan apa2 komen yang menghina Tun Dr Mahathir.

Sekarang ini, Tun Dr Mahathir merupakan satu2nya bekas pemimpin tertinggi UMNO yang BERANI membawa suara rakyat secara berterusan tanpa ada rasa penat atau jemu. Jika beliau dihina kerana menyuarakan ketidakpuasan hati rakyat maka ini bermakna yang dihina itu adalah rakyat jua.

Isu utama kepada ketidakstabilan ekonomi dan keresahan rakyat pada masa ini ialah PM Najib, bukan UMNO, bukan BN dan bukan kerajaan yang memerintah keseluruhannya. Masalah hanya pada individu yang lebih suka digelar Ah Jib atau Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.

Kerosakan yang dicetuskan oleh individu ini diketahui seantara dunia. Mustahil untuk semua kita terutama yang beragama Islam untuk mendiamkan diri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 11:12 PM

Tuan Anon 8:01

Jawapan TPM amat jelek, memalukan serta meletakan dirinya amat rendah intelektualnya.

Wahai Para Pengundi Bagan Datoh...lihat lah pemimpim ini, adakah wajar diberi undi lagi?

Fikir2 fikirkan lah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 11:20 PM

Nak salahkan najis yg dulu macamana ? Tun M tinggalkan emas kpd bakal pengantunya. Sampai ke tangan penyamun habis semua jadi najis. Bila najis dah terpalitvsana sini kat badan salahkan orang buat jamban.
Tuan din.
Hiroshima dgn Nagasaki dulu kena bom habis semua jadi debu. Kenapa Jepun boleh bangkit menguasai ekonomi dunia ? Pernah dengar pemerentahnya menyalahkan debu yg tinggal.
Pernah dengar peribahasa monyet dapat bunga ? Tak tau menari salahkan papan jongkang jongket ?

....................
Reply To This Comment ...................
Ridzuan
December 28, 2015 at 11:42 PM

Setuju dengan bro din.cai najib banyak guna bahasa kesat dalam penulisan.tiada fakta tetapi maki hamun yang keluar.contoh the unspinner.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2015 at 12:12 AM

Saya ulangi sekali lagi..adakan debat terbuka atau tertutup dlm Umno.Dgr betul2 keluhan akar umbi.Jgn dok berlagak dgn berkata Umno cukup kuat dan bersedia.Nak menempel kat Pas pun blm tentu kuat.Setakat perpaduan kita blh dgr la..Kaum Cina dah terang2 tolak Umno.kalau org melayu org umno pun tolak Umno mcm mana? Tepuk dada tanya selera.PAU langsung x memberi makna.Rakyat bosan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2015 at 12:15 AM

Tn Din
Sy dpt rs kn,najib & sekutunya semua dpt rasakan 'feel the force' itu
Kerosakan amat dlm.mereka pon tgh panas & terdesak
Tp..tgu ms sesuai..ade lg ms 2016 & 2017
Mgkn najib akn resign jua akhirnya..demi konon menyelamatkn umno..
Berkorban...jd mcm tun m
Dpt tun jgk nnti..itu yg jelas tersurat
Yg tersirat kepimpinan akn dberi..well pd tpm skranglah
Dgn syarat 'save passage' pd najib & rosmah..
Bukankah itu lebih senang pd najib?
Tp sukar pd zahid krn kapal sudah berlobang teruk,kemudi patah
Skrang x blh,krn najib on 'mission'...but get it done 1st..
Kebetulan semua pd ms yg sm 1mdb wujud,hutang negara meningkat,2.6 biliyon masuk akaun,nama jgo low dll muncul,ade yg lari keluar negara,harta negara dijual,akaun d cayman,di s'pore,2juta dlm akun rosmah,dll..sampailah pelaksaan gst tiba2..
Semua ini mcm ade '1 mission impossible' but must get it done..
After done all the necessary operation,tgal nk suruh negara byr hutang2 shj...
(Yela lepas die buat bodo jer dgn semua persoalan) najib akn resign dgn terms2 die..
Sy dpt rs sesuatu akn berlaku lg hebat dlm setahun 2 ni...
Masakan najib pon sudah dpt rs tekanan nya,kesilapannya...
Lg pon tradisi selamatkn kwn mmg biasa dlm umno
Tp mmg sudah terlewat utk zahid..rakyat tolak umno bn habis2..
Walo bertukar...sm shj perangai umno ni
Not another 50yrs..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2015 at 12:17 AM

Zahid sejak jd Tpm kaku dan x bermaya.Terus jd kambing hitam.Naib presiden mcm patung.Malu la..Kalo syg parti x rugi menegur.Nak tggu barai baru nak bertindak.Sb anda dh beri repot,pun x sedar2 lagi.Huh....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2015 at 12:20 AM

Sultan johor bertitah..beri najib peluang..
Maknanya...najib mmg sucks lah this time around...but give him another round chance?
Haha...yg penting kerosakan yg dibuat najib mmg benar!
Itu yg penting!!!
Kedua..sm ada rakyat nk bg peluang itu terpulang pd rakyat krn ini demokrasi..
Tgu lah pru nnti tuanku...
Tuanku pon tahu rakyat x diberi peluang langsung oleh najib skrang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2015 at 12:23 AM

Bagus pun tak siar komen merepek. Mykmu.net kata ada pasaraya jual kasut sekolah RM5. Aku komenlah tanya pasaraya mana tu, boleh beli utk anak aku. Komen aku sesuai dgn apa dia tulis. Bahasa pun sopan. Siar lebih kurang jam 530pm, jam 6pm aku check dah ghaib?

....................
Reply To This Comment ...................
December 29, 2015 at 1:13 AM

Nampaknya umno/bn hanya bergantung kpd orang2 kampung dan felda saja untuk terus hidup. Andainya 20-30 % saja dpd mereka menukar selera pada PRU14 nanti umno/bn akan jadi pembangkang pula.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2015 at 3:33 AM

cai najib terdesak habis hingga terlebih bodoh ada ker di ungkit segala kenaikan berlaku akibat zaman legasi Tun, yang kata bodoh sebab sekarang najib adalah pm dia paling berkuasa apa saja dia boleh buat lagikan gst sosma bill act dia boleh buat ini soal erl tol kecik punya hal boleh plak kata najib tak boleh buat apa baik toksah jadi pm lah.

rakyat bukan bodoh lah cukai hasil perolehan syarikat erl tol kerajaan dapat 26% setiap tahun kalau 6% dari 26% tu di pulangkan pada pengguna sebagai subsidi kerajaan tetap ada lagi 20% kerajaan boleh rugi ker? kalau dikatakan bodoh marah tapi memang bodoh kerana cuba nak bodohkan rakyat dengan tuding jari salahkan pemimpin terdahulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2015 at 6:14 AM

kalau pn umno pakat dgn pas saya akan boikot umno dan support pas.

kini melayu di dalam dilemma tetapi sudah ada jalan keluar.

bagusla kalau pas akan gabung dgn umno. dgn itu selamat utk org melayu boikot umno dan sokong pas dlm masa yg sama undi melayu xkan rugi.

tapi sekiranya mereka hanya biar bn bertanding di sesuatu kws yg pas boleh menang. saya masih xkan menyokong bn.

sekiranya pas bijak pas akan bertanding semua tpt hatta di tempat bn bertanding sekalipn.

kita sudahpn janjikan tsunami melayu, dan najib akan melihat tsunami melayu

....................
Reply To This Comment ...................
December 29, 2015 at 7:03 AM

TUNGGU DAN LIHAT ??????
Sebaik sahaja KIRAAN UNDI PRU 14 selesai.....ramai pemimpin UMNO tunggang langgang LARI nak tinggalkan Malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2015 at 7:58 AM

Aku dah cakap awal2 lagi. Inilah padahnya kalau kerajaan kacau poket rakyat. Poket rakyat koyak-rabak akibat kos sara hidup yang tinggi, gst, kenaikan harga barang, kejatuhan nilai ringgit dan penghapusan subsidi (bahasa yang sedap didengar ialah rasionalisasi subsidi). Akibatnya, syarikat bumi ada yang lingkup, pemberhentian pekerja beramai-ramai dan jenayah semakin berleluasa. Inilah yang berlaku apabila kerajaan gagal menguruskan kewangan negara secara efisien. Sehinggakan rakyat terbeban dan menanggung kesengsaraan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2015 at 8:41 AM

Soneta #15

Andai kumandang retorik basi
tetap menggigit telinga dewan
musim hadapan tinggal legasi
mimpi ngeri para negarawan.

Bangsa sendiri makin dihimpit
telinga pekak tidak mendengar
hati yang bengkak semakin sakit
-apa guna pidato berdegar?

Junjung liberal atas kepala
lama dipijak masih membisu
amarah bangsa kini menyala
pemimpin Melayu masih lesu.

Jika begini parti ditukang,
di musim depan jadi pembangkang.

Batu Kawan
November 2014
#IbnuDinAssingkiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2015 at 9:09 AM

ambillah iktibar dari kejadian Selangor jatuh ke tangan pembangkang ..

kerana mulut badan binasa

....................
Reply To This Comment ...................
December 29, 2015 at 10:06 AM

Sdr Din kenapa sekarang ni zahid n menterinya salahkan tun buat projek berat sebelah akibatnya rakyat merana apkah hari ini apa yg dibuat oleh najib n zahid tak akan mrnyusahkan rakyat hutang 1Mdb Derma 2.6b Gst nilai wang jatuh menyebabkan harga barang naik tak akan turun nanti Pm akan datang kata ini najib buat bukan ke ini jawapan bodoh dai Pm Tpm wahai Pm n Tpm jangan nak tunjuk cerdik nak alih isu rakyat tahu tunggu je Pru14 Umno akan mati tanpa pusara

....................
Reply To This Comment ...................
berasiam
December 29, 2015 at 10:10 AM

Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Bagaimana adunan begitulah rasanya. Bahasa kesat seperti bangsat, bangang dan haram jadah diangkat martabatnya oleh tidak lain tidak bukan Najib sendiri. Mungkin baginya kata2 begitu selayaknya beliau gunakan sebagai ketua kerajaan. Maka para cai pun terpengaruh dan melazimkan diri dengan perbendaharaan kata seumpamanya. Hilang adab yang menjadi teras budaya masyarakat berperadaban. Maka mundurlah kemajuan yang telah dirintis ke belakang. Apa nak dihairankan kerana Najib dan cainya termasuk kabinet, MT, KBU dan blogger adalah satu pakej. Semuanya perlu disingkir. Tidak ada peluang lagi kerana sudah banyak peluang diberi tapi dicabuli. Selagi berkuasa mereka berpegang kepada falsafah penafian kebenaran. Lucutkan kuasa mereka dan tunjukkan kebenaran sebenar kepada mereka. Berani buat berani tanggung. Kita dah lama letih menanggung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2015 at 10:30 AM

Dulu saya suka baca blog-blog pro kerajaan sebab mengunakan bahasa yang baik , beradab dan bertanggungjawab. Tetapi sejak skandal Najib meletup (1MDB & 2.6B). Semua blog-blog berkenaan lebih cenderung mengguna bahasa yang tidak beradab dan kasar. Dan lebih teruk lagi semuanya fakta diterangkan macam menegakkan benang yang basah. tak logik jika difikirkan dan ada unsur-unsur membodek si Najib. Terus terang saya katakan. semua ini amat memualkan dan tidak sesuai untuk dibaca.

....................
Reply To This Comment ...................
KJ
December 29, 2015 at 1:44 PM

Selamat Tahun Baru. Really ? Tahun sahaja yang baru, yang lain mungkin lebih buruk dari yang lepas. 2015 datang dan pergi, 2016 akan datang dan pergi dengan Najib masih cuba diselamatkan oleh wira wira badutnya, 2017 akan datang tanpa perubahan. 2018 datang...mari lah kita pakat buat halangan jalan ke semua lapangan terbang. Ini kerana menteri badut akan bertempiaran cuba melarikan diri dari semua kesusahan yang telah mereka buat kepada rakyat.

Minta maaf atas sikap negatif saya, tetapi saya tidak nampak langsung apa apa perubahan untuk memperbaikkan keadaan ekonomi. Menteri dan seangkatan dengannya semakin hari semakin menonjol kebodohan mereka. Semakin hari semakin cemas untuk menyelamatkan periuk nasi mereka. Semakin hari semakin jelek; najislah, buat dua kerja la...

Enough is enough. Apa nak jadi, jadi lah. 2018 those bunch of idiots will regret.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
December 29, 2015 at 2:02 PM

Assalammualaikum Bro Din!
Manusia yang suka menyalahkan orang lain atas masalah yg tak mampu diatasi sendiri adalah 'manusia lemah' dan 'tak pandai'.

Kalau dirujuk kepada dakwaan cai-cai Najib-Rosmah yg sering menyalahkan Tun M bila berdepan masalah, maknanya Najib tak cukup bijak mentadbir dan menguruskan negara Malaysia ini.

Sudahlah Najib sendiri tak bijak, para menteri yg dilantiknya pun sama macam dia - kurang cerdik. Hidup mereka siang malam asyik nak ampu boss saja. Betul ke, salah ke tak diambil kira. Apa yg boss kata semuanya betul dan mesti ditaati.

Tak mustahil lepas ni cai Najib-Rosmah akan tuduh Tun M juga yg menyebabkan harga minyak dunia merudum.

Salah sendiri tak pernah dimuhasabah, asyik dok cari salah orang lain untuk tutup kebodohan sendiri.
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2015 at 2:11 PM

Rasa sayang amber pada umno dah pudar Din....dan akan terus terkubor jika yg ada skrg nie masih kekal....Amber memang X kan mngundi pada pru akndtg....nk sokong pakatan rasanya belum terbuka hati....

....................
Reply To This Comment ...................
December 29, 2015 at 2:45 PM

Benar bagai dikata. Baru saja saya post dah malas nak komen.. Cuma tunggu masa pru14 dgn sabar.. Cuna tunggu detik Keramat pru14 .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2015 at 4:15 PM

eloklah berkubur dari terus menjahanamkan...

....................
Reply To This Comment ...................
December 30, 2015 at 12:05 AM

pru 14...klimak pada kesan politik wang...hati jadi gelap pada ertikata sebenar pemimpin dan kepimpinan..buta pada maksud sebenar pejuang dan pengisian perjuangan...maka yg berbaris baris adalah penyembah wang dan yg disembah adalah mereka yg berwang.

....................
Reply To This Comment ...................
December 30, 2015 at 6:46 AM

Jawapan yg amat bagus...kipidap !!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2015 at 1:53 PM

Jgn lupa bro...penjilat2 Najib perasan yg UMNO akan lebih kuat bila dpt meraih sokongan dari lebai PAS. Penggabungan atau kerjasama UMNO-PAS sebenarnya bukan utk menyelamatkan Melayu Islam tapi sebenarnya adalah demi survival politik Najib-Hadi. Melayu terus dipermainkan dgn agenda Melayu Islam sebagai smokes screen. Apa Najib dah buat dgn penjualan EDRA kpd China, kini China juga dibenarkan membeli equity Bandar Malaysia. Jenaka apakah ini? Adakah ini utk selamtkan Malaysia dan Melayu Islam?

Serangan kpd Tun M utk menjatuhkan kredibiliti beliau adalah sia-sia. Tun M terbukti negarawan ulung dgn sejarah sumbangan pd rakyat dan negara yg tiada tandingan. Menyerang Tun M adalah satu perbuatan bodoh dan tolol tidak akan menghentikan hakikat yg Najib adalah pemusnah UMNO BN demi kepentingan peribadi dan kuasa laki bini. Cai2 Najib memg manusia keji dan hina..kerana hanya 10% yg mengampu Najib...90% menderita dgn keadaan ekonomi negara masa kini. Mereka2 inilah pengkhianat negara yg sebenar. Maka terjwp siapa BANGSAT sebenar yg disebut Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
January 2, 2016 at 9:51 AM

2025...majoriti TPM Zahid menang di B.Datoh ...8% bukannya besar wahai TPM ..

Post a Comment