........... Taat Kepada Pemimpin Jangan Babi Buta ! - Mohd Said Midon | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Taat Kepada Pemimpin Jangan Babi Buta ! - Mohd Said Midon

Thursday, December 3, 20159comments


Ingat lagi kepada saudara Mohd Said Midon yang saya interview minggu lepas di Majlis GKCM ? Waktu itu beliau bercakap mengenai niat Ketua2 Cawangan yang bergabung di bawah GKCM untuk mendemokrasikan semula Umno. - KLiK.

Semalam saya berkesempatan bertemu semula dengan saudara Mohd Said. Kali ini saya tanya komen beliau terhadap kenyataan Ismail Sabri yang dua hari lalu mengenai Tradisi Umno Taat Kepada Pemimpin.

Siapapun yang masih berfikiran waras akan terus bertanya - Kalau pemimpin itu melakukan perkara mungkar, makan rasuah, songlap duit, zalim kepada rakyat dan pelbagai perkara negatif lain, apakah ketaatan tetap ditagih dari ahli ? GILA !

Paling tidak pun, kita nasihatkan pemimpin itu. Kalau tak nak berubah juga, kita minta dia meletakkan jawatannya dan berundur supaya digantikan dengan orang lain yang lebih baik. 

Pemimpin itu kalau waras, ikhlas dan tidak bodoh sombong, dia akan ambil serius teguran mereka yang dipimpinnya itu dan bertindak sewajarnya..... BUKANnya terus menuntut ketaatan membabi buta !




KLiK untuk ke youtube

Ketaatan kita kepada pemimpin ini ada batasnya.  Kita taat kepada pemimpin untuk parti, bangunkan parti, kuatkan parti. Tapi apa yang kita nampak hari ini dengan jelas, pemimpin kita tidak mentaati amanah yang kita berikan kepadanya. 

Amanah itu sewajarnya memperkuatkan parti tapi apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya ..... pemimpin menggunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri !

Tradisi memang kita taat kepada pemimpin. Tapi hari ini, pemimpin tidak lagi memikul amanah yang kita berikan, yang dituntut dalam perlembagaan Umno itu sendiri.

Pemimpin harus taat kepada perjuangan parti ... untuk parti, agama, bangsa dan negara. Apabila keluar dari landasan ini, kita sebagai ahli parti wajib bagi kita tegur pemimpin sedemikian ..... salah ke ?




PS - Kepada mereka yang terlepas video di artikel sebelum ini mengenai dakwaan DOUBLE STANDARD Lembaga Disiplin Umno yang tidak konsisten dalam tindakan mereka - KLiK.





Untuk menyokong atau ingin berhubung dengan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia, sila KLiK FB GKCM.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 8:22 AM

Org camnie jd ketua bahagian kn bgs, dpt berfikir secara warak. Dapat bezakan yg mana baik dan buruk

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 8:28 AM

ofF topic jap
Bro din Is it today 3rd disember the date that najib going to answer about the 2.6 bintang bintang?

....................
Reply To This Comment ...................
December 3, 2015 at 8:43 AM

PAU juga adalah waktu yg sesuai utk para ketua cawangan yg tidak bersetuju dengan kepimpinan Najib untuk buat rally secara aman di hadapan PWTC.

Harap ramai ahli Umno dan rakyat akan datang menyokong untuk memberi tekanan supaya Najib turun drpd semua jawatan.

....................
Reply To This Comment ...................
December 3, 2015 at 11:49 AM

Dia ni lebih bijak dari pemimpin spt Ismail sabri.......

....................
Reply To This Comment ...................
December 3, 2015 at 1:45 PM

Zahid dah jawab.

Tak boleh buat sebab takut ganggu siasatan PAC, SPRM, SPM, JKR, JLJ dan entah apa bangang punya cerita lagi.

Sahih cakap Anina.
Najib mmg kaki kencing.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 2:32 PM

Aku rasa dia lg bijak dr Najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 2:44 PM

Nanti semasa PAU, akan muncullah pendekar-pendekar melayu yang bila menyuarakan hidup melayu, gegak gempita sehingga naik bulu roma mendengarnya. Walaupun berjiwa liberal, tapi demi PAU sanggup memaksa diri memakai topeng melayu. Maka, tidak hairanlah di pentas PAU nanti, ada pemimpin UMNO yang memakai persalinan melayu, memakai tanjak dan sambil menghayunkan keris pusaka persis bak pahlawan dulu kala. Kononnya, tidak gentar bertarung di gelanggang. Tapi akhirnya kembali ke tabiat asal sebaik sahaja selepas PAU. Pandai betul berlakon, berdrama tapi usahlah bermimpi yang orang melayu akan tertipu sekali lagi. Percayalah bahawa orang melayu khususnya ahli UMNO dah meluat dengan lakonan sebegini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 3:18 PM

Dalam isu RM 2.63 bilion yang dicanangkan oleh Timbalan Menteri Azalina bahawa akan dijawab pada hari ini, tetapi akhirnya Najib larikan diri dari sidang parlimen, lepas tu beri alasan Apandi Peguam Negara tak bagi jawab, kononnya takut subjudis, kes ini bukannya masuk mahkamah lagi, apahal pusing macam ni pula?

Rakyat cuma nak tau, itu derma kepada UMNO atau derma kepada kerajaan atau ia sebenarnya untuk apa? Itu sahaja, inilah jenis penipu, kata nak jawab pada hari ini, tapi lepas tu membohong dengan bantuan kuncu suruhan.

Ahli akar umbi UMNO, kalau macam ni punya Presiden UMNO, lebih baik letak kambing jadi presiden UMNO, buat malu sahajalah.

Saya makin hari makin meluat dengan ahli-ahli UMNO yang masih membisu, jika hanya saya dan beberapa pihak seperti ketua-ketua cawangan yang bangkit menentang penyelewengan serta pengkhianatan Najib terhadap UMNO sedangkan ahli-ahli UMNO yang lain masih lagi membiarkan Najib bermaharajalela, maka sedarlah bahawa akan sampai ke suatu tahap di mana UMNO sudah tidak akan dipercayai lagi oleh rakyat, masa itu barulah ahli-ahli UMNO yang jenis tak kisah ini akan nak terngadah bila dah terhantuk.

Saya bersikap keras selama ini kerana sayangkan UMNO, sayangkan Barisan Nasional, sayangkan perjuangan demi agama, bangsa, dan tanah air yang didokong oleh UMNO dan gabungan Barisan Nasional selama ini, kalau ada yang nak menuduh saya penyamar yang memecah belahkan UMNO, terpulanglah, kerana kalau saya nak UMNO hancur, lebih baik saya terus sokong Najib, kerana apa yang dibuat oleh Najib itulah yang menjadi punca kehancuran kepada UMNO sekarang ini.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
December 15, 2015 at 1:06 AM

Sedangkan dalam solat berjemaah pun jika imam tersilap makmum wajib tegur supaya imam betulkan balik apa yang tak betul.

Tak pernah dengar pula kalau imam ditegur hukumnya batal sembahyang ke, kena rejam ke apa ke..

Post a Comment