........... Segmen Pendek Ucapan Tun Mahathir Yang Paling Padat | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Segmen Pendek Ucapan Tun Mahathir Yang Paling Padat

Sunday, December 6, 20154comments

Dalam banyak2 siri ucapan Tun Mahathir sejak akhir2 ini, saya ingin bawa anda kembali kepada satu segmen pendek yang bagi saya merupakan paling padat dan yang paling emosional dari Tun. Jarang sekali kita dapat lihat Tun marah tapi dalam segmen ini kita dapat rasakan kemarahan beliau terhadap Najib .... gara2 ucapan Bangsat Najib sebelum itu.

Segmen 3 minit setengah ini dirakam semasa program Bicara Negarawan edisi Pasir Gudang pada 30 Ogos lalu.

Video pertama adalah rakaman saya sementara video kedua adalah dari kinitv. 



Rakyat memilih kamu untuk menjadi ahli dewan untuk mempertahankan nasib rakyat, bukan nasib orang itu dan orang ini ...

Kalau kita dah jadi bangsa yang lebih utamakan duit dari maruah bangsa, kita tidak akan ada maruah lagi !

Kononnya kalau tidak ada Umno, orang Melayu akan jadi bangsat ..... saya ingat, kalau bangsat itu pergi, kita tak bangsat.

Yang nak memperbangsatkan bangsa bukan Umno, tapi orang ini !

Ini adalah sesuatu kenyataan yang tidak patut dikeluarkan daripada mulut sesiapapun .... bukan Umno yang salah, awak yang salah !

Awak pergi .... maka segala2nya akan selesai.





Umno ditubuh untuk sokong pemimpin ? Tidak benar ..... Umno ditubuh kerana berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.

Dalam Perlembagaan Umno apakah disebut, Umno ditubuh untuk mempertahankan pemimpin walaupun dia mencuri ? TIDAK ADA.

Tugas Umno ialah untuk menjaga kepentingan ahli dan orang Melayu keseluruhannya dan negara Malaysia amnya.



PS - Jangan lupa malam esok, Isnin jam 8 malam, kita bersama2 dengan Tan Sri Muhyiddin di Kelab Sultan Sulaiman. Bagi yang tidak berkesempatan, nantikan siaran LIVE STREAMING. 

Link Live Streaming itu akan disiarkan lewat petang esok.

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2015 at 4:32 AM

UMNO adalah parti nasionalisma Melayu atau ketuanan Melayu, menurut perlembagaan parti asas perjuangan UMNO adalah untuk mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi maruah untuk memartabatkan Agama, Bangsa & Tanahair yang mencakupi perjuangan akan hak istimewa orang2 Melayu dan orang2 Bumiputera, UMNO tertubuh dengan keringat dan darah bukan untuk dijadikan kuda tunggangan seorang Presiden, UMNO di tubuh bukan supaya bermati matian mempertahankan derma dua perpulohan enam billiyon, kembali lah kepada asas perjuangan UMNO jangan sekali kali dikhianati datuk nenek moyang yang telah berkorban tenaga harta dan nyawa demi memartabatkan perjuangan suci UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2015 at 12:45 PM

rujuk kpd rencana di Utusan hari ini mengenai ketua wanita umno.

dlm byk perkara mengenai perjuangan shahrizat memilih utk bercakap topik menyokong presiden.

dah banyak kali cakap masih juga nak ulang. sebab tu orang makin meluat dengan pemimpin umno.

perjuangan unno ni najib razak aje ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2015 at 2:25 PM

Org UMNO ni semua nk cari makan. Jgn harap sgt akan ada perubahan... nanti hati kecewa. Alang kan Tun yg byk jasa pun dorang tak kenang.... org Johor sendiri pun berbelah bagi nk sokong TSMY. Semua malas dan nk jaga periuk nasi sendiri. Kalau betul ahli UMNO seperti pejuang bangsa dulu2, gelombang kebangkitan ketua2 cawangan mesti dah berterusan. Tetapi skrg dh senyap. Boleh lg ker kita org melayu nk harap pada UMNO... sy kurang yakin pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2015 at 11:19 PM

Ketua Wanita UMNO mestilah menyokong Najib berterusan . Kalau x sokong nanti kes NFC kembali panas . Lembu NFC semua dah mati , duit yg di pinjam belum habis bayar ...

Post a Comment