........... Salam Perdamaian Najib - Bila Masa Yang Muhyiddin Bergaduh Dengan Najib ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Salam Perdamaian Najib - Bila Masa Yang Muhyiddin Bergaduh Dengan Najib ?

Sunday, December 13, 201554comments

Sejak PAU abis semalam, ramai yang memperkatakan tentang salam 'perdamaian' yang diunjurkan oleh Najib kepada Muhyiddin ..... konon nak menunjukkan betapa besarnya jiwa Najib -

"Saya Najib Razak sebagai presiden Umno memilih untuk berjiwa besar, saya memilih berjiwa besar menghulur silaturahim mengukuh Umno," - Mkini.

Standard Najib lah nak kena dia yang sebutkan ....supaya cai2nya tidak tersalah pilih ayat.  

Saya memilih berjiwa besar ....... Hahahahaha..... lepas tu cai2 Najib pun akan ikut cue - Peeeeergh......  Besarnya jiwa Najib !


Kemudian di follow up dengan kenyataan dari Yang Mulia Tengku Adnan yang menuduh Muhyiddin sebagai angkuh kerana tidak menyambut salam perdamaian Najib dan bercemolot atas pentas.-


Mkini
Pandai diorang main game persepsi ni  ....... Muhyiddin digambarkan sebagai degil, sebagai seorang rebel, pemecah perpaduan  sementara Najib pula sebagai ...... errrr.... berjiwa besar (?)
 


Muhyiddin dimalukan dengan pemecatan jawatan, diserang peribadi, diboikot sepanjang PAU, diserang bagai .... alih2 di paksa salam perdamaian di atas pentas - kira settle lah ! ? ?

Perdamaian Bugis stail ? Marah pulak mereka yang berdarah Bugis  ..... 

Paling tidak, tunjukkanlah sedikit keikhlasan tu......  offer balik jawatan Timbalan PM, kembalikan status quo seperti sebelum gaduh, itu baru dinamakan ikhlas mahu berdamai. Ada give and take. 

Tapi saya terfikir pula ..... GADUH ? Bila masa pula Najib ngan Muhyiddin bergaduh ? Kalau Najib yang nak bergaduh dengan Muhyiddin, itu satu Malaysia dah nampak pun melalui tindakan2 yang dibuat terhadap bekas orang nombor duanya itu. Tapi bila masanya yang Muhyiddin ajak Najib bergaduh ?

Serius ..... cuba ingatkan balik apa yang pernah Muhyiddin serang Najib ?

Muhyiddin cuma TANYA mengenai 1MDB, minta JELASKAN tentang RM2.6 bilion dan kenyataan yang paling ganas sekali adalah yang terbaru di mana beliau meminta Najib berundur untuk SEMENTARA sehingga siasatan selesai. itu pun supaya rakyat dan dunia tidak memandang serong kepada hasil keputusan siasatan kelak. ( sebagaimana BIASA dilakukan dalam siasatan seumpamanya )

So ..... tang mana yang agresifnya Muhyiddin terhadap Najib ? 

Adakah kerana tegas meminta penjelasan tentang 1MDB dan kerana tidak semudah itu menerima alasan Derma RM2.6 bilion maka ditafsirkan sebagai nak bermusuh ?

Apalagi tindakan permusuhan yang telah ditunjukkan oleh Muhyiddin terhadap Najib ? Tolonglah sesiapa beritahu ..... sebab saya sendiri pun geram dengan cara slow motion Muhyiddin ! Duk mencari2 juga sesuatu yang agresif di pihak Muhyiddin yang boleh saya hebahkan.... ada tak ?

Jika tidak ada alasan lain, adakah Salam Perdamaian dari Najib itu membawa maksud, Muhyiddin harus akur dan terima apapun hujah dan alasan 1MDB dan RM2.6 bilion tanpa boleh soal apapun ?

Ataupun Muhyiddin boleh bersalam peluk bagai dengan Najib sebagai tanda berdamai tapi waktu sama beliau boleh terus menjuarai persoalan2 rakyat itu ?

Dalam soal ini, Muhyiddin ternyata konsisten. 

Ini bukan masalah saya, tapi masalah rakyat.  Selepas ini saya nak lihat apakah langkah-langkah yang akan dia buat untuk masalah-masalah yang saya bangkitkan.- Mkini.


"Ini bukan soal peperangan, ini bukan pergaduhan. Ini soal prinsip perjuangan. Kalau ada perkara (berbangkit), kita sama-sama betulkan. Kalau ada kelemahan kita sama-sama tegur," 

Ya, ini bukan soal peribadi antara Najib dengan Muhyiddin yang memerlukan salam perdamaian. 

Begitu juga dengan Tun Mahathir. Dari awal lagi Tun konsisten BERTANYA tentang 1MDB diikuti dengan isu RM2.6 bilion. Desakan berundur itu hanya timbul selepas Najib terus berdegil tidak mahu jawab dan mengelak dengan pelbagai cara.


Akhir sekali, Najib sekali lagi mengheret Umno dalam masalah peribadinya atau dengan katalain, Najib menyorok dibelakang kain Umno -

"Kalau ada yang menentang bermakna bukan sahaja tentang Najib Razak sebagai presiden parti malah ternyata menolak untuk mencari titik persamaan," 

Pendek kata - Sesiapa yang terus mempertikaikan 1MDB dan tidak dapat menerima alasan Derma RM2.6 bilion, orang itu dianggap sebagai nak cari gaduh.


SEMUANYA SEBAB NAJIB, 1MDB DAN JHO LOW ........

PS - Balik kepada tuduhan Yang Mulia Tengku Adnan - Siapa yang sebenarnya Angkuh ?

Share this article :

+ comments + 54 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 4:43 PM

Apabila si merak ajak berdamai...


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 4:51 PM

Meluat betul dah dgn tg. Adnan ni.Ko baik diam jer la.Lagi ko cakap,lagi sempit peluang ko in next PRU.Kami akan tentukan ko tergolek nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 5:09 PM

Teuku Adnan ni dah kenyang cari makan dengan UMNO. Berehatlah bagi peluang orang muda yang benar benar berkebolehan dan berintegriti jangan asyik solidariti.

Rezeki HALAL.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 5:21 PM

Jho low...jho low...jho low....as salam brader din...mmg kita tak tahu di mana jho low berada la ni...cuma pd firasat aku...najib ni telah di gamekan oleh jho low n rosmah....why najib amat berdegil utk lepaskan jawatan...rosmah n jho low ada di sebalik smua plan game ini...ada ke erl naik harga salahkan tun m...mcm budak2 skolah rendah punya peel...bila susah sikit..salahkan org lain...jho low...jho low...jho low....la ni...sdg bergembira dgn rosmah di sri perdana sambut hari jadi...hadiah termahal dr jho low dgn rezza...tema aloha lagi....yam seng jho low...jho low...jho low....penipu besar....cr makan cara senang...tipu duit rakyat melayu cina india iban kadazan melanau org asli....geram aku dgn jho low ni...

....................
Reply To This Comment ...................
December 13, 2015 at 5:28 PM

PAU kali ni mmg terang2 Najib mintak nyawa.

Tapi masih beretorik, angkuh, tak ikhlas.

Dia sengaja letak TSMY dlm permainan menganjing.

Salute, TSMY sebab cepat dapat baca langkah Najib n the gang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 5:33 PM

Itu kira TSMY habis2 sabar dah tu....kalau orang lain bukan setakat salam perdamaian tak disambut tetapi siap dengan penampar sulong singgah kemuka Najib,baru padan dengan apa yang telah Najib lakukan terhadapnya.Kita semua berharap dan berdoa semuga kesabaran dan keikhlasan TSMY akan mendapat balasan yang baik dari Allah dengan kadar yang segera...InsyAllah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 5:33 PM

mmg dari awal lagi permainan persepsi adalah dari team najib... buat macam macam persepsi hanya kerana takut hilang jawatan dan kuasa.

PAU TAHUN INI ADALAH PROPAGANDA NAJIB RAZAK UNTUK MEMPERTAHAN KUASA SEMATA MATA. BUKAN UNTUK UMNO BUKAN UNTUK KESTABILAN POLITIK DALAM UMNO/BN.

yang jelas sekrang NAJIB bagi tahu bahawa tiada jalan lain nak suruh dia berundur atau berehat seketika jauh sekali letak jawatan.

walaupun negara akan hancur berkecai sekalipun.. NAJIB RAZAK tak akan berundur walau seinci. Dia akan guna segala kuasa yang ada untuk pertahankan jawatan PERDANA MENTERINYA

Walau sauh masih LAGI BERLABUH.. NAJIB akan tetap berlayar.

BAPA PEROSAK NEGARA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 5:43 PM

Najib sungguh beruntung kerana mempunyai cai dalam MT UMNO yang ramai.Ia akan mempetahankan PM merangkap pres.parti seboleh-bolehnya.Alasannya hanya berdasarkan perlembagaan UMNO orang yg berjawatan dibawah pres.dimestikan mempertahankan pres. parti.Apakah kesilapan yang terlalu besar bagi UMNO oleh pres.parti wajar dipetahankan?

....................
Reply To This Comment ...................
hang nadim
December 13, 2015 at 5:44 PM

Pendek yg kata... Najib berjiwa besar tapi ber anu kecik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 6:03 PM

Seorang pemimpin berjiwa besar sanggup mengaku kesilapan, sanggup terima teguran dan mengambil tanggungjawab diatasnya.ini?....dah speechwriter tulis camtu,dia bacalah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 6:12 PM

Rumah si Adnan di Putrajaya punyalah besar. Dia tak duduk situ pun. Tanah memang gerenti dah percuma. So oklah tu kerja sikit bagi statement pro Najib. Lepas ni kalau ada rezeki dapart pulak projek di kampong baru.

Yang bodoh kita, mati hidup balik family aku tak pangkah dah umno pembelot ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 6:17 PM

Setahun yang lalu ayat-ayat merendah-rendahkan kebijaksanaan Najib menjadi zikir pagi dan petang.

Rata-rata penyokong TDM sudah merasakan Najib bakal tersungkur.Hari ini semua terbukti dari perancangan yang gagal, Malah Allah pun tak menyebelahi anda..

6 Bulan ke depam ni kita akan melihat UMNO akan bergerak secara berpasaukan.Malah kenaikan mendadak ahli UMNO membuktikan dalam diam UMNO sedang mengumpulkan kekuatan.

....................
Reply To This Comment ...................
December 13, 2015 at 6:38 PM

Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya.

Binatang ternak:123

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 7:08 PM

Ni mimpi ke betul2....???!!

....................
Reply To This Comment ...................
rakyat dilembukan
December 13, 2015 at 7:55 PM

Kenaikkan mendadak ahli umno???
Halooo sahabat semua, boleh tlg ketok kepala aku tak..aku ni terbaca dlm mimpi ke atau kat dunia lain???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 8:00 PM

Anwar menjadikan masalah sexnya sebagai masalah rakyat.Najib pun sama,masalah penipuan besar-besarannya disandiwarakan sebagai fitnah untuk menjatuhkan negara.Dalam sidang akhbar bersama Tun Mahathir,Ku Li dan rakan-rakan baru-baru ini,Tan Sri Sanusi Junid ketika menjawab soalan dari pihak media ada berkata,"yang hendak dijatuhkan itu adalah Najib...bukan UMNO,...kalau UMNO yang nak dijatuhkan,....itu senang!Itulah kata-katanya.Jadi UMNO sekarang yang ramai dari PKR yang kuat membodek Najib janganlah bongkak semasa masih berkuasa.Ingat,pelanduk akan terlupa jerat,tetapi jerat tidak pernah lupa pelanduk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 8:01 PM

Pemakan dedak cuba memujuk hati seluruh warga umno dan rakyat dapat melihat satu sejaraj betapa pau kali ini hambar dan kaku dengan segala macam sekatan tak pernah terjadi dalam pau sebelum ini itu fakta jelas najib tersangat goyang.

Takpa biarkan saja pemakan dedak memujuk hati dan terus bermimpi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 8:22 PM

Rakyat Malaysia kena bg dia rasa dok SG buluh. Pru 14 ni,masa terbaik....sombong mcm Malaysia ni bapak dia punya.haramjadah sungguh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 8:39 PM

Boleh teruskan berangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 8:57 PM

majoriti ahli umno dah menyampah dengan teuku nan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 9:02 PM

Mamat 6:17 dok meqapu apa ni. UMNO dah nak bungkuih lagi dok cakap banyak. Tak da org muda lapaq nak masuk UMNO la woii. Parti rasuah...org bodo tak sekolah ja layak masuk UMNO mcm hang la kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 9:24 PM

Kalau maknusia yg berjiwa besar tak akan akata saya berjiwa besar mari kta berdamai. Itu mintak nyawa.
Orang yg berjiwa besar akan berkata oleh kerana saya gagal menyelesaikan masaalah peribadi ssya dgn ini saya meletakkan jawatan saya supaya umno tidak terpalit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 10:11 PM

bukan dgn ku nan je bro... rakyat dah menyampah dgn keseluruhan kepimpinan UMNO baik yg tertinggi mau pun KBU serta perwakilan yg ada semasa PAU terbaru lalu... bangsat sehabis bangsat... itu lah kepimpinan UMNO sekarang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 10:25 PM

Kemungkinan merasa menyesal/bersalah buang TSMY dari kabinet.Tetapi terlalu ego bagi memohon maaf,hanya berderama dihadapan ahli-ahli untuk menegek benang yang basah.Terlalu takut dengan himpunan di kelab SS pada malam 7hb. lalu dengan penerangan yang disampaikan oleh TP UMNO buat mereka yang hadhir untuk Pau lepas.Bukan yang hadhir dan mendengar penerangan TP TSMY masuk kiri keluar kanan,kurang-kurang 75% telah merasa impak yang diberi oleh TSMY.Inilah yang membuat DSN mengelabah dalam ucapanya takut ahli yang mendengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan.Harapan TSMY buatkan lebeh banyak pertemuan dengan ahli-ahli akar umbi untuk menjelaskan lagi tindakan beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 11:45 PM

semasa baca tajuk blog pengampu, terfikir apakah kesalahan tsmy dan sa telah lakukan? kenapa nak minta maaf? mereka hanya tanya apa yang kita juga turut tanya. walaupun jawapan dah diberi, tapi jawapan tu tak mampu memberi peratus markah yang tinggi. gred rendah, tak cukup makan untuk orang yang berfikir dan menganalisa. jawapan tu takat lulus untuk ahli umno peringkat rendah. so jangan samakan orang yang nak jawapan gred A+ dan ahli umno yang jawapan cukup makan dan gred rendah dah ok.
tapi umno perasan mereka kuat, tapi cuba pikat pas untuk join sekali. tapi pembangkang tahu, jika ahjibgor terus berkuasa, maka peluang mereka akan lebih mudah berbanding jika umno kembali kukuh. so, biarkan ahjibgor terus berkuasa.
pru14 nanti, kita akan lihat papan-papan provoke kat merata jalan bertanya soalan 2.6b, duit 42juta, dan berbagai lagi. masa tu, baru ahli umno kelam kabut nak jawab dan jawapan diberi 1 hari sebelum hari mengundi. bro. din boleh buat tinjaun pendapat, apa yang akan berlaku nanti, dan kita lihat kebenarannya. nak soal pun soalan sama, dan jawapan pun masih lagi gred rendah, tak capai markah tertinggi juga. pusing macam mana pun, mereka dok lagu tu juga.

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 12:10 AM

Ku nan tu lebih sudu dari kuah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 12:49 AM

Tambah sikit bro...besar perutnya dr ibu Yg sedang mengandongkan...muka? Sendiri lihat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 12:55 AM

Time pm ckp sy najib razak, dh suspen ingt nk umumkan nk letak jawatan ke apa, tp hampeh berjiwa besar yg keluar.. Satu2nye pm yg gelar berjiwa besar, pendekar, style syok sendiri btl..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 1:34 AM

Umno2..sbb kes 1mdb Dsn dah x fokus nak menang P.p,sngor dah..kalo menang cukup mkn pun kira dah baik..dulu org kampung lah dok undi Umno untk menang kat perak dan tgganu.Ni dgn keadaan skrg bersedialah tgk Perak Dan Tgganu jatuh.Sngor.. Bn dan Umno lenyap terus.Ku nan dgn Raof peduli apa!.Tgk perut dah tau kenyang gila.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 1:46 AM

TSMY pun satu,Ah Jib Gor dah going for dia punya jugular vein tapi dia masih berbisik bisik dan segan silu lagi untuk 'going loggerhead'dgn Ah Jib Gor!!!

Apa yg TSMY mahu? Is it to highlight Ah Jib Gor's wrong doing or to remove Ah Jib Gor??? He's got to state his position firmly and agressively because macai macai Ah Jib Gor is going to destroy him now and he is dead meat!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 2:08 AM

Muka tak tau malu baru nak ajak berdamai selepas melihat ahli & perwakilan memberikan sanbutan luarbiasa pada tun tsmy & shafie afdal selama ni duk sombong dabik dada 3 juta ahli sokong pm skang baru terbeliak biji mata lebih baik letak jawatan sajalah najib jangan malukan kaum keturunan kalau tak sampai 5-6 jenerasi razak yang akan datang turut membawa malu kerana tercatit lam sejarah memalukan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 6:34 AM

Najib telah merosakkan legasi ayahanda nya sendiri. Keluarga Najib malu dilontarkan lumpuh. Kesian. Perangai yang ditunjukkan Najib lebih mirip Supreme leader bukan pemimpin berjiwa besar.

Beribu janji tidak dikotakan. Najib cakap tak serupa bikin.

HYPOCRITE.

P.S. Salam berdamai membuktikan bahawa TSMY, DSSA bersama TDM MASIH ada pengaruh besar dalam UMNO.

Tunggu masa.

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 7:51 AM

Allah bersama orang yang sabar.

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 7:52 AM

Najib=Crime Minister

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 7:58 AM

Saya suka dengan 2 komen yang dipetik daripada blog A Kadir Jasin untuk pertimbangan kita bersama:-

jumbeaux said...

Salam Datuk

Pentingnya keputusan yang telah diambil oleh UMNO untuk menyokong Datuk Seri Najib ialah hilangnya pilihan untuk menurunkan beliau dari dalam.

Oleh itu kita perlu mempertimbangkan usaha dari luar.

Bagi saya pilihan yang terbaik untuk bangsa Melayu ialah penubuhan sebuah parti nasionalis Melayu yang baru yang akan bertanding melawan UMNO di PRU akan datang. Walaupun kita tinggal cuma dua tahun sahaja lagi tetapi saya rasa dengan adanya kepimpinan yang kuat dan kerjasama dengan parti politik bukan Melayu (selain DAP) dan parti-parti Sabah dan Sarawak, kita akan berpeluang menubuhkan kerajaan yang masih lagi bermodel sama seperti semasa kita mendapatkan kemerdekaan dulu; diterajui oleh kaum majoriti iaitu Melayu.

Sesungguhnya orang Melayu sekarang di dalam dilema. Tiada alternatif yang boleh diharap untuk membela bangsa.

PKR keterlaluan baiknya dengan DAP. PAS pula sanggup buat apa sahaja untuk merealisasikan cita-citanya menjalankan undang-undang Hudud di Kelantan. UMNO seperti yang kita lihat, sudah tidak boleh diharap lagi.

Oleh itu, mungkin sudah sampai masa untuk orang Melayu yang cuma aktif di alam media sosial untuk bangkit menyertai politik untuk masa depan anak cucu kita. Agak janggal bila kita dengar nasionalis melayu bangun menentang UMNO tetapi itulah realiti yang harus kita hadapi.

msh said...

Salam Dato.

Apakah hala tuju Negara Pasca PAU 2015?

Kita tidak perlu berfikiran jauh atau mengambil pandangan mana2 Pakar untuk membuat analisis tentang perkara ini...kerana kita telah boleh mengagak bahawa jawapannya adalah..SERAM DAN MENAKUTKAN.

Apa lagi kelainan atau kebaikan yg boleh kita kecapi dan harapkan dari Ketua spt ini?
Jelas yg dia tidak peka...tidak hirau...malah tidak peduli dgn rentetan rakyat tentang kepayahan hidup dgn kenaikan kos sara hidup berpunca dari kelemahan pentadbiran dia sendiri...kerana dia kini 'membeli masa' untuk MENYELAMAT DIRI DARI SKANDAL DAN TELAH MELAKUKAN KEKEJAMAN DGN MENGANAYAI RAMAI TERMASUK TIMB. SENDIRI?

Memang dia kuat....tetapi didlm ketakutan.

Dia bukan sahaja telah gagal mentadbir urus negara..tetapi tidak amanah dan merbahaya untuk masa depan negara.
Berbohong sudah menjadi perkara biasa dan dia juga kelihatan tidak lagi mempunyai rasa malu atau aib.

Justeru itu....dia mesti dinyahkan dgn apa cara pun dan sy pasti veteran2 Umno termasuk TSMY tidak akan berdiam diri...InshAllah.

http://kadirjasin.blogspot.my/2015/12/hala-tuju-negara-pasca-pau-2015.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 8:16 AM

Ini namanya perdamaian ala2 israel (yahudi mabuk mana yg bg idea kut?)...
Selepas tembak, bom dan jahanamkan rumah2 palestin... maka salam perdamaian dihulur... kalau x nak, akan dicop pengganas.. ha ha ha!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 8:24 AM

Din..baru dpt idea..since ah jib gor keberatan nak saman wsj..apa kata kita sbg "org yg syg kan PM" saman wsj kerana memfitnah org yg berjiwa besar tu..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 9:24 AM

Dgn muhyidin dilarang berucap, dgn dibuang jawatan dlm kabinet dan tangan diikat,dibantai teruk di perhimpunan pau, lepas tu di hulur salam perdamaian apa benda ni najib,dgn isu 1mdb tak dijawap sampai sudah,dgn ucapan kecewa dgn rakyat,kecewa dia jer, rakyat kecewa dgn dia tak tahu,hampeh puiii..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 9:34 AM

PAU kaku kerana mengikut tafsiran anda.Bagaimana pula majoriti ahli UMNO?

Sama ada suka atau tidak PAU yg lepas membuktikan majoriti ahli bersama kepimpinan.

Geng TDM kalah kerana tiada strategi berkesan dan terlampau berpolitik.

Jika dibaca aliran politik Najib beliau menyerahkan kpd agensi bertauliah menentukan kaedah gerak kerjanya.

Isu 1mDb dab 2.6 B diserahkan pihak berkuasa siasatan.

Isu ekonomi pula diambil dari fakta2 agensi pengiktirafan ekonomi.

Ramai masih keliru cara Najib berpolitik.tiada lagi sembang kedai kopi yg ada ANDA siapa?

Kalau nak cerita akaun syarikat maka ANDA siapa? kalau anda firma audit bertauliah ya silakan tetapi kalau anda sekadar mekanik motosoikal sila DIAM ya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 10:30 AM

Baguslah berdamai sbb tak bergaduh pun nak berdamai. Eratkan lg persaudaraan. Bagus bagus...tapi RM 2.6 bilion rakyat tetap nak tau sbb itu bukan duit muhyidin. Itu duit rakyat sbb najib dah mainkan duit rakyat dan ahli UMNO. Kalau muhyidin nak join najib pun kami rakyat tetap akan teruskan perjuangan menuntut najib mesti menjawab dengan jujur bukan bg statement tapi jawaban.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
December 14, 2015 at 10:45 AM

Assalammualaikum Bro Din!
Inilah cara Yagudi Israel memperkotak-katikkan Rrakyat dan negara Palestin. Setelah Israel serang dan bunuh serta rampas tanah rakyat Palestin, Israel pun kata hulurkan damai.

Bila Rrakyat Palestin marah dan tak mahu damai yg ternyata hanya pura-pura, mereka tuduh rakyat Palestin keras kepala.

Nampak macam serupa tindakan Najib dan konconya terhadap TSMY. Setelah PAU selesai dan apa yg Najib takutkan sangat dah berjaya dikawal, maka berkokoklah Najib konon dia berjiwa besar untuk berdamai......
Hampehhhhhhhhhhh!

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 11:20 AM

Alo mamat betul ke apa yg ko sebut2 ni...

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 2:05 PM

Harus Diingat…

Persengketaan Dan Perdamaian Di Antara Presiden dan Timbalan Presiden serta Team Mereka BUKANLAH Penyelesaian Kepada UMNO…

Mungkin Dengan Perdamaian itu akan Menambahkan Lagi Cengkaman Kuasa DS Najib dan Teamnya Dalam Mentadbir Urus Negara dan WANG RAKYAT dengan Lebih ‘RAKUS’.

Untuk Bacaan seterusnya.... http://empayarkumim.blogspot.my/2015/12/luahan-kepada-ds-najib-dan-umno.html#gpluscomments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 2:09 PM

Nak salahkan siapa? Yg Tun M , TSMY dan shafie pun satu, apa plan kau orang. Aku nak sokong pun blur apa plan kau orang. Cakap 2 pun berpusing2 . Najib dah degil, lawan lah cara terbuka untuk cabar president next AGM. Cari sokongan cara terbuka....ini masih cakap pakai bunga2 dan teka teki. Cemuih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 2:42 PM

Klau nk ckap Jgnlah ckap dgn mengunakan kepala lutut bro,lu apa crita ni,AG disuruh letak jawatan, badan penyiasat sprm dikacau,ditangkap, pengakuan bukti dari bank negara zeti aziz ditolak bulat2, pegawai penyiasatan polis di tukar keje,suruh jawap smpai sudah tak jawap sudahlah,itu namanya melayu bangsat,jadi klau nk brckap gunalah otak jgn guna buku lali,tapi klau susah2 baik DIAMnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 3:02 PM

Lepas puas menyamun.. puas berbohong..
Pura2 nak berbaik dgn org. Barua !

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
December 14, 2015 at 3:27 PM

" Muhyiddin dimalukan dengan pemecatan jawatan, diserang peribadi, diboikot sepanjang PAU, diserang bagai .... alih2 di paksa salam perdamaian di atas pentas - kira settle lah ! ? ? "

-------------------------------

Kalau saya Muhyiddin, sebelum saya dihina lagi, saya akan pastikan pukulan KO....

Saya juga setuju dengan Tuan alfie December 14, 2015 at 1:46 AM. Muhyiddin kena berhenti bercakap dan bertindak.

Muhyiddin kena bergabung dengan GKCM, badan2 bukan kerajaan, penjawat2 awam dan ahli2 UMNO yang mahu agar Najib berundur. Mereka ini bukan sedikit malah lebih berganda2 daripada penyokong (penjilat?) Najib.

Kita sudah tak mahu lagi memberi simpati. Kita perlukan seorang ketua yang berani. Macam Tun Dr Mahathir kata, "Beranilah sikit. Sikit sahaja tak banyak pun".



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 4:23 PM

Permakan dedak bersuara lagi,klau nk brckapsekali pun gunalah kepala otak,jgnlah guna kepala lutut,dlm perhimpunan pau mana buktinya najib mendpt sokogan majoriti,klau nk brckap pandang2 jgn bermimpi di siang hari,lain kali suruh najib bagi makan dedak berkualiti sikit, cai-cai mcm engkau nilah yg yg najib ckap melayu bangsat, bodoh tak blh di ajar hahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 6:19 PM

1 post dapat berapa bang?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 6:37 PM

stalemate la tu Najib nak buat. Nak hold movement TSMY dengan reverse perception.

Masalah Najib, persepsi bukan isu sekarang. Isu sekarang adalah kos sara hidup yang semakin tinggi dan juga kelemahan pentadbiran negara dalam menangani isu-isu yang ada.

TSMY sudah lambat untuk melakukan gerak kerja untuk menjatuhkan Najib. Jika dia bersama Tun semasa isu 1MDB di keluarkan, mungkin dia berpeluang besar. Tapi TSMY play safe sehingga dia di safekan dari jawatan TPM.

Jika Ku Li, mungkin wujud peluang. Tetapi segala laluan telah pun ditutup selepas PAU 15. Pelbagai cara telah dibuat namun semuanya gagal. Kenapa?

Sebenarnya kita terlalu memandang rendah pada keupayaan Najib. Najib belajar dengan dua situasi PM yang berbeza. Najib faham segala teknik dan taktik semasa Tun M dan Tun Lah berkuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 7:43 PM

Salam perdamain berjiwa besar konon kalau berjiwa besar kenapa tangguh pemilihan agung umno kenapa sekat tim presiden & naib presiden berucap kenapa kenapa yang sebetulnya najib penakut besar.

Takut hadapi kenyataan untuk kalah lepas tu sembang kuat suroh bertanding next pau nak bertanding kepala bana apa pemilihan pau asyik tangguh gelanggang di tutup, zaman pm sebelum tak kira ada berapa team yang menentang dia pemilihan tetap berjalan sebab pm sebelumnya sungguh berjiwa besar meteka berani lawan di gelanggang.

Najib ini sudah lah penakut besar bercakap pulak besar masuk bakul angkat sendiri patutlah sessi penggulungan kerusi depan saja penuh kerusi tengah dan belakang lopong perwakilan2 pun meluat ramai cabut keluar patutlah najib takut pau dibuat siaran langsung melalui skrin takut rakyat diluar dewan nampak kehambaran pau lagi mau sembang pau kali ini berjaya, najib ingat rakyat malaysia ini bodoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 11:50 PM

Najib cakap sikit maka bergema la perwakilan menepuk tangan, sampai berdiri sebab kagum dengan najib. Bila melihat situasi tersebut masa PAU tempohari...memang sahlah ramai yang bengap dalam UMNO yang tak paham isu 1MDB dsb. Ada tu muka mcm tak pass SRP bukan main memerli Tun Mahathir...so apa nak diharapkan dgn mereka ni nak memperbetulkan keadaan. Asyik tepok tangan...

....................
Reply To This Comment ...................
December 15, 2015 at 2:25 AM

blh jadi betul ni,kenaikan mendadak ahli umno dari cawangan bangladesh dan indonesia,dan vietnam,sapa tau,org tu kan sanggup wat apa je skrg demi kuasa

....................
Reply To This Comment ...................
December 22, 2015 at 1:38 AM

Ni macai najib dah mabuk dedak dah ni..

Post a Comment