........... RM32 Juta Dari SRC Masuk Akaun Peribadi Ketika Najib Rosmah Bercuti Di Hawaai | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

RM32 Juta Dari SRC Masuk Akaun Peribadi Ketika Najib Rosmah Bercuti Di Hawaai

Saturday, December 12, 201539comments

Disebalik 'arahan' supaya jangan disebut isu RM2.6 bilion sepanjang PAU rupanya, sebaliknya pula yang berlaku bila RM2.6 bilion menjadi antara isu utama yang dibincangkan. Yang menjadi dalang buat kecoh bukan orang lain pun tapi Najib sendiri. 

Konon sudah beri penjelasan terperinci semasa taklimat ....  konon semuanya sudah dijelaskan .... ternyata tidak ada apa2 maklumat baru yang diberikan yang boleh menjelaskan kemelut sedia ada.

Tapi yang buat tambah rencah isu RM2.6 bilion ini adalah cubaan Najib untuk meRAMAIkan bilangan penderma dari satu orang kepada 'MEREKA'. ( lebih dari seorang )

Ya, saya katakan memang itu satu usaha licik dari Najib sendiri. Selama ini SEMUA ORANG hanya merujuk kepada SATU orang penderma saja. Cai2 Najib siap berikan contoh orang yang kayaraya dari kalangan pak Arab yang banyak menderma untuk berikan persepsi kononnya itu lah si penderma. 

Pada 22 Ogos, Mkini melaporkan - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah bertemu ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang mendermakan RM2.6 bilion kepada perdana menteri.

Najib diam bodoh jer ...... langsung tidak mahu membetulkan fakta bahawa penderma adalah lebih dari satu orang. Kem Najib mungkin baru menyedari bahawa TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG WARAS DI DUNIA INI boleh menerima kenyataan bahawa amaun sebanyak itu boleh didermakan oleh SATU orang. Makanya usaha untuk meramaikan bilangan penderma harus mula dilakukan .... secara halus.

Usaha itu bermula hari Isnin lalu melalui program wawancara khas bersama Najib -



Minit 1:30 - Yang kedua, penderma-penderma telah pun disahkan dan telah pun ditemui oleh SPRM. Dan SPRM telah pun mendapat kenyataan-kenyataan daripada mereka.

Minit 2:10 - Yang ke empat, bahawa mereka yang menderma ini, tidak ada apa-apa niat ....... Mereka juga menganggap ini bukan satu rasuah ....
 


Hairan kenapa tidak ada sorang pun dari ketiga2 wakil media tersohor yang menemuramah Najib waktu itu, mahu bertanya dan minta kepastian akan perkara ini. Mungkin tidak ada dalam skrip kot ......


Kemudian usaha itu disambung pula oleh Zahid.... samada secara sengaja atau tidak sengaja, wallahualam. - KLiK.

Terakhir adalah flip flop Zahid yang berkata - Seorang penderma, banyak wakil.... 

                                 *******************

Whatever lah ...... apakata minta Zahid atau Najib sendiri komen di MANA BAKI WANG itu  dan BERAPA BAKI yang tinggal ? 

Kerana Umno ketika ini amat perlukan suntikan derma itu !


Kenapa artikel berkenaan sudah tidak dapat dikesan bila saya cuba klik

Hmmm .... bagaimanapun dari carian di blog lain yang sempat copypaste artikel berkenaan, ini adalah perenggan awalnya -



                             ********************
Actually yang di atas tu sekadar nak buat catatan sekiranya perlu rujukan kelak. Yang ini point utama artikel sebagaimana tajuk -

Blogger JMD (KLiK) ada mengingatkan kita kepada wang RM42 juta dari SRC yang turut didedahkan ada dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib. Yalah, kita duk tumpu pada jumlah yang besar ( USD681 juta ) tapi kita jarang nak bercakap mengenai jumlah yang lebih kecil iaitu RM42 juta yang berlaku dalam negara dan waktunya pula baru sangat, tak sampai setahun.

Transaksi dari SRC yang juga tidak dinafikan oleh Najib ini berlaku dalam 3 peringkat -

1 - RM27 juta pada 26 Disember 2014
2 - RM5 juta pada 27 Disember 2014
3 - RM10 juta pada 10 Februari 2015



Yang ini tidak ada kaitan dengan Pak Arab kan ...... Jadi yang ini derma jugakah ? Dari siapa ? Kenapa berpunca dari SRC, sebuah syarikat yang asalnya milik 1MDB tapi kemudiannya dipindahmilik kepada Kementerian Kewangan ? Apa tujuan pembayaran itu ?

Fakta yang saya maksudkan sebagai mampu buat darah panas adalah .......perhatikan dua tarikh transaksi awal itu .... 26 dan 27 Disember 2014 berjumlah RM32 juta.

Cuba ingat balik apa yang berlaku pada tarikh itu tahun lepas ....... negara dilanda musibah banjir yang paling teruk dalam sejarah. Kalau tak silap, masih ramai lagi mangsa yang tinggal di penempatan sementara sehingga kini.

DAN DI MANA NAJIB ROSMAH PADA TANGGAL 26 DAN 27 DISEMBER 2014 ?

Tidak ada siapa pun tahu pasangan Najib Rosmah sudah pergi bercuti kalau tak silap sekitar 20 Disember .... namun percutian mereka menjadi berita gempar bila didedahkan oleh The Washington Post pada 26 Disember yang menunjukkan gambar Najib sedang bermain golf bersama Obama di Hawaii !



Bila dah kantoi big time, Najib pun bergegas pulang seorangan meninggalkan Rosmah di Amerika, dan tiba di tanahair pada 28 Disember.

Transaksi dari SRC bernilai RM32 juta itu adalah pada 26 dan 27 Disember .........

Anda fikirkan sendirilah ...... saya hanya bentangkan FAKTAnya saja. MUNGKIN saja dana itu digunakan buat bantu mangsa banjir, kan ...... secara senyap2, manalah kita tahu.

Saya rasa ada baiknya Najib berikan penjelasan juga mengenai deposit dari SRC ini sempena PAU yang sedang berlangsung ini. Dan tarikhnya yang agak mencurigakan .....

Share this article :

+ comments + 39 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2015 at 6:18 AM

Bro Din yg dihormati...kwn rase mcm ada kat dunia laen pulok bile bace statement dana tu si Jibby hulur senyap2 utk mangsa banjir...haahaaahaa..

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2015 at 7:17 AM

Tuan Din....
Kalau kes SRC neh timbul masa PAU, sudah pasti najib dah ada jawapan... SUBJUDICE !!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 8:18 AM

Kerana nak sangat jawatan, timbal an jawa telah sanggup menipu Dan bersekongkol dengan chief bangsat. Dia tak sedar yang dia telah memerangkap diri dia dalam penipuan on national media. Dia dan ketua dia serta pemakan dedak yang lain dah tak boleh lari Dari dipertanggungjawabkan terhadap kerosakan umno, bn Dan negara, apatah lagi agama.

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2015 at 8:22 AM

RM42j itu orang Arab yg lain beri derma. Derma bukan rasuah. Agaknya SPRM pun dah jumpa dengan penderma bangsa Arab yang sungguh pemurah dan baik hati terhadap PM kita. Hidup Melayu. Hidup Arab.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 8:48 AM

Tuan dah bagi alibi utk geng Najib gunakan .... jgn trkejut cerita banjir Kelantan di perbesarkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 9:42 AM

patutnya ahli umno yang bijak dan pandai bercakap serta berani boleh tanya. tapi kalu tanya ada kait dengan melihatkan keburukan yang mengaitkan presiden, maka itu satu cubaan menjatuhkan presiden yang dipilih secara demokrasi. semua perkara yang boleh memberi imej buruk atau mencemarkan presiden tak boleh dibicarakan kerana itu semua fitnah. sebagai ahli maka taat setia buta tuli adalah diperlukan. hanya cari salah laku orang yang cuba mendedahkan kesalahan atau kesilapan yang mengaitkan presiden. tapi kalu memburukkan parti tak ada masalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 9:54 AM

apa kata suruh najib bersumpah sewaktu penutup pau nanti....

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2015 at 10:02 AM

Amat sedih membaca butiran ini. Tidak ada cara lain kah untuk dia bertaubat dan kembali membuat kebaikan yang ikhlas dan tidak mencuri lagi harta titik peluh rakyat? Ya Allah, hanya Engkau sahajalah yang memberi Izin. Perbetulkanlah hambaMu yang dhaif ini. Jika tidak, Engkau musnahkanlah dia sebelum dia memusnahkan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 10:12 AM

Formulanya senang jer Din,, bila 1 soalan yang perlukan 1 jawaban dijawab dengan berbagai bagai jawaban dan versi maka jawaban itu adalah salah dan tidak boleh diterima. Maka patutkah orang orang yang semacam ini dipercayai? Khas untuk orang orang di PAU jawab.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 11:11 AM

Sdra Din,Tn & Pn sekalian,
Saya ingin berkongsi dgn anda semua mengenai persoalan "berbaloi".
1.Berbaloikah? dgn disebabkan 2.6b,1MDB,Jho Low,Arul Kanda
-Tun Mahathir seorg tokoh negarawan yg menegur & meminta penjelasan dicaci dan diungkit dgn pelbagai hal yg menyakitkan hati.
1.Berbaloikah? dgn disebabkan 2.6b,1MDB,Jho Low,Arul Kanda
-TS Muhyiddin Yasin & Shafei Afdal disingkirkan hanya kerana bertanya & menegur.
1.Berbaloikah? dgn disebabkan 2.6b,1MDB,Jho Low,Arul Kanda
-Ketua2 cawangan(ketua2 bahagian semua dah kenyang) yg berjasa
diakar umbi dibuang & hukum.
1.Berbaloikah? dgn disebabkan 2.6b,1MDB,Jho Low,Arul Kanda
-Negara gundah gulana dgn peningkatan kos sara hidup & kenaikkan harga barang dan perkhidmatan yg meresahkan & menyusahkan hidup rakyat.
1.Berbaloikah? dgn disebabkan 2.6b,1MDB,Jho Low,Arul Kanda
-Nilai matawang negara jatuh menjunam dgn begitu teruk sekali.
1.Berbaloikah? dgn disebabkan 2.6b,1MDB,Jho Low,Arul Kanda
-Segala hal berkaitan urusan mencari kebenaran & keadilan dinafikan,ditukar,diberhentikan,dibubar dsbg.
1.Berbaloikah? dgn disebabkan 2.6b,1MDB,Jho Low,Arul Kanda
Pelapor2 berkaitan isu2 tersebut ditangkap,ditakutkan malahan diugut.
....angkara siapakah???? anda semua tahu jawapannya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 11:54 AM

Penjelasan Najib menampakkan dia seorang bahlol. Dia tahu siapa penderma Arab (sekarang kata penderma penderma pula).Dalam TV Najib kata penderma penderma. Masa taklimat pra PAU dia sebut Ketua Qabilah Arab. Maknanya seorang. Mana satu yg betul? Apapun dia tentu lah kenal dengan seorang atau lebih dari seorang tok sheikh ini. So what the heck kena tunggu hasil siasatan SPRM pula? Umumkan saja lah. Habis cerita. Unless Najib has something or a lot of things to hide. Itu sebab saya kata dia ni bahlol. What makes it worse is there are so many bahlol in PAU.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 12:07 PM

Din,
aku kenal dua penemuramah itu (ashraf ni dulu selalu buat liputan mahathir).
cuba perati betul2 muka dia orang.
muka orang yang takut kehilangan pekerjaan kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 12:37 PM

Org Arab mmg terkenal bapak kedekut dan penipu,kalau suka derma negara2 Islam,dah lama Palestine terbela dgn senjata2 canggih tawan Israel.ITU yg saya musykil ttg bab derma yg terlalu besar to personal akaun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 12:53 PM

askum dt

guna websie http://cachedview.com/ utk lihat webpage yg telah di delete

wassalam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 12:55 PM

82j tu lebih kurang interest 2.6B pada kadar 3.15%
Agaknya

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2015 at 1:00 PM

Tun Mahathir kata.. Ketua2 Arab yg duk ada skrg, semuanya kedekut taik hidung masin...

Masa Tun Mahathir jd PM dulu dan selepas bersara, Tun Mahathir cuma minta bantuan ... satu sen pun tak di beri.

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2015 at 1:33 PM

@Anonymousmuka under durex ? Hahaha....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 2:17 PM

Kesian.. Arab juga jd mangsa. Melayu sapu duit....

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2015 at 2:30 PM

Sudah jelas. Semua pemimpin UMNO bersubahat dalam pencurian wang negara!! Kerajaan baru mesti tangkap kesemua mereka ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 2:33 PM

Najib dengan konco2nya dah tersepit dengan alasan rekaan berpusing pusing sampai last sendiri terbogel terang2 dah menipu.

Sekarang part orang duk tanya dimana lagi baki derma 2.6 billiyun tengok lah nanti kaki putar alam bagitau boleh kita sama2 gelak.

42 juta tu untuk kos shooping big mama alaa 42 juta saja apa nak heran pun lagikan 2.6 billiyun pun ketua2 bah dan pemakan dedak kata bukan isu besar hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 2:36 PM

@mustapa m saidAlang2 dah jumpa dengan hartawan2 pak arab tu, apa kat pegawai SPRM tu bodek sikit hartawan2 tu. Manalah tahu pak arab tu kasihan dan bagi derma 2.6j. Setakat 2.6j tu apalah sangat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 2:55 PM

Perjuangan UMNO sekarang untuk menyelamatkan UMNO atau menyelamatkan kedudukan Presiden?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 3:02 PM

Bila dikritik semuanya dikatakan FITNAH.Sejauh mana boleh berselindung disebalik slogan FITNAH? Ayat hipokrit Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan serta ayat temberang merasai denyut nadi rakyat telah pun berkubur...tiada lagi dendangan, apabila tol dinaikkan,GST diperkenalkan,kos sara hidup meningkat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 3:14 PM

Xpe nanti bro salleh keruak jawab..kan dia srba tahu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 3:23 PM

Pinjam ayat dato dris jusoh

PM Cap Ayam !!!

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2015 at 4:09 PM

Cerita yg ditulis ini adalah fitnah semata-mata. Apa kau org peduli berapa banyak Najib terima bukan duit kau orang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 6:10 PM

No surrender no retreat muahaha
Like I believe what ever you say

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 6:30 PM

Setuju 100%.Sesuatu yang tidak konsisten itu adalah tidak benar.Maka Najib adalah penipu 1Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 6:37 PM

Fitnah hang kata ? Tu la org kata jangan makan dedak, hang makan jugak. Atau hang tak sekolah ka sampai tak boleh pikiaq langsung nii...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 6:55 PM

Hahahaha...kalau kat Jepun ni,dah buat seppuku dah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 7:24 PM

Otak PAS Zindig ni.. Mcm kes Anwar mati2 Hadi kata rakaman kamera takleh pakai pasal besi tak leh jadi saksi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 10:23 PM

@Anonymous tak terkejut pon kalau tengok macam mana pemimpin belah kelantan bodek najib lain macam betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 10:38 PM

kalau nak tuduh najib ni rasuah bagitau lah rasuah yang bagaimana?
dah najib cakap derma politik...logic larr...sbb 2013 mmg ada PRU pun.
Kerabat Arab ni pun mmg dah kaya raya..minyak takkan habis pun...kerja derma ni dah biasa ...lagi banyak pun ada...kalau najib ni jahat takkan lah dia bukak account ambank kut...mesti lah bukak swiss account...atau bagi kat proxy mcm tun m...otak biar bijak sikit...jgn jadi mcm lembu..bak kata tun m...

....................
Reply To This Comment ...................
December 13, 2015 at 1:39 AM

Macam Mat Maslan ckp kan, mmg bangang habislah Najib kalau masuk akaun sendiri kan ?

Oya, duit src pun derma pak arab juga ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 2:08 AM

masalahnya terlalu banyak satunya konon derma politik tapi masuk akaun peribadi kalau betul derma politik masuk akaun umno lah kan senang ada juru audit dlm umno, ok lah skang baki dari 2.6b ada dimana dimana

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 2:29 AM

Sayang..Umno rosak kerana ada pemimpin seperti Dsn n the gang.Jd kroni Amerika.Dah terperangkap mainan c.i.a.Hancur luluh malaysia di buatnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 8:52 AM

bro. din, tdm hanya tanya pasal 2.6b dab 1mdb sahaja. segala persoalan lain tidak akan dijawab kecuali tdm yang bersuara. jika tdm bersuara, segala kesalahan akan dialihkan kepada tdm dan peluang untuk burukkan tdm. kalu setakat bro tanya, tak jadi kudis pun pada ahjibgor dan para pahlawannya. suara tdm sahaja yang mampu menggegarkan bahtera pahlawan bugis yang dikembangkan layarnya dan dilabuhkan sauhnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 10:58 AM

Ya Allah kau panjangkan usia ku utk melihat balasan dunia ke atas pemimpin yg hina yg tidak amanah dan pencuri besar ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 2:08 PM

Tu lah Bro, dia yang ambil duit, berbohong pulak,kemudian menuduh ini agenda Dr M dgn barat. Buang TSMY,tak bagi bercakap,buang dan gantung byk ahli2 UMNO yg bersuara kemudian berkata dia gentleman dan baik hati!! Twister logik yg di guna nya!!!

alfie

Post a Comment