........... RM2.6 Bilion - Kredibiliti dan Integriti SPRM dan Peguam Negara DiPerhatikan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

RM2.6 Bilion - Kredibiliti dan Integriti SPRM dan Peguam Negara DiPerhatikan

Monday, December 28, 201536comments



“Saya selaku Pengarah Bahagian Operasi Khas, ingin memaklumkan yang pasukan siasatan kes ini telah diberi panduan dan amanat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bahawa pasukan siasatan mesti merekodkan syor berkenaan hasil siasatan dengan bebas iaitu sama ada terdapat kes ataupun sebaliknya.

“Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami untuk mencadangkan pertuduhan dalam laporan Kertas Siasatan yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu depan. Begitu juga sebaliknya. - Mkini.


Isu RM2.6 bilion ini sudah menjadi satu isu rakyat di mana kredibiliti dan integriti PM sedang dipertikaikan. Ramai yang ikut serta setiap perkembangan isu ini dan seharusnya apajua keputusan SPRM, mesti mengambilkira sentimen rakyat.

Maksud saya, sekiranya SPRM kata tidak ada kes, ia harus diperjelaskan kepada rakyat kenapa tidak ada kes. Apa bukti yang SPRM ada untuk membersihkan nama Najib dari 'skandal' yang menjadi perhatian dunia ini. 

Kalau SPRM terikat dengan undang2 daripada mendedahkan bukti2 itu, maka Peguam Negara lah yang harus mendedahkannya kepada rakyat. 

Kalau ADA kes, maka kita bolehlah dengar semuanya semasa perbicaraan kelak. TAPI kalau Peguam Negara mahu mengulangi episod Bank Negara @ 1MDB di mana pejabat Peguam Negara merasakan mereka lebih pandai daripada institusi yang sekian lama mengawal selia sektor kewangan negara dengan menidakkan kes yang mahu dibawa oleh Bank Negara terhadap 1MDB, maka Peguam Negara juga perlu berikan hujah2 yang mampu menyakinkan rakyat kenapa mereka merasakan mereka lebih pandai dari SPRM dalam bab rasuah.

Pendek kata - jika Najib tidak didakwa dalam isu RM2.6 bilion samada kerana SPRM kata tidak ada kes atau SPRM kata ada kes tapi Peguam Negara yang kata tidak ada kes, penjelasan yang menyakinkan rakyat harus diberikan

Kerana pada pandangan rakyat, sekiranya perkara seumpama itu berlaku kepada penjawat awam lain, sudah lama orang itu didakwa kerana buktinya jelas dan alasan yang diberikan pula ... mencabar kewarasan rakyat.

Begitu juga dengan kes RM42 juta dana SRC yang muncul dalam akaun peribadi Najib. Tidak ada alasan logik yang boleh diterima bagi menghalalkan transaksi itu yang berlaku ketika Najib Rosmah bercuti di Hawaii sedangkan rakyat berdepan musibah banjir. 

Kedua2 kes disenyapkan oleh Najib hinggakan orang nombor duanya pun tidak dimaklumkan. Selepas didedahkan oleh WSJ, untuk bulan pertama, Najib dilihat masih cuba mengelak dari membuat pengakuan. Begitu juga tindakan menukar Peguam Negara dan cubaan menukar pegawai kanan SPRM  ..... semua itu tidak membantu menyakinkan rakyat untuk memihak kepada Najib.

Makanya, jika tidak ada kes ..... menjadi satu tugas berat kepada Pejabat Peguam Negara untuk menyakinkan rakyat kenapa Najib dilepaskan.

Dan kalau ADA kes, Najib haruslah segera meletakkan kesemua jawatan dalam kerajaan selama mana kes beliau dibicarakan.

PS - Mungkin Peguam Negara tidak sedar, tapi ramai yang sudah mula tidak percaya kepada kredibiliti dan integriti anda ekoran kes Bank Negara @ 1MDB. Ramai yang beranggapan antara tugas Peguam Negara sekarang adalah mempertahankan Najib. 

Begitu juga dengan PAC di bawah Hasan Cari Makan .... nak follow siasatan PAC pun dah malas sebab dah boleh agak ke mana akhirnya kes 1MDB di bawah PAC.

Apakah hasil siasatan SPRM juga akan menjawab persoalan cepumas - DI MANA RM2.6 Bilion ? ? ?

Share this article :

+ comments + 36 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 12:47 AM

Mohon "SPRM" mengadap "Yang di pertuan Agong" sebelom menyerah kan laporan akhir kes RM2.6B 1MDB dan kes RM42J SRC kepada "AG". Rakyat tidak mahu masa depan negara di tentukan oleh seorang "talibarut lanun". Kelak jadi NFA macam laporan "BankNegara"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 1:01 AM

Dalam Perhimpunan Agong Umno 2015 yang lalu ada pembahas dari utara yang menyatakan "Jangan kita (ahli umno) persoal dari mana presiden dapat derma RM2.6b...itu kerja president"

Sembanyang 5 waktu tak tinggal, sembanyang jumaat tidak tinggal. puasa tidak tinggal. Habis, kalau duit derma itu datangnya dari "kickback/curi/songlap" dana 1MDB melalui orang tengah, haruskan di terima ahli secara buta tuli? Jenis apa kah pemimpin UMNO yang semacam ini. MALU!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 1:05 AM

Nak pos komen macamana...... bro dah pulun habis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 1:24 AM

NFA...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 1:24 AM

hahaha..kite komen yg Pendek kate tue...tue pendek yg kata... panjang kate pulak... kite autta ape yg blh.. supaya najib rosnah n soldadu nye terselamat dr di dakwa...yg penting poket msti kembung....huhuhu(john jenin chapter)

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2015 at 1:41 AM

Apandi harus sedar rakyat TIDAK PERCAYA kepada beliau.
Ketua Polis Negara pun orang tak caya lagi.
Najib? Semua percaya bahawa beliau korup dan pembohong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 1:47 AM

kuasa untuk menghukum seorang pesalah terletak pada orang yg dilantik sendiri oleh pesalah tersebut. kadang2 pelik juga undang2 ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 3:27 AM

1MDB dan 2.6 bil... orang ramai banyak dihidangkan dengan cerita-cerita kartun dan cerita yang berbelit-blit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 6:33 AM

Kiasan Sinopsis 2015 yang bakal berakhir....

Cerita dia dimatikan kemudian boleh lagi dibomkan dengan C4 hingga berkecai tulang adalah mungkin yang terdahsyat di dunia tapi mungkin tak kurang juga dahsyatnya dengan cerita dia diculik dibawa lari kemudian dikonkritkan dengan gred 30 di dalam tong minyak. Yang tu walau pun dahsyat tapi sebenarnya tak berapa HEBAT. Cerita penyelam dasar kuala sungai yang berlumpur dengan air laut pasang surut sehari 2X selepas seminggu kemudian dijumpai pula kad Touch N Go itu adalah pencapaian yang amat HEBAT dan lebih hebat berbanding pencapaian pasukan All Black dengan Piala Dunia rugbi yang sudah pun diduga dari awal. Kemudian cerita dia dipaksa berhijrah keluar negara atau terpaksa lari dari Malaysia selama 5 tahun yang sihat tubuh badan dengan bekalan oksigen dingin kawasan pergunungan, kasihan.... selepas balik Malaysia 3 minggu dia terus mendapat sakit jantung akibat udara berjerubu lalu meninggal dunia. Cerita sampingan dibersarakan depan pintu pejabat sebelum sempat pun punch card, walau dia rasa sihat tapi dia diberitahu dia sebenarnya sakit hingga tak mampu buat kerja pejabat, ada juga terus dipecat tanpa sebab atau pun cuma sebab bertanya, di arah pindah pejabat yang lebih dekat dengan Tuan, ada jugak yang dituduh bocorkan dan jual maklumat, ditangkap sewaktu tidur, digeledah rumah dan pejabat, dilokapkan, dimalukan, diperlekehkan integriti dan kredibiliti, yang bekerja dicutikan, yang bersuara dibisukan, yang melapor diSOSMAkan sekali dengan peguam yang mewakilinya. Dan yang paling pelik adalah 'Orang Kena Tuduh' kes pembunuhan berat berprofil tinggi yang dah tentu tak boleh di ikat jamin tetapi apabila sampai waktu dijatuhkan hukuman barulah diberitakan bahawa dia telah tidak tinggal lagi di negara ini tanpa pernah pun diberitakan bahawa dia telah lari dari tahanan lokap atau pun penjara semasa menunggu keputusan rayuan ala-ala krew 'Fast n Furious' melarikan ketua mereka si botak Dom.

Itu hanyalah sekadar apa yang kita bertuah diperkisahkan ceritanya kerana ianya sudah terpecah mulut sebelum sempat terbarai isi perut. Tetapi sebenarnya masih banyak lagi perkara yang sekadar terbarai isi perut saja tetapi masih jugak belum termuntah keluar dari mulut. Salah satunya kenapa si unta didenda 50 juta oleh si kancil..???

Kemudian kita menyangka pulak telah muncul perwira negara, bangsa dan agama apabila 'mereka-mereka' itu berteriak kuat mereka 'HANYA' takut kepada Tuhan sahaja dan bukannya takut kepada Tuan. Tetapi sebenarnya mereka itu tidak lebih hanyalah perwira pencen yang menunggu waktu cap punch card hari terakhir sebelum menghambur teriakan semangat setelah dengan rasminya kuasa jawatan tidak lagi ada bersama mereka.

Di satu pihak yang lain dan juga di waktu lain.... Cerita mereka berbeza

"Don't worry SIR, I'll pay back what 'GOOD' that you give to me, I ni kan orang yang jenis kenang budi. Just... please SIR... don't forget me SIR. Kalau tak boleh banyak, sikit-sikit pun tak apalah. Me also mau CARI MAKAN jugak SIR. Kalau SIR boleh makan BESAR, i ni dapat makan KECIK pun jadilah. I promise U...."

Sorry Bro, panjang merapu ni pasal tension sangat sangat dengan Ahmad Maslan 3.85 yang suruh buat 2 kerja akibat sara hidup naik membukit sejak kena GST...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 7:06 AM

kita tuntut di akhirat saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 7:16 AM

Pemimpin yang berprinsipkan 'Cash is King' akan membawa rebah pada Negara.

Yang B+B (berani dan benar) dipecat.

Yang B+L (bodoh+lemah) senang dirasuah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 8:06 AM

@Anonymous Ahmad Maslan cakap je pandai buatnya kelaut juga. Nampak cerdik .. tapi....

yang buat hutang orang lain yang kena bayar orang lain

macam mana orang tak panggil bangang.

diaorang oklah ada derma, tu yang releks je kata 2 kerja adalah normal.

kepala hotak dia.

Kah kah kah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 8:44 AM

Di akhirat kelak apa jawapan anda bila disoal ttg usaha anda menolak kebatilan & mendukung kebenaran di dunia ini?

Hisab Tuhan itu TUNAI. Kita dukung penipu & penindas, dgn TUNAI kita kena tipu & ditindas!

Janji Tuhan itu PASTI!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 9:14 AM

Bank Negara dah kemukakan laporan hasil siasatan kepada Peguam Negara walaupun ditolak mentah-mentah oleh Peguam Negara tanpa mempedulikan mengenai USD 1.83 bilion wang pelaburan dan pinjaman murahabahah antara 1MDB dan Petrosaudi yang tak tahu ke mana wang itu dan tidak dapat diketahui mengapakah 1MDB tak dapat mengikut arahan Bank Negara supaya membawa kembali wang tersebut ke negara ini.

SPRM sudah siapkan siasatan dan akan dikemukakan pada minggu ini selewat-lewatnya pada 31 Disember 2015, kita tunggulah ulasan daripada Peguam Negara, tak tahulah apakah ulasannya, jangan alasan merapu lagi untuk gagalkan kes dibawa untuk pendakwaan sudahlah.

Kini hanya tinggal satu sahaja lagi agensi yang menyiasat mengenai 1MDB iaitu PDRM, tak tahu apa dah jadi dengan siasatan PDRM, hingga kini tak ada perkembangan mengenai siasatan, yang diketahui adalah orang yang bercakap mengenai penyelewengan 1MDB, yang mendedahkan mengenai penyelewengan 1MDB, yang membuat laporan kepada pihak berkuasa menyiasat mengenai salah laku dan penyelewengan 1MDB pula yang ditangkap, dilokapkan, dan dituduh mengancam demokrasi, cubaan menggulingkan kerajaan, serta mensabotaj ekonomi negara. Pegawai kanan PDRM pun ada yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri sedangkan unit dan jawatan untuknya di Jabatan Perdana Menteri itu pun tak ada, kes Datuk Hamid Bador.

Kini kita nantikanlah pengumuman dari Ketua Polis Negara mengenai hasil siasatan terhadap kes 1MDB melibatkan unsur-unsur jenayah komersil sebagaimana yang dipersetujui semasa penubuhan Pasukan Petugas Khas sebelum ini. Tak tahulah bila akan diumumkan oleh Ketua Polis Negara bila PDRM akan serahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara, apakah tak akan siap sehingga Khalid Abu Bakar tamat kontrak sebagai Ketua Polis Negara? Apakah siasatan mengenai isu jenayah komersil dalam kes 1MDB ini benar-benar disiasat atau kes ini hanya dibiarkan seperti melepaskan batok di tangga sahajalah oleh pihak PDRM atas arahan Ketua Polis Negara disebabkan sebab-sebab tertentu yang mencurigkan.

Sama-samalah kita tunggu, apakah drama baru yang akan dibuat oleh Khalid Abu Bakar, apakah faktor ancaman keselamatan dengan Ali Tinju menggelupur di depan pintu pagar Bukit Aman akan digunakan sebagai alasan kononnya siasatan sukar dijalankan dan terpaksa dibatalkan.

Bersikap jujurlah, kini kepercayaan rakyat terhadap agensi penguatkuasaan berada di tahap yang sangat lemah, jangan sampai kepercayaan rakyat terhadap agensi penguatkuasaan terus hancur secara total akibat penyelewengan dan pengkhianatan dalam siasatan yang diamanahkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 9:20 AM

Aku sudah hilang keyakinan pada sistem perundangan dalam negara aku tak yakin sprm @ ag akan buat pendakwaan pada rejim najib sebab semua aspek perundangan dalam negara dibawah kawal selia rejim najib, aku nak tunggu keputusan hasil siasatan luar negara termasuk ag swiss sekarang hasil siasatan luar negara saja yang boleh di terima pakai.

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2015 at 9:38 AM

Agaknya pada Tahun Baru Cina akan datang ni maka bolehlah taukeh2 beri hadiah ampau limau mabndrin dan hamper pd Peg Kerajaan kerana tak salah agaknya cuma jangan beri tahu siapa pendermanya itu hadiah fikir2kan lah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 9:46 AM

Jika Najib gunakan RM 2.63 bilion itu untuk tujuan kempen pilihanraya 13 yang lalu, maka perbuatan itu adalah menyalahi peraturan Suruhajaya Pilihanraya, kes ini dah dibawa ke mahkamah, dengan keadaan ini, keputusan kemenangan parlimen dan DUN oleh calon Barisan Nasional berisiko untuk terbatal dan semua parlimen dan kerusi DUN berisiko dimenangi secara total oleh parti pembangkang dengan menggunakan alasan teknikal dalam peraturan perjalanan pilihanraya.

Tetapi, sehingga kini tiada bukti wang berkenaan digunakan bagi tujuan kempen pilihanraya, malahan tak ada bukti pun samada dalam bentuk resit dan senarai perbelanjaan mengenai wang tersebut menunjukkan wang itu digunakan untuk kempen pilihanraya Barisan Nasional.

Tetapi adalah yang dirisaukan adalah Najib dengan selambanya mengaku di mahkamah kata wang itu digunakan untuk kempen pilihanraya umum ke 13 kerana nak cara alasan untuk elakkan diri dari persoalan ke manakah wang itu pergi, maka dengan keadaan itu, hancurlah Barisan Nasional.

Pimpinan parti komponen Barisan Nasional perlu sedar mengenai risiko ini, jika berterusan menyokong Najib hingga merosakkan Barisan Nasional, dengan seluruh parti komponen Barisan Nasional juga akan akan hancur.

Gunakan akal, gunakan fikiran, keutamakan parti, tau lebih mengutamakan Najib walaupun parti sendiri hancur, buatlah pilihan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 9:46 AM

Orang dh mengaku bersalah, jawapan dh diberi, penerangan dan penjelasan telah dibuat tapi kau TURTLE masih X paham2. Sengaja X paham or memang tidak mahu memahami. BODOHNYA. Eh TURTLE... aku tau sape kao sebenarnya lah.... yg suka ckp secara turtlenya berbanding yang betul secara totalnya.... hehehe.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 10:24 AM

6.33am,

Saudara seorang yang cerdik dan terpelajar, mengambarkan dan mengolahkan skandal pemimpin dengan begitu baik, tujuan nya untuk memberi faham.

TQ bro.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 10:30 AM

9.14

"Bersikap jujurlah, kini kepercayaan rakyat terhadap agensi penguatkuasaan berada di tahap yang sangat lemah,"

Fikirkan juga masa depan agama, bangsa, tanahair, dan paling penting masa depan anak cucu kita.

Bolehkah kita memperjudikan masa depan mereka dengan menhalalkan yang haram?

Fikir2kan dan fahamilah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 10:32 AM

9.20am,

Jangan putus asa! Perjuangan kita pasti diberkati Allah SWT!

....................
Reply To This Comment ...................
berasiam
December 28, 2015 at 10:44 AM

Tunai rukun ke lima atas ihsan Ihsan Perdana. Sebab tu akai dah tak dapat bezakan halal haram kot. Ummaiyiz berbalik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 10:56 AM

Agaknya lps ni pegawai kerajaan yg terima duit dr sumber mana pun kiranya tak salahlah kot.semua ni derma. PM ckp terima derma tak salah.bak kata pepatah...ketua kerajaan borek, pegawai kerajaan rintik. Ini yg dikatakan kepimpinan melalui teladan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 11:50 AM

Outcomenya pd pendapat saya berkemungkinan besar serupa kes BNM-AG. AG akan pusing dgn statement spt hakim.
Najib pun dah hint supaya semak maklumat sblm percaya.
Ahmad Maslan dah suruh buat 2 kerja yg mana dia kata normal. Ahli politik dah biasa bertopeng 2 muka. Najib lg mcm2 topeng dia pakai!
Akhir kata bg saya ia masih belum selesai. Kesan akan menjangkau tahun2 mendatang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 12:15 PM

SPRM dah menemui dan mendapatkan keterangan daripada Datuk Suboh Mat Yassin dan Nik Faisal dari SRC, tetapi Bank Negara masih gagal menemui, apatah lagi mendapatkan keterangan dari Casey Tang dan Jasmine Loo Ai Swan, langsung tak boleh dapat keteranganlah, sebab masih belum jumpa.

Saya telah mengemukakan aduan kepada Biro Pengaduan Awam mengenai isu kegagalan Casey Tang dan Jasmine Lo Ai Swan ini untuk memberikan keterangan Bank Negara Malaysia di mana saya mempersoalkan apakah pihak 1MDB pernah membuat laporan polis mengenai kehilangan dua orang pegawainya itu? Jika dah buat, bila? Jika belum buat, mengapakah tak buat laporan polis, dua orang pegawainya itu dah hilang, apa dah jadi dengan mereka?

Begitu juga dengan aduan saya mengenai kedudukan Datuk Suboh Mat Yassin dan Nik Faisal dalam SRC, apakah mereka masih pegawai dalam SRC? Adakah Kementerian Kewangan yang merupakan pemilik tunggal SRC pernah melaporkan kepada polis mengenai kehilangan dua orang pegawai kanan SRC tersebut?

Malangnya hingga kini tidak dijawab oleh pihak yang berkaitan samada 1MDB dan Kementerian Kewangan langsung tak pernah jawab perkara ini, lagi satu Biro Pengaduan Awam juga langsung tak berikan maklumbalas mengenai perkara ini.

Krisis integriti dalam agensi-agensi penguatkuasaan dan agensi seperti Kementerian Kewangan serta 1MDB adalah sangat dicurigai oleh rakyat, lebih-lebih lagi mereka seperti kelihatan mahu menyorokkan apa yang berlaku ketika ini. Malahan agensi yang sepatutnya mendengar keluhan rakyat seperti Biro Pengaduan Awam pun buat bodoh sahaja.

Dalam isu kehilangan Casey Tang dan Jasmin Lo Ai Swan serta Datuk Suboh Mat Yassin dan Nik Faisal, saya hanya bertanya adakah mereka ini masih lagi pegawai di 1MDB dan SRC serta apakah kehilangan mereka ini pernah dibuat laporan polis oleh 1MDB, SRC serta Kementerian Kewangan yang merupakan pemilik SRC dan 1MDB, tetapi langsung tiada jawapan, itu pun nak disorokkan, tak ganggu kes pun kalau mereka jawab perkara ini, tetapi pasal apa mereka tak mau jawab? Seperti ada sesuatu yang sengaja hendak disembunyikan dari pengetahuan rakyat.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2015 at 12:36 PM

@AnonymousHuh ???? Najib dah mengaku bersalah ??? Saudara fitnah ke nih ? Tolong berikan link sumber berita ini.

Penjelasan dari Najib dah di buat, yang dinantikan adalah keputusan siasatan SPRM apakah ada kes atau tidak.

Saudara faham ke tidak isu ini ?

Satu lagi, hanya mereka yang terpilih saja dapat terima penjelasan derma dari ketua kabilah Arab itu .... hehehe. Takkan nak marahkan mereka yang masih mampu berfikir dan tidak dapat terima alasan sedangkal itu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 2:05 PM

Sebenarnya duit RM2.6B ni adalah duit khairat kematian...tapi tak tau la sapa lak yg mati...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 2:47 PM

Nilai ringgit makin hari makin rendah berbanding matawang negara lain. Malahan nilai ringgit kini juga makin menurun dan makin rendah jika dibandingkan dengan Thai Baht, Rupiah Indon, Peso Pilipina, Dollar Brunei, Dollar Singapura, malahan Taka Bangladesh dan Rupee India pun kini lebih mahal berbanding Ringgit, malahan jawapan Datuk Seri Mohd Najib bahawa nilai ringgit jatuh disebabkan kejatuhan harga petroleum, tetapi nilai Riyal Arab Saudi makin meningkat, bukan isu sahaja, Dirham UAE, Rial Qatar, Rial Oman pun lebih tinggi dari nilai Ringgit sedangkan negara-negara berkenaan adalah negara pengeksport petroleum yang mana lebih dari 90% hasil eksport negara berkenaan adalah bergantung kepada petroleum, mengapakah nilai wang mereka lebih tinggi dari ringgit?

Sila teliti trend nilai matawang berbanding ringgit di sini: https://finance.yahoo.com/currency-converter, kita boleh lihat sebenarnya bukan isu kejatuhan harga petroleum menyebabkan kejatuhan nilai ringgit, tetapi kerana hilangnya keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kepimpinan kerajaan Malaysia sekarang ini serta dasar-dasar ekonomi yang merapu sehinggakan menyebabkan makin ramai pelabur antarabangsa mengeluarkan operasi pelaburan mereka ke negara lain yang lebih ekonomik. Isu utama adalah gaji minimum yang keterlaluan peningkatan gaji minimum sehingga 100% menyebabkan kos operasi meningkat dan menyebabkan kos operasi terganggu serta menyebabkan setiap unit keluaran meningkat kos pengeluarannya hingga mengurangkan pendapatan pelabur dengan begitu mendadak, inilah puncanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 3:02 PM

Salam Bro,sebenarnya kita dah tahu apa masalah 1MDB ni.Tidak ada kejujuran dan salah guna kuasa.Tetapi masih nak tegakkan benang basah.Apa yang kita takuti ialah PRU 14 nanti.Undi-undi protes akan menyebabkan kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO tumbang gara-gara 1MDB.Jika ini berlaku ketika itu air mata darah pun sudah tidak berguna lagi.Ingatlah pemimpin UMNO yang masih waras.Masa masih belum terlambat untuk menyatakan yang benar......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 3:03 PM

Star Wars will be the blockbuster that will hit $1 Billion takings!!! But me think the Wrappings of SCANDAL of The Century (Made in Malaysia by PM Malaysia made possible by Malaysian Stooges) will beat Star Wars hands down!!!!!

Brace for the News of the century 2016, a new dawn for Malaysia only this time its all for crappy-shit reasons Malaysia will be more famous to the world...until GE14.

But if MACC-SPRM finally brought some favourable outcome with their nuts firmly stucked in-between their legs, the rakyat will forget for a moment what hit them for the last 1 year. Lets hope!

MLN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 4:53 PM

sbb tu saya pelik nape org beria2 sgt dgn ape sprm buat. ape yg akan berubah? sampai ke AG drpd ade kes jadi xde kes.

negara dh mcm xde undang2. lepas ni kwn2 najib kroni2 dia rogol org pn boleh lepas lepas ni. bukan najib je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 5:19 PM

engkau pulak spesis BIUL.
jawapan apa? ok cuba plak kau jawab ini..
kalau pemberi derma mahu identitinya dirahsiakan macamana pulak kita dapat pastikan bahawa dia tak dapat apa2 balasan? jawablah BODOH..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 5:57 PM

Penerangan dan penjelasan sudah dibuat? apa yg jelasnya? kalau timbalan presiden & naib presiden umno pun tak dapat penjelasan aku sebagai ahli umno lagilah tak jelas tak taulah kalau jelas pada anak bini dan kaum kerabat najib saja camna anom bleh kata jelas anom ni anak bini najib kaa biar kasi jelas sikit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 6:55 PM

@Anonymous

Samada penderma itu mahu dirahsiakan ke apa ke itu bukannya soal, kerana negara ini ada undang-undang, sebagai penjawat awam, jawatan perdana menteri adalah jawatan penjawat awam sebab dibayar gaji guna wang kerajaan, maka Najib perlu patuhi undang-undang yang mengekehendaki sebarang penerimaan balasan samada barangan berharga atau perkhidmatan apa-apa perlu diishtiharkan.

Malahan kalau pun penderma itu tak mau dedahkan namanya, mengapakah derma untuk UMNO tetapi dijoli oleh Najib? Malahan kemudiannya wang itu jadi derma untuk kerajaan pula, tetapi turut dijoli oleh Najib juga, apahal ini? Pasal apa tak berikan kepada UMNO atau kerajaan yang dikatakan wang itu didermakan untuk UMNO dan kemudiannya derma untuk kerajaan pula itu?

Juak-juak, kuncu-kuncu Najib, malahan Najib sendiri menjadi makin tak tahu malu dengan perangai buruk mereka ini, sentiasa nak membohong untuk melindungi perbuatan salah mereka itu, berjiwa besar konon, perangai sebegini adalah pembohong besar dan perompak besar sahajalah.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2015 at 10:07 PM

Memang betul...spesis biul sbab ikut ckap mat maslan bleh buat 3/4 krja dlm satu masa...baik kau pergi klinik mitak ubat penenang.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
December 28, 2015 at 10:56 PM

Selagi Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone tidak mengundur diri agak sukar untuk kita mempercayai adanya badan BEBAS yang mengendalikan kes2 yang melibatkan beliau.

Post a Comment