........... RM2.6 Bilion itu Berupa Derma Kepada Umno ATAU Derma Kepada Peribadi Najib ? Yang ini pun Tak Jelas Lagi. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

RM2.6 Bilion itu Berupa Derma Kepada Umno ATAU Derma Kepada Peribadi Najib ? Yang ini pun Tak Jelas Lagi.

Thursday, December 10, 201531comments


Apalah 2.6 bilion berbanding dengan keperluan kita sebagai parti yang berkuasa ! ?

Zaman saya jadi Presiden, ada sumbangan ke Bahagian.... Pemuda, Wanita dan Puteri pada TIAP-TIAP BULAN kita bagi. Zaman dulu tak ada. Zaman saya, saya bagi. Saya buat ini kerana saya nak parti Umno ini kuat !

- Najib, Taklimat PAU 2015

Dah .... tutup kes.... Orang Umno nak duit, Najib bagi. Dari mana Najib dapat, itu jangan tanya ! 

Kalau Najib kata duit itu adalah Derma, orang Umno kena terima saja, dan jangan banyak tanya. Semua ada terima duit. Semua pun terlibat sama.

Ko nak duit tak ? ? ? Kalau nak, baik ko diam.

Pendek kata itulah rumusannya penjelasan Najib kepada perwakilan Umno semasa Taklimat dua malam lepas.  

Apa nak jadi dengan parti Umno sekarang ? Masih Keramat lagi kah kalau sudah berpaksikan kepada amalan Cash Is King yang dibawa oleh Presiden Umno ?

Tang mana lagi yang keramatnya Umno itu ?

Sesiapa yang mendengar rakaman ucapan Najib semasa Taklimat itu akan setuju jika saya katakan sebenarnya Bukan Penjelasan yang diberikan tapi ia lebih berbentuk AMARAN dari Najib supaya ahli2 Umno jangan lagi membangkitkan isu RM2.6 bilion kerana menurut Najib, Umno sudah terheret sama. 

Setakat penjelasan, anda boleh klik dan dengar rakaman 3 minit di artikel sebelum ini. ( KLiK ) Kalau orang Umno terima dan akur dengan penjelasan sebegitu dari Najib, saya percaya Umno bakal hancur kerana ahli2nya sudah hilang kewarasan dan kemampuan untuk berfikir secara rasional.

Apapun alasan, apapun hujah yang diberikan oleh Najib - SEMUANYA tak boleh pakai !  TIDAK ADA alasan yang boleh diterima untuk menghalalkan RM2.6 bil itu - Baca JMD.

Sebab utamanya adalah kerana tidak ada jawapan yang dapat menjelaskan FAKTA bahawa duit itu masuk secara senyap2, di simpan dan digunakan secara senyap2, akaun ditutup dan baki dipindahkan entah ke mana secara senyap2.

Semuanya secara SENYAP2. 

Dalam hal ini, Gabenor Bank Negara harus tampil untuk beri pencerahan kerana Najib sudah menggunakan nama Bank Negara untuk berselindung kerana mendakwa kewujudan akaun dan perpindahan keluar masuk dana, semuanya adalah dalam pengetahuan Bank Negara. Kenapa Bank Negara diam ? 

Disebalik kepetahan Najib bercerita tentang 2.6 bilion itu, masih tidak jelas akan persoalan ini - RM2.6 bilion itu merupakan Derma untuk UMNO atau derma untuk peribadi Najib ? Boleh sesiapa tolong jawab soalan ini secara resmi ? 

Kalau jawapannya ia adalah Derma untuk Umno, maka banyaklah soalan lain yang berkaitan bakal menyusul ......

Kalau jawapannya ia adalah Derma untuk peribadi Najib, maka banyaklah soalan lain yang berkaitan bakal menyusul ...... contohnya, jika Najib BUKAN Perdana Menteri, apakah Pak Arab itu akan tetap berikan derma itu kepadanya ?


Baiklah, katakanlah orang Umno semuanya sudah kena mandrem ( dengan katalain dah jadi bodoh ) dan mampu menerima alasan yang duit itu merupakan derma ikhlas dari Pak Arab dan Najib hanya sekadar pemegang amanah bagi pihak Umno ...... KENAPA tidak ada sesiapapun yang mahu bertanya DI MANA DAN BERAPA baki wang derma milik Umno itu ?

KENAPA tidak ada siapa pun yang mahu lihat wang itu dikembalikan dan dimasukkan ke dalam akaun Umno sebagaimana sepatutnya dari awal ?

Negara kita ada undang2 dan sewajarnya sebagai pemimpin tertinggi negara, Najib yang seharusnya menjadi contoh kepada rakyat lain. 

Malangnya apa yang rakyat lihat ketika ini adalah bagaimana Najib bersungguh2 memutar belit cerita dan menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada sebagai PM untuk lepas lari dari undang2 !

Apakah Najib merasakan sebagai PM, beliau harus diberikan layanan istimewa berbanding rakyat biasa dalam hal Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang ?





KLiK untuk ke Youtube.

Akhir kata, boleh tak para perwakilan dapatkan jawapan yang PASTI dari Najib mengenai status RM2.6 bilion itu - Adakah ia berupa derma kepada parti Umno atau derma kepada peribadi Najib ?

Perasan tak yang soalan itu akur kepada status dana itu sebagai derma dari pak arab, tidak persoalkan niat derma dan tidak menuduh apa2 .... ia sekadar meminta kepastian duduk perkara jer.  Senang jer soalan itu.... pilih antara satu.

Share this article :

+ comments + 31 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 11:24 AM

Saya amat percaya tentang duit derma dan "dunia lain" yang DSN telah terangkan itu.

"RM 2.6 Billion itu Ahmad Albab yang punya!!!"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 11:36 AM

Sdra Din,

Satu point......najib kata sebagai TPM dia tak pernah tanya political funds ke donations ke his boss, pak lah.

Jawapan saya simple....sejak pm 1 h7ngga pm 5, semua wang yang diterima dalam akaun umno atau board of trustee umno.....bukan macam najib dalah akaun peribadinya sendiri.....

Orang umno, cuba guna otak sikit apabila meneliti jawapan atau kata2 najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 11:47 AM

Dia tak nak jawab kerana jika UMNO kalah nanti dia boleh hilang dengan duit-duit sekali. Tak payah kasi pada UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 11:53 AM

derma peribadi Ajib.
sbb yg pasti Bahagian Pagoh dan Samporna tak dpt...hanya bahagian yg terpilih shj...itu pun ada Ketua Bahagian yg sakau sorang2 sbb benda tu masuk dlm akaun peribadi mereka. tak ada sapa yg tahu....

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2015 at 12:07 PM

Saki baki UMNO sekarang mana ada otak, semua penuh dengan Nafsu. Ahli2 UMNO patut singkir wakil-wakil diaorang yang takde otak. Nafsu diaorang kenyang, negara tergadai.

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2015 at 12:23 PM

Bro Din
Umno yang ada sekarang ini is rot to the core. Dah tak boleh di selamatkan lagi. Jangan lah kita membuang masa untuk menegur dan cuba memperbaiki mereka. Cukup lah sekadar untuk memperingatkan kita bahawa umno telah reput dan busuk sebusuknya. Isu2 yang yg sedara din tulis amat berkesan utk memperingati kita hingga ke ge14 akan datang. Agar semua orang melayu tidak akan lupa akan hakikat ini menjelang pilihanraya itu nanti. Muncul pilihanraya 14 nanti kita semua harus kuburkan umno yang ada sekarang ini. Ini lah saja senjata yg kita ada untuk memperbetulkan umno ke jalan yang asal. Setelah kalah nya umno nanti saya yakin akan bertempiaran lah generasi umno yang ada sekarang ini ke pinggiran irrelevance. Dan akan kembalilah pejuang melayu yang benar2 asli dan jujur yang akan menghidupkan kembali kesinambungan umno yang asal.

Jangan lah kita takut akan melayu kehilangan political power di ge14 kerana saya pasti jika kerajaan yang baru juga tidak memperjuangkan yang benar dan betul maka akan kita tukar sekali lagi di ge15. Ada pendapat yang akan mengatakan maka hancurlah malaysia jika kita harus mencuba yang belum di cuba. And by then negara ini sudah hancur sehancurnya utuk di bangunkan semula. Then my question to this statement is, what is the difference we are in the presentif we dont "teach" umno now. We have seen enough that umno will not change until we force them to change by out voted them in the next pilihanraya. Semoga semua rakyat malaysia dan khasnya melayu sedar akan hakikat ini.

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2015 at 12:24 PM

Aku klu jd jutawan aku derma pd Islam, anak yatim n dll tp bkn pd PM yg dh tentu xsusah. Derma pd yg dh kaya aku rs itu bkn derma tp der'masuk poket aku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 12:35 PM

You wrote: "Apakah Najib merasakan sebagai PM, beliau harus diberikan layanan istimewa berbanding rakyat biasa dalam hal Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang?"

But I have another idea: for so long in his life, it seems that he gets almost all that he wants. In other words, hardly any rejection has come his way. And in politics in particular it appears that come what may there will always be people to protect him - because he is the son of Razak who has done so very much to the Malays? Hence, whether or not he is the PM is not the question: he is used to have the world around him to make way for him - no matter what. This is truly a case of a person who is a danger to others as proven these days as what he has done to Umno, Malaysia, the Malays, the future generation, etc. And, he does not care... It is all about him - and him alone. Persetankan segalanya. The question now for us to ponder: what the rest of us has got to do? You dear Din, dear Tun, the opposition (minus Pas, of course), various parties from outside the country such as the Wall Street Journal and the Sarawak Report and nameless others (such as me?) are trying the best we could. But there is perhaps more that we can do?

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2015 at 1:06 PM

Tanggapan atau assumsi saya ialah 2.6 billion itu skitar 5% komission dr 42 billion.

Utk mengelakkan di tuduh ambil komission, trus di tukarkan atau di re- brand kan sebagai derma dr Arab.

Kan yg songlap 42 billion tu org Arab juga. Dua Arab penyangak yg sudah di usir dr IPIC.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 1:32 PM

Rakyat Malaysia kena berbangga kerana Nama Malaysia dah ada dalam Book Of Record. Perdana Menteri Malaysia @ Najib dah kompom jadi orang pertama menerima derma yang paling besar dalam plenet ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 1:37 PM

Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak berhukum (memutuskan perkara) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (QS. Al-Maidah: 44)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 1:38 PM

Kita yg tak percaya dan tak boleh buat apa dgn najib dan sekutunya - tinggalkan parti umno. Buat parti baru. Satu ucapan dari tun dan muhyiddin akan membuat semua ahli tinggalkan umno. Biar umno jaga najib dan duit derma 2.6b.

....................
Reply To This Comment ...................
Anak Bukit Jelutung
December 10, 2015 at 1:54 PM

Di mana peranan ROS ?
Saja nak tau.

Bukankah semua "pertubuhan" di bawah kawalan ROS......
Kalau dah diberikan jawapan.
Saya tarik balik soalan.

HIDUP MELAYU

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 2:18 PM

Utk mereka yang suka memberi & makan rasuah, jika lepas ni kena tahan dgn SPRM cakap je duit tu duit derma. Agak2 boleh lepas tak alasan tu?

....................
Reply To This Comment ...................
jawipekan
December 10, 2015 at 2:23 PM

Saudara Din,

RM 2.6billion adalah untuk UMNO jika tidak masakan Najib dalam taklimat tersebut mengatakan macam mana pederma Tok Arab hendak masuk duit itu keakaun UMNO kerana dia tak tahu nombor akaun UMNO .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 2:33 PM

Bro Din,

Zahid kata derma 2.6 bilion datang bukan dari seorang penderma sahaja. Maknanya ramai penderma. Ni cerita baru. Tengah sibuk karang cerita rasnanya depa ni.. lagi satu lagi dah keluar slogan baru #KekalNajib... memang x pernah belajar silap PRU!# dulu..

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2015 at 2:53 PM

Lupa ker. Najib cakap dia Pahlawan. Maksudnya Panglima Negara. Panglima mesti ada kuasa mutlak. Yang bawahan terima jerla. Bodoh pun bodohlah. Saper suh jadi umno.

#LOL

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 3:06 PM

Ya Allah, Ya Tuhan semesta Alam, Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Demi kesatuan dan kesejahteraan ummah di Malaysia serta keutuhan Islam, maka kami bermohon kepada Mu, Tuhan Yang Maha Agung, luruskanlah hati-hati kami Ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia semuanya agar dapat diperjelaskan dengan kebenaran yang lahir daripada kejujuran, bagi mereka yang telah rosak hati mereka dengan nafsu-nafsi dunia. Hancurkanlah pengaruh dan kuasa yang ada pada mereka agar mudah mereka dijatuhkan dan selamatlah bumi Malaysia daripada kezaliman dan kerakusan jiwa mereka. Aamiin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 3:12 PM

Bro. . .sudah jelas di bawah akta sprm derma adalah suapan.
Setiap orang yg gajinya dibayar melalui dana awam tertakluk di bawah akta ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 3:18 PM

pak din duit najib dapat lebih kurang pengerusi pibg dapat lah bekas pelajar bagi masuk akaun dia. kalau masuk akaun pibg susah nak belanja nak tiga orang sign dan mcm2 lagi. kata penderma masuk akaun pengerusi senang nak buat makan ke, buat lah yang baik2 dia percaya kat pengerusi, beza nya banyak dan skit je. ape nak heran, tak kan pm orang nak derma skit2 dua tiga ribu buat jatuh water face je. mestilah juta2. pak din dan pengomen bukan suka kat umno pun lantak pi ke depa lah, asal jangan ambil duit rakyat sudah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 3:22 PM

Derma untuk peribadi najib @ untuk parti UMNO tang tu lama dah Tun duk tanya kalau peribadi kena declare dengan jabatan hasil kalau untuk parti kena masuk akaun UMNO dan juru audit UMNO kena bentang pada ahli setiap kali mesyuarat tahunan UMNO.

Najib kena dedahkan siapa penderma biar penderma jelaskan dia bagi derma untuk tujuan peribadi najib @ parti?

Itulah najib jangan kuat sangat belit dan mohong padahnya leher sendiri terjerut.

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2015 at 3:30 PM

Din,

Kalau betul wang derma itu disalur kepada bahagia2 termasuk cabang wanita dan pemuda dan juga komponen BN tak mungkin Najib dapat sorokkan untuk disonglap. Oleh kerana banyak bahagian dan cawangan maka sudah tentu memerlukan ramai pentadbirnya. Terutama urusan banking yg perlu dilakukan setiap bulan.

Jadi bersangka baiklah kepada Najib. Sebelum ini mereka tak dapat apa2. Aktiviti2 parti memerlukan duit. Sekarang ni Cash is King. Memang betul. Dalam perniagaan pun sama. Kamu ingat pembangkang tu tak da penajanya.

Jadi bersangka baikla. Yang dapat merasa orang kita juga. Kalau yg memerintah Malaysia ni bukan orang kita maka orang kita akan makan habuk aja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 3:46 PM

"Apalah 2.6 bilion berbanding dengan keperluan kita sebagai parti yang berkuasa ! ?Zaman saya jadi Presiden, ada sumbangan ke Bahagian.... Pemuda, Wanita dan Puteri pada TIAP-TIAP BULAN kita bagi. Zaman dulu tak ada. Zaman saya, saya bagi. Saya buat ini kerana saya nak parti Umno ini kuat !'

Apabila sudah tersepit akhirnya keluar kenyataan umum paling bangang yang boleh di jadikan 'PERAKUAN' mengikut undang2.

Najib akui berlaku hanya pada zaman dia sebelum ini tak berlaku, terang najib telah membeli sokongan dengan menyogok wang ke bahagian2, sebelum najib UMNO/BN tak terima wang sogokan boleh menang 2/3 lekeh2 zaman Pak Lah Pru12 pun lebih baik dari zaman najib.

Siaplah kali ni kebodohan diatas perakuan najib akan akibatkan laporan polis mungkin dibuat termasuk sprm bersiaplah UMNO untuk diseret ke Mahkamah, BANGANG BETUL !!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 3:56 PM

UMNO kalau lwn bolasepak bole jadi defender je, tektikal bertahan je la....midfielder & foward x de...bila kena attack pasal RM2.67 bilion, trus jadi tunggul...dah presiden liabiliti...tu la sampai puteri UMNO pun kena booo....tanda majoriti rakyat dah meluat, benci sbb Najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 4:14 PM

Esa,

betul ke dpt? cuba kamu tanya betul2 setiap bahagian. yang pasti bahagian pagoh dan samporna tak dapat. maknanya bahagian yg terpilih shj. yg tak terpilih sila makan habok shj tau....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 4:33 PM

Kontraktor: Cikgu, saya nak derma duit kat sekolah. Alaaaa..ada la untung serba sikit. Tapi saya nakkkk sangat bagi melalui cikgu nih.

Cikgu Besor: ok2, masuk account saya. Kat skolah ni, saya le boss. Tahulah nanti saya nak agihkannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 5:21 PM

LHDN kena hantar borang taksiran kepada penerima derma tersebut kerana pendapatan individu pada tahun tersebut perlu dibayar cukai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 5:50 PM

Korang kutuk le mcm manapun.

Ketua2 bahagian mangkuk dlm genggaman aku. Ada aku kesah?

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2015 at 7:34 PM

Jawapan yg paling tepat kebangangannya selama ini.

No.acc Umno, Pak Arab tak tau, tapi no.acc Najib, boleh pulak Arab tu tau ye..

Mcmana agakny Pak Arab beriya2 bone boleh tau no.acc Najib tapi langsung tak berusaha nak tau acc Umno?

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2015 at 7:38 PM

Lagi mampus.
Mati tegak la Najib nampaknya.

Dia baru sahkan ada bukti dokumen2 yg dihantar kpd BNM.

Lagi mampus, bila Utusan, BH, Tv3 suku dah declare dlm ruangan masing2, derma itu drpd Pak Arab.

Media ni pun dah keluar berita yg Zahid telah bertemu dgn penderma.

Baguslah, semua melingkup sbb kebodohan masing2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 8:25 PM

@adzzam adzzamSebab Najib buka akaun kat AmBank (Arab-Malaysian Finance Berhad) sebab tu Pak Arab tahu no akaunnya.

Post a Comment