........... Reputasi PAC DiBawah Hasan Saya-Pun-Nak-Cari-Makan Mula DiPertikai ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Reputasi PAC DiBawah Hasan Saya-Pun-Nak-Cari-Makan Mula DiPertikai !

Tuesday, December 1, 201519comments




Membaca kenyataan Bos PAC Hasan Ariffin yang baru memuji 1MDB - "Secara keseluruhannya, PAC lega 1MDB membuat urusniaga dan pelaburan luar negara dengan syarikat-syarikat luar negara yang mempunyai reputasi,"  segera buat saya teringat kepada ayat kontroversi beliau baru ini - Saya pun nak cari makan juga! Tak tahu kenapa .......

Mungkin sebab kenyataan itu mencabar minda untuk menerima kelogikan disebalik alasan yang diberi.

Sesiapa pernah dengar nama Petrosaudi pada tahun 2009 untuk layak digelar syarikat yang mempunyai reputasi ?

Langsung tidak ada sebarang rekod aktiviti dinyatakan dalam laman webnya dari tahun 2005 ia ditubuhkan sehingga 2009, tahun bilamana 1MDB menandatangani perjanjian usahasama dengan Petrosaudi.... seterusnya 1MDB dikencing baik punya. Sejak itu barulah Petrosaudi aktif ! Barulah Petrosaudi mula membeli kapal tangki dan kapal korek minyak ... SELEPAS 1MDB bagi duit untuk usahasama itu. ( KLiK )

Jadi ketika 1MDB mula berurusan dengan Petrosaudi, apakah Petrosaudi sebuah syarikat yang mempunyai reputasi ?

Bagaimana dengan Brazen Sky atau Bridge Partners atau Bridge Global Absolute Return Fund SPC yang kononnya dipertanggungjawab  untuk melabur hasil pelaburan dengan Petrosaudi bernilai USD2.3 bil ? Difahamkan Bridge Global baru sebulan ditubuhkan sebelum menerima lebih RM7 bilion wang 1MDB untuk dilaburkan ! ( KLiK )

Reputasi apa yang dimiliki oleh Bridge Global ?

Mohon Hasan dapat berikan penjelasan ! Tolong jangan diulangi ayat - Saya pun nak cari makan juga ....

Jangan reputasi PAC di bawah Hasan pula yang tercemar.

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2015 at 12:48 AM

Kalau beginilah si dungu mengetuai PAC hancur lebur...... antara maruah diri dan kedudukan ternyata maruah diri dinajiskan. Kesian emak bapak dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2015 at 4:03 AM

Maybe there is other hidden company that we don't know of. Bersangka baik. As long tony phua on the board Still have Faith with PAC

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2015 at 6:03 AM

Apala yang boleh diharapkan sangat pada ahli politik yg dah lama pencen dan baru dikitar semula - ianya semata-mata untuk menegakkan benang yang basah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2015 at 6:42 AM

Masa mula-mula Hassan Afiffin ni di lantik dah terasa kualitinya mungkin sama dengan AG yang terbaru.... dan sekarang kebimbangan yang timbul itu dah mula nak menunjukkan kebenarannya..... tunggulah sedikit masa, mungkin semua itu akan lebih terserlah lagi..... sekarang pun dah boleh kata .... "kan aku dah kata...." hehehehe..... ala... saya pun nak cari makan juga.... hehehehe.... maklumla kek 2.6 bil tu kan besorrrrr..... nak juga... nak juga... hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2015 at 6:59 AM

Sekali monovering ikan diair dah tentu tahu jantan betinanya,nampak-nampak gayanya condong satu arah saja.Makan hatilah kita semua rakyaat Malaysia Pak Din oii!....

....................
Reply To This Comment ...................
Reput Dari Atasi
December 2, 2015 at 7:30 AM

Memang Hassan Sayapunnakcarimakan sebut tu betul. Memang syarikat-syarikat tersebut mempunyai reputasi. Reputasi putar alam yang tidak ada tolok bandingannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2015 at 8:09 AM

pak din cukup cukup lah, la ni dah jadi macam penyangak 1mdb. dalam pac ade pembangkang tunggu lah sat tony kan ade, wakil dari pas kan ade. nanti dia orang akan buat kenyataan baru la kita tau arul betul ke tak betul, sedikit masa lagi tony mesti buat kenyataan nye. itu yang kata macam penyangak. tun m dengan pak din pun masa je. najib kena tanggung ni semua harta pusaka tun m yang nak kena dibaikpulih. ape punya baral tun m buat perjanjian ipp, lah ni bila orang tanya, dia jawab menteri dulu bangang2 tak tau baca perjanjian. sama gak dengan tol. tapi sape nak komen yang sokong pun sama bangang2 gak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2015 at 8:15 AM

bro din buang masa saja ikuti perkembangan pac.

selagi najib campur tgn process inquiry, proses juridistion, selagi tu semua org tau segala siasatan ni hanyalah for show.

perlu ditekankan x buat semua ni pn xpe. rakyat kebanyakan seperti saya dh x percaya. hanya drama. soalan yg najib kene tanya berapa org layan drama dia?

sejak attorney general kene pecat, sprm kene kacau, tan sri zeti kene kacau, mana lagi la proses siasatan akan berjalan seperti norm. saya pn dh hilang respect pada polis dek ketua polis negara yg terang2 menjadi lackey najib.

kalau dulu org panggil polis anjing saya lah antara yg mempertahankan mereka. kali ni saya senyap saja.

lagipn sbb tu tun buat surat dan ckp mcm ape dia ckp. apa nk jadi dgn negara, mcm dh xde undang2. pac? polis pn saya dh hilang kepercayaan.

lain kali kalau saya jadi pm bende pertama saya buat lantik org saya jadi attorney general. baru kebal xde sape boleh ancam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2015 at 9:25 AM

Langsung tak ada respect terhadap mereka yang di lantik oleh Najib ke apa apa jawatan pun. Mereka semua tak smart dan mereka semua cari makan. Ini lah UMNO sekarang. Betul kata Tun Mahathir UMNO dah jadi parti Najib - United Muhammad Najib Organization.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2015 at 11:05 AM

bro. dengar tang pac puas hati dengan penjelasan 1mdb. tapi tang `saya pun cari makan` kat belakang ayat tu tak dengar ke? mungkin bunyi secara berbisik. kalu dah cari makan mana berani nak tegur. 1mdb tu lebih berkuasa daripada kerajaan. ahjibgor lebih berkuasa daripada kerajaan sampaikan permintaan tdm untuk kerajaan tolong proton, ditafsirkan sebagai memohon pertolongan ahjibgor. apa kaitan dengan ahjibgor.
tapikan, kalu kata dah puas hati, kenapa nak panggil lagi? puas hati dengar penjelasan, tapi puas hati tak dengan fakta dan bukti yang diberikan? harap arul tak beri pac air liur sahaja, harap dokumen pun ada juga dan disemak walaupun cari makan. roki blue kata, bos puashati, tony bagaimana pulak ? harap tony pun pandai nak tanya dan semak dokumen. bukan setakat air liur ajer? syarikat 3 hari wujud sebagai syarikat bereputasi hebat untuk buat mou, brazen sky, duit bond untuk pelaburan patuh syariah pi labur ke mana, bnm suruh bawa balik duit, tapi pi beri pinjam, bod suruh batal dan bawa balik duit tak diendahkan ceo lama, semua tu rasanya memuaskan hati pengerusi pac ke? mungkin jawapan saya pun cari makan lebih tepat dan diterima ramai daripada saya berpuas hati dengan penjelasan.

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2015 at 11:25 AM

@Anonymoussaya komen mengikut apa yang saya tahu, link2 yang dijadikan hujah saya sertakan sekali. Kalau tak setuju, berikanlah hujah bagi menolak apa yang saya katakan, bukan secara retorik atau cuba mengalih isu dengan menyebut isu2 yang tak berkaitan dengan artikel.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2015 at 11:58 AM

Hasan cari makan tu dilantik utk membersihkan nama wan emdibi.Bukan utk siasat.Tu semua anda kena faham tugas dan tgjwb die.Mcm2 kenyataan beliau cuba lihat semua utk menyucikan wan emdibi.Kalau die xbuat mcmtu,die pula akan dpecat.Tu sebab sama je die dgn Hasan malik.Pelik juga apasal nama hasan selalu mcm ni.kahkahkahkah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2015 at 1:03 PM

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang turun ke medan perjuangan, akan terus berjuang hingga beroleh kejayaan, biarlah terkorban mempertahankan yang hak daripada bersenang lenang menjadi pecacai suruhan dengan membela kepalsuan, penipuan, kejahatan dan kemungkaran.

Kepada ahli UMNO sekalian, kepada para pemimpin UMNO di peringkat cawangan, apakah perjuangan anda di dalam UMNO? Apakah perjuangan untuk kepentingan Najib sekeluarga dan kuncu-kuncunya bersuka ria mempergunakan parti demi kepentingan mereka walaupun parti dijahanamkan oleh mereka pun maka ahli-ahli UMNO serta ketua-ketua cawangan UMNO akan membiarkan sahaja?

Sebagaimana yang saya tuliskan sebelum ini, perjuangan UMNO kini telah diubah, daripada United Malay National Organization yang memperjuangkan kepentingan agama, bangsa, dan tanah air, kini menjadi United Mohd Najib Organization yang kini hanya untuk menjaga kepentingan Najib, membela segala kerosakkan yang dibuat oleh Najib, menyokong segala nafsu serakah Najib dan kuncu-kuncunya.

Maka ahli-ahli UMNO dan ketua-ketua cawangan UMNO sekalian fikirkanlah, apakah anda semua mahu berada dan mempertahankan United Malay National Organization atau anda hendak masuk dan menjadi golongan pengampu dan penkhianat yang sanggup menjahanamkan parti bersama-sama United Mohd Najib Organization.

Pilihan adalah dibuat oleh anda sendiri, pilihlah samada untuk menjadi pejuang untuk menyelamatkan UMNO dan mengambalikan UMNO menjadi wadah perjuangan agama, bangsa, dan tanah air atau hendak menjadi para pengampu, pembodek, balaci suruhan yang ditabur habuan untuk menyokong segala pengkhianat, kezaliman, dan perbuatan menjahanamkan parti oleh najib dan kuncu-kuncu di dalam United Mohd Najib Organization.

UMNO kini tidak pernah menjadi begitu hina seperti sekarang ini, penghinaan ini bukanlah disebabkan nilai UMNO itu adalah hina, UMNO dalah wadah perjuangan bangsa, tinggi maruah, tinggi akhlak, tetapi dijadikan hina oleh Najib dan kuncu-kuncunya kerana mereka hanya menggunakan UMNO untuk kepentingan diri hingga sanggup mengabaikan perjuangan parti kerana hendak mengejar kepentingan diri mereka.

Sedarlah semua, bangkitlah untuk pertahankan dan menyelamatkan UMNO wahai ahli-ahli UMNO dan ketua-ketua cawangan UMNO sekalian! Bangkitlah selamatkan parti! Selamatkan parti demi kepentingan agama, bangsa, dan tanah air!

Jika Tun Dr. Mahathir yang sudah berusia 90 tahun, sudah tidak ada jawatan apa-apa lagi pun di dalam parti sanggup berjuang menyelamatkan UMNO demi perjuangan agama, bangsa, dan tanah air, maka di manakah maruah ahli-ahli UMNO serta kepimpinan UMNO di peringkat cawangan samada ketua cawangan, ketua pemuda, ketua wanita, ketua puteri yang jauh lebih muda dari Tun Dr. Mahathir dalam memperjuangankan perjuangan suci menyelamatkan UMNO demi agama, bangsa, dan tanah air ini?

Ingatlah semua, UMNO bukannya untuk menjaga dan membela segala pengkhianatan, nafsu serakah serta kepentingan tamak haloba Najib dan kuncu-kuncunya, UMNO adalah perjuangan untuk kepentingan agama, bangsa dan tanah air!

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2015 at 1:05 PM

Hassan budak jaga lembu.
Hari2 curi jambu
Memang dia macam itu
Muka tidak tau malu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2015 at 1:32 PM

That remark you quoted coming from the PAC head may be understood in the following manner: those companies are CURRENTLY (not previously!) reputable entities. Yes, indeed - when these entities have already got billions from 1MDB (not the other way around as promised in the 1MDB's stated goals for reasons for existence!) to make their previously unprofitable or non existence operations to be profitable ones these days... We are all lembu? Only in Malaysia... which they like to claim to all and sundry as the model developing or Islamic country for all. One wants to puke to no end. When will help from Allah swt come?

Did I hear someone say when we reach the deserving stage! Hence, I have a suggestion to make: perhaps the former DPM and all may have an alternate PAU where people who do not wish to come to the original PAU are invited to hear his speeches, etc. And dear Tun and the rest are warmly welcome to attend.

What say you, my dear Din?

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2015 at 2:14 PM

Takziah.... Yg bukan ahli mengetuai Pac....masak lah di buat nya....

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2015 at 2:59 PM

Nak pengerusi PAC bukan senang. Jika tiada latihan dan berpelajaran dalam akaun atau tiada pengalaman kerja audit atau tidak biasa dengan "creative accounting", penipuan korporat, atau semua wayang yang dimain oleh strategis komunikasi...maka tenggelamlah pengerusi. Ini nak handle dua soalan daripada reporter sudah jatuh tangga.......ini 3.8 gpa kut?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2015 at 3:55 PM

Start najib ganggu task task force bnm tukau ag sprm polis khas bukit aman bilik fail pdrm terbakar tukau plak pac apa ingat rakyat terima tu semua hal secara kebetulan ker banyak lah punya kebetulan najib, dah lah najib punya team buat apa pun rakyat sudah tak terima dah buang masa saja najib & team kalau orang sudah benci pertahan pun tak guna lagi dibenci adalah.

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2015 at 6:22 PM

Maksud nya ' syarikat yg bereputasi ' ialah reputasi utk menipu begara yg ada Pemimpin Bodoh seperti di Mslaysia skrg

Post a Comment