........... Penjelasan Terperinci 1MDB Dari Najib - YES ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Penjelasan Terperinci 1MDB Dari Najib - YES !

Thursday, December 10, 201544comments



Saya juga telah menjelaskan dengan terperinci kepada para perwakilan semasa taklimat Presiden (Selasa).

Itu ayat Najib semasa ucapan Perasmian PAU 2015. Ayat sama juga turut dimainkan oleh beberapa orang pemimpin Umno semalam dan turut didendangkan oleh media.

Sebelum itu, kita ada baca dakwaan kononnya penjelasan mengenai 1MDB telah BEBERAPA KALI diberikan kepada ahli kabinet. Kalau tak silap, telah beberapa kali juga kita nampak Najib berikan penjelasan terperinci kepada wakil2 Umno sebelum ini.

Malangnya sehingga kini belum ada seorang pun dari mereka yang telah berulangkali mendengar penjelasan terperinci 1MDB itu yang sanggup tampil menjawab apajua persoalan yang kita sering bangkitkan mengenai perjalanan dan transaksi 1MDB !

Dah lama kita tertanya2 - Apakah penjelasan terperinci yang dimaksudkan oleh Najib itu ? Banyak mana incinya ? Apa yang diperjelaskan ? Kenapa masih blur ?

Kebetulan kali ini kita dapat nilaikan sendiri rupabentuk penjelasan yang dikatakan sebagai terperinci itu. Apakah penjelasan terperinci itu dapat menjawab persoalan2 yang kita bangkitkan soal urusniaga dengan Petrosaudi, tentang USD700 juta ke Goodstar, tentang Just Unit, tentang Option Ipic, tentang ikon baru Umno iaitu Jho Low, tentang pelanggaran kelulusan penggunaan dana yang diberikan oleh Bank Negara, tentang kenapa bayar kos kewangan yang tinggi untuk pinjaman, tentang akaun SRC dan kenapa SRC diserahkan kepada Kementerian Kewangan, tentang kenapa bayar mahal IPP, tentang kenapa 1MDB ini akhirnya diakui GAGAL sehingga terpaksa jual aset sebab nak bayar hutang ......semua itu sering kita timbulkan dan kita heran kenapa masih tidak dijelaskan oleh Najib atau oleh mereka yang sudah diberikan penjelasan terperinci itu.

Semoga kita semua mendapat pencerahan yang dinanti2kan selama ini ......




KLiK ke Youtube.

Errr .... jelas ? 

Sebenarnya Najib ni faham atau tidak apa isunya yang kita nakkan jawapan tentang 1MDB ? Tak habis2 duk cerita tentang Pelan Rasionalisasi Hutang....  Kita nak penjelasan tentang transaksi2 lama 1MDB, supaya jelas kenapa yang 1MDB ini boleh jadi bermasalah macam sekarang ni. Apa dah berlaku ? Apakah segala due diligence dilaksanakan sebelum keputusan di buat ? Siapa yang bertanggungjawab ?

Oya, Tun Mahathir ada jawab di artikel terbarunya berkaitan Taklimat dari Najib ini - KLiK

Ada satu point yang saya nak sebut dari apa yang dijelaskan oleh Najib di atas, iaitu ketika Najib mendakwa antara sebab utama 1MDB bermasalah adalah kerana gagal menyenaraikan Edra di bursa ( IPO ) dan Najib menyalahkan para pengkritik seperti Tun Mahathir dan lain2.

Arul Kanda juga sebut perkara yang sama dan turut di laungkan oleh askar2 Najib.

Blogger JMD sudah menjawab dengan terperinci KENAPA EDRA GAGAL DI IPO KAN. Kegagalan itu tidak ada kaitan langsung dengan Tun Mahathir atau para pengkritik !
 
Tun Mahathir pula kali pertama menyentuh hal 1MDB ini pada 27 Oktober 2014 ( KLiK ). Itu pun masih belum panas isu  1MDB ini. Edra gagal disenaraikan pada November 2014 kerana akaun 1MDB yang tidak sempat disiapkan !

Isu 1MDB ini hanya benar2 panas pada awal tahun 2015 dan pada bulan Mac 2015 ketika didedahkan 1MDB gagal membayar hutang IPP sebanyak RM2 bilion mengikut tarikh yang ditetapkan. Kemudian terpaksa minta tolong Ananda, kemudian minta tolong kerajaan bail out lagi ....  apakah salah Tun yang mengkritik ?

Logikkah sebuah syarikat berbilion-bilion RM gagal di IPO kan gara2 para pengkritik politik ? 

Najib ni langsung tidak beri sebarang info baru melainkan mengulangi apa saja cakap Arul Kanda. 

Najib ni tahu ke tidak pasal 1MDB ? ? ?

Share this article :

+ comments + 44 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2015 at 3:48 PM

Askm Bro....Saya copy paste dari pengomen blog Kadirjasin.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Wallahi Wabillahi Watallahi..saya merupakan salah seorang Perwakilan UMNO yang turut serta mendengar Taklimat Tertutup oleh Presiden UMNO iaitu DS Najib Tun Razak pada 8hb Dis 2015 jam 9.00 mlm dalam Dewan PWTC sebentar tadi..Majlis taklimat tertutup terlebih dahulu dimulakan dengan ucapan oleh Dato' Ahmad Maslan selaku ketua penerangan UMNO Malaysia..dlm ucapan DAM beliau meyakinkan para perwakilan sebentar lagi Presiden Parti akan mengupas dan menjelaskan semua isu berbangkit yang menjadi bualan utama rakyat khususnya isu 2.6b dan 1MDB..MALANGNYA..MALANGNYA..
MALANGNYA..ucapan DS Najib lbh kepada menghentam Tun M berbanding menjelaskan isu..paling menarik DS Najib juga menyelar TSMY kerana mengadakan perjumpaan di Kelab Sultan Sulaiman, DS Najib dengan suara lantang berkata " kalau nak berucap ini medannya" ( merujuk PAU sebagai platform dan saluran yg betul utk bersuara) .. agak lucu krn DS Najib tahu yg TSMY tlh dihalang dari menyampaikan ucapan dlm PAU kali ini..NAMUN sesuatu yang menarik ialah ketikamana DS Najib menjelaskan tentang isu 2.6b..jika di amati..hanya 9- 10% shj perwakilan bertepuk tangan bersetuju dan menyokong DS Najib dlm isu ini manakala hampir 90% perwakilan tdk bertepuk tangan dan berdiam dgn wajah yang amat keliru..begitu juga ketika DS Najib menjelaskan isu 1MDB..majoriti besar perwakilan dlm dewan tersebut hanya diam seolah tidak dpt menerima penjelasan dari DS Najib..apatah lagi DS Najib ada menyebut bahawa rakyat tidak bertanya dan berbincang pun mengenai 1MDB, Tun M saja yang asyik melalak dlm isu 1 MDB..ada kelompok kecik yang menjerit meminta Tun M dan TSMY di pecat manakala ribuan perwakilan yg lain memberi reaksi sebaliknya..ini merupakan petanda jelas bahawa sebenarnya dibenak hati pemimpin2 UMNO diperingkat akar umbi juga tlh hilang keyakinan dgn DS Najib..dari raut wajah perwakilan ternyata mereka bimbang dan gusar utk menghadapi PRU 14 jika DS Najib masih mengetuai BN bagi mengemudi bahtera yang bakal hadapi cabaran besar dlm next General Election..esok pasti suasana akan menjadi semakin hangat jika TSMY hadir dlm persidangan..Para Perwakilan mgkin akan meluahkan dan memberi reaksi sebenar apa yang berada dibenak hati mereka..Semoga Allah SWT memelihara parti keramat ini dari terus dipimpin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah..PAU kali ini mgkin menjadi titik tolak utk UMNO lbh berani membuat perubahan demi kabaikan Agama Bangsa dan Tanah Air..- Qulilhaq Walau Kana Murron.- Wassalam .

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2015 at 3:56 PM

Penjelasan terperinci yang dimaksudkan olih Najid adalah tak lebih dari 6 inci mengikut ketinggian dia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 4:23 PM

Kebodohan ahjib termasuk tukang hangguk dan tukang tepuk tangan tahap maksima, syukur Alhamdulillah rakyat tidak bodoh untuk menerima cerita dongeng kisah 1001 malam karangan ahjib dan kunco2nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 4:47 PM

Sdra Din,

Minta pertolongan saudara jika dapat provide detail date sequence of when the 2.6 bil went into najib's account dan sapa pengirimnya. Saya nak tengok betul ke donor or donors.

Thank you sdra Din

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2015 at 4:51 PM

Felda i IPO..gmana kondisi Felda skrg?. Tenat kan. Nwh kalo Edra di IPO apa akan terjd. Duit 42 billion hilang..Edra mungkin tak wujud lg..asset mungkin tidak ada langsung.

Lebih parah dr Felda kut

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2015 at 4:51 PM

Felda i IPO..gmana kondisi Felda skrg?. Tenat kan. Nwh kalo Edra di IPO apa akan terjd. Duit 42 billion hilang..Edra mungkin tak wujud lg..asset mungkin tidak ada langsung.

Lebih parah dr Felda kut

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 4:59 PM

Tanda tanda kehancuran UMNO.Malang sekali penyakit tak sedar bhw penykit takut, bisu, ampu, pentingkan jawatan sedang memakan satu persatu organ UMNO sehingga merosakkan sistem tubuh UMNO.

Semoga Allah selamatkan bangsa melayu drpd binasa penyakit itu, diganti dgn tubuh baru yg memiliki organ yg sihat dan baik, akan mengangkat semula martabat agama dan bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 5:17 PM

Nada penipu cuba menegakkan benang basah kuyup.

UMNO rasmi jadi kelab syiok sendiri.

Islam lebih pentingkan integriti dari solidariti.

Makin meluat menyampah tengok pahlawan takde teloq.

asyik asyik mesyuarat TERTUTUP

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 5:23 PM

Najib dah jadi 2 x 5 dengan Anuwar.
Lain ditanya... lain pulak dia jawab

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 5:32 PM

Ada lagi rasanya dlm laporan awsj semua complete secara detail boleh google bro

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2015 at 5:32 PM

Kenapa rugi sebab mengalami kerugian. Jawapan mcm ni bg jib n pembodek adalah terperinci. Depa blajaq tinggi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 6:09 PM

Persoalan utama ialah jika kerajaan kurang pendapatan dari sumber minyak, takkan nak sedut darah rakyat pulak. GST dan penghapusan subsidi adalah idea merapu dan menyusahkan rakyat. Sebelum GST pun rakyat telah terbeban dengan kos sara hidup. Inikan pulak selepas GST. Itu belum lagi menanggung kenaikan harga barang kerana kejatuhan nilai ringgit.

Apakah kerajaan sekarang terlalu bergantung kepada sumber minyak. Tak adakah sumber pendapatan alternatif selain minyak ? Kata nak jadi negara berpendapatan tinggi. Kenalah pelbagaikan sumber pendapatan negara tanpa mengusik poket rakyat.

Tak payah sebutlah br1m ke, kr1m ke, sebab rakyat bukan sekadar nak kurangkan perbelanjaan. Tapi rakyat jugak nak menambahkan tabungan dan simpanan. Cuba tanya rakyat, berapa banyak yang mampu disimpan setiap bulan ? Berapa ramai yang hanya mampu menyewa rumah seumur hidup ? Berapa ramai yang gaji banyak, tapi dihabiskan untuk membayar hutang semata-mata ? Berapa ramai yang gajinya telah habis walaupun belum sampai separuh bulan ? Berapa ramai yang makan nasik ala kadar jer asalkan kenyang ?

Kita dah meluat dengan retorik yang kononnya nak membela melayu, nak tolong melayu. Tapi bahangnya cuma sekejap sahaja. Selepas itu melayu dibiarkan terkapai-kapai yang akhirnya cuma menjadi pengemis di bumi sendiri. Cukup-cukuplah berlakon teater bangsawan. Dah muak dah tengok pelakon sebegini menghunus keris sambil melaungkan hidup melayu. Tarikh PRU14 confirm adalah tarikh kematian UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 6:29 PM

No retreat no surrender! Alahai DSN, next PRU semakin dekat. Maknanya nanti tumbang Najib dengan UMNO sekali akan dilelong for sale! MCA, Gerakan dan MIC masih tenat dan perlukan kepimpinan BN yang solid.
DSN ingat 1MDB DAN 2.6B macam kapal MH370 yang hilang dan berakhir dilautan Hindi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 6:43 PM

Dunia ni ibarat roda. Cuma roda dunia tu besar. Dulu, umnu kat atas skali.

Sekarang tiba masuk ia bergerak ke bawah. Bezanya cuma perlahan atau laju je.

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2015 at 6:46 PM

Saya rasa Najib sendiri is confused over the whole 1MDB issue. Itu sebab dia tidak dapat memberi penjelasan yang jelas,telus dan meyakinkan.With all the confusion that is surrounding this issue, maka, keadaan kekeliruan ini jugalah yang memberi dia modal/harapan untuk tidak dikenakan apa-apa tindakan/pendakwaan.Siapa-siapa yang boleh mengaku bahawa dia tidak rasa keliru dengan isu 1MDB ni, I salute you, sebab saya sendiri tengok isu ini dah jadi semakin complicated dan sangat memeningkan kepala.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 8:21 PM

Anak bangsawan bukan pernah rasa susah hidup dari kecik lagi di kelilingi kemewahan segalanya duit yg lebih berkuasa Cash Is King sana sini suap sana sini sogok duit kerana gilakan pujian dan sedikit sokongan semua tu tak kemana orang yang sokong puji najib selama ini hanya kerana duit semata buktinya jika benar mereka semua ikhlas sokong najib takda lah facebook najib menjadi sarang makian dan hamunan mengalahkan facebook pemimpin pro Tun malah pemimpin pro pembangkang.

Mereka hanya menyokong menyanjung dihadapan sebaliknya turut mengutuk dibelakang ini resam penerima duit sogokan.

Nanti bila najib sudah hilang kuasa sudah bukan lagi pm orang yang menerima duit sogokan ini lah yang lebih dulu akan kutuk hina najib sampai mati itulah lumrah manusia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 8:50 PM

Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuunn

Kalau macam ni le jugak kodi nya presiden and his men, ini PAU terakhir la

Kalau 90% perwakilan dah tak ambik pot apa presiden ucap, ada ke lagi sokongan akar umbi ni ?

Buat parti baru la

Perkataan bahasa Melayu pun presiden tak faham maksud rupa nya !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 9:15 PM

Woiiiiii ..kau orang terimalah cakap najib ..haram guling kerajaan ..ahli kena taat setia ..najib siap bagi hadis lagi ..mkt angguk kepala sampai ada yg terseliuh bersetuju ..apa lagi yg nak dipertikai ..nilah masa nak ikut hadis
..heheheee

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 9:48 PM

ucapan pau najib hanya syok diri sendiri saje.ayat2 berbuih2 utk sedapkan pengampu2nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 10:04 PM

lepas PAU ni, kalau xde perubahan, aku gunting kad ahli UMNO aku.

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2015 at 10:13 PM

Keluar je cerita ktm naik tambang kanak2 7 thn sma mcm tambang dewasa...dan katanya spad dan kabinet dh setuju..... mmg aku rasa makin yakin.... umno bakal berkubur pru14. Xde harapan lgi kalau ikut hala tuju pengundi skrg ni. Kpd blogger2 setia ahjib.... ko serang le mahathir cmne pn....xde kesan langsung ke atas persepsi negatif org terhdp najib. Terlalu bnyk utk diperkatakn tentang ketidakprihatinan kerajaan skrg terhdp rakyat....senang ckp....kerajaan dh makin x kisah psl kesempitan rakyat. Itu ini naik.....ade jib kisah? Kalau setakat bgi brim....langsung x efektif kpd majoriti penerima...sekadar wang seronok2.. cuma ada segelintir shj yg mmg perlu sgt2. Mcm seolah2 skrg ni kerajaan nk kurangkn subsidi sebnyk mungkin...utk apa?..... entah....tpi yg hmpir pasti....rakyat makin marah....pru14....umno....nasi bungkus....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 10:38 PM

Kami PEMUDA UMNO menyokong penuh institusi Presiden kerana kalau tak sokong, miss soru lah jawabnya..Camry 2 biji,Lexus, Myvi bini muda, banglo 4 biji siapa nak bayar bil???????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 11:27 PM

Dapat ketua Bacul...Nilah akibatnya... Semalam bukan main berapi membela rakyat... Hari ni dah jilat balik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2015 at 1:26 AM

Mohon tuan senaraikan nama-nama punahsihat kepada PM ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2015 at 1:40 AM

Haram!! Guling kan kerajaan yg nak lingkup.Setia pada presiden smpai parti lingkup,bila lingkup saya dah x jd presiden..He2..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2015 at 2:00 AM

Berat PRU 14 ni.
Nk sokong UMNO terbayang muka Rosmah
Nk sokong PAS terbayang Hadi dok start bercinta dgn Najib dah.
Nak sokong PKR terbayang aksi lampau Anuwar dgn Saiful
Nak sokong DAP terbayang Lim anak beranak makan sup bak kut teh.
Nak sokong Amanah nak tergelak tengok muka lawak Mat Sabu..
Hmmm ada dak parti lain yang lebih baik?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2015 at 2:39 AM

Boleh caya ka penjelasan tentang 2.6 bil dan 1MDB ??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2015 at 2:41 AM

Asal awsj dedah duit masuk akaun peribadi najib bilang takan dia bodoh letak dalam akaun peribadi, bila dah sah ada bukti duit masuk akaun peribadi najib bilang dia tak amik duit rakyat, apabila di ditunjukkan carta aliran duit tersebut disalur oleh src international anak sykt 1mdb najib bilang bukan duit 1mdb tapi duit si penderma tunggal di timur tengah, apabila sprm cari pengarah src yg cabut lari najib bilang mereka sedang bercuti di luar negara dan akan pulang bila diperlukan, apabila sprm nyatakan ada jumpa penderma tunggal di timur tengah hari ini zahid pulak bilang bukan seorang penderma tapi ada penderma penderma yang lebih dari seorang sudah biol dah najib dan konco2nya punya twist kerana mau kencing rakyat.

Jangan terkejut jika rakyat berterusan tanya dimana baki duit 2.6 biliyun najib dan konco2nya akan bagi jawapan duit baki telah dipulangkan balik kepada penderma.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2015 at 8:21 AM

Jawapannya, PRU 14, bolehlah ramai-ramai tak yah mengundi, memang betul Tak de sape yang layak diundipun. Yang layak ialah BN yang tidak dikuasai oleh Najib Kaki Songlap Makan Sorang. RAmai-ramai Rakyat usaha Undur Najib....Undur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2015 at 10:23 AM

cadangkan pd muhyidin supaya kompromi dgn zahid midi dia akan letak jawatan tp dgn syarat ros luluskan parti melayu baru yg di terajui oleh nya, mahathir dan lain2 yg rasa meloya dh dgn najib. Tok sah dok nostalagia dgn parti keramat la, cam din idea aku boleh blah ke, hihihi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2015 at 10:40 AM

Jengok JMD-Jebatmustdie

Latest posting ada flowchart.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2015 at 11:03 AM

Ada, parti Tupperware. Ha Hahaha hilang stress jap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2015 at 1:26 PM

hahaha....terbaekkk broo

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2015 at 1:29 PM

Aku sokong sejuta paratus kalau ada parti melayu baru diusaha unt ditubuhkan. Ganti umno yg dh busuk bangkai. Kalau takde jugak, aku pakat sokong pas selagi pas tak berjimak dgn umno!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2015 at 5:30 PM

Jap sy kurang faham
Siapa bayar utk army camp yg bru tu? 1mdb ke kerajaan atau duit tentera?Boleh sape2 tlg beri penjelasaan????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2015 at 5:39 PM

aku & keluarga sudah 4 kali pru setiap kali nak pru & prk hampir tak tidor malam kempen untuk umno/bn esoknya masuk kerja ngantuk letih toksah kira lah masuk malam berjaga lagi.

tradisi keluarga aku tak pernah sekalipun undi pembangkang begitu juga pada pru14 kami takan skali undi pembangkang tapi jika najib kekal juga pm kami akan nekad buat undi protes pertama kali pecah tradisi keluarga apa boleh buat itu yang najib dan pengampunya nak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2015 at 5:59 PM

Cukup2lah dgn parti melayu.. sbbnya semua melayu dlm umno pun sudah layu. Tiba masanya buat pembaharuan. Klu sokong pas pun trlalu sibuk dgn hudud xfkir kos sara hidup yg tggi, pembangunan, sistem pembelajaran. Semua tu pun pentg dlm islam. Marilah sma2 pilih parti yg mmbwa manifesto permbaharuan. Cukup2lah dgn tema 'Melayu'.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2015 at 7:11 PM

Setuju !! Umno version baru. Terajang keluar semua MT, semua ketua bahagian Dan ajknya sekali.. Aman sejahtera satu Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
aku melayu
December 11, 2015 at 8:04 PM

buat pemilihan kt cawangan masingmasing suruh ahli pilih diaorang pilh... najib ke muhiddin.....jangan malumalu wahai ketua bahagian yang pemalu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2015 at 8:19 PM

PRU14 ni ...asalakan bukan umno jelah tema nya. Susah nak telan pembaNGKANG pun telan ajelah ... dah level biadap umno ni.

....................
Reply To This Comment ...................
December 11, 2015 at 8:56 PM

Tak ada peluang lagi umno.. klu lihat outcome dari PAU,wajib lihat alternatif lain utk PRU nnt..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 12:00 AM

mungkin dia pun dah kena jual dengan penyangak sebab itu susah nak jelaskan perkara sebenar.. malang sekali rakyat malaysia terutama orang melayu dapat pm spt najib.. dengar citer ketua ketua kg pun asyik garu kepala sebab susah nak jelaskan pada penduduk kampung bila ditanya. ramai yang dah kurang yakin dengan najib tetapi terpaksa angguk juga sebab ketua umno pun kaki angguk masyukkk..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2015 at 12:49 AM

Salam Bro,jangan persalahkan UMNO.Tetapi pemimpinnya yang buat onar.aku merayu kepada semua ahli UMNO yang masih waras,marilah kita bersatu menolak pemimpin yang tidak jujur apalagi presiden yang dah mula bengong....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2015 at 2:16 PM

Bukti 2.6 B dah sebati dgn pemimpin2 UMNO. Aku ahli UMNO buat pertama kali kecewa dan malu utk mengaku ahli UMNO slps PAU 2015 ni

Post a Comment