........... Najib Nak Jawab Isu RM2.6 Bil ? Hahahaha .... Baik Punya Kencing ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Nak Jawab Isu RM2.6 Bil ? Hahahaha .... Baik Punya Kencing !

Thursday, December 3, 201539comments


Ramai yang menantikan penampilan Najib untuk menjawab kesemuanya persoalan mengenai RM2.6 bil dihari terakhir Parlimen walaupun dalam hati memang dah agak - HAMPEH !, ternyata hari ini memang benar2 HAMPEH !

Tidak ada maklumat baru pun ..... patutlah menggelabah beruk nak halang sipolan2 dari berucap di PAU. Yalah, kalau 3 hb boleh jawab, kenapa nak perlu takut ada orang timbulkan isu2 RM2.6 bil pada 8 hb, kan ? 

Saya juga pernah tulis, kenapa perlu di tentukan tarikh sekian2 untuk jawab padahal jika jawapan itu SAMA dan BENAR, bila2 masa pun boleh jawab sebab jawapan itu akan tetap yang sama.

Sekali lagi alasan Dalam Siasatan diberikan. Macam kes 1MDB dulu, alasan Dalam Siasatan dijadikan sandaran bagi mengelak sebarang pertanyaan.

Di bawah saya copy jawapan Zahid bagi pihak peribadi Najib mengenai isu RM2.6 bil -



PENERANGAN DARIPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI
DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 14 (1) (i)
PENERANGAN BERKAITAN ISU DANA POLITIK RM2.6 BILLION

Tuan Yang di-Pertua,
Saya memohon untuk membuat penerangan dengan menggunakan Peraturan 14 (1) (i) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat di Dewan yang mulia ini berhubung dengan isu dana politik RM2.6 billion yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Dewan ini melalui pertanyaan bagi Jawapan Lisan, pertanyaan bagi Jawapan Bertulis serta semasa perbahasan peringkat dasar dan jawatankuasa Bajet 2016 pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13 Dewan Rakyat yang bermula pada 19 Oktober 2015.

Pada 4 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan bahawa jumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu bukan daripada 1MDB.

Kerajaan telah dinasihatkan oleh Peguam Negara bahawa apa-apa kenyataan tidak wajar diberikan berhubung dengan perkara yang dibangkitkan memandangkan perkara tersebut masih dalam siasatan oleh agensi yang berkaitan. Namun begitu, saya rasa perlu dimaklumkan bahawa, SPRM telah pun mengenal pasti penderma dana politik RM2.6 bilion. Selain itu, Bank Negara juga telah dimaklumkan mengenai pembukaan akaun bank tersebut.

Agensi yang berkaitan hendaklah diberikan kebebasan dalam menjalankan siasatan secara telus dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung dengan perkara yang dibangkitkan boleh dianggap sebagai sub judice yang boleh menjejaskan penjalanan sesuatu siasatan dan juga menimbulkan prejudis oleh orang awam terhadap pihak-pihak dalam siasatan berkenaan.

Pada masa yang sama, saya juga ingin menjelaskan di sini bahawa dalam sistem demokrasi, amalan menerima dana politik dibenarkan kepada parti-parti politik termasuk parti pembangkang.

Pada masa ini, Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang yang mengatakan derma atau pembiayaan politik perlu diisytiharkan dan tidak mengharamkan derma untuk kegunaan politik. Malah realitinya di kebanyakkan negara maju juga derma politik diberi secara umum.

Janganlah mana-mana pihak menunding jari dan berpura-pura tidak memerlukan dana politik kerana dalam sistem demokrasi derma politik bukan perkara baru.

Sebenarnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah menyatakan kesediaannya supaya pembiayaan politik dikawal selia sejak tahun 2009 lagi. Pada 2010, Program Transformasi Kerajaan (GTP) menyerankan cadangan kawal selia terhadap pembiayaan dana politik. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya oleh transparency International (TI) Malaysia pada tahun 2013.

Namun, saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengawal selia derma atau pembiayaan dana politik tidak jadi kenyataan kerana cadangan ini ditolak oleh parti pembangkang dan sehingga kini tidak ada undang-undang khusus dalam negara untuk menguruskan pemberian pembiayaan dana politik.

Memandangkan isu derma ini telah mendapat perhatian umum dan pelbagai reaksi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun ini sekali lagi mengenengahkan semula cadangan asal untuk mengawal selia pemberian dana politik dengan mnenubuhkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang akan mengambil kira pandangan semua pihak berkaitan.

Sekian. Terima kasih.


Hahahahahaahaha ........ TAK BOLEH JAWAB PUNYA !!

Semuanya hanya lakonan supaya tidak ada sebarang persoalan ditimbulkan oleh ahli2 parlimen sepanjang sesi Parlimen berjalan. Jika ada sesiapa yang bertanya hal2 berkaitan RM2.6 bil, akan dijawab - Semuanya akan dijawab pada hari terakhir sidang. 

Jadi semua pun senyap dan sabar menunggu. 

Pada hari terakhir Parlimen, langsung tidak di jawab apapun selain dari apa yang sudah dikatakan sebelum ini. Dan speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, ahli parlimen bukan sahaja tidak dibenarkan mengemukakan sebarang soalan tetapi mereka juga tidak boleh membahaskan jawapan atau penjelasan yang diberikan. - Mkini.



Dalam masa 3 minit, selesai penjelasan ....

Baik punya kencing ! 

PS - Najib ada tak dalam Parlimen masa Zahid jawab ? LARIIIIIIII !!!!!!!

Share this article :

+ comments + 39 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 3:37 PM

Tengku Adnan dan Rahman Dahlan kata wang tu derma untuk UMNO.

Tapi Zahid dan Aziz Kaprawi kata wang itu derma untuk kerajaan.

Wan Adnan Wan Mamat pula kata Najib beritahu dirinya dan 145 Ketua UMNO Bahagian dalam suatu perjumpaan bahawa itu wang yang didermakan oleh Arab Saudi kepada kerajaan.

Sekarang ni dah ada dua versi pasal RM 2.63 bilion dalam akaun peribadi Najib, siapakah yang menipu sekarang ini?

Adakah Tengku Adnan dan Rahman Dahlan yang menipu?

Adakah Zahid dan Aziz Kaprawi yang menipu?

Adakah Wan Adnan Wan Mamat Ketua UMNO Bahagian Kuantan yang menipu?

Atau kesemua mereka itu adalah penipu?

Tindakan Najib larikan diri dari sidang parlimen sedangkan Timbalan Menteri Azalina sebelum ini kata akan dijawab pasa hari ini, 3 Disember 2015, adalah sangat memalukan.

Jika Apandi Ali Peguam Negara kuncu suruhan Najib tu nasihatkan Najib supaya jangan jawab kononnya akan berlaku subjudis walaupun kes ini bukannya di mahkamah lagi pun, mengapakah tak diberitahu kepada umum lebih awal?

Bagaimanakah rakyat Malaysia nak percaya dengan Perdana Menteri penipu, Timbalan Perdana Menteri penipu, menteri penipu, timbalan menteri penipu, serta pegawai kerajaan penipu seperti Apandi Ali ini?

Malaysia kini dikuasai oleh golongan penipu yang dengan muka tak tahu malu secara berterusan menipu rakyat dengan alasan-alasan bodoh yang tak masuk akal.

Speaker Parlimen Pandikar Amin, bila nak hadapkan Najib ke Jawatankuasa Disiplin Parlimen mengenai kenyataan penipu mengenai USD 1.103 bilion yang ditukar sesuka hati oleh Najib pada bulan Mac 2015 dan bulan Mei 2015 yang lalu?

Speaker pun dah kena sumbat habuan, terus lentok menjadi pecacai suruhan.

Peguam Negara pun dah disumbat habuan, terus jadi balaci yang membela segala jenayah yang dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncu.

Ketua Polis Negara pun dah kekenyangan disumbat habuan hingga sanggup membela segala jenayah Najib serta menangkap dan menindas mana-mana pihak yang cuba menyiasat atau membongkar segala skandal jenayah Najib itu.

Lembaga Disiplin UMNO pun dah kembung perut, sendawa kekenyangan disumbat habuan, walaupun Najib dan kuncu-kuncu fitnah parti kononnya parti diberikan wang derma RM 2.63 bilion sedangkan tak ada hatta satu sen pun wang berkenaan diserahkan kepada akaun parti, semuanya disonglap dan dijoli oleh Najib sesuka hatinya dan dilarikan ke Singapura, ahli Lembaga Disiplin UMNO hanya melutut dan tepuk tangan sambil mengharapkan lebih banyak habuan ditabur untuk dimentekedarah sepuas hati, haram atau halal dah tak dipedulikan, dosa atau pahala pun lantaklah tak dikisahkan lagi.

Insaflah wahai juak-juak dan kuncu-kuncu serta terutama kepada Najib sendiri.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 3:43 PM

Pengkhianat Melayu paling besar dlm Parliment tak lain tak bukan Pendikar Amin Mulia sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
December 3, 2015 at 3:55 PM

Tahun 2015 satu satunya Anugerah pertama kali diperkenalkan d dunia belum ada lagi negara negara lain mengeluarkan Anugerah ini. Maka itu d umumkan Anugerah Penipu dan Putarbelit dimenangi oleh Najib. Kita harap tahun tahun hadapan tidak ada lagi Anugerah ini, kerana Anugerah ini terlalu mahal mencecah 2.6 billion.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 4:01 PM

Tak guna punya penyamun.
Tahulah nasib korang semua masa PRU nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
December 3, 2015 at 4:17 PM

Najib laaariii lagi.

Pee Mm yg paling pengecut dan bangang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 4:23 PM

"Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung dengan perkara yang dibangkitkan boleh dianggap sebagai sub judice yang boleh menjejaskan penjalanan sesuatu siasatan"

Satu lagi taktik rejim diktator najib cuba mengugut rakyat dan menutup mulut mereka!

....................
Reply To This Comment ...................
December 3, 2015 at 4:34 PM

bai... amin mulia dh dpt toilet dlm bilik dia.. so apa dia nk lg?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 4:47 PM

tpm katakan bahawa bank negara telah dimaklumkan tentang akaun najib di ambank.

baru2 ini ambank telah didenda rm53.7 juta oleh bank negara kerana pelanggaran undang2 perbankan tertentu.

mungkin perlu penjelasan dari ambank atau bnm samada denda tersebut berkait atau tidak dgn transaksi usd681 juta (1billion) ke dalam akaun najib...

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
December 3, 2015 at 4:48 PM

Assalammualaikum Bro Din!
Kah... kahh... kahhh... hii... hiii,,, hiii.... 'Memang baik punya kencing.'
Memang dah diduga umum apa yg dijanjikan itu hanya muslihat untuk menutup mulut MP yg bersidang supaya jangan bangkitkan soal 'derma RM2.6b' itu.

Bukan saja Ahli Parlimen, wakil media dan rakyat Malaysia malah manusia seluruh dunia yg mengikuti isu ini KENA TIPU dgn PM Malaysia - DS Najib bin Tun Abdul Razak.
Hebat sungguh PM Malaysia ke enam ni.....

Tindakannya LARI dari tanggungjawab MEMBANGGAKAN rakyat Malaysia. PM Malaysia yg paling cerdik dan pandai 'gunakan orang lain' untuk selamatkan dirinya kerana tak mampu atasi sendiri. Dasar seorang bacul dan pengecut.

Sekarang fahamlah kita kenapa Najib singkirkan TSMY dari kabinet.
Kalau TSMY masih TPM, beliau tak akan sanggup buat sepertimana yg disanggupi oleh TPM Zahid tu.
Apa yg dilakukan Zahid bukan saja jadi alat MENIPU untuk Najib, tapi sebagai menteri dan MP, dia menipu dirinya sendiri.

Apapun, sama-sama kita semua nantikan bagaimana dan apa pulak PENIPUAN yg bakal Najib persembahkan kepada ahli Umno pada PAU minggu depan.
Tok Moh Najib sedang menyediakan jampi serapah supaya semua orang tunduk dan diam saja dgn apa yg dipersembahkan itu.
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
December 3, 2015 at 5:02 PM

Entah sapa agaknya yang pegang remote control tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 5:05 PM

Ada siapa-siapa nak beri ulasan lanjut?
SSK, Mat Mazlan, Rahman Dahlan atau Husni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 5:54 PM

Ko ambik duit rakyat melalui gst dan penghapusan subsidi. Pastu ko claim ko kasi br1m. Sama seperti seolah-olah ko kasi 10 sen kat rakyat. Pastu ko mintak balik RM10 kat rakyat. Br1m tu seolah-olah takde makna langsung. Cukup2lah mendera rakyat dengan pelbagai idea yang merapu dan menyusahkan. Cubalah pikir mcmana nak senangkan rakyat. Macamana nak kasi rakyat bernafas sedikit dari bebanan kos sara hidup. Pikirlah sikit mcmana rakyat bawahan ni nak survive. Susah sangat ke nak ambik tau keluhan dan rungutan rakyat ? Sanggup dengar denyut nadi rakyat, konon.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 6:01 PM

najib nak jawab ????
kahkahkahkahkahahkahkahkah dan kah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 6:28 PM

Wang RM2.69 bil dimasukkan ke dalam akaun Najib melalui Falcon Bank Singapura.

Setelah digunakan lebih kurang USD50 juta wang dipindahkan semula ke Singapura.

WSJ pecah lubang Najib dah jadi billioner pada 8 Julai 2015.

Najib ambil masa sebulan cari akal nak jawab wang sebanyak itu adalah derma dari Timur Tengah.

Adalah sewel jika mempercayai wang sebanyak itu adalah wang derma dari Timur Tengah.

Najib angkat sumpah jawatan PM pada tahun 2009. Selepas itu TANAH MALAYSIA DI KTM TANJONG PAGAR berpindah tangan. Beribu tan pasir dan batu
Kerikil dieksport keseberang tambak sedangkan dizaman Almarhum Sultan Iskandar sebutir pasir pun tak lepas.

Apa game yang sedang dimainkan oleh Najib.

Kita lihat kesudahannya. Paling lewat pada tahun 2018.

Dosanya terlalu banyak kepada beribu rakyat Malaysia.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 7:13 PM

PM temberang..x pyhlah nak kelentong rakyat..kepercayaan aku pd kerajaan terutama PM hilang 100%..sorilah nak mengundi BN lg

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 7:30 PM

Mesti sediakan list untuk rek8dkan mereka yang bersifat munafiq baik ahli parlimen, dun, kakirangan kerajaan dan bloger2 yang menajiskan maruah mereka sendiri. Andai kata suasa dapat dipulihkan tidak akan ada pisang berbuah dua kali....biar mereka tenggelam didalam najis mereka sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 7:41 PM

As RM2.6 billion was a donation but it did not appear in 2013 umno's account, can we lodge a report to ROS?

2. Can I, as an ordinary umno member in sabah appoint a lawyer to seek court order to halt PAU next week us the donation was never accounted for in 2013 umno's account?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 8:41 PM

yang jawab 2.6b tu semuanya tukang jawab. bukan penerima 2.6b. bila tukang jawab menjawab ikut apa yang ada dalam kapla dia, memang mereka menipu. tapi kalu ikut apa yang mereka jawab, maka penerima 2.6b telah menipu mereka dengan maklumat yang berlainan. penerima 2.6b tak pernah berbunyi berkenaan 2.6b ini. sprm pulak kata 2.6b ni satu derma. waktu tu kecoh kerana pegawai penyiasat sprm kena siasat oleh polis pasal maklumat siasatan wang 2.6b bocor. mungkin ada usaha nak tutup isu 2.6b ni, maka keluarla derma. maka barula semua penjawab menjawab isu 2.6b dengan fakta air liur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 8:46 PM

Jangan hampa marah kat dia,ada kerja kut pi rasmi persidangan JKKK seluruh Malaysia dan juga penguhulu.Orang semua suka dia sebab tambah/lanjutkan lagi tempoh pegang jawatan.Nanti mereka ini balik boleh bagi penerangan dengan derma 2.6b itu yang masuk acc beliau.Tak mahu tolong kelentong berhenti!.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 8:48 PM

Kenapa semua tambang naik?...tak tau macam mana nak bedak2 untuk bulan nie dan seterusnya...poneng kepala den, krim boleh lah tolong, tapi jangka pendek boleh lah sikit, jangka panjang mcm mana...? 12 bulan yop....tolong kira kejap Najib...Eden dok risau nie....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 9:54 PM

Sy lg risau bila nk pru nanti...jibby tau rakyat x suke die
Die tau sure kalah punya pru...tp what next?
Most probably nmpk mcm better die lari
Tgal kn semua panglima2 bugima die
Org xde maruah mcm jibby apa die pedulik psl legasi keluarga tun razak
Xde mistahil d zaman jibby
Yg pasti ay nk make sure ketua bahagian yg poyo bab* tu semua disoal siasat
Semua ceo glc dibuang
X kisahla sape perintah pon..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 10:17 PM

Petugas yang dilantik sebagai ahli kepada badan penyiasat tu diberi elaun atau tidak?Kenapa ambil masa panjang? Bukan apa dah heboh satu dunia. Sekarang tak pasal TPM pula jadi tukang jawab.

....................
Reply To This Comment ...................
jawipekan
December 3, 2015 at 10:20 PM

Sepatutnya seluruh negara merasa benci dan berdoa agar Allah memusnahkan pemimpim pemimpin penyamun ini yang dah hilang perasaan malu kerana wang ringgit walaupun hidup mereka bukanlah dalam kesempitan.

....................
Reply To This Comment ...................
December 3, 2015 at 10:27 PM

Dah agak mesti org lain tolong jawabkan... Macam2 alasan.... Says mmg dah tak percaya kat Najib.....

....................
Reply To This Comment ...................
December 3, 2015 at 11:39 PM

Ulasan terbaik dari Abu Bakar... anda ada gaya dan bakat seperti DT... bila nak buka blog?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 12:23 AM

taktau nk luah katne,Kenaikan tambang ktm sgt efect my fmily. Huhu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 1:32 AM

hahahaahaha......sedeeyyyyy ada piemmmm macam ni kan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 4:42 AM

Eeh eeh, rupanya PM seorang penakut aka pengecut. Matlamat menghalakan cara.

Terang, jelas, ketidak upayaan menjelaskan isu yg direka sendiri...

Najib hilang kelayakan sebagai seorang pemimpin, hilang kejantanan seorang lelaki, pondan bukan lelaki jauh sekali..lebih teruk drp anwar ibrahim peliwat.

Kuwek, kuwek, kuwek...Najib ayam...

Ingat najib ingat Kuwek.. Kuwek... Kuwek...

Malulah bodohlah bangganglah, baghallah, beballah, kalau masih sokong, dokong, support, bela Najib Kuwek...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 7:17 AM

Ya Allah ya Tuhanku,

1. Manakah ulama islam kami?

2. Adakah ulama islam kami bisu?

3. Adakah ulama islam kami masih ada di malaysia?

4. Manakah ulama2 yang TERSOHOR seperti hassanuddin, fathul bari, jamil baharom etc.....adakah merekspa di perantaun sehingga tak tahu apa sedang berlaku dalam negara?

5. Bab khalwat merekalah juara, bab buang anak merekalah bijak, bab tak puasa merekalah berbuih mulut, bab halal haram mereka tak boleh dipertikai, bab vape merekalah pakar rujuk....dan lain2

6. Malangnya bab pengkhianatan, merompak, mencuri, pecah amanah, salahguna kuasa, rasuah.....mereka tak BERANI KE HADAPAN,
1. Adakah takut hilang pangkat?
2. Tak dapat fulus?
3. Pilihkasih.....orang biasa dilanyak orang besar menikus?

Apakah kita masih percaya kata2 ulama2 ini?

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 7:18 AM

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, selamatkanlah bangsaku, negaraku Dan agama kami Dari manusia2 Dan pemimpin2 yang khianat Dan zalim. Amin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 8:06 AM

Setuju dengan nonbal. Saya suka baca komen-komen Encik Abu Bakar di berbagai-bagai blog. Komen Encik Abu Bakar best,very informative berasaskan fakta, sama standard macam Din, if not better.Boleh tak Encik Abu Bakar beritahu kami sedikit tentang latar belakang peribadi Encik Abu Bakar? Terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
December 4, 2015 at 8:11 AM

Saya pun begitu. Dah menyampah habis dengan dia.Pada pandangan mata saya, apa pun yang Najib buat sekarang ini, semuanya sumbang belaka sebab dah tak percaya langsung kat dia.Jika keadaan ini terus berlaku,macam mana nak undi UMNO/BN pada PRU 14 nanti? Dalam keadaan dilema betul kita dibuatnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 8:21 AM

Assalamu'alaikum wbt.....

Kepada semua ahli umno, baik ahli akar umbi, ketua cawangan, ketua bahagian, ahli mkt dan seterusnya para2 pemimpin arasan

1. Kamu semua laungkan yang parti umno berjuang untuk bangsa, agama dan negara....namun kamu sekarang berjuang BUKAN UNTUK PARTI tapi MENYELAMAT NAJIB ATAS SALAH LAKUNYA YANG NYATA NAMUN DIKABURKAN OLEH PENYALAHGUNAAN KUASA

2. Kamu dapat lihat pengkritik najib di "bunuh" tempatnya dalam parti walaupun anda TIDAK MENGKRITIK PARTI

3. Tidak kah anda pernah terfikir apa guna PAU minggu depan.......HANYA UNTUK MEMUJI UMNO untuk mengukuh kedudukannya?.......

4. Saya cukup yakin dan percaya ramai kamu berkelulusan undang dan berani bercakap benar. Ramai ahli takut kehilangan pangkat, fulus dan lain2. Pernahkah anda terfikir FILE AN INJUNCTION TO STOP PROCEEDINGS OF PAU? Atas 2 perkara:

Pertama, seperti kata TDM.....wang RM 2.6 bil tak dimasukkan dan dibentang dalam akaun umno pada 2013!

Kedua, oleh kerana perkara di atas, maka akaun 2013 dan kemungkinan 2015 tak mengikut peraturan ROS .

5. Masih ada masa hari ini atau isnin untuk memfail injunction......kalau hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
6. Ingatlah....JANGAN BIARKAN ANAK CUCU ANDA KENCING ATAS KUBUR ANDA KERANA ANDA AHKI UMNO PENAKUT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 9:31 AM

Brother semua. Bodohlah kalu Najib lari dari Malaysia kerana sudah pasti dia kena tangkap hatta dia lari ke Urbekistan sekali pun. Jadi camna?, dia akan istihar MAGERAN la. Selamat lah dia dan jadilah Malaysia ni betul betul dia punya!.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 10:12 AM

Saya syg malaysia dan Umno,tp bkn syg pemimpin Lolipop mcm Dsn. Sedih la ...

....................
Reply To This Comment ...................
December 4, 2015 at 11:02 AM

Takut la tuuuuuuu. As salam tlg masukkan satu lagi blog saya dlm Blog Ganu. http://perkasadaerahmarang.blogspot.my/. Tkasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 3:19 PM

Mungkin MT atau KB umno tak sedar situasi semasa dikalangan rakyat marhaen. Tetapi bagi ketua cawangan kebawah tentu telah mendengar keluhan2 rakyat yang rata2 amat marah kpd PM @ umno/bn. Takkan kalangan ketua2 cawangan umno ini tidak sampaikan kelohan2 rakyat di bawah ini kepada KB mereka. Saya amat sedih parti umno yg saya ceburi berpuluh-puluh tahun sekarang ini menjadi bahan ketawa dan senda lawak dek kerana 1mdb dan 2.6 bil. Kalau nurul izzah (anak anwar) berani mempertahankan kenyataan beliau dlm parlimen berkaitan gambar beliau dgn anak raja kiram hampir memgeluarkan air mata, di mana kejantanan PM yg takut menerangkan isu 2.6 bil semasa sesi di parlimen pada 3 disember 2015 yg lepas. Apa dah jadi umno@bn under najib ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2015 at 12:13 PM

Salam Bro,kami semua sedang menanti pemimpin yang akan memulakan langkah menyingkir Najib.Kami dah tak tahan dengan perilaku dan kerenah Si Najib ni.Kami amat berharap ada pemimpin yang berani untuk ke depan dan In Sya Allah kami akan menyokong...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2015 at 2:57 AM

Bukan KB tak tau situasi sebenar dibawah bro. Tapi dah kekenyangan mentedarah dedak yg ditabur Najib. Kalau dah kenyang, nak berjuang apa lagi...??? Lantak pi pru 14 yg nampak gaya memang UMNO@BN nak ditalqinkan. Sapu dan sakau sementara ada ruang dan peluang yang ada. Jadi KB UMNO hari ini seronok sungguh. Dok lepak kat ofis jerr...tunggu panggilan mengadap big boss untuk bekalan dedak baru.

Post a Comment