........... Najib Kata, Selidikilah Kebenaran Sesuatu Berita .... Ya, Itulah Yang Kita Buat Dalam Isu 1MDB dan RM2.6 Bil ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Kata, Selidikilah Kebenaran Sesuatu Berita .... Ya, Itulah Yang Kita Buat Dalam Isu 1MDB dan RM2.6 Bil !

Sunday, December 27, 201535comments

Tertarik dengan komentar Najib melalui blognya yang menyebut sepotong ayat mengenai kesahihan berita -

Adalah tanggungjawab kita untuk memastikan sebarang berita yang diterima adalah sahih dan tepat. 

Bagi umat Islam, Allah SWT berfirman dalam Al-Quran, Surah Al-Hujurat ayat 6, mafhumnya;

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Ya, setuju sangat ! Dan itulah yang kami praktikkan selama ini dalam isu 1MDB dan RM2.6 bilion, iaitu selidik dan bertanya serta meminta pengesahan dari pihak yang berkenaan atau pihak yang terlibat.

Malangnya soalan2 kami itu tidak dijawab. Malah kami pula dituduh dengan pelbagai tohmahan.

Allah memberi kita akal fikiran untuk memikirkan mana yang baik, mana yang buruk, untuk mengenal pasti sesuatu yang pelik, atau menilai niat seseorang melalui tindakan2nya ...... bukannya akur membabi buta walaupun jelas sesuatu itu amat tidak masuk akal. Akal yang ada jika tidak digunakan, tidak ada bezanya dengan akal lembu !

Makanya kita bertanya ......

Kenapa 1MDB dari awal penubuhannya banyak melibatkan keputusan2 pelik yang tidak seharusnya berlaku kepada sebuah syarikat milik penuh kerajaan ?

Terbukti 1MDB telah rugi berbilion2 ringgit ...... apakah tidak ada siapa yang harus bertanggungjawab ?

RM2.6 bilion dikatakan sebagai derma ? Selepas didedahkan, baru nak mengaku, itupun selepas sebulan cuba menafikan dakwaan itu. Di mana bakinya ? Ke mana dibelanjakan ? 

Negara punya undang2 yang terpakai untuk semua rakyat tanpa mengenal pangkat dan darjat waima seorang Perdana Menteri sekalipun. 

Demi Allah, apa yang kita perjuangkan selama ini hanyalah demi Kebenaran. Demi memastikan agama Islam dan bangsa Melayu terus kekal bermaruah di bumi Tanah Melayu ...... bukannya hancur lunyai disebabkan anutan Cash Is King !

Share this article :

+ comments + 35 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 12:50 AM

najib ni dalam sekelip mata boleh jadi sebapak bapak alim.. tapi kalau dalam ucapan dia masa PAU hari tu macam betuhankan duit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 12:55 AM

sejak ada ura2 nak gabung dgn pas ni makin byk pula ucapan najib yg ada diselitkan dgn hadis dan ayat quran. tapi ayat tentang pemimpin zalim dgn rasuah tak pula diambil. cerita pasal saidina umar yg padam pelita pejabat bila nak berbincang dgn anak dia pasal hal2 yg bukan kerajaan tidak pula diceritakan oleh najib. nampaknya agama dlm politik hanya pada 'ambil yg perlu' sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
December 27, 2015 at 3:11 AM

Too many loopholes folks, beginning from explosive gruesomed until cemented

Action speaks louder than words, study the defendant action meticulously from the very first day the news broke into public and keep on studying..if you had a pure heart..definitely you will see there's something hiding behind the skeleton in the closet

Dont ever played with the God words, do you all knows that magician term and conditions that they needs to obeyed before their wish being granted by the shaytaan/djinn

They played and degraded the words of God, they messed the holy books with some dirtiest things such as menstrual blood etc, and the best part is they need to sacrifice blood to the shaytaan/djinn in exchange for their creepy wish to be accomplished

Do anyone ever think to engaged with the shaytann/djinn..think thrice folks or better never...the agreement are always one sided..have you heard about the fallen angel story with Adam a.s...sure you do

Fallen angel refused to bow as per order from God and in the arguments are" i was created from fire elements", it was a materialistic argument folks which leads to the fall of an angel title

It's about the same with the statement "he" executed several times that "cash is king" and you know what...it is a materialistic quote

Dont ever try to engage with shaytaan/djinn folks.. as it is forbidden and will definitely lead to terrible disaster individually nor globally




....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 3:18 AM

Sempat lagi nak tunjuk konon jadi mangsa fitnah.

Ya Allah, ku mohon hentikanlah kegilaan, keangkuhan, dan kesombongan PM kami ni. Kau sedarkan dia yg kami sebenarnya meluat pd tahap extreme pd setiap kata-katanya waima ucapannya itu merupakan Firman dari Mu. Amin

-Menunggu Najib menyerukan konsep Kepimpinan Melalui Teladan. Semoga kita tidak termuntah mendengarnya kalau Najib tiba-tiba canangkan pd rakyat konsep tu-



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 6:35 AM

Anwar ibrahim + najib = sama!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 6:42 AM

najib oh najib, kami bukan tak pi sekolah , policy bapa hang yang hantaq kami, so pandai lah sikit. kalau accountant or financial analyst tu dia bolih tengok account and comment, setengah tu auditor so dia faham kerja2 tu. so jangan perbodohkan kami.
don't make us look like an idiot.

....................
Reply To This Comment ...................
December 27, 2015 at 7:10 AM

Dia guna kaedah baru pulakkkk...dan inilah contoh contoh nasihat yang diberi oleh hj hadi....masalahnya...aku sbg rakyat bukan mcm zaman dulu lagi...dah terang2 penipuan terkantoi depan mata...bukan siapa yg kantoikan tapi diri sendiri....contoh dah banyak...aku ambik satu je....video majlis kahwin anak dia yg mewah sesangat tu di kongostan...xpa biarlah....hang gunalah ayat quran yg hang ambil sekerat utk kepentingan diri hang...dan ulama yg ada pun x nak menegur....bab kerajaan menekan rakyat dgn pelbagai alasan kenaikan hang x kisah pulak...yg org kaya mmg x kisahlah sbb depa bnyk duit...rakyat yg miskun ni mcm mana...hari2 tertekan woooo...lu gila ka apa tuan pemimpin....huh..pening pening....najibul...rosmabul...hadibul...opsssd...maafkan saya ya pemerintah...

....................
Reply To This Comment ...................
December 27, 2015 at 7:41 AM

Sejak bila pula najb ni padai guna dan tafsir alquran hebat pm kita ni cuba jawab apa yg rakyat katakan tu betul ke fitnah nanti jawab kat akhirat lagi berat

....................
Reply To This Comment ...................
December 27, 2015 at 7:51 AM

Nasihat untuk najib Janganlah memperdagangkan ayat-ayat AlQuran utk me!indungi perbuatannya yang dipersoalkan oleh orang ramai sekarang ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 8:16 AM

Tak sepatutnya Najib sebagai PM takut dengan segala fitnah. Undang-undang kan ada.
Patutnya dia takut anggota tubuhnya sendiri buat 'fitnah' depan Allah ketika kita dibicarakan atas segala amalan kita didunia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 8:23 AM

Pepatah Melayu: Alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. Begitu lah kelihatan nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 9:17 AM

Al-Ĥujurāt:6 - Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Al-Ĥujurāt:7 - Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -

Al-Ĥujurāt:8 - (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Al-Ĥujurāt:9 - Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Al-Ĥujurāt:10 - Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Al-Ĥujurāt:11 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Al-Ĥujurāt:12 - Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.


Allah Maha Mengetahui.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 9:19 AM

Allah jua yang Maha Mengetahui.

Maryam:75 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka, - sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya."

Maryam:76 - Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.

********

An-Naĥl:125 - Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

An-Naĥl:126 - Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

An-Naĥl:127 - Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.

An-Naĥl:128 - Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.


*****





....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 9:37 AM

Perlu ke selidik sedangkan cara menyelesaikan masalh
rm2.67 billion ni, cuma beri jawapan ke mana duit tu
menghilang. Adakah sudah ko belanjakan............???
Atau duit tu ko sorok kat bank-bank persisiran pantai
atau di Switzerland...........??????
Bercakap benarlah supaya tidak menimbulkan FITNAH yang
perlu diselidik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 9:44 AM

Cakap tak serupa bikin dari awal jadi PM sampai loni.. Malah skang dlm tersepit dgn skandal 1MDB Dan duit 2.6B makin kuat taktik perang saraf utk mengubah persepsi burok org ramai dgn berlagak alim.

Dalam nada itu pun jet kerajaan tak behenti bergerak merata diakhir tahun ni.. hanya rakyat cuba meneka dimana jugak si cina gemuk dan pak Arab conmen yg pernah bergambar sekali percutian dikapal layar sewa Mediterranean suatu masa dulu masa inspirasi nak lahirkan sibiawak hidup 1MDB..

Ayat Quran sebagai topeng politik?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 9:53 AM

Dah cakap dah, kubur kata mari tak semestinya dipenghujung senja.
Pencacai oh pencacai...

Begitu juga kes 10 juta kes derma cat pintu gerbang kota darulehsan selangor tu, najib boleh terima derma billion2 lagi tu....ini baru puluh juta.

Itu baru permulaan, lepas ni kalau pegawai kerajaan, swasta, kena cekop kena tangkap semua boleh cakap dapat derma.

Najib boleh kenapa orang lain tak boleh? Ya betul...satu contoh tauladan dari najib sendiri!

Fikir2kan lah wahai rakyat marhaen sekalian! Apa akan terjadi pada agama? bangsa? tanahair? anak cucu kita nanti?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 11:29 AM

Encik Dinturtle............
Buatlah satu artikel, tanya pasal DIVIDEN ASB,ASN,dll.
Senyap je takda apa-apa pengumumuman. Biasanya, menjelang cuti
krismas PNB sibuk buat announcemen dividen 7.5% or just 7%.
Tahun ni senyap je. Apa dah jadi.........takkan semua duit kami
sudah kering kontang digunakan to bail out Najib di pasaran saham
dan kena beli saham FGV yang sekarang turun merunduk ke Rm1.68...???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 11:41 AM

Isu kak rosmah dpt rm2juta masuk dlm personal account dh terjawab ke?lenyap mcm tu je ceritanya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 1:01 PM

Setuju 100% dua2 muka sposen sembang retorik kuat dan dua2 kaki kencing rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 1:11 PM

ya..Najib..dah ambik principle dari ayat Al Quran. Letak jawatan la & terima hukuman, cakap tak guna! Yang berbohong, tak bermoral, menyalah guna kuasa, merasuah ... ikrar sebagai rakyat Malaysia pun dah kamu ingkar, itu belum cakap menteri2 & penjawat2 yg berkuasa lain!!!
Tak perlu nak buat complicated la, Islam ni mudah...

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
December 27, 2015 at 1:19 PM

Assalammualaikum Bro Din!
Kesian PM Najib ni! Serba tak kena nampaknya. Kini cuba gunakan ayat al-Quraan pulak. Kaedah baru untuk menyelamatkan diri dgn alasan difitnah kononnya.

Kenapa kini Najib terfikir pulak nak guna ayar Quraan?
Adakah kerana memikirkan betapa fasehnya TSMY membacakan ayat-ayat Allah swt semasa berucap di Kelab Sultan Sulaiman dulu?

Atau satu kaedah baru memikat penyokong-penyokong PAS yg sangat diharapkan Najib untuk jadi tempat 'bergantung' yg baru setelah menyedari bahawa Umno/BN akan 'tomggeng' pada PRU 14 nanti?

Entahlah! Macam-macam ikhtiar yg penasihat Najib cuba nasihatkan dia untuk menyelamatkan diri dalam keadaan bahtera mereka yg semakin hari semakin membesar bocornya. Tunggu masa jer untuk tenggelam.
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 1:52 PM

Najib patut nasihat diri dia lebih dulu supaya selidik sendiri kehendak rakyat jangan main telan cerita karangan punahsihat dan totok pembodek keliling pinggang.

Baca sendiri komen2 pembaca dalam najib punya fb lebih 90% kondem marah kutuk tak larat dah admin delete komen2 bertalu2 masuk hentam najib apa crita, tengok pulak brapa banyak pembaca likes kalau fb zahid punya status likes toksah cakap lagi parah & cuba bandingkan dengan fb tsmy macam langit dengan bumi itu tanda najib & zahid totally out di hati rakyat.

Tak perlulah najib sampai meniaga Hadis & ayat Al Quran tujuan untuk menutup skandal jijiknya kerja sia2 saja lagi berdosa lagi ada kalau hidup dengan menipu, rakyat dah tau dunia pun tahu bertaubatlah najib & letak jawatan.

....................
Reply To This Comment ...................
December 27, 2015 at 2:19 PM

Salam brother Din...

Lama sepikan diri cos nak habiskan saki-baki 2015 yang penuh dengan 'minyak bercampur air' dengan aman.

Melayu mesti Islam = Islam mesti Melayu in Malaysia. Ini tidak berlaku dibumi lahirnya Islam. PAU lepas, berdengkar sebahagian perwakilan berhujah berlapis pada agama & hadis, termasuk tuan Presiden. Betul apa yang dihujah & sandarkan, cuma jadi janggal bila 'terang lagi bersuluh'.

Demi bangsa, demi bangsa, demi bangsa kata mereka "tak apa andai minyak & air bergaul" asal demi bangsa. Asas or awalnya niat memang demi bangsa. But bila diri tersepit then 'demi bangsa' ini dijadikan benteng oleh mereka ini.

Saya masih terus berpegang pada salah tetap salah, mesti terima hukuman macam kami yang waran tangkap memburu kami till rumah kami even sekadar langgar lampu merah jam 4 pagi.

Lawak tahap gaban jika tiada siapa yang bersalah or cuai dalam hal 1MDB, sedangkan dalam masa yang sama unta didenda RM50 juta oleh kancil kerana dikata melanggar perundangan perbankan.

Bila melawat Muzium Negara yang rasanya ramai yang tak peduli wujudnya kini, saya akan jenguk arcab'Melayu tak kan hilang didunia' ini. Betul la tu...

....................
Reply To This Comment ...................
December 27, 2015 at 3:45 PM

apa yang tercatit dalam Al Quran..tentang orang atau kumpulan atau kerajaan yang mengambil sebahagian dan meninggalkan Al Quran.....boleh semak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 4:46 PM

Bro din...
Najib ni time angkat sumpah bukan main lg sebut tiga perkataan ikrar 'wallahi, wabillahi, watallahi'. Alih2 sekarang dah lupa sbb bertuhankan duit, nasib sebut 'cash is king', tp mcm dah jadikan bertuhankan duit..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 8:51 PM

eiii...kamu ni dok kira dosa orang... any kalau orang tu tak bat salah Dan dosa engkau plak yg dapat dosa kering.... tak reti2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 9:20 PM

tang altanthuya, ahjibgor berani bersumpah kerana memang dia tak terlibat. tapi tang duit derma 2.6b, duit juta-juta src, duit hutang 1mdb terutama tang hilang kat pulau cayman dan pinjaman perosaudi, tu ahjibgor tak berani pulak nak bersumpah. apa yang kita nak tahu bab 1mdb ni? tak banyak pun, tapi masih tak jawab. kenapa beri petrosaudi hutang duit yang dilabur? kenapa putus kalu benda tu baik? apa sebab putus? kenapa cepat sangat buat keputusan untuk jv dengan syarikat yang baru ditubuhkan? tu baru bab 1mdb dan petrosaudi. soalan tang bayar option, ipic, aabar belum lagi. soalan tang beli ipp buruk dengan harga mahal dan rasional harga tersebut, belum jawab dengan markah gred A+. jual pulak 1mdb kat syarikat china, dah harta milik malaysia dah jadi milik asing, soalan juga. harta tanah milik negara diberi dengan harga murah dan kerajaan tak dapat untung, tapi dijual 1mdb untuk bayar hutang, soalan lagi, tapi masih belum jawab dengan markah lulus D-. jawwapan kebanyakan hanya sekitar markah gred E, untuk otak ahli umno sahaja. jadi tang mana kita nak dapat benda sahih jika tuan punya badan tak beri jawapan sahih dan telus. tapi tak hairan la, cakap tak serupa praktikal. cakap tu air liur, murah jer. tapi praktikal tu mahal, tak mampu nak buat.
setuju bahawa salah tetap salah. langgar lampu isyarat pukul 4 pagi, saman tetap saman. bawa keta laju, speed trap jalan juga walaupun lebih 1km sejam. so, derma masuk akaun peribadi? tak salah jika ahli politik yang dapat. kena tunggu sprm juga la. berapa hari lagi dah masuk tahun 2016.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 9:46 PM

Pemimpin berjiwa besar tak akan menggunakan alasan dengan menyalahkan kepimpinan terdahulu disebabkan masalah yang dihadapi dizaman kepimpinannya sekarang. Zaman Tun Dr. Mahathir dahulu pun tak salahkan Tun Hussein Onn atas segala masalah yang berlaku zaman Tun Dr. Mahathir. Misalnya masalah kejatuhan ekonomi pada tahun-tahun awal pada awal 1980an, Tun Dr. Mahathir tak salahkan pengurusan dan dasar di era Tun Hussein pun, tetapi beliau selesaikan dengan kerjasama jemaah kabinet kerajaan pimpinan beliau ketika itu.


Begitu juga Tun Hussien tak salahkan Tun Razak atas segala masalah yang berlaku masa Tun Hussein, misalnya isu PAS di Kelantan hingga menyebabkan darurat diishtiharkan di Kelantan pada 1978, tak pula Tun Hussein salahkan Tun Razak kerana ambil PAS bawa masuk Barisan Nasional pada 1971, tetapi Tun Hussein selesaikan masalah itu dengan kerjasama barisan kabinetnya ketika itu.

Begitu juga Tun Razak, beliau tak salahkan Tunku Abdul Rahman mengenai ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, tetapi beliau selesaikan dengan kerjasama barisan kabinetnya ketika itu.

Tunku Abdul Rahman juga tak menyalahkan Dato Onn Jaafar diatas masalah yang dihadapi beliau seperti kelompok ulama dalam UMNO keluar parti dan menubuhkan PAS, Tunku Abdul Rahman menyelesaikan isu penentangan PAS terhadap perikatan dengan kerjasama jemaah menteri beliau.

Tetapi dizaman Datuk Seri Mohd Najib, masalah yang berlaku di zaman beliau, disalahkan itu dan ini kepada Tun Dr. Mahathir, malahan keputusan kerajaan yang turut dipersetujui oleh Datuk Seri Mohd Najib semasa menjadi menteri dahulu, tiba-tiba Datuk Seri Mohd Najib lepas tangan dan hanya salahkan Tun Dr. Mahathir seorang sahaja, seperti isu tol, isu ERL, dan banyak isu lagi.

Sekarang kita boleh nilai kualiti pemimpin berjiwa besar yang sebenar tanpa perlu canang dalam perhimpunan agung parti dan diseluruh dunia dengan pemimpin yang hanya perasaan dirinya berjiwa besar hingga canang dalam perhimpunan agung parti dan diseluruh dunia. Segala msalah yang belaku zaman pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib, maka Datuk Seri Mohd Najib dan jemaah kabinet beliau sekarang ini hanya tahu tuduh itu dan ini kepada Tun Dr. Mahathir sahaja tanpa mereka sendiri tahu nak selesaikannya.

Sekarang kita boleh nilai pemimpin mana yang berjiwa besar berbanding pemimpin yang tak berkualiti tetapi perasan kononnya berjiwa besar pula.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 10:54 PM

Najib asyik salahkan pemimpin terdahulu terutama tun m atas kelemahan pentadbiran dia, sebagai pemimpin yang sanggup & berani pikul tanggung jawab tal sepatutnya ungkit pentadbiran terdahulu & jika pentadbiran terdahulu ada kelemahan @ kesilapan tugas dia sepatutnya perbaiki dan menambaik baik kalau tak boleh pikul tanggung jawab tersebut kenapa angkat sumpah terima tugas sebagai pm serah lah kepada yang sanggup pikul tanggung jawab jangan nak salahkan orang lain kerana kebodohan sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 11:01 PM

Pemimpin no1 sekarang tak boleh nak salahkan pemimpin yg lepas kerana kamulah yg bertanding untuk jadi pemiimpin negara sekarang....harus ada idea nak majukan negara...memakmurkan rakyat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 11:28 PM

8.51,

Kenapa perlu takut jika tak bersalah? Jika tak berdosa? Jika kamu di pihak yang benar kenapa perlu gabra? Gundah gulana? Anggap sahaja cerita dongeng....tidak terdetik sedikit pun tak terhiris, hati tak perlu cemas, tidak tenteram? kerana kita yakin makan duit halal betul tak?

Bukankah Nabi mengajar kita bukan sekadar celik mata tetapi celik di hati?

Fikir fikir kan lah demi agama, bangsa, tanahair Dan masa depan anak cucu kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 11:39 PM

Dalam isu 1MDB dan RM 2.63 bilion dalam akaun Datuk Seri Mohd Najib yang tak pasal-pasal heret UMNO dan kerajaan kononnya wang itu adalah derma kepada UMNO dan kemudiannya jadi derma kepada kerajaan sedangkan tak ada hatta satu sen pun wang itu diserahkan kepada akaun UMNO atau kerajaan hingga menjadi isu besar sampaikan masyarakat berpecah belah serta berlaku tuduh menuduh dikalangan masyarakat, maka sepatutnya Datuk Seri Mohd Najib sedar ini berpunca dari perbuatan beliau yang tidak bersikap jujur dalam kedua-dua isu itu.

Datuk Seri Mohd Najib perlu sedar bahawa maki hamun, caci mencaci, cerca mencerca, perbalahan, pecah belah, pergeseran antara rakyat akibat 1MDB dan RM 2.63 bilion dalam akaun peribadinya itu, adalah berpunca daripada dirinya yang tak jawab soalan dengan jujur, putar belit sana sini, sekarang nilailah siapa yang fasiq sebenarnya, malahan siapakah yang berperangai munafiq yang memecah belahkan rakya hingga sanggup pergunakan agama, pergunakan ayat Al-Quran, hadis dan sebagainya?

Kini SPRM dah siapkan siasatan dan akan beri kepada Peguam Negara untuk tindakan penilaian untuk tindakan pendakwaan.

Tidak tahulah jika akan ada alasan yang merapu yang akan digunakan untuk gagalkan pendakwaan walaupun terdapat prima facie untuk dakwa kes itu atau berdasarkan siasatan memang tak ada kes untuk disabitkan kes, tetapi perlu penjelasan yang ikhlas terutama siapakah pederma itu dan apakah pemberian itu adalah derma dan tidak menyalahi undang-undang dan apakah Datuk Seri Mohd Najib tidak mengishtiharkan penerimaan wang itu mengikut tatacara penerimaan hadiah atau apa-apa bentuk pemberian mengikut tatacara tatatertib pegawai awam memandangkan jawatan perdana menteri juga adalah jawatan pegawai awam? Ini perlu di jelaskan dengan jujur untuk mengelakkan kemusnahan total kepercayaan masyarakat terhadap kerajaan dan agensi penguatkuasaan.

Selain itu, bila PDRM nak kemukakan hasil siasatan mengenai 1MDB yang mana melibatkan urusniaga dan perlakuan jenayah komersil di dalam 1MDB?

Bank Negara dah kemukakan hasil siasatan kepada Peguam Negara dan telah ditolak mentah-mentah oleh Peguam Negara tanpa mempedulikan ke mana lenyapnya RM 1.83 bilion pelaburan dan pinjaman murabahah di dalam usahasama yang dah dibatalkan itu.

SPRM pun dah siapkan siasatan dan akan berikan sebelum 31 Disember 2015 kepada Peguam Negara.

Kini hanya PDRM yang tak diketahui apa dah jadi dengan siasatan mereka sebab tak ada perkembangan langsung, apa yang diketahui adalah orang yang cakap dan lapor kepada pihak berkuasa mengenai salah laku dalam 1MDB pula yang sibuk ditangkap dan dituduh dengan berbagai tuduhan yang tak masuk akal oleh pihak PDRM seperti cubaan gulingkan kerajaan dan mensabotaj ekonomi sedang kan salah laku dalam 1MDB yang sebenarnya mensabotaj ekonomi tak pula disiasat dengan bersungguh oleh pihak PDRM,apa dah jadi sekarang ini?

Siasatan yang tidak jujur oleh pihak yang berkenaan akan menyebabkan rakyat akan hilang kepercayaan terhadap agendi penguatkuasaan tersebut. Oleh itu, bersikap jujurlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2015 at 11:48 PM

Betul bro. Saya setuju. Najib bukan berjuwa besar. Tetapi Najib CAKAP BESAR aka SOMBONG DAN BONGKAK.

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2015 at 12:08 AM

Rakyat bertanya, tapi tak berjawab, maka dihukum oleh Ustaz Najib sebagai fitnah.

Sejak bila pulak, soalan boleh bertukar menjadi fitnah?

Ayat surah mana Najib ceduk lagi nanti ni...

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2015 at 12:13 AM

Anon 8:51.

Jawapan utk komen ko ni ada dlm Youtube.

Layari Youtube, bawah tajuk Salur Derma Politik Ke Akaun Peribadi, Apa Kata Najib.

Ini ucapan Najib dlm majlis anjuran SPRM.

Berdosakah aku?

Post a Comment