........... Najib Kata Derma Tak Salah, Undang2 Pula Kata Derma ...... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Kata Derma Tak Salah, Undang2 Pula Kata Derma ......

Monday, December 14, 201544comments


Kali ini saya cuma mahu ulangi apa yang Najib sebut dalam program wawancara minggu lepas di mana Najib cuba menjelaskan isu RM2.6 bilion.

Kalau rakyat diminta bersabar menunggu hasil siasatan SPRM, kenapa Najib sendiri yang cuba mendahului SPRM ?






Najib berkata di minit 3:30 - mereka juga menganggap ini bukan sebagai satu rasuah, ini sebagai satu donation, ini sebagai satu gift. Kalau donation, kalau satu derma ... ini tidak menyalahi mana2 peruntukan undang2.

Kalau pro Najib tak faham, donation itu maksudnya derma. Gift itu maksudnya hadiah. Dan kedua2 nya ada disebut dalam seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, sebagai membawa maksud yang sama dengan SUAPAN.


“Suapan” ertinya –

wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain

Tapi Najib dengan selamba boleh bercakap di depan seluruh rakyat Malaysia bahawa Hadiah atau Derma tidak salah ! ?

Selepas hampir satu minggu berlalu sejak kenyataan di atas, rakyat berharap pihak SPRM dapat tampil untuk berikan pencerahan.

Di bawah seksyen 23 pula -

Seksyen 23: Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan

23 (1) Mana mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan

Apakah sipenderma akan tetap berikan RM2.6 bilion itu kepada Najib jika Najib bukan Perdana Menteri Malaysia ?

Seksyen 50 pula menyatakan -

Seksyen 50: Anggapan dalam kesalahan tertentu

50 (1) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18, 20, 21, 22 atau 23 adalah dibuktikan bahawa apa-apa suapan telah diterima…., suapan itu hendaklah dianggap telah diterima…. secara rasuah melainkan jika akasnya dibuktikan


Ya, SPRM ada mengeluarkan kenyataan pada awal bulan Ogos bahawa RM2.6 bilion itu adalah derma. Itu juga diulangsebut oleh Najib.

Tapi SPRM tidak kata yang Derma itu bukan satu bentuk rasuah ! SPRM cuma kata ia adalah derma bersandarkan surat dari sipengirim dana. 

Samada derma itu satu bentuk rasuah atau tidak, ia MASIH dalam siasatan. Tapi Najib telah mendahului siasatan pihak SPRM dengan mendakwa derma yang diterimanya itu bukan rasuah atau bukan satu kesalahan.

Makanya pihak SPRM wajar berikan pencerahan.

( rujukan JMD )

                             **********************

Dalam satu perkembangan terkini, Ling Liong Sik dalam kenyataan balasnya kepada saman Najib, telah mempersoalkan kewajaran transaksi RM42 juta dana SRC ke dalam akaun peribadi Najib .

 
Mkini


Bagus ! Kalau dah susah sangat, asyik duk mengelak dari menjawab .... sekarang biar Najib yang jawab di mahkamah pula.  Apa pula alasan bagi transaksi RM42 juta dari SRC ? Yang secara kebetulan transaksi sebanyak RM32 juta berlaku ketika Najib Rosmah sedang bercuti di US.

Tapi saya percaya peguam Najib akan sedaya upaya cuba mengelak soalan sebegitu dari disebut dalam mahkamah. Sama2 kita ikuti perkembangannya.

Share this article :

+ comments + 44 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 9:04 PM

Tapi akta sprm kata derma adalah suapan.
Suapan tu apa ?
Hehehe !

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 9:20 PM

Kalu tokjib....semua ok...sprm ada brani..ag ada brani...kebab lg lah tk brani...terlepas,laaaaaa lg...ni msia..umno perintah...umno...utk mhd najib..ok..umno

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 9:27 PM

Invoking subjudice only at convenience to bugis only to excuse himself from being the subject of ridicule so, Zahid took the flak without any sense of embarrassment!

But its OK for him to come out on TV trying to paint a picture of a saint instead, he looked more like a loose-joker other than anything else.

He's dead in the water in trying to diffuse 2.6 Billion question but the 42 Million lesser amount would be the killer!

MLN

PS. Bro DT, aku domiciled luar negara lama dah tuh komen lebih cepat guna bahasa English tapi kalau bertutur memang champion lah dalam Bahasa Melayu! Just putting my thoughts to join in the crowd for the love of motherland sebab adik abang mak abah aku, sedara mara, nieces and nephews ramai di merata Malaysia! Tapi tuan blog tak release komen is your prerogative. Tak ada nak mengada ngada pun hanya as concerned anak melayu di rantau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 9:41 PM

Ialah Najib! Kau kuntaulah selagi berkuasa.Undang2 hanya ditentukan oleh mereka yang sewaktu dgn kau(Najib).Kalau Najib rasa beliau lebih berkuasa dan mengatasi segala undang2 biarlah kita berserah kpd Allah yang maha kuasa memberi petunjuk kepada beliau(tetapai jangan sampai hukum karma terkesan kepada rakyat jelata sudahlh).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 10:03 PM

suapan tue mcm kite mkn nasikk lerr broo...kne suap br msk ke mulut...
kalu kubota bajak sawah tue x blh hidup...kne suap ngn petrol baru snang hidup....huhuhu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 10:06 PM

Pusing2, kepala pusing
Pro najib tlg jawab, ni ke hasil kerja org bertauliah?

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 10:09 PM

Jika kena pd orang2 bawahan, rasanya intepretasi undang2 adalah sprt berikut: derma itu adalah satu bentuk suapan, dan suapan itu adalah dianggap satu rasuah, dan bersalah telah melakukan jenayah besar.

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 10:48 PM

Najib berhak mempertahankan dirinya dan membuat persepsi dan alasan yang sesuai.

Fakta, dia sudah mengaku derma masuk akaun peribadinya, itu cukup penting...the rest biarlah mereka berhujah..

Perkara pokok dan lebih penting ialah samada SPRM ni bengap ke tidak...

Kalau bengap, why?
Kalau tak bengap? When?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 10:50 PM

Minda Ah Jib Gor sudah move into another phase dengan TPM Zahid,ia itu kita semua kena hormat dan ikut PERINTAH dia because of the POSITION he HOLDS! This posture telah digunakan sebab jika dia di nilai atas KEBOLEHAN dan KETULUSAN nya rakyat sudah tahu dia seorang yang INCOMPETENT dan PEMBOHONG.

This political posture or maneuvering sangat popular di benua AFrika bila seseorang pemimpin itu sudah kehilangan support atau popularity dari rakyat nya. Kuasa undang2 melalui tentera dan polis diguna to stay in POWER. Saya fikir masa nya berlaku di Malaysia sudah HAMPIR tiba!!!!

Bagi TSMY dan Dr M saya fikir mereka pun kena 'shift' into warfare mode kerana Ah Jib Gor dengan bini nya will do whatever it takes to stay in power. Tempoh 'short term penjara'pun TELAH di guna ke atas Khairuddin dengan Matthiews Cheng ,to set an example to the rest of the rakyat yang berfikiran sama dengan mereka dua ini.

Legacy Dr M sudah di hancurkan,maruah dan jawatan TSMY pun sudah di buang,jika rakyat masih berdegil,saya tidak hairan kedua orang ini iaitu Dr M dgn TSMY di penjara atas alasan 'sham charges'di kangaroo court yang akan di atur oleh TPM Zahid!!!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 10:57 PM

Dia pi mai pi mai tang tu jugak.. lepas kata derma, dia kata gift lepaih tu kata hadiah.. awat tak cakap hang kena loteri je. Aku ni kerja 18jam satu hari nak besaqkan anak aku yang 2 org ni, ada ke org dr JKM atau majlis agama nak sedekah ke, nak hadiah ke atau nak derma seposen dua. Dunia.. dunia.. ikut kata setan kata hati ni seposen pun xde aku dan anak2 aku nak halalkan..

Rohani A. Ghani

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 11:01 PM

Apa lagi nak kata ???? Dia dah bilang " Cash is KING " !!! Tak bolihlah salahkan dia ..... dia pandang mana pun Nampak RM ... dia pusing mana pun Nampak RM ... bilik air , bilik tidur , dewan makan hinggalah tengah cangkung nak berak pun Nampak RM !!! Takut nanti , kalau buat buat tak Nampak nanti kena "swing " ... LOL

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 11:17 PM

Suapan tuh makan disuap bang. Tangan tak kotor dan alih2 kenyang jer

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 11:19 PM

Kalau dah ramai orang tolak lama kelamaan tumbanglah pokok tuh. Harap2 yang menolak tuh tak lari.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 11:21 PM

kalu beberapa minggu lalu, sprm cepat melompat membuka silat tunjuk power bila src kata sprm dah clearkan mereka. tapi bila ahjibgor mendahului sprm meng`clearkan`kan dan membersihkan dirinya dan dermanya, sprm buka silat bisu seribu bahasa. sedangkan sprm masih lagi membuat siasatan, dan ahjibgor baru jer beri keterangan tak sampai seminggu. tu pun buat kita tertanya-tanya. cuma bila tdm tanya lebih power kerana kapal pun bergegar. kita tanya bunyi macam kentut kat pasar malam ajer. orang tak perasan walaupun busuk. harap saman ahjibgor terhadap tun ling didengari di mahkamah. jangan dok lawan teknikal guaman macam bang non.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2015 at 11:22 PM

Kita jangan lupa bermulanya dengan Perdana Menteri yang BERBOHONG,ia nya sekarang di sokong oleh TPM yang sanggup BOHONG untuk cover PM. Menteri menteri baru yang rela berBOHONG di lantik.Ketua AG baru yg berBOHONG di lantik utk berkata tidak ada apa apa kesalahan berlaku(cari makan jew). Pengawai SPRM yang mahu bercakap benar dan tak sanggup berBOHONG di transfer keluar. Station TV pun dah mula agressively mejaja cerita pemBOHONGan pembesar pembesar kita. Orang sekeliling mereka yang sanggup berBOHONG di naik atau di beri pangkat yang lebih besar! Bloggers2 yang sanggup spin cerita BOHONG mereka diberi 'habuan' yang lumayan contoh RPK yg dulu seteru PM.

Akan tiba nanti suatu masa bila orang2 bawahan yang sanggup berbohong ,yang mahu juga 'habuan' mereka dengan menangkap kita atas tuduhan yang PALSU!!!!

We are heading towards a FAIL state now!!!
alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2015 at 12:30 AM

Kalau aku bagi derma kepada sesaorang yang susah dan ada masalah, contoh: orang miskin, orang yang sakit, orang2 yang memerlukan bantuan, adakah itu di katakan suapan juga. Sedangkan saya tak mengharap ape2 dari dia. Saya hanya nak bagi derma. Dan derma itu tak perlu saya nak buat placard besar2 untuk umum pada orang ramai. Memadai antara saya dengan dia je. Ada kah itu suapan juga. Agak2 lah weh.Lain lah kalau saya bagi derma tapi berkehendakan balasan tertentu untuk kepentingan diri saya atau untuk mendapatkan projek atau untuk melepaskan sesuatu kesalahan. Tu baru namanya suapan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2015 at 12:56 AM

Tapi akta itu pun ade flaw dia kata mana2 penjawat awam adakah dia terima sebagai pm atau presiden umno? Yang ni vague sikit saya pun tak pasti tapi kalo sebagai presiden pun dia kono jugak kenapa x masuk dalam akaun umno bak kata jmd. Dah bocor baru nak terhegeh2. Cit porah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2015 at 12:56 AM

Betul tu bro din turtle kita terlepas pandang sebelum ini perakuan derma ada dibuat oleh najib tapi dalam perjumpaan secara tertutup atau melalui teks yang dibacakan oleh zahid hamidi kemudianya di alunkan pula oleh jurucakap2 najib tapi kali ini najib sendiri mengucapkan nya secara live di telivisyen dan ada bukti melalui rakaman tersebut.

Sudah tentu samasekali kepada mana2 pemimpin tertinggi negara menerima, menyimpan, menggunakan sebarang bentuk harta derma atas tujuan kepentingan peribadi merupakan satu kesalahan jenayah.

Soalan aku dimana perginya baki dari wang derma 2.6 billiyun?.

....................
Reply To This Comment ...................
December 15, 2015 at 1:09 AM

Bro...itu sedekah kpd yg miskin. Najib tu masuk dlm kategori fakir miskin ke? Macam tu pun tak boleh fikir dan beza kan kah? Bagi hujah macam budak baru tadika atau memang bebal sejak azali.

....................
Reply To This Comment ...................
December 15, 2015 at 1:12 AM

Kena balik mengaji BM balik kalau macam ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2015 at 1:29 AM

Najib terkenal di seluruh dunia bkn kerana memajukan Malaysia to dek kerana skandal 1mdb nya,di negara Asean shj org dok mengata dh jd mcm kes Thakshin.Malu nya mana nak letak muka.Saya rakyat malaysia amat malu lah .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2015 at 7:44 AM

Tukar undang2 di parlimen supaya tidak menjadi kesalahan untok menerima suapan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2015 at 9:42 AM

Bro Din
Apakah SRC juga mensyaratkan derma RM42 juta mesti masuk akaun PM?

....................
Reply To This Comment ...................
December 15, 2015 at 10:09 AM

ada perpatah inggeris yg berbunyi "politicians r just like thieves. u can never catch the except red handed".
ini lah kedudukan yg sedang d alami najib sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2015 at 10:11 AM

Segala2nya perlukan duit.. tapi duit bukanlah segala2nya. Najib salah tafsir cash is king.

Patutnya najib kena kurangkan kos..tapi dalam masa yang sama pikir macam mana nak memaksimakan keuntungan.

Kalau nak berniaga.. macam ni baru betul.

Skang ni najib bagi semua naik...pendapatan naik sikit.. harga barang naik setiap masa + gst. Teorinya. kos buruh murah.. kos pengeluaran barang akan jadi murah juga.. pelabur pon suka.

Harga barang murah..rakyat gembira.. dia sokong kerajaan..

Rakyat sokong kerajaan... kerjaan gembira.

Habis kalau semua dah gembira... tak adalah najib tanya lagi.. apa lagi cina mahu... nak br1m ke taknak.

Tak gitu

Kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2015 at 10:12 AM

Najib dlm kategori sakit.. sakit gila RM..disebbkn taraf dia sbgai PM jdi xmainla ribu2.. kna bg biliyun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2015 at 10:29 AM

Interpretasi anda hanya membuktikan kebodohan yang melampaui batas. Atau saya katakan sbg sindrom Ahmad maslanii

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2015 at 10:40 AM

Apa? derma? donation? suapan? Apa?

Saja buat2 x faham atau lambat faham.

Penyokong Melayu pak pandir.

Menang sorak....tanah/ekonomi semakin tergadai dengan bangsa lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2015 at 11:17 AM

PAS halalkan perbuatan Najib. Najib halalkan sendiri. Najib kata Hati Najib Besar. Najib maafkan semua orang. SPRM bisu. Bank Negara bisu. IGP sibuk ke Bangkok, ke Amerika. AG takda kerja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2015 at 1:01 PM

Sedih bila makan nasi dengan member2 yang gaji rendah.

Nak makan yang sedap2 pun tak sanggup bila member makan nasi dengan telur je.

Kesian Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
December 15, 2015 at 1:14 PM

Kalau ketua negara kata derma tak salah maka semua kakitangan awam boleh terima derma maka ringanlah sedikot tugas Sprm untunglah kakitangan kerajaan janji halal hu huh hu

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
December 15, 2015 at 1:45 PM

Assalammualaikum Bro Din!
Apa yg Najib lakukan semuanya tak salah, sama ada dari segi undang-undang mahupun etika dan susila sebagai seorang pemimpin negara. Bukan Najib saja, apa yg bininya buat pun sama. Tak salah dan tak melanggar undang-undang dan peradaban manusia bertamadun.

Yg salah ialah TSMY. Sebabnya? Kerana meminta Najib mengadakan siasatan terhadap penyelewengan dlm pengurusan 1MDB dan seterusnya minta menghukum mereka yg bersalah.

Dan yg tersangat besar salahnya TSMY di mata Najib dan bininya ialah kerana menanyakan siapa yg dermakan US700milion dan kenapa pulak dimasukkan ke akaun peribadi.

Kedua-dua tindakan (pertanyaan) TSMY itu dianggap Najib sebagai mahu meruntuhkan kerajaan Malaysia. Walhal yg mungkin runtuh kerana SKANDAL 1MDB ialah dirinya sendiri, kerana terlalu banyak berbohong dan menyembunyikan fakta.

Maka dipecatlah TSMY dari kebinet. Dan walaupun masih kekal sebagai Timbalan Presiden Umno, TSMY dihukum dgn menyekatnya drpd berucap meresmikan perhumpunan tiga sayap Umno dan juga ucapan penggulungan di akhir PAU, yg telah jadi tradisi PAU Umno sejak sebelum PAU 2015 ini.

Dan apa yg dilakukan Najib serta pengampu-pengampunya dlm MT dan kabinet itu semuanya tidak salah dan tidak melanggar etika. Biasa biasa saja.

Segalanya hendaklah dianggap biasa-biasa saja kerana lubuk hati Najib berkata: "Aku PM. Aku Presiden Umno. Apa yg aku buat suka hati aku ler... Umno kini dah jadi milik aku - UNTUK MOHD NAJIB ONLY."
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2015 at 2:12 PM

Memang ada orang beri derma tak mahu nama nya di hebah hebahkan kerana dia melakukannya ikhlas kerana Allah semata mata. Kita sendiri pun masuk duit derma dalam tong kat masjid pada hari Jumaat diam diam saja. Derma untuk buat masjid. Derma untuk buat sekolah ugama dll. Ada tujuan derma itu diberikan. Tetapi bila derma yg begitu besar jumlah nya diberi kpd seorang yg memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden sebuah parti yg memerintah negara dan dimasukkan dalam akaun peribadinya, tidak akan mudah orang percaya dengan kelentong yg dijaja oleh Najib kecuali mereka terencat akal.Wallahu waalam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2015 at 2:55 PM

Penjawat awam xboleh trima apa jns hadiahpun!!! Jgn cuba halalkan utk selamatkan najib. Jgn jdkan negara jd rosak krn najib ,

....................
Reply To This Comment ...................
December 15, 2015 at 4:16 PM

Yes lepas ni boleh bagi derma banyak2...kalau ada penjawat awam yang menerima rasuah selepas ni boleh lah bagi alasan sebagai derma Najib kata tak salah disisi undang2...kaki2 rasuah please take note...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2015 at 4:40 PM

setuju sgt2 sbb najib dh set precedent..so lepas ni takde lagi istilah rasuah kpd pihak2 tertentu sbb itu semua adalah derma dan tidak menyalahi undang2 negara

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
December 15, 2015 at 5:59 PM

@AnonymousAssalammualaikum Bro!
Betul tu! Lepas ini SPRM boleh dibubarkan. Tutup kedai. Tugas mereka dah TAK ADA lagi! Rasuah telah ditukar maksudnya oleh PM Najib yg mahaberkuasa dan pengampu-pengampunya sebagai hadiah, derma dll yg bermaksud halallll. Boleh terima. Boleh sapu masuk poket untuk membuncitkan perut yg belum buncit tu. Yg dah memang buncit tu, bertambah boroi ler jadinya.....

Untuk apa kerajaan buang duit wujudkan SPRM? Kan boleh jimat belanja. Kerajaan pun dah tak berapa ada duit. Kalau tak ada GST yg 'mencekik darah' tu, mampos kerajaan jadi pokaiiii.
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2015 at 6:44 PM

Tapi lebih banyak tokey2 bagi derma pada penjawat awam tak mau orang tau pasal dia buat kerja salah.
Jadi salah tetao salah. Jgnlah cuba halalkan yg salah.

....................
Reply To This Comment ...................
NajibNazak
December 15, 2015 at 10:13 PM

Ini bkn salah dari segi rasuah saja, tapi AMLA. Pengubalan wang haram jadah Naji

....................
Reply To This Comment ...................
December 15, 2015 at 11:31 PM

Maksud nya hanya PM yang di bolehkan ambil derma dsb...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2015 at 12:34 AM

Hayatilah denyut rakyat @ suara rakyat.
1 Malaysia Dah Bising!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2015 at 11:44 AM

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2015/12/umnos-losyen-ketuanan-power-comment-by.html

Baik tukar je la nama Melayu kepada Kaum Pak Pandir. Bila anak cucu tanya macam mana negara boleh tergadai dan kita merempat di tanahair sendiri, jangan buat2 tak tau pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2015 at 6:31 PM

@diny yusof
RM empat segi ke RM bulat?

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2015 at 10:46 PM

Kasian pm kita kan...dlm
Kategori miskin tegar....fakir...

Post a Comment