........... Najib Berani ? Hahahaha ...... Tapi Tenang...... Ya, Tenang Dalam Memperbodohkan Rakyat | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Berani ? Hahahaha ...... Tapi Tenang...... Ya, Tenang Dalam Memperbodohkan Rakyat

Friday, December 4, 201513comments

TMI
Bila pemimpin lain terpaksa tampil mempertahankan keberanian Najib dan memuji2 Najib, itu menunjukkan memang Najib penakut !

Satu Malaysia sudah nampak sejauh mana keberanian pahlawan Bugis Malaya ni ...... Oya, sejak sauh dilabuhkan, tak dengar2 dah cerita penglipurlara pahlawan Bugis ni.

Then again, saya kena setuju dengan Hishammudin yang Najib memang seorang yang tenang. Najib tenang je lari dari bersemuka dengan Tun Mahathir masa di Nothing To Hide. 

Najib pun tenang jer lari dari menunjukkan muka di Seminar IACC mengenai Rasuah bila dapat tahu isu 1MDB dan RM2.6 bil menjadi topik hangat sesama perwakilan antarabangsa.

Najib tenang jer bila bagi alasan tak mahu saman WSJ sebab duit saman kalau menang pun, ciput jer.....

Tidak kurang tenangnya bila menafikan timbalannya dalam parti dari berucap kepada sayap2 parti, satu amalan tradisi berpuluh tahun .....

Dan semalam, Najib dengan tenang jer boleh lari dari menunjukkan muka di Parlimen bila satu negara menantikan saatnya untuk beliau mendedahkan segalanya mengenai RM2.6 bil setelah lebih sebulan diumumkan.

Memang Najib tenang ...... Tenang dalam ketakutan. Tenang dengan muka sardin. Satu Malaysia mencemuh Najib sebagai penakut, tapi ada Najib kisah ? Tenang jer ..... hahahaha .....

Segalanya mengenai RM2.6 bil mengundang persoalan. Tidak ada jawapan yang mampu memuaskan hati rakyat. Dan segala reaksi Najib dalam menangani isu RM2.6 bil hanya menguatkan persepsi negatif terhadapnya. Kerana tindak tanduk Najib dan kuncu2nya dalam menangani isu ini adalah tindak tanduk seorang yang BERSALAH.

Hanya orang yang bersalah saja yang akan beri pelbagai alasan dan seberapa boleh akan mengelak dari membuat pengakuan.

Pernah dengar Najib sendiri menjelas kedudukan RM2.6 bil itu ? TIDAK PERNAH kan .....

Hanya orang bersalah saja yang akan memarahi dan bertindak terhadap sesiapa saja yang mempersoalkan perbuatan salahnya. 

Padahal semuanya boleh diselesaikan dengan satu cara yang paling mudah iaitu tampil buat penjelasan dan jawab segala persoalan yang selama ini beliau elak.

Tunjukkan bahawa beliau berani kerana benar. Persepsi rakyat sekarang -  Najib takut kerana salah.

Sampai bila nak mengelak ? Satu dunia duk bercakap hal RM2.6 bil sebab ia satu sejarah tamaddun dunia di mana seorang individu menerima derma sebanyak itu sekali berdebuk !

Di harap masa PAU nanti adalah seorang hamba Allah dikalangan para perwakilan yang berani bertanyakan hal RM2.6 bil walaupun dilarang dari bercakap mengenainya. Seluruh rakyat mahu dengar penjelasannya tapi perwakilan dilarang dari bercakap mengenainya ..... tidakkah itu tanda ada yang tak kena ?

Saya syak isu RM2.6 bil jugalah yang menyebabkan Timbalan Presidennya dinafikan peluang berucap sebagaimana lazim.

Apakah ahli Umno sanggup berdepan kemungkinan diharamkan kerana melanggar Akta Pertubuhan sebagaimana disebut oleh Tun Mahathir ?

Pelbagai tindakan pelik dan diluar tabiee dilakukan .... semuanya kerana isu RM2.6 bil. 

Jika Najib seorang yang pemimpin yang bertanggungjawab, beliau dengan sendiri akan tampil beri penjelasan atas sebarang isu yang boleh membawa kemudaratan kepada parti. Dan jika tidak mampu selesaikan, beliau akan undur diri kerana tidak mahu parti menanggung beban yang terhasil dari kesalahan dirinya..... itu kalau Najib seorang yang berani bertanggungjawab.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 4, 2015 at 2:23 PM

Ya Allah....! Nak termuntah baca statement Hishammuddin ni. Lepas ni 'ayat-ayat cinta' / bodek apa pulak yg keluar....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 2:26 PM

Only a fool believes in minister of corroboration. A minister who needed lengthy corroboration until we lost mh370 forever. Minister who could not handle lahad datu case together with minister of rhetoric, zahid. Equally weak like zahid who has to say sorry and kowtow to LKY, hishamuddin incspite of kucup keris lembik kena minta maaf dengan China only to realise the chinese girl allegedly stripped was a malaysian.......STILL BELIEVE IN THIS BUM?

....................
Reply To This Comment ...................
December 4, 2015 at 2:27 PM

Well Put....hidup njib....njib 2 saper ya...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 3:00 PM

tunggu pau nanti dia jawap la isu 2.6b.
kerana dgn ketenangan itu najip akan jawap segala galanya sebab semua isu yg ditanya rakyat diketuai oleh beliau sebagai pm menteri mof penasihat wan emdibi yg amat mashyur nqmanya diserata dunia.percayalah selepas penggulungan pau najip akan dgn tenang balik kerumah tanpa boleh ditemuramah oleh wartawan.dengan tenangnya orang orang bawahan akan sudi menjawap soal balas dari media...wahai najip..sesungguhnya air kolam milikmu sangat kotor dan tidak kelihatan keladaknya biarpun sangat tenang dilihat mata.
duhai najip...ku sangka intan rupanya pasir ditanah gersang.

....................
Reply To This Comment ...................
December 4, 2015 at 3:20 PM

Rumusan nya.....takut kerana salah.Itu lah hakikat nya yg rakyat lihat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 3:43 PM

Kerana terlampau takut lah najib secara diam melalui zahid telah membentangkan rang undang2 baru 2015 majlis keselamatan negara di dewan rakyat dan telah di luluskan melalui undian semalam, mkn 2015 ini memberi kuasa lebih luas kepada najib tanpa melalui pekenan yang dipertuan agong, kerana terlalu takut lah rang undang2 ini di rangka dan dibentang tanpa di dedahkan telebih dahulu kepada rakyat seperti kebiasaan rang undang2 sebelum ini. melalui rang undang2 ini majlis yang di pengerusikan oleh najib pada bila2 masa boleh istiharkan darurat di mana2 kawasan yang dia mahu tanpa perlu memohon @ mendapat perkenan ydpa dan boleh menangkap sesiapa saja pada bila2 masa mereka
yang di kategorikan musoh yang mengancam negara termasuklah musoh ekonomi negara.

Ini lah tanda tanda ketakutan terbesar najib, sanggup menjadikan malaysia pemerintahan diktator alaf baru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 4:13 PM

Najib survived on the following:

1. Apandi giving him legal immunity
2. Zahid the rhetoric spokesman
3. Shahrir the corrupt Backbencher
4. Azalina, female karate expert body guard
5. Salleh Keruak, the voice yang sumbang ke laut
6. Rahman Dahlan, an office boy
7. Hishamuddin.....semadi nadai (sarawakians will understand this)
8.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 7:37 PM

Jangan disangka Najib yang tenang, tiada 2.6B dalam akaun...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 10:41 PM

Pihak Istana pun dah saran selesai isu dengan cepat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 11:26 PM

Actually Din I would like to think that there is no necessity for anyone at the PAU to question him in public. This is because he has been given a lot of time to give his answers - and yet he has failed to do it. I do not know about you - but I am really exhausted with his taking us for a ride over and over again for the last one year or so. There is always the answer to come - but when the time had arrived, there was no answer, he was not around to answer, etc.

Hence, what could be the right thing to do is simply the following: the members of Umno boycotting the PAU! Perhaps that is the only way available for the people to tell him that they have had enough of his game...

We the long suffering Malaysians, Malays, Umno members, etc. surely deserve so much more from our so called leaders.

What say you?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2015 at 5:46 AM

Sepu sepapat sama je sepusat sepusing ..dua dua kaki kencing .. sebenarnya Hisyam ni ada salah besar pada bangsa Melayu ..sampai sekarang aku tak boleh maafkan dia ...

anonymous 11.26pm ..
"the members of Umno boycotting the PAU! ?"
my answer is .. hahahahahahahahahahaha .. what can you expect from donkeys? ... United Macai Najib Organisation ..

....................
Reply To This Comment ...................
December 6, 2015 at 2:31 AM

This is UMNO at fault. The party that so many defended. I heard many says the Party is not at fault but the individual in the party, which I dont agree. You cannot say I x not at fault but my soul is n u go scot free. All the good people in UMNO should quit n form new party. Let the the dirty souls that tainted the party live in it. If u stay there n voted for UMNO meaning u are supporting the devils then one should not cry foul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2015 at 4:08 AM

najib sepatutnya mengikut cara tunM menjelaskan sendiri masalah negara kepada rakyat di stadium setiap negeri. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya malah penjelasan tersebut hanya dilakukan oleh orang suruhannya sahaja. hakikatnya semua warganegara malaysia sedar bahawa najib sedang menyembunyikan sesuatu samada kebenaran ataupun satu kebetulan..

Post a Comment