........... Isu Bayaran $850 Juta Kepada Syarikat Mirip IPIC - 1MDB Kekal Konsisten Dengan Cara Macam Jawab Tapi Tak Jawab Langsung ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Bayaran $850 Juta Kepada Syarikat Mirip IPIC - 1MDB Kekal Konsisten Dengan Cara Macam Jawab Tapi Tak Jawab Langsung !

Friday, December 18, 201524comments


Semalam kita dkejutkan dengan pendedahan/dakwaan terbaru dari WSJ bahawa 1MDB telah membayar USD850 juta kepada sebuah akaun milik syarikat lain yang namanya mirip syarikat milik IPIC ( KLiK ).

Syarikat 'palsu' itu bernama Aabar Investments PJS Ltd sementara syarikat milik IPIC pula bernama Aabar Investments PJS ...... TANPA perkataan Ltd ( Limited ). Kalau anda masih ingat, perkara yang sama juga dapat kita lihat berlaku semasa perjanjian usahama antara 1MDB-Petrosaudi di mana yang menandatangani perjanjian usahasama dengan 1MDB itu BUKANnya Petrosaudi International Limited tapi sebuah syarikat lain yang bernama Petrosaudi Holdings ( Cayman ) Limited ! ( KLiK )..... bunyi macam sama tapi sebenarnya tak sama.


Apapun pihak 1MDB segera tampil menjawab semalam ...... dan masih mengekalkan cara jawapan basi yang 'nampak macam jawab tapi langsung tak jawab' !

Mkini @ Bernama -


Tak percaya ? Cuba baca kenyataan media yang pihak 1MDB keluarkan -

1MDB
Pandai diorang tulis kenyataan yang panjang tapi jika diteliti, langsung tidak sentuh apa yang WSJ dakwa semalam. Sebab itu saya katakan - Nampak macam jawab tapi langsung tak jawab !

Apa yang susah sangat nak jawab ?

Katakan saja yang 1MDB ada buat pembayaran kepada syarikat yang benar, yakni syarikat milik IPIC. Dan amaun itu ada dalam akaun IPIC. Katakan yang dakwaan WSJ itu adalah satu fitnah.

Setakat nak buat pengesahan jer.... tak perlu minta rakyat tunggu hasil siasatan yang entah bila nak siap dan yang belum tentu akan didedahkan kepada rakyat.  

Kalau 1MDB terus mengelak dari menjawab persoalan yang diajukan, sampai kiamat pun tidak akan terjawab segala persoalan !

Pendek jer jawapan atau pengesahan yang diperlukan..... tak perlu nak berbunga2 bagai cerita lagak macam orang politik.

Ya, jika anda baca balik jawapan balas dari 1MDB itu, anda dapat rasakan intonasi berpolitik, sesuatu yang tidak wajar datang dari sebuah syarikat milik penuh kerajaan.

Kenapa perlu disebut bab politik ? Samada pengkritik itu adalah dari pihak parti kerajaan atau dari pihak pembangkang, mereka semua adalah rakyat Malaysia, iaitu stakeholder dalam 1MDB. 1MDB harus melihat sebarang pertanyaan atau kritikan dari sudut profesional.

1MDB perlu ingat, 1MDB adalah milik kerajaan atau rakyat, bukannya milik parti yang menjadi kerajaan. Sekiranya BN tumbang dan parti lain yang menjadi kerajaan, apakah 1MDB akan menjadi milik pembangkang ? Tidak ..... 1MDB tetap milik kerajaan atau milik rakyat.

Jadi apasaja perkataan yang mempunyai intonasi politik tidak harus ada dalam kamus 1MDB.

Setiap rakyat punyai kepentingan dalam 1MDB dan rakyat juga berhak untuk bertanya kepada 1MDB apa2 perkara yang timbul mengenai 1MDB. 

Tunjukkan di mana yang ada mengatakan 1MDB itu milik Najib ! ? Atau milik UMNO ?

Diharap Arul Kanda janganlah cuba bermain politik dalam menjawab bagi pihak 1MDB. Be professional la ....

Balik kepada dakwaan WSJ semalam .... tunjukkan di mana dalam jawapan 1MDB yang panjang lebar itu yang ada merujuk kepada pembayaran USD850 juta kepada sebuah syarikat yang namanya mirip syarikat milik IPIC ?

Tak habis2 nak sebut tentang Plan Rasionalisasi Hutang.... kita bercakap tentang yang lepas, tentang keputusan dan cara urusniaga yang diamalkan oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB. Kita nak tahu kenapa dan bagaimana 1MDB boleh jadi sebegitu teruk sehingga terpaksa dibuat Plan Rasionalisasi Hutang itu untuk menyelamatkan maruah dan nama baik negara dari terus tercemar.

Akhir sekali, kita nak tengok mereka yang menjadi dalang disebalik segala kemelut itu diadili dan dihukum sekiranya terbukti mereka bersalah ( gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ).

Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 18, 2015 at 3:23 PM

Abang Najib cuba beli masa dengan alih fokus rakyat paada isu perpaduan UMNO-PAS sementara tunggu isu 1MDB reda sampai PRU-14.Namun x semudah tu nak alihkan perhatian bro Din Turtle daripada isu 1MDB.

Kalau ikut versi pengerusi beli mesin buruk bro Din tu,pengerusi masukkan duit pada company yang hampir sama dengan nama company supplier mesin. :D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2015 at 3:50 PM

bila jawapan yg diberi bukanlah satu jawapan yg diminta.

inilah yg dikatakan bengap oleh mukhriz...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2015 at 3:54 PM

8 kali mati hidup balik pon kita takkan dapat jawapan nya hihi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2015 at 4:50 PM

Wow! Bila Jho Low nak kena cekup ni? Dia ni kalau diberi peluang boleh jadi lagi terra dari Bernand Madoff punya ponzi scheme!! Bila PDRM nak suruh Interpol cekup mamat ni? Sure Interpol takkan reject!

....................
Reply To This Comment ...................
December 18, 2015 at 4:53 PM

Cara jawap sebijik mcm pertubuhan parti politik, bukan mcm syarikat korporat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2015 at 6:18 PM

Najib cakap hujung tahun 2015 (bukan 2014 atau 2016) isu 1mdb berjaya diselesaikan.

Ingat ya pembaca semua, najib mengaku jiwanya besar sebesar kak mah!

Ini bukan syok sendiri atau angkat bakul sendiri sebaliknya blongang2 yang makan duit haram pun turut sokong.

Masih ingatkah apabila arul kanda berucap beliau mendapat tepukan hebat dimana penonton yang tepuk tu tak tau dimana hujung dan pangkalnya?

Semuanya kerana duit haram.

Najib tak perlu letak jawatan dah ni sebaliknya perlu melarikan diri ke luar negara!

....................
Reply To This Comment ...................
December 18, 2015 at 6:42 PM

Sir looking more & more like a con job.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2015 at 6:46 PM

Dah la jawapan melalut, ke laut pulak tu..

....................
Reply To This Comment ...................
KJ
December 18, 2015 at 7:02 PM

PDRM nak siasat JLo ? Kah! Kah! Kah! Mana dia orang berani. KBAB pon kecut telur dengan JLo ni. Silap haribulan, kena transfer atau kena lucut jawatan...habis lah. Nak taknak, habiskan lah masa menyiasat TunM. Kesiankan keadaan kita sekarang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2015 at 7:54 PM

Jawapan sepenuhnya berhubung bayaran $850 juta tu akan diberikan pada hari terakhir persidangan parlimen akan datang. WanEmdibi akan saman WSJ pada hari selasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2015 at 8:09 PM

betul la apa yang kita komen, jawapan berfakta sastera klasik. bukan berfakta matematik. tapi dah cukup buat modal blogger prepaid dan postpaid untuk pusing cerita jawapan tu, dan salahkan tdm kerana tol naik dan perjanjian berat sebelah serta trilion ringgit tu. tak ada kait langsung dengan cerita yang sedang didebatkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2015 at 9:58 PM

And the "...bloggers pun minta DUIT..." now on the offensive after an 'invigorating' UMNO PAU attacking Tun M on,

-Trillion $$$ tak masuk akal case
-Proton bla bla bla
-TOL hike salah TUN??? WTF???

These paid bootlickers are really constipating only because an impending blow-up on 42 Million from SRC which will be hard-pressed to defend but, was made worst with WSJ latest salvo...suit them just fine, squirmed lickers, SQUIRMED!!!

And now bugis once again throwing a hawser to Hadi however, by the stroke of mother luck both of them can sink to the bottom of the abyss since UMNO & PAS are really pathetic (lately) in upholding whats right for the malays and bumiputeras and Islam on the whole!

Wait, we still have PKR but sorry to say they are just as hopeless! So, whats left for an alternative for the malays-bumiputeras-muslims since malay-muslim dominated parties are now very much fragmented?

GKCM if they consolidate and align themself with the right NGOs turned political, they could well become formidable.

Lets all come together and think of an URGENT solution before GE14 become a catalyst for pandemonium in beautiful Malaysia!

Ikhlas, just sharing my thoughts, thanks DT.

MLN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2015 at 11:05 PM

Syarikat tiruan tu sengaja di wujudkan atas satu tujuan sahaja iaitu untuk merompak duit 1mdb dan kencing seluruh rakyat malaysia, kesan kerugian akibat dari penipuan ini akan ditanggung oleh rakyat untuk jangka masa yang lama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 12:02 AM

@AnonymousBetul Bro,anybody opens a company in Cayman Island HANYA utk satu purpose ia itu utk MENIPU!!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 1:00 AM

Yes, con man running the country. Kesian Malaysian. Ada pembangkang pun tak guna.Cakap jer lebih, tapi tak boleh buat apa2 pun. Siapa punya idea pandai nak swindle duit-duit kerajaan ni? Najib ni bukan pandai sangat pun. Tahun depan, hidup rakyat makin tersepit,ramai yang kena buang kerja dan perbelanjaan hidup makin meningkat. Mungkin sampai tahap terlambat macam tu, baru nak bangkit berani kot, depa dah kebas berbillion-billion dah......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 4:52 AM

Masyarakat umum sedia maklum dengan perkembangan skandal 1MDB,...syarikat pelaburan strategik y di tubuh kn hanya sebagai platform untuk mencuri hasil Negara,...xperlu pendedahan atau jawapan tepat,..rakyat malaysia mmg sedar tentang hal ini,..namun sifat takut dan malas dikalangan rakyat Malaysia y membuat kan si penyangak2 ini bebas melakukan apa saja mengikut sesuka hati mereka,...jika dibanding kn dengan jiran sebelah utara kita,...Thailand,...walaupun kalangan rakyat kurang pengetahuan dan pendidikan,..namun mereka punyai jiwa dan amat sayangkan negara mereka,...contoh y sy bule kaitkan,,..adalah seperti demonstrasi jalanan y di lakukan People's Alliance for Democracy (PAD) bagi menjatuhkan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra pada tahun 2005-2006,..mereka sanggup berhimpun dijalanan berhari2,...sehingga jatuhnya rejim Thaksin,..berpunca dari keluarga Shinawatra menjual seluruh saham mereka di Shin Corporation kepada Temasek Holdings milik Singapura,...Jawatankuasa Pemeriksaan Aset yang turut dilantik MKK pula membekukan 76 billon baht ($2.2 bilion) asetnya di Thailand, mendakwa dia menjadi terlalu kaya ketika berkuasa,...atas inisiatif rakyat y snggup berhimpun berhari2,..sehingga memaksa campur tangan tentera menyebabkan rampasan kuasa berlaku,..dan parti Thai Rak Thai (TRT) telah diharamkan di Thailand,..jika dihayati perkara ini,..menampakkan betapa sayang nya rakyat Thai kepada Negara sendiri,..berbeza dengan rakyat Malaysia y lebih kepada merungut,memaki dan hanya berani di laman sosial,..dan jika rakyat kita diajak bersatu bergandingan bagi menjatuhkan kepimpinan sekarang,....mereka lebih selesa dengan berkata tidak,..dan memberi jawapan mudah,..'lebih baik duk rumah minum teh o ais,..dari berpanas hujan di jalanan,...ini lah sebenarnye kelemahan rakyat Malaysia dan membuatkan penyangak2 tersebut semakin bergelak ketawa setelah mereka kencing berterusan di depan muka kita sendiri,..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 9:39 AM

Kau ni asyik salahkan pembangkang.dulu rakyat nak tumbang umno kau yg sibuk undi bn.padan muka kau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 10:16 AM

RAKYAT MALAYSIA BUAT TAK TAHU ATAU RAKYAT MALAYSIA MEMANG BANGANG,2 tahun dulu, pembangkang berbahas di parlimen hingga nk pecah anak tekak ttg GST,ada rakyat ambil tahu atau menyokong, pembangkang buat demo GST diKL hntar memo kat agung, ada rakyat meyokong,jawapannya TAK!!! megutuk lagi ada,dan skrng GST dh digunakan, baru rakyat ada kesedaran yg GST tu menindah rakyat, dah terlambat, klau dulu rakyat tak mahu GST, tnjukan kekuatan rakyat, mungkin skrng GST takda lagi, inilah masaalahnya rakyat malaysia,minyak naik,rakyat diam,subsidi dihapuskan rakyat diam, harga barang naik rakyat diam,cukai gst dikenakan rakyat diam,bilalah rakyat malaysia ni nk bersuara menentang penguasa yg zalim ni,fikirkan, buatlah perubahan,hidup rakyat makin tertindas, cuba bayangkan sebuah syarikat(1IMDB) yg ditubuhkan kerajaan, telah membuat hutang berbilion dollar,dan tak mampu untk membayarnya adakah bebanan hutang itu harus ditangung oleh rakyat malaysia, itulah yg harus di jawap oleh kerajaan,cuba fikir2kan, jgn kerana digula gula ttg brim, hati kita dh gugur berderai..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 10:16 AM

RAKYAT MALAYSIA BUAT TAK TAHU ATAU RAKYAT MALAYSIA MEMANG BANGANG,2 tahun dulu, pembangkang berbahas di parlimen hingga nk pecah anak tekak ttg GST,ada rakyat ambil tahu atau menyokong, pembangkang buat demo GST diKL hntar memo kat agung, ada rakyat meyokong,jawapannya TAK!!! megutuk lagi ada,dan skrng GST dh digunakan, baru rakyat ada kesedaran yg GST tu menindah rakyat, dah terlambat, klau dulu rakyat tak mahu GST, tnjukan kekuatan rakyat, mungkin skrng GST takda lagi, inilah masaalahnya rakyat malaysia,minyak naik,rakyat diam,subsidi dihapuskan rakyat diam, harga barang naik rakyat diam,cukai gst dikenakan rakyat diam,bilalah rakyat malaysia ni nk bersuara menentang penguasa yg zalim ni,fikirkan, buatlah perubahan,hidup rakyat makin tertindas, cuba bayangkan sebuah syarikat(1IMDB) yg ditubuhkan kerajaan, telah membuat hutang berbilion dollar,dan tak mampu untk membayarnya adakah bebanan hutang itu harus ditangung oleh rakyat malaysia, itulah yg harus di jawap oleh kerajaan,cuba fikir2kan, jgn kerana digula gula ttg brim, hati kita dh gugur berderai..

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2015 at 10:20 AM

Pembangkang dah buat macam macam dah, tapi Najib control semua agensi. Cakap banyak kena tangkap. Kita kena tunggu PRU akan datang baru boleh, itu pun belum tentu, takut mainan duit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2015 at 4:51 PM

Ya, tu lah cara si munafik buat niaga. Kalau dah proklaim wang itu raja mana duduk prinsip?!

....................
Reply To This Comment ...................
Mujahid
December 21, 2015 at 1:34 AM

Anon Dec 19 10:16AM

GST tu pada dasarnya memang bagus. Sebab tu la manusia berakal tak menentang hari tu. Cuma masa tu mana kita nak tau pelaksanaan GST akan jadi kelam kabut tunggang terbalik sampai tokey-tokey boleh ambik kesempatan jugak lagi nak dapat profit lebih.

Cub ajawab sikit: pasal apa ada setengah tempat harga air tin masih maintain tapi kebanyak tempat air tin naik 50 sen? Padahal GST cuma 6%. Dan menggantikan cukai lama 20%.

Alasannya: sebab setiap peringkat jalur pengedaran tu dikenakan GST 6%. Masalahnya, SEMUA orang yang caj GST tu boleh claim balik GST 6% depa. Cuma depa malas nak tanggung kredit, jadi depa pass on kos kepada pengguna. Bila dah claim balik 6% masing-masing, duit tak pulang pengguna.

Ni la bila orang kata para tokey suka ambik kesempatan untuk penaik harga, orang kata bukan salah tokey. Padahal minyak naik 20 sen, teh o naik 20 sen. Satu gelas teh o sama harga dengan satu liter minyak ke. Tak ke obvious sapa yang dok ambik kesempatan tu. Bila minyak turun, tak de pulak harga makanan turun. Sapa yang ambik kesempatan?

Ingat kita ni hidup dalam filem "Minority Report" ke, benda belum jadi dah diketahui.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 21, 2015 at 12:46 PM

Orang nak tau cerita macamana bisnes 1MDB boleh telungkup tapi depa bagi pelan rasionalisasi.Pelaburan bebanan hutang depa kata pelaburan strategik.
Pm dah jawab 2.6b adalah gift, donation atau derma yang tidak menyalahi mana-mana peraturan....... yang ni rakyat Malaysia jadi bengong.

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2015 at 8:31 PM

PM dh jawab..now rakyat nya turn untuk menilai jawapannya.Allah SWT telah memberi akal yang sebaik -baiknya untuk kita fikir fikirkn seterusnya bertindaklah dengan waras.Jika silap membuat percaturan , itu datangnya dari diri manusia itu sendiri.Sesungguhnya Allah maha bijaksana atas segala urusanNya.

Post a Comment