........... HOT ! Muhyiddin Berucap Secara LIVE Malam Esok ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HOT ! Muhyiddin Berucap Secara LIVE Malam Esok !

Sunday, December 6, 201513comments

SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG ! !

Saya dihubungi penganjur majlis yang meminta saya war2kan kepada rakyat Malaysia bahawa ucapan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin pada Isnin 7 Disember  jam 8 malam di Kelab Sultan Sulaiman akan dipancarkan secara LIVE Streaming sebagaimana majlis bersama Tun Mahathir di Senawang semalam.

WOW ! Terbukti bahawa kini tidak ada batasan kepada penyebaran maklumat. Berbekalkan peralatan dan kepakaran yang diperlukan, anda boleh berhubung terus dengan sesiapa pun di dunia ini asalkan ada kemudahan internet.

Kosnya tidaklah mahal mana. Kalau anda ada RM2.6 bil, anda boleh rakamkan keseluruhan perjalanan hidup anda dari bangun pagi sampai tidur dan sambung lagi secara LIVE.... sampai anda mati ! Bukan anda saja, malah dengan isteri, dan anak2 sekali boleh buat yang serupa ... di mana satu dunia dapat saksikan perjalanan hidup anda sekeluarga di youtube, sampailah anda mati. Nak terus kongsikan visual mayat anda reput secara LIVE pun boleh.

Macam2 boleh buat kalau ada RM2.6 bil kan ...... melalut pulak dah ....

Sebenarnya anda juga boleh kongsi video LIVE itu di blog atau fb anda ! Caranya sama dengan cara lazim yang anda lakukan untuk copy video dari Youtube. Anda hanya perlu copy paste aja Embed Code seperti biasa di blog atau FB anda dan secara otomatis, anda juga ada siaran secara langsung untuk dikongsikan bersama rakan2 !

Jadi tunggu saja link siaran langsung itu yang akan dikongsikan esok petang dan sama2 kita sebarkan secara LIVE.

Hanya kerana dinafikan hak untuk berucap di PAU tidak bermakna sudah tertutup terus saluran untuk Muhyiddin bercakap kepada ahli2 Umno dan kepada rakyat amnya. Dunia tanpa sempadan....

Kita pakat2lah sebarkan perkara ini dan kita sama2 saksikan Muhyiddin yang akan sampaikan amanatnya secara LIVE esok jam 8 malam.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 6, 2015 at 11:30 AM

Harapnya ia dpr mengubah PAU UMNO dan membawa kebaikan kpd rakyat bkn setakat satu perebutan kuasa yg x membawa apa2 makna kpd rakyat.

rakyat bkn mahukan sebuah negara maju dimana pemimpin hidup gah tp rakyat menderita. Dgn kos sara hidup yg tinggi akibat kjn yg boros. Kemajuan mesti ikut pace rakyat. Rakyat dpt hidup selesa tanpa tekanan. Dpt bina kemampuan dari pelbagai aspek. Semua rakyat bkn kroni shj.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2015 at 12:29 PM

Kalau anak Pak yasin masih mengeluh Dan hiba kerana dipecat didepan orang ramai yang dtg...suruh dia masuk dlm satu sel dgn anwar...biar sama2 mereput!!!!Malaysia x perlukan pemimpin yang kuat mengeluh!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
December 6, 2015 at 4:23 PM

Rakyat dah muak di dera dengan pelbagai cukai dan kos sara hidup.....rakyat pun nak hidup dgn aman bahagia.Tak kan najib dan ros saja yg nak hidup mewah ... kami pun nak juga

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2015 at 5:20 PM

Takut nanti askar dan polis penuh padang dan jalan konon kata atas fakta keselamatan!
La ni tak ramai orang yang berani kerana benar
Yang banyaknya BERANI kerana SALAH!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2015 at 8:36 PM

Syabas TSMY walau pun di nafikan hak untuk merasmikan sayap UMNO dan di nafikan untuk berucap di PAU sedangkan Timbalan Presiden UMNO sebelum ni bebas berucap tanpa apa2 sekatan bagi menyatakan pendirian serta menyampaikan sebarang keluh kesah ahli bawahan tehadap sebarang permasalahan dalaman Parti.

Syukur Alhamdulillah kali ini TSMY sudah mula mengorak langkah untuk bangkit menyampaikan amanat akan betapa perlunya bagi setiap ahli UMNO di bahagian & cawangan membuka mata serta melihat betapa kedudukan Parti pada hari ini berada ditahap paling membimbangkan & jika tidak bertindak dari sekarang nescaya Parti UMNO bakal tekubur pada PRU14, oleh itu menjadi tanggung jawab 'WAJIB' kepada setiap ahli UMNO terutama para Perwakilan di PAU nanti jika sayangkan Parti berikanlan ucapan2 yang penuh bersemangat atas tanggung jawab demi kerana Agama Bangsa & Tanahair tanpa perlu merasa takut atau gentar kepada barisan kepimpinan Parti kerana ahli2 UMNO lah yang lebih berhak menentukan keutuhan Parti bukan seorang Presiden.

Bangkit lah wahai ahli2 UMNO demi masa depan anak anak bangsa !!!
Bangkit lah. !!!
Bangkit lah. !!!
Bangkit lah. !!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2015 at 8:43 PM

Bravo, TSMY. Harus ada lagi tindakan susulan diluar jangkaan seperti ini. Tidak bole berhenti disitu saja. Selamat berjaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2015 at 8:50 PM

Mana link LIVE nieh din?

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2015 at 12:27 AM

Keras sikit Pok Din.....Nyawa kau dah ditali gantung,Lawan sebelum di gantung

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2015 at 1:10 AM

Salam tuan punya blog,

Hanya ingin mengingatkan bahawa jangan rasa terkejut jika pembekal-pembekal internet akan mengumumkan atau telah mendapat "arahan" agar memberitahu orang ramai bahawa mereka akan melakukan selenggara atau terdapat masalah teknikal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2015 at 1:24 AM

Bistu pemimpin mcmana? Kaki bodek? Kaki ampu? Atau kaki songlap?

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2015 at 1:42 AM

Aku suka kata2 hang bro.. betul tu bro.. klau takat berucap nk tunjuk sedih.. nk tunjuk diri dianiaya baik xpayah.. nk jadik hero kena kuat.. xpayah nk asyik tahih kesian sana sini.. ckup2 lah bercerita episod malam anal call suruh ikut pintu blakang bla bla bla.. rakyat lebih teruk nasib dri anda wahai TSMY.. lupakan segala kisah itu.. beri kami harapan.. tunjuk pd kami yg anda wahai TSMY sudah bangkit.. simpati dh kami tunjukan.. tiba masanya anda bangkit bela nasib UMNO dan kami rakyat semua.. jika anda rasa diri anda teraniaya wahai TSMY, toleh2 lah pd kami yg lebih teraniaya.. bela nasib kami jika benar anda seorg pemimpin.. xperlu tagih kasihan dri kami lagi.. xperlu harap simpati lagi dri kami.. bangkit.. berkerjalah wahai TSMY.. jika benar kamu boleh kami harapkan.. maka tunjukkanlah..

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2015 at 1:53 PM

kalau setakat berucap...abis g tu aja..apa tindakan seterusnya bagaimana tsmy nak mencari pengaruh di kalangan ketua bahagian untuk menyingkirkan najib.saya rasa najib sangat kebal dan tidak mungkin dia akan tumbang selagi perwakilan tetap menyokong beliau

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2015 at 6:11 PM

Kalau anda anggap Najib kebal, tunggu lah akibatnya dalam PRU nanti.

Post a Comment