........... Hanya Ahli Umno Saja Layak DiBeri Penjelasan RM2.6 Bilion .... Rakyat Bukan Umno Tidak Layak ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hanya Ahli Umno Saja Layak DiBeri Penjelasan RM2.6 Bilion .... Rakyat Bukan Umno Tidak Layak ?

Wednesday, December 16, 201561comments


Ada saya terbaca cai2 Najib yang menulis kononnya kritikan terhadap Najib melalui isu2 1MDB dan RM2.6 bilion sudah mulai malap ..... Ya ke ? Saya tak tahulah orang lain, tapi blog ini akan tetap menulis mengenai isu2 1MDB dan RM2.6 bilion secara konsisten. Saya juga tidak tahu pula wujud apa yang dikatakan sebagai Team atau Pasukan pro Tun Mahathir dalam isu2 ini.

Saya menulis mengikut gerak hati dan naluri saya. Kebetulan terdapat juga beberapa bloggers lain yang sama pendirian. Makanya, saya ikut sama promote penulisan mereka melalui link2 berkaitan. Tapi kalau nak katakan kami ini sebagai satu 'Pasukan' yang tersusun, dibiayai, dan mengikut arahan sebagaimana gaya sebuah pasukan ..... well, maaf lah, sebab 'Pasukan' sebegitu tidak wujud.

Kami semua bergerak sendiri secara individual, menulis ikut gerak hati sendiri tanpa sebarang arahan dari sesiapa pun. 

Mungkin persepsi sebuah 'Pasukan' itu sengaja ditimbulkan oleh cai2 Najib untuk menakut2kan bos mereka ...  mungkin juga untuk menutup kelemahan mereka sendiri, yalah, kalau dah dibiayai dengan dana yang bukan sedikit serta punya barisan dalam apa yang disebut sebagai CyberTrooper tapi kalau masih tidak mampu menepis kritikan2 dari beberapa kerat penulis blog indy seperti kami, pasti ia memberi imej yang buruk kepada mereka !

Mungkin juga persepsi kewujudan 'Pasukan' Tun Mahathir itu dibuat bagi menyokong permohonan tambahan DANA buat pasukan mereka yang kalau tak silap, diberi nama Blue Wave Army apakebenda ntah, seperti yang saya baca baru2 ini.

Alahai, kena kelentong lagi lah Najib  ........ Berapa juta pula bajet hangus kali ini ....... Kalau pakai dana Umno, lantaklah. Tapi jangan pakai duit rakyat pula ( atau duit kerajaan yang menggunakan pelbagai nama agensi kerajaan ) !

                                           ********************************

OK, balik kepada topik asal iaitu RM2.6 bilion. Benarkah persepsi yang mengatakan ahli Umno sudah tidak kisah dengan isu RM2.6 bilion ini, yang kononnya ahli2 Umno semua tidak melihat isu RM2.6 bilion sebagai satu masalah serius yang perlu Najib jawab ?

Benarkah para perwakilan PAU baru sudah boleh terima isu RM2.6 bilion makanya tidak ada sebarang soalan ditimbulkan mengenainya sepanjang sesi perbahasan ? Dengan katalain, kesepian itu bukan kerana takut atau dek sebab mengikut arahan kepimpinan ?

Amat menghairankan, kan ? Dikala kita semua bising memperkatakan tentang RM2.6 bilion, ahli2 Umno pula diam membisu. Apakah mereka benar2 sudah boleh terima ? Apakah mereka sedikit pun tidak kisah untuk mengetahui cerita sebenar disebalik RM2.6 bilion itu ?  Tak kisah pun berapa, di mana dan apa kesudahannya baki RM2.6 bilion itu ?

Saya siarkan sepenuhnya audio taklimat Najib berkaitan isu RM2.6 bilion supaya kita benar2 faham mentaliti ahli Umno dalam hal ini. Kenapa ada perwakilan yang seolah berkata - lantaklah Najib dengan RM2.6 bilion, kita percaya sepenuhnya pada beliau ! ?




KLiK untuk ke Youtube.

Itu mentaliti ahli Umno ...... bagaimana anda pula ?

Jika ahli Umno boleh terima buta apa kata Najib, bagaimana dengan rakyat Malaysia yang bukan ahli Umno ? Bagaimana dengan pengundi2 yang bukan ahli Umno ?

Apakah penjelasan itu hanya layak untuk ahli Umno saja tapi tidak layak buat rakyat yang bukan ahli Umno ?

Apakah isu RM2.6 bilion itu merupakan masalah dalaman Umno semata2 dan rakyat bukan ahli Umno tidak berhak untuk komen atau mendapat penjelasan ?

Persoalan yang lebih menarik - Apakah ahli Umno yang tidak dapat menerima isu RM2.6 bilion tidak layak menjadi ahli Umno atau akan dikenakan tindakan disiplin sebagaimana yang berlaku kepada beberapa pemimpin cawangan baru2 ini ? 

PS - Saya copypaste komen sempoi dari seorang pembaca dari artikel sebelum ini buat renungan kepimpinan Umno -

As salam..Berubah lah Dsn dan Umno. Rakyat dah muak dan marah dgn masalah2 yg membelenggu rakyat. Kami dah menyampah dgn 1mdb dan kes derma2 ni. Kalau betul 2.6b di dermakan untk Umno ok lah, kami x peduli sbb parti pembangkang pun dpt duit derma jgk. Tp jgn masuk poket sendiri sudah lah.


Kes 1mdb ni memalukan org Melayu sbnrnya akibat tamak haloba dan team yg menguruskan nya semua gagal. Dsn sbg menteri kwgn telah gagal mengawal 1mdb. Mempunyai penasihat2 kwgn dan politik yg gagal dan berkepentingan. Kami bkn x syg Umno tp kami meluat dgn sandiwara org yg ada dlm umno.

P.A.U Langsung x mendengar rintihan rakyat. Malu la Umno parti org Melayu. Tp langsung dah lari dari matlamat. Dari Mt smpai la ketua Bhgn, semua gagal. Bangulah sblm rebah Umno oi.


Buat pengomen yang hairan kenapa komen anda tidak disiarkan, sila baca ini - KLiK

Share this article :

+ comments + 61 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2015 at 11:08 PM

apa yg ko merepek ni labu?
bosan ler..cari lah topik yg ada kena mengena dgn rakyat....balik2 duit pak arab tu yg ko ungkit...suka hati dia ler nak bg sape pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2015 at 11:31 PM

sarkas UMNO ni ... memalukan. seorang pemimpin yang baik tak patut langsung bagi ucapan macam ni.

SAH .. NAJIB PATUT DITUMBANGKAN .. tak kira macam mana cara sekalipon. TAK BOLEH DIBIARKAN.

JIKA terus dipimpin oleh BANGSAT SAWAN. Aku tak akan rasa menyesal langsung kalau UMNO kalah PRU nanti.

Bangang Tetap Bangang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2015 at 11:34 PM

Betol....berubah sblm rebah.Rakyat soru miss.Yg kat atas kembung2 ikan buntal.Yg ikan bilis kena cekup,yg ikan buntal asyik dok mkn smpai nak pecah perut.

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2015 at 11:36 PM

Tunggu jer pemilihan UMNO yang akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2015 at 11:56 PM

@Anonymousada orang paksa saudara baca ke ? Dah nampak tajuknya begitu, kenapa klik dan baca, siap komen lagi ..... hahahaha ... macam2 taktik korang, ek.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 12:06 AM

Kpd yg tak paham rasuah dia kata duit pak arab. Duit pak arab ke duit pak cina ke duit pak jo low ke duit derma ke akta sprm kata derma adalah suapan.
Duit 1mdb ke duit SRC ke itu duit rakyat. Rakyat yg kena cukai gst dan lain2 kenaikan kos sara hidup.
Duit mak bapak kita pun kita tak boleh buat sesuka hati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 12:09 AM

Bro din.
Komen berbayar tu. Bukan free.Kalau tidak kena ' bangang'. Tu pasal dia klick baca dan komen.

....................
Reply To This Comment ...................
December 17, 2015 at 12:21 AM

Ini ada kena mengena dgn rakyat la bro...betul ke duit tu dari pak arab..sampai hari ni tiada bukti pun yg duit tu dari pak arab.

Ke awak ni species yg tiada akal untuk berfikir dan menilai fakta fakta yg ada?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 1:06 AM

Lps tgk vid im convinced cash is king!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 1:22 AM

Derma Gift Donation $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$........................................................
in personal acc.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 5:29 AM

Masalahnya kalau duit itu memang 'derma' dari 'tok arab' maka persoalan itu untuk ahli umno. Tetapi ramai yang tidak percaya yang duit itu 'derma' dan daripada 'tok arab'. Bukan hanya ahli umno biasa saje, termasuklah dikalangan ahli mt Dan perwakilan umno dalam pau 13 tempohari. Kebanyakan rakyat Malaysia pun tak percaya. Jadi ini adalah persoalan negara dan rakyat Malaysia. Tidak mustahil selepas ini, Akan dialih perhatian Dari isu salahlaku dalam 1gedibi Dan duit rm 2.6 billion kepada perkara2 lain. Ini dah beberapa kali Dan dah banyak kali berlaku supaya rakyat 'terlupa' kepada isu2 sebenarnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 5:53 AM

Perwakilan PAU tak berani nak bersuara sebab mulut dah disumbat dengan duit.Mereka diajar dengan ayat- jangan menggigit tangan yang menghulurkan bantuan - jadi mereka pun shaddaplah!
Harap2 suatu hari para perwakilan akan sedar bahawa presiden parti mereka itu terlibat dengan skandal kewangan yg mungkin melibatkan duit rakyat untuk melunaskan hutang!

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
December 17, 2015 at 7:04 AM

@AnonymousAssalammualaikum Bro!
Kisah duit derma Pak Arab tu memang patut sentiasa dihidupkan dlm ingatan rakyat. Kenapa? Sebab mengikut tafsiran SPRM, duit derma kpd penjawat awam adalah rasuah.

Ertinya PM Najib dah terima rasuah dan telah melanggar peraturan kewangan negara yg dikawalselia oleh Bank Negara.

Tahukah anda bahawa AmBank telah kena denda RM50 juta kerana duit derma Najib tu? Sedarkah anda bahawa Bank tempat Najib simpan duit secara sembunyi-sembunyi itu didenda kerana kemasukan wang berkenaan, sedangkan PM Najib tak dikenakan sebarang tindakan. Kan pelik tu? Dan setelah itu wang itu dipindahkan pulak ke Singapura. Anda tahu tak?

Apa pun yg mahu diperkatakan mengenai wang derma yg dikaui terima oleh PM Najib sendiri tu adalah salah kerana ianya tergolong sebagai RASUAH mengikut akta SPRM.

Apakah anda suka dan redha dgn kepimpinan seorang PM yg terang-terang MENERIMA RASUAH?

Kalau ada rajin cuba ikuti dan kaji kisah bagaimana Dato' Harun Idris - MB Selangor, yg dijatuhi hukuman penjara kerana menerima sumbangan untuk Umno Selangor sebanyak RM250 ribu di tahun 70an dulu.

Mengikut faktanya, wang yg diterima Dato' Harun itu terang dan nyata dimasukkan ke akaun bank Umno Selangor. Bukannya ke akaun peribadi beliau.

Buktinya, bila mahkamah jatuhkan hukum antara perintahnya ialah menyerahkan wang itu kepada mahkamah/kerajaan. Dan Umno Selangorlah yg mengeluarkan wang itu untuk memenuhi arahan mahkamah.

Kalau MB Selangor bernama Dato' Harun Idris itu pernah kena penjara atau kena hukum kerana terima wang untuk Umno, apakah PM Najib terkecuali?

Adakah undang-undang negara yg mengenakan Dato' Harun itu telah tiada atau tidak terpakai lagi?
RASUAH.... RASUAHHHHH..... RASUAHHHHH!
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 7:08 AM

Tiap ucapan najib mesti ada sebut isteri. @7:53 "isteri saya kata ..."

Tahun lepas isteri dia kata bloggers BANGANG.

Sebenarnya yang terang terang BANGANG dan BANGSAT adalah najib dan rosmah

Jho Low, Pak Arab sedang ketawa - terfikir betapa bengapnya manusia bernama najib abdul razak.

Jika orang ini terus berkuasa - maka habislah harta NEGARA akan dikikis dan dipajak pada kuasa asing.

Wahai ahli UMNO - fikir dan SEDAR sebelum Malaysia dijajah semula.

Ayahnya bertungkus lumus bela bangsa - anak pula dibawab telunjuk isteri musnahkan bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 7:12 AM

@Anonymous

aisehman ... walaupun derma, mesti ada catatan

jangan hanya tandatangan cek sewenang wenang

ada undang undang ... gaya macam duit sendiri

adek beradek dah kata tiada harta keturunan

ketua2 yang dah terima duit percuma ni

TERPAKSA diam dan sokong sebab dah terima rasuah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 7:59 AM

I. Najib has criminalised his actions viz 1MDB and RM2.6 bil

1. Act of greed and cheating
2. Act of manipulation and corruption
3. Act of abuse of position and power

II. The so called briefing to umno heads (as explicit mentioned in the video) prior to the PAU was a clear and unequivocal evidence of (I) above.

III. Therefore, the content of najib's briefing in the above video explains why

i) muhyiddin was barred from making his speech in the just concluded PAU

ii) the PAC was stymied

iii) the sacking if AG, arresting of investigators, transferring of senior officers

iv) the delay in Auditor General Report, the non action by new AG on Zeti's recommendation etc etc

We can safely conclude that majority of umno members have been silenced by money, money and more money. This allows najib to lie, lie and more lies.

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
December 17, 2015 at 8:13 AM

Assalammualaikum Bro Din!
Saya adalah ahli Umno sejak 1971. Ketika Umno Baru diwujudkan semula setelah dibatalkan pendaftarannya oleh ROS, nombor baru keahlian saya ialah 00005XX - tiga digit saja. Hingga ke saat ini saya masih ahli Umno. Saya sayang Umno dan saya berasa sangat banyak terhutang budi dgn perjuangan Umno melalui kepimpinan pemimpin-pemimpin sebelum Najib.

Justeru, kalau tuan katakan semua ahli Umno setuju dgn apa yg dilakukan Najib sebagai Presiden Umno merangkap PM Malaysia, saya tidak termasuk golongan itu.

Tuan perlu ingat, ahli Umno ada lebih tiga juta orang. Yang hadir PAU minggu lalu tu berapa sangat? Tak sampai 10% pun. Kalau nak kata mereka semua setuju, maka keseluruhan ahli yg lebih tiga juta itu pun setuju, saya membantah. Saya tidak setuju dan tidak terlibat dgn gerakan 'bodoh' menyokong kepimpinan Najib dan pengampu-pengampunya yg ada kini. Kerana perut dan poket serta kedudukan, mereka sanggup membodohkan diri jadi tunggul hanyut yg dibawa arus.

....................
Reply To This Comment ...................
December 17, 2015 at 8:19 AM

Kesian orang Melayu. Semasa PRU 13 lalu, rupa-rupanya kita diberi peluang untuk memilih 2 "dirty old men" untuk kita angkat sebagai PM kita. Yang satunya dah diketahui "dirtinessnya" dari mula lagi, jadi, senang untuk kita tolak dia semasa PRU 13 dan (Alhamdulillah) selepas terbukti "dirtinessnya", sekarang ini dia sedang menjalani hukuman yang sewajarnya di penjara Sungai Buloh. Sekarang ini pula,baru terserlah "dirtiness" yang seorang lagi. Maka, mengikut pada akal yang waras,mana mungkin kita akan biarkan "dirty old man" yang kedua ini untuk terus menipu kita sebagaimana dia telah berjaya menipu kita pada PRU 13. Dia juga, sepatutnya, menerima nasib yang serupa dengan "dirty old man" yang satu lagi tu.

....................
Reply To This Comment ...................
December 17, 2015 at 8:26 AM

bukan species bro, tapi seperjuangan yg tak kenal dosa dan pahala

....................
Reply To This Comment ...................
December 17, 2015 at 8:29 AM

tapi suatu hari tu dah terlambat bro

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 9:15 AM

Rm2.6b dah dibayar cukai ke belum. LHDN jangan hanya pandai nak kutip dari rakyat yang berpendapatan ciput je tapi lupa nak kutip dari Rm2.6b

....................
Reply To This Comment ...................
December 17, 2015 at 9:44 AM

Assalamualaikum bro din, mungkin saudara boleh ulas rakaman pada 8.4++ yang mana ada di sebut negara Mesir. To

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 9:55 AM

@hasnul rahmanini bukan soal membela kemungkaran, menyokong rasuah, atau mengipas sesiapa. tp rata2 ahli umno cuma berpegang kpd prinsip keadilan. jika benar wujud sebarang unsur jenayah atau rasuah, maka laksanakanlah prosedur perundangan sewajarnya. tp kalau nak kata seseorg itu bersalah tanpa siasatan yg menyeluruh, maka itu tidak adil. hukuman tidak boleh dijatuhkan selagi kesalahan tidak dibuktikan secara nyata. cakap2 mahupun andaian tidak boleh dianggap sebagai bukti tanpa disokong proses penyiasatan yang menyeluruh. siasatan masih berjalan bagi setiap kes yang war2kan, so kenapa perlu jatuhkan hukuman dahulu hanya disebabkan yg dituduh kononnya 'tidak menjawab?' hanya disebabkan benda yg kita dengar itu janggal, maka kita terus anggap ianya salah. sedangkan islam mengajar kita untuk berfikir, membaca, mencari, mengkaji dan menganalisa sebaik mungkin terhadap sesuatu yang bersifat janggal, sebelum sebarang keputusan dibuat. kalau nak komen, tunggulah hasil siasatan lengkap oleh semua agensi yg berkaitan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 10:00 AM

Ye lah TURTLE. Dh paham...dh Xde isu lg.... setiap satu yang kao sokong pecah berderai2.... Tun M. DSAI, TSMY....Nasiblah dh Xde isu lagi... so apa nk jadi dgn blog kao ni...hehehhehe?

....................
Reply To This Comment ...................
December 17, 2015 at 10:37 AM

Din,

Duit derma tu adalah kepada umno. Dan orang umno tahu duit tu utk apa. Buat apa bukan ahli umno nak ambil tahu. Ahli umno pun tak bising dimana dap dapat fund begitu juga dari mana anuar dapat fund utk pkr.

Kenapa din hari2 ungkit hal ni kalau bukan kerana mengikut arahan orang2 tertentu. Beul tak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 10:43 AM

Aku ahli UMNO & berlatar belakangkan dari keturunan keluarga UMNO kenapa kaum keluarga kami tak layak ker nak tau kemelut 1mdb & isu 2.6 biliyun?, apa ingat UMNO ni harta milik Tun Razak ker?, perjuangan arwah datuk nenek aku sehingga tertubuhnya UMNO nak letak kat mana?.

Apa nak diharap pada perwakilan pau semua kertas perbahasan setiap perwakilan telah terlebih dahulu disyaratkan dihantar kepada hishamuddin hussein 1 bulan sebelum pau bermula sebelum diberi kebenaran berucap konon tujuan penapisan undang2 rekaan najib bukan undang2 UMNO hanya wujud zaman najib jadi pm.

Kami sudah bosan dengan segala kebodohan di dalam UMNO dan selagi manusia bernama najib razak kekal sebagai pm pada pru14 kami dan keluarga juga akan kekal nekad dengan pendirian kami untuk buat UNDI PROTES pada UMNO/BN.

Nantikan lah !!!.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 10:49 AM

Terima kasih kpd hasnul rahman yg mengingatkan kita kpd kes datuk harun yg dimasukkan ke dlm penjara kerana menerima derma bagi pehak umno.
Kes ini mengesahkan "derma" adalah suapan seperti yh termaktub dlm akta sprm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 11:07 AM

Bro Din,

Pada fikiran saya fahaman yang ditanam dalam minda rakyat terutama orang Melayu bahawa UMNO itu kerajaan, kerajaan itu UMNO perlu dibersihkan.

Fahaman ini yang mendorong pemimpin UMNO merasakan bila mereka membuat penjelasan isu 1MDB pada perwakilan terpilih, maka selesailah isu duit pak arab bak kata sorang pengomen di atas.

Tiada keperluan untuk menjelaskan pada baki 3 juta ahli UMNO dan 30 juta rakyat Malaysia.

Kita mewarisi sistem politik Westminster daripada British yang membezakan cabang legislatif dan eksekutif. Namun malang sekali konsep parti dan kerajaan kabur dan tiada garis sempadan dalam konteks politik kita.

Melihat PAU yang lepas, tiada lagi jeritan "mendengar denyut nadi rakyat", isu ekonomi dan pendidikan tidak lagi mendapat tempat lagi untuk dibahaskan.

Yang dapat perhatian isu solidariti, "lantak pi la dapat duit dari mana, yang penting dia jaga kita".

Fungsi UMNO yang menjaga orang Melayu telah berubah untuk menjaga yang berkumpul di PWTC tempoh hari.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 11:17 AM

Salam Bro Din,aku ahli UMNO.Aku pun dah meluat dengan si Najib ni.Apa yang aku harapkan kes 1MDB ni selesai dengan cepat dan Najib ditendang keluar kerana dia yang menyebabkan keadaan tak menentu di Malaysia.HIDUP UMNO !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 11:57 AM

Malam tadi saya menghadiri satu majlis pemimpin bertemu rakyat yang diadakan oleh ketua Umno Bahagian kawasan saya.....yang rasa nak ketawa guling2nya Ketua Bahagian ni dok asyik cerita kesucian 1NDB dan 2.6 billio serta kenaikan tol disebabkan oleh Tun Mahathir.Nampaknya ramai juga orang Kampong yang anggok2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 12:00 PM

Tunggu lagi? Hari selasa dah brp kali selasa dah. Skrg kena tunggu PAU yg 1Lagi ke? Sementara tunggu PAU 1Lagi duit dah habis bro. Melayu selalu lambat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 12:09 PM

2 dirty old man? Laksa Johor, the filthiest of them all are umno members who have continously supported their tainted leaders at the expense of the rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 12:44 PM

Terima kasih kpd saudara hasnul rahman yg mengingatkan kita kpd kes datuk harun yg menerima derma bagi pehak umno yg telah dihukum dgn PENJARA.
Ini mengesahkan akta sprm yg mengatakan "derma" adalah suapan telah pun ujud dari dahulu lagi.
Ramai rakyat yg masih bertanya tentang derma 2.63billion itu menunjukkan masih ramai rakyat malaysia yg menyedari tentang hak mereka sebagai rakyat.
Satu negara dlm dunia ini yg pemimpinnya terpalit dgn sekendel tetapi masih bergayut cumalah di malaysia sahaja.
Memalukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 12:44 PM

sekarang ni pemimpin umno dan bloger prepaid dan postpaid tak mau jawab. kalu jawab, jawapan dapat gred F. tahun 2018 nanti, segala jenis alat akan digunakan untuk tanya segala menda ni termasuk 2.6b, hutang 1mdb, duit src, penderma kat mana, dan segala bentuk persoalan akan ditanya. apa yang boleh dibuat oleh pemimpin umno dan bn, hanya diam sahaja tunggu keputusan pru14 ajer. masa tu nak pusing jawapan pun dah tak boleh.
macam kata pengerusi sprm, benda ni tak boleh tutup macam tu ajer. nak ditutup di mahkamah. macam kes lembu, habis kat mahkamah, pasal apa bebas yer, tak ingat la pulak. kena tunggu jawapan tahun 2018. 1mdb tak buat silap dalam pengurusannya. audit lengkap dan tepat setiap tahun. 2018 nanti, betul ke maklumat tu. derma dari pak arab, ok la. 2018 nanti, sapa pak arab yang beri rasuah tu? src dah beri maklumat dan sprm tak akan ambil tindakan. 2018, kenapa src masuk duit ke akaun ahjibgor? sapa yang beri arahan?. fuhh, banyak nak kena sedia jawapan tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 1:04 PM

Tetapi mengganggu orang yg menjalankan siasatan dgn merasuah pengerusi dan ahli PAC dan menggantikan dgn pengerusi yg "nk caru makan jugak" dan menamatkan tugas AG yg bertanggung jawab menyelia task force serta menukarkan pegawai2 sprm 24 jam dan dibatalkan apabila mendapat bantahan KEADILAN apa yg kita nampak ?
Berehatlah supaya keadilan dpt dijalankan. Jgn jadi ali baba dgn 40 orang penyamun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 1:14 PM

Itulah Najib dan UMNO sekarang ni... Jauh sekali dpd realiti.
Pembohong tetap membohong.. what else can we expect from najib? or umno for that matter?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 1:25 PM

Selagi najib ada kuasa dia boleh buat sesuka hati.Tunggu hilang kuasa, tahu la lepas ini terlanjang habis isu-isu dia.Ingat semua orang atau parti gila duit ke..Allah tu melihat kemungkaran ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 1:29 PM

Tuan punya badan sendiri telAH MENGAKU TERIMA MASUK DERMA 2.6 BILION KEDALAM AKAUN PERIBADI... So kalu ikut kes datuk Haron, Beliau perlulah dikenakan Tindakan Disiplin UMNO dan duitnya dirampas... Kecuali beliau telah menjadi DEWA/TUHAN yang tak boleh diusik

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
December 17, 2015 at 1:41 PM

@AnonymousSalam sejahtera!
Laaaaa! Masih ada lagi yg kurang faham dgn isu Najib dan 1MDBnya?

Bukankah TSMU suruh Najib siasat siapa yg menyebabkan 1MDB salah urus dan membuang mereka serta menyeret mereka yg terlibat ke mahkamah. Tapi apa yg terjadi? TSMY dianggap menderhaka dan mahu menjatuhkan kerajaan. Jawatan menterinya dipecat dan keberadaannya sebagai Timbalan Presiden Umno digam. Tak boleh cakap. Hanya duduk bagaikan tunggul ajer. Sedangkan mereka yg sepatutnya terlibat lari menyembunyi diri entah di mana.

Nak suruh siapa siasat? Polis?
Bukankah Khairuddin dan Puan Ainina tlah buat laporan Polis mengenai isu ini awal-awal lagi. Tapi sedarkah atau tak tahukah anda apa yg terjadi kpd mereka berdua? Khairuddib didakwa cuba mensabotaj ekonomi negara lalu di tahan. Malah Mathies Chang yg jadi peguam beliau untuk kes mahkamahnya itu juga ditahan dgn tuduhan yg sama. Dan Puan Ainina dipecat dari Umno.

Kalau anda suruh siasat, siapa yg sepatutnya lakukan kerja itu. Harapkan Polis, lihat apa yg terjadi pada Khairuddin dan Mathies Chang. Nak harapkan Peguam Negara lihat apa jadi dgn laporan bank negara yg dicuci bersih oleh AG dgn alasan 'tak ada kes' untuk didakwa. Nak harapkan SPRM lihatlah apa yg jadi dgn kakitangan suruhanjaya itu. Kini mereka semuanya takut dan menikus.

Semua agensi yg boleh dan sepatutnya dipertanggungjawabkan dah 'terkunci rapat' oleh Najib dan konco-konconya, terutama oleh TPM yg ada kuasa ke atas Polis.

Siapa lagi yg boleh diharapkan? Harapkan Para Sultan? Lihat saja apa tindakan yg Najib ambil dengan arahan Majlis Raja-Raja yg mahu isu 1MDB diselesai segera. Semua agensi yg kononnya sedang buat siasatan bertangguh dan tertangguh-tangguh laporannya.
Tersenggok-senggok tak mampu bergerak seperti yg sepatutnya.

Fikir-fikirkanlah.....
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
December 17, 2015 at 2:08 PM

Assalammualaikum Bro Din!
Di para 18 tulisan terbaru Tun M ada menyebut mengenai denda yg dikenakan kpd AmBank yg seolah-olah maksudnya ada kaitan dgn duit yg Najib simpan di bank tersebut.

Kalau tak ada masalah atau halangan undang-undang saya harap Bro Din dapat buat satu entri khas mengenainya untuk tatapan rakyat yg makin resah gelisah dgn isu duit derma dari Tok Arab itu.
Kalau boleh, jangan lupa jelaskan agensi mana yg mendenda bank berkenaan.
Terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 2:31 PM

Mesyuarat Mt semua mcm pondan kaku..masaalah rakyat no 2.Semua fikir nk halang tsmy dan cover pres.Rakyat dah jd bingit dan loya dgn Umno ni.Syg2 Umno dilemahkan oleh org yg tamak.Pembangkang tepuk tgn la.Dsn dah hilang fokus u tk tawan negeri2 yg jatuh pada pembangkang.Fomus skrg nk selamatkan diri sendiri dan kroni bro..Umno2 u never learn lah!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 3:10 PM

Masalah sekarang kalau betul betul derma lantaklah satu juta bilion pon.Ini masalah IMDB lingkup PM dpt derma, Bila nak siasat 1MDB semua penyisat di berhentikan.Kali ni najib boleh beli 2000 perwakilan tetapi berjuta ahli UMNO n Pengundi atas Pagar tunggu PRU 14.

....................
Reply To This Comment ...................
December 17, 2015 at 3:45 PM

Salam,

Kepada esa adam, bukan menyibuk tapi ambil tahu, kalau 2.6b itu untuk umno yg dikreditkan dalam akaun individu najib, mengapa 2.6b tu.tidak direkodkan dalam penyata kewangan umno 2013,2014,2015..nak tunggu 2016 ke..kan dah banyak blog2 yang terangkan pasal isu budak sekolah rendah ni..kan dah ada laporan terhadap ROS

Esa adam tahu ke tidak ROS tu apa?? Bukan rosmah tau..harap harap ROS pun tak ROSak lah digodak oleh najib dan sekutunya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 4:35 PM

@Anonymous boring or x boring duit 2.6 Billion tu dtg dri mn saudara? duit siapa? itu pentg sbb semua ni berkaitan dgn perdana menteri.. dia tu berkhidmat utk rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 5:43 PM

jawapan 2.6b dan 1mdb hanya untuk ahli umno yang hadir untuk dengar taklimat presiden sahaja. masa persidangan isu ni tak bunyi. macam mana boleh kata isu dah selesai? kalu rasa diri tu tak berapa cerdik, jangan la ditarik semua sekali jadi tak cerdik. kalu ada yang nak terima pak arab kasi derma, ok. tapi masih ramai lagi anggap derma pak arab tu rasuah kepada pm berdasarkan fakta dirujuk kepada perlembagaan dan undang2 serta ucapan pm sendiri pada tahun 2012.
ada yang kata 1mdb tu bagus dan baik, ok jer. tapi masih lagi yang kata tak bagus dan berlaku salah laku pengurusan tertinggi. kalu rasa dah cukup dengan apa yang ditaklimatkan, sudah la. biar ajer yang tak puas hati ni terus berbicara. bukan dapat bayaran pun kalu bro din tulis dan yang baca pun tak semua dapat brim. kita bebas untuk tidak sependapat. apa yang harus blogger prepaid dan postpaid buat, terus takutkan boss anda dengan tdm agar anda dapat bayaran berterusan sehingga pru14 nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 6:20 PM

Labi,
Dinturtle tak merepek.
Engkau ni ketua bahagian umno kot, Labi.
Bosan memang bosan. Aku setuju. Yang lebih membosankan dan menyakit kan hati ni SOALAN YANG KITA TANYA TAK DIBERI JAWABAN YANG MEMUASKAN menurut seperti yang dituntut akal yang waras.
1. Kalau betul derma, kasi tahu memang derma. Tunjuk betul betul bukti nya is derma. Kasi tahu nama nama penderma. Tunjuk macam mana derma masuk dalam akaun. Lepas tu tunjuk macam mana dan untuk apa derma ni. Bayar kepada siapa dan untuk apa. Apa faedahnya kepada rakyat bukan saja ahli umno sebab yang bukan ahli umno yang juga rakyat Malaysia ni ramai nya lebih daripada 25,000,000 orang.Ahli umno 3,000,000 aje.
2. Kalau jawab dengan jelas dan boleh diterima akal, maka dengan sendiri nya rakyat boleh merumuskan sendiri samada 2,600,000,000 ringgit ni sebenarnya derma ke bukan. Kan mudah.
Dah faham, Labi?
3. Kalau bukak dinturtle tu tengok tajuk tak suka, tutup dan pergi baca rockbru

Selagi kita rakyat tak dapat penjelasan, kita akan terus bertanya. Faham, Labi?
Dr. Mahathir, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal pun tuntut penjelasan. Engkau tak nak tahu ke, Labi samada pendekar bugis ni kencing ke berkata benar dan tiada lain dari yang benar ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 6:29 PM

Tapi bang, dalam penyata tahunan umno tak ada tunjuk ada 2,600,000,000 ringgit sampai ada ahli buat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan. Derma ke bukan derma. Kalau nak validate dalam akaun, deposit kan sekejap pun tak apa. Lepas tu keluar kan balik la. Bila dah buat macam ni, boleh bentang dalam akaun.
Kan ke pengurusan kewangan berhemah macam ni! Ini menteri kewangan apa macam tak ada accountability. Kita mula soal kelayakan menteri kewangan. Menteri kewangan dulu dulu boleh selesai krisis kewangan Asia. Bukan yang bersemayam di Sungai Buloh tu la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 6:33 PM

Yes bro...
Contoh yang terang lagi jelas. Ketua bahagian dan MT umno yang sanggup dibisu kan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 6:39 PM

Gosok bang gosok sampai berapi
Biar kita boleh baca utusan Melayu tiap tiap minggu ada cawangan umno dibubar sebab tak percaya kepada kepemimpinan umno

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 7:01 PM

Astagfirullah Al azim, Astagfirullah Al azim, Astagfirullah Al azim, Ashadualaillahailallah waashaduanaMuhammadRassullallah.

Sesungguhnya ada diantara kita terutamanya penyokong PeeM yang membutakan mata dan hati dan memekak kan telinga mereka dengan kenyataan berikut:

1.Permasaalahan 1MDB adalah salah laku tadbir urus sebuah syarikat yang amat nyata sekali.Tidak pernah berlaku sebelum ini dikalangan syarikat swasta. Mana munkin syarikat swasta dapat pembiayaan dengan leverage yang mustahil 1:42,000. 1MDB adalah 100% milik kerajaan. Ini bererti Kerajaan Malaysia akan bertanggung jawab sepenuhnya terhadap 1MDB.

2.Siapakah yang bertanggung jawab keatas syarikat 1MDB ini? Pengurus, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Ahli-Ahli Lembaga Penasihat, Pengerusi atau ada lain lain "Lembaga Lembaga Ghaib"? Jelas dan nyata sekali yang diatas sekali dan yang paling berkuasa ialah Najib. Beliau adalah kepala kepada kesemua "Lembaga Lembaga" yang ada.

3. Dari penyata kewangan yang lepas lepas, ternyata 1MDB gagal sebagai sebuah syarikat yang ada "going concern". 1MDB tiada punca pendapatan perniagaan yang jelas. Apakah teras perniagaan 1MDB yang sebenarnya?

4.Beban hutang dan kos kewangan yang keterlaluan. Semua yang berkenaan dengan 1MDB adalah terlalu jauh terpesong dari norma kendalian asas sesebuah syarikat perniagaan.

5. RM 2.6 billion yang sah masuk dalam akaun peribadi Najib. Tidak perlu dipersoal lagi. Kita semua maklum, akaun peribadi dimana-mana bank di Malaysia mahupun luar negara, segala-galanya adalah "Peribadi" kepada pemegang akaun tersebut sahaja. Tiada siapa boleh menganggu gugat hak tersebut. RM 2.6 billion itu adalah HAK Najib sepenuhnya.

Ada sesiapa tahu sebelum pendedahan WSJ? RM2.6 billion dah habis entah kemana dan akaun dan tutup pun baru WSJ dedahkan. Siapakah pengendali peribadi akaun tersebut? Bukan KuNan, bukan Salleh Keruak, bukan Azalina, bukan Hamid Hamidi, bukan Sahrir Samad apatah lagi IQ3.85.Bukan, bukan dan semuanya bukan. Kenapa mereka pula yang sibuk menjawab persoalan rakyat? Apa mereka benar benar tahu transaksi akaun peribadi tersebut? Mustahil!! kerana akaun tersebut adalah akaun peribadi Najib. Hanya Najib yang tahu segalanya. RM2.6billion = Najib 100%. Habis cerita. Full stop.

6. Semua jawapan yang diberi berkenaan isu ini tidak telus dan tegas. Yang empunya badan tidak pernah bersemuka dan berterus terang dengan rakyat. Pencacai mengoreng air liur disana sini dengan pelbagai alasan dan cerita dongeng. Rakyat bertambah keliru dan muak dengan jawapan yang menghina intelligent manusia biasa.

7. Sanggupkah kita diheret sama dalam permasaalahan ini dan membiarkan anak cucu kita memikul beban ini? Fikirlah dengan waras dan sebagai rakyat biasa yang tiada kuasa untuk menangani isu ini berdoalah kita agar kebenaran akan terserlah akhirnya. Sesungguhnya Allah akan kabulkan doa insan yang teranaiya. Sesunnguhnya Najib dan konco-konconya telah mengkhianati dan menganaiyai rakyat Malaysia dalam isu ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2015 at 11:29 PM

tambah keliru jawapan yg sentiasa berubah ubah semalam lain hari ni lain esuk entah apa pulak jawapannya.nampak sangat najib dan kuncu2nya sedang memperbodohkan rakyat khususnya ahli2 umno.
Saya selaku ahli umno dah tak kisah dgn isu pemecatan krn adalah lebih baik berada di luar kepompong umno daripada berada dlm kepompong yg di bebani dgn pembohongan dan keragusan nafsu pemimpin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2015 at 12:04 AM

Mamat...klu x nyusahkan rakyat ok la klu nak wat x paham...

Lebih kurang klu org songlap duit ko la. Ko wat repot dan polo up ngan bond hampir tiap ari...alih2 bond kata dorang bosan la dgr crite duit ko kna songlap...criter/repot mende lain blh?

Hehehe...klu x suka blh tukar channel

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2015 at 12:19 AM

Habih yg beribu2 org duk sibuk ungkit hal ni arahan sape plak?

Esa, klu xde kna mengena ngan rakyat org pun x nak amik kisah... derma konon dr pak arab tiada bukti pun...yg org tau derma dtg dr yg berkaitan wandb. Wandb dpt duit dr gomen dan gomen dpt duit dr rakyat. Tu psl le rakyat bising
Cer bak mai duit ko bg pd rakyat dan rakyat ikut sedap je blanjakan...ko suka ke? Jgn kata nak bagi, nak derma pun lum tentu...

....................
Reply To This Comment ...................
December 18, 2015 at 12:59 AM

Asalamualaikum... Sebelum nie pon aku marah gak ngan najib nie,tapi selepas aku sendiri kutip info sana sini dan bjumpa dgn orang2 lama yang lebih arif tentang politik..mereka memberi penerangan yang buat aku rasa brsalah sbb mlemparkan kata2 yang agak kasar kepada najib...nak cita kat cni info yang aku dpt agak xsesuai,sbb pekara nie sulit....cuba kita selidik balik kenapa dan untuk apa duit tuh diberi kepada malaysia??bkn satu negara ja yang penah bg duit sjumlah tuh kepada kita..bnyk negara yang penah beri dana bbilion kepada malaysia..untuk apa dana sjumlah tuh diberi?? Mmg perkara nie trlalu sulit,sbb tuh najib tidak boleh beri tahu perkara sebenar kpd rakyat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2015 at 1:00 AM

sebagai ahli UMNO aku dah bosan dengan kerenah pemimpin yang hipokrit dan ahli yang jadi pak turut ..

....................
Reply To This Comment ...................
December 18, 2015 at 1:38 AM

@Shafur Malikteori yang memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi kepada Najib. Berapa ramai yang percaya ? Apakah Najib terbukti konsisten dalam perjuangan bangsa ? Bagaimana dengan kehidupan mewah melebihi pendapatan yang masih belum dijawab ?
Kenapa org2 lama itu tidak bertemu dan berbjncang ngan Tun Mahathir ? Eh.... bukan Tun sepatutnya lebih tahu hal sebegini ?

Maaf, sikit pun saya tidak percaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2015 at 2:18 AM

mari kita doakan agar semua ahli UMNO yg sokong najib agar terbuka hati dan diberi hidayah....bangunlah dari tidur seblm terlewat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2015 at 2:29 AM

@Shafur Malik

Ok... tapi yang buat orang tak percaya sebab tindak tanduk dr najib sendiri macam orang bersalah. Kejap jawapan macam tu.. kejap macam ni tak konsisten langsung.


Susah nak percaya bila cubaan berbohong dilakukan berkali-kali.

Hari selasa ni nak saman wsj tak? Kalau x, kena tipu lagi la ya :)

Aku kesian dengan orng yg pertahan najib ni..setiap 3 bulan kena tukar jawapan baru.

Dah habis modal.. ini semua salah mahathir


Haprak betul

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2015 at 8:21 AM

@Shafur Malik senang cakap kira anda tak perlu tahu 2.6b masuk akaun saya kerana sulit. terlalu sulit untuk diberitahu. biar saya mati bersama semua orang, asal jangan pecah di mulut kerana terlalu sulit. orang nak kata apapun tak apa, kerana sulitnya tujuan duit 2.6b itu masuk akaun saya. ke mana duit itu dibelanjakan, tak perlu fikir kerana ini semua berkaitan politik. hal politik ada banyak rahsia yang terlalu sulit. tapi bila dah pecah, kena khabar pasal dah tak sulit lagi dan rahsia lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2015 at 7:56 PM

Din Turtle, teruskan dengan penulisan awak. Saya tak rasa bosan dengan cerita yang awak dedahkan mengenai kerakusan Najib dalam kemelut 1MDB dan wang derma yg diterimanya itu. Tidak dapat disangkal lagi bahawa Najib memang mempunyai niat yang tidak ikhlas dalam hal wang 'derma'. Kalaulah dia ikhlas, mengapa dia tidak memberitahu Myhiddin dan ahli Kabinet tentang penerimaan wang derma itu awal awal lagi. Memang Najib mempunyai niat tak baik.

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2015 at 9:16 PM

Labi jgn jadi bodoh. Klu wsj tdk bongkar satu dunia tdk tau. Bila sdah pecah barulah derma. Labi oh labi tiada manusia yg ada otak (sya ulang asal ada otak)tdk perlu pandai
boleh percaya lgi. Tdk guna lgi ckp duit itu duit derma kah pinjam kah menang kah jatuh dari langit kah. Bull**** sdah.

Post a Comment