........... Cash Is King Dari WSJ - Kali Ini Najib Kena Saman WSJ ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Cash Is King Dari WSJ - Kali Ini Najib Kena Saman WSJ !

Wednesday, December 30, 201517comments

Panaaaassss artikel terbaru dari WSJ yang semakin berani mendedahkan pelbagai dakwaan terhadap Najib dan 1MDB. Anda boleh baca di JMD salinan penuhnya - KLiK.

Kali ini WSJ menceritakan bagaimana peranan 1MDB dalam merancakkan politik wang negara kita. Jika benar dakwaan WSJ itu, rupa2nya amalan Cash Is King amat berleluasa dalam kempen PRU13 dengan 1MDB menjadi kepala paipnya ..... dan yang menjaga/memusing kepala paip itu adalah Najib dan Jho Low ( bagi negeri Pulau Pinang )

The 1MDB fund also transferred hundreds of millions of dollars to politicians through Ihsan Perdana Bhd., a company formed in 2011 to carry out 1MDB’s corporate social responsibility programs, said a person involved with setting up the fund. Ihsan Perdana is exempt from filing financial statements, according to Malaysian company records.



Dakwa WSJ, 1MDB menyalurkan ratusan juta dollar kepada ahli2 politik melalui Ihsan Perdana yang berselindung disebalik projek2 CSR.  

WSJ turut menamakan Oh Ei Sun yang pernah menjadi setiausaha politik Najib sebagai berkata -

The prime minister’s office viewed 1MDB as a way to finance projects aimed at boosting UMNO’s popularity, said Oh Ei Sun, who at the time was Mr. Najib’s political secretary. Money from 1MDB was available for projects drawn up by staff in the prime minister’s office, he said.

“If we thought it could help the incumbent government pull in some votes, we could propose that,” said Mr. Oh. He said he helped give scholarships to ethnic Chinese students, but said he later quit, citing his concern about lack of transparency in the government.

PMO melihat kantung 1MDB boleh digunakan untuk membiayai apasaja projek yang mampu menaikkan imej Umno. Nama Shahrir turut disebut dalam artikel - Shahrir Abdul Samad, a UMNO parliament member, was quoted saying he was given over $300,000. .... glamer Shahrir ! 

Pendek kata - artikel WSJ kali ini menggambarkan Najib benar2 mengamalkan Cash Is King dan 1MDB adalah pembekal Cash itu.

Hmmm ..... jika kita ingat2kan balik waktu2 sebelum PRU13 dulu, memang Najib begitu galak memberi pelbagai hadiah kepada rakyat dengan jamuan2 rakyatnya .... oooooooh..... patutlah .... Tidak dinafikan banyak juga sumbangan itu memberi manafaat kepada rakyat, mungkin bagus kalau PRU diadakan dua tahun sekali ! TAPI ..... janganlah guna cara Najib @ 1MDB, sebab kesan negatifnya kepada rakyat lebih besar dan itu yang kita sedang tanggung ketika ini !

Kalau takde duit, buatlah cara takde duit. Respek dari rakyat tidak boleh dibeli atau dipaksa tapi perlu diusahakan secara ikhlas dan jujur. 

Anda bacalah artikel yang agak panjang dari WSJ itu  ........

Menariknya, sejak Tun Mahathir mendedahkan amalan Cash Is King oleh Najib dan sering disebut2 dalam media sosial, belum pernah lagi Najib menafikan kenyataan Tun itu. Dan cai2 Najib juga tidak pernah cuba menyangkal amalan bos mereka itu. Jadi benarlah !

Bukan apa, dari situ saja kita sudah boleh bayangkan bagaimana jenisnya pemimpin macam Najib yang mempercayai wang mampu membeli kesetiaan, sokongan waima apasaja. Kalau tidak ada cash ? ? ?

Itu juga mampu menjelaskan kenapa seseorang itu boleh jadi begitu bengap sehingga memasukkan duit yang bukan miliknya, ke dalam akaun peribadinya supaya senang dia gunakan untuk diagih2kan kepada pengikut2nya...... kerana tanpa Cash, he's no more King.

Dia perlukan akses kepada Cash yang banyak berdekatan dengan dirinya. Kalau dana itu disimpan di Swiss, bagaimana nak sain cek2 ? Dana itu bukan untuk kepentingan dirinya ..... tapi demi kepentingan partinya ..... demi memastikan partinya kekal menang ...... 

DAN secara tak langsung ...... jika partinya kekal jadi kerajaan, dia juga akan kekal jadi PM !

Errr ...... bunyi macam ada kepentingan diri juga ni ......

Kenapa tidak keluarkan saja cek atas nama parti dan mereka yang perlukan dana itu boleh minta melalui saluran parti ? Kemudian hari kalau ada mana2 paper yang dedahkan ada bilion2 masuk akaun peribadi orang itu, bolehlah dibuktikan melalui penyata bank yang dana itu digunakan semata2 untuk tujuan parti, sikit pun tak disalah guna apatahlagi diberikan kepada isteri ke .... anak ke .... anak tiri ke  .... tak percaya, nah tengok penyata bank ni !




Cuba anda dengar kembali taklimat Najib kepada perwakilan Umno masa Pau baru ini.... ( KLiK ). Jelas Najib nyatakan apa yang penting adalah memastikan Umno terus menang, jangan dipersoal RM2.6 bilion.

Apakah Najib tidak kisah siapa yang jadi Presiden asalkan Umno terus menang ? Atau Najib mahu pastikan dirinya juga terus kekal menjadi PM melalui bantuan agihan dana yang ada padanya ? Yakni, bukan saja dana tapi siapa yang berikan dana itu juga penting untuk diakui dan dibalas dalam bentuk sokongan buta.

Wow ..... ini boleh kantoikan alasan konon Najib tidak punya kepentingan diri dengan dana RM2.6 bilion itu ! Membeli sokongan dari penyokong terutamanya dari Ketua2 Bahagian bagi mengekalkan jawatan adalah satu bentuk kepentingan diri.

Apapun diharap kali ini Najib akan bertindak terhadap dakwaan keras dari WSJ itu. Janganlah seperti respon lembut ala 1MDB ini -







1MDB: WSJ still recycling unproven allegations

We have noted the article published earlier today by the Wall Street Journal (WSJ). In the same vein as most of its recent coverage on Malaysia, this article simply recycles yet again the same unsubstantiated allegations that the newspaper first published mid-2015.

The fact is that there is no real news in this article. For reasons best known to its management, the WSJ appears happy to have become a noticeboard for conspiracy theories and smears propagated by the Malaysian opposition. This is a sad state of affairs for its readers, who deserve better.

As the WSJ is fully aware, these allegations are the subject of an extensive inquiry being conducted by multiple lawful authorities in Malaysia. Furthermore, as the newspaper itself admits several times in the article, no illegal activity is alleged to have taken place.
 
We are, therefore, perplexed as to why the WSJ continues with this campaign to undermine 1MDB, and Malaysia, and urge it to focus on real news instead.


Banyak tuduhan dari WSJ berkaitan 1MDB dalam artikel itu yang boleh dinafikan secara direct oleh 1MDB. Kalau tak nak saman WSJ pun, buktikan yang WSJ berbohong ! 

Begitu juga dengan Najib ....... apakah masih berpendirian tidak ada gunanya menyaman WSJ kalau wang pampasan yang kalau menang kes pun, tidak besar ? Ini soal maruah !

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2015 at 4:00 AM

ok .. kita tunggu selasa depan

kah kah kah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2015 at 9:58 AM

Yang peliknya tu...kenapa Najib sehingga kini telah membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang2 ke atas WSJ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2015 at 10:57 AM

jangan lupa.. esok hari last janji najib utk selesaikan hutang 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2015 at 11:50 AM

Anifah aman tak Mau tolong jawab? Malu m'sia ni! Ahmad multitasking maslan - hampas! Zahid hamidi - jgn la nostalgik, move foward? Rahman dahlan & saleh keruak? Gaya kena steady, mesti nampak macam pandai!
Lain2....tggu q dr Najib...ni semua salah Tun M...
O ya...nazri aziz? O ini bagus sbb nanti ramai pelancong datang m'sia...
Wahid...pendapatan isi rumah akan meningkat & kita on track sbg negara berpendapatan tinggi!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2015 at 12:26 PM

They want us to believe that 1MDB funds were largely spent to win the last general election. Hence, it was all for the greater good? Really? 1MDB was formed in 2009. The last general election was in 2013. Surely one can see and find all the evidence to show that from day one the 1MDB is never intended to help them for the general election which was to take place some years away. Instead, it is a vehicle for the benefits of you-know-who and those who are closely connected to him.

The WSJ for this very writing appears to have been manipulated by the concerned parties.

Now, if we were to come to the stage of finding out how the 1MDB funds had been taken out illegally, I can bet my bottom ringgits that no more than five percent was actually for the use in the last general election. In other words, Pak Cik Mak Cik Felda, orang-orang kampong got very little coming from the 1MDB funds.( After all, it is always in their benefits to see to it that the poor stays poor. No? Just look at what is happening now – is there truly any action made by those in power to help the poor and the down trodden? Yes, they will say over and over again all the right thing – but in terms of action to improve matters, almost none.)

Yes, there is a need for a proper accounting of how much was fleeced from the 1MDB and where did the money go to.

And there is a need to remember that the 1MDB and SRC International are surely not the only GLCs which were use as vehicles for personal benefits of the very few. There is Pembinaan PFI, for example, with RM30 billion in debts. And surely all this had happened NOT for the first time? They have been in power since 1957! Hence, we need an industry to emerge to study, investigate, compile, etc. of what has taken place over the years.

By the way, they are already preparing for the next general election - by among others having one's very close crony to take over from Zeti! This should make it easy to bring back some funds from overseas. Yes?

And the world outside is watching - and watching and watching. And the right time shall come when they will make their move. Trust me on that one. They shall not let Malaysia burn with their half trillion ringgit in investments vaporized.

There is of course Allah swt doing the watching too. But then they continue to believe that since they are still in power and able to live well beyond one's imagination, Allah swt is on their side. (They should be talking to some so called alamak from Pas to find out that their good life is perhaps nothing more than the way for Allah swt to bring the full justice on them when the time arrives!)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2015 at 2:19 PM

Jangan kecoh2 bro, episod 1MDB dan derma 2.6bil RM akan selesai hujung tahun. Brsok 31 Dec 2015. Kita tunggu besok bro,
Kalau tidak NAJIB RAZAK MEMANG PENIPU.

....................
Reply To This Comment ...................
December 30, 2015 at 2:54 PM

fuedal capitalisme at its best.rm1 utk kita2 rm9 utk depa.untuk masuk dlm sistem ekonomi ni kita kena sanggup serlahkan kesetiaan membabi buta dan kebodohan yg di luar imaginasi.

....................
Reply To This Comment ...................
December 30, 2015 at 3:16 PM

Cerita najib n 1mdb ni sama mcm skrip filem tamil di negara india...TV2 selalu tayang cerita tamil pasal CM n minister yg bengap2...seleweng duit dll lagi...interesting....mesti ada hero yg akan selamatkan negeri or district tersebut n CM OR MINISTER tu akan dimatikan watak2 nya....mmg sebijiklah...yg bestnya JHO LOW....pegang duit siuttt...kat penang lak tu...lastly yg menang cina DAP jugak...jho low jilake lahanat kapla bana tu bawa duit enjoy dgn arak di LA sana dgn artis2 papanwood....mmg jilake....drpd yapeim...lembaga xakat....dll glc smua nya kaki songlap....hero kita belum muncul lg kot....TUN M ialah SIFU MASTER...kita tunggu hero kita muncul mcm dlm filem MUDHALVAN DAN THIRUPHATI...IP MAN 3 PUN OK GAK...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2015 at 3:21 PM

Lembaga Disiplin UMNO perlu menyiasat mengenai isu penggunaan dana 1MDB untuk tujuan pilihanraya PRU 13 ini kerana melibatkan kepentingan UMNO, malahan parti komponen Barisan Nasional pun patut mengadakan siasatan mengenai perkara ini kerana melibatkan parti-parti mereka juga.

Jika dapat dibuktikan pengunaan dana 1MDB untuk tujuan pilihanraya PRU 13, ini boleh menyebabkan keputusan kemenangan calon-calon Barisan Nasional dalam PRU 13 akan terbatal dan boleh menyebabkan samada diadakan PRU 13 semula atau diberikan kemenangan kepada calon pembangkang yang kalah untuk menang dalam pilihanraya tersebut atas dasar penyelewengan dalam pilihanraya.

Kesan daripada perkara ini amat serius, bukannya hal kecil, oleh itu Lembaga Disiplin UMNO, malahan Lembaga Disiplin parti-parti komponen Barisan Nasional perlu tegas dan perlu mengambil inisiatif supaya perlakuan salah yang dibuat tanpa pengetahuan parti supaya tidak menyeret parti hingga kemenangan calon-calon parti ditarik semula dan diberikan kepada pihak lawan.

Sekarang ini para kepimpinan dan ahli-ahli parti komponen parti Barisan Nasional terutama UMNO perlu muhasabah diri, nilaikan semula sokongan mereka terhadap Najib kerana apa yang berlaku kini bukannya hanya melibatkan Najib sahaja, walaupun perbuatan salah itu dibuat oleh Najib dan beberapa kunc-kuncunya, tetapi tak pasal-pasal parti yang tak bersalah pun terkena tempiasnya.

Saya tidak pastilah samada para pemimpin dan ahli parti komponen Barisan Nasional terutama UMNO lebih mengutamakan kepentingan Najib dan kuncu-kuncu hingga sanggup menjahanamkan parti sendiri dan menghancurkan Barisan Nasional, kepimpinan dan ahli parti komponen Barisan Nasional terutama UMNO mempunyai jawapannya.

Sekian, terima kasih.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
December 30, 2015 at 3:51 PM

Bro Ash Burn,
Diaorang ni pun nak "cari makan", jadi faham-faham jea lah. "cash is king" memang dah betul-betul mujarab dan berkesan semasa PAU aritu, di tambah pulk dengan "sex is queen". Beku kepala hotak, buta mata hati dan bisu mulut terusssss...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2015 at 6:00 PM

@Rohee WAK HEP
Kalau Barisan Nasional tertiarap dan tersungkur dalam PRU, macam mana golongan 'cari makan' nak 'cari makan' lagi?

Tak tahulah ada yang jenis sanggup khianat parti sampai hancur, lepas tu masuk parti lawan pula untuk 'cari makan' lagi. Golongan 'cari makan' macam tu jenis 'dedalu' menumpang untuk ambil kesempatan, sanggup bunuh pihak yang ditumpang kerana nak puadkan nafsu sendiri, cuba tengok resmi pohon dedalu, memanjat dan menumpang pohon lain, bila dah besar, pokok yang ditumpang dibelit dan disedut makanan dari pohon yang ditumpang itu sampai mati.

Jenis khianat begini tak boleh dibuat kawan, apatah lagi diberi jawatan, habis lingkup dikerjakan kerana nak puaskan nafsu diri yang liar itu.

Saya tak hairan pemimpin jenis dedalu ni sanggup biar parti hancur, sebab memang jenisnya dasar pengkhianat yang dah kaut apa yang boleh kaut menggunakan parti, tapi saya pelik dengan ahli akar umbi ni, apa faedah yang mereka dapat bila parti sendiri lingkup? Pasal apa mereka biarkan parti dilingkupkan sedemikian rupa? Jawapannya ada pada mereka, tetapi sebabnya adalah mereka bodoh, mudah ditipu oleh pemimpin jens dedalu tadi, inilah sebabnya.

Sedarlah semua,

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2015 at 8:24 PM

Tak nampak ke ?
Wall Street Journal memang menagih untuk disaman 1MDB.
Selagi 1MDB tak saman WSJ, lebih banyak article WSJ akan tulis.
Teloq dah merah.
Esok lusa lebam le tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2015 at 10:10 PM

Ha ha..esok cai najib akan kata sori najib mc

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2015 at 10:21 PM

Dulu ingat hero dari Rusila akan menyelamatkan kita. Harapkan pagar, pagar makan padi. Mungkin kali ni sivaji dari batu caves akan muncul jadi hero kita pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2015 at 3:51 AM

31/12/2015 is already!
Kite saksikan bersama

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2015 at 5:52 AM

Bukan kah Najib munafiq: bikin tak serupa cakap, janji tidak tepati, amanah rakyat di khianati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2016 at 7:17 AM

@AnonymousAnak cucu eden cakap dio tak do telok nak saman . Sekironyo borito tu tak bonar mengapo sahiggo hari ini najib tak saman wsj? Cakap tak serupo bikin lah . Ini ko yang dikatokan panglima bugis?

Post a Comment